Pengaruh Kecerdasan Emosi dan Tekanan Te

PENGARUH HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN TEKANAN TERHADAP
KOMITMEN DALAM KALANGAN PEGAWAI PENJARA PENGKALAN CHEPA
AZIZ BIN ABDULLAH
azizabdullah9363@gmai.com
Universisti Sultan Zainal Abidin
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap
komitmen dalam kalangan pegawai penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Masalah komitmen berlaku apabila persekitaran organisasi yang tidak selesa, ruang
kerja yang terhad dan keperluan persekitaran yang mengatasi sumber yang ada serta
sentiasa berdepan dengan ancaman dan risiko semasa bertugas. Tekanan kerja terjadi
apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan keupayaan, kekaburan peranan, sumber
dan kehendak pekerja. Gejala ini boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi
manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja menyebabkan
psikologi akan terganggu dan gagal membuat keputusan dengan baik. Ia akan
menunjukkan kemurungan yang berpanjangan dan menjejaskan kesejahteraan emosi
serta boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit
jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan situasi ini juga boleh menjejaskan
prestasi kerja mereka dan menjejaskan komitmen organisasi. Kecerdasan emosi
merupakan komponen yang penting dalam mempengaruhi dalam mengurangkan
tekanan kerja dan meningkatkan komitmen. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur

pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi dalam
kalangan pegawai penjara. Seramai 175 orang pegawai penjara dipilih secara
persampelan bertujuan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik ialah Kecerdasan
Emosi, Tekanan dan Komitmen Organisasi digunakan dalam kajian ini. Perisian
komputer IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics 20 dengan
kaedah statistik deskriptif, korelasi Pearson dan pekali regresi digunakan untuk
menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi.
Manakala analisis pekali regresi menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan
kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi. Hasil kajian ini juga
diharapkan dapat membantu mengatasi masalah tekanan kerja dan komitmen serta
memperlihatkan betapa pentingnya kecerdasan emosi dalam kehidupan manusia
khususnya penjawat awam. Di samping itu juga dapat menambahkan kefahaman
konsep kecerdasan emosi diaplikasi terutamanya dalam kalangan pegawai penjara.
1.

PENGENALAN

Pegawai penjara merupakan satu bidang pekerjaan yang mencabar dan ia sememangnya
bukan suatu tugas yang mudah. Ini kerana selain dari memastikan kawalan keselamatan

terhadap banduan di dalam penjara Maarof & Hazlinda (2008), Pegawai Penjara juga
perlu memastikan setiap banduan menjalani program pemulihan yang ditetapkan

sepanjang tempoh penahanan mereka di dalam penjara. Menjalani dua tugas yang
berbeza matlamat dan objektifnya dalam suatu masa sememangnya membuatkan
Pegawai Penjara berhadapan dengan situasi kerja yang mendedahkan mereka kepada
keadaan yang menjurus kepada pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, Pegawai
Penjara mesti memiliki kecerdasan emosi dan komitmen yang tinggi untuk terus kekal
dalam organisasi walaupun menghadapi masalah seperti gangguan emosi atau tekanan
kerja. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan pengharapan tinggi oleh masyarakat
kepada Pegawai Penjara. Ini adalah kerana masyarakat berharap supaya setiap tahanan
atau banduan yang telah dipenjarakan tidak akan kembali sebagai penjenayah selepas
dibebaskan.
Setiap kali banduan yang kembali semula melakukan kesalahan atau jenayah,
masyarakat mempersoalkan tentang peranan yang dimainkan oleh Pegawai Penjara
sebagai Pegawai Pemulihan. Begitu juga, jika sekiranya berlaku perkara-perkara yang
tidak diingini di dalam penjara seperti penyeludupan artikel barang larangan ke dalam
penjara seperti wang, dadah, rokok dan senjata merbahaya (Akta Penjara 1995) ataupun
berlakunya pergaduhan dan rusuhan di dalam penjara. Oleh yang demikian, dapat
dilihat bahawa peranan sebagai Pegawai Penjara begitu mencabar sebagaimana kajian

yang dilakukan oleh Lambert, Hogan & Tucker (2009) menyatakan bahawa bertugas
sebagai Pegawai Penjara merupakan suatu pengalaman unik yang tidak terdapat dalam
organisasi lain. Kenyataan itu berlandaskan kepada hasil kajian Delprino (2002) yang
menyatakan bertugas dalam bidang pemulihan ini boleh menjadi sangat mencabar dan
tertekan memandangkan pekerjaan ini berurusan dengan isu-isu yang jarang ditemui
dalam pekerjaan lain.
Kajian mengenai hubungan pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan
terhadap komitmen dalam kalangan Pegawai Penjara. Institusi Penjara adalah berbeza
dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden Lambert et al.(2009).
Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu
tempat di mana satu pasukan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan
menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Manakala
kumpulan manusia ini datang secara paksa di bawah penguatkuasaan undang-undang
dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar.
Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan
dan membebaskan mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Banduan/tahanan
mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat
terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masakini, penjara merupakan tempat di mana
banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah
tarikh mereka dibebaskan.

1.2.

Penyataan Masalah

Dewasa ini ancaman terhadap kesejahteraan masyarakat berlaku disebabkan
meningkatnya kes jenayah, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial yang lain. Keadaan
ini telah menghilangkan “rasa selamat' di kalangan masyarakat. Berdasarkan data
Kementerian Dalam Negeri berkenaan bilangan penghuni penjara di Malaysia sehingga
Jun 2015 ialah seramai 45,000 orang banduan dan jumlah penjara ialah 43 buah,

manakala jumlah maksimum kapasiti 43 buah penjara ialah 50,700 orang
banduan(Jabatan Penjara Malaysia).
Perkembangan semasa yang berlaku telah memberikan impak terhadap aspek
pengurusan JPM. Peningkatan jumlah kes yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
secara langsung telah meningkatkan jumlah populasi penghuni penjara. Berdasarkan
statistik tersebut telah menunjukan peningkatan dalam tempoh 3 tahun. Peningkatan
jumlah populasi ini menimbulkan masalah kesesakan yang kritikal di beberapa institusi
penjara. Secara langsung juga bebanan tugas dan risiko yang perlu dihadapi oleh
kakitangan penjara khususnya dalam aspek kawalan keselamatan didapati semakin
berat di mana nisbah kawalan seperti mana yang digariskan dalam “United Nations

Standard Minimum Rules for the Treatment of Offenders" iaitu pada kadar 1 nisbah 3
telah meningkat kepada 1 nisbah 8 sejak kebelakangan ini.
Pegawai Penjara seumpama pakar psikologi dalam erti kata lain, berusaha
mempengaruhi sosialistik tingkah laku seseorang yang terlibat dengan jenayah supaya
berubah menjadi insan Aradilla et al.(2010). Penjara merupakan satu tempat di mana
boleh berlakunya perselisihan, jenayah terancang dan keganasan yang boleh membawa
kepada kematian. Pagawai Penjara merupakan salah satu kerjaya yang merbahaya di
dunia kerana setiap masa mengawal dan melayan karenah manusia yang celik dalam
bidang jenayah. Selain terkurung dalam zon larangan dan terpisah dari orang awam,
dengan hanya berbekalkan cota kayu dan kemahiran seni pertahanan diri (tidak
dibekalkan pistol atau baju kalis peluru), mereka berkorban nyawa setiap hari demi
keamanan sejagat. Setiap saat di dalam penjara adalah tekanan yang ditempah sendiri
demi sesuap nasi yang halal untuk menyara keluarga dan demi keselamatan negara.
1.3.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut:
(1). Mengukur kecerdasan emosi, komitmen dan tekanan dalam kalangan Pegawai
Penjara, di Penjara Pengkalan Chepa.
(2). Mengenal pasti hubungan dan pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan
dalam kalangan Pegawai Penjara.

(3). Mengkaji hubungan dan pengaruh faktor tekanan terhadap komitmen dalam
kalangan Pegawai Penjara.

1.4.
Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan dan pengaruh faktor kecerdasan emosi,
tekanan kerja terhadap komitmen kepada organisasi, antara persoalan yang
dibangkitkan di sini ialah:
(1). Adakah terdapat hubungan dan pengaruh antara faktor kecerdasan emosi Pegawai
Penjara terhadap komitmen kepada Jabatan Penjara.
(2). Adakah terdapat hubungan dan pengaruh antara faktor kecerdasan emosi dan
tekanan dalam kalangan Pegawai Penjara.
(3). Adakah terdapat hubungan dan kesan pengaruh terhadap komitmen kepada
Jabatan Penjara.

2.
METODOLOGI
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang

dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, skop dan batas kajian, kaedah
pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel dan kaedah
penganalisisan data. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan
kepada teknik tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan
di institusi penjara di Malaysia Zon Timur, iaitu Penjara Pengkalan Chepa Kelantan.
2.1.
Persampelan
Persampelan adalah dari 180 orang Pegawai Penjara yang menjadi responden kepada
kajian ini, mereka terdiri dari Pegawai Penjara kumpulan sokongan gred (17-38) dan
gred professional (41-48). Kajian ini akan dilakukan di Penjara Pengkalan Chepa
Kelantan. Maklumat diperolehi dengan mendapatkan maklumbalas dari responden
tersebut dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang didapati dengan mudah
dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Jumlah keseluruhan responden kajian ini adalah
seramai 300 orang. Merujuk kepada Kredjie dan Morgan (1970), bilangan yang
disyorkan bagi sampel kajian ini adalah seramai 175 orang, manakala bilangan sampel
telah ditetapkan bagi kajian ini adalah seramai 180 orang.
2.2.
Analisis Data
Data yang diperolehi melalui borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20. Data yang

diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu deskriptif, korelasi Pearson
dan regresi. Statistik deskriptif digunakan kerana data yang dihasilkan dapat dianggap
sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat
secara langsung dan mudah Walsh dan Fisher (2005). Dalam kajian ini, analisis data
deskriptif digunakan bagi menghuraikan maklumat demografi responden dari segi
jantina, umur, kategori jawatan, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Data yang diperolehi akan dianalisis
menggunakan korelasi Pearson dan regresi bagi mengukur kekuatan hubungan antara
pembolehubah yang diuji. Selaras dengan tujuan dan objektif kajian, tumpuan analisis
data adalah tentang kecerdasan emosi, analisis tentang tekanan dan analisis tentang
komitmen terhadap organisasi.
3.
DAPATAN KAJIAN
Proses analisis deskriptif adalah penting dan memberi sumbangan dalam proses analisis
data. Menurut Iran Herman (1994), statistik mid, mod dan median sangat penting dalam
statistik deskriptif. Keputusan analisis deskriptif memerihalkan maklumat tentang
subjek kajian secara keseluruhan. Bilangan responden yang diambil sebagai sampel
iaitu Pegawai Penjara Lelaki berjumlah 133 orang (76% respon) dan bilangan Pegawai
Penjara Wanita pula berjumlah 42 orang (24% respon). Ini menunjukan kedudukan


sebenar jumlah Pegawai Penjara yang berkhidmat di Penjara Pengkalan Chepa bahawa
Pegawai Penjara Lelaki lebih ramai berbanding Pegawai Penjara Wanita.
Taraf pendidikan responden yang berkhidmat di Penjara Pengkalan Chepa.
Bilangan responden yang berpendidikan tahap sijil berjumlah 142 orang (81.1%
respon), manakala bilangan responden yang berpendidikan tahap diploma berjumlah 23
orang (13.7% respon) dan responden yang berpendidikan tahap ijazah berjumlah 10
orang (5.1% respon) daripada 175 orang responden yang diambil sebagai sampel. Ini
memberi gambaran bahawa kebanyakan Pegawai Penjara yang berkhidmat di Penjara
Pengkalan Chepa berpendidikan tahap sijil persekolahan.
Kumpulan umur responden pelbagai kategori, kumpulan umur yang paling
ramai ialah antara 46 hingga 55 tahun berjumlah 58 orang (33.1% respon). Kumpulan
umur yang kedua paling ramai ialah antara 25 hingga 35 tahun berjumlah 52 orang
(29.1% respon) dan kumpulan umur antara 36 hingga 45 tahun berjumlah 49 orang
(28.6% respon) yang merupakan golongan belia. Manakala kumpulan umur remaja
iaitu kurang dari 25 tahun seramai 8 orang (4.6 % respon) dan selebihnya kumpulan
umur melebihi 55 tahun dengan jumlah 8 orang (4.6% respon).
Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh kecerdasan
emosi terhadap komitmen kepada organisasi. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk
mengenalpasti hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian
kolerasi Pearson bagi pengaruh kecerdasan emosi dengan komitmen kepada organisasi

(r = .550*, p < 0.00). Dapatan ujian ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara faktor kecerdasan emosi terhadap komitmen pada tahap sederhana.
Walau bagaimanapun berdasarkan kepada keputusan ujian korelasi Pearson hipotesis
ini diterima.
Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh kecerdasan
emosi terhadap tekanan. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti
hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi
Pearson bagi kecerdasan emosi dengan tekanan (r = .573**, p < 0.00). Hasil ujian ini
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kecerdasan emosi
dengan tekanan pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada ujian
korelasi Pearson menunjukkan hipotesis ini diterima.
Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh tekanan
terhadap Komitmen. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan
yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi
pengaruh tekanan dengan komitmen (r=.276**, p < 0.00). Keputusan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh tekanan terhadap
komitmen. Berdasarkan ujian korelasi Pearson menunjukkan hipotesis ini diterima.
4.
PERBINCANGAN
Perbincangan berkaitan dengan dapatan kajian dalam aspek-aspek yang berkaitan

dengan objektif kajian iaitu tahap kecerdasan emosi, tahap tekanan dan komitmen
dalam kalangan Pegawai Penjara yang bertugas di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
4.1.
Faktor Demografi
Kebanyakkan responden yang terlibat dengan kajian ini dari kalangan mereka yang
sudah berkahwin berjumlah 153 orang responden, manakala yang bujang pula

berjumlah 22 orang responden. Status perkahwinan didapati mendatangkan implikasi
yang besar terhadap kesemua pembolehubah organisasi yang dikaji. Lily Suriani et al.
(2004) mereka yang telah berkahwin lebih bertanggungjawab dan peranan mereka
dalam keluarga secara tidak langsung telah mematangkan mereka dalam menghadapi
kehidupan. Beban tugas dan tanggungjawab yang mereka pikul dalam mengharungi
alam rumahtangga menjadikan mereka lebih matang, tenang dan tabah berhadapan
dengan pelbagai masalah. Ini secara tidak langsung mematangkan fikiran dan emosi.
Selain itu, terdapat sejumlah 39 orang responden yang baru bekerja dalam
tempoh 1 hingga 9 tahun. Sementara 86 responden yang bekerja dalam tempoh 10
hingga 19 tahun merupakan tempoh sederhana. Sejumlah 97 responden yang sudah
lama bekerja dalam tempoh 20 tahun ke atas. Ini menunjukkan bahawa Pegawai
Penjara di Penjara Pengkalan Chepa adalah golongan yang berpengalaman dan
pengetahuan luas dalam bidang kepenjaraan. Melihat kepada deskripsi tugas dan
ganjaran yang diberikan oleh kerajaan adalah didapati jenis pekerjaan ini menjamin
kehidupan dan mempunyai banyak kemudahan yang menyebabkan mereka bertahan
sehingga berkhidmat melebihi 20 tahun. Oleh yang demikian, kebanyakan Pegawai
Penjara dapat bertahan dan merasa selesa bekerja walaupun merasai tekanan kerja
tetapi memberikan komitmen terhadap organisasi.
4.2.
Hubungan dan pengaruh faktor Kecerdasan Emosi terhadap Komitmen
Secara keseluruhannya, didapati responden mempunyai tahap kecerdasan emosi
yang tinggi dalam semua dimensi kecerdasan emosi. Berdasarkan kepada skor min
yang diperelehi adalah tinggi pada setiap dimensi kecerdasan emosi dalam kajian ini.
Apabila kecerdasan emosi tinggi mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan jayanya dan seterusnya melahirkan komitmen yang tinggi kepada jabatan.
Selain itu didapati kecerdasan emosi berada pada tahap tinggi dan ia
berlandaskan kepada teori kecerdasan emosi yang menjadi panduan dalam kajian ini di
mana individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi adalah mereka yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta mempunyai
kesedaran kendiri Goleman (2001).
4.3.
Hubungan dan pengaruh faktor Kecerdasan Emosi terhadap Tekanan
Secara keseluruhannya, didapati responden mempunyai tahap tekanan yang sederhana
ini. Tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat mempengaruhi tekanan yang mereka
alami sewaktu ditempat kerja. Kecerdasan emosi telah didapati sebagai faktor yang
menyumbang kejayaan keseluruhan dalam kehidupan, kesihatan fizikal yang baik,
mental, membangunkan hubungan yang sihat, kemahiran penyelesaian konflik dan
kepimpinan yang berkesan kepada Pegawai Penjara.
4.4.
Hubungan dan pengaruh faktor Tekanan terhadap Komitmen
Keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tekanan
terhadap faktor komitmen pada tahap lemah Chua (2014). Oleh itu hasil kajian ini
menerima hipotesis iaitu pengaruh faktor tekanan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan komitmen. Ini menunjukkan pada keseluruhanya kecerdasan emosi
dapat mengawal tekanan tetapi faktor tekanan agak kurang mempengaruhi komitmen
kepada organisasi. Hal ini yang demikian terjadi kerana semakin tinggi tahap tekanan

yang dirasai oleh Pegawai Penjara akan semakin rendah tahap komitmen mereka.
Tekanan di sini mungkin merupakan tekanan yang membawa keburukan dan
melemahkan motivasi kerja Pegawai Penjara.
5.
PENUTUP
Penganalisisan data berbentuk deskriptif dan inferensi dijelaskan secara terperinci
dalam bab ini bagi mencapai objektif kajian serta menjawab persoalan dan hipotesis
kajian. Analisis deskriptif terhadap demografi juga telah dinyatakan dalam bab ini
untuk melihat latar belakang responden dan tahap kecerdasan emosi, kecerdasan emosi
dan tekanan. Selain itu, ujian inferensi seperti ujian kolerasi Pearson dan regresi
digunakan bagi mengukur hubungan antara pengaruh faktor kecerdasan emosi terhadap
komitmen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif
dan signifikan antara pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap
komitmen.

Rujukan
Aradilla D., Estrany F., Azambuja D.S., María T. Casas M.T., Puiggali J., Ferreira C.A.,
Alemán C.,(2010). Conductingpoly (3, 4 ethylene dioxythiophene)
Montmorillonite exfoliated nanocomposites, European Polymer Journal.
46,977-983.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan.
Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Delprino, R. P. (2002). Work and family support services for correctional officers and
their family members: A national survey. National Institute of Justice, United
States Department of Justice.
Goleman, D. (2001). Emotional intelligence: issues in paradigm building. In C.
Cherniss & D. Goleman (Eds.), The Emotionally Intelligent Workplace, (pp.1326), Jossey-Bass: San Francisco.
Iran Herman & Mohamed Fadzil A. Rahman (2010). Tekanan kerja dan strategi daya
tindak dalam kalangan anggota polis diraja Malaysia di lembah kelang. Jurnal
Psikologi Perkhidmatan Awam Malaysia, bil. 5 ISSN: 1985-8108.
Lambert, E.G, Hogan, N.L., and Tucker, K. A. (2009). Problem at Work: Exploring the
Correlates of Role Stress among Correctional Staff, the Prison Journal, and
Sage Publications.
Lily Suriani Mohd. Arif, Ungku Norulkamar Ungku Ahmad & Siti Aisyah Abdul
Rahman. (2004). Hubungan kepuasan komunikasi dengan komitmen terhadap
organisasi di kalangan pekerja teknikal: Kajian kes di Flextronics International,
Senai, Johor. Vot penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, Universiti Teknologi Malaysia
Ma’arof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2008). Psikologi. Mc Graw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd. Malaysia.

Martin Loosemore & Tom Waters. (2004). Differences in occupational stress among
professionalsin the construction industry.
Journal of Management in
Engineering 20: 126-132.
Marquart.(2005). The rope, the chair and the needle: Capital punishment in Texas,
1923-1990. Austin: University of Texas Press.
Maslach C., Leiter M., &Jackson S. (2012). Making asignificant difference withburnout
interventions: Researcher and practitioner collaboration. Journal of
Organizational Behavior, 33, 296-300.
Masilamani, R., Bulgiba, A., Chinna, K., Darus, A., Isahak, M., Kandiben, S., & Koh,
D. (2013). Prevalence and associated factors of stress in the Malaysian Police
Force. ScienceDirect - Preventive Medicine, 57, S57-S59.
Mayer, J.D., Salovey, P., & Caruso, D., & Sitarenios, G. (2003). Measuring emotional
intelligence with the MSCEIT V2.0. Emotion, 3, 97-105.
Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997).What is emotional intelligence? In P.Salovey
&D.Sluyter (Eds.), Emotional development and emotional intelligence:
Educational implications (pp. 3–31). New York: Basic Books.
Mayer, J., Salovey, P., & Caruso, D. (2004). Emotional intelligence: Theory, findings,
and implications. Psychological In-quiry, 15, 197-215.
Meyer dan Maltin, J. (2010) Employee commitment and well-being: A Critical review,
theoretical framework and research agenda. Journal of Vocational Behavior 77
(2010) 323–337.
Metcalf, B., Dan Dick, G. (2000) “Is the force still with you? Measuring police
commitment”, Journal of Managerial Psychology, 15, 8, 812-813.
Mohd Yusri Ibrahim. (2010). Bimbingan cepat: Analisis data penyelidikan. Bandar
Ilmu.
Mohd. Majid Konting. (1999).“Kaedah penyelidikan pendidikan.”Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mowday, R., Porter, L., &Steers, R. (1982). Employee organization link ages: The
psychology of commitment, absenteeism, and turnover. NewYork: Academic
Press.
Muhamad Hanapi Husin. (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru
sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang.Tesis Sarjana. Universiti
Malaya.
Munali, J. (2005). Stress and individual performance of workers in hotels At the
Kenyan Coast. (Unpublished Doctoral Dissertation).Thesis.Andra PradeshOpen
University, Hyderbad State. India.
Noe, R. etal. (2004). Fundamental of human resource management. New York:
McGraw-Hill.
Noor Adila Adnan. (2010). Hubungan antara stres, konflik kerja-keluarga dan perilaku
merokok dalam kalangan pekerja, Universiti Malaysia Terengganu.
Nor Liayana Mohd Bohdi, &Mansor Abu Talib. (2010). Tekanan kerja, motivasi
dankepuasan kerja tentera laut armada Tentera Laut Diraja Malaysia.
Jurnal Kemanusiaan, 15.

Nor Hidayah. (2004). Pembinaan E-Modul mata pelajaran hidrologi: Kajian di
Politeknik Shah Alam.Tesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Noriah, M.Ishak.Zuria M& Siti Rahayah Ariffin. (2004). Kecerdasan emosi dikalangan
pekerja di Malaysia. Laporan teknikal, Prosiding IPRA 2004, UKM.
Noriah, I. & Siti Norbayah. (2006). Emotional intelligence of Malaysian teachers:
Implications on workplace productivity. International Journal of Vocational
Education and Training, 14, 8-24.
Norizan, I. (2012). Organizational commitment and job satisfaction among staff of
higher learning education institutions in Kelantan Malaysia, Doctoral
Dissertation, Universiti Utara Malaysia.
Noorbakhsh, S.N., Besharat, M.A., &Zarei, J. (2010).Emotional intelligence and
coping styles withstress.Social and behavioral sciences, 5(0), 818-822.
O’Malley, M. N. (2000). Creating commitment. Canada: John Wiley & Sons, Inc.
Palmer, B., & Stough, C. (2001). Workplace SUEIT: Swinburne University Emotional
Intelligence Test-Descriptive report. Melbourne: Swinburne University,
Organisational Psy-chology Research Unit, Australia.
Palita, R.K. (2001). How IT project managers are leading change. Management
Services, 45, 12, 8-1 1.
Patterson, G.T. (2001). Reconceptualizing traumatic incidents experienced by law
enforcement personnel. The Australasian Journal of Disaster and Trauma
Studies, Vol. 2001-2 ISSN: 1174-4707.
Patterson, G.T. (2009). Mental stress and workers compensation claims among police
officers. Journal of Workplace Rights, 14(4), 441-455.
Pawar, A.A., & Rathod, J. (2007). Occupational stress in naval personnel. Military
Journal of Armed Forces India, 63(2), 154-156.
Petrides, K.,& Furnham, A. (2001). Trait emotional intelligence: psychometric
investigation with reference to established trait taxonomies. European Journal
of Personality, 15, 425-448.
Petrides, K., Pita, R., & Kokkinaki, F. (2007). The location of trait emotional
intelligence inpersonality factor space. British Journal of Psychology, 98, 273289.
Pflanz, S. E., & Ogle, A. D. (2006). Job Stress, depression, work performance and
perceptions of supervisors in military personnel. Military Medicine, 171(9):
861-865.
Pflanz S, Sonnek S. (2002).Work stress in the military: Prevalence, causes and
relationship to emotional health. Military Medicine 167: 877-882.
Zimbardo, Philip G.; Sword, Richard M.; Sword, Rosemary K.M. (2012). The time
cure: Overcoming PTSD with the new psychology of time Perspective therapy.
San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Pin Tan Lee. (2010). Hubungan kebiasaan berolahraga dengan tingkat stres pada
mahasiswa fakultas kedokteran Universitas Sumatera Utara tahun masuk 2008,
Tesis, Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara, Medan.
Pines A. &Keinan G. (2005). Stress and burnout: The significant difference.
Personality and individual differences, 39, 625-635.

Pitt, M., Leyland, F., Foreman, S. K., & Bromfield, D. (1995). ‘Organisational
commitment and service delivery: Evidence from an industrial setting in the
UK’, International Journal of Human Resource Management, 6, 369-389.
Porter, L.W., Steers, R.M., Mowday, R.T., &Boulian, V. (1974). Organizational
commitment, job satisfaction, and turnover among psychiatric technicians.
Journal of Applied Psychology, October, pp.603-609.
Prakas Roa, (2001). Perkaitan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik
mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia. UTM.
Price, J.L. & Mueller, C. (1986), Absenteeism and turnover of hospital employees, JAI
Press, Greenwich, CT.
Pucak, T. (2006). Burning in personnel penal institutions. Thesis, University of Zagreb,
Faculty of Education and Rehabilitation Sciences.
Raeda, F. A. & Ibtisam, M. A. Z. (2008). Job stress, recognition, job performance and
intention to stay at work among Jordanian hospital nurses. Journal of Nursing
Management 16: 227-336.
Raja Maria Diana Bt. Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja
(stres) Di kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Pasir Puteh, Tesis,
and OUM: Falkuti Pendidikan Dan Bahasa.
Reed, S.C., Bell, J.F, & Edwards, T.C. (2011). Adolescent well-being in Washington
State military families. American Journal of Public Health, 101(9), 1676-1682.
Riggio, Ronald E. (1999). Introduction to industrial/organizational psychology. New
Jersey: Prentice Hall.
Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan manusia: Perspektif
psikologi.Kajian tekanan kerja dan kesihatan kekerja.Universiti Kebangsaan
Malaysia., Bangi, Selangor.
Rorlinda Yusof (2009). Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangan terhadap
komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Md. Said & Rosalinda (2011). "Debaran tebusan 130 jam".Utusan Malaysia. Dicapai
pada 8 Mei 2016.
Salmah Othman. (2009). Kecerdasan emosi dan tekanan kerja serta hubungannya
dengan komitmen kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia. Tesis
Sarjana, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Salami, S. O. (2008). Demographic and psychological factors predicting organizational
commitment amongindustrial workers. Anthropologist: 10(1): 31-38.
Sapora Sipon. (2010). Stres kerja guru punca, kesan dan strategi daya tindak.
Prosiding seminar profesional perguruan.
Savicki, Victor, Eric J. Cooley & Jennifer Gjesvold. (2003). “Harassment as
apredictor of job burnout in correctional officers.” Criminal Justice and
Behavior30:602-619.
Sayeed, O.M. (2001). Organizational commitment and conflict. New Delhi: Sage
Publication.
Scuderi, R. (2014). Emotional intelligence-Why itis important. Available at
www.lifehack.org.Retrievedon October 3, 2014

Schumaaher, B. & McMillan, S.H. (1993). Research in education-A conceptual
introduction (3rd.ed). New York L Harper Collins College Pubisher.
Sebnem Aslam & Ehmet Erkus. (2008). Measurement of emotional intelligence:
validity and reliability studies of two scales. World Applied Sciences Journal,
4(3), 430-438. http: //www. idosi. org/ wasj/ wasj 4 (3) / 15. Pdf (9 Januari
2011).
Sekaran, U. (2003).Research methods for business (4th Ed.). Hoboken, NJ: John Wiley
& Sons.
Senol-Durak, E., Durak, M, & Gencoz, T. (2006). Development of work stress Scale for
correctional officers, Journal of Occupational Rehabilitation, 16 (1), 157–168.
Selokar D, Nimbarte S, Ahana S, Gaidhane A, Wagh V . (2011). “Occupational stress
among police personnel of Wardha City, India”, Australasian Medical
Journal AMJ 2011, Vol 4 (3),Pp114-117.
Selvakumaran Ramasamy & Noor Hassim Ismail. (2009). Kajian prevalens tekanan
kerja di kalangan pegawai penjara di sebuah penjara, Malaysia: satu
perbandingan diantara hasil kajian tahun. Journal of Community Health 15(1).
Shane, J.M. (2010). Organizational stressors and police performance. Journal of
Criminal Justice, Vol. 38, pp. 807-818.
Smith, A. (2001). Perception of stress at work. Human Resource Management Journal.
11(4), 74-86.
Stamper, C. L. & Johlke, M. C. (2003). The impact of perceived organizational support
on the relationship between boundary spanner role stress and work outcomes.
Journal of Management 29(4):569-588.
Sternberg, R. J. (1996). Successful Intelligence: How practical and creative intelligence
determine success in life.New York: Simon and Shuster.
Stinchcomb, J. B. (2004). Searching for stress in all the wrong places: Combating
chronic organizational stressors in policing. Police practice and research, 5:
259–277
Stock, B. (2001). Emotional intelligence and CEO succession. Corporate Board, 22,
128, 11.
Sugiyono. (2008). Metode penelitian kuantitatif kualitatif dan R&D. Bandung Alfabeta.
Sunbul, A. M. (2003). An analysis of relations amonglocus of control, Burnout andjob
satisfaction in Turkish high school teachers. Australian Journal ofEducation
Vol.47No.1 April, 2003.
Suzyanty Mohd Shokory, Wan Salmuni Wan Mustaffa, & Norsamsinar Samsudin.
(2005). Kepuasan kerja kakitangan akademik: Satu perbandingan jantina.
Kertas kerja bagi pembentangan persidangan psikologi Malaysia 2005.
Thapisa, A. P. N. & Jain, P. (2000). Bio-factor analysis of library productivity.
Librarymanagement, 21(2): 86-93.
Trivellas, P. (2013). Exploring workplace implications of emotionalintelligence
(WLEIS) in hospitals: Job satisfaction and turnover intentions. Procedia social
and behavioural sciences, 73(1), 701/709. http://dx.doi.Org/10.1016/j. Sbspro.
2013.02.108.

Van Rooy, D., & Viswesvaran, C. (2004). Emotional intelligence: A meta-analytic
investigation of predictive validity and nomological net. Journal of Vocational
Behavior, 65, 71-95.
Violanti, J. M. (2010). Police suicide: A national comparison withfire-fighter and
military ypersonnel. Policing: An International Journal of Police Istanbul:
Examining the moderating role of emotional intelligence. Social and behavioral
sciences, 75(0), 518-524.
Wan Shahrazad. (2012).examiningthepsychometric propeties ofthe Wong and Law
emotional intelligence scale (WLEIS) special issue 2 (2015) 081-090, ISSN:
1823-884xInternational conference on social sciences &humanities (ICOSHUKM2012).
Weinberger, L.A. (2003).An examination of the relationship between emotional
intelligence, leadership style and perceived leadership effectiveness. Doctoral
dissertation.The Graduate School of the University Of Minnesota.
Woo Siew Fun. (2008). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) di
kalangan guru-guru sjk(C): Satu kajian di tiga buah sekolah di Wilayah
Persekutuan. Tesis Sarjana, UTM.
Wong, C. S., & Law, K. S. (2002). The effects of leader and follower emotional
intelligence on ferformance and attitude: An exploratory study.
Leadershipquarterly, 13,243-274.
Worrall, L, Cooper, C.L and Campbell-Jamison, F. (2000). The impact of
organizational change on the public sector managers. Personnel Reviews, 29
(5): 613-636.
Yozgat, U.Yurtkoru, S., & Bilginoglu, E. (2013). Job stress and job performance
among employees in public sector in Istanbul: Examining the moderating role
of emotional intelligence. Social and behavioural sciences, 75(0), 518-524.
Zakaria, S.S.A. & Yahya, A.S. (2006). Tinjauan tentang reaksi emosi di tempatkerja:
Satu aspek pengurusan pusat sumber manusia dalam organisasi.Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Akta Penjara 1995
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara Malaysia
Polis Diraja Malaysia.