Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalam Kal (1)

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalam Kalangan Kanak-kanak

Mohd Zuri Ghani
Aznan Che Ahmad

Pendahuluan
Ketidakupayaan ADHD (attention deficit hyperactive disorder) merupakan salah satu
ketidakupayaan dalam pembelajaran. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanakkanak ADHD sebagai kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak, tidak mendengar cakap dan
hiperaktiviti. Istilah gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan telah digunakan oleh
profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan
berpanjangan
pada kanak-kanak
yang berketidakupayaan
ADHD.
(Attention Deficit
Hyperactive Disorder) ADHD juga sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan
terutama oleh kanak-kanak yang boleh mengakibatkan tindak balas dan rangsangan otak

terhadap otot dan fungsi anggota badan. Kanak-kanak cenderung mendapat masalah ADHD
kerana pada usia ini mereka lebih gemar akan makanan rapu, gula-gula dan makanan
sampingan yang banyak mengandungi gula selain makanan ruji. Tanpa pengawasan yang
sewajamya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Gula
yang
diperlukan untuk perkembangan otak ialah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu
daripada sumber asli seperti sayur-sayuran, ubi ken tang, ikan dan sumber lain.

Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan suhu badan
meningkat dan memberikan tekanan kepada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanakkanak hilang tumpuan dan gagal untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Pengambilan gula
yang berlebihan juga akan menyebababkan mata memfokus terlalu cepat, badan kerap
berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut mere gang menyebabkan mereka
kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap
aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam
sekitar.

Definisi ADHD
ADHD ialah singkatan daripada Attention Deficit Hyperactive Disorder, iaitu sesuatu keadaan
yang juga dikenal sebagai Attention Deficit Disorder (sukar memusatkan perhatian), Minimal
Brain Disorder (mempunyai masalah kecil pada otak) , Minimal Brain Damage (kerosakan

kecil pada otak), Hyperkinesis (terlalu banyak bergerak atau aktit), dan Hyperactive
(hiperaktit). Terdapat kira-kira 3% hingga 5% kanak-kanak di sekolah menderita ADHD
(www.kesulitanbelajar.org).
Menurut Bailly (2005), ADHD ialah "a persistent pattern of innattention and / or hyperactive
impulsivity that is move frequent and severe than is typically observed in inviduals at

5

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

comparable level of development". Selain itu 3 peratus hingga 5 peratus gangguan hiperaktif
dan impulsiviti kerap berlaku ketika prasekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja.
Biasanya kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat ADHD berbanding kanak-kanak perempuan dan biasanya kanak-kanak yang mengalami kecelaruan atau gangguan dan kurang
penumpuan ini adalah berumur sebelum tujuh tahun.

ADHD juga menggabungkan beberapa sikap seperti kurangnya daya perhatian, cepat terpengaruh, membisu, terlalu agresif, dan mempamerkan pelbagai watak. Kesannya kanak-kanak akan
sukar untuk mengawal tingkah lakunya seperti menjadi kurang tumpuan, impulsif, dan
hiperaktif. Mereka juga mempunyai sikap yang luar biasa berbanding kanak-kanak normal

yang lain. Selain itu, ADHD juga didefinisikan sebagai satu gangguan yang menjejaskan
keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan kepada sesuatu benda misalnya,
seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan
perhatiannya dan mengawal tingkahlakunya sendiri. (www ms,wikipedia,org/wiki/kanakkanak- istimewa).

Kategori dan Ciri-ciri ADHD
Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan ADHD mempunyai beberapa kategori yang
dapat dikesan oleh guru dan ibu bapa. Kategori terse but ialah tidak memberikan tumpuan,
impulsiviti, hiperaktiviti dan gabungan tiga kategori (tidak memberikan tumpuan, impulsiviti
dan hiperaktiviti). Di dalam setiap kategori ini kanak-kanak ADHD akan menunjukkan ciri-ciri
tertentu dalam beberapa persekitaran seperti di rumah dan sekolah.

1.

Tidak Memberikan

Tumpuan

a)


Selalu gagal memberikan tumpuan kepada butir-butir tertentu atau terperinci/lalai
dengan kerja sekolah, dalam pekerjaan atau aktiviti-aktiviti yang lain. Akibatnya
mereka sering melakukan kesilapan sebagai akibat kecuaian.

b)

Selalu mempunyai masalah mempertahankan
tumpuan dan perhatian dalam
sesuatu aktiviti. Selalunya aktiviti yang melibatkan visual dan pemikiran kecuali
menggunakan jari untuk menunjukkan perkara yang dibaca (kanak-kanak 6 tahun
sekurang-kurangnya boleh menumpukan perhatian selama lebih kurang 15 hingga
20 minit).

c)

Selalu tidak dengar perkara yang diperkatakan kepadanya.
Contohnya, jika
diberikan
arahan yang banyak dalam satu masa mereka tidak dapat
mengingatinya.


d)

Selalu gaga I mengikut arahan dan melengkapkan
kerja rumah dan kerja sekolah.

e)

Selalu menghadapi masalah untuk menuruskan dan mengelola aktiviti atau kerja
dengan sendiri. Mereka tidak dapat melakukan sesuatu kerja seorang diri dan jika

6

atau menyiapkan kerja sekolah,

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

di dalam kelas guru perlu senti as a mengawasinya

separuhjalan.

2.

3.'

agar tidak membuat

kerja

f)

Selalu mengelak, benci atau enggan memberikan komitrnen terhadap kerja yang
memerlukan keupayaan dari segi mental. Mereka ini biasanya dilabelkan sebagai
malas. Contohnya mereka tidak mahu membuat kerja sekolah.

g)

Selalu kehilangan benda yang berkaitan dengan kerja. Hal ini boleh dikaitkan
dengan sifat mudah lupa atau tidak dapat mengingati sesuatu atau apa yang telah

dilakukan.
Contohnya kehilangan buku, pen, pensel, pembaris dan sebagainya
kerana tidak dapat mengingati di mana ia telah diletakkan.

h)

Senang diganggu oleh anasir luar. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
sebegini mudah terpengaruh dengan sesuatu benda dan tidak dapat memberikan
perhatian yang lama terhadap sesuatu perkara atau tumpuan mereka mudah
bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.

i)

Sering menjadi pelupa dalam aktiviti harian.

Hiperaktif
a)

Kerap menggerakkan


tangan dan kaki atau menggeliat-geliut

di temp at duduk.

b)

Selalu meninggalkan
tempat duduk dalam kelas, kurang perhatian dan
memberikan tumpuan (fokus) yang lebih banyak terhadapa sesuatu perkara lain
yang lebih diminati.

c)

Sering berlari ke sana dan ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi
yang tidak sesuai, contohnya kanak-kanak ini mungkin berlari dan melompat di
dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

d)

Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.

Mereka ini tidak bercakap banyak atau gaga I mengawal pertuturan mereka,
contohnya mereka tidak tahu mas a yang seharusnya perlu diam atau mas a mereka
perlu bercakap.

e)

Selalu on the go iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap
dilihat seperti digerakkan oleh motor.

f)

Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap

g)

Kadang-kadang

cuma mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat difahami sabaja.

Impulsiviti

a)

Selalu memberikan
sepenuhnya.

jawapan

terlebih

b)

Tidak sabar menanti giliran mereka.

7

dahulu

sebelum

soalan


diajukan

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

c)

Sering mencelah perbualan, mengganggu aktiviti atau suka mengusik rakan yang
lain. Mereka ini biasanya cuba menguasai suasana persekitaran
dengan
bertindak sebagai ketua atau bossy.

d)

Sering membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan sesuatu
perkara yang dilakukan sarna ada betul atau salah dan ia biasanya dikaitkan
dengan tindakan yang diambil tanpa berfikir terlebih dahulu.

e)

Cenderung mengalarni kemalangan. Kanak- kanak ADHD selalu bermain dengan
benda-bend a yang tajam ataupun melintas jalan raya tanpa memastikan sarna ada
terdapat kenderaan ataupun tidak kerana mereka tidak sedar bahawa perbuatan
mereka itu berbahaya.

Kelemahan hiperaktif dan impulsive atau inattentive symptoms telah wujud sebelum kanakkanak berusia tujuh tahun. Jika hal ini dikesan selepas kanak-kanak berusia tujuh tahun, kanak
-kanak tersebut mungkin mengalami masalah psikologi yang berlainan. Hal ini demikian
kerana kanak-kanak yang mempunyai gejala ini biasanya dikenal pasti secara lazirnnya sejak
berumur dua tahun lagi. Simptom-simptom ADHD ini wujud dalam kedua-dua keadaan sarna
ada di sekolah atau di rumah. Maksudnya kanak-kanak ini berada di mana sahaja sikap atau
tanda yang ditunjukkan oleh mereka adalah sarna.
Ciri hiperaktif jelas kelihatan apabila kanak-kanak kerap menggerak-gerakan tangan atau kaki
atau mengeliat-geliut di tempat duduk, selalu meninggalkan temp at duduk ketika di kelas,
selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan mas a kelihatan
kekok, kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara
senyap, selalu banyak bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah
digerakkan oleh motor.
Tempoh tumpuan yang singkat berlaku apabila kanak-kanak sering gagal memberikan
tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa
membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Mereka juga sering tidak mematuhi arahan
dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas. Kerap mengalami masalah untuk
mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti, mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan
sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah),
selalu kehilangan barang (misalnya pensel, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan
sebagainya), tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan mudah pelupa
walaupun tidak sepatutnyajika mengikut usia dan keupayaan.
Tingkah laku impulsif pula menunjukkan sifat yang selalu memberikan jawapan sebelum
soalan lengkap diajukan. Kurang sabar dan menghadapi masalah ketika menunggu giliran.
Kanak-kanak dalam kelompok ini sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti
orang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
Apabila anak anda gaga I mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai
berinteraksi sesama rakannya, mungkin hal ini menandakan bahawa anak anda menghadapi

8

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

masalah tingkahlaku hiperaktif. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai
nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu
aktif atau lasak, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan
menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati
dan suka bergurau dianggap normal, tetapi semuanya bergantung pada usia dan tahap
pertumbuhan mereka.

Ciri yang ada adalah kanak-kanak ADHD ini cenderung hidup bersendirian kerana dia tidak
memiliki ramai kawan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap kanak-kanak ini yang suka
mengganggu orang lain. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa sering disalahkan kerana tidak
dapat mengawal anak mereka. Kanak-kanak ADHD ini juga menghadapi masalah dalam
pembelajaran, tingkah laku dan emosi. Sebanyak 60 peratus pula menghadapi masalah dari
segi pertuturan dan penguasaan bahasa, manakala 80 peratus kanak-kanak ADHD ini
bermasalah membaca, mengeja dan menulis. Selain itu, 60 peratus hingga 70 peratus kanakkanak ADHD ini menjadi agresif dan bermasalah tingkah laku.
Kanak-kanak ADHD juga mempunyai konsep kendiri yang rendah dan tidak diterima oleh
rakan sebaya kerana sikap kasar mereka yang suka bertindak dan berkelakuan kasar serta
menindas rakan-rakan. Sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus kanak-kanak ADHD kelihatan
gelisah dan lebih daripada 75 peratus berada dalam keadaan kemurungan yang teruk.
Sekiranya terdapat 100 orang kanak-kanak yang yang berumur antara lima hinggan tujuh
tahun mengidap ADHD , separuh atau dua pertiga menunjukkan sikap permusuhan dan sikap
melawan atau menentang secara terbuka. Menurut pakar psikiatri yang mengkaji mengenai
penyakit otak keadaan ini dipanggil Oppositional Defiant Disorder atau (ODD). Simptom
yang ditunjukkan oleh ODD ialah tidak dapat mengawal kemarahan, bertengkar dengan rakan,
tidak mematuhi permintaan atau peraturan, dengan sengaja menimbulkan kemarahan orang
lain di atas kesalahan yang dilakukannya,
mudah terasa dan sensitif, mudah marah tanpa
sebab dan menunjukkan sikap busuk hati, tidak mahu memaafkan atau meminta maaf dan
menunjukkan keinginan untuk membalas dendam.
Apabila mereka berumur lO hingga 12 tahun, kumpulan ini akan mula menunjukkan tingkah
laku yang lebih teruk yang diistilahi oleh pakar psikiatri sebagai masalah tingkah laku atau
conduct disorder (CD). Mereka akan melakukan perlakuan yang negatif seperti berbohong,
mencuri, lari dari rumah dan ponteng sekolah. Simptom lain ialah menyerang dan merompak
dengan ganas di luar rumah. Mereka cenderung melakukan sesuatu kebakaran, melakukan
gangguan seksual atau merogol dan bertindak kejam terhadap manusia dan haiwan dengan
sengaja.
Terdapat 20 peratus hingga 40 peratus kanak-kanak ADHD membesar bersamasarna (CD).

9

Pendidikan Khas

4.

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Gabungan

Kategori gabungan pula berrnaksud kanak-kanak ADHD yang mempunyai masalah dalam
ketiga-tiga kategori yang telah dihuraikan di atas iaitu tidak memberikan tumpuan, impulsiviti
dan hiperaktiviti. Kanak-kanak yang terdiri daripada kategori gabungan ini adalah lebih sukar
untuk mengawal tingkah laku mereka dan kanak-kanak dalam kategori ini mempunyai ciri
yang hampir sama dengan ciri-ciri yang telah diterangkan di atas. Namun ciri-ciri umum yang
dapat dilihat dengan jelas bagi kanak-kanak ADHD yang berada dalam kategori ini ialah, tidak
memberikan tumpuan, gagal menyiapkan tugasan, tidak mengikut arahan dan sukar
memberikan
tumpuan
terhadap sesuatu aktiviti. Ciri-ciri masalah impulsiviti pula
menyebabkan kanak-kanak bertindak tanpa berfikir, bertukar-tukar aktiviti, sukar menunggu
giliran dan sukar mengendali sesuatu aktiviti. Ciri-ciri bagi hiperaktiviti pula, kanak-kanak
suka berlari atau memanjat perabot, tidak boleh duduk diam, bergerak secara berlebihan
semasa tidur, mudah mengamuk dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain atau rakan
sebayanya sendiri.

Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD
Ciri kanak-kanak ADHD dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek iaitu dari segi
kognitif dan akademik, sosial, emosi, dan tingkah laku. Ciri-ciri ini juga dapat dilihat sama ada
di rumah atau di sekolah.

1.

Kognitif dan pencapaian akademik

Kebanyakkan pelajar dalam kategori Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
lemah dalam pencapaian akademik. Hal ini disebabkan kesukaran dan ketidakmampuan
mereka untuk memberikan tumpuan, mereka juga menghabiskan masa yang sedikit untuk
terlibat sama dalam kumpulan akademik berbanding rakan kelas mereka yang tanpa
ADHD (Duhaney, 2003). Selain itu keputusan gred mereka pula kerap kali rendah dan
risiko untuk mereka gagal adalah tinggi. Pelajar ADHD mempunyai masalah untuk belajar
dalam jangka masa yang panjang dan mereka cenderung untuk tidak diatur serta menjadi
pelupa. Pelajar ini juga akan menjadi tidak tahu yang mereka ada kerja rumah, lupa tarikh/
waktu tugasan perlu dihantar atau untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa
apabila ada rombongan. Kebanyakan guru akan memberikan komen seperti "pelajar ini
mempunyai tulisan tangan yang buruk, kerja mereka tidak memuaskan dan cuai, tugasan
mereka sering tidak lengkap dan kerja mereka tidak disusun dengan baik" (Gargiulo
2006).

2.

Sosial

Kanak-kanak ADHD tidak suka bercampur dengan rakan sebaya yang lain. Setiap
penglibatan mereka dalam kumpulan rakan sebaya akan menimbulkan pertelingkahan
kerana kanak-kanak ADHD tidak tahu berkomunikasi
dengan baik. Pelajar yang

10

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

mempunyai ciri-ciri ADHD (masalah tumpuan, hiperaktif, impulsiviti) yang teruk juga
akan menyebabkan tingkah laku antisosial mereka bertambah dan interaksi sosial
menurun (Merrell, 2003). Mereka akan menghukum diri mereka sendiri sebagai ahli sosial
yang gagal dan cenderung untuk melakukan aktiviti bersendirian, contohnya bermain
permainan komputer dan menonton televisyen. Hiperaktiviti dan lemah dalam kemahiran
sosial menyebabkan kebanyakan pelajar dengan ADHD ini dibuang atau tidak diterima
oleh rakan sebaya dan tidak disukai oleh guru mereka (Merrell, 2003).

3.

Emosi

Kanak-kanak ADHD mempunyai emosi yang tidak menentu. Kadang kala mereka cepat
naik marah. Kesannya kanak-kanak ini akan suka mengancam orang lain tidak kira dalam
bentuk fizikal ataupun percakapan. Mereka juga akan menjadi ganas tanpa sebab atau
kerana masalah yang kecil. Keganasan yang ditunjukkan oleh mereka akan menyebabkan
kanak-kanak ADHD kurang diterima oleh masyarakat, malah menganggap mereka akan
memburukkan lagi keadaan. Hal ini akan mengganggu emosi mereka dan kanak-kanak ini
turut berfikir bahawa penyingkiran ini adalah sebagai satu hukuman atau balasan kepada
keadaan yang dialami olej mereka. Selain itu, kanak-kanak ADHD juga suka ketawa dan
seronok dengan tiba-tiba. Biasanya mereka tidak suka duduk diam tanpa melakukan
sesuatu. Oleh itu mereka akan membuat sesuatu tingkah laku yang boleh mengganggu
rakan-rakan yang sedang belajar. Tingkab laku yang tiba-tiba dan agresif ini akan
membuatkan rakan-rakan yang lain menjadi bilang tumpuan dan pengajaran pembelajaran
akan terganggu seketika. Keadaan ini akan menimbulkan pertelingkahan yang amat
menarik bagi mereka. Malah kanak-kanak ADHD akan berasa seronok dan puas hati
apabila melibat rakan sebaya marah dengan gangguan mereka.

4.

Tingkab laku

ADHD telah dilabel sebagai set spesifik tingkah laku yang banyak orang
mempamerkannya sekali sekala. Kebanyakan pelawat yang melawat kelas pendidikan
umurnnya boleh mengenal pasti pelajar yang mempunyai ADHD. Mereka ialah pelajar
yang jika dilihat kerap mengasah pensil berbanding rakan kelas yang lain, melihat sesuatu
di atas rak buku dengan banyak kali, menggeliat-geliat atau bermain dengan pensel di atas
meja semasa guru mengajar (Duhaney, 2003). Godaan untuk bercakap dengan rakan
sebelah pula amat kuat mempengaruhi pelajar ADHD. Walaupun pelajar ini sering dilihat
dalam keadaan bermasalah, secara relatifnya pecahannya kecil, tetapi apabila mereka
berada di sekolah sepenuhnya, gangguan yang berlebihan pada diri mereka akan jelas
dibaca atau diperhatikan.
Bagi kanak-kanak
yang mempunyai
hiperaktiviti
dan
impulsiviti, tingkah laku mereka mungkin menyebabkan segelintir individu seperti ibu
bapa terutamanya tidak boleh bersabar. Antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh
kanak-kanak ADHD adalah berlari dan memanjat di dalam kelas atau di rumah,
mengganggu rakan sebaya, bertukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti lain, sukar
menunggu giliran dan kadang kala tingkah laku mereka membahayakan diri sendiri seperti

11

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

melintas jalan tanpa menoleh terlebih dahulu.

Punca Berlakunya ADHD

1.

Pengambilan

gula yang berlebihan

Secara biologikal, kewujudan ciri-ciri hiperaktif adalah disebabkan oleh pengambilan
gula yang berlebihan daripada kapisiti yang mengakibatkan tindak balas (rangsangan)
otak terhadap otot dan fungsi anggota badan. Umurnnya kanak-kanak merupakan
golongan yang dikenalpasti terbabit dalam kumpulan ini kerana kecenderungan kuat
terhadap pengambilan gula-gula, makanan ring an dan makanan ruji tanpa kawalan dan
perhatian ibu bapa.

Menurut Dato' Dr. Noor Laily bt Dato Abu Bakar, dari Institusi Pembangunan Keluarga
dan Kanak-kanak (NURY), ramai orang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang mengandunginya boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif atau
mengalami Sugar Seizures (sawan gula). Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan,
otak manusia memerlukan sumber glukosa untuk berfungsi. Oleh sebab otak tidak boleh
menyimpan glukosa, sumber glukosa itu diperoleh daripada glukosa yang ada dalam
pengaliran darah. Paras yang seelok-eloknya diambil adalah dalam lingkungan 100mg
glukosa bagi setiap 100m Idarah. Sekiranya jumlah ini jatuh ke paras 70mg/l OOmg darah,
kita akan pening, berasa gelisah dan tidak boleh berfikir,

Otak amat sensitif apabila paras gulanya melebihi 100 mg/m\. ApabiJa paras glukosa ini
tinggi (diberi nama Hyperglycaemia) sistem pengangkutan glukosa ke dalam sel otak
akan tertutup dan guJa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel otak. Dalam keadaan hyperglycaemia itu, otak akan mengarah limpa untuk mengeluarkan insulin yang akan menyalurkan glukosa ke otot-otot dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran tenaga ini
akan menghasilkan gerak-geri otot, jika pembakarannya berlebihan kerana terlalu ban yak
glukosa, kanak-kanak akan bergerak tanpa kawalan. Inilah yang dikatakan hiperaktif.
Hasilan tenaga yang berlebihan itu akan menyebabkan kanak-kanak mula melompatlompat, berlari dengan buas, menjerit-jerit dan berkelakuan tanpa terkawa\.

Pembakaran glukosa pula menghabiskan bahan vitamin Bl, B2, B3, kalsium, magnesium
dan oksigen serta sebahagian besar bekalan itu digunakan untuk gerak-geri otot. Akibat
daripada penyaluran dan penggunaan glukosa, vitamin, zat galian dan oksigen untuk
gerak-geri otot akan mengurangkan baki glukosa dan bahan-bahan tersebut (oksigen,
vitamin dan zat-zat galian) untuk fungsi-fungsi
otak pula. Keadaan ini akan
mempengaruhi emosi kanak-kanak dan kanak-kanak akan mula berasa gelisah, resah dan
cern as kerana otaknya tidak mendapat cukup bekaJan glukosa, oksigen, vitamin dan zatzat galian. Kanak-kanak akan bertindak dengan menjerit atau menangis kerana kekuran-

12

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

gan bekalan bahan-bahan
nama HYPOGLYCAEMIA.

itu. Seterusnya hal ini menimbulkan

pula keadaan yang diberi

Demikianlah keadaannya, apabila gula banyak kanak-kanak akan menjadi buas, apabila
gula berkurangan kanak-kanak akan menangis. Keadaan inilah yang dinamakan "sugar
seizures" yang sering kita lihat dikalangan anak-anak yang kecil sekarang. Oleh sebab
otak anak kecil sedang membangun, sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat,
menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang
turut menjadi kekal dan inilah yang membentuk perangai anak itu.

Adalah wajar kandungan gula dalam mekanisma badan kanak-kanak seimbang dengan
tubuh badan mereka. Tidak dinafikan bahawa gula penting bagi pembekalan tenaga,
namun pemilihan gula yang asli adalah daripada bahan yang memiliki unsur glukosa yang
terdapat pada bahan semulajadi seperti sayur-sayuran berkanji, ubi kentang, ikan dan lain
-lain. Unsur glukosa inilah yang membekalkan tenaga asli yang diperlukan untuk menjana
perkembangan otak.

Gula yang terdapat di pasaran ialah gula yang diproses melalui proses pengeringan dengan
suhu maksima didapati kurang sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak. Walaupun
demikian, jika diambil, harus diberikan dalam sukatan seminimum yang mungkin.
Terdapat kanak-kanak yang dibiarkan meminum milo, kopi atau nescafe sehingga dua
hingga tiga cawan sehari terutamanya semasa menziarahi saudara mara atau tetamu
berkunjung
ke rumah. Kesannya ialah peningkatan suhu badan serta tekanan dalam
perjalanan darah yang boleh mengakibatkan
kanak-kanak
gaga I memfokus atau
memberikan tumpuan.
Simtom-simtom perubahan kimia dalam badan mereka ialah
seperti badan
berpeluh, mata memfokus terlalu cepat danjari kaki dan tangan bergerakgerak serta lutut dan kaki mere gang yang menjadi punca mereka kelihatan seolah-olah
terlalu aktif atau tidak duduk diam.

2.

Kerosakan saraf di dalam otak

Pengetahuan mengenai struktur di dalam otak membantu kita untuk memahami kajian
yang telah dilakukan oleh para saintis berkenaan dengan penyebab bagi masalah Attention
Deficit Hyperactif Disorder. Para saintis telah memfokuskan kepada satu bahagian di
dalam otak iaitu korteks serebral. Korteks serebral memainkan peranan penting dalam hal
-hal memikir, menganalisis input dari luar, merancang sesuatu, menyelesaikan masalah,
ingatan dan mengawal,
menyekat dan menahan seseorang daripada bergerak atau
bertindak secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.
Bahagian belakang korteks
serebral pula mengawal keadaan seperti kebolehan men genal dan membezakan sesuatu.

13

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

Sistem limbik ialah sekumpulan beberapa struktur yang terletak pada bahagian tengah
kedua-dua hemisfera.
Sistem ini hanya berfungsi penuh pada mamalia. Sistem limbik
terdiri daripada satu set struktur yang saling berhubungan termasuk beberapa bahagian
kortek limbik, hipokampus, amigdala dan septum. Satu daripada struktur sistem limbik
dikenali sebagai hipokamus. Ia memainkan peranan penting dalam ingatan. Kajian
menunjukkan yang kerosakan bahawa struktur hipokamus akan menjejaskan ingatan baru
dan tidak ingatan-ingatan lampau. Sistem limbik juga mempengaruhi tingkah laku emosi
manusia, motivasi dan pembelajaran. Apabila sistem ini terjejas akibat luka, penyakit atau
kerosakan lain, tingkah laku yang berbentuk agresif dan tingkah laku yang terlalu pasif
boleh berlaku kepada individu yang mengalarninya.

3.

Tahap rendah neurotransmitter

di dalam otak

Bukti saintifik mencadangkan bahawa ketidakseimbangan atau kekurangan bahan kimia
neurotransmiter di dalam otak menyebabkan gejala ADHD. Neurotransmiter membantu
menyiarkan pesanan-pesanan melalui otak. Apabila kehadirannya untuk menghantarkan
isyarat elektrikal merentasi ruang-ruang saraf tidak memadai, sel-sel saraf tidak boleh
berkomunikasi an tara satu sarna lain. Pesanan-pesanan yang menerima kesannya adalah
bersifat membantu seseorang menumpukan perhatian,
memandu arah aktiviti dan
mengawasi dorongan mereka. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak yang mempunyai gejala
ini tidak dapat menumpukan perhatian dan mengawal perlakuan mereka. Gejala ADHD
yang lambat dikenal pasti atau diberikan rawatan, boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak
meningkat remaja yang mewakili sebanyak 65 peratus. Pada peringkat dewasa, gejalanya
boleh menyebabkan risiko yang serius seperti penyalahgunaan dadah dan cenderung
terbabit dalam kemalangan jalan raya.

4.

Faktor genetik

Punca ADD dan ADHD juga dikatakan disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan
atau baka daripada ibu bapa kanak-kanak terlibat. Walaupun ibu atau bapa tidak
mengalami
gejala ADD/ADHD
tetapi mereka boleh menyebabkan
anak mereka
mempunyai gejala sebagai akibat gangguan darah.

Menurut Barkley (2005), faktor yang disebabkan oleh genetik lebih jelas diperhatikan
dalam masalah hiperaktif. Pemyataan ini disokong oleh Merrell (2003),apabila mereka
mendapati bahawa terdapat perkaitan antara kanak-kanak hiperaktif
dengan sifat
alkoholik, personaliti yang anti sosial dan sifat histeria yang terdapat pada ibu bapa
mereka. Dalam kajian yang dilakukan oleh mereka melalui temu bual terhadap 59
pasangan yang mempunyai anak hiperaktif dan 41 pasangan yang mempunyai anak yang
bertingkah laku tidak terkawal, mendapati wujud masalah perilaku sosial yang negatif
dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif dan mereka sendiri menyedari
bahawa merekajuga berkelakuan seperti anak mereka ketika masih muda ataupun kanakkanak. Melalui kajian ini jelas memperlihatkan
bahawa faktor genetik memang

14

Pendidikan Khas

DP. Jilid 9, Bil. 1/2009

memainkan peranan penting kepada terjadinya Attention Deficit Hyperactif Disorder atau
ADHD.
5.

Faktor persekitaran

Kanak-kanak akan mula cepat terpengaruh ketika mereka berusia dua tahun iaitu mereka
mula berjalan dengan lajunya. Pengaruh yang mula diterima oleh mereka ialah melalui
adik-beradik
seperti abang atau kakak yang hampir menyamai umur mereka. Apabila
mereka telah bersekolah mereka akan mula meniru gaya rakan sekelas, jiran, saudara mara
ataupun pelakon dan penyanyi yang dilihat oleh mereka melalui rancangan televisyen.
Mereka meniru gaya yang dilihat tanpa memikirkan semada perbuatan itu betul atau salah.
Oleh itu, ketika inilah peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah atau
membimbing mereka kearah yang betul kerana bagi pengidap gejala ADHD mereka selalunya tidak sedar perbuatan mereka akan menjadi salah dan jika tiada perhatian daripada
ibu bapa atau orang dewasa berkemungkinan mereka akan menjadi lebih teruk.

7.

Pengambilan

rokok sebelum dan semasa mengandung

Apabila ibu yang mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen
kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksid yang disedut akan bertambah dan
hal ini akan meningkatkan
paras karbon dalam haemoglobin
ibu. Keadaan ini
mengurangkan pengoksigenan darah dan seterusnya janin men gal ami kekurangan bekalan
oksigen. Kekurangan oksigen akan menyebabkan kecacatan pada saraf di dalam otak
(Hanna, 2006).

8.

Pengambilan

arak / alkohol

Sebelum hamil, arak boleh mempengaruhi perkembangan sel-sel seks. Semasa hamil
pula, arak senang menembusi tali pusat. Hanna (2006), menjelaskan beberapa jenis
ketidaklaziman (abnormalities) pada kanak-kanak yang terdedah kepada arak semasa
dalam kandungan iaitu salah satunya ialah fungsi sistem saraf termasuk 'mikrosefali",
kecacatan, bayi Lekas marah/mudah tersinggung dan hiperaktif semasa kanak-kanak.

9.

Tekanan emosi

Tekanan emosi ini adalah seperti kemarahan yang amat sangat,
kebimbangan dan
kecemasan. Situasi yang menekan ini merangsangkan penghasilan hormon adrenalin ibu
dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota- anggota tubuh yang lain.
Oleh itu, darah yang mengalir ke dalam rahim akan berkurangan dan hal ini boleh
menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin.
Pergerakan janin juga akan
meningkat apabila ibu mengalami tekanan emosi yang kuat ( Hanna, 2006).

10.

Faktor cuaca

Cuaca yang terlampau panas juga akan merangsang atau mengakibatkan kanak-kanak
ADHD menjadi lebih agresif.
Hal ini demikian kerana apabila suhu badan mereka

15

Pendidikan Khas

Jilid 9, Bil. 1/2009

meningkat, otak akan merangsang otot-otot dan fungsi badan mereka menjadi lebih aktif
hingga mereka selalu dilabelkan sebagai kanak-kanak yang tiada disiplin sebagai akibat
tidak dapat mengawal pergerakan badan, tidak dapat menumpukan perhatian atau gagal
menyiapkan sesuatu tugasan.

I Kesimpulan
Fungsi dan peranan ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD.
Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk
menghadapi masalah seurnpama itu. Lazirnnya, pemeriksaan urat saraf dalam kalangan
sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktiviti selalunya tidak
menunjukkan sebarang gangguan. Malah, kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan
otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktiviti. Proses penilaian kanakkanak yang dikatakan hiperaktiviti ini merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi.
Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan
urat saraf atau tahap ciri elemen plurnbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak
menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihati mereka agar tidak mengulangi perbuatan itu
tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji mereka.

Rujukan
Barkley, R.A (2005). Take charge of ADHD: the complete authoritative
New York: Guilford Publications.

guide for parents

Bailly, L (2005). Stimulant medication for treatment of attention-deficit hyperactivity disorder, evidence-b(i)ased practice? (Full text). Psychiatric Bulletin (The Royal College of
Psychiatrists) 29 (8): 284-287.
Duhaney, D.C. (2004). Blended learning in
Perfomance Improvement, 53 (8), 35-38.

education,

training,

and

development.

Gargiulo, R. M. (2006). Special education in contemporary society: an introduction to exceptionality, (2nd. Ed.). Belmont, CA.: Thomson.
Hanna, M. (2006). Making the connection: a parent's guide to medication in ADHD, Washington D.C.: Ladner-Drysdale
Merrell, K. W. (2003). Behavioral, social, and emotional assessment of children and adolescents (2nd ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaurn Associates.
www ms, wikipedia,org/wiki/kanak

-kanak - istimewa

www.kesulitanbelajar.org

16