Bersungguh sungguh dan Berhati hati Hada

*AMARAN!!!
Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari
kandungan khutbah yang dikeluarkan
(7 Zulkaedah 1434H / 13 September 2013)

BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERHATI-HATI HADAPI CABARAN

        
      
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka,
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

1

Wahai Hamba-Hamba Allah Sekelian!
Marilah kita mencari jalan bahagia dengan kita memilih jalan yang menuju
kepada keredhaan Allah sebelum kita dipaksa bertemu dengan Allah dalam keadaan
Allah murka kepada kita. Berkata al Syahid Syed Qutb Rahimahullah Taala :

Semua orang akan kembali kepada Allah selepas kematiannya,

Tetapi orang yang bahagia telah dan tetap pergi kepada Allah semasa hidupnya
lagi.
Janganlah berterus-terusan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita berada
dalam zon kelalaian kerana Imam al Syafie r.a pernah mengungkap:
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian
sedangkan kain kafannya sedang ditenun.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mari kita sama–sama mengukur diri masing masing sekuat mana kita
mempunyai daya ketaqwaan

diri masing-masing. Mari kita perbaiki diri

kita dengan kita menganalisa dialog antara Saidina Umar r.a dan Saidina Ubay bin
Ka’ab mengenai hakikat taqwa menerusi analogi yang sangat baik dan mudah
difahami. Mari kita ukur diri kita masing-masing samada kita sudah mencapai
matlamat TAQWA berdasarkan piawai yg telah digagaskan oleh Saidina Umar al
Khattab :

2


Saidina Umar al Khattab r.a bertanya kepada Saidina Ubai bin Ka’ab
mengenai taqwa. Maka Kaab bertanya kepada Saidina Umar al Khattab
r.a : Pernahkah tuan melalui sebatang jalan yang penuh dengan duri? Ya
jawab Umar . Ubay bertanya lagi : Apa tindakan tuan ketika itu? Saidina
Umar menjawab : aku bersedia dengan bersungguh-sungguh dan berhatihati.
Taqwa akan menyelamatkan diri dan umat dari terjerumus ke kancah dosa dan
kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Ia dapat dilakukan dengan gabungan dua sifat seperti di dalam dialog di atas ; iaitu
)

( persediaan yang bersungguh-sungguh dan )

( berhati-hati.

Sidang Jamaah sekelian.
Dalam kehidupan sehari-harian setiap kita wajib bersungguh-sungguh
melakukan apa jua suruhan Allah bukan dibuat secara sambil lewa seperti
melepaskan batuk di tangga dan dan dalam masa yang sama kita mesti sentiasa
berhati-hati daripada melakukan sebarang dosa. Kita semua sedang dalam

perjalanan menuju Allah . Atas perjalanan ini kita ada peraturan yang perlu dipatuhi
bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa apatah lagi hanya patuh pada yang
berkenan di hati sahaja. Di atas jalan yang sama ini kita dinanti dengan segala jenis
duri-duri maksiat dan dosa yang perlu kita berhati-hati apabila kita melaluinya.
Untuk membangunkan semula ummah yang sedang sakit ini, umat Islam
memerlukan kepada kapsul mujarrab gabungan antara )
bersungguh-sungguh dan )

( persediaan yang

( berhati-hati. Semenjak merdeka 56 tahun dulu,

kita berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah urustadbir seperti amalan
rasuah, penyelewengan dan lain-lain. Belum pun selesai isu-isu urustadbir, kita
menghadapi gerakan terancang mengubah rupa wajah kedudukan Islam di negara
3

ini. Suara-suara lantang berucap atas landasan hak asasi manusia, hak kebebasan
bersuara dan berkarya, cuba merubah keistimewaan Islam dalam negara ini.
Kritikan lantang terhadap Institusi Islam dan fatwa, institusi Raja dan bahasa

kebangsaan semakin menjadi-jadi dan diwarnai dengan karya-karya tulisan dan
filem-filem pendek yang mencabar perundangan dan menguji kadar sensitiviti umat
Islam. Sekali lagi sifat )

( persediaan yang bersungguh-sungguh perlu untuk

menyelesaikan masalah urus tadbir yang sudah mengakar lama di Malaysia ini dan
( berhati-hati dan waspada dengan gerakan licik golongan-golongan

sifat )

liberalis dan pluralis yang tidak jemu berusaha merubah wajah Islam dalam negara.
Mereka berhajat jika boleh Islam hanya sekadar penyeri majlis dalam acara-acara
rasmi sahaja. Kalau boleh agama jangan diinstitusikan pentadbirannya dan akhirnya
membawa kepada natijah urusan agama hanya urusan peribadi masing-masing
tanpa perlu campurtangan pihak berkuasa agama. Akan bermaharajalelalah
penagih-penagih tegar, peminat-peminat LGBT, peminat-peminat pertandingan ratu
cantik, peminum arak di khalayak ramai tanpa mampu lagi disekat.

Sidang Jamaah sekelian,

Setiap individu muslim di negeri ini khususnya, wajib bersungguh-sungguh
)

( mempelajari asas-asas agama Islam samada aqidah , ibadah dan akhlaq.

Kerana dengan pengetahuan ini barulah muncul sifat )
terhadap

fahaman-fahaman

dan

amalan-amalan

yang

( berhati-berhati
menyeleweng

dan


menyimpang dari ajaran Islam. Lebih-lebih lagi pada hari ini terdapat bermacam4

macam aqidah dan amalan yang bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah
antaranya ialah seperti ajaran syiah.
Ajaran ini telah diwartakan sebagai sesat oleh Kerajaan Negeri Perak pada 1
Mac 2012. Ajaran yang sangat merbahaya kepada aqidah dan keharmonian
masyarakat ini perlu disekat secara )

( secara bersungguh- sungguh. Jika

dibiarkan sudah tentu ia akan mengocak ketenangan rukun kehidupan. Jadikanlah
pergolakan berdarah antara mazhab yang berlaku di beberapa negara Islam sebagai
iktibar seperti di Pakistan dan Iraq.
Keghairahan sebahagian masyarakat mendekatkan diri dengan agama jika
tidak menekuni terlebih dahulu ilmu aqidah dan syariat akan menghantarkannya ke
jurang bahaya. Bertarekat pada asasnya dibenarkan di dalam syarak asalkan ia tidak
bertentangan dengan aqidah dan syariat. Mimbar pada hari ini menyeru para jemaah
untuk )


( menekuni ilmu asas aqidah dan syariat. Dalam masa yang sama

hendaklah ada sifat )

( berwaspada dengan tipu daya segelintir pengasas-

pengasas tarekat yang salah. Menurut Dr Husni Hassan, ahli Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak dan Ketua Panel Kajian amalan tarekat, beliau menemui dapatan yang
amat memeranjatkan dari seorang Syeikh tarikat di selatan Perak yang mengatakan
bahawa Allah menjelma di Kaabah menyerupai seorang pemuda dan beliau mampu
untuk berunding dengan malaikat maut dalam isu penangguhan saat kematian.

Sidang Jamaah sekelian.
Gerakan mempersatukan kembali umat Islam di negara ini memerlukan
kesediaan semua pihak secara bersungguh-sungguh )
5

( untuk kembali

mempertautkan hubungan kasih sayang tanpa meletakkan berbagai-bagai syarat

awal dan setiap pihak perlu menunjukkan keikhlasan tanpa ada niat-niat yang
tersirat lain. Dalam masa yang sama kita mesti bersifat )

( terhadap usaha

mana-mana pihak yang tidak senang melihat umat ini bersatu lantaran itu sangat
kreatif melaga-lagakan sesama umat Islam. Budayakan ibadah tasbih, tahmid dan
takbir membasahi mulut-mulut kita sebagai ganti kepada cacian, makian, mengadu
domba sesama umat Islam. Kata Imam Malik :

Apabila kamu melihat seorang lelaki mempertahankan kebenaran, maka ia
mencaci, memaki memarahi dengan nada marah. Ketahuilah bahawa niatnya
telah cacat kerana kebenaran tidak memerlukan semua ini.
Berkasih sayanglah sesama kita, saling memaafi kesalahan. Ini akan
menggerunkan pihak lain kepada umat Islam. Tetapi apabila umat Islam bercakaran
sesama sendiri, hilang kekuatan kita walaupun bilangan kita ramai sehingga
terpaksa melayan tuntutan demi tuntutan mereka. Ingat lah pesan orang- orang tua:
Berpada-pada memberi muka nanti kita sendiri hilang air muka;
Berpada-berpada bertolak ansur, nanti kita ditolak beransur- ansur.


Sidang Jamaah sekelian.
Jangan lazat dengan pertelingkahan sesama kita kerana kerana tanpa disedari
kita sedang dilingkari dengan berbagai cabaran dan ujian. Sebagai contoh ujian
yang datangnya dengan gabungan dalam dan luar negara adalah seperti tekanan
PBB terhadap Malaysia agar menerima deklarasi hak asasi manusia sejagat versi
barat. Pada 20 Oktober 2013 tiba giliran Malaysia akan menjalani Universal
6

Periodic Review (UPR). Tujuannya adalah untuk menyemak rekod dan pencapaian
hak asasi manusia di Malaysia. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berpaksi
perjuangan hak asasi manusia seperti Suaram telah menubuhkan gabungan NGO
yang dikenali sebagai COMANGO melobi PBB sebanyak 62 cadangan. Tujuan
mereka untuk menekan Malaysia tunduk terhadap nilai-nilai antarabangsa yang
pada hakikatnya mengikut acuan fahaman sekular barat yang menjunjung isu-isu
mencabar aqidah dan syariah di negara ini. Dan kebanyakkan syor-syor itu terkait
dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serentak dengan usaha
penyuburan fahaman kesaksamaan mutlak hatta dalam soal pertukaran agama serta
undang-undang sekatan terhadap murtad dan pembelaan terhadap kebebasan seks.

7


KHUTBAH KEDUA

Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami
masih menderhakai Mu ya Allah.
Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih
kasih sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan
pula untuk memaksiati Mu ya Allah.
Ya Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu ini namun
Engkau masih melimpahi nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih memberi
peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.
Ya Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih sayang dan
pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.
Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah. Sambutlah permohonan
kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya NerakaMu walaupun
8

kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurgaMu
namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni
segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama
kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya Allah
kembalikanlah sikap tegas dan berani kepada kami.
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga
saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa
yang kami ingin jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan
Allah nanti. “Ya Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami”
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga
saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan
kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan
mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak
kami, isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri-isteri kami.
Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu ya Allah.

Ya

ُ‫ مُثُُبتُ ُالُقُُل ُوب‬tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan

Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria,
saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar
tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian
yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah
kami semuanya di dalam syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restuMu agar mengurniakan
taufiq, inayah serta riayah kepada Raja kami DYMM Paduka Seri Sultan Perak
9

Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan Yussuf
Izuddin Shah Ghafarullah lah.
Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini membentengi agamaMu di negeri ni.
Kurniakanlah kepada hamba-hambaMu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi
amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan
yang lain. Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang
kepada hamba-hambaMu ini selama mana mereka mendepani kami dalam
mempertahankan agama di bumi bertuah ini.

Disediakan oleh :
SF Ustaz Haji Zamri Bin Hashim,
Timbalan Mufti
Negeri Perak Darul Ridzuan

10