SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPU

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

BAB 1
Datuk Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum
dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhammad. Ia
menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En.
Muhammad dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam
dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan
En. Muhammad dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan
juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhammad. Peristiwa seterusnya ialah
En. Muhammad mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan
Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

Peristiwa-Peristiwa Penting:
1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal
perniagaan dan perdagangan.
2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya.
3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad .
4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.

BAB 2

Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang
disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya. Ketokohan En.
Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji
latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En.
Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana
dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau
berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En.
Muhammad. Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia
dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Salsilah @ asal usul keturunan En. Muhammad diteliti oleh Datuk Tan.

2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada
En. Muhammad .
3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga.
4. Sejarah hubungan perniagaan di antara orang Melayu dan orang Cina.

BAB 3
Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi

kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang
memang sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan
sikap ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik
keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim
yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya
yang menentang ayahnya.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid
2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru
mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar.
3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang.
4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang
kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya.
5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB
Mohd. Yusof dengan tauke Cina.

BAB 4
Syarifah Muinah sentiasa resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi
Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu

kandungnya. Bagi Tan Sri Syed Aris semua itu tidak penting, kerana mereka berdua
memang menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka, walaupun
Mahani sebenarnya adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya sendiri.

Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat
tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan
dengan perasaannya terhadap tiga orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu
antara Rahim, Jahid dan juga Robert.

BAB 5
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang
sempena hari keputeraannya. Beliau berhasrat untuk membahagikan harta
keluarganya mengikut hukum faraid. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid
kerana bagi jahid maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid
walaupun masih muda tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud
rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan
adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh. En. Muhammad datang
menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman
orkid di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya
tentang gelaran Datuk Indera Orang Kaya. En. Muhammad juga berkesempatan

berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat
maklumat penduduk kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai
anak-anak muda telah berhijrah ke Bandar.

BAB 6
Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak
milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh
dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu
Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang
mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan di situ.
Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan tanaman
orkid. Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka seterusnya
telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang nanti. Mereka
terus ke kawasan Jeram Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah di
sekitar kawasan itu juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Sementara
itu Ali telah ke rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuannya dengan
Sudin dan janji temu mereka. Jahid mahu Ali menceritakan perihal sebenar
berkaitan tanah yang sedang diusahakan tanaman orkid itu.

Peristiwa-peristiwa Penting


1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud.
2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat
,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house.
3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud –
Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.

BAB 7
Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd.
Yusof tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau
bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin juga berharap agar YB dapat
memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya dalam menjayakan
projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka sangat penting buat
Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan memudahkannya untuk
meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya semasa dia menjadi
broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya membangunkan projek
rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB bergantung kepada projek
kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah Penghulu Mahmud di
Jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai penghalang citacitanya.


Peristiwa-peristiwa Penting
1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof, Ali memberitahu tanah tersebut
hendak ditanam dengan orkid.
2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan masalah hutanghutangnya.
3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menjual
tanah-tanahnya
4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan
projek rumah murah.
5.YB berasa kedudukan keluarga Penghulu Mahmud sebagai pemilik tanah
terbanyak akan menganggu cita-citanya.

BAB 8
En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak
membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar
tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan
tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh
orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi
menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan
En. Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan
tersebut dan membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya

untuk bekerjasama dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu
penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah
bersetuju untuk menjual tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa
kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma
mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek
tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina rumah untuk orangorang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya
mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En,
Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan
politiknya.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi
pendapat tentang pembangunan di wilayah Tualang.
2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk
membangunkan wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual
sebahagian tanahnya di Jeram Medang.
3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah
Tualang dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu
memajukan tanah milik keluarganya dengan projek tanaman orkid.
4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di

samping menjaga kepentingan mereka.

BAB 9
Minyak wangi yang dipakai oleh Mahani mengingatkan En. Muhammad kepada
anaknya Ana. En. Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada di atas

mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah
Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani
berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En.
Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian
kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh
Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi
komen tentang isi kandungannya.
2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula
menentang golongan kaya yang tamak.

BAB 10

Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En.
Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid
dan uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap
Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya
Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat
pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan
bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati
Rahim yang mencintainya.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya
memberi jawapan kepada En. Muhammad.
2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid.
3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat
Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.

BAB 11

Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual
dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu

berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak
Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga
rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan
ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam
politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis
idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian pulang ke rumah
untuk bersemuka dengan ayahnya

Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat
ayahnya juga bersikap dingin dengannya.
2.Sudin sedar kerenggangan hubunga dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak ,
kahwin cerai dan terlibat dengan politik.
3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya
4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan
masalahnya dengan ayahnya.

BAB 12
Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar
yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu

bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin
menafikan tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa
mereka tidak meminang Gayah - Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga
yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad
memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana
persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya
menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat
sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin.
2. Imam Saad memberitahu Sudin tentang khabar yang Sudin telah melarikan
Gayah.

3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu.
4. Imam Saad menceritakan tentang persengketaan keluarga antara keluarganya
dengan keluarga Penghulu Mahmud yang menyebabkan mereka tidak berani untuk
meminang Gayah.

BAB 13
Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital,
Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba
mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia
yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk
melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat berita
dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di hospital beliau
telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid menimbulkan tanda
Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang diri kerana dia ingin
mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan. Ini penting
baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah hutanghutangnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin terlantar di hospital akibat kemalangan dan dibelasah oleh Mat Akil
2.Sudin teringatkan kembali peristiwa bagaimana dia boleh terlantar di hospital, dia
pasti orang yang telah menganiayainya ialah Mat Akil namun dia tiada bukti.
3. Kehadiran Jahid bersama dengan YB ketika melawatnya menimbulkan tanda
Tanya di benak Sudin.
4. Sudin sebenarnya ingin mendapat maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke
Chan.

BAB 14
En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia
berdoa agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat
kejayaan. Bagi beliau nasib penduduk Kampung Pulai akan berubah dan kehidupan
mereka akan lebih terjamin. Beliau juga resah dengan hasrat Datuk Tan yang mahu
mengurus sendiri syarikat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanggung jawab

sebelum urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka
menyertai rancangan FELDA. En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan
dilantik sebagai Orangkaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan
perlombongan itu nanti berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk
mengadakan sambutan besar-besaran sempena perlantikan abangnya sebagai
Orang Kaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah untuk mengambil hati penduduk di
Pekan Tualang supaya perusahaan perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka
nanti senang untuk dipujuk berpindah ke rancangan FELDA

Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad beribadat untuk mendapat petunjuk daripada Tuhan sempena
penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
2. En. Muhammad berasa keliru dengan keputusan Datuk Tan yang mahu mengurus
sendiri syarikat tersebut.
3. Penduduk kampong yang miskin akan dibantu melalui usaha YB untuk membawa
mereka menyertai rancangan FELDA.
4. Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan disambut
secara besar-besaran bagi memenangi hati penduduk Kampung Pulai.

BAB 15
Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan
bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur.
Kedatangannya ke Kuala Lumpur bersama dengan sejumlah wang yang dibawa
kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di Kuala Lumpur ramai penyeluk
saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya
mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti
kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di
mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu
saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang
akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang
menurunkan Sudin dan Jahid. Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim
dia telah dua bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya
ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan
Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja.
2. Mat Akil terlihat Sudin dan Jahid keluar dari kereta yang dipandu oleh Kassim.
3. Mat Akil bertemu dengan Kassim tetapi tidak jadi menabur fitnah tentang Sudin,

BAB 16
Bas sewa khas yang tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak,
sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhatihati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap
kerana tidak diundang menghantar rombongana perkahwinan Sudin. Pemandu bas
itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angina
dan terpaksa ke pecan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya
untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angina sahaja.
Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah.
Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya
kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah
menajisi cadar pengantin Sudin.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang budak untuk merosakkan tayar
bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan angin tayar bas.
3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya dalam pertandingan merebut Gayah
dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak.
4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah menajisi cadar pengantin Sudin.

BAB 17
Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin
dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad
rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya Yaakob telah meninggal
dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh
YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi
penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa
dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga
Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah dilangsungkan di rumah En.
Muhammad.
2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia begitu ramah dengan beberapa
orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya cuba mencari pengaruh.
3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin dan Gayah yang menyatykan
dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan urusannya memenangi hati
penduduk kampong Pulai.
4. Hubungan antara En. Muhammad dengan Imam Saad mula terjalin.

BAB 18
Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan raya Syarikat Lombong Lembah Tualang,
beliau telah diamanahkan untuk membentuk jawatan kuasa bagi mengadakan
sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah Tualang. Mat Akil juga turut
disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan Mat Akil dan rakanrakannya dari menghuru-hara keadaan. Di samping itu juga, penglibatan beliau
adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah nanti kerana Mat Akil juga
memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta pandangannya berhubung dengan
penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau adalah salah seorang yang
berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan urusan tanah nanti.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah
Tualang.
2. Sambutan besar-besaran perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk
Orangkaya Indera akan diadakan dan akan melibatkan semua pihak yang menelan
belanja RM 10, 000.00 ditanggung oleh En. Muhammad.
3. Mat Akil dan rakan-rakannya juga turut disenaraikan sebagai AJK dalam
jawatankuasa sambutan.
4. Jahid dan Sudin menemui Tuk Empat Dahlan bagi mendapat pandangannya serta
untuk mempengaruhinya.

BAB 19

Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan Rahim menentang penubuhan
Syarikat Lombong tersebut. Bagi Rahim tindakan ayahnya seperti memusnahkan
sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang diterimanya menjelaskan Rahim
tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya tambah
mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang tindakan ayahnya akan
menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya terhadap
Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua tidak
pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan
Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang
berlaku kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung
Pulai. Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi
mendapat maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. Surat Rahim membayangkan penentangannya terhadap penubuhan Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang pada pandangannya akan memusnahkan sebuah
kampung.
2. Hubungan antara Rahim dengan Mahani menjadi semakin intim dimana mereka
saling berutus surat.
3. Mahani mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jahid bagi mendapat
maklumat lanjut tentang situasi Kampung Pulai untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 20
Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampsan yang akan diterima,
senario itu telah mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah
diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang menumpang tanah orang lain.diwakili
oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan berada di situ telah berjaya
meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah menjadi
orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan
penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan
jamuan disediakan. YB akan memberi penerangan tentang projek perpindahan
penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui tujuan sebenar
rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak mahu berpindah,
ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak
sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk Indera penduduk
Kampung Pulai mulai dapat dimenangi begitu juga dengan perubahan Mat Akil
walaupun Sudin dapat merasakan bahawa perubahan itu tidaklah sepenuhnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang memiliki tanah dengan penduduk
yang tidak ada tanah.
2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat secara langsung dalam projek Syarikat
Lombong Lembah Tualang.
3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui muslihat sebenar disebalik
perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan oleh YB.
4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenangi dan Mat Akil masih
belum berubah sepenuhnya.

BAB 21
Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan
YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. Mat Akil
menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang
telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka.
Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad ,
selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad,
beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang
tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan
tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang Syarikat Lombong
Lembah Tualang. En. Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra
dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Majlis jamuan diadakan di surau Kampung Pulai bagi meberi penerangan tentang
perpindahan penduduk ke rancangan FELDA yang anakn disampaikan oleh YB.
2. Kehadiran En. Muhammad dan janjinya untuk membayar pampasan kepada
penduduk kampung yang menumpang di tanah keluarganya menunjukkan dia
seorang yang baik hati.
3. Sudin keliru dengan tindakn En. Muhammad yang tidak berterus-terang tentang
Syarikat Lombong Lembah Tualang.
4. En. Muhammad menggunakan kesempatan tersebut untuk beramah mesra dan
mahu Sudin memastikan Imam Saad menjadi imam P. Tualang.

BAB 22
En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama
dengan syarikat orang putih di samping mahukan dua jawatan penting dalam
Syarikat Lombong Lembah Tualang. Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan
pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk
Kampung Pulai telah dimenanginya, ini berdasarkan sambutan ketika majlis yang
diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh
golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA.
Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap
agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik
menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan
abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusnya memaklumkan kepada Cik
Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat syarikat asing tidak
dipersetujui oleh Datuk Tan.
2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk Kampung Pulai sudah dapat
dimenanginya.
3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan keadaan ialah tanah yang dimiliki
oleh golongan tua dan mereka berpengaruh - beliau berusaha mengatasinya
dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai Imam di Pekan Tialang dan Tuk
Empat Dahlan sebagai penghulu.
4. En. Muhammad memberitahu Cik Puan Tipah tentang surat Rahim.

BAB 23
Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan
masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk
menyelesaikannya. Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan dengan
Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya tetapi bukan
apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja kepada Sani
sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan situasi sani bagi
membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Imam

Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap
Sani tanpa disedarinya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya yang terdesak
untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.
2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat dieksploitasi untuk kepentingan
rancangan En. Muhammad.
3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad akan peluang tersebut dan dia
minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang diminta oleh Sani supaya dia tidak
mengsyaki nya.

BAB 24
Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan
bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim
menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan
kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat yang berkaitan tentang
perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid pula bertanyakan
tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu nanti
akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim terhadap rancangan
ayahnya dapat dibendung.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Rahim menjadi topik/ isu perbincangan di antara Mahani dan Jahid.
2. Surat-surat Rahim banyak yang menentang ketidakadilan/ penganiayaan
terhadap penduduk Kampung Pulai
3. Mahani cuba mendapat maklumat daripada Jahid tentang perpindahan penduduk
ke rancangan Felda untuk disampaikan kepada Rahim.
4. Mahani keliru siapa yang hendak disebelahinya dan harap penentangan Rahim
terhadap ayahnya dapat dibendung.

BAB 25
Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani
tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang
sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia teringatkan Rahim yang sudah
lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka telah berbincang akan
keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya, apabila
uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang
ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi
semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya
menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya terhadap Mahani.
Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan fail-fail penting En.
Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram daripada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mahani tertanya-tanya tentang siapakah jejaka yang datang merisiknya.
2.Mahani diberikan tempoh untuk memberi jawapan, namun Mahani meminta diberi
tempoh 24 jam.
3. Mahani menghantar telegram kepada Rahim untuk mengetahui status
perasaannya terhadap Mahani

BAB 26
Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana
inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat
akan surat yang ditulis oleh Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa
mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca
oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan tersebut. Mahani
berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk
Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan
gagasannya menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat
Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian
bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran ayahnya ialah pemikiran barat yang
melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk kerana kasih saying sesama
manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan tertentu.. Pada keesokkan
harinya Mahani terlewat bangun, dia menghubungi ibunya yang berada di rumah
Cik Puan Tipah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin. Mahani memberitahu
yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia hendak mendapatkan maklumat
tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan dengan meriah namun
sederhana mengikut kehendak Mahani.
2. Rahim pula dalam surat-suratnya memperlihatkan dirinya seorang yang rasional
dan praktikal apabila dia melihat pembangunan yang akan berlangsung adalah
acuan barat yang tidak sesuai dengan bangsa.
3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan maklumat tentang Syarikat
Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 27
En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya
tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk
Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman.
Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan Syarikat Lombong Lembah
Tualang. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang hanya mementingkan
kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En.
Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga
turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk
menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan
untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai.
Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang
baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu
insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En.
Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya
menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Peritiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan Mahani dalam ikatan
pertunangan
2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi kandungannya menuduh ayahnya
menganiaya penduduk Kampung Pulai.
3. En. Muhammad dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Kampung Pulai yang
dilaporkan oleh Sudin dan juga YB.

BAB 30
Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering
dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan
barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia
memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa
Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling
suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya
tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading
orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari
perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan
tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan
ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan
sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia
memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam
masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu
sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga.
Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya
mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang
suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa
Rahim dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang, syarikat akan tetap berusaha
untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah dan En. Muhammad untuk
berbincang tentang Rahim.
2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya mahu mengetahui akan
tanggapan Mahani terhadap rahim
3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap Rahim yang mempunyai prinsip
yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan.
4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat bersabar dengan Rahim yang suka
mencari kebenaran.
BAB 31
Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam
kekeliruan tentang masa depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil
kepada wakil rakyat.Dia bimbang kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun

sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang
tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut.
YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh
Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin
uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan
ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat
asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik sebagai
imam di Pekan Tualang.
YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk berbincangtentang
pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk meninggikan taraf hidup
mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan mereka di tanah
rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua
termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud
bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran kerja dengan YB, kerana masa
depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan politik yang akan berubah 5 tahun
sekali.
2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya menerima tawaran tersebut
demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana uzur.
3.Sani juga telah dimaklumkan tujuan ayahnya dipersarakan dari jawatan imam di
pekan Kuala.
4. Penduduk akan dibantu dengan menempatkan mereka di rancangan FELDA.

BAB 32
Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai
tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin
meminta maaf kerana menyusahkan Penghulu Salim dan dia mahu Penghulu Salim
memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat untuk taklimat di
surau.
Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah menumpangkan Mat Akil
dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut dengan
pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir
sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil
memaklumkan sebenarnya Pak salim marah kerana tinggal dia seorang orang tua

yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad
telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil Penghulu Salim
rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah
ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin
semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang Penghulu salim. En.
Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak kedai dengan
rumahnya sekali di tanah rancang kepada Penghulu Salim dan mereka berharap
Penghulu salim akan bersetuju.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pak salim enggan membenarkan gerainya digunakan sebagai tempat taklimat
yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai daerah dan Pegawai FELDA.
2. M.Akil memaklumkan sebenarnya Penghulu Salim sedih kerana dia seorang orang
tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk
Empat Dahlan tidak.
3. En. Muhammad meminta supaya YB usahakan tapak gerai dan rumah untuk
Penghulu Salim di tanah rancangan untuk kemudahannya berniaga

BAB 33
En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di
Kampung Pulai sempena pengumuman Syarikat Lombong Lembah Tualang akan
membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara
penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad
bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan
membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan.

Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan
FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu
telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan
mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah.

En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat
murninya untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk kampong. Dia berdoa agar
mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan pengertian akan niatnya. Selepas

makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah siasat bagi
mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin
menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan
juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya
bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat diselesaikan,
dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti ditangguhkan tetapi tidak
dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En. Muhammad
pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak
mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi
sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang
dulunya penuh kemaksiatan.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pengumuman tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah
kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En. Muhammad sebelum
sembahyang Jumaat.

2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya dengan mengatakan En.
Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa maksiat.
3. Selepas sembahyang bedah siasat telah diadakan bagi mengenalpasti punca
penentangan tersebut yang akan mengagalkan rancangan En. Muhammad.
4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang pernah menganiaya peniaga kecil
dan hidupnya yang penuh kemaksiatan bersama Mary

BAB 34
En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah Syarikat
Lombong Lembah Tualang seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad
dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En.
Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya
menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan,
beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat
rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong
supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar
tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB.
Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En. Muhammad supaya tidak melabur di
Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya.

Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya
tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus
membuat penyiasatan yang lebih terperinci. Datuk Tan bertanya sekiranya
Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan.
En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi beliau bimbang
jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk berbincang tentang kejadian di
kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh peguam.
2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua apabila Datuk Tan memberitahu
tentang Mary yang berminat untuk berkerja.
3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik kejadian tersebut samada ia
melibatkan politik atau Tauke Chan.
4. Datuk Tan mahu penyiasatan dilakukan untuk mengetahui punca kedua-dua
kejadian tersebut.

BAB 35
Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan
mereka. Semasa di kedai pak Salim, Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin
dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil
menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka kemudian ke pondok
tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka telah terserempak
dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man.
Mat Akil mengapi-apikan Man dengan mengatakan tentunya Lebai Endut akan
memilih Lebai Marup sebagai calon menantu.
Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin .
Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh Sudin untuk membayar hutang
kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan peranan tanpa diketahui oleh
rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk mereka.
Mat Akil seterusnya ke rumah Sudin untuk kali yang keduanya setelah kali pertama
dulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Mat Akil sebenarnya masih menaruh harapan
untuk memiliki Gayah tetapi dia terpaksa berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan
wang.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mat Akil membuat spekulasi bahawa di kampong mereka sudah ada pengintip
yang ditujukan kepada Lebai Marup yang mahu menghasut penduduk kampong
supaya tidak menjual tanah mereka.
2. Mat Akil kemudian mengapi-apikan Man dengan Lebai Marup dengan
mengatakan Lebai Marup adalah calon menantu pilihan Lebai Endut.
3. Mat Akil membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin dengan jumlah
yang kecil dan sebahagian lagi wang adalah bayaran hutangnya.
4.Mat Akil ke rumah Sudin bagi kali kedua.

BAB 36
Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang
mahu mengagalkan usaha YB. Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang
Lebai Marup di samping tokok tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang
menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka bersaudara. Mat Akil resah
menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak Salim berhubung dengan
rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup. Sementara menunggu
Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan Jamaludin, menurut P.
Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan sebaliknya berhastar untuk
berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat peluang berniaga di Pekan
Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta bantuan YB, semuga dia
mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut bertanyakan rancangan Mat Akil
dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti di tanah rancangan. Mereka
sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu menjolikan wang ayah mereka.
Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah berjaya dilakukan oleh rakanrakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup teruk dibelasahnya. Mat Akil
menggunakan kesempatan tersebut untuk mengapi-apikan Man. Man
mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan anak-anak gadis
yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang Lebai Marup
mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin yang Lebai
itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan mendapat
balasan.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Lebai Marup didakwa oleh Mat Akil sebagai ejen sebuah parti politik yang cuba
untuk mengagalkan rancangan YB.
2. Penentangan Jamaludin sebenarnya sebagai helah untuknya mendapat peluang
perniagaan di Pekan Kuala atau Pekan Tualang.
3. Rancangan untuk menakut-nakutkan Lebai marup telah berjaya dilakukan- Lebai
telah dipukul oleh rakan-rakan Mat Akil.

BAB 37
Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya
mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia
juga teringatkan kata-kata ayahnya yang menyanjung Lebai Marup kerana berani
mengajak golongna muda ke jalan yang benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti
politik yang hendak mengagalkan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat
di situ. Sudin ingin menghubungi Mat Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya
ditangkap atas perbuatan mereka.
Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah yang bertanggungjawab
merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke Chan – Ini mungkin
benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya untuk bekerjasama
dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat membantu Lebai
Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping membalas
dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En. Muhammad pula
seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat
dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui masyarakat malah dia
dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih kerana
tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya
mengagumi usaha Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala
Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin
juga teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli
dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi
dengan pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian
daripada rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil dan rakan-rakannya kerana
perbuatan mereka.
2. Penentangan Lebai Marup dan juga Jamaludin sebenarnya tidak mempunyai
kaitan dengan politik.
3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam usahanya untuk memperteguhkan
imam penduduk kampong Pulai.
4.Kebijaksanaan En. Muhammad dalam mengabui mata masyarakat dengan sikap
baiknya sehingga masyarakat tidak dapat mengesan perbuatannya.

BAB 38

En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru di laporkan oleh Sudin.
Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini
begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat dikuasainya. Ini
termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi
masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup benar-benar menganggu fikirannya.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang maklumat yang berkaitan
dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.

BAB 39
Lebai Marup dan Imam Saad datang menemui Sudin untuk memberitahu yang dia
telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura terkejut. Dia
mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai Marup tidak mahu
kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti. Lebai Marup
memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampong
bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk mendapatkan
penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir sama.
Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung
memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala Lumpur untuk
berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB menyalahkan Lebai Marup

kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak untuk
berbuat demikian.
Masalah berkait dengan Labai Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka
semuanya telah dapat dikuasainya.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin untuk memberitahu yang dia dipukul
serta menjemput Sudin hadir sama dalam majlis penerangannya.
2.Lebai Marup akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk kampong bagi
memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,
3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh Sudin berhubung dengan
perjumpaan yang dianjurkan oleh Lebai Marup.
4. YB berasakan Lebai Marup menganggu kehidupan orang kampong

BAB 40
Lebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai terperangkap di surau kerana
hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Marup tetap
berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke Balai raya bagi
mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-rakannya menuduh Lebai
Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya termasuklah 2
orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Marup menjelaskan kenapa
dia