K4 salir dan saluran kumbahan

SISTEM PAIP SALIR
KUMBAHAN DAN TANGKI
SEPTIK
PUAN MAZWANI BINTI MOHAMED
NOOR

Paip Salir


Paip salir ialah paip yang dipasang di
bawah tanah dan berfungsi sebagai
menyalirkan najis dan air sisa serta
air permukaan dari sesebuah
bangunan.  Sistem paip salir mempunyai
ciri-ciri dan kaedah pemasangan yang
berbeza daripada system paip lekapan.



Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka
paip salir memerlukan bahan yang

tahan lasak dan tahan kepada
tekanan kerana sentiasa terdedah
kepada beban, terutama jika terdapat
kenderaan yang lalu di atasnya. 

Jenis-Jenis Paip Salir
Jenis –Jenis Paip
Salir
Paip Tanah
Liat

Paip
gentian

Paip PVC
Paip Besi
Tuang

Paip uPVC


Paip besi
bergalvani

Jenis-Jenis Paip Salir


PAIP BESI TUANG (CAST IRON PIPES)Diperbuat daripada campuran besi dan
sedikit karbon. Dibentuk menggunakan
acuan.

Jenis-Jenis Paip Salir


PAIP PLASTIK- Bahan yang digunakan
adalah daripada bahan jenis termo
plastic seperti UPVC, PP. Kelebihannya
tahan kepada tindakbalas kimia dan
mudah dikendalikan. Terdapat dalam
pelbagai jenis ketebalan, saiz dan warna
yang digunakan mengikut kesesuaian.


Jenis-Jenis Paip Salir


PAIP BESI BERGALVANI (GALVANIZED
IRON PIPES)- Digunakan sebagai paip air
sisa untuk sinki atau besen cuci tangan.
Kelebihannya kuat, tahan lasak dan lebih
ringan daripada paip besi tuang.

Jenis-Jenis Paip Salir


PAIP TANAH LIAT (VITRIFIED CLAY PIPE) –
Digunakan untuk menyalirkan
kumbahan. Kelebihannya murah, tahan
lasak dan mudah dikendalikan.

Jenis-Jenis Paip Salir



Paip yang diperbuat daripada gentian kaca,
konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini
sesuai digunakan sebagai paip salir terutama di
kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.
Ciri-cirinya:
1.Harganya murah,
2.tahan lasak,
3. tahan hakisan,
4.mudah dipasang,
5. mudah dipotong
6. mudah disambung.

Ciri-ciri Paip Saliran

Bahan Paip

Kedudukan
Pemasangan


Ciri - Ciri
Tahan kakisan

Boleh lentur apabila dikenakan beban
Mudah dipasang
Ringan

Sesuai dipasang di
dalam
dan
luar
bangunan

Paip PVC







Mudah dibentuk
Kurang sambungan



uPVC




Tanah
kandungan
kimia tinggi





Keanjalan tinggi


Tahan kakisan
Mudah
dipasang,
ringan
dan
menjimatkan
Tidak tahan kepada solvent petrol,
solvent cement, kimia dan lemak

Paip Gentian



Sesuai untuk
tidak stabil

tanah

Bahan Paip



Tanah Liat





Besi Tuang

Konkrit

Kedudukan
Pemasangan

Ciri - Ciri






Tahan kakisan apabila dipasang 
dalam tanah biasa
Mudah pecah apabila ditimpa beban

Sesuai apabila paip
dipasang jauh dari
permukaan atau tiada
beban di atas tanah

Kurang tahan kepada kakisan apabila 
tanah berasid.
Memerlukan selaput enamel tahan
kakisan jika persekitran berasid.

Tahan kepada beban berat


Sesuai apabila beban
tinggi
pada

permukaan tanah.
Ditanam
cetek
di
bawah bangunan
Tanah
yang
tidak
stabil



Sesuai
digunakan
untuk saiz besar

Tidak tahan kakisan

Prinsip pemasangan paip
salir



Mutu






Mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan
dan ketahanlasakan yang tinggi. 
Paip yang bermutu akan menghasilkan
sistem paip salir yang tahan lama. 
Kedalaman perlu mencukupi bagi
menggelakkan paip mengalami
kerosakan jika ada objek berat di atas
permukaan tanah.
Sambungan yang dilakukan hendaklah
sempurna.

Prinsip pemasangan paip
salir


Kedap air



Kedap air bererti air dari luar
tidak dapat masuk ke dalam paip
salir.  Najis dan air sisa pula tidak
boleh keluar dair paip salir serta
mencemarkan persekitaran. 
Paip salir hendaklah dipasang
oleh pekerja mahir bagi
memastikan sambungan paip
berada dalam kedap air.

Prinsip pemasangan paip
salir


Kecerunan





Kecerunan paip salir hendaklah mengikut
cerun yang disaran dalam piawai
pemasangan.  Tujuan ialah supaya
pepejal dalam kumbahan tidak
mengenap ke dasar paip lalu
menyebabkan kumbahan tersekat atau
paip tersumbat .
Jika kecerunan terlalu landai, kumbahan
akan disalirkan dengan perlahan. 
Pepejal yang terkandung dalam
kumbahan akan tertinggal di dasar paip.
Ia juga tidak boleh dipasang terlalu
curam untuk mengelakkan

Prinsip pemasangan paip
salir

Prinsip pemasangan paip
salir


Kelurusan







Penyaliran kumbahan akan lebih
berkesan jika paip disambung dalam
keadaan lurus dari titik kepada satu titik
yang lain.
Liku pada paip salir perlu dikurangkan
dan hanya dibuat dalam keadaan
tertentu sahaja.
Liku diperlukan apabila paip perlu
dibengkokkan untuk disambung kepada
paip salir yang lain. 
Pemasangan lurus juga mengurangkan
kerja senggaraan.

Prinsip pemasangan paip
salir


Pengalihudar
aan




Pengalihudaraan dalam paip salir
diperlukan supaya sebarang gais yang
terhasil tidak terkumpul. 
Pengalihudaraan dilakukan dengan
memasang paip tumpu bolong yang
berada ketinggian kurang dari 900 mm
di atas sebarang tingkap atau lubang
udara bangunan, serta jarak 3 m dari
mana-mana cucur atap bangunan,
tingkap atau lubang udara bangunan.
Bahagian atas paip bolong hendaklah
ditutup dengan bebola dawai bagi
mengelakkan sampah masuk ke dalam

Sistem Saliran Di Bawah Tanah


Bagi menyalirkan najis, air sisa dan air
permukaan dari sesebuah bangunan
atau rumah ke tangki septik atau loji
rawatan kumbahan.
Jenis-jenis
Sistem

Sistem
bergabung

Sistem
berasingan

Sistem
berasingan
separa

Sistem Bergabung







Ia menyalirkan najis dan air sisa dari
lekapan sanitari dan air permukaan dari
bumbung dan kawasan sekelilingnya
melalui satu paip saliran ke
pembentung awam.
Najis, air sisa dan air permukaan yang
disalirkan ini akan dirawat di loji rawatan
kumbahan sebelum disalirkan ke sungai
atau ke laut.
Air akan melimpah sekiranya hujan turun
dengan lebat dan ini sangat

Sistem Bergabung


Kelebihan sistem ini, ia menjimatkan
kerana tidak banyak menggunakan paip,
pembinaannya mudah kerana
melibatkan satu paip saliran dan ia
menggunakan pembentung yang
bergaris pusat besar.

Sistem Bergabung


Kelemahan sistem ini pula ialah, ia tidak
sesuai digunakan di malaysia yang
beriklim tropika kerana loji rawatan
kumbahan tidak berupaya merawat ke
semua air sisa dan air hujan yang
banyak.

Sistem Berasingan




Sistem ini menggunakan dua jenis
paip saliran iaitu paip saliran air sisa
dan paip saliran air permukaan.
Paip saliran air sisa menyalirkan najis
dan air sisa dari lekapan sanitari ke
pembentung air sisa dan di rawat di loji
rawatan kumbahan.

Sistem Berasingan




Paip saliran air sisa menyalirkan najis
dan air sisa dari lekapan sanitari ke
pembentung air sisa dan di rawat di loji
rawatan kumbahan.
Paip saliran air permukaan menyalirkan
air permukaan dari bumbung dan
kawasan sekelilingnya ke betung air
permukaan dan seterusnya di salirkan ke
sungai atau laut.

Sistem Berasingan




Kebaikan bagi sistem ini, ia
menggunakan paip saliran yang bergaris
pusat kecil.
Kelemahan yang utama bagi sistem ini
adalah ia memerlukan kos yang lebih
mahal kerana menggunakan banyak
paip.

Sistem Berasingan Separa






Pada asasnya ia adalah dari sistem berasingan.
Bezanya adalah paip air hujan yang
berhampiran dengan paip saliran air sisa atau
najis disambungkan kepada paip saliran air sisa
berkenaan.
Terdapat dua pembentung dalam sistem ini.
Sistem ini memudahkan lagi struktur
pembuangan air bawah tanah bagi sesebuah
rumah. Contoh : rumah yang sederhana besar.
Dengan ini, saiz pembentung dapat ditentukan.

Sistem Berasingan Separa


Kebaikan bagi sistem ini adalah ia
menjimatkan kerana kurang
menggunakan paip.

Lakaran Sistem Kumbahan Paip Salir dan
Tangki Septik

Kaedah pemasangan paip menggunakan
rod aras (Rod Boning)
Langkah kerja.
1. Gali peparit kira-kira 4 meter panjang dan
pacakkan pancang pertama (A) untuk dasar
yang tercetek.
2. Pacakkan Pancang B, 3 meter dari Pancang
A dan araskan dengan menggunakan
timbang air yang diletakkan di atas papan
lurus.
3. Pacakkan pancangan B2 dan benamkan
75mm di bawah paras pancang B(untuk
kecerunan 1:40) atau 50mm (untuk cerun
1:60) atau sebagainya.

Kaedah pemasangan paip menggunakan
rod aras (Rod Boning)
Langkah kerja.
4.Dirikan rel aras R di atas pancang A. Tinggi di antara
bahagian A hendaklah sama dengan ketinggian rod
aras yang akan digunakan.
5. Dirikan rel aras (R2) pada hujung parit yang
terendah skali. Bagi mendapatkan kecerunan
menyeluruh, dirikan rod aras di atas pancang B2 dan
laras ketinggian rel aras R2 dengan memerhati dari R
sehingga kedudukan rel pada R, rod aras dan rel pada
R2 sejajar (menjadi satu garis lintang)

Kaedah Pemasangan Paip Menggunakan
Rod Aras (Rod Boning)

Kaedah Pemasangan Paip Menggunakan
Papan Tolok
Langkah kerja.
1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang
dikehendaki.
2. Kerja menggali dilakukan mengikut kecerunan.
3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.
4. Paip pembentung dilaraskan sehingga aras spirit  ditempatkan di
atas papan tolok itu menjadi rata.
5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket
dan ditutup dengan mortar.
6. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek.
Bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip
pembentung jarak yang panjang

Kaedah Pemasangan Paip Menggunakan
Papan Tolok

Perlindungan saluran paip bawah tanah

Tujuan

 

Untuk menahan atau
perlindungan kepada
paip yang ditanam
dari tekanan yang
menyebabkan paip
pecah atau rosak.

Jenis perlindungan atau
penahan


Bedding and Hunching (Perlindungan
Separuh)
Sebahagian daripada paip

tanah itu dibina dibawahnya
setebal 6” bagi paip
berukuran 4”, 6” dan 9”
garispusat dan lebarnya
pula 4” dari garis pusat paip
dan dibuat mengikut ukuran
garis pusat paip.

kedalaman paip
ditanam tidak kurang
dari 4’0” dan tidak lebih
dari 18’0”

Bedding dibuat
sebelum paip dipasang
manakala hunching
dibina setelah paip itu
dipasang

Jenis perlindungan atau
penahan


Surrounding (Perlindungan
Sepenuhnya)
Perlindungan
sepenuhnya paip
dibuat apabila paip
ditanam kurang dari
4’0” dan lebih dari
18’0” atau paip melalui
di bawah bangunan
atau open drain

Perlindungan saluran paip bawah tanah
Jenis perlindungan atau penahan




Bedding and Hunching (Perlindungan
Separuh)
Surrounding (Perlindungan Sepenuhnya)

Ujian Paip Salir


Tujuan ujian dilakukan:
1. Menguji kedap udara dan kedap air
2. Menguji kelurusan saluran
3. Menguji kelicinan sambungan

Ujian Paip Salir
Jenis ujian paip salir
1.  Ujian kedapan
i. Ujian air
ii. Ujian tekanan dan ujian udara
iii. Ujian asap
2. Ujian Kelurusan
3. Ujian untuk kerataan sambungan


Ujian Paip Salir
Ujian air

Ujian Paip Salir
Ujian tekanan udara

Ujian Paip Salir
Ujian asap

Ujian Paip Salir


Ujian kelurusan - kaedah digunakan
dengan menggunakan cermin dan cahaya
atau api. Jika hujung saluran dapat dilihat
dengan jelas pada hujung saluran satu
lagi maka paip sanitasi ini adalah dalam
keadaan lurus. Memastikan tiada
sebarang mortar yang terunjur ke
permukaan dalam saluran.

Ujian Paip Salir
Prosedur Ujian
kelurusan

Ujian Paip Salir
Ujian kelurusan

• Perhatikan jika berbola bergolek keluar di hujung paip salir yang lebh rendah, maka permukaan
sambungan dianggap rata. Jika berbola tersangkut di dalam paip salir, terdapat permukaan
sambungan yang tidak rata.

• Masukkan bebola pada hujung paip salir yang paling tinggi. Biarkan bebola bergolek secraa bebas
e arah hujung paip alir yang rendah

• Buka penutup lurang atau kebuk pemeriksaan

• Tentukan kedudukan hujung paip salir yang akan diuji berada di antara dua lurang

4

3

2

1

Ujian kerataan
sambungan

Ujian Paip Salir

Tangki Septik




Tangki septik juga dikenali sebagai
sistem septik adalah sistem rawatan
pembentungan skala kecil.
Merupakan tangki rawatan bahan
kumbahan yang biasa digunakan di
kawasan kediaman rumah
perseorangan. 

Ciri-Ciri Tangki Septik


Bahan binaan tangki septik biasanya
batu bata, konkrit, bahan gentian
(fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi
tangki septik biasanya segi empat
(dibina dari konkrit) atau berbentuk
silinder ( bahan daripada plastik atau
fiber).

Proses tangki septik




Bahan buangan akan memasuki kebuk
pertama tangki dan menyebabkan
bahan pejal larut ke mendak dan sekam
terapung.
Bahan mendak pejal akan diuraikan
secara anaerobik (bakteria di bawah
tangki) yang menyebabkan isipadu
bahan pejal berkurangan.

Proses tangki septik




Bahan cecair pula akan mengalir melalui
pembahagi dinding ke kebuk yang
kedua dan bahan pejal mendak.
Cecair berlebihan dari ruangan kedua
akan keluar dari outlet ke parit melalui
effluent pipe.

Proses tangki septik


Bahan buangan yang tidak diuraikan
oleh sistem anaerobik akan
menyebabkan tangki septik penuh.
Apabila ini terjadi, bahan buangan akan
dikeluarkan secara manual
menggunakan pam vakum.

Lurang






Dikenali sebagai lubang periksa, lurang
adalah binaan yang terdapat pada aras
tanah.
Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja
penyelengaraan sekiranya berlakunya
kerosakkan atau bahan tersumbat pasa
sistem saliran.
Bahan binaan lurang biasanya batu-bata
atau konkrit.

Lurang


Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya
berbentuk segiempat sama, bentuk
bulat, bentuk "T" atau bentuk "L".
Kebiasaanya, bentuk segiempat sama
yang biasa digunakan. Setiap lurang
dilengkapi dengan penutup yang
diperbuat daripada keluli bersaiz
18"x24“.

Pembinaan Lubang


Lurang dibina mengikut kedudukan
tertentu bedasarkan spesifikasi atau
undang-undang pembinaan pihak
berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.