Makanan dan Kesan Pemakanan menurut Perp

Makanan dan Kesan Pemakanan menurut Perpektif Islam
Aemy Liza bt. Minhat ([email protected])
Fakulti Tamadun Islam (FTI)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 Skudai, Johor, Malaysia
Arieff Salleh b. Rosman ([email protected])
Fakulti Tamadun Islam (FTI)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 Skudai, Johor, Malaysia

ABSTRAK
Makanan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Ia mengandungi pelbagai bahan
yang membekalkan khasiat kepada badan manusia bagi menjana tenaga, mengekalkan kehidupan dan merangsang
pertumbuhan badan. Kertas kerja ini membicarakan tentang kepentingan makanan dan kesan pemakanan
berdasarkan perpektif Islam. Perbezaan sudut pandangan Islam dan Barat juga disentuh terutama hubung kait antara
kesan pemakanan terhadap akhlak seseorang Muslim.
Makanan, Kesan Pemakanan, Pandangan Islam, Pandangan Barat dan Akhlak.

Pengenalan
Makanan dan minuman adalah satu perkara asasi yang diperlukan setiap makhluk yang hidup sama ada
manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Ia juga merupakan keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan

jasmani, rohani dan mental manusia amat berkait rapat dengan pengambilan diet seimbang. Namun, Islam telah
mengajar manusia tentang pengambilan diet seimbang dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang serta
memperoleh redha Allah. Ini bertepatan dengan matlamat utama pensyariatan hukum dalam Islam iaitu memelihara
agama, jiwa, akal, keturunan dan harta bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia atau di akhirati.
Namun begitu, perubahan corak kehidupan moden manusia kini yang lebih metarialistik serta mengabaikan
amalan diet pemakanan seimbang telah membawa mudharat terhadap kesihatan manusia. Contohnya, Laporan
Status Global Alkohol dan Kesihatan WHO 2011ii , didapati bahawa negara Malaysia dan negara-negara Islam di
Asia Tengah secara kasar, kadar pengambilan minuman arak oleh golongan dewasa (berumur 15 tahun dan ke atas)
adalah di bawah 2.50 liter per kapita telah direkodkan di antara tahun 2003 hingga 2005 dan ini telah mengakibatkan
200 jenis penyakit timbul seperti penyakit neuropsychiatric disoders, gastrointestinal diseases, kanser, kecederaan
yang tidak disengajakan, penyakit jantung, fetal alcohol syndrome dan komplikasi kelahiran pra-matang, serta
penyakit diabetes mellitus.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Laporan Kesihatan 2010iii, didapati
bahawa tahap kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya ditahap membimbangkan jika dilihat kepada kadar purata
daripada keseluruhan iaitu 100 ribu populasi, kadar insiden tertinggi bagi kategori penyakit disebabkan jangkitan
makanan dan air adalah keracunan makanan iaitu 44.18 insiden manakala lain-lain penyakit berjangkit seperti Batuk
Kering (Tuberculosis) mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 68.25 insiden, penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
sebanyak 47.27 insiden, penyakit H1N1 sebanyak 13.11 insiden, penyakit HIV sebanyak 12.89 insiden dan penyakit
AIDS sebanyak 3.65 insiden.
Berdasarkan laporan insiden tersebut jelas menunjukkan kepentingan memilih makanan yang terjamin

keselamatannya, halal lagi baik serta menjaga amalan pemakanan seimbang supaya sentiasa dalam keadaan sihat
sejahtera dan jauh dari sebarang kemudharatan.

Konsep Makanan dan Nutrasi
Bab ini akan membicarakan tentang konsep dan ciri-ciri makanan yang berkualiti dan seimbang berdasarkan perpektif
Barat dan Islam.

Sudut Pandangan Barat
Berdasarkan pemahaman yang menyeluruh, makanan diistilahkan sebagai apa jua bahan yang dimakan dan
diminum untuk mengekalkan kehidupan dan pertumbuhaniv. Makanan bukan hanya satu koleksi produk-produk
yang boleh digunakan untuk kajian statistik malah pada masa yang sama merupakan satu sistem komunikasi,
kumpulan imej-imej, protokol penggunaan, keadaan dan tingkah lakuv. Manakala, fokus nutrisi pula menambahkan
aspek amalan kasih sayang dan persekitaran yang sihat kepada definasi dan konsep tersebutvi. Pemakanan juga
boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan, dan membaiki kehidupan
badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, serta pengkajian tentang makanan tersebutvii. Lebih jelas
lagi, pemakanan ialah sains berkenaan zat atau khasiat atau nutrien dalam makanan yang akan diproses oleh tubuh
manusiaviii.

Sudut Pandangan Islam
Menurut Kamus Dewan, makanan dapat didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan. (Kamus

Dewan: 2002) . Manakala menurut istilah bahasa Arab makanan dapat diistilahkan sebagai at’imat iaitu jamak
kepada to’am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Makanan
ialah setiap benda yang dimakan untuk kekuatan tubuh badan, mengekalkan kekuatan atau kesegaran tubuh badan,
manakala pemakanan pula bermaksud proses menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan oleh
makhluk untuk mengawal fungsi dan pertumbuhannya atau memperbaharui komponennyaix.
Dalam Islam, makanan dan pemakanan tertakluk kepada ketentuan syarak yang perlu menepati ciri-ciri
halal, suci dan berkualiti. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tidak ada dalil pengharamannya dalam al-Quran atau hadisx.
Menjauhi makanan yang syubhah (samar-samar antara halal dan haram) sama ada dari segi fizikal
(ayn) atau cara penyediaannyaxi.
Makanan yang toyyib (baik) ialah makanan yang berkhasiat, suci dan bersihxii.
Tidak memudharatkan kesihatan jasmani, rohani dan intelekxiii.
Binatang yang disembelih kerana Allah SWT untuk dimakanxiv.

Bebas daripada najis dan bukan produk yang diperolehi daripada sumber babi atau binatang yang tidak
disembelih atau diburu mengikut hukum syarakxv.

Ajaran Islam telah mewajibkan penganutnya mengambil makanan yang bersih dan tidak memudaratkan
serta mematuhi kod diet yang dipanggil halal. Perkataan halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan,
wa hallalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Dalam Al-Munjidxvi, ia didefinisikan
sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh Allah SWT. Manakala Kamus Dewanxvii, halal bermaksud hukum
membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan,
dibenarkan. Perkatan halal juga ditakrifkan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan “halal”)
1975xviii. Dari sudut istilah syarak, halal didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang diizinkannya di sisi
syarakxix. Yusuf al-Qaradawi pula mendefinisikan halal sebagai sesuatu yang diharuskan, yang terungkai daripada
ikatan larangan, dan diizinkan oleh syarak untuk melakukannyaxx. Ringkasnya, sesuatu perkara itu dianggap halal
dalam Islam selama mana tiada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa ia adalah haram.
Di samping halal, Islam juga menekankan supaya makanan diambil dari sumber yang baik lagi berkhasiat
sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWTxxi:
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu
dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”

Dalam al-Quran, terdapat beberapa perkataan halal yang digandingkan dengan perkataan toyyiban iaitu
surah An-Nahl ayat 114, surah al-Baqarah ayat 168, surah al-Ma’idah ayat 88 dan surah al-Anfal ayat 69. AtThobarixxii dan al-Qurthubixxiii sependapat bahawa perkataan halalan toyyiba yang terdapat dalam keempat-empat

ayat tersebut, membawa maksud perintah makan makanan yang halal lagi baik.Perkataan toyyiban bermakna baik,
dan ia juga bererti makanan itu mestilah baik untuk dimakan dan diperolehi daripada sumber yang aslixxiv. Imam
Ibnu Kathir mentafsirkan makanan yang ‘baik’ sebagai yang ‘sesuai dengan selesa di samping tidak mendatangkan
kemudaratan kepada badan dan akal’xxv.
Diet seimbang adalah sajian makanan yang mengandungi bahan-bahan dan zat-zat makanan dalam kuantiti
yang cukup dan dalam kadar yang betul yang mengekalkan kesihatan dan menggalakkan tumbesaranxxvi. Makanan
seimbang penting bagi membekalkan tenaga, menjauhi penyakit dan membina sel-sel dan tisu-tisu untuk
pertumbuhan anggota badan manusia supaya sihat dan cergasxxvii.
Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih dan suci
serta halal kerana makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan
kehidupanxxviii. Umat Islam juga perlu mengambil berat tentang permakanan yang halal supaya tidak terjerumus ke
dalam perkara yang haram, sebagaimana firman Allahxxix s.w.t:
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu
ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
Walaubagaimanapun, Islam turut memberi kelonggaran tertentu di mana diharuskan memakan makanan
yang diharamkan sekadar keperluan sahaja iaitu ketika dalam situasi darurat serta tiada makanan halal untuk
dimakan dengan tujuan seperti perubatan atau untuk mengelakkan mati kebuluran dan kebinasaanxxx. Bertepatan
dengan hukum halal dan haram yang telah ditetapkan dalam Islam di mana perkara yang halal secara mutlak, Allah
SWT memberi kebebasan kepada hamba-Nya untuk melakukannya, manakala yang haram ditegah menghampirinya.
Adapun bagi perkara yang syubhah atau samar-samar, diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan

terjebak ke dalam perkara yang haram kecuali dalam situasi daruratxxxi.

Peranan Makanan yang Halalan Toyyiba Berdasarkan Kaca Mata Islam
Sudut Fizikal
Makanan membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati
daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh
dari segi fizikal, fisiologi dan kimia. Nutrien yang seimbang dan berkualiti akan membantu perkembangan baik
fizikal manusia dari segi pertumbuhan, pergerakan, pemikiran dan pembiakan. Nutrien juga dapat membantu fungsi
tubuh manusia dari segi fisiologi dan kimia seperti penggunaan cecair, pembekuan darah, keaktifan enzim,
pengawalan suhu tubuh, pengeluaran tenaga dan sintesis proses tubuhxxxii.
Seorang kanak-kanak yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan lebih cergas, dapat
memberi tumpuan dengan baik dan mendapat lebih manfaat dari segi pengalaman pembelajaran dan aktiviti fizikal.
Sebaliknya, jika makanan tidak berzat yang diberi, akan menjadikan kanak-kanak tersebut pendiam dan sentiasa
menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal dan mudah dijangkiti penyakitxxxiii.

Sudut Mental
Makanan dan amalan pengambilan diet seimbang memberi impak besar terhadap perkembangan kesihatan
mental manusia. Kajian Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali (2011) mendapati terdapat hubungan di antara
kecemerlangan pelajar dengan kualiti makanan, amalan pengambilan diet seimbang serta jadual jadual pemakanan
yang kosisten. Pengabaian pelajar terhadap waktu makan disebabkab bebanan jadual aktiviti akademik atau kokurikulum yang ketat, serta kekangan kewangan memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya

menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.
Selain itu, makanan yang halal lagi baik serta amalan pemakanan yang seimbang dan sihat boleh
mententeramkan fikiran. Ini kerana, emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak

stabil disebabkan kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang
mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan
buat seketika.
Otak yang sihat terletak pada badan yang sihat. Apabila jasmani sihat, maka akan lahir juga otak yang sihat.
Dalam pembentukan generasi yang cemerlang, unsur pemakanan perlu diambil kira kerana ia akan menentukan
kesihatan jasmani dan akhirya akan diterjermahkan melalui otak yang sihat.
Melihat kepada sejarah Islam, telah lahir ramai tokoh ilmuan dan cendikiawan Islam yang hebat yang
berjaya menguasai pelbagai bidang. Mereka bermula dengan contoh teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW
termasuklah dalam menjaga hal ehwal pemakanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan kesihatan jasmani
dan rohani yang akhirnya akan menterjermahkan kecemerlangan sesebuah masyarakat atau tamadun.
Rumusannya, amalan makanan dan pemakanan yang sihat dan seimbang boleh membina pemikiran cerdas
yang membantu peningkatan dalam proses pembelajaran dan aktiviti lain dengan berkesan dan berkualiti.

Spiritual
Mencari sesuatu yang halal untuk digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan
yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslimxxxiv, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah

cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadahxxxv sebagaimana makan sesuatu yang haram
boleh menjadi benteng penghalang doa dan ibadat dari diterima Allah SWTxxxvi. Menurut Imam Al-Ghazalixxxvii, tiada
jalan lain untuk menemui Allah SWT dengan sejahtera dan selamat melainkan dengan ilmu pengetahuan dan amal
perbuatan yang baik dan tidak mungkin mereka dapat mengekalkan ilmu dan amal kecuali dengan kesihatan tubuh
badan. Manakala keselamatan tubuh badan pula tidak mungkin tercapai kecuali dengan makan sekadar yang
diperlukan sahaja.
Jika dilihat masyarakat pada hari ini, makan dan minum secara berlebihan serta suka membazir. Berhubung
dengan aspek ini, Ibn al Qayyim al Jauziyah berkata, " Sesungguhnya perut jika dipenuhi dengan makanan akan
menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi dengan minuman, akan menyempitkan ruang
untuk nafas dan terdedahlah baginya kesakitan dan keletihan dan jadilah keadaannya seperti pemikul barang yang
amat berat. Dan ini merupakan punca kepada kerosakan hati dan kemalasan anggota untuk taat beribadah dan akan
menggerakkan syahwat yang lazimnya disebabkan oleh kekenyangan. Sekiranya perut seseorang itu dipenuhi dengan
makanan, ini akan memudaratkan hati dan badannya jika ia merupakan amalan yang berterusan.
Oleh itu, amat penting bagi umat Islam mendapatkan makanan dan minuman yang halal lagi baik kerana ia
penyebab kepada menambah cahaya dan sinar keimanan pada hati, akan menimbulkan kegentaran dan kekhusyukan
terhadap kebesaran Allah SWT, menggiatkan seluruh anggota badan untuk beribadah dan taat, mengurangkan
kecenderungan hati kepada dunia serta menambah ingatan terhadap Hari Kiamatxxxviii. Sebaliknya, makan dan minum
yang haram akan mematikan hati. Dikatakan, “Barangsiapa makan sesuatu yang syubhat selama empat puluh hari,
maka hatinya akan menghitan.”xxxix Ini merupakan takwil dari firman Allah SWT:
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalau mereka usahakan itu menutup hari mereka.”

(al-Mutaffifin:14)

Hubungan antara Makanan Halalan Toyyiba dengan Akhlak
Bab ini akan membicarakan tentang hubungan antara makanan yang berkualiti dan seimbang dengan akhlak
berdasarkan perspektif Islam.

Hubungan dengan Allah S.W.T.
Hubungan antara manusia dengan Allah SWT merupakan perkara penting yang perlu dipelihara oleh setiap
manusia selaku hamba-Nya dan ia jelas dapat dilihat menerusi aktiviti ibadah. Manusia yang tidak menjaga
hubungannya dengan Allah SWT, kelak akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, sebagaimana firman
Allah SWTxl:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri
dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.

Hubungan yang terjalin erat di antara manusia dan Allah SWt boleh dilihat dengan cara memelihara adab
makan minum menurut Islam berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya
Ulumuddin ada menggariskan beberapa adab sebelum, ketika dan selepas makan dan minum yang perlu dijaga yang
mempunyai hubungan rapat antara manusia dengan Allah SWTxli. Antaranya, adab sebelum makan:
1. Berusaha mendapatkan makanan yang halal lagi baik dan tidak mengandungi unsur-unsur haram. Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baik

yang Kami berikan kepadamu...” (Al-Baqarah:172)
2. Niat tujuan makan dan minum untuk menguatkan badan, supaya dapat melakukan ibadah kepada Allah
SWT dan perkara lain yang berguna.
3. Menghidangkan makanan di atas sutrah atau saprah (alas makanan) di atas lantai kerana ia melatih diri
bersifat tawaduk. Hadis dari Anas r.a, dia berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah makan di atas meja
makan dan tidak pula di atas sukurrujah.” (Hadis riwayat Bukhari no. 5415)
4.

Duduk tertib. Ia juga lambang tawaduk seorang hamba kepada Tuannya sebagaimana posisi duduk
Rasulullah SAW ketika makan. Sabda baginda: “Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah
seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba dan aku duduk sebagaimana layaknya
seorang hamba duduk. ” (Hadis riwayat Bukhari no.5399)

5. Bersyukur dan redha dengan rezeki yang dihidangkan serta tidak mencela makanan, sebagaimana hadis
Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apabila baginda
berselera, baginda memakannya. Sedangkan jika tidak suka, baginda meninggalkannya”. (Hadis riwayat
Bukhari no. 3563)
Berikut pula adab ketika makan yang perlu dijaga agar memperoleh keberkatan Allah SWT:
1. Mulakan dengan ucapan ‘basmallah’ dan doa kepada Allah SWT. Hadis Rasulullah SAW dari Aisyah r.a:
“apabila salahseorang dari kamu hendak makan, maka ucapkanlah bismillah dan jika lupa membaca

bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan bismillah awwaluhu wa akhiruhu”. (Hadis
riwayat Abu Daud no. 3767 dan at-Tirmidzi)
2. Gunakan tangan kanan. Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a, seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya
berhampiran dengan Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: ‘aku tidak boleh’. Jawab baginda: ‘engkau
tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!’ kemudia tidak dapat diangkat
tangannya ke mulut. (Hadis riwayat Muslim). Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Digalakkan makan menggunakan tiga jari kanan, menyedikitkan suapan, memperbanyakkan kunyahan,
makan makanan yang berhampiran terlebih dahulu dan memulakan makan dari bahagian tepi pinggan.
Sabda Rasulullah SAW; “wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan
makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (Hadis riwayat Bukahri no. 5376)
Sabda Baginda SAW lagi, “Keberkahan itu turun di tengah-tengah makanan, maka makanlah dari pinggir
piring dan janganlah memulai dari bahagian tengahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3772).
Dari Ka’ab bin Malik r.a “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari(ibu jari, jari
telunjuk dan jari tengah)”. (Hadis riwayat Muslim)
4. Mengutip atau memungut makanan yang terjatuh ketika makan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah di
atas nikmat rezeki makanan yang diperolehi. Dari Jabir r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila jatuh sebahagian makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran
dan makanlah ia, dan janganlah tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan
kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana
yang terdapat keberkatan.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Ghazali turut menyenaraikan adab selepas makan sebagai panduan umat Islam:
1. Hindari dari makan terlalu banyak dan berhenti makan dan minum sebelum kenyang. Dari Miqdam bin
Ma’di karib, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang
lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya makan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang
punggungnya (memberikan tenaga). Maka jika tidak mahu (jika tidak ada pilihan lain), maka ia dapat
memenuhi perutnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, sepertiga lagi untuk
nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah no. 3349)
2. Memuji Allah SWT setelah makan dan minum, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud,“barangsiapa sesudah selesai makan berdoa: “Alhamdulillaahilladzi ath‘amani haadzaa wa
razaqaniihi min ghoiri haulin minni walaa quwwatin”, niscaya akan diampuni dosanya yang telah
lalu.” (Hadis riwayat Abu Daud no 4023)
3. Berdoa setelah selesai makan. Dari Abi Umamah r.a., aRasulullah SAW apabila selesai makan menyebut,
“Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’n wa la mustaghnan
‘anhu rabbana.” (Hadis riwayat Bukhari) Dari Muad bin Anas r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, “Alhamdulillaahilladzi ath‘amani haadzaa wa
razaqaniihi min ghoiri haulin minni walaa quwwatin”, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Hubungan Sesama Manusia
Perhubungan antara sesama individu merupakan aspek penting untuk mewujudkan keharmonian dalam
kehidupan berkomuniti samada dalam institusi kekeluargaan, kejiranan mahupun dalam masyarakat. Keharmonian
dalam perhubungan sesama manusia boleh diperolehi dalam pelbagai cara. Antaranya, persefahaman dan
perhubungan mesra boleh diwujudkan semasa makan bersama keluarga dan rakan yang disertai adab-adab mulia.
Makanan yang halal lagi baik, suci dan berkualiti dapat membentuk masyarakat yang baikxlii. Selain itu, pemilihan
hidangan makanan dan minuman yang halal lagi baik dengan disertai bacaan al-Quran dan zikir yang disediakan
oleh isteri untuk seisi keluarga akan memberi kesan positif kepada jiwa suami dan anak-anak kerana terdapat
padanya keberkatanxliii.
Imam al-Ghazali turut menggariskan beberapa adab sebelum, ketika dan selepas makan dan minum yang
mempunyai perkaitan dengan perhubungan sesama manusia. antaranya, adab sebelum makan:
1.

Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu,
sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berkumpulah kalian dalam menyantap
makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada
kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764)

Adapun adab ketika makan dan minum:
1.

Larangan mencela makanan. Perbuatan ini perlu dijauhi kerana ia boleh menyinggung dan menyakitkan hati
orang yang menyediakan makanan tersebut. Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah
SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak
menggemarinya, maka Baginda tidak makan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2.

Menjawab salam. Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada
orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya. Beliau menghuraikan
apakah maksud hukum makruh itu. Katanya: “Hukum makruh itu ialah apabila makanan itu berada dalam
mulutnya, jika mulutnya tiada makanan, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.” (alAzkar, edisi tahqiq 2003, Daar al-Hadith, Cairo. ms 238)
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini
terdapat sebuah hadis yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab
memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika

3.

makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang soleh
dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo) Menurut al-Hafidz dan
Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim r.a., pendapat yang benar ialah Rasulullah SAW bercakap dan berbual semasa
makan. Dalam kitabnya al-Zaad (2/397), ada kalanya Rasulullah SAW bertanya apakah menu pada hari ini
dan memuji menu tersebut (Hadis riwayat Muslim: 2052), ada kala Rasulullah SAW mengajar adab dan
susila makan kepada kaum keluarganya (Hadis riwayat Bukhari: 5061) dan ada ketika Rasulullah SAW
sentiasa menggalakkan tetamu baginda supaya menambah lauk-pauk dan minuman. (Hadis riwayat Bukhari
6087). Adalah tidak benar tempat mengadap makanan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari
perbualan. Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.
4.

Tidak melengahkan makan setelah terhidang. Dari Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Jika makan malam
sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)

5.

Tidak mengambil makanan lebih dari satu “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang mengambil makanan
lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya.” (Hadis riwayat Bukhari no. 2455 dan Muslim
no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, “Hadis ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan
bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari
satu, maka bererti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang
lain.” (Kasyful Musykil, 2/565)

6.

Penyedia minuman yang terakhir minum. Dari Abu Qatadah r.a; Rasulullah SAW mengatakan,
“Sesungguhnya orang yang menyediakan minuman kepada sekelompok orang adalah orang yang minum
terakhir kali.”(Hadis riwayat Muslim no. 281)

7.

Anjuran makan bersama dalam satu pinggan. Dari Jabir bin Abdillah r.a., beliau menyatakan bahawa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu
cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (Hadis riwayat Muslim no
2059)

8.

Galakkan makan beramai-ramai. Dari Anas bin Malik r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidaklah makan
siang dan makan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang
ramai.”(Hadis riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad sahih). Namun, tidaklah dilarang makan
bersendirian berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidak ada halangan bagi kamu makan
bersama-sama mereka atau sendirian.” (Surah an-Nur 61)

Adab selepas makan pula:
1.

Berkumur atau bersugi dengan tujuan membersihkan sisa-sisa makanan yang ada di sela-sela giginya, dan
berkumur untuk membersihkan mulut. Ini penting bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika berkomunikasi
dengan orang lain akibat bau mulut atau sisa makanan yang terselit dicelah gigi.

Hubungan Sesama Makhluk
Terdapat dua perkara penting berkaitan hubungan antara manusia dengan alam iaitu manusia sebagai
khalifah dan manusia sebagai pengelola alam berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah:30)
Manusia sebagai khalifah bermaksud manusia diberikan bekalan dan kemudahan oleh Allah SWT yang
lengkap untuk menjalankan tugas membimbing manusia secara kreatif dan dinamis supaya memahami realiti alam
dan mencapai kesejahteraan dengan menyeimbangkan elimen fikiran dan hatixliv. Manakala manusia sebagai

pengelola alam pula bermaksud manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi, mengelola serta
melestarikannyaxlv.

Kesimpulan
Kesimpulannya, makanan dan amalan pengambilan diet seimbang merupakan faktor penting bagi
menjamin kesihatan fizikal, mental dan rohani manusia serta memberi kesan terhadap hubungan manusia terhadap
Allah, sesama manusia dan makhluk lain. Oleh itu, untuk kesinambungan kegemilangan ilmu ilmuwan Islam
terdahulu, umat Islam masa kini perlulah mencontohi, mengamalkan, dan menambahbaikkan amalan dan gaya
pemakanan yang berlunaskan sunnah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi melahirkan masyarakat yang
cemerlang jasmani, intelek dan spiritual.

Penghargaan
Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) atas sokongan berterusan dalam kajian ini. Kajian ini dibiayai oleh program
biasiswa MyMaster dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Rujukan
i

Lihat: Al-Buti, Muhammad Sa‘id Ramadan, Dawabit al-maslahah fi al-shari‘at al-Islamiyyah, Beyrut: Mu‘assasah al-risalah,
Edisi ke-4, 1402H/1982, hlm. 23.
ii
Global Status Report on Alcohol and Health 2011 WHO (2011) World Health Organization 2011. WHO Library Cataloguing in
publication Data. ISBN 978 92 4 1564151. Switzerlan. hlm. 4
iii
Ministry of Health Malaysia (August 2011) “Health Facts 2010”. Health Information Centre, Planning and Development
Division MOH/S/RAN/01.11(AR), hlm. 4-5.
iv
Lioba Weingartner (2000). The Concept of Food and Nutriton Security. This paper is a revision and update using elements of
the following papers: Gross, R. et al., 2000: The four dimensions of food and nutrition security: definitions and concepts; Hahn,
H., 2000: Conceptual Framework of Food and Nutrition Security; and Rötten, U., 2000: Food and Nutrition Security: Problems
and Perspectives. Page, 4.
v
Warren Belasco (2008). “The Key Concept, FOOD”. Oxford, UK: Oxford International Publishers Ltd. Page. 2
vi
Lioba Weingartner (2000). The Concept of Food and Nutriton Security. This paper is a revision and update using elements of
the following papers: Gross, R. et al., 2000: The four dimensions of food and nutrition security: definitions and concepts; Hahn,
H., 2000: Conceptual Framework of Food and Nutrition Security; and Rötten, U., 2000: Food and Nutrition Security: Problems
and Perspectives. Page, 4.
vii
Zainun Ishak (2006) “Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak”. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 70
viii
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000) “Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan, Pendekatan Islam dan Sains” Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm.15
ix
Zaini Nasohah (2004) “Syariah Dan Undang-undang, Suatu Perbandingan”. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 148
x
Haji Muhamad Endut, Johar Seman & Mashitoh Ahmad (2008) “PMR Pendidikan Islam”. Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi
Sdn Bhd. Hlm. 16
xi
Zaini Nasohah (2004) “Syariah Dan Undang-undang, Suatu Perbandingan”. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. Hlm. 149
xii
Zaini Nasohah (2004) “Syariah Dan Undang-undang, Suatu Perbandingan”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm. 149
xiii
Haji Muhamad Endut, Johar Seman & Mashitoh Ahmad (2008) “PMR Pendidikan Islam”. Bangi, Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd. Hlm. 16
xiv
Haji Muhamad Endut, Johar Seman & Mashitoh Ahmad (2008) “PMR Pendidikan Islam”. Bangi, Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd. Hlm. 16
xv
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006) “Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Halal Haram”. Pulau Pinang: Persatuan
Pengguna Pulau Pinang. Hlm.14
xvi
Al-Munjid fi al Lughah al-Arabiyah al-Mufasirah, Beirut, hlm. 309.
xvii
Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ke-3, hlm. 430.
xviii
Akta Perihal Dagangan 1972 (perintah Perihal Dagangan) (Penggunaan Perbahasan “Halal” 1975). Tafsiran menjelaskan
tanda pada makanan seperti “Makanan Orang Islam” atau “Ditanggung Halal” atau “Halal” atau sebagainya bolehlah diertikan
seperti berikut:
1. Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh syarak

atau yang tidak disembelih mengikut hukum Syarak.
2. Tidak mengandungi benda-benda najis.
3. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alatan yang tidak bebas dari najis
Semasa penyediaan, memproses atau menyimpan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan perkara yang tidak
memenuhi kehendak syarak.
xix
Wizarah al-‘awqaf wa al-shu‘un al-Islamiyyah, al-Mausu‘ah al-fiqhiyyah, al-Kuwait: Thaba‘ah Zat al-Salasil, 1410H/1990,
jld.18, hlm. 74.
xx
Al-Qaradawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Bayrut: Maktabah al-Islami, 1414H/1994, hlm. 17.
xxi
Surah al-Baqarah ayat 172
xxii
At-Thobari, Abu Ja'far Muhammad bin Jarir, Jami' al-Bayan ‘an Ta'wil ayi al-Qur'an, penterjemah: Misbah, Ahsan Askan,
Khairul Anam, Akhmad Affandi, editor: Edy Fr, Besus Hidayat Amin, Jakarta: Pustaka Azzam, 2009.
xxiii
Al-Qurthubi, al-Jami' li Ahkam al-Qur’an, penterjemah: Fathurrahman, Ahmad Hotib, editor: Mukhlis B. Mukti, Jakarta:
Pustaka Azzam, 2007.
xxiv
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006) “Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Halal Haram”. Pulau Pinang:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Hlm. 15
xxv
Muhammad Nasib Ar-Rifa’I (1999) “Kemudahan Dari Allah: Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir; penerjemah, Syihabuddin. Judul
Asli: Taisiru al-Aliyyul Qadir li Ikhtishari Tafsir Ibnu Katsir”. Jld. 1. Hlm. 139
xxvi
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad & Rahimawati Abdul Rahim (2007) “Membina Pelajar Cemerlang, Evolusi
Pembelajaran Sepanjang Hayat” Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 72
xxvii
Haji Muhamad Endut, Johar Seman & Mashitoh Ahmad (2008) “PMR Pendidikan Islam”. Bangi, Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd. Hlm. 17
xxviii
Surah al-Baqarah: 172
xxix
Surah Al-Baqarah ayat 168
xxx
Haji Muhamad Endut, Johar Seman & Mashitoh Ahmad (2008) “PMR Pendidikan Islam”. Bangi, Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn Bhd. Hlm. 17
xxxi
Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari (2009). Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa: Ilmu, Akidah, Syariah, dan Akhlak. Seri
Kembangan, Selangor: Al-Hidayah Publication. hlm. 44.
xxxii
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000) “Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan, Pendekatan Islam dan Sains” Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm. 15
xxxiii
Zainun Ishak (2006) “Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-kanak”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm. 72
xxxiv
Surah al-Mukminun ayat 51
xxxv
Al-Ghazali (2009) “Halal Dan Haram Dalam Islam”. Jasmin Interprise: Seri Kembangan, Selangor. hlm.1.
xxxvi
Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir “Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir”. Tahqiq: Hani al-Haj, Maktabah al-Taifiqiyyah, jld.1 t.th,
hlm.1
xxxvii

Al-Ghazali (2011) “Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali”. Shah Alam, Selangor: Illusion Network, Edisi Terhad,
Bab 11-17, hlm. 271
xxxviii
Al-Ghazali (2009) “Halal Dan Haram Dalam Islam”. Jasmin Interprise: Seri Kembangan, Selangor. hlm.4.
xxxix
Syekh Fauzi Muhammad Abu Zaid (1997) “Hidangan Islami, Ulasan Komprehensif Berdasarkan syariat & sains modern”.
Judul Asli; Maa-idah al-Muslim baina al-Din wa al-‘ilm. Jakarta, Indonesia: Gema Insani Press. Hlm. 114
xl
Surah Ali Imran ayat112
xli
Al-Ghazali (2011) “Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali”. Shah Alam, Selangor: Illusion Network, Edisi Terhad, Bab
11-17, hlm. 271
xlii
Zaini Nasohah (2004) “Syariah Dan Undang-undang, Suatu Perbandingan”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm. 149
xliii
Nasoha Saabin (2002) “Mengendalikan Hubungan Suami Isteri”. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlm. 17
xliv
Tim Pengembang Ilmu Pendidikan (Fakultas Ilmu Pendidikan-Universitas Pendidikan Indonesia) (2007). “Ilmu & Aplikasi
Pendidikan, Bagian 4 Pendidikan LIntas Bidang”. Bandung: Pt. Imperial Bhakti Utama. Hlm. 259
xlv
Tim Pengembang Ilmu Pendidikan (Fakultas Ilmu Pendidikan-Universitas Pendidikan Indonesia) (2007). “Ilmu & Aplikasi
Pendidikan, Bagian 4 Pendidikan Lintas Bidang”. Bandung: Pt. Imperial Bhakti Utama. Hlm. 259