Mengenal pasti faktor dan kesan gangguan

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, Prasarana membawa erti keseluruhan
kemudahan

dan

perhubungan,

perkhidmatan

bekalan

kuasa

asas

seperti


elektrik

yang

kemudahan
perlu

bagi

pengangkutan

dan

pembanguan

dan

kemajuan.Merujuk kamus dewan yang sama juga kemudahan awam membawa
maksud perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau

kerajaan untuk keperluan orang ramai seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya
dan sebagainya.
Kuarters Kerajaan juga merupakan antara kemudahan asas yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan bagi kemudahan rakyatnya. Kemudahan asas ini
merupakan sebuah tempat tinggal sementara bagi penjawat awam yang bekerja di
sesebuah kerajaan di sesebuah kawasan seperti Putrajaya, Jalan UThant, Jalan Duta
dan lain-lain. Tujuan Kuarters ini adalah bagi menyenang penjawat awam untuk
berulang-alik dari tempat kerja mereka terutama bagi mereka yang rumahnya jauh
daripada tempat kerja mereka.Bagi memohon sesebuah unit di kuarters kerajaan,
mereka perlu memenuhi beberapa syarat seperti gred jawatan mereka.Apabila
penghuni rumah sudah bersara mereka perlu berpindah bagi memberi peluang kepada
penjawat awam lain mendiami kuarters tersebut. Kuarters Kerajaan Jalan Duta
memiliki 10 bloks iaitu A,B,C,D,E,F,G,H,J,K dimana Blok A,B,C,D mempunyai 5
tingkat manakala Blok E dan K mempunyai 10 tingkat, Blok F dan J mempunyai 15
tingkat, Blok G dan H mempunyai 20 tingkat.Satu unit rumah mempunyai sebuah
ruang tamu,ruang legar, dapur, stor, tiga bilik tidur dan dua bilik air. Di dalam
kawasan kuarters kerajaan ini juga kerajaan telah menyediakan pembayaran sewa
yang rendah, tempat penjagaan anak, bekalan kuasa elektrik dan air, kedai runcit,
surau dan banyak lagi.Anggaran penduduk kuarters kerajaan adalah 5136 orang
Kuarters Kerajaan menerima bekalan airnya daripada loji-loji rawatan air yang

terdapat di negeri Selangor kerana proses pembekalan air terawat kepada pengguna
bermula dengan pengambilan air mentah dari sungai atau sumber-sumber air mentah
lain untuk dirawat. Empangan-empangan membekalkan loji rawatan air di Selangor
dengan bekalan air mentahnya dan ia di pantau oleh syarikat pengurusan empangan di
Selangor seperti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd di Sungai Langat
dan Puncak Niaga Sdn Bhd Sungai Langat. Selepas melalui proses rawatan di loji-loji
1

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

rawatan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum serta
mematuhi Piawaian Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, air terawat akan di salurkan melalui sistem pengagihan yang
terdiri daripada tangki imbagan, paip utama, tangki perkhidmatan dan paip
agihan sebelum sampai ke Kuarters Kerajaan. Loji-loji ini juga membekalkan air
kepada seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Air-air ini disalurkan melalui
paip utama dan kemudian melalui stesen pam air yang akan mengagihkan air melalui
paip-paip saluran yang akan mengalirkan air itu sama ada melalui graviti atau

memberikan sedikit tekanan bagi memastikan air tersebut sampai ke destinasinya.
Saban hari, penduduk Malaysia semakin bertambah yang menyebabkan permintaan
terhadap air dan loji rawatan ini tidak mampu menampung penggunaan air seharian
penduduk di Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya. Kekurangan hujan dan panas
berpanjangan telah menyebabkan bekalan air tidak sampai di beberapa kawasan di
sekitar negeri-negeri tersebut.
Syarikat-syarikat air telah melaksanakan beberapa dasar dan perancangan bagi
memastikan air yang dibekalkan cukup bagi semua rakyat seperti Kempen Jimatkan
Air dan memutuskan bekalan air terhadap pemgguna yang tidak membayar bil-bil air
di dalam tempoh yang telah ditetapkan.Maka, Kuarters Kerajaan sering mengalami
gangguan bekalan air dan kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor
berlakunya gangguan bekalan air dan kesannya terhadap penduduk Kuarters Kerajaan.

2

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1

Mengenal pasti faktor-faktor gangguan bekalan air di Kuarters Kerajaan Jalan
Duta,Segambut, Kuala Lumpur

2.2

Mengenal pasti kesan-kesan gangguan bekalan air terhadap penduduk di Kuarters
Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur

3

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Kuala Lumpur
Sumber: Google Maps

Kuala Lumpur merupakan ibu kota bagi Malaysia yang terletak disebelah
pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak di dalam Selangor tetapi pada waktu
dahulu ia merupakan sebahagian daripada Selangor dan sebuah tempat pelombongan
bijih timah yang telah dibinakan pada tahun 1859.Pada tahun 1974 ia telah pisah dari
Selangor dan menjadi sebuah Wilayah Persekutuan

4

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Peta 2: Daerah Jalan Duta
Sumber: Google Map
Jalan Duta ataupun Jalan Sultan Abdul Hamid berdekatan dengan MATRADE,
SMK Kiaramas, Masjid Wilayah, Publika, SPPK dan Jalan Kuching. Ia juga
merupakan kawasan di dalam Segambut.

Gambar 1: Kuarters Kerajaan Jalan Duta
Sumber: Bahagian Pengurusan Hartanah

5

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kerja kursus ini dijalankan dengan menggunakan kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan soalan kepada individu-individu yang terpilih daripada
penduduk setempat di lokasi yang hendak dikaji. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti faktor-faktor gangguan bekalan air di kuarters kerajaan Jalan Duta dan
mengenal pasti kesan. Pemilihan sampel untuk kajian ini melibatkan 30 penduduk di
kawasan kajian
4.1 KAEDAH SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik ini digunakan sebagai pengumpul maklumat dan di
edarkan kepada penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta. Sebanyak 30 borang soal
selidik telah diedarkan kepada 30 penduduk di Kompleks Kuarters Kerajaan Jalan
Duta. Jumlah Soalan yang adalah 15 soalan dan terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian 1 menyoal tentang demografi iaitu jantina,status perkahwinan, bangsa dan
umur. Seterusnya, bahagian 2 menyoal faktor-faktor gangguan bekalan air dan

bahagian 3, kesannya terhadap penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta juga
disertakan di dalam borang soal selidik. Skala yang digunakan adalah skala likert dan
skala biasa.
Skala Likert yang digunakan:
BIL

JAWAPAN

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Setuju

Data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik akan dipersembahkan di dalam
bentuk huraian, carta, jadual, graf dan gambar rajah dan dimasukkan dalam Dapatan
Kajian sebagai bukti.
4.2 KAEDAH RUJUKAN
Kaedah rujukan juga digunakan untuk mengumpul maklumat tambahan bagi
kajian. Laman sesawang kerajaan Malaysia dan lain-lain, akhbar dan buku-buku

dijadikan sebagai bahan rujukan dan ia mengandungi statistik penggunaan air di
Malaysia, faktor air tercemar dan kesannya terhadap penduduk setempat. Fakta-fakta
ini dimaksudkan di dalam perbincangan Dapatan Kajian sebagai bukti dan
dipersembahkan di dalam bentuk huraian dan juga bentuk gambar rajah.
6

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

4.3 KAEDAH TEMU BUAL
2 responden telah bersetuju untuk di temu bual dan kedua-dua responden
merupakan penduduk di Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur
tetapi seorang dewasa dan seorang remaja pada hari Sabtu, pada 13 Februari 2016
jam 5.00 petang. Temu bual bersama respondan ini bertujuan bagi mengukuhkan
lagi maklumat yang bakal dipersembahkan.

7

afiqazizan1304@gmail.com


KT6DM

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1: DEMOGRAFI
Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Object 3

Carta 1: Jantina Responden
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JANTINA

JUMLAH ORANG


Lelaki
16
Perempuan
14
JUMLAH
30
Jadual 1: Jantina Responden

PERATUS (%)
53
47
100

Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan
jantina penduduk Kuarter Kerajaan di Jalan Duta, Segambut, Kuala Lumpur. Daripada
30 orang penduduk di kawasan tersebut yang telah disoal selidik, seramai 16 orang
responden adalah berjantina lelaki bersamaan dengan 53% manakala responden
jantina perempuan pula adalah seramai 14 orang bersamaan 47%.

8

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Demografi Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Object 5

Carta 2: Status perkahwinan responden
Sumber: Borang Soal Selidik
Bi
l
1
2

STATUS

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Keluarga
Bujang
JUMLAH

14
16
30
Jadual 2: Status Perkahwinan Responden

47
53
100

Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan
status perkahwinan dalam kalangan warga Kuarters Kerajaan di Jalan Duta, Segambut
Kuala Lumpur. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik, seramai 16
orang responden adalah bujang iaitu 53% dan seramai 14 orang responden telah
berkeluarga ataupun 47%.

9

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Demografi Responden berdasarkan Umur
UMUR
19-30 Tahun

31-40 Tahun

41-50 Tahun

51-60 Tahun

3%
40%
53%
3%

Carta 3: Umur Responden
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3
4

UMUR
JUMLAH ORANG
19 hingga 30 tahun
16
31 hingga 40 tahun
1
41 hingga 50 tahun
12
51 hingga 60 tahun
1
JUMLAH
30
Jadual 3: Umur Responden

PERATUS (%)
54
3
40
3
100

Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan Rajah 3 di atas pula menunjukkan demografi responden
berdasarkan umur penduduk Kuarters Kerajaan di Jalan Duta, Segambut Kuala
Lumpur. Daripada 30 orang penduduk yang telah sola selidik,seramai 16 responden
berumur 19 hingga 30 tahun bersamaan 54%. Sementara itu, yang berumur 31 hingga
40 tahun pula cuma seorang sahaja iaitu 3% manakala 41 hingga 50 tahun mewakili
40% iaitu 12 orang. Akhir sekali, responden yang berumur 51 hingga 60 tahun adalah
seorang bersamaan 3%.

10

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.2 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUARTERS
KERAJAAN JALAN DUTA, SEGAMBUT, KUALA LUMPUR
5.2.1: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG DIJALANKAN

Object 9

Carta 4: Kerja-Kerja Penyelenggaraan
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Sangat Setuju
13
44
Setuju
16
53
Tidak Setuju
1
3
JUMLAH
30
100
Jadual 4: Jumlah Responden Kerja-Kerja Penyelenggaraan
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan carta 4, apabila kerja-kerja penyelenggaraan menjadi sebagai

faktor gangguan bekalan air, seramai 13 orang bersamaan dengan 43% responden
yang sangat bersetuju dan 16 responden

iaitu 54% memilih setuju tetapi hanya

seorang responden iaitu 3% memilih tidak setuju. Daripada hasil kajian temu bual
pula kedua responden juga bersetuju bahawa gangguan bekalan air di Kuarters
Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur berlaku kerana kerja-kerja
penyelenggaraan.

Kerja-kerja

penyelenggaraan

terbahagi

kepada

3

iaitu

penyelenggaraan pembetulan dimana kerja ini dilakukan untuk menggantikan sesuatu
yang telah rosak, penyelenggaraan kecemasan dimana penyelenggaraan pembetulan
11

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

yang tidak boleh ditunda sehingga keesokan harinya dan yang terakhir
penyelenggaraan pencegahan iaitu kerja yang dilakukan untuk mengelakkan kos
membaikpulih yang tinggi. Ini melibatkan pemeriksaan dan pengujian dimana ia perlu
membaiki sesuatu sebelum ia rosak. Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
juga telah mengisytiharkan yang mereka akan mengantikan dengan paip yang bocor
dan berusia dengan paip asbestos simen. Projek ini dianggar memerlukan peruntukan
sebanyak RM 1.2 billion.

Object 11

Carta 5: Rutin Kerja Penyelenggaraan Dijalankan Sebanyak 3 Kali Setahun
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Sangat setuju
12
40
Setuju
11
37
Tidak setuju
7
23
JUMLAH
30
100
Jadual 5: Jumlah Responden untuk Rutin Kerja Penyelenggaraan Dijalankan
Sebanyak 3 Kali Setahun
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan carta 6, responden juga mempercayai bahawa sebab berlakunya

gangguan bekalan air adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan sebanyak
tiga kali setahun. Seramai 12 responden bersamaan 40% sangat setuju bahawa kerja
penyelenggaraan dijalankan sebanyak 3 tahun sekali. Sementara itu, 11 responden
bersamaan 37% setuju manakala 7 responden iaitu 23% tidak setuju tentang faktor
12

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

ini. Dua responden temu bual juga bersetuju bahawa sebanyak 3 kali setahun rutin
penyelerenggaraan dijalankan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan penukaran
sistem paip, pemeriksaan meter individu dan lain-lain lagi yang telah tertakluk di
dalam

manual

prosedur

penyelenggaraan

dan

operasi

SYABAS.

Rutin

penyelenggaraan yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun telah menyebabkan
gangguan air berlaku di Kuarters Kerajaan.

13

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.2.2: PIHAK PENGURUSAN AIR MEMBUAT CATUAN AIR

Object 13

Carta 6: Faktor Catuan air
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN
Sangat setuju
Setuju
Tidak Setuju
JUMLAH

JUMLAH ORANG
6
20
4
30
Jadual 6: Faktor Catuan air

PERATUS (%)
20
67
13
100

Sumber: Borang Soal Selidik
Apabila catuan air dikenakan terhadap penduduk Kuarter Kerajaan. Seramai 6
orang memilih sangat setuju bersamaan 20% dan 20 responden memilih setuju
terhadap faktor gangguan berlakunya gangguan bekalan air adalah catuan ini
bersamaan dengan 67% dan hanya 4 orang sahaja bersamaan 13% tidak setuju
dengannya. Menurut hasil daripada temu bual pula, responden juga bersetuju
gangguan bekalan air tempat mereka terganggu kerana dicatukan air oleh pihak
pengurus air. Catuan ini juga berlaku disebabkan peningkatan penggunaan
perkhidmatan air. Ini dapat dilihat melalui kertas strategi 16 Rancangan Malaysia
Kesepuluh dimana statistik purata penggunaan air yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara pada 2013 bagi Selangor termasuk Wilayah Persukutuan
dan Putrajaya meningkat daripada 99.0% pada tahun 2010 kepada 99.50% pada tahun
2013.
14

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 15

Carta 7: Cuaca Panas Berpanjangan
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Sangat setuju
15
50
Setuju
10
33
Tidak Setuju
5
17
JUMLAH
30
100
Jadual 7: Jumlah Responden untuk Cuaca Panas Berpanjangan
Sumber: Borang Soal Selidik
Ini juga merupakan antara faktor yang menyebabkan pihak pengurusan air

mengenakan catuan air di Kuarters Kerajaan. 15 responden bersamaan 50%
menandakan sangat setuju pada soal selidik bahawa cuaca panas berpanjangan
merupakan sebab air dicatukan manakala hanya 10 responden bersamaan 33%
menjawab setuju dan 5 lagi responden bersamaan 17% tidak setuju. Seorang
responden temu bual iaitu Asnita binti Othman berumur 39 tahun menyatakan bahawa
catuan air berlaku kerana pengguna tidak mengamalkan sikap penggunaan air secara
berjimat-cermat manakala Syazwan bin Sufian pula seorang responden temubual juga
menyatakan bahawa catuan air dikenakan kerana cuaca panas berpanjangan.

15

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Gambar 2: Penduduk yang dicatukan air oleh pihak pengurus air
Sumber: Mstar

16

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Gambar 3: Fenomena El Nino
Sumber: National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA)
Cuaca panas berpanjangan ini juga mungkin boleh berkait dengan fenomena El
Nino seperti yang telah dilaporkan oleh Malaysian Digest pada pada 17 Jun 2014
dimana pemanasan lautan ini membawa kesan seperti banjir yang teruk dan kemarau
yang berpanjangan. Semasa El-Nino berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah
dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada
atmosfera yang berada di atasnya.Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat,
dengan demikian, ia merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan
tersebut.Proses ini akan menyebabkan udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu
membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di
bahagian

barat

Pasifik

termasuk

Malaysia,

tekanan

atmosfera

meningkat,

menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya. Malaysia pernah
mengalami fenomena ini pada tahun 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah
celcius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis. Berikutan dari kejadian
tersebut, fenomena ini dikategorikan pada tahap yang kuat. Ia telah membawa
sebahagian kawasan negara menjadi kering dan panas serta bahana jerebu merentasi
sempadan yang serius.

17

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.2.3 BEKALAN AIR TERHENTI

Object 17

Carta 8: Bekalan Air Terhenti
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL

JAWAPAN

1

Sangat setuju

2

Setuju

3

Tidak Setuju

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

14

47

14

46

2

7

30

100

JUMLAH

Jadual 8: Jumlah Responden untuk Bekalan Air Terhenti
Sumber: Borang Soal Selidik
Selain itu,seramai 14 responden bersamaan 47% sangat setuju memilih
bekalan terhenti sebagai faktor gangguan bekalan seiras dengan bilangan responden
yang memilih setuju iaitu 14 orang yang juga bersamaan 47% manakala 2 responden
pula memilih tidak setuju. Hasil daripada temu bual pula menunjukkan kedua-dua
responden tidak bersetuju bahawa gangguan air yang berlaku dikawasan mereka
disebabkan bekalan air terhenti Bekalan air terhenti ini boleh berpunca daripada loji
rawatan air di empangan, air yang disalurkan tidak mencukupi atau kekurangan
18

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

bekalan air yang menyebabkan penduduk Kuarters Kerajaan gagal mendapat bekalan
air mereka.

Object 20

Carta 9: Kekurangan Kapasiti Loji Rawatan Air
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG PERATUS (%)
Sangat setuju
21
70
Setuju
8
27
Tidak Setuju
1
3
JUMLAH
30
100
Jadual 9: Jumlah Responden untuk Kekurangan Kapasiti Loji Rawatan Air
Sumber: Borang Soal Selidik
Antara punca bekalan air utama terhenti adalah kekurangan kapasiti loji

rawatan air di mana 21 responden bersamaan 70% sangat setuju.Sementara itu, 8
responden iaitu 27% setuju terhadap punca ini manakala lagi seorang responden
bersamaan

3% tidak bersetuju. Ini bersesuaian dengan laporan dari laman web,

MalaysiaKini pada 23 Mei 2015, penutupan dua loji rawatan air (LRA) Cheras Batu
11 dan LRA Bukit Tampoi kerana air mentah dari Sungai Langat tidak lagi boleh
dirawat apabila kandungan ammonia sering berada di paras yang tinggi dan telah
menyebabkan kuantiti bekalan air terawat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya berkurangan sebanyak 56 Juta Liter Sehari (JLH).
Pengkajian yang telah dijalankan oleh Muzaitul Akma binti Musleh seorang pelajar

19

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

ijazah kejuruteraan awam pada tahun 2005 mendapati bahawa kapasiti loji air tidak
mampu memnuhi permintaan penduduk.
Tahun
Permintaan
Kapasiti
Pengagihan
*
Kapasiti
Pengagihan
#

2003
3519
4028

2004
3723
4028

2005
3940
4428

2006
4170
4428

2007
4413
4553

2008
4671
4553

3415

3940

3940

3940

4935

4935

Jadual 10: Kadar pengagihan air
Sumber: Thesis Penswastaan Pengurusan Air di Selangor
*Kadar angka dari Kerajaan Negeri
#Kadar angka dari “Unjuran Permintaan Air”
Melalui jadual yang telah dirangka oleh Muzaitul Akma Musleh mendapati
bahawa pada mulanya dari tahun 2003 hingga 2005 pemintaan air rakyat dapat
dipenuhi oleh loji rawatan syarikat tetapi daripada 2006 hingga 2008 permintaan telah
meningkat sehingga menyebabkan kapasiti loji tersebut untuk mengagihkan air tidak
mampu memenuhi keperluan permintaan air penduduk.

20

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Gambar 4: Jumlah Purata Pengguna Air Mengikut Air
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi

21

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.2.4 BEKALAN AIR TERCEMAR

Object 23

Carta 10: Bekalan Air Tercemar
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
Sangat setuju
10
33
Setuju
18
60
Tidak Setuju
2
7
Jumlah
30
100
Jadual 11: Jumlah Responden untuk Bekalan Air Tercemar
Sumber: Borang Soal Selidik
Bedasarkan carta 10, 2 responden iaitu 6% sangat bersetuju bahawa bekalan

air tercemar merupakan faktor gangguan bekalan air dan 20 responden setuju
bersamaan 67%.Sementara itu, 8 responden iaitu 27% menandakan tidak setuju.
Kedua responden temu bual juga bersetuju bahawa gangguan bekalan air berlaku di
Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur kerana pencemaran bekalan
air. Bekalan air tecemar ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor antaranya adalah
pembuangan sisa toksik ammonia daripada kilang getah, aktiviti guna tanah yang
terlalu tinggi, terutama kawasan pembangunan rumah.Ini telah menyebabkan bekalan
air bersih sungai semakin sedikit.

22

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 25

Carta 11: Faktor Terdapat Najis Dan Sampah-Sarap Pada Bekalan Air
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
Sangat Setuju
9
30
Setuju
17
57
Tidak setuju
4
13
Jumlah
30
100
Jadual 12: Jumlah Responden untuk Faktor Terdapat Najis Dan Sampah-Sarap Pada
Bekalan Air
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan carta 11, seramai 9 responden bersamaan 30% sangat setuju dan

17 responden setuju bersamaan 57% bahawa bekalan air tercemar kerana terdapat
najis atau sampah-sarap manakala hanya 4 responden bersamaan 13% sahaja tidak
setuju terhadap faktor ini. Seterusnya, jawapan responden daripada kaedah temu bual
menyatakan setuju bahawa pencemaran air berlaku kerana terdapat sampah-sarap dan
najis pada bekalan air yang mungkin di buang oleh penduduk setempat. Menurut
kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, 70% masalah
pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan
kumbahan. Dr Hafizan Juahir, Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar,Pusat
Penyelidikan Forensik Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia telah mendedahkan
bahawa beberapa sungai di Selangor telah tercemar sehingga ke tahap tidak boleh
dirawat disebabkan peningkatan populasi yang boleh menyebabkan

peningkatan

pembuangan sampah seperti yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian pada 8 Oktober

23

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

2013 dimana Pantai Sungai Labu Parit 7, Sekinchan telah menjadi lokasi pembungan
sampah oleh penduduk tempatan.

Gambar 5: Sungai tercemar
Sumber: Berita Awani
Keadaan beberapa batang sungai di Malaysia telah dijadikan tempat
pembuangan sampah oleh penduduk tempatan.

24

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.2.5 PAIP AIR BOCOR

Object 27

Carta 12: Kebocoran Paip Air
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
Sangat Setuju
2
6
Setuju
20
67
Tidak Setuju
8
27
Jumlah
30
100
Jadual 13: Jumlah Responden untuk Kebocoran Paip Air
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan carta 12, seramai 14 responden menanda sangat setuju

berumpama 47% dimana berlakunya paip bocor sebagai faktor gangguan bekalan air
dan sebanyak 14 responden bersamaan 14% telah memilih setuju tehadap faktor ini.7
responden iaitu 7% memilih tidak setuju. Syazwan bin Sufian, responden temubual
bersetuju manakala Asnita binti Othman tidak setuju bahawa kebocoran paip
menyebabkan gangguan bekalan air, seorang lagi responden temubual tidak setuju
Kebanyakkan responden hanya bersetuju sahaja kerana kemungkinan peningkatan
kualiti paip mengurangkan kadar kebocoran dan tidak kerap berlaku kobocoran paip.
Kebocoran paip ini boleh menyebabkan kerja-kerja membaiki perlu dijalankan dengan
segera atau bekalan air akan terus terputus terutama di kawasan paip airnya diatas
jalan yang sesak atau paip tersebut sudah mereput atau usang.

25

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 30

Carta 13: Kebocoran Paip Sewaktu Kerja-Kerja Pembinaan
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
Sangat setuju
10
33
Setuju
18
60
Tidak Setuju
2
7
Jumlah
30
100
Jadual 14: Jumlah Responden untuk Kebocoran Paip Sewaktu Kerja-Kerja Pembinaan
Sumber: Borang Soal Selidik
Carta 13 menyatakan kebocoran disebabkan rosak sewaktu kerja-kerja

pembinaan merupakan sebab gangguan bekalan air berlaku. Seramai 10 responden
sangat setuju terhadap punca ini bersamaan 33% tetapi seramai 60% responden setuju
sahaja terhadap sebab ini manakala hanya 2 orang sahaja menandakan tidak setuju
berumpama 7%. Responden temubual iaitu Syazwan bin Sufian pula menyatakan
punca berlakunya kebocoran paip adalah disebabkan tekanan air yang terlalu kuat atau
keberatan kenderaan yang lalu lintas di atas jalan. Menurut laporan dalam artikel
akhbar Sinar Harian pada 19 Disember 2012 dimana kebocoran sewaktu kerja-kerja
pembaikan semula jalan berlaku. Disebabkan ingin mengejar tarikh tamat kerja
pembinaan yang telah ditetapkan mengakibatkan keadaan yang mendesak dimana
mereka terpaksa bekerja dengan pasti dan kadang-kala akan terkena paip secara tidak
sengaja sewaktu kerja pembinaan tanpa disedari.
5.3 KESAN TERHADAP PENDUDUK KUARTERS KERAJAAN JALAN
DUTA, SEGAMBUT, KUALA LUMPUR JIKA BEKALAN AIR TERPUTUS
26

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.3.1 PENYAKIT MUDAH MEREBAK

Object 32

Carta 14: Penyakit Mudah Merebak
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
Sangat Setuju
18
60
Setuju
7
23
Tidak Setuju
5
17
Jumlah
30
100
Jadual 15: Jumlah Responden untuk Penyakit Mudah Merebak
Sumber: Borang Soal Selidik
Disebabkan gangguan air berlaku maka penduduk akan merasai kesannya

apabila ia terputus.Berdasarkan carta 14, 18 responden bersamaan 60% sangat setuju
dan 7 responden bersamaan 23% terhadap kesan ini manakala 5 responden iaitu 17%
selebihnya tidak setuju. Kedua responden temubual juga setuju bahawa mereka akan
dijangkiti penyakit jika gangguan bekalan air berlaku seperti dehidrasi. Penyakit ini
mudah merebak disebabkan kita sentiasa memerlukan air untuk kegiatan dometik
seperti sumber minuman, membasuh pakaian dan mandi, maka apabila penduduk
kuarters tidak mendapat bekalan air mereka akan cari air sumber lain. Ini secara tidak
langsung mereka akan terdedah dengan air yang tercemar maka mereka akan mudah
dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Menurut artikel Sinar Harian pada 12 November
2012, apabila seseorang menggunakan air yang tercemar mereka akan mudah
menghidap penyakit seperti kegatalan kulit.

27

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 34

Graf 1: Penyakit Yang Penah Dijangkiti Oleh Responden
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2
3
4

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS (%)
Cirit-birit
30
100
Taun
3
10
Pneumonia
3
10
Penyakit cacing
6
20
Jadual 16: Jumlah Penyakit Yang Pernah Dijangkiti Oleh Responden
Sumber: Borang Soal Selidik
Apabila gangguan air berlaku maka penyakit yang berbahaya akan mudah

merebak dan memudaratkan kesihatan penduduk. Semua responden iaitu 30 orang
bersamaan 100% pernah dijangkiti penyakit cirit-birit disebabkan berlakunya
gangguan bekalan air manakala hanya 6 responden iaitu 20% pernah dijangkiti
penyakit cacing. Jumlah bagi responden yang pernah dijangkiti penyakit pneumonia
dan taun adalah sama iaitu 3 orang bersamaan 10% bagi kedua penyakit itu. Jabatan
Penerangan Malaysia juga telah mengwar-warkan kepada penduduk Kuarters
Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur agar berwaspada sewaktu
menggunakan air yang mungkin tercemar dan jika didapati mengalami simptom
seperti loya, muntah, sakit otot dan demam adalah disarankan berjumpa dengan doktor
bagi mendapat rawatan sewajarnya.

28

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.3.2: KEGIATAN DOMESTIK TERGANGGU

Object 36

Carta 15: Rutin Seharian Yang Terganggu
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS(%)

Sangat Setuju
19
63
Setuju
11
37
Tidak Setuju
0
0
Jumlah
30
100
Jadual 17: Jumlah Responden untuk Rutin Seharian Yang Terganggu
Sumber: Borang Soal Selidik
Carta 15 menunjukkan 19 responden bersamaan 63% sangat setuju bahawa

rutin seharian penduduk akan terganggu disebabkan oleh gangguan bekalan air. 11
responden bersamaan 37% adalah setuju manakala tiada responden yang tidak setuju.
Syazwan bin Sufian dan Asnita binti Othman juga bersetuju bahawa kegiatan
domestik mereka juga akan terganggu kerana gangguan bekalan air, Segala kegiatan
domestik akan terganggu disebabkan tiada bekalan air yang disalurkan kepada
pengguna. Ini menyebabakan kesukaran serta kemudaratan terhadap kehidupan
seharian penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur.

29

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 38

Graf 2: Kegiatan Domestik Responden Yang Terganggu
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS(%)
1
Membasuh baju
28
93
2
Basuh Pinggan
27
90
3
Mandi
30
100
4
Basuh Kenderaan
9
30
Jadual 18: Jumlah Responden untuk Kegiatan Domestik Responden Yang Terganggu
Sumber: Borang Soal Selidik
Antara rutin seharian responden yang tergendalan apabila gangguan air berlaku
adalah membasuh baju dimana 28 responden bersamaan 93% setuju, membasuh
pinggan iaitu 27 responden bersamaan 90% juga setuju. Seterusnya, semua responden
iaitu 30 orang bersamaan 100% bersetuju bahawa rutin mandi mereka akan terganggu
tetapi hanya 9 responden sahaja bersamaan 30% setuju aktiviti membasuh kenderaan
kereta tergendala. Kedua responden temubual juga menyatakan bahawa antara aktiviti
mereka yang terganggu adalah membasuh baju, mencuci kenderaan dan mandi. Air
adalah sesuatu sumber asas yang sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan
seharian kita. Menurut Sinar Harian pada 24 Oktober 2014, ia menceritakan tentang
kesusahan untuk menjalankan kegiatan domestik seperti membasuh kain kerana
ketidaan air oleh penduduk di Rompin Pahang tetapi secara tidak langsung perkara
yang sama juga perlu dihadapi oleh penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta,
Segambut, Kuala Lumpur apabila bekalan air terputus.
5.3.3 TERPAKSA MENGGUNAKAN AIR SIMPANAN
30

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 40

Carta 16: Penggunaan Air Simpanan
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Sangat Setuju
10
Setuju
19
Tidak Setuju
1
Jumlah
30
Jadual 19: Jumlah Responden untuk Pengunaan Air Simpanan

34
63
3
100

Sumber: Borang Soal Selidik
Seterusnya, seramai 10 responden bersamaan 33% sangat setuju, 19 responden
setuju bersamaan 63% dan seorang responden bersamaan 3% tidak setuju apabila
bekalan air terganggu maka penduduk terpaksa menggunakan air simpanan. Kedua
responden temubual juga bersetuju bahawa mereka telah menyediakan air simpanan
jika berlaku gangguan bekalan air di kawasan mereka. Walaupun air simpanan telah
disediakan oleh penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur
namun ia hanya mampu bertahan selama 2 hingga 7 hari sahaja walaupun dengan
penggunaan air yang jimat-cermat. Bagi penduduk Kuarters air amat diperlukan dalam
kauntiti yang banyak bagi menjalankan aktiviti hairan.

31

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Object 42

Graf 3: Anggaran jumlah air yang digunakan responden sehari (Liter /Sehari)
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
JAWAPAN
JUMLAH ORANG PERATUS (%)
1
Kurang dari 100 Liter Sehari
2
7
2
150 Liter Sehari
6
20
3
200 Liter Sehari
9
30
4
250 Liter Sehari
3
7
5
Lebih daripada 300 Liter Sehari
10
33
Jadual 20: Jumlah Responden untuk Anggaran jumlah air yang digunakan responden
sehari (Liter /Sehari)
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarakan graf 3, seramai 2 responden iaitu 7% hanya menggunakan air
kurang dari 100 liter sehari.Seterusnya, 6 responden bersamaan 20% menggunakan
150 liter sehari manakala 9 responden bersamaan 30% menggunakan air sebanyak 200
liter sehari. Selain itu, 3 responden menggunakan 250 liter sehari dan 10 responden
menggunakan lebih daripada 300 liter sehari. Dengan penggunaan air yang melebihi
300 ini menunjukkan majoriti penduduk kuarters memang bergantung terhadap
bekalan air yang berterusan.

32

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

5.3.4: KEKURANGAN SUMBER MINUMAN BAGI PENDUDUK KUARTERS
KERAJAAN JALAN DUTA SEGAMBUT KUALA LUMPUR

Object 44

Carta 17: Kekurangan Sumber Minuman Bagi Penduduk Kuarters Kerajaan Jalan
Duta, Segambut Kuala Lumpur
Sumber: Borang Soal Selidik
BI
L
1
2
3

JAWAPAN

JUMLAH ORANG

PERATUS (%)

Sangat Setuju
11
36
Setuju
17
57
Tidak Setuju
2
7
Jumlah
30
100
Jadual 21: Jumlah Responden untuk Kekurangan Sumber Minuman Bagi Penduduk
Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Segambut Kuala Lumpur
Sumber: Borang Soal Selidik
Berdasarkan Carta 17, 16 responden bersamaan 53% sangat setuju apabila

gangguan bekalan air berlaku maka mereka akan kekurangan sumber minuman.
Sementara itu, 17 responden iaitu 57% hanya setuju apabila kesan ini berlaku tetapi 2
responden lagi bersamaan 7% tidak setuju terhadap kesan ini. Hasil temubual yang
dijalankan juga telah menyatakan kedua responden bersetuju bahawa mereka akan
kekurangan bekalan air. Mengikut kajian saintis, komposisi badan manusia
mengandungi 70% air dan kita hanya mampu bertahan daripada lapar selama 5 hari
dan tanpa minuman hanya selama 3 hari sahaja. Gangguan bekalan air menyebabkan
33

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

banyak penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur umencari
alternatif lain untuk mendapatkan sumber air yang bersih.

Object 46

Graf 4: Sumber Air Alternatif Jika Berlaku Ganggun Bekalan Air Selain Air Simpanan
Sumber: Borang Soal Selidik
BIL
1
2

JAWAPAN
JUMLAH ORANG
PERATUS (%)
Membeli air
11
37
Mencari sumber lain
16
53
seperti sungai
3
Menadah air hujan
12
40
Jadual 22: Jumlah Jawapan untuk Sumber Air Alternatif Jika Berlaku Ganggun
Bekalan Air Selain Air Simpanan
Sumber: Soal Selidik
Berdasarkan Graf 4, 11 responden setuju manakala 16 responden lagi mencari

sumber lain seperti sungai dan 12 responden menadah air hujan. Ramai responden
bersetuju termasuk juga seorang responden temubual bahawa sungai boleh menjadi
sumber alternatif jika berlaku gangguan bekalan air. Membeli air juga boleh dijadikan
salh satu alternatif tetapi ia memerlukan kos yang mungkin segelintir penduduk
kuarters tidak mampu untuk membeli. Tadahan air hujan boleh juga dijadikan sumber
air tetapi ia bergantung kepada jumlah kekerapan hujan yang turun. Seorang lagi
34

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

responden temubual iaitu Syazwan bin Sufian akan bersinggah ke rumah saudaramara untuk menggunakan air.

6.0 RUMUSAN
Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah bekalan air di
Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur dengan mengkaji faktor-faktor
gangguan bekalan air dan kesannya terhadap penduduk di kompleks Kuarters
35

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur. Kajian ini telah dijalankan di kompleks
Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur.
Hasil kajian yang telah dikumpulkan mendapati bahawa faktor utama
gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan Jalan Duta adalah bekalan air
terhenti dimana ia melibatkan kapasiti loji rawatan dan kadar penggunaan air terawat
oleh rakyat. Disebabakan kapsaiti loji rawatan tidak mampu memenuhi permintaan
aitrpenduduk maka ada sesetengah tidak akan dapat sumber bekalan air mereka.
Seterusnya, adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan oleh pihak
pengurusan air dimana mereka akan menambah baikan paip dan dijalanakan sebanyak
3 kali setiap tahun. Selain itu, catuan air telah dikenakan oleh pihak pengurusan dan
paip air bocor disebabkan terkena sewaktu kerja-kerja pembinaan atau pembaikian
jalan.
Selain itu, hasil kajian telah mendapati bahawa gangguan bekalan air di
Kuarters Kerajaan Jalan Duta Segambut Kuala Lumpur telah mendatangkan kesan
negatif terhadap penduduk Kuarters Kerajaan. Antara kesan utama adalah penyakit
mudah merebak seperti cirit-birit, pneuomonia, taun dan penyakit cacing kerana
pengguaan air yang tercemar atau berlaku takungan air disebabkan tersumbat.
Kegiatan domestik juga akan terganggu seperti membasuh baju, mandi, basuh pinggan
dan kenderaan kerena ia sangat memerlukan air. Penduduk Kuarters Kerajaan juga
terpaksa menggunakan air simpanan dan mencari sumber air alternatif seperti air
simpanan bagi meneruskan kegiataan seharian jika ketiadaan air berlaku.
Kesimpulannya, air merupakan komiditi yang paling penting di dunia ini
kerana ia memastikan kehidupan kita selesa dan mudah untuk menjalankan kegiatan
domestik seharian tetapi disebabkan sikap sesetengah pengguna yang membazir
mengakibatkan, air digunakan secara banyak dan berlebihan. Justeru, Pihak pengguna
juga harus prihatin dalam menggunakan air di dalam kegunaan domestik mereka
supaya mengurangkan penggunaan air suapaya mengelakkan pembaziran. Mereka
juga harus berwaspada terhadap kebocoran paip dan melapornya kepada pihak
berkuasa secepat mungkin supaya mengelakkan masalah lagi besar jika membiarkan
sahaja seperti terputus bekalan air. Kerajaan telah menjalankan usaha untuk
menaiktarafkan sistem pengaliran air di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan

36

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

rakyat. Selain mnaiktarafkan sistem saliran mereka juga mencadangkan supaya
menswastakan pihak pengurusan air bagi mejimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

7.0 RUJUKAN

37

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

a) Amerika Syarikat, National Oceanic and Atmospheric Administration, Jabatan
Perdagangan 2016, Recent Evolution,Current Status and Prediction, Jabatan
Perdagangan, National Oceanic and Atmospheric Administration
b) Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
c) Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,2005,Garis
Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa
Kecil Piawaian Dan Kos Bagi JPPN ,Jabatan Perdana Menteri,Unit Perancang
Ekonomi
d) Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,Memastikan
Perkhidmatan Bekalan Air dan Pembentungan yang Berkualiti dan Cekap,
Jabatan Perdana Menteri,Unit Perancang Ekonomi.
e) M.Faisal Hasnawi “Paip pecah punca jalan rosak” Sinar Harian 19 Disember
2012
f) Mohd Izzatul Izuan Tahir “20 tahun tiada bekalan air” Sinar Harian, 24
Oktober 2012
g) Mohd Fairuz Yusof Utusan Online ”Krisis air di Selangor?-Sejuta penduduk
bakal terjejas 2 sungai di cemari ammonia Dicapai pada 13 Februari 2007 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.
htm
h) Muzaitul Akma Binti Salleh 2005,Penswastaan Pengurusan Air Di Selangor,
Kertas Kerja untuk ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,Universiti Teknologi
Malaysia, March 2005
i) MStar 2016 Syabas Sangkal Berita Palsu Catuan Bekalan Air Dicapai pada 2
Mac 2016 dari
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/03/02/syabas-sangkalj)

laporan-berita-palsu/
National Oceanic and Atmospheric Administration Climate.gov “El Niño & La
Niña (El Niño-Southern Oscillation)” Dicapai pada 9 March 2016 dari
https://www.climate.gov/enso

8.0 LAMPIRAN
Lampiran 1
Tajuk: Masalah Bekalan Air di Kuarters Kerajaan
Objektif 1: Mengenal pasti faktor-faktor gangguan bekalan air di Kuarters
38

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Kerajaan
Objektif 2: Mengenal pasti kesan-kesan gangguan bekalan air terhadap
penduduk di Kuarters Kerajaan
8.1: Sila tandakan [/] berkaitan maklumat anda pada ruang yang disediakan
JANTINA
STATUS
UMUR

Lelaki
Bujang
19-30 tahun
41-50 tahun

Perempuan
Keluarga
31-40 tahun
51-60 tahun

BANGSA

Melayu
India

Cina
Lain-lain

8.2: Sila tindakan [/] berkaitan maklumat anda pada ruang yang disedialan.
Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan faktor-faktor gangguan bekalan air
Bil
8.2
1

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Setuju

Berikan pandangan anda tentang faktor-faktor gangguan bekalan air
Kerja-kerja
penyelenggaraan

2
3
4

Catuan air
Bekalan air terputus
Paip air bocor

5

Bekalan air tercemar

8.2.
1
1

Berikan pandangan anda tentang mengapa paip air boleh bocor
Menggunakan saluran
paip lama

2
3

Kualiti paip terjejas
Bocor kerana rosak
sewaktu kerja-kerja
pembinaan

Bil
8.2.
2
1
2

Sangat setuju

Setuju

Tidak setuju

Berikan pandangan anda berapa kali kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan
Tiada
1 kali setahun
39

afiqazizan1304@gmail.com
3

2 kali setahun

4

3 kali setahun

5
6

4 kali setahun
Lebih 5 kali setahun

8.2.
3
1

Cuaca panas

2

berpanjangan
Kekurangan bekalan

3
4

air mentah
Punca air tercemar
Penurunan paras air

8.2.
4
1

KT6DM

Berikan pandangan anda tentang mengapa catuan air berlaku

Berikan pandangan anda tentang mengapa berlakunya gangguan bekalan air
Kekurangan kapasiti

2

loji rawatan air
Kekurangan kapasiti

3

sistem agihan
Gangguan bekalan
elektrik di loji rawatan
air
Berikan pandangan anda tentang mengapa bekalan air tercemar

8.2.
5
1

Paip berkarat

2

Klorin berlebihan

3

Terdapat najis dan
bangkai

Bil
8.3
1

Sangat setuju

Setuju

Tidak setuju

Berikan pandangan anda tentang kesan terhadap pengguna jika bekalan air
terputus.
Penyakit mudah
membiak
40

afiqazizan1304@gmail.com
2

Rutin seharian

3

tergendala
Penggunaan air

4

simpanan
Kekurangan sumber

KT6DM

minuman
8.3.1: Sila tindakan [/] berkaitan maklumat anda pada ruang yang
disedialan.Pernahkah ahli keluarga anda dijangkiti penyakit tersebut.
Cirit-birit
Pneumonia
Taun
Penyakit cacing
8.3.2: Sila tindakan [/] berkaitan maklumat anda pada ruang yang
disedialan.Pada pandangan anda selain berapa liter air diperlukan bagi
menampung hidup seharian anda.
Kurang dari 100 liter sehari
150 liter sehari
200 liter sehari
250 liter sehari
Lebih dari 300 liter sehari
8.3.3: Sila tindakan [/] berkaitan maklumat anda pada ruang yang
disedialan.Berikan pandangan anda tentang rutin seharian yang akan tergendala
apabila gangguan air berlaku.
Membasuh baju
Basuh pinggan
Mandi
Basuh kenderaan
8.2.4: Pada pandangan anda selain meggunakan air
simpanan, sumber air penduduk boleh di dapati dari:
Membeli air
Mencari sumber lain seperti sungai
Menadah air hujan

41

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

LAMPIRAN 2
Temu Bual
Tarikh:
Masa:
Nama:
Umur:
Status Perkahwinan:
5.2: Faktor-Faktor gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan Jalan
Duta, Segambut, Kuala Lumpur
Pada pandangan anda, adakah gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan
Jalan Duta,Segambut, Kuala Lumpur disebabkan kerja-kerja penyelerenggaraan?
Jika ‘Ya’, apakah yang diselerenggarakan dan berapa kali setahun?

Pada pandangan anda, adakah gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan
Jalan Duta,Segambut, Kuala Lumpur disebabkan pencatuan air oleh pihak
pengurus air? Jika ‘Ya’, Apakah sebab air dicatukan?
42

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Pada pandangan anda, adakah gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan
Jalan Duta,Segambut, Kuala Lumpur disebabkan bekalan air terhenti? Jika ‘Ya’,
mengapa ia terhenti?

Pada pandangan anda, adakah gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan
Jalan Duta,Segambut, Kuala Lumpur disebabkan bekalan air tercemar? Jika ‘Ya’,
apakah punca dan bolehkah ia dirawat?

Pada pandangan anda, adakah gangguan bekalan air berlaku di Kuarters Kerajaan
Jalan Duta,Segambut, Kuala Lumpur disebabkan paip air bocor? Jika ‘Ya’,
bagaimanakah ia boleh bocor?

5.3 Kesan terhadap penduduk Kuarters Kerajaan Jalan Duta, Segambut, Kuala
Lumpur
Apakah kesan terhadap kesihatan anda jika tiada bekalan air? Jika ‘Ya’
penyakit apa yang dijangkiti?

Apakah kegiatan domestik anda yang penting melibatkan kegunaan air?

Adakah anda simpan air dirumah dan berapa hari anggaran ia mampu
menampung?

Dimanakah anda akan mendapatkan sumber minuman jika bekalan air
terputus?

Adakah anda akan berpindah jika masalah seperti ini berterusan? Mengapa?

43

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Lampiran 3

44

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Artikel 1: Artikel tentang najis di dalam air sungai
Sumber: New Strait Times

Lampiran 4
45

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Artikel 2: Artikel tentang kebocoran paip selepas kerja penurapan jalan
Sumber: Sinar Harian

Lampiran 5

46

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Artikel 3: Artikel tentang penyakit yang dihadapi jika mengguna air tercemar
Sumber: Sinar Harian

Lampiran 6
47

afiqazizan1304@gmail.com

KT6DM

Artikel 4: Artikel tentang antara kegiatan domestik yang terganggu
Sumber: Sinar Harian

48