PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SUM

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________

PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA
7.1 Proses Penstafan
Rajah 7.1 menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan berlaku yang
akan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia.

Pengambilan
Pekerja

Pemilihan
Orientasi
Penilaian
prestasi

Penamatan

Pampasan

organisasi

Pertukaran
Tugas

Latihan dan
Pembangunan

Rajah 7.1 : Aliran Proses Penstafan
7.1.1

Pengambilan Pekerja
Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat
calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam
organisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus

1

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________

pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti :a. Peraturan kerajaan
b. Polisi syarikat
c. Permintaan dan penawaran buruh
d. Kemahiran dan kelulusan

Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan
kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber
berikut:a.

Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan
organisasi sekarang.

b. Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di
sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh ,
organisasi swasta dan orang perseorangan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :a. Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau
write in.
b. Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.

c. Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh
dan lain-lain.
d. Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik.

7.1.2

Pemilihan
Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik
daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi
kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur
pemilihan pekerja adalah seperti berikut:-

a.

Borang permohonan

2

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________

Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja
yang mengandungi maklumat peribadi, mengemukakan resume dan
salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan.

b.

Ujian untuk proses pemilihan
Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian
personaliti dijalankan dalam proses pemilihan.

c. Temuduga
Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas
akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat
memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan
calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan
dengan syarikat.

d. Semakan rujukan
Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada
orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam

permohonan.

e. Pemeriksaan Kesihatan
Calon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk
memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.

f.

Tawaran pekerjaan
Calon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan
menerima surat tawaran pekerjaan.

7.1.3

Orientasi

3

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

_____________________________________________________________________

Orientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan
membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi.
Orientasi bertujuan untuk :a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik
b. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengan
sempurna.
c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja
baru
d. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinan
diri
e. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.

7.1.4

Latihan dan Pembangunan

Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang
berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk

meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada
kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada
pekerja dikenalpasti melalui :a. Penilaian prestasi.
b. Analisis keatas keperluan pekerjaan.
c. Analisis organisasi.
d. Pandangan pekerja.

Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :-

4

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________
a. Latihan sambil bekerja
b. Latihan di luar tempat kerja
c. Latihan intensif
d. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
institusi khusus.

Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankan

aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan
untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk
memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta
menyedarkan pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara
beberapa contoh pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang
ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.
b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang
dilaksanakan oleh institusi latihan.
c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke
penempatan/ kedudukan lain.
d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang
mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu.

7.1.5

Penilaian prestasi

Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai
kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi
kerja mereka.

b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja
meningkatkan prestasi.
c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran
kepada pekerja.
d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktivitiaktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja.

5

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________
e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber
manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran
organisasi.

Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:
a. Penilaian tidak formal: proses memberi maklumbalas yang
berpanjangan kepada pekerja tentang apakah yang dicapai oleh
mereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap hari.
b. Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun
setahun sekali.


Tugas dan tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukan
oleh pengurus terdekat. Walau bagaimanapun penilaian juga boleh
dilakukan oleh sekumpulan pengurus dan sekumpulan rakan sekerja
seseorang pekerja.

Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja
adalah :a. Senarai semakan (checklist) – cara yang termudah untuk menilai
prestasi dengan berdasarkan kepada senarai
b. Graphic rating scales – alat yang paling popular diguanakan dan
boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.
c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) – cara yang lebih
menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.
d. Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan,
gelagat dan prestasi pekerja.
e. Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada
penerimaan program-program MBO.

6


PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________
7.1.6

Pertukaran Tugas

Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal
ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat,
diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.

7.1.7

Pampasan organisasi

Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang
diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang
mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji
dan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan
dengan kewangan.

Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada
pekerja secara adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai
daya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.

Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan
faedah organisasi. Pampasan kewangan adalah seperti pencen, insuran
, pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk
rawatan pergigian dan cuti bersalin.

Pampasan dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua iaitu
berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji.
Manakala faedah yang bukan berbentuk kewangan adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin, cuti
melanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan
perkhidmatan kaunseling.

7

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
_____________________________________________________________________

7.1.8

Penamatan

Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang
disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau
meninggal dunia.

7.2

Kesan Penstafan Terhadap Organisasi

a. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan
yang diperlukan.
b. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan
pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
c. Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui
proses orientasi.
d. Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan
yang diadakan.
e. Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat
membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi.

8

Dokumen yang terkait

ALOKASI WAKTU KYAI DALAM MENINGKATKAN KUALITAS SUMBER DAYA MANUSIA DI YAYASAN KYAI SYARIFUDDIN LUMAJANG (Working Hours of Moeslem Foundation Head In Improving The Quality Of Human Resources In Kyai Syarifuddin Foundation Lumajang)

1 46 7

ANALISIS KONTRIBUSI MARGIN GUNA MENENTUKAN PRIORITAS PENGEMBANGAN PRODUK DALAM KONDISI KETIDAKPASTIAN PADA PT. SUMBER YALASAMUDRA DI MUNCAR BANYUWANGI

5 269 94

IDENTIFIKASI INSEKTA DI TAMAN HUTAN RAYA R. SOERJO SEBAGAI SUMBER BELAJAR BIOLOGI DALAM BENTUK BUKU SAKU

4 92 26

PERSEPSI SISWA TENTANG TAYANGAN VIDEO “SEJARAH INDONESIA” DI YOU TUBE SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN (Studi pada Siswa SMA Negeri 4 Malang)

1 39 31

HUBUNGAN ANTARA KONSUMSI PANGAN SUMBER PROTEIN, ZAT BESI, DAN VITAMIN C DENGAN KEJADIAN ANEMIA SISWA SEKOLAH DASAR

0 36 22

IbM PENYEDIAAN DESAIN PINTU AIR DARI BETON RINGAN STRUKTURAL JARINGAN TERSIER HIPA TANIMAJU DESA SUMBER PAKEM KECAMATAN SUMBER JAMBI KABUPATEN JEMBER

0 23 34

PENGARUH MINAT BACA, KETERSEDIAAN SUMBER BELAJAR, DAN DISIPLIN BELAJAR TERHADAP HASIL BELAJAR EKONOMI SISWA KELAS X SEMESTER GANJIL SMA NEGERI 1 BANYUMAS TAHUN PELAJARAN 2011/2012

1 13 79

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59

PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH PADA SEKTOR PENDIDIKAN DAN KESEHATAN TERHADAP INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA PROVINSI SUMATERA SELATAN

3 52 68

ANALISIS PEMANFAATAN SUMBER DAYA ALAM DANAU RAWA PENING KABUPATEN SEMARANG

9 68 121