Langkah Kerajaan dan Masyarakat mendepan
Sokongan kerajaan dan golongan belia berkenaan
Revolusi Perindustrian 4.0 dari sudut pandangan ekonomi
Islam dan langkah terbaik dalam mencapainya
Oleh : Muhammad Rasydan B Abu Bakar
Dunia sekali lagi menuju satu perubahan secara berperingkat
dalam perindustrian hampir semua negara terlibat dalam
menyertainya.Negara-negara membangun seperti Malaysia
adalah antara yang paling banyak terkesan dengan revolusi ini
kerana ia merupakan titik tolak sesebuah negara dalam
menentukan masa hadapan mereka.Dengan langkah serta cara
yang terbaik dalam menelusuri revolusi ini , sesebuah negara
mampu menjadi antara “game changer” dalam pasaran dunia.
Pengenalan dasar TN50 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak merupakan antara langkah bijak kerajaan dalam memacu
Malaysia kearah negara yang mempelopori teknologi industry 4.0.
Ini membawa kepada persoalan yang lebih besar , bagaimana kita
dapat membentuk sebuah negara yang bersedia ke arah itu ?.
Jawapannya adalah melalui sokongan dua tiang utama dalam
sesebuah negara iaitu kerajaan dan rakyat. Hancur kerajaan
kerna lemahnya rakyat , hancur rakyat kerna lemahnya kerajaan
begitulah perumpamaan yang boleh diletak bagi menggambarkan
peri pentingnya dua tiang ini.
Revolusi memperlihatkan penggunaan secara skala besar Internet
Of Everything (IOT).Penciptaan kecerdasan buatan pintar (AI) ,
applikasi dan tekonologi robotik merupakan antara struktur
elemen penting dalam revolusi kali ini. Antara usaha yang boleh
dilakukan oleh kerajaan mahupun golongan belia ialah mendidik
serta menjelaskan industry 4.0 ini . Hal ini boleh dilakukan
dengan melibatkan secara terus golongan belia yang
berkemahiran professional dalam menganjurkan program-
program yang mendidik industry 4.0 ini. Kerajaan boleh
memainkan peranan dengan memperkenalkan penstrukturan
yang terkandung dalam TN50 dimana sudah tentu diperkenalkan
bagi menghadapi industry 4.0 ini, dengan ini manifesto TN50
dapat digarap dengan baik oleh golongan belia.
Selain itu merangka serta mengkaji semula struktur ekonomi
negara supaya selaras dengan era revolusi baru.Hal ini boleh
dicapai dengan mengkaji struktur penggunaan wang fiat. Masalah
yang berlaku didalam sistem wang fiat ialah keberkesanan pihak
berkuasa dalam memantau perjalanan keluar masuk duit di dalam
serta diluar negara dengan baik .Lalu menyebabkan berlakunya
kecairan matawang negara yang mana tidak dapat diketahui
daripada mana puncanya. Ditambah perkenalan matawang jenis
‘cryptocurrency’ di era kini melihatkan ianya adalah peluang
yang baik untuk kerajaan mempelopori penggunaan matawang
digital itu. Pada hemat saya sistem matawang digital perlu dikaji
dengan begitu teliti kerana walaupun ianya berkesan dalam
mengenalpasti punca dan kemana duit tersebut pergi akan tetapi
ianya digunakan secara meluas dalam transaksi gubahan
matawang haram.Pengenalan kepada matawang digital ini dapat
merancakkan transaksi nasional dan menyediakan negara kearah
negara berteknologi. Hal ini juga hanya akan tercapai jika
golongan belia juga mempunyai kesedaran dan merubah kepada
penggunaan jenis matawang ini.
Selain itu , memperkasakan institusi kewangan islam dengan
kerajaan sendiri menganjurkan serta mempelopori institusi ini
sebagai teras kewangan utama negara.Keberkesanan institusi ini
terbukti apabila laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM) dimana simpanan aset negara bentuk kecairan di
dalam institusi ini menokok sebanyak RM 300 – 500 juta ringgit
bagi tahun 2017 sahaja.Bursa Malaysia dan BNM melihatkan ini
sebagai satu peluang bagi menguatkan struktur kewangan
negara dengan mewujudkan Bursa Financial Islamic (Bursa Fin-I)
dan BNM dalam penstrukturan semula mewujudkan BNM-Islamic,
akan tetapi usaha ini akan menjadi sia-sia jika kerajaan tidak
mempeloporinya secara meluas lalu menyebabkan golongan belia
faham dan turut serta mengembleng tenaga memajukan institusi
ini. Jika dikaji dan distruktur semula dengan baik ,
berkemungkinan kita mempunyai pegangan aset terbesar di Asia
Tenggara. Golongan belia dapat menghayati kepentingan
penggunaan ini dan saya rasa peristiwa bersejarah ini dapat
diulang semula tatkala pengenalan Tabung Haji (TH) sebelum ini
yang sehingga sekarang menjadi antara aset terbesar negara.
Tambahan pula pengkajian secara terperinci dan meluaskan skop
sistem zakat. Melihatkan sejarah bagaimana kerajaan Bani
Umawiyah , Abbasiah dan Uthmaniyah yang mampu menguasai 1
per 3 dan 2 per 3 dunia selama beratus tahun amatlah
mengkagumkan akan tetapi sudah pasti terdapat rahsia di
sebalik kejayaan 3 kerajaan utama tersebut. Sarjana Barat di
dalam tesis mereka bertajuk ‘Zakat : The Sleeping Giant’
menceritakan bahawa kekuatan serta kebaikkan yang ada pada
sistem zakat ini yang tidak digunakan seoptimum mungkin .
Sarjana ini berpendapat bahawa menggunakan sistem zakat ini
secara menyeluruh dalam sesebuah negara bakal merubah
keseluruhan sistem ekonomi dunia yang berada dan digunapakai
sekarang ini.Hal ini kerana tatkala berbicara mengenai ekonomi
ianya tidak lari daripada sebuah ideology yang digunapakai .
Adapun ideology disebalik sistem zakat ini menggunakan harta
lebihan untuk menampung rakyat yang miskin. Satu ideology
yang mudah akan tetapi mampu menjaga 3 kerajaan di atas
selama beratus tahun. Melihatkan kepada perkara ini , sudah
tentu dengan mengkaji dan meluaskan skop sistem zakat ini
dapat mewujudkan suasana ekonomi yang lebih mapan dan
sudah pasti ianya selaras dengan hasrat Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam Transformasi Nasional (TN50 ).
Selain itu pengenalan skim galakan pekerja Bawah 30 tahun
(B30). Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
sebanyak 25 % golongan muda bawah 30 tidak mempunyai kerja
dan sebanyak 6 % pendapatan isi rumah dibawah paras
kemiskinan. Hal ini tidak selaras jika negara mahu mencapai
sebuah negara berpendapatan tinggi. Faktor utama masalah ini
berlaku ialah kenaikkan harga barangan rumah yang secara
mendadak tidak selari dengan kenaikkan gaji. Skim ini ialah satu
galakkan kepada majikan untuk menggaji pekerja daripada orang
muda untuk diserap kedalam syarikat mereka . Tinjaun yang
dilakukan kepada 40 orang pemilik syarikat mendapati bahawa
masalah yang berlaku ialah mereka terpaksa membayar cukai gst
, pinjaman perniagaan , dan sebagainya. Walhal keuntungan
mereka agak statik disebabkan faktor di atas tadi. Hal ini
menyebabkan mereka ragu-ragu untuk mewujudkan peluang
pekerjaan untuk orang baru walaupun mereka tidak cukup
kakitangan. Perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas melalui
skim ini dimana 3 pihak akan mendapat manfaat iaitu pihak
kerajaan ,usahawan dan golongan muda. Kerajaan dapat
menawarkan pinjaman modal lebihan kepada usahawan
berpotensi. Selain itu menawarkan potongan cukai perniagaan
mengikut kadar keuntungan bersih mereka. Kerajaan juga dapat
menerbitkan tawaran pinjaman dengan peratus interest yang
lebih rendah kepada golongan muda yang menceburkan diri
dalam perniagaan. Hal ini semua dapat merancakkan sektor
perniagaan kepada usahawan lalu menghasilkan peluang
pekerjaan kepada golongan muda.
Selain itu pengenalan rang undang-undang kawal selia harga
rumah Malaysia. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian
dan Perkhidmatan Harta (JPPH) melaporkan sebayak 500,000
projek rumah yang tidak terjual dan separuh daripadanya
mencapai status overhang.Hal ini disebabkan harga rumah yang
melambung tinggi hingga mencapai status overheating price
seperti yang dikeluarkan BNM. Perkara ini berpunca akibat
syarikat-syarikat pembangunan cuba mengambil keuntungan
berkali ganda yang tidak masuk akal sekali. Contoh kajian kes
yang boleh saya kongsi harga rumah jenis apartment mempunyai
3 bilik, 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu dengan keluasan
1400sqf berharga dalam lingkungan RM 500,000 sedangkan
perbandingan yang sama , saiz rumah yang sama jika dibuat
sendiri atas tanah memakan kos sekitar RM 200,000 sahaja. Disini
kita dapat melihat pihak pemaju mengaut untung lebih 2 kali
ganda hanya diatas satu rumah sahaja walhal apartment
mempunyai tingkatannya dan harganya berbeza dan semakin
meningkat mengikut tingkatan. Perkara ini berlaku kerana tiada
undang-undang yang membendung mereka daripada mengaut
keuntungan berlebihan lalu menyebabkan industri hartanah
menjadi lesu lalu natijahnya pada kekuatan ekonomi Malaysia
jatuh disebabkan faktor ketakutan pada harga rumah tersebut.
Tuntasnya, industry 4.0 ini masih baru dan banyak aspek yang
boleh negara peloporinya. Kebangkitan revolusi perindustrian
sebelum ini melihatkan Malaysia sedikit terlambat dalam
mengambil peluang yang ada lalu menyebabkan kita tertinggal
agak jauh dibelakang. Akan tetapi pengenalan industry 4.0 ini
boleh menjadi ‘game changer’ untuk negara kita.
#HebatkanMalaysia