BM 011 Bhg B 2016 UD

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2016
TAHUN 6
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
Bahagian B
NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU

Kod Pemeriksa :
Bahagian

No. Soalan

Markah

21


1.Tulis nama kamu pada petak yang disediakan.
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan
ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
borang jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

22

(a)
(b)
(c)

23

(a)
(b)
(c)


24

(a)
(b)
(c)
(d)

25

(a)
(b)
(c)
(d)
JUMLAH

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

[lihat sebelah


30

SULIT

2

011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
atau

serta

dan


terhadap

tatkala

agar

oleh

kerana

Menabung merupakan amalan yang mulia. Amalan menabung dapat memberikan
keuntungan terhadap diri sendiri______________ keluarga. Menabung juga melatih
seseorang __________bersikap sabar dan sentiasa berusaha kerana menabung
memerlukan masa yang agak panjang untuk memperoleh hasilnya. Amalan menabung
ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat_____________ kita dapat menggunakan
wang simpanan itu jika kita menghadapi masalah kewangan _______________ dalam
kesusahan. Amalan menabung sangat baik kerana dapat mengelakkan diri daripada
bersikap boros.
[ 4 markah]
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya: __________________________________________________________
__________________________________________________________
Jawapan: Saya dan Aiman membantu Cikgu Ali membersihkan stor sukan sekolah.
[ 2 markah]
SULIT

3

011
[lihat sebelah

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

[ 2markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


SULIT

4

[ 2markah]

[lihat sebelah

011

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah
Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah.
Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah?
Pertama , setiap murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah.
Peraturan ini dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu menghindarkan
diri daripada berlari, bertolak-tolakkan atau bergaduh di dalam bilik darjah.
Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan peralatan

semasa mengikuti pembelajaran di bilik khas atau di makmal. Mereka tidak
sepatutnya bermain peralatan yang membahayakan diri sendiri dan rakan-rakan.
Selain itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak ansur
semasa berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap tersebut, sudah
tentu sesuatu perkara yang tidak diingini akan dapat dihindari.
Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di kawasan
yang sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya berada di
kawasan yang lebih terbuka seperti pondok bacaan atau di kawasan tapak
perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawap menjaga keselamatan diri
masing-masing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan warga
sekolah akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
a. Murid mesti mengikuti peraturan sekolah kerana ___________________________
__________________________________________________________________.
[1 markah]
b. Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik darjah?

[ 2markah]

[lihat sebelah


SULIT

5

011

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
Murid-murid perlu menitikberatkan
keselamatan diri di sekolah.
betul

Peraturan yang diikuti oleh murid di
dalam bilik darjah menyebabkan murid
tidak berdisiplin.

salah

Kawasan yang sunyi seperti di belakang
bangunan sesuai sebagai tempat

pembacaan untuk murid-murid.
[ 2markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada zaman dahulu, manusia menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.
Mereka mula menyusuri sungai dengan menggunakan batang kayu yang besar.
Mereka akan duduk di atas batang kayu tersebut lalu mendayung dengan
menggunakan kaki. Hal ini kerana, pada waktu itu manusia belum terdedah dengan
perkembangan teknologi.
Manusia berubah mengikut peredaran zaman, daripada menggunakan batang
kayu, manusia bertukar menggunakan rakit. Justeru, alat perhubungan pun turut
diperbaharui. Mereka menebang buluh untuk dibuat rakit. Besar atau kecil sebuah
rakit bergantung kepada tujuan penggunaannya.
Apabila semakin maju, manusia merekacipta pengangkutan yang lebih baik
berbanding rakit, iaitu sampan. Dengan menggunakan sampan, pergerakan manusia ke
sesebuah destinasi menjadi lebih pantas. Namun begitu, perkembangan teknologi
menyebabkan sistem pengangkutan air mengalami tranformasi. Jadi, manusia telah
menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk mereka pengangkutan air yang lebih
canggih seperti bot, feri dan kapal selam.

a. Perkataan zaman dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan__________________.
[1 markah]
SULIT

6

011
[lihat sebelah

b. Apakah alat pengangkutan yang digunakan oleh manusia sebelum rakit dicipta?

[ 2markah]
c. Mengapakah sistem pengangkutan air mengalami tranformasi ?

[ 2 markah]
d. Mengapakah manusia pada zaman dahulu menggunakan sungai sebagai jalan
perhubungan?

[ 3markah]


[lihat sebelah

SULIT

7

011

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BERJIMAT CERMAT

Pergi ke belukar memasang,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.

Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.

Masa meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.

Singgah berehat di kota lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahtera hidup.

SULIT

8

Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

011
[lihat sebelah

[2 markah]
b. Mengapakah kita harus berjimat cermat dalam semua perkara?
[1 markah]
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
Berdasarkan pantun tersebut.

Amalan berjimat cermat sangat dituntut oleh agama.

Boros berbelanja akan menambahkan pendapatan.
[1 markah]
Singgah berehat di kota lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahtera hidup.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas ?

[ 3markah]

KERTAS SOALAN TAMAT