Sub struktur dan Super struktur yang ses

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
JALAN GENTING KLANG
53300 KUALA LUMPUR

TUGASAN DVM WTP 702
MANAGEMENT OF CONSTRUCTION WORK
_____________________________________________________________________________

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA , TAHUN 2
TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1
NAMA PELAJAR
NO KAD PENGENALAN
NO MATRIKS

SHAREEL ALIF BIN SHARAN
970212-06-5541
K33IBWTP025

NAMA PENSYARAH : ENCIK TALIB BIN ABU
TARIKH SERAH :


MARKAH

2.0 ISI KANDUNGAN

Bil.
ISI KANDUNGAN
i.
Muka Depan Tugasan

MUKASURAT
1

ii.

2.0 Isi Kandungan

2

iii.


3.0 Pengenalan
Apa itu Sub-struktur dan Super-Struktur?
Sub-Struktur
Super-struktur

3
3
4
4

iv.

4.0 Soalan Tugasan 1

6

v.

4.1 Sub-struktur


9

4.1.1 Asas
4.1.2 Tunggul Tiang / Stump
4.1.3 Rasuk bumi
vi.

4.2 Super-struktur
4.2.1 Lantai
4.2.2 Rasuk Atas
4.2.3 Tiang
4.2.4 Rasuk bumbung
4.2.5 Bumbung

9
13
14
16
16
18

19
21
22

vii.

5.0 Kesimpulan

26

viii
.

6.0 Lampiran

27

7.0 Rujukan

29


ix.

3.0 PENGENALAN
Page | 2

Struktur bangunan boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara
satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu
kerangka yang berupaya untuk menanggung beban yang dijangkakan. Sebelum sesuatu
bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk
memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan
keatasnya.
Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan
menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur tersebut. Beban yang dikenakan
sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaannya
yang berbeza dan memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang
hendak dibina.

Struktur boleh diketegorikan kepada 2 bahagian iaitu sub-struktur dan super-struktur.


3.1 APA ITU SUB-STRUKTUR DAN SUPER-STRUKTUR ?
Struktur bangunan pada umumnya terdiri dari struktur bawah (lower structure) dan struktur
atas (upper structure). Struktur bawah (sub-structure) yang dimaksud adalah asas dan struktur
bangunan yang berada di bawah permukaan tanah, sedangkan yang dimaksud dengan struktur
atas (super-structure) adalah struktur bangunan yang berada di atas permukaan tanah seperti
tiang, rasuk, dan bumbung. Setiap komponen tersebut memiliki fungsi yang tersendiri di
dalam sebuah struktur.
Suatu bangunan yang berkonkrit bertulang yang berlantai boleh berlaku kecacatan terhadap
strukturnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh kerana itu, pengurusan sesuatu struktur
yang tepat dan teliti perlu dilakukan agar dapat memenuhi kriteria kekuatan (strenght),
kenyamanan (serviceability), keselamatan (safety), dan ketahanan bangunan (durability).
Beban-beban yang bekerja pada struktur seperti beban mati (dead load), beban hidup (live
load), beban gempa (earthquake), dan beban angin (wind load) adalah sesuatu yang perlu
dianalisa lebih awal dalam pembinaan struktur. Perancangan struktur atas harus mengacu
pada peraturan atau garis panduan standard yang mengatur perancangan dan pelaksanaan
bangunan konkrit.

3.1.1 SUBSTRUKTUR
Page | 3


Sub-struktur ialah bahagian bawah bangunan itu, biasanya terletak di bawah paras tanah,
yang menghantar beban daripada super-struktur ke tanah dengan tujuan memberi sokongan.
Oleh itu, asas adalah bahawa sebahagian daripada struktur yang berada dalam hubungan
secara langsung dengan tanah dimana beban disebarkan.

3.1.2 SUPER-STRUKTUR
Struktur atas suatu bangunan adalah seluruh bahagian struktur bangunan yang berada di atas
muka tanah (SNI 2002). Struktur atas ini terdiri atas tiang, plat, rasuk, dan bumbung yang
masing-masing mempunyai peranan yang sangat penting.

Page | 4

Rajah 1 : Kedudukan Super-Struktur dan Sub-Struktur

Page | 5

TUGASAN 1

4.0 SOALAN TUGASAN :


Huraikan apakah struktur bangunan rumah kediaman 2 tingkat yang melibatkan Sub-Struktur
dan Super-Struktur. Kaitkan dengan gambar rajah yang sesuai dengan penerangan anda.

Page | 6

Untuk mengetahui struktur dalam sesebuah rumah, langkah pertama yang perlu kita
lakukan adalah mengkaji pelan rumah tersebut.

Rajah 2 (I)(II): Pelan Rumah Kediaman Dua Tingkat

Berdasarkan pelan ini, barulah kita dapat membuat kajian tentang struktur-stuktur
yang perlu dibina pada rumah kediaman dua tingkat tersebut.

Page | 7

Setelah membuat analisis pada pelan tersebut,saya dapati bahawa struktur yang perlu
dibina pada rumah kediaman dua tingkat tersebut adalah seperti berikut :

Sub-Struktur
Asas

Tunggul Tiang
Rasuk Bumi

Super-Struktur
Tiang
Lantai
Rasuk Atas
Rasuk Bumbung
Bumbung

Page | 8

4.1 Sub-Struktur

4.1.1 Asas
 Asas bangunan merupakan struktur yang menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan
sebagainya dan menyebarkan ke tanah dengan selamat.

a)
b)

c)
d)

Fungsi asas bangunan :
Mengelak berlakunya pemendapan
Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamat.
Menstabilkan super-struktur
Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja binan.

Faktor pemilihan asas bangunan
 Pemilihan asas bergantung pada beberapa faktor:
i.
ii.

Jenis tanah
- keupayaan galas tanah akan menentukan jenis asas yang hendak dibina.
Saiz dan bentuk beban
- saiz dan reka bentuk bangunan yang hendak dibina, aguhan beban daripada superstruktur dan jumlah beban bangunan keseluruhannya mempengaruhi reka bentuk asas
bangunan.
Kandungan lembapan

- kandungan lembapan mempengaruhi keupayaan galas tanah dan seterusnya asas
bangunan.

iii.

Faktor kegagalan asas bangunan
 Kegagalan asas bangunan disebabkan:
 Berlakunya kegagalan ricih pada bahagian asas bangunan yang mengakibatkan
enapan
 Enapan berlebihan
 Beban berlebihan dikenakan ke atas asas bangunan

 Asas bangunan terbahagi kepada dua ketegori :
Page | 9

i) Asas Cetek
tidak melebihi 3m kedalaman dan mengagihkan beban kepada tanah secara melebar dan
berdekatan dengan permukaan tanah. Tedapat tiga jenis asas cetek :

o Asas pad
- Asas ini selalunya dijadikan alas kepada pembinaan tiang. Tujuannya untuk menerima
segala beban yang ditanggung oleh tiang dan seterusnya mengagihkannya kepada tanah.
Tebal asas pad tidak kurang daripada 150 mm dan lebarnya bergantung pada beban yang
ditanggung oleh tiang dan sifat tanah di bawahnya.
o Asas jalur biasa
- Asas konkrit yang dibina selari sepanjang tembok bagi menanggung dinding galas beban.
Asas ini juga dibina apabila kedudukan tiang terlalu rapat dan pembinaan asas padnya
bersentuhan antara satu sama lain. Lebar jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan
beban di atasnya. Lebar minimum untuk satu asas jalur ialah 450 mm yang biasanya sudah
cukup untuk kebanyakan bangunan kediaman dua tingkat. Tebal minimum pula ialah 150
mm, iaitu sama dengan ukuran unjuan pada setiap tepi dinding.
o Asas rakit
- asas ini digunakan di kawasan tanah yang mempunyai keupayaan galas yang mempunyai
keupayaan galas yang rendah dan berkemungkinan berlakunya enapan tidak sekata seperti
tanah lombong, batu kapur dan paya. Asas ini akan memenuhi keseluruhan kawasan lantai
bawah. Asas ini juga merupakan asas konkrit ang mengandungi tetulang atas dan tetulang
bawah.

ii) Asas Dalam
Melebihi 3m kedalam dan mengagihkan beban jauh ke dalam tanah.
Page | 10

i.

Asas cerucuk
Asas cerucuk digunakan apabila strata tanah yan mempunyai keupayaan galas yang
tinggi berada jauh ke dalam tanah. Asas ini membawa beban dari bangunan dan
disebarkan ke bawah melalui tiang cerucuk dan seterusnya ke tanah. Bahagian atas
tian cerucuk akan dibina tukup tiang supaya beban dapat diagihkan. Terdapat dua
ketegeri cerucuk :
a. asas cerucuk galas hujung
- Tiang dibina sehinga ke lapisan tanah keras. Cerucuk ini biasanya lebih
panjang.
b. asas cerucuk geseran
- Cerucuk ini ditanam tidak sampai ke tanah yang keras. Keupayaan
menggalas beban bergantung pada daya geseran permukaan cerucuk dengan
tanah. Luas permukaan keratan cerucuk dapat meningkatkan daya geseran

Page | 11

Rajah 3 :Contoh Perician Bagi Asas Rakit

Setelah mengkaji semua jenis asas dan faktor-faktor yang perlu diperhatikan
dalam pembinaan asas, saya merasakan adalah lebih baik untuk memilih asas rakit
bagi pembinaan rumah kediaman dua tingkat ini.
Ini adalah kerana rumah yang akan dibina ini tidak terlalu tinggi dan jenis asas
ini adalah jenis asas cetek. Keupayaan galas beban bagi rumah ini juga rendah, jadi,
pembinaan asas ini amatlah sesuai kerana ia akan memenuhi keseluruhan kawasan
lantai bawah dan mengurangkan risiko rumah tersebut tenggelam.

4.1.2 Tunggul Tiang / Stump
Page | 12

 Tunggul adalah kedudukan yang paling mudah dan yang paling biasa digunakan
untuk sokongan menegak dan pemindahan beban bangunan ke asas. Tunggul mesti
mempunyai konkrit atau kayu asas yang diletakkan di bawah pangkal tunggul. Ini
adalah untuk menyebarkan beban dipindahkan ke tunggul dari bangunan itu.
Sokongan ini di bawah tunggul dipanggil 'pad' atau 'plat tapak. Biasanya tunggul
konkrit disediakan dengan pad konkrit disediakan secara ‘cast in-situ’ pada tapak
binaan tersebut. Tunggul kayu disediakan dengan plat kayu tunggal.
 Tiga jenis bahan-bahan yang biasa digunakan untuk tunggul:
a. Kayu
b. Konkrit
c. Keluli.

Rajah 4 : Kedudukan Stump Dalam Sesebuah Bangunan

Page | 13

4.1.3 Rasuk bumi
 Rasuk merupakan komponen struktur yang dibina secara melintang dan dapat
menanggung beban bumbung, dinding dan papak. Rasuk adalah elemen struktur yang
menanggung beban sisi. Kebiasaanya ia mengalami lenturan ricih dalaman serta
pesongan apabila beban dikenakan. Antara kegunaan rasuk yang utama adalah :
I.
II.
III.

Mengambil beban dari papak ( Papak Lantai )
Mengambil beban dari tiang.
Mengambil beban dari bumbung.

 Agihan beban kepada rasuk bergantung kepada jenis papak. Antaranya adalah :
i.
Papak sehala ialah papak dengan nisbah panjang / lebar = >2.0
ii.
Papak dua hala ialah papak dengan panjang / lebar =