011 BM Pmhman Bhg B_ProPA 3_Julai

Nama Pelajar : ……………………………………………….

Tahun : …………………

JK ProPA DAERAH KAPIT
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT

MODUL ProPA 3 (JULAI) 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

011

BAHAGIAN B
Julai
jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nama dan tahun kamu pada garisan yang
disediakan.

2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan
pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah]
011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

2

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]
Soalan 21
Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( x ) bagi ayat yang salah.
1. Semua murid-murid itu disahkan sihat untuk menyertai acara Larian 1Malaysia. (

)

2. Setiap penumpang kereta dinasihati supaya memakai tali pinggang keledar.

(

)

3. Sebahagian daripada para-para peserta pertandingan memancing itu tidak

(

)

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
4. Beribu-ribu keping borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi dihantar

(

)

kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

[ 4 markah ]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat Tanya:
_________________________________________________________________________

Jawapan:
Pengarah Pendidikan Negerilah yang akan merasmikan Pesta Pantun Peringkat
Negeri Sarawak pada tahun ini.

[ 2 markah ]

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

3
b. Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

Beta titahkan diadakan
majlis yang gilang-gemilang
bagi menyambut keputeraan
pewaris takhta negeri.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

4
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Katak tergolong dalam kelompok haiwan amfibia. Hal ini bermakna haiwan ini mampu
hidup sama ada dalam air mahupun darat. Mengikut kajian ahli sains, terdapat lebih kurang 2900
spesies katak di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, sebanyak 158 spesies katak dapat ditemukan
di negara kita.
Namun, bagi segelintir anggota masyarakat, mereka menganggap haiwan ini sebagai suatu
ancaman. Tetapi sebaliknya, haiwan ini amat penting kepada ekosistem sesuatu tempat. Hal ini
demikian kerana haiwan ini merupakan pemakan serangga perosak yang banyak mendatangkan
kemudaratan kepada manusia. Haiwan ini amat berguna untuk mengurangkan jumlah serangga
secara semula jadi.
Selain itu, katak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala juga. Buktinya,
banyak peribahasa Melayu yang dipengaruhi oleh kisah haiwan amfibia ini. Contohnya “seperti
kata di bawah tempurung” yang bermaksud orang yang tidak suka bergaul dan amat sedikit
pergaulannya.
Katak juga memainkan peranan dalam penciptaan lagu kanak-kanak. Lagu Lompat Si

Katak Lompat sehingga kini popular dalam kalangan kanak-kanak. Sesungguhnya kebijaksanaan
dan kepekaan pencipta lagu tersebut terhadap alam sekeliling amat dihargai dan wajar dicontohi.

a. Berapakah jumlah spesies katak yang dapat ditemukan di negara Malaysia?
______________________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b. Mengapakah katak tidak dianggap sebagai suatu ancaman kepada manusia?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

5

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Katak mampu hidup di dalam air dan juga
di darat

Katak tidak memainkan peranan yang
penting kepada ekosistem.
BETUL
Sesetengah peribahasa Melayu juga
dipengaruhi oleh kisah katak.

SALAH

Lagu Lompat si Katak Lompat diketahui
oleh kebanyakan kanak-kanak.

[ 2 markah ]

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

6
Soalan 24
Baca iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

TAMAN IXORA INDAH,
BLOK 4B, KM 3 JALAN SELIRIK,
96800 KAPIT.

HUBUNGI ENCIK SIDI JEBINI
019-4827073

1. Rumah teres dua tingkat.
2. Terdapat empat bilik tidur dan tiga bilik air.
3. Kawasan taman dikawal oleh pengawal, penduduk diberi kad akses untuk keluar dan masuk
rumah serta kawasan taman dilengkapi kawalan kamera litar tertutup.
4. Terdapat surau dan gereja berhampiran dengan kawasan kejiranan.
5. Stadium Tun Jugah, Kompleks Sukan Bleteh, dan kolam renang KDC.
6. Berdekatan dengan Pasar Raya Home Mart, Hong Guan dan Borneo.

7. Suasana nyaman, sejuk dan pemandangan dari atas Bukit Selirik yang indah dan menarik.
8. Sewa yang berpatutan sebanyak RM800 sebulan.

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

7
a. Orang yang tinggal di rumah sewa dikenali sebagai ________________________________ .
[ 1 markah ]

b. Apakah ciri istimewa yang terdapat di dalam rumah sewa tersebut?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Mengapakah lokasi rumah sewa itu dikatakan strategik?
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d. Pada pendapat kamu, adakah penyewa akan berminat untuk menyewa rumah ini? Mengapa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

8
Soalan 25
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lautku membiru,
dulu leka berombak memukul pantai,
kini keghairahannya kian mengendur,
kerana dicemari tompok-tompok hitam,
dari kapal tangki itu.

Sungaiku jernih,
dulu mengalir deras ke hilir,
kini nafasnya kian semput,
oleh limpahan sampah sarap,
dari tangan manusia durjana.

Hutanku menghijau,
dulu melepaskan udara yang segar,
kini keindahannya kian pudar,
kerana pepohon mulai menyembah bumi,
dek pembalakan yang menggila di belantara.

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

9

a. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b. Mengapakah hutan amat penting?
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 1 markah ]
c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.
Laut kini dikotori oleh sisa tumpahan minyak hitam.

Hutan memperkenalkan warna hijau kepada kita.

[ 1 markah ]

kerana pepohon mulai menyembah bumi,
dek pembalakan yang menggila di belantara.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT