Makanan dan sistem pencemaan bubtema

Makanan Dan Masakan Masyarakat Baba Dan Nyonya
Jika kita berkunjung ke Melaka, tidak sah jika kita tidak mencuba makanan tradisional
masyarakat peranakan Baba dan Nyonya yang cukup terkenal di zaman dahulu kala.
Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan
menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Bagi kita
sebagai orang Melayu, merasa makanan masyarakat Baba dan Nyonya akan merasa
keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu
tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Baba dan
Nyonya memakan dengan menggunakan tangan.
Masakan masyarakat baba dan nyonya lebih merujuk kepada nama lauk Nyonya iaitu
daging dan sayuran. Kebiasaannya masakan masyarakat Baba dan Nyonya agak pedas
dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya, penggunaan cili yang
banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang membezakan di antara masyarakat
Baba dan Cina.
Menjadi kegemaran masyarakat ini untuk memakan makanan berasaskan masakan gulai.
Masakan seperti masak lemak, asam pedas dan sambal belacan adalah makanan harian
mereka. Selain itu terdapat juga masakan tradisi lain seperti ayam pong teh, ikan stim
Nyonya dan udang lemak nanas.
Masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan
degan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang.
“Tok” bermaksud pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat sebagai meja. Upacara ini ialah

memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari-hari tertentu sahaja.
Bagi masyarakat Baba dan Nyonya, bahan yang digunakan untuk memasak adalah lesung
batu untuk menumbuk bahan-bahan masakan. Ini adalah salah satu warisan budaya
Melayu. Mereka menganggap bahawa penggunaan lesung batu untuk menumbuk bahan
masakan akan menghasilkan satu aroma masakan Melayu tradisional dan keenakan
tersebut terserlah. Keaslian masakan masyarakat Baba dan Nyonya terpelihara kerana
mereka menggunakan rempah ratus yang sering digunakan dalam setiap masakan Melayu.
Selain daripada itu, masyarakat Baba dan Nyonya juga terkenal dengan pelbagai aneka
kuih muih traditional seperti onde-onde,dodol, bahulu dan cendol resepi Melayu.
Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa pengaruh makanan dan masakan tradisi Melayu
masih tetap utuh dalam masyarakat Baba dan Nyonya walaupun tidak sekukuh dan seteguh
dahulu. Namun, pengaruh ini masih memainkan peranan penting dalam kehidupan

masyarakat Baba dan Nyonya. Begitupun, peredaran zaman yang begitu pantas
menyebabkan makanan tradisional Baba dan Nyonya semakin sukar didapati di negeri
Melaka.

Bahasa Yang Digunakan Masyarakat Baba Dan Nyonya
Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di
Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari

Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba
Melaka dalam beberapa aspek.
Pada dasarnya bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran di antara bahasa
Melayu dan dialek Hokkien. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada
bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek
yang utama dan oleh itu, bahasa mereka merupakan satu bahasa yang berasingan.
Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya
‘lai’ untuk datang dan banyak lagi. Bahasa mereka lebih cenderung ke arah dialek Hokkien,
yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya
kebanyakannya tidak tahu perkataan dan dialek Melayu. Bahasa masyarakat ini telah
mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa hokkien.
Mereka lebih suka menggunakan peribahasa Cina yang digunakan secara meluas
berbanding peribahasa Melayu. Kebanyakan mereka tidak tahu tentang perkataanperkataan berhubung dengan agama Islam.
Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya,
"Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do
sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului
kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.
Contoh lain peggunaan perkataan yang digunakan dalam etnik Baba dan Nyonya adalah
saya yang disebut sebagai goa, anda disebut seperti lu dan kita disebut sebagai wa lang.
Bagi peralatan dapur, ada yang diberi nama Melayu kecuali barangan jenis Cina seperti teko

disebut sebagai tekuan, sudu sup disebut sebagai tangsi dan cerek disebut sebagai teko.
Walau bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu,
kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Agama Masyarakat Baba Dan Nyonya
Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya menganuti agama Taoisme, Confucianisme, dan
Cina Buddha. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan agama-agama tradisional
Cina seperti menyambut Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Hari Cap Goh Me, sambil
mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British,
Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama
Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang
tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi
masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan
dengan cara Islam. Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya
dikebumikan.
Selain itu, mereka juga amat mengutamakan penyembahan nenek moyang di rumah.
Semasa penyembahan nenek moyang dirumah, semua ahli keluarga diwajibkan hadir. Hal
ini dapat dijelaskan bagi mereka tidak lupa jasa nenek moyang mereka.
Di samping itu masyarakat Baba dan Nyonya juga mempercayai konsep ‘Yin Yang’ yang

merupakan kuasa yang berlawanan. Konsep ini dipengaruhi oleh masyarakat Cina.
Masyarakat Baba dan Nyonya juga ada yang menganut agama Kristian. Oleh itu, mereka
juga menyambut Hari Natal.

Perkahwinan Masyarakat Baba Dan Nyonya
Adat-adat perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan
masyarakat Melayu. Persamaan adat ini boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu
dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin. Adat lain
adalah seperti mas kahwin yang diserahkan kepada ibu gadis sebagai lambangan kesucian
gadis.
Adat perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai hari ‘tumbuk tepung’ dan
‘Sang Jit’ yang dilakukan dua hari sebelum perkahwinan. Tepung ini akan digunakan untuk
membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan ondeonde. Makanan terakhir yang perlu disediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan
putih dan ditekankan dala bekas kayu. ‘Sang Jit’ ialah hari bertukar hadiah di antara
keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tkar ialah itik, khinzir,
cincin berlian dan lain-lain.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan
melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang
bersampul merah yang dihantar oleh ‘Pak Chindek’. Ianya mengambil masa selama enam
hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket
pendek dan memulakannya dengan memberi ‘kueh ih’ yang juga dikenali sebagai ‘sang ih’
yang bermaksud untuk memperkenalkan. ‘Ih’ pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk
perkahwinan. Selain dari ‘sang ih’, tanglung, kain merah atau ‘chye kee’ akan diletakkan di
pintu utama.
Upacara pertukaran cincin dan hadiah juga dilakukan dengan penggunaan bunga rampai
dan pembakaran setanggi. Selain itu, muzik yang dimainkan adalah kumpulan ronggeng,
boria dan pancaragam serunai Cina semasa perlangsungan perkahwinan. Upacara
perkahwinan akan berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan
biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.
Bagi persiapan bilik pengantin pula, perlu diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan
sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut diharumkan dengan ‘Stangee’
iaitu wangian dariapada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan ‘potpouri’ yang
dipenuhi dengan wangian dari daun pandan , bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga
rampai dikalangan orang Melayu.

Seterusnya ialah hari ‘Khuih Thiah’ iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari
kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara-mara dan kawan-kawan
untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘hari menyambal’.
Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal

serunding. Sambal ini akan dimakan denan nasi lemak pada hari kedua belas upacara
perkahwinan.

Kesimpulan
Proses percampuran budaya dan adat masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam
masyarakat Baba dan Nyonya yang mewujudkan proses asimilasi telah membuktikan akan
keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut. Di samping itu,
masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermsyarakat. Secara keseluruhannya, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya
masih teguh mengamalkan cara hidup kemalayuan sehingga kini. Masyarakat ini sayang
untuk meniggalkan budaya yang unik ini dan mereka sanggup untuk mempertahankan
budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Jika tiadanya proses asimilasi ini, maka masyarakat
Baba dan Nyonya tidak akan wujud.