Sains dan Teknologi Tamadun China

18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga
kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran
dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung
kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain
misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran
porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.
Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit
birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan
selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh
mendatangkan

manfaat

secara

langsung

kepada

seluruh


birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan
zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya
pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat
tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi
dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia
Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat
untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan
perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam
bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan
pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan
teknologi

moden.

18.5.1 Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah
mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.

Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada
2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan
tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

18.5.2 Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa
(abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue,
walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan
matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik)
oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai
kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa
kini.
18.5.3 Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing.
Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya
oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan
juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni

kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin
dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia
kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan
Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada
dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah
secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai
kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paruparu mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat
tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas
bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut

teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh
saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan
qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan
darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori
jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang
telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit.
Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo

supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula
sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan.
Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada
permukaan kulit lalu dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba),
binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000
jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan
keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara
mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh
sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba
mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan
sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma)
dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam
memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja
Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri
Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina

tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593)

ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa
sehingga masa kini.
18.5.4 Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga
pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami
prinsip fokus.
18.5.5 Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup
selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir
kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan
tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang
perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk
mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam
mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang
berguna.
18.5.6 Teknologi Cina
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian,
astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka
telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini

membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari
China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang

digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga
manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang
dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era
Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala
fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi,
sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.
18.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung
iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini
kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The
Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti
Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah

fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan
dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada
pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi
Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya
secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama
di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui
formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-

7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan
mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu
bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya
dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti
Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama
dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan
aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan
(declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini,
orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

18.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA
Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada tamadun
dunia di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan tetapi, selepas ini
sains

dan

teknologi

di

China

boleh

dikatakan

mengalami

tahap


kemerosotan.

Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh dirumuskan
seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal. Orang Cina lebih
mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan
berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan
yang bersifat asas dan teoretikal.
Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman orang
Cina telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-alat penggunaan
seperti kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional dan sebagainya. Akan tetapi,
mereka kurang menjalankan penyelidikan tentang teori sains secara kritis, analisis dan logik.
Mereka jarang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan logik terhadap pengetahuan empirik.
Mereka berminat akan aspek 'apa' dan bukan aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau
benda.

Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang
berasaskan sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan supaya
menjadi individu yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Sehubungan
ini, kewajipan sosial seseorang dalam konteks 'lima hubungan sosial' ditegaskan dalam sistern

pendidikan Cina. Akibatnya, para sarjana kurang berminat terhadap pengetahuan sains,
khususnya sains semulajadi (natural science).
Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini mementingkan
aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak menggalakkan kemunculan bakat
yang mahir dalam bidang sains.
Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas kelihatan di
bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia itu sebagai satu, iaitu
sebarang bahagian badan tidak terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit
diteliti dari konteks yang luas termasuk sosial dan biologi.
Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi adalah banyak
dan besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi berlaku sejak tahap permulaan
dengan pelbagai tradisi sains saling pengaruh mempengaruhl antara satu sama lain.