PA1 Pengenalan Definisi dan Fungsi Copy

PTD 2013
Pentadbiran Awam

PENGENALAN KEPADA
PENTADBIRAN AWAM

Kolej Universiti Islam Melaka

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN AWAM

Pentadbiran – pelaksanaan sesuatu
tugas yang telah ditetapkan ke arah
mencapai matlamat.
Pentadbiran Negara:
Untuk mencapai
kemajuan dan
kemakmuran negara
dalam pelbagai aspek

Pentadbiran
Syarikat:

Untuk mencapai
keuntungan yang
maksimum.

Gordon dan Milakovich (1995:6)
Segala proses, organisasi dan individu
yang terlibat dalam pelaksanaan
undang-undang dan peraturan yang
diputuskan atau dikeluarkan oleh
badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman, disamping terlibat
dalam proses penggubalan
undang-undang dan peraturan
yang berkenaan.

Dimock et al., (1983: 5)
Satu operasi pengeluaran barang dan
perkhidmatan untuk memenuhi kehendak
rakyat.
Woodrow Wilson:

Pelaksanaan atau menjalankan urusan
kerajaan demi mencapai matlamat
memberikan
perkhidmatan untuk memenuhi
kehendak dan cita rasa rakyat

Ahmad Atory (1983: 1) memetik
dua definisi klasik dari Dwight Waldo:
Pentadbiran awam ialah
(i) Sebuah organisasi yang mengurus
manusia dan benda-benda untuk
mencapai tujuan-tujuan kerajaan.
(ii) Satu
seni
sains
pengurusan
sebagaimana yang dapat dikaitkan
dengan hal ehwal sebuah negeri
atau negara.


Pentadbiran Awam adalah sebuah
badan/organisasi yang melaksanakan
pentadbiran negara melalui dasar-dasar
dan peraturan yang diwujudkan oleh
kerajaan dalam sesebuah negara.

Untuk mencapai matlamat pentadbiran,
segala aktiviti dan sumber organisasi
diurus melalui dua bentuk pengurusan:
1) Pengurusan Awam
2) Pengurusan Swasta

Pengurusan Awam
(Perkhidmatan Awam)
1.
2.
3.

Proses menyatukan sumber-sumber dan
menggunakannya melalui aktiviti dan proses

ke arah mencapai matlamat kebajikan sosial.
Bermotifkan kebajikan sosial (serviceoriented)
dan
kurang
mementingkan
keuntungan.
Melaksanakan polisi-polisi awam secara
langsung dan keputusan-keputusan yang
dibuat kerajaan dari masa ke masa.

Pengurusan Awam di bawah kawalan
secara langsung oleh kerajaan,
Dan:
Pengurusan Awam juga dikenali
sebagai perkhidmatan awam.

Pengurusan Swasta
1. Proses menyatukan sumber-sumber
dan menggunakannya melalui aktiviti
dan proses ke arah mencapai matlamat

organisasi.
2. Biasanya mementingkan keuntungan
(profit-oriented).
3. Di luar kawalan langsung kerajaan.

4. Perlu mengikut garis panduan atau
polisi-polisi kerajaan untuk beroperasi.
5. Ketika menjalankan operasi, ia juga
mengikut keputusan yang dibuat oleh
Lembaga Pengarah ataupun pemegangpemegang syer.
6. Individu yang terlibat dalam
pengurusan awam dikenali juga sebagai
pentadbir manakala swasta dikenali
sebagai pengurus.

SWASTA
PENTADBIRA
N AWAM
Pengurusan
Awam /

Perkhidmat
an Awam

Pentadbir (Administrator)
1. Mewajarkan untuk melakukan sesuatu
yang sepatutnya (Do right things).
2. Segala tindakan yang dilakukan oleh
seorang
pentadbir
awam
adalah
berdasarkan apa yang telah ditetapkan
oleh pihak yang berautoriti dan
bertanggungjawab.
3. Contoh: segala tindakan seorang pegawai
polis mesti berdasarkan polisi, peraturan
seperti akta, prosedur (tatacara), SOP,
dsb.

4. Seseorang pegawai awam hanya boleh


bertindak dalam bidang kuasanya
(intra-vires), walaupun tindakan yang
diambil itu adalah tidak popular kepada
semua kumpulan sasaran.
5. Pegawai-pegawai awam mempunyai

laluan kerjaya yang agak terhad
kerana ditentukan berdasarkan senioriti.

Pengurus (Manager)
1. Merujuk kepada pentadbir di sektor
swasta.
2. Biasanya mengatur sumber-sumber
mengikut kehendak dan keperluan
organisasi (do things right).
3. Mempunyai lebih autonomi untuk
membuat keputusan yang akan
memberi keuntungan kepada organisasi.
Biasanya kuasa seseorang pengurus tiada

had demi kebaikan organisasi.

4. Sektor swasta tidak menekankan
konsep tidak boleh melebihi bidang
kuasa(ultra-vires). Seseorang pengurus
boleh menunjukkan kebolehan dan
kreativiti untuk menyumbangkan ideaidea yang boleh memberi keuntungan
kepada organisasi.
5. Pengurus sektor swasta biasanya
mempunyai laluan kerjaya yang lebih
baik, kerana peningkatan dalam kerjaya
lebih didasarkan kepada kemahiran,
pengetahuan dan keupayaan.

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN AWAM

Working Definition
Definisi dari Sudut Gerak Kerja

Working Definition

Melibatkan 3 unsur:

1. Kerajaan
• Parti yang
berkuasa
mentadbir
negara selepas
menang dalam
pilihan raya.
• Mengeluarkan
arahan, dasar,
peraturan,
undang-undang.

2. Badan Pelaksana
• Kementerian, agensi, jabatan, unit
kerajaan.
• Menjalankan tugas berdasarkan
arahan.
• Guna sumber-sumber yang ada

dengan cekap dan sistematik.

3. Rakyat
• Dikenakan peraturan, undangundang, tindakan dan hukuman.
• Perlu patuh untuk mengawal
diri, keadaan masyarakat dan
negara.

Gerak kerja pentadbiran awam tidak
semestinya bersifat top-down, kerana
rakyat merupakan end-user yang juga ada
kemahuan tersendiri. Terdapat juga
kebarangkalian dasar perlu bertepatan
dengan kehendak dan aspirasi rakyat.
Kaedah pengurusan misalnya:
1. Top-down: arahan dari atasan di
implementasikan terus kepada orang
bawahan.

2. Sebarang tindakan undang-undang

adalah suatu bentuk pentadbiran.
Pelaksanaan dalam bentuk top-down.
Rakyat perlu ikut apa yang ditetapkan.
Contoh:
a. Penilaian semula kadar cukai.
b. Jatuhkan atau tangguhkan hukuman
jenayah.
c. Rekrut polis dan tentera.

Kaedah yang bersifat bottom-up juga perlu
dalam sesuatu perkara bagi usaha atau
proses menyeimbangkan kehendak dan
kepatuhan rakyat kepada dasar kerajaan.
Bottom-up:
Kehendak/permohonan/bantahan
dari
kelompok bawah (rakyat) yang mahukan
golongan atas (kerajaan) lakukan sesuatu
yang memberi kebaikan/kemudahan pada
mereka.

Penyerahan memorandum
bantahan

Bantahan Terhadap AUKU:
Kehendak Mahasiswa

Perhimpunan BERSIH

Perhimpunan TURUN

Bottom-up: Suara dari bawah (rakyat)

kepada kerajaan

Dasar yang sering dikritik dan dibantah rakyat,
kadangkala akan diubahsuai atau dimansuhkan.
Pelaksanaan dalam bentuk bottom-up. Kerajaan
pertimbangkan permintaan rakyat.

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN AWAM

Skop Pengurusan Awam

Perkhidmatan awam badan yang sah di sisi
undang-undang (legitimate). Terkandung dalam
Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.
132. Perkhidmatan Awam:
(1) Bagi maksud-maksud perlembagaan ini,
perkhidmatan awam ialah
(a) Angkatan tentera
(b) Perkhidmatan kehakiman dan
undang-undang
(c) Perkhidmatan awam am persekutuan
(d) Pasukan polis
(h) Perkhidmatan pelajaran

Baha

Perle gian 10
mba
gaan
Pers
e ku t
uan

132. Perkhidmatan Awam
(3) Perkhidmatan awam tidak dikira sebagai
mengandungi (a) Jawatan mana-mana anggota pentadbiran
persekutuan atau negeri.
(b) Jawatan YDP Dewan Negara, YDP Dewan
Rakyat, TYDP Dewan Negara, TYDP Dewan
Rakyat,
ahli-ahli Majlis Parlimen dan ahliahli Dewan
Negeri.
(c)Jawatan hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan dan Mahkmah Tinggi.
(d) Ahli-ahli suruhanjaya.
(e)Jawatan diplomat.

Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan
dalam dua bentuk:
Pengurusan
sumber
manusia

• proses-proses pengambilan, perancangan,
pembangunan, dan hubungan antara sumber
manusia
• aktiviti pengrekrutan, pemilihan, latihan dan
pembangunan, pentadbiran pampasan dan faedah,
gaji dan upah, hubungan perusahaan dan disiplin
kakitangan sektor awam

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN AWAM

Keperluan dan Kepentingan
Pentadbiran Awam

1. Cabang kerajaan - yang menghubungkan
kepada rakyat secara langsung.
2. Proses sosial - bertanggungjawab untuk
melaksanakan keperluan rakyat.
3. Pelindung kepada rakyat - salah satu
konsep demokrasi yang hanya boleh
dicapai melalui pentadbiran yang
amanah, cekap dan berkecuali.
4. Berkhidmat dengan taat tanpa mengira
parti mana yang memerintah.

5. Sebagai Subjek Pengajian
Pelajar hari ini merupakan pentadbir masa
akan datang. Pengajian tentang pentadbiran
awam akan menyediakan mereka untuk
menjadi pentadbir yang lebih baik dan juga
membantu para pentadbir bekerjasama
dengan
mereka
dalam
program
pembangunan negara.

Sebagai jentera penyusun dan pelaksana
rundingan dan program
Sumber negara dapat digunakan sepenuhnya
dengan adanya program ekonomi dan sosial
yang baik dan kejayaannya bergantung
kepada perkhidmatan awam yang berkesan.
Penubuhan sebuah perkhidmatan awam
yang cekap amat penting demi pembangunan
dan pencapaian matlamat lain.

Sebagai penggerak utama (perangsang
pembangunan negara):
Dapat menyebarkan kemajuan ekonomi dan
sosial kepada orang ramai.
Melaksanakan sesuatu dasar kerajaan:
Perlu mengambil kira kesan terhadap rakyat.
Hasil pelaksanaan dasar: adalah juga
sebagai kayu ukur kepada kebolehan dan
kecekapan kerajaan dalam melaksanakan
tanggungjawab politik.