PERSEPSI PELAJAR EKONOMI RUMAH TANGGA ME

PERSEPSI PELAJAR EKONOMI RUMAH TANGGA
MENGENAI STATUS HALAL GELATIN DALAM
INDUSTRI MAKANAN KONFEKSIONARI

BAB 1
PENGENALAN PROJEK

Pengenalan
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang
makanan pada hari ini berlaku dengan pesat bagi memastikan makanan yang
terhasil berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga telah berubah
dan membantu pilihan industri makanan dalam menghasilkan makanan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan makanan yang terhasil mencukupi keperluan
manusia, menjamin manusia memperolehi nutrien yang baik.
Di dalam industri konfeksioneri, gelatin sangat diperlukan dalam
kepelbagaian bahan produk makanan kerana nilai zatnya yang tinggi,

Terutamanya dengan tinggi kadar protein khususnya asid amino. Menurut Fu,
2000, gelatin yang boleh dimakan diperbuat daripada tulang haiwan melalui
teknik-teknik pemprosesan seperti nyahlemak, pembekuan dan pengeringan. Sifat
uniknya telah membolehkan ia diaplikasikan dalam makanan industri. Gelatin

boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu di awet dan digunakan
terutama dalam bidang konfeksioneri untuk menstabil dan tekstur, jeli untuk
menghasilkan pengurangan lemak, produk tenusu untuk menstabilkannya dan
memberi tekstur dan produk daging untuk menghasilkan ikatan air (Nishimoo et
al.2005, Karim dan Bhat 2009).
Penggunaan gelatin sangat meluas kerana sifatnya serba boleh iaitu boleh
berfungsi sebagai bahan pengimulsi, pengikat, pengendap dan mempertingkatkan
zat. Sifatnya juga fleksibel iaitu dapat membentuk lapisan yang elastik, kukuh dan
kuat. Gelatin merupakan campuran peptide dan protein yang dihasilkan oleh
hidrolisis separa kolegen yang diekstrak dari kulit, tulang dan tisu haiwan seperti
lembu ternakan, ayam, khinzir dan ikan. Gelatin akan memejal apabila disejukkan
dan secara amnya ianya memerlukan penyejukan. Gelatin juga akan mudah larut
dalam air panas. Terdapat dua jenis gelatin iaitu gelatin jenis A dan gelatin jenis
B. Gelatin jenis A diproses menggunakan asid dimana biasanya adalah dari

sumber kulit khinzir manakala gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali
atau kapur. Sumber-sumber gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit haiwan
seperti lembu.
Latar Belakang Masalah
Penggunaan gelatin sangat luas di dalam industri makanan dan ia lebih

terkenal dalam industri konfeksionari kerana ciri-cirinya yang unik dan mendapat
perhatian di kalangan pengguna. Merujuk kepada Gelatin Manufacture of Europe
(GME) menunjukkan bahawa kepenggunaan gelatin yang diekstrak yang
bersumberkan khinzir adalah sebanyak 46%. Dianggarkan pula 60-70% daripada
penghasilan gelatin di seluruh dunia adalah berasaskan khinzir.
Akibat daripada kekurangan makanan yang terhasil di dalam negara, kita
terpaksa mengimport makanan dari luar negara. Malaysia adalah sebuah negara
yang kaya dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya. Keadaan ini
berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya masalah yang berkaitan dengan
agama dan budaya, polisi dan perundangan serta masalah yang berkaitan dengan
jaminan makanan(food security).Gelatin merupakan bahan yang di import dan
negara pengimport terbesar gelatin adalah daripada Negara Eropah dan Amerika

dengan jumlah antara 2000-3000 tan pertahun dengan nilai antara 7-10 juta Dolar
AS (Remi Yahya-Ihmael, 2005).
Pengguna Islam sangat prihatin tentang produk yang mereka makan dan
digunakan. Dengan mulanya pengaruh budaya yang terlibat dalam pemakanan,
akhirnya mengundang kepada perlunya kajian lanjut lebih-lebih lagi apabila ia
berkaitan dengan agama. Dalam pemakanan, terdapat beberapa perbezaan dan
pantang larang yang tersendiri yang didapati melalui agama, bangsa dan budaya.

Menurut Fieldhouse menyatakan bahawa budaya merupakan pendorong utama
yang menentukan jenis makanan yang diambil malah ia dipengaruhi oleh pelbagai
faktor dan salah satunya adalah agama. Malah menurutnya lagi makanan yang
dimakan bukan sekadar memenuhi kehendak masyarakat tetapi ia juga memenuhi
kehendak biologi seperti membekalkan tenaga dan nutrien kepada badan.
Apa yang dapat dikenalpasti adalah isu yang melibatkan khinzir oleh
orang islam dan lembu oleh orang india. Isu ini menimbulkan konflik di mana
orang islam di haramkan untuk menggunakan sebarang makanan yang
berunsurkan khinzir manakala orang cina amat menggemarkan khinzir sebagai
pemakanannya. Selain daripada itu, orang india pula dilarang memakan makanan
yang berunsurkan lembu atau sapi. Tekanan dan konflik yang berlaku dalam

budaya melalui makanan merupakan satu isu yang cukup memberi erti dan perlu
diambil kira dan ianya merupakan satu cabaran dan memerlukan kepada satu
kajian yang lebih khusus dilakukan.
Walaupun kita dapat melihat kebaikan daripada segi bertambahnya nilai
nutrisi

dan mutu makanan yang dihasilkan melalui penggunaan sains dan


teknologi moden tetapi sebenarnya ia belum pasti memberikan kesan yang baik
kepada kesihatan manusia. Antara sebabnya ialah kajian untuk membuktikan
sama ada makanan yang terhasil daripada teknologi moden selamat atau tidak
untuk dimakan sebenarnya memerlukan kepada satu jangka masa yang lama
berbanding dengan perubahan teknologi yang begitu cepat berlaku. Selain
daripada itu untuk menentukan fatwa dari sudut agama sama ada makanan yang
dihasilkan melalui teknologi moden ini halal atau haram juga memerlukan masa
kerana ia juga bergantung sama ada makanan yang terhasil itu memudaratkan atau
memberi manfaat kepada manusia.
Apabila menyentuh persoalan keselamatan dan kesihatan berhubung
dengan pengambilan makanan, ia bukan lagi merupakan isu setempat tetapi ia
merupakan isu global yang perlu ditangani bersama dari dalam dan luar negara.
Sekiranya makanan yang terhasil membawa kepada kesan yang buruk, maka

seluruh dunia akan menanggung kesan akibatnya iaitu ia tidak mengira negara,
bangsa atau agama. Sebab itu banyak peruntukan kewangan diberi supaya kajian
yang lebih lanjut dapat dilakukan demi untuk memastikan teknologi makanan
yang digunakan pada hari ini adalah selamat. Apatah lagi dari aspek agama
khususnya agama Islam, makanan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha
bukan muslim dari dalam dan luar negara akan digunakan oleh seluruh umat.

Oleh itu aspek halal adalah aspek yang amat penting kerana walau bagaimana
baik pun makanan yang dihasilkan tetapi sekiranya ia tidak halal maka pengguna
Islam tidak boleh memakannya (Che Wan Jasimah,2009).

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang dikenal pasti.
Objektif tersebut adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti persepsi pelajar Ekonomi Rumah Tangga mengenai status
halal gelatin dalam industri makanan konfeksioneri.
2. Mengenalpasti sikap pengguna terhadap status halal gelatin.
3. Untuk mengkaji hubungan di antara agama dengan status halal gelatin.
4. Untuk mengkaji hubungan antara sikap pengguna dengan status halal
gelatin.
Konseptual Kajian

Kepentingan Kajian

Masyarakat
Sebagai masyarakat Islam di Malaysia yang berkongsi sebuah negara
dengan masyarakat bukan Islam perlu lebih prihatin dan mampu memilih

makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu
dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan
mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Masyarakat Islam perlu mengubah
tanggapan masyarakat bukan Islam bahawa makanan yang halal bukan makanan
daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu

dijelaskan dengan lebih mendalam (Mohamad Syafiqe Abdul Rahim, Majalah
Cahaya: http://www.halal.gov.my/). Antaranya ia meliputi kebersihan ini kerana
Islam amat menitik beratkan soal kebersihan. Ia juga berkaitan dengan kesihatan
kerana makanan yang baik akan mempengaruhi kehidupan seharian. Islam amat
mementingkan makanan yang sihat dan melarang penganutnya memakan
makanan yang kotor.
Antara kepentingan kajian ini, adalah untuk memberi kefahaman kepada
masyarakat Islam tentang kepentingan makanan halal dan kesannya pada jasmani
dan rohani manusia. Persepsi masyarakat terhadap konsep halal juga telah
berubah daripada hanya merangkumi soal halal haram untuk keperluan diri
(kegunaan diri) kepada soal halal haram melibatkan keperluan masyarakat yang
merancakupi seluruh aspek kehidupan. Ini kerana masyarat perlu didedahkan
dengan kepentingan makanan halal agar dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bijak memilih makanan.

Dewasa ini, isu halal telah menjadi keutamaan syarikat dan industri dalam
mengeluarkan sesuatu produk demi untuk memastikan pruduk yang dikeluarkan
dapat diterima oleh masyarakat. Lantaran itu, halal telah menjadi satu fenomena
perniagaan di mana ia dapat mempengaruhi sesuatu produk perniagaan mendapat

pasaran yang meluas khususnya di kalangan pengguna Islam. Banyak isu halal
yang telah diketengahkan dan apa yang penting masyarakat tidak boleh
memandang enteng mengenai isu halal haram tersebut.
Pengguna
Pengguna diistilahkan setiap orang yang mendapatkan barangan dan
perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara
mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang
paling mikro iaitu diri sendiri. Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Mantan
Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada
"pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna
Sedunia ketika Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna
yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas
asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
Kepentingan yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah setiap pengguna

mendapatkan pemahaman mengenai konsep halal dalam makanan lebih-lebih lagi
makanan konfeksioneri. Ini kerana makanan konfeksioneri adalah makanan yang

banyak dipasarkan. Konsep halal adalah sesuatu yang mudah namun industri pada
masa kini telah menjadikannya lebih kompleks sehingga mengelirukan majoriti
pengguna Muslim (Khalilah, 2012). Pada dasarnya, semua makanan adalah halal
dimakan selagi tidak ada larangan sama ada di dalam panduan utama umat Islam
iaitu al-Quran mahupun hadis.
Menurut Khalilah (2012), perkara ini menjadi semakin rumit berikutan
pembangunan teknologi dan juga kepelbagaian sumber yang diperoleh dalam
menghasilkan

makanan

termasuklah

produk

harian


lain.

Keadaan

ini

menyukarkan pengguna untuk membuat pilihan dengan tepat dan yakin mengenai
sesuatu produk di pasaran.
Isu ini telah menarik perhatian pengguna Muslim terhadap cara
pemprosesan baharu terhadap makanan dan produk-produk lain (Yaakob &
Suhaimi, 2010; Khalilah, 2012). Sesetengah pengguna keliru dengan beberapa
kategori produk yang boleh digunakan atau dibenarkan dalam Islam. Ia tidak
hanya melibatkan produk semata-mata malahan juga cara ia diproses dan bahan
yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk yang perlu diberi perhatian
(Hazlinda & Jamil, 2012).

Kekeliruan ini disebabkan pemahaman pengguna terhadap produk halal
masih lagi terbatas kepada beberapa aspek tertentu sahaja walhal penentuan halal
sesuatu produk itu hendaklah dibuat berdasarkan proses awal hingga kepada
penghasilan produk akhir.

Menurut Aizat Jamaluddin di dalam kajiannya mengenai Pendidikan
Kepenggunaan halal di Malaysia, pengguna berhak untuk meneliti beberapa aspek
seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan yang selamat, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk
membuat pilihan, hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk mendapatkan
ganti rugi, hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna dan hak untuk hidup
dalam alam sekitar yang sihat dan selamat. Pelbagai pihak tampil menawarkan
program-program kesedaran tentang pemahaman terhadap hak-hak tersebut. Hal
ini termasuklah hak-hak berkaitan dengan persoalan halal haram dalam produk
gunaan. Objektifnya adalah supaya pengguna sedar tentang hak-hak yang perlu
mereka ketahui supaya tidak ditindas dan mampu bersuara kepada saluran yang
betul.

Penggunaan bahan berasaskan khinzir dalam industri makanan dan
pemprosesan menjadi salah satu isu yang menyumbang kepada keraguan atau
kekeliruan pengguna Islam sewaktu memilih sesuatu produk makanan. Situasi ini
boleh menimbulkan kekeliruan pengguna yang kekurangan maklumat apabila
produk yang mengandungi unsur babi dilabel dengan Kod E (Nurul Halawati
Azhari, 2010). Dengan adanya pendedahan yang terbuka mengenai isu gelatin
yang semakin menular sedikit sebanyak mampu memberikan pengetahuan yang

mendalam kepada pengguna.
Pelajar
Kajian ini sangat penting kepada pelajar seluruhnya terutama pelajarpelajar sekolah dan juga pelajar di universiti. kajian ini dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat terutama pelajar yang merupakan aset penting
dalam pucuk pimpinan pada masa akan datang serta menjadi pencetus idea
golongan intelek.
Antara kepentingan kajian ini adalah untuk memberi kefahaman kepada
pelajar berkaitan konsep makanan halal serta dapat membezakan makanan yang
halal, dan haram.

Antara lain, kajian ini

juga kajian ini bertujuan untuk meningkatkan

kesedaran berkaitan apa yang halal menurut Islam. Hal ini kerana jika dilihat
daripada pelajar hari ini dalam soal makanan halal tidak mengambil berat dalam
kehidupan seharian. Seolah-olah makanan halal yang menjadi keperluan seharian
tidak diendahkan tentang kehalalannya. Justeru itu, penulis bertindak untuk
mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar memahami berkaitan dengan makanan
halal.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Pengenalan
Secara umumnya, terdapat banyak isu yang berkaitan dengan makanan
yang timbul beberapa isu berasaskan gelatin bersumberkan khinzir dalam bahan
makanan. Agama islam adalah agama yang sangat menitik beratkan kebersihan
dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh antara yang termasuk dalam kategori
najis ialah khinzir. Kenajisan khinzir termaktub dalam firman Allah dalam surah
Al An’am 6:145 yang bermaksud, “Aku tidak dapati dalam apa yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir atau
daging khinzir – kerana sesungguhnya ia adalah najis. Jika daging khinzir adalah
najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir adalah najis juga. Ini
kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan sehingga jika
ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis (Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia).

Sebagai contoh, gelatin adalah bahan yang digunakan sebagai agen
pengenyal bagi produk seperti gummies buah-buahan, agen pengemulsi bagi
produk keju, dadih dan yogurt dan agen penjernih bagi menghalang rasa, bau dan
warna yang tidak diingini dalam minuman dan sebagainya. Di Malaysia,
masyarakat pernah didedahkan dengan laporan penemuan gelatin daripada khinzir
dalam produk jeli dan seumpamanya dan ini telah membawa isu yang sangat
besar. Hal ini terutama apabila jeli tersebut dimport daripada luar negara yang
mana status bahan ramuannya banyak bersumberkan khinzir dan derivatifnya.
Sudah terdapat ramai pengkaji yang lain yang telah membuat kajian mengenai
status halal gelatin.
Menurut kajian lepas Sanep Ahmad di dalam kajiannya iaitu Ketekalan
Gelagat Pengguna Muslim Terhadap Status Halal menunjukkan bahawa pengaruh
agama ke atas pengguna seseorang bergantung kepada sejauh mana seseorang
manusia mengikuti ajaran agama mereka. Pada setiap agama, pasti mempunyai
larangan keatas sesuatu makanan, contohnya agama Islam dan Yahudi yang
melarang pengikutnya memakan daging khinzir kerana factor kebersihannya atau
agama Hindu dan Buddha yang melarang pengikutnya memakan daging lembu
kerana mengikut kepercayaan mereka lembu merupakan Tuhan mereka, kecuali

agama Kristian yang tidak mempunyai pantang larang (Sack, 2001, p.218). Setiap
agama mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Dan pantang larang yang
digunakan mempunyai sebabnya yang tertentu.
Banyak kajian mendapati bahawa faktor kepatuhan terhadap beragama
akan mempengaruhi gelagat manusia

secara umum yang dengannya secara

khusus mempunyai kesan keatas pilihan produk. Sebagai contoh agama islam
yang tidak membenarkan penganutnya memakan makanan yang berasaskan
khinzir dan itu menyebabkan penganutnya membeli makanan yang dijamin halal.
Berdasarkan kepatuhan agama maka pilihan akan dibuat dengan melihat
faedah kerohanian.
Kajian lepas Che Wan Jasimah Bt. Wan Mohamed Radzi telah
menunjukkan amalan pengambilan makanan hari ini dipengaruhi oleh budaya tiga
kaum utama di Semenanjung Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Dalam kaum
tersebut terdapat beberapa pantang larang dalam agama yang dianutinya.
Generasi hari ini telah dapat menerima makanan etnik lain dengan beberapa
perubahan dilakukan terhadap bahannya. Satu masalah yang terdapat kini di
dalam menentukan kehalalan produk yang datang dari luar negara ialah kerana
Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak dapat bertanggungjawab ke atas

kemasukan bahan makanan yang datang melalui Sabah dan Sarawak kerana di
negeri-negeri tersebut ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan
Haiwan. Akibatnya terdapat produk yang masuk melalui Sabah dan Sarawak ke
Semenanjung tidak dapat dikawal sama ada halal atau sebaliknya. Berdasarkan
kajian yang dilakukan terdapat hampir separuh responden dalam kajian itu telah
menerima

pakai

corak

pengambilan

makanan

segera.

Keadaan

ini

menggambarkan bahawa negara memerlukan bahan mentah yang tidak dapat di
hasilkan di Malaysia. Kesannya untuk jangka masa panjang ialah import makanan
negara akan meningkat. Disebabkan oleh itu meningkatnya import makanan dan
turut mengundang kepada isu halal. Iaitu bahan mentah dan makanan tersebut
perlulah menepati hukum syarak.
Shatenstein, B. dan Ghadirian telah melakukan penyelidikan berhubung
dengan pengambilan diet dengan menggunakan pendekatan multidisiplin iaitu
bagaimana berbagai etnik, budaya dan ahli agama mempengaruhi pengambilan
diet dan kaitannya dengan kesihatan. Salah satu tujuan utama Shatenstein di
dalam kajiannya ialah beliau ingin mengkaji bagaimana budaya dan agama
memberikan impak dalam menentukan pemilihan makanan. Beliau mengambil
contoh masyarakat yang mengamalkan diet tradisi seperti yang tidak mengambil

daging, kafein, arak dan lain-lain kerana berpegang kuat kepada agama atau adat
yang diamalkan oleh kumpulan etnik tersebut. Walaubagaimapun menurut
Shatenstein bagaimana pengaruh budaya dan agama mempengaruhi faktor lain
seperti pemilihan makanan, rasa, harga, keselesaan, nutrisi dan kawalan terhadap
berat badan tidak dapat dipastikan. Malah beliau turut memberikan pendapat
bahawa tabiat dalam mengambil makanan adalah dipengaruhi oleh berbagai-bagai
kombinasi sumber seperti kepercayaan, pengalaman dalam mengamalkan
makanan oleh sesebuah kumpulan atau komuniti, faktor ekonomi, kesihatan dan
lain-lain.
Di dalam kajian Siti Zanariah Haji Yusoff, berdasarkan tinjauan literatur
yang diperoleh, didapati bahawa tahap keagamaan individu merupakan antara
elemen faktor komunikator yang boleh menentukan sama ada perilaku pencarian
maklumat dalam kalangan keluarga Islam berlaku ataupun sebaliknya. Agama
merupakan faktor asas yang boleh dilihat dalam pencarian maklumat produk
halal. Di dalam persoalan dalam kajian tersebut

adakah tahap keagamaan

seseorang itu mempengaruhi pencarian maklumat produk halal? Komitmen
terhadap agama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia melalui
pembentukan kepercayaan, pengetahuan dan sikap seseorang. Setiap Muslim

wajib mematuhi hukum halal yang telah ditetapkan bagi mengekalkan integriti
produk halal secara global (Hazlinda & Jamil, 2012). Tahap keagamaan seseorang
individu adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Hazlinda dan Jamil
(2012), keagamaan merujuk pada tahap seseorang individu menjadi lebih
beragama. Perkaitannya di sini adalah dimana jika sesuatu produk makanan
tersebut dikhuatiri halalnya, ianya akan menimbulkan satu isu dalam agama.
Kenyataan ini turut disokong oleh Worshington dan rakan-rakan (2003), yang
menjelaskan bahawa tahap komitmen seseorang individu mempengaruhi
pembuatan keputusan peribadi mereka dan menegaskan bahawa individu yang
kuat pegangan agamanya memiliki perbezaan nilai dengan orang yang sederhana
tahap agamanya. Tahap keagamaan adalah untuk melihat sejauh mana individu
komited terhadap agamanya yang seterusnya memberi gambaran tentang sikap
dan perlakuan mereka (Hazlinda & Jamil, 2012).
Di dalam kajian Golnaz yang bertajuk “Non-Muslims’ awareness of Halal
principles and related food, 2010” telah menggunakan teori tingkahlaku dirancang
atau lebih dikenali sebagai Theory of Planned Behavior (TPB) dimana teori ini
menggunakan tiga konsep untuk menentukan tingkah laku iaitu sikap, norma
subjektif dan kawalan tingkah laku yang dilihat. Ia menilai sejauh mana orang

dapat menerima bahawa mereka sebenarnya mempunyai kawalan dan mengubal
tingkah laku mengikut kepentingan.
Kajian yang dilakukan oleh Nor Aini Haji Idris (2013) dalam kajiannya
yang bertajuk Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal Haram
Produk

mendapati

bahawa

terdapat

beberapa

faktor

yang

membantut

perkembangan industri halal di negara ini. Pertamanya pengeluaran dan produk
halal masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Contohnya pada tahun 2010, 74.7%
pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan bumiputera bagi kategori produk,
premis makan dan rumah sembelihan (Berita Harian, 2013). Keduanya,
pengusaha mengalami masalah kekurangan rantaian bekalan bahan makanan halal
terutamanya bahan mentah, ramuan, bahan tambahan dan sebagainya. Walau
bagaimanapun jika pengguna mempunyai sikap prihatin terhadap isu halal haram
ini, ianya dapat membantu mempercepatkan perkembangan industri halal negara.
Jika semua pengguna muslim sedar akan kepentingan ini, pengusaha produk juga
turut berusaha untuk memastikan produk yang dikeluarkan oleh mereka adalah
halal. Secara langsung ianya akan meningkatkan permintaan yang besar terhadap
produk halal di pasaran.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah-kaedah dan metodologi
kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian. Bab ini juga akan menerangkan
tentang reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, responden kajian, kawasan
kajian dan kaedah penganalisisan data.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian lapangan yang bertujuan untuk mengukur dan
melihat persepsi pelajar ekonomi rumah tangga mengenai status halal gelatin
dalam industri makanan konfeksionari. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah
kajian tinjauan (survey research). Kaedah tinjauan ini dipilih kerana darjah
kebolehpercayaan yang tinggi, kos yang rendah dan jangka masa yang diperlukan
tidak terlalu lama.

Populasi merupakan jumlah keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji
(Amir Hasan, 2002). Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Sampel adalah individu yang menjawab soalan-soalan
penyelidikan dan merupakan contoh daripada populasi. 207 pelajar dipilih secara
rawak dari kursus Ekonomi Rumah Tangga. Bagi mencapai objektif kajian, satu
set boring soal selidik dirangka bagi mendapatkan maklum balas daripada
responden.
Instrument yang lazimnya digunakan untuk kajian ialah berbentuk soal
selidik. Instrument yang lazimnya digunakan oleh pengkaji ialah berbentuk
dekstriptif. Instrument soal selidik merupakan cara paling berkesan bagi
mendapatkan maklumat daripada responden.
Kajian yang dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris mengenai status halal gelatin dalam industri makanan
konfeksioneri. Seramai 207 orang pelajar Ekonomi Rumah Tangga Universiti
Pendidikan Sultan Idris dipilih sebagai sampel kajian. Seramai 29 orang pelajar
ekonomi rumah tangga semester 3, 59 orang pelajar semester 4, 59 orang pelajar
semester 5 dan 60 orang pelajar semester 6.

Menggunakan
teknik
persampelan
rawak mudah

Pelajar
ekonomi
rumah tangga
semester
3,4,5,yang
telah
mengambil
subjek bakeri
dan
konfeksioneri

Seramai 207
pelajar

Kaedah Pengumpulan Data
Data-data yang dikumpul akan diolah untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci. Segala maklumat yang diperoleh dianalisa dan perlu dijelaskan secara
terperinci serta menghubungkaitkan maklumat dan data yang diterima dengan
teori yang menjadi rujukan terhadap kajian yang akan dijalankan. Data-data yang
sedia ada mungkin akan bertambah kerana pengkaji sentiasa mencari maklumat
atau data yang baru mendapatkan kesahan dalam kajian yang dijalankan. Kaedah

yang digunakan dalam mengumpulkan data adalah dengan pembacaan bahan
ilmiah dan dokumentasi data.
Pendekatan Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan memberikan fokus
kepada pelajar-pelajar UPSI . Pendekatan Kuantitatif kajian yang dijalankan
melibatkan edaran borang soal selidik yang dirangka berdasarkan 5 bahagian
dalam setiap set. Pendekatan kualitatif ini dilakukan kerana saiz sampel yang
sangat besar digunakan dalam kajian ini. Selain itu, pendekatan ini menekankan
kepada fenomena-fenomena objektif yang dikawal melalui pengumpulan data dan
analisis data (Fraenkel, 2007)
Instrumen Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik akan menggunakan soal selidik sebagai
instrument. Ini kerana soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat yang
tepat dan lengkap. Selain itu penyelidik memilih soal selidik sebagai instrument
untuk mendapatkan maklumat kerana soal selidik adalah sesuatu yang seragam
dan semua responden yang menjawab soalan ini akan mendapat dan menjawab
soalan yang sama. Penyelidik juga berpendapat responden mngkin lebih selesa

memberikan respon melalui soal selidik berbanding temu ramah. Pemilihan
instrument ini adalah bertepatan dengan pandangan Clombo Plan (1984) yang
menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrument kajian yang sering
digunakan dalam kajian deskriptif.
Instrument kajian ini merupakan instrument yang telah dibina oleh
pengkaji lepas dan telah diubah mengikut kesesuaian dengan kajian persepsi
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai status halal gelatin dalam
industri makanan konfeksioneri. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah
menggunakan pelbagai soal selidik yang dibina oleh pelbagai pengkaji lepas dan
telah diolah semula agar bersesuaian digunakan dalam kajian ini dalam kalangan
pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Soal selidik dibahagikan kepada empat
bahagian yang dinyatakan di dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 : Pembahagian Soal Selidik
Bahagian
1.
2.

Soalan- soalan
Latar belakang responden
Tahap persepsi halal dalam kalangan

Bil Item
6
24

3.

pengguna
Persepsi pelajar terhadap makanan berlogo

11

4.

halal
Agama terhadap produk halal

10

Bahagian A:
Bahagian ini digunakan bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar
belakang responden. Sebanyak 6 soalam soalan yang terkandung di dalamnya
yang merangkumi jantina, umur, bangsa, pengajian sekarang, status perkahwinan
dan pekerjaan.
Bahagian B:
Mengandungi soalan-soalan mengenai pengetahuan responden. Sebanyak
3 soalan yang dikemukakan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana
pengetahuan responden terhadap isu tersebut. Diantara soalan-soalan yang

dikemukakan ialah tahap persepsi halal dalam kalangan pengguna, persepsi
pelajar terhadap makanan berlogo halal dan agama terhadap produk halal.
Kajian Rintis
Satu kajian rintis telah dilakukan sebelum borang soal selidik sebenar
diedarkan kepada responden. Tujuan kajian rintis dilakukan adalah untuk
memastikan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai dan dikekalkan. Selain itu ia
juga dapat menentukan kesahihan isi soal selidik melalui pandangan pakar dan
individu.
Kajian rintis juga perlu kerana dengan cara ini kesesuaian dan ketepatan
soalan serta format yang digunakan dalam soal selidik dapat dikenal pasti dan
kelemahan-kelemahan yang kecil boleh diperbaiki untuk menghasilkan soal
selidik yang bermutu (Mohd Majid, 1990).
Kaedah Penganalisisan Data

RUJUKAN

ASIDCOM report: The muslim consumer as the key player in halal – march 2012.
Consumption Culture In The Presence Of Globalisation: The Influence Of
Religion, Nation And Ethnicity On Consumption Patterns. Vol. 90(4).
Geografia online. Malaysian Jourbal of Society and Space 10. Issue 6, (48-56).
Nazahah. (2012) The Halal Product Acceptance Model For The Religious
Society. 3(1), 17-25.
Siti Zanariah Haji Yusoff. (2014). Faktor Pencetus Perilaku Maklumat Produk
Halal Dalam Kalangan Islam. Volume 3, Issue 2, 2014: 69-80.
Sanep Ahmad. (2014). Ketekalan Gelagat Pengguna Muslim Terhadap Status
Halal: Kearah Strategi Berkesan Promosi Produk Halal. 737-745.
Zaimah Ramli. (2014). Malaysia sebagai pusat halal global: Sau penemuan awal
mengenai persepsi halal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Issue
6:48-56.
Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Kedudukan Anjing

Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya
http://www.efatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitan
nya.pdf
Shatenstein, B. & Ghadirian P. Influences on Diet, health behaviours and their
outcome in select ethnocultural and religious groups. Nutrition, Vol. 14(2).
1998. Ms. 223-230
Nor Aini Haji Iris. (2013) Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu
Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks. Prosiding perkem viii,
jilid 3 1245 – 12 issn: 2231-962x

ISI KANDUNGAN
Perkara

Halaman

Tajuk Projek
Pengesahan Laporan Projek
Abstrak
Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Bab 1 – Pengenalan Projek
1.1. Pengenalan
1.2. Latar Belakang Masalah
1.3. Pernyataan Masalah
1.4. Objektif Kajian
1.5. Konseptual Kajian
1.6. Kepentingan Kajian
1.6.1 Masyarakat
1.6.2 Pengguna
1.6.3 Pelajar
1.1. Kesimpulan
Bab 2 – Kajian Literatur
2.1. Pendahuluan
2.2.
Bab 3 – Metodologi Kajian

3.1.
3.2.
3.3.
3.4.
3.5.
3.6.
3.7.

Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Kaedah Pengumpulan Data
Pendekatan kajian
Instrumen Kajian
Kajian Rintis
Kaedah Penganalisisan Data

Bab 4 – Analisis Kajian
4.1.
4.2.
4.3.
4.4.
4.5.

Pengenalan
Analisis
Latar Belakang Responden
Hasil Analisis Kajian
Kesimpulan

Bab 5 – Kesimpulan dan Perbincangan
5.1. Pengenalan
5.2. Rumusan
5.3. Perbincangan dan Cadangan
Rujukan
Lampiran
Lampiran 1: Borang Soal Selidik