Hassan Hanafi dan Pemikiran Kiri Islam (1)
1
Hassan Hanafi dan Pemikiran Kiri Islam
Wan Muhammad Akhyar bin Ab Shatar
P85138
ABSTRAK
Hassan Hanafi bukanlah satu nama yang asing dalam ruang lingkup pemikiran Islam. Tokoh yang
berasal daripada Mesir ini memainkan peranannya yang tersendiri dalam memberikan sumbangan
terhadap keilmuan Islam, khususnya yang bertemakan tentang teori kebangkitan dan kemodenan.
Menurut Hassan Hanafi, kebangkitan Islam merupakan kebangkitan rasional akal untuk
menghidupkan semula (revitalization) khazanah turath Islam, di samping dapat memberikan hujjah
balas terhadap wacana dan pemikiran yang berasaskan kepada Barat (Hassan Hanafi. 2000). Beliau
mengambil inisiatif dengan mewujukan suatu gagasan yang menyeru kepada perkembangan wawasan
kehidupan yang progresif dengan dimensi pembebasan. Menurut beliau, dengan gagasan tersebut
umat Islam tidak akan berada dalam keadaan yang rigid lagi jumud disebabkan terikat dengan Islam
semata-mata, akan tetapi masyarakat Islam akan mempunyai kekuatan berdaya saing dalam
menghadapi perkembangan semasa masyarat dengan teori-teori revolusioner yang meliputi semua
aspek ajaran Islam. Teori tersebut dikenali dengan teori “Pemikiran Kiri Islam”.
Kata Kunci: Kiri Islam, Pascamodenisme, Pasca-Islamisme
BIOGRAFI & RIWAYAT HIDUP
Beliau dilahirkan pada 13 Pebruari 1935 di Kaherah, Mesir. Pendidikan awal beliau bermula di
peringkat sekolah rendah. Beliau kemudian menyambung pengajian menengahnya di Madrasah
Thanawiyah Khalil Agra dan tamat pengajian pada tahun 1952. Semasa beliau mendapatkan
pendidikan menengah, beliau sudah mula melibatkan diri dengan mengikuti usrah kumpulam
Ikhwanul Muslimin dan mendalami pemikiran Sayyid Qutub berkenaan aktiviti serta keadilan sosial.
Melalui pembelajarannya, beliau tidak berasa puas hati dengan kaedah berfikir belia Islam semasa
yang sempit lagi kolot (M. Saiful. 2003).
Hanafi meneruskan pengajiannya di Universiti Kaherah dalam bidang falsafah. Semasa
tempoh pengajian beliau di sini, terjadinya beberapa siri-siri peperangan antara kumpulan Ikhwan dan
kumpulan gerakan revolusi. Disebabkan beliau sendiri hidup pada ketika itu dan menyaksikan sendiri
pertelingkahan yang berlaku antara golongan lama (Ikhwan) dengan golongan baru (revolusionist),
maka beliau nekad untuk menjadi seorang pemikir, seorang pembaharu dan seorang reformis dengan
mengelakkan konflik daripada terus terjadi. Pada tarikh 19 Oktober 1956, beliau kemudiannya
berhijrah ke Perancis untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Sorbonne dan
tinggal di sana dalam tempoh lebih kurang 10 tahun (Asep Usman. 2003).
Di Perancis, beliau cenderung mendalami idealogi Hegel dan Karl Marx. Di samping itu juga,
beliau giat mendalami berbagai disiplin ilmu, antaranya adalah Ilmu Mantiq. Beliau juga mendalami
ilmu perubahan dan sejarah daripada Gitton, seorang reformis Katolik Rome. Beliau juga mempelajari
fenomenologi dari Paul Ricour, dan beliau juga mempelajari analisa Edmund Husserl yang
berteraskan teori pengetahuan dan kenyataan serta mempelajari bidang perubahan daripada
Massignon (Abdul Qodir, 2001).
Pada tahun 196, disertasi beliau berkenaan ushul fiqih diumumkan sebagai karya ilmiah
terbaik di Mesir. Disertasi setebal 900 halaman itu bertajuk “Esei tentang Metode Penafsiran”. Setelah
mendapat jawatan doktor falsafah, Hassan Hanafi pulang ke Mesir pada tahun 1966 lalu mengajar di
Universiti Kaherah sehingga tahun 1971. Disamping itu juga, beliau turut dilantik sebagai pensyarah
pelawat di beberapa universiti lain seluruh dunia (Abdurrahman Wahid. 2001).
2
Pada tahun 1985 sehingga tahun 1987, beliau dilantik sebagai penasihat program Universiti
PBB di Jepun. Beliau juga pernah menjadi pensyarah Universiti Los Angeles, dan Univesiti Cape
Town. Setelah beliau pulang dari berbagai negara dunia untuk misi pendidikan baik sebagai pelajar
mahupun sebagai tenaga pengajar, beliau kembali mengajar di Fakulti Sastera Universiti Kaherah, lalu
dilantik sebagai Ketua Jabatan Falsafah hingga beliau diberhentikan pada tahun 1995 (M Aunul Abid
Shah, 2001). Selain dari pelbagai kesibukan didalam dunia akademik, beliau masih tetap bergiat aktif
dalam organisasi kemasyarakatan seperti menjadi setiausaha umum persatuan masyarakat falsafah
Mesir, menjadi anggota ikatan penulis se-Asia Afrika, menjadi anggota gerakan solidariti Asia-Afrika
serta menjadi presiden persatuan masyarakat Arab (John L. Esposito & Issa. J. Boulatta. 1995)
FASA PERKEMBANGAN DAN METODE PEMIKIRAN
Secara ringkasnya, perkembangan pemikiran Hassan Hanafi dapat dibahagikan kepada 3 fasa.
Fasa pertama adalah fasa tahun 1960-an. Pada awalnya, pemikirannya banyak dipengaruhi oleh
fahaman-fahaman yang berkembang di Mesir yang berkaitan dengan sosialistik, nasionasiltik dan
popularistik yang mana berkisarkan kepada teori Pan-Arabik. Pada ketika ini, beliau membentuk
pemikiran Islam yang mana pada hematnya sedang mengalami krisis. Beliau melakukan penelitian
terutamanya terhadap metode penginterpretasian sebagai upaya pembaharuan usul fiqh dan
menomenologi sebagai metode untuk memahami agama dalam konteks realiti kontemporari. Setelah
penelitian, demi penelitian dilakukan (Abdurrahman Wahid. 1994).
Fasa kedua adalah ketika pada tahun 1970-an, di mana beliau banyak membicarakan tentang
permasalahan semasa sebagai upaya untuk mencari jawapan atas kekalahan umat Islam ketika perang
melawan Israel tahun 1967. Dalam hal ini beliau cuba menggabungkan antara semangat keilmuan dan
kerakyatan. Namun beliau menyadari bahawa seorang ilmuwan tidak akan hanya duduk dan berfikir,
tapi juga harus memberikan jalan keluar ketika masyarakat sedang mengalami kesulitan. Dalam fasa
ini, Hassan Hanafi banyak menerbitkan tulisan, antaranya adalah Qadhaya Muasirah fî Fikrina alMuasir I pada tahun 1976 (Yudian W. Asmin. 1999). Beliau kemudiannya menulis Qadhaya
Muashirah fî Fikri al-Gharbi II pada tahun 1977.
Konflik yang terjadi antara pemerintah Mesir dan golongan radikal Islam yang membawa
kepada pembunuhan presiden Anwar Sadat pada tahun 1981 memberikan ilham kepada beliau untuk
menghasilkan buku beliau sebanyak 8 jilid yang merupakan himpunan artikel beliau sejak tahun 1976
yang bertajuk al-Dîn wa al-Tsawrah fî Mishr 1952-1981. Ia diterbitkan pada tahun 1987. Selain itu,
antara karyanya ketika fasa ini adalah Religious Dialogue and Revolution (1972-1976) dan Dirasah
Islamiyah yang diterbikan pada tahun 1981 (M. Najib B. 2000).
Fasa ketiga pula ketika tahun 1980-1990-an yang mana berlatarbelakangkan pemerintahan
yang stabil di Mesir berbanding pemerintahan sebelumnya yang penuh konflik. Pada fasa ini, beliau
menulis al-Yasar al-Islami, dan 5 jilid buku yang bertajuk al-Aqidah ila al-Tsawrah pada tahun 1988.
Pada tahun 1985-1987, beliau sempat menghasilkan buku yang bertajuk Religion, Ideology, and
Development. (Yudian W. Asmin. 2001).
Metode pemikiran Hassan Hanafi dapat dibahagikan kepada 4 metode. Meode pertama beliau
adalah tradisi pemikiran falsafah Marxisme melalui metode dialektik. Metode kedua beliau adalah
metode hermeneutik. Metode ketiga beliau merupakan metode fenomenologi. Manakala metode
pemikiran beliau yang keempat adalah metode dialektik (Ahmad Hasan Ridwan. 1998).
LATAR BELAKANG PEMIKIRAN KIRI ISLAM
Pada tahun 1981, Hassan Hanafi menerbitkan jurnal berkala beliau yang bertajuk al-Yasaar al-Islami:
Kitabat Fi al-Nahdha al-Islamiah (Kiri Islam: Himpunan Tulisan Berkenaan Kebangkitan Islam).
Penulisan beliau ini diterbikan setelah berlakunya Revolusi Islam di Iran pada Febuari 1979 yang
3
mana pada ketika itu merupakan kemuncak kepada pergolakan politik di Mesir. Penulisan beliau ini
diterbitkan setelah terbitnya tulisan Khomeini yang bertajuk Jihad an-Nafs (Kazuo Shimogaki. 2001).
Artikel pertama beliau dalam jurnal Kiri Islam, Hassan Hanafi membicarakan beberapa isu berkaitan
teori kebangkitan Islam. Secara ringkasnya, kiri Islam didasari tiga tunjang utama dalam rangka
merealisasikan kebangkitan Islam, revolusi tauhid dan kesatuan umat. Yang pertamanya adalah
revitalisasi khazanah Islam. Yang keduanya adalah perlunya penentangan terhadap peradaban Barat.
Dan yang ketiganya adalah analisis terhadap realiti semasa dunia Islam (Hassan Hanafi. 1989).
Menurut beliau, revitalisasi khazanah Islam memerlukan rasional akal dalam memahami dan
menafsirkan semula mutiara-mutiara warisan ilmuan terdahulu. Penentangan terhadap peradaban
Barat memerlukan umat Islam untuk mengingat kembali akan bahaya penjajahan baik dari sudut
negara dan penjajahan sosio budaya yang mana berperanan besar dalam membunuh pemikiran serta
keilmuan Islam. Dalam hal ini, Kiri Islam menawarkan konsep 'oksidentalisme' bagi menolak konsep
'orientalisme' dalam rangka mengakhiri mitos peradaban Barat. Dari aspek analisis realiti semasa,
Hassan Hanafi mengkritik kaedah tradisional yang rigid pada teks Qur’an dan Hadith dan
mencadangkan metode baharu agar realiti semasa umat Islam dapat berarah kepada yang lebih baik.
Dalam memilih ayat Qur’an, beliau tidak melakukan penafsiran per ayat, akan tetapi beliau cenderung
memilih ayat-ayat yang dirasakan dapat memberi penyelesaian kepada permasalahan semasa umat
(Kazuo Shimogaki. 2001).
SEBAB-SEBAB PENULISAN KIRI ISLAM
Hanafi berkata, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan Kiri Islam hasil dari kejayaan revolusi
Islam akbar Iran yang mengejutkan dunia, dimana rakyat Muslim bersatu melawan tekanan
pemerintahan askar dan menumbangkan rejim atas nama “Islam” dan “kekuatan Allah Maha Besar”.
Revolusi ini dapat disamaratakan dengan dua revolusi besar lain, iaitu revolusi Perancis dan juga
revolusi Bolsyevik di Rusia. Kiri Islam juga merupakan kesinambungan daripada gerakan-gerakan
Muslimin di Afghanistan, Melayu, Filipina, Pakistan, dan revolusi Algeria untuk memartabatkan
Islam sebagai khazanah nasional, yang memelihara ketulenan dan kreativiti kaum Muslim serta
memperjuangkan kepentingan mereka dan mendonamisasi masyarakat Muslim di setiap tempat (Abad
Badruzzaman. 2005).
DASAR INTIPATI KIRI ISLAM
Secara umumnya, realiti umat Islam sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding dengan
Barat. Dalam hal ini, Hassan Hanafi tampil dengan Kiri Islam dan menyarankan solusi beliau dalam
menangani permasalahan tersebut. Beliau dilihat cuba untuk membentuk kembali mentaliti umat
Islam melalui penulisannya. Dalam tulisannya, beliau mengkritik kecenderungan umat Islam yang
hanya mementingkan kejayaan ukhrawi. Dalam hal ini, beliau dilihat menentang konsep teologi yang
dibawa oleh Asy’ari dan konsep tasawuf yang dibawa oleh al-Ghazali yang mana menurut beliau
lebih memilih ibadah memikirkan akhirat berbanding memikirkan maslahat keduniaan (Listiyono
Santoso. 2014).
Seterusnya dalam Kiri Islam, Hassan Hanafi ingin membuktikan bahawa bahaya Liberalisme
terhadap Islam yang hanya mementingkan kepentingan golongan atasan dengan mengerah
sepenuhnya produksi rakyat tanpa memikirkan kesejahteraan mereka. Kritikan beliau ini berdasarkan
kepada penelitian beliau terhadap ketamadunan barat. Dalam kitabnya Muqaddimah fi Ilmi Istighrab,
beliau menyeru umat Islam untuk menolak hegemoni budaya, politik dan ekonomi Barat. Seterusnya
beliau mengkritik Marxisme yang hanya menjanjikan keadilan sosial, namun pada hakikatnya
mengekang kebebasan rakyat tampa mengambilkira kepentingan rakyat (Ahmad Hasan Ridwan.
1997). Beliau juga mengkritik semangat nasionalisme yang hanya menimbulkan konflik dan polemik
semata-mata dalam politik di Mesir khususnya. Tambah beliau lagi, seruan nasionalisme hanya
4
sekadar menjadi omongan, akhirnya membawa kepada keburukan rakyat sendiri (Khoirur Rizal
Umami. 2014).
REVITALISASI KHAZANAH ISLAM
Kiri Islam dilihat dapat membentuk semula khazanah ilmu terdahulu. Tujuannya tidak lain tidak
bukan adalah untuk membangunkan semula paradigm ilmu pengetahuan Islam setelah sekian lama
masyarakat Islam berada dalam keadaan mundur. Proses menghidupkan semula tradisi keilmuan
bererti mengembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu. Dengan tidak
merealisasikan tradisi keilmuan bermakna kita memerlukan upaya untuk menjadikannya satu
kenyataan dengan mengadakan reformasi dan penambahbaikan (Kamran As’ad & Mufliha W. 2003)
Menurut beliau lagi, Turath bukan sekadar ilmu zaman dahulu kala, namun Turath merupakan
ilmu klasik yang berubah mengikut zaman dan perkembangan sejarah. Ia merupakan sebahagian
daripada realiti semasa. Oleh yang demikian dakwa Hassan Hanafi melalui Kiri Islamnya, umat Islam
akan mampu membentuk semula disiplin Turath dan menambah baik kandungan sedia ada seperti
ilmu mantiq, ilmu usuluddim, ilmu hikmah, ilmu tasawuf dan sebagainya (M. Aunul Abid Shah.
2001). Dalam bidang usuluddin, Kiri Islam bertindak sebagai paradigma yang berdiri secara tunggal,
yang mana menyamakannya dengan Muktazilah yang merupakan releksi kepada rasionalisme dan
naturalisme manusia. Kiri Islam mengagungkan konsep Usul Khamsah Muktazilah dan mengikuti
aliran mazhab Maliki yang mana mengaplikasikan Masalih Mursalah dalam membincangkan perihal
umat (ibid).
Dalam bidang falsafah, Kiri Islam dilihat selaras dengan pandangan Ibnu Rusyd yang
mengelakkan perbahasan metafizik dengan menggunakan rasional untuk menganalis peraturan alam.
Dengan demikian, Kiri Islam menegaskan penggunaan rasionalistik hikmah berbanding dengan
kepercayaan spiritual secara mapan. Dari segi tasawuf pula, Kiri Islam menolak penggunaannya
disebabkan ia menyebabkan kemunduran umat yang mengagung-agungkan tokoh-tokoh tasawuf
seperti Ibnu Taimiyah dan lain-lain lagi (Kamran As’ad & Mufliha W. 2003). Dalam bidang hadith
pula, Kiri Islam lebih mementingkan kepada maknawi hadith, bukan kepada rantaian perawinya,
disamping lebih mementingkan kalam nabi itu sendiri berbanding peribadi. Dalam bidang tafsir alQur’an, Kiri Islam tidak menggunakan metode historis, akan tetapi beliau menggunakan metode
tafsiran perspektif. Dalam bidang fiqh pula, Kiri Islam lebih mementingkan aspek muamalah daripada
ibadah (Ilham Saenong. 2002).
PENENTANGAN PERADABAN BARAT
Kiri Islam diterbitkan untuk menentang dan menggantikan pengaruh kedudukan Barat. Jika alAfghani mengingatkan kepada kita bahaya pemerintahan imperialisme, maka kita pada ketika ini
sedang menghadapi ancaman implerialisme kebudayaan. Kiri Islam bertujuan untuk
memperkukuhkan umat Islam dari segi tradisinya baik kelilmuan dan peradaban dan menuntun umat
untuk bangkit menentang penjajahan yang asalnya untuk melenyapkan kebudayaan nasional dan
memperkukuhkan dominasi barat.
Kiri Islam bertujuan untuk mengembalikan kembali kegemilangan umat Islam dengan
menolak penguasaan Barat yang mana selama ini menjadi sumber rujukan dan kekuasaan serta
kemajuan yang menjadi rujukan dunia. Impian Hassan Hanafi melalui penulisannya adalah untuk
mengembalikan semula pengaruh Barat dan menjadikan ia sebagai bahan kajian masyarakat Timur
untuk membangun peradaban baru dan menandingi pengaruh orientalisme lama. Dengan adanya
pengajian berkenaan peradaban Barat dan Eropah, maka objektif ini dapat dilaksanakan (Ahmad
Hasan Ridwan. 1997).
5
Umat Islam perlu mengetahui bahawa kekuatan Barat terletak pada falsafah “Aku berfikir,
maka aku ada”. Dengan ini, Barat menjadikan diri mereka sebagai subjek pengetahuan dan Timur
sebagai objek pengetahuan. Semasa Barat mewujudkan pengajian oriental, maka Timur perlulah
mewujudkan pengajian oksidential yang mana mengkaji segala aspek kebaratan seperti sumber
peradabannya, sejarahnya, struktur pembinaan dan masa depannya. Jika Barat boleh melihat diri
mereka melalui perspektif Timur, mengapa tidak Timur bertindak sedemikian demi memahami dan
menjalani budaya yang berbeza daripada mereka. Walaupun begitu, oksidentalisme yang
dimaksudkan oleh Hassan Hanafi bukanlah lawan ataupun beza kepada orientalis, namun demikian
apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam Kiri Islam adalah hubungan dialektik yang saling
melengkapi serta mengkritik antara satu sama lain sehingga dapat mengelakkan perkaitan hegemonic
dan dominatif dari mana-mana pihak (Abad Badruzzaman. 2005).
ANALISIS REALITI SEMASA DUNIA
Dalam Kiri Islam, Hassan Hanafi menggambarkan situasi dunia Islam tidak secara normatif. Beliau
memberikan pandangan beliau tentang realiti dunia semasa. Menurut beliau, pemikiran keagamaan
umat Islam selama ini hanya menumpukan kepada pengintegrasian seperti proses Islamisasi. Bagi
beliau, pendekatan tersebut mempunyai banyak kelemahan.
Menurut beliau, al-Qur’an adalah teks (skriptur). Ia bukanlah realiti semasa, tidak lain hanya
sebagai penulisan berbentuk linguistik terhadap apa yang diturunkan (nuzul ayat). Berbeza halnya
dengan rasional dan ekperimentasi yang mana menjadikan akal manusia sebagai kayu ukur untuk
menentukan apa-apa permasalahan. Argumentasi teks hanya terpakai kepada yang mempercayainya
sahaja. Bagaimana keadaannya untuk berhujah dengan golongan yang menolaknya? Teks hanya
menumpukan kepada konteksnya sahaja bukan kepada rasional akal (Ilham Saenong. 2002). Tambah
beliau lagi, teks adalah sesuatu yang asing kerana ia bukan dating daripada realiti masyarakat semasa.
Teks juga bersifat unilateral yang mana berkaitan dengan teks-teks lain, tiada originaliti. Menurutnya
lagi, posisi sosial seorang penafsir menjadi asas kepada pemilihan teks dalam realiti, berbanding
dengan rasionalnya kepada seluruh umat manusia. Teks juga hanya berkisarkan kepada aspek
keimanan, emosi keagamaan dan pelbagai janji-janji manis terhadap mereka yang beriman. Teks juga
hanya bertindak sebagai nasihat berbanding kepada pembuktian (ibid).
Metode teks hanya akan memberikan pandangan tanpa menyatakan data kuantitatif,
sedangkan metode kiri Islam menggunakan metode kuantitatif dengan dapata angka dan statistik yang
mana realiti akan dapat berbicara tentang dirinya sendiri tanpa pergantungan kepada skrip. Teks hanya
berkisarkan asbab nuzul, berbeza dengan Kiri Islam yang secara lansung merujuk kepada objektif
permasalahan semasa dan mendatangkan data-data yang lebih mapan berbanding sekadar penceritaan
abstrak Qur’an (ibid)
KESIMPULAN
Sebenarnya pemikiran Hassan Hanafi merupakan pemikiran yang cemerlang, namun tak dapat
dinafikan bahawa pemikirannya telah menyimpang daripada ajaran Islam itu sendiri. Oleh kerana itu,
kajian yang mendalam diperlukan bagi memahami dengan lebih teliti pemikiran beliau. Sosialisasi
pemikiran Kiri Islam Hassan Hanafi akan sangat berguna kepada umat Islam sebagai hujjah agar
terma “Kiri” tidak lagi menjadi momok yang menakutkan untuk dikaji. Sebagai hasilnya, pemikiran
Islam pun dapat berkembang dengan lebih baik sehingga dapat mewujudkan suasana sosial seperti
yang diceritakan didalam Al-Qur’an dan diterapkan oleh Rasulullah Muhammad SAW dalam
membumikan Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam.
6
RUJUKAN
Abad Badruzzaman. 2005. Kiri Islam Hassan Hanafi: Menggugat Kemapanan Agama dan Politik.
Yogyakarta: Tiara Wacana
Abdurrahman Wahid. 1994. Pengantar dalam Kazuo Shimogaki, Kiri Islam Antara Modernisme dan
Posmodernisme: Telaah atas Pemikiran Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKis
Yogyakarta
Abdurrahman Wahid. 2001. Kata Pengantar beliau dalam Kiri Islam; Antara Modernisme dan
Postmodernisme Telaah Kritis Pemikiran Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKis
Abdul Qodir. 2001. Konsep Oksidentalisme Hassan Hanafi. Bandung: disertasi Fakulti Ushuluddin
Jurusan Aqidah Filsafat Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati.
Ahmad Hasan Ridwan. 1997. Pemikiran Hassan Hanafi: Studi Gagasan Reaktualisasi Tradisi
Keilmuan Islam. Yogyakarta: Tesis Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga
Ahmad Hasan Ridwan. 1998. Reformasi Intelektual Islam; Pemikiran Hassan Hanafi tentang
Reaktualisasi Tradisi dan Keilmuan Islam. Yogyakarta: Ittaqa Press
Asep Usman. 2003. Terjemahan kitab Dari Akidah ke Revolusi: Sikap Kita Terhadap Tradisi Lama.
Jakarta: Percetakan Buku Paramadina
Hassan Hanafi. 1989. al-Yasar al-Islami Wa al-Wahdah al-Wathaniyah. Kaherah: Maktabah Madbuli
Ilham Saenong. 2002. Hermeneutika Pembebasan: Metodologi Tafsir al-Qur’an Menurut Hassan
Hanafi. Jakarta: Teraju Press
John L. Esposito & Issa. J. Boulatta. 1995. The Encyclopedia of The Modern Islamic World. New
York: Oxford University Press
Kamran As’ad & Mufliha W. 2003. Terjemahan kitab Hassan Hanafi bertajuk Aku Bagian dari
Fundamentalisme Islam. Yogyakarta: Penerbitan Islamika
Kazuo Shimogaki. 2001. Kiri Islam Antara Modernisme dan Posmodernisme: Telaah kritis Pemikiran
Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKiS
Listiyono Santoso. 2014. Epistemologi Kiri (Seri Pemikiran Tokoh). Yogyakarta: Ar-Ruzz Media
M. Aunul Abid Shah. 2001. Islam Garda Depan, Mosaik Pemikiran Islam Timur Tengah. Bandung:
Pustaka Mizan Press
M. Saiful. 2003. Cakrawala Baru Peradaban Global. Yogyakarta: Penerbit Buku IRCiSoD
7
M. Najib B. 2000. Oksidentalisme: Sikap Kita terhadap Tradisi Barat. Jakarta: Percetakan
Paramadina
Yudian W. Asmin. 1999. Gerakan Pemikiran Kiri Islam: Studi atas Pemikiran Hassan Hanafi. Jurnal
Hukum Islam al-Mawarid edisi VII. Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia.
Yudian W. Asmin. 2001. Turas dan Tajdid. Yogyakarta: Titian Ilahi Press & Pesantren Pasca Sarjana
Bismillah Press