011 BM Pmhman Bhg A_ProPA 3_Julai

SULIT
Nama Pelajar : ……………………………………………….

Tahun : …………………

JK ProPA DAERAH KAPIT
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT

MODUL ProPA 3 (JULAI) 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

011

BAHAGIAN A
Julai
jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1


Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3

Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak.
[Lihat halaman sebelah


011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

2
Bahagian A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Tun Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. _______________
dilahirkan pada 10 Julai 1925.
A Dia
B Beliau
C Kalian
D Mereka
2. “Berehatlah dahulu di pondok ______________ yang serba kekurangan ini,” kata Damak
kepada Hang Nadim.
A hamba
B patik

C beta
D baginda

3. Bola yang ditendang oleh Jemat berjaya _____________ gawang gol pasukan lawan.
A melalui
B melepasi
C merentangi
D membolosi
4. “Kalau tidak dipanaskan, bubur kacang ini akan _____________,” kata ibu kepada Kak
Anis.
A basi
B busuk
C hangit
D tengik

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

3

5. Encik Salim menghadiahkan _____________ cincin kepada isterinya sempena ulang tahun
perkahwinan mereka yang kedua.
A sebilah
B sebutir
C sebentuk
D seutas
6. Puan Ellya menunjukkan bahagian depan keretanya yang _____________ kepada
mekanik itu.
A kemik
B leper
C kempis
D nipis
7. Tangan Vanessa berbau _____________ selepas menyiang dua ekor ikan keli tadi.
A hapak
B hanyir
C hamis
D hancing
8. Kerepek pisang itu perlu disimpan di dalam tin yang kedap udara supaya tidak
___________.
A lembik

B lembut
C empuk
D lemau

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

4
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Franklin _______________ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya.
A menyauk
B mencedok
C mengambil
D menangkap

10. Para pekerja di kilang itu akan terus berpiket _____________ tuntutan mereka
tidak dipenuhi.
A sementara

B selagi
C selama
D sebelum

11. Mulut Jerryson kelihatan ____________ kerana dia sedang menghafal sifir.
A kumat-kamit
B kusut-masai
C mundar-mandir
D bongkar-bangkir

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

5
12. Jalan yang ______________ menyukarkan perjalanan kami ke kampung Pak
Kamal.
A lintang-pukang
B serbah-serbih
C hingar-bingar

D lekak-lekuk

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13 Sekawan pengakap sedang ____________________ Sungai Kapit dengan menaiki
sampan.
A

melintasi

B

menyusuri

C

mengharungi

D


menyeberangi

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

6
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14.

Pak Man menggunakan seruas buluh untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
A Seruas buluh digunakan di atas pokok kelapa untuk menadah air nira.
B Seruas buluh digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
C Seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira.
D Untuk menadah air nira, seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man.

15.

Pak Akob melarang anaknya menebang pokok rambutan yang sudah berbunga Itu.
A “Jangan tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada

anaknya.
B “Marilah kita tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak
Akob kepada anaknya.
C “Ayah akan menebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak
Akob kepada anaknya.
D “Tebanglah pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob
kepada anaknya.

Pilih ayat yang betul.
16.

A Rajesh bukan pandai berenang.
B Majalah sekolah itu ada dengan Fikri.
C Jemputlah masuk ke rumah saya.
D Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk tujuan pembangunan di
kawasan luar bandar.

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT


7
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan tokoh usahawan yang disegani di negara ini.
Beliau telah banyak berbakti kepada masyarakat dan bangsa. Walaupun sebagai bumiputera
yang terkaya di Malaysia, beliau tidak pernah lalai dalam membantu golongan yang kurang
berkemampuan.
Semasa menjadi pengarah beras pada suatu masa dahulu, sebahagian elaunnya yang
berjumlah RM750 didermakan kepada jiran-jiran yang kesempitan wang. Selebihnya disimpan
oleh ibunya. Selain itu, beliau turut disuruh menghantar lampu minyak tanah ke surau-surau.
Tujuannya supaya surau-surau diterangi, terutamanya pada bulan Ramadan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1951. Keluarga
ibu dan bapa beliau berasal dari Hadhramaut, Yemen. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Pendidikan beliau cuma setakat
tingkatan lima sahaja.
Oleh sebab kesusahan hidup, beliau bekerja sambilan semasa belajar di sekolah rendah
dan menengah. Beliau membantu ibunya menanam sayur di kebun atau menjual sayur tersebut di
pasar. Selepas menamatkan persekolahan, beliau membantu bapanya menternak lembu pula.
Setelah cukup pengalaman, beliau memulakan perniagaan menjual dan membungkus daging

lembu. Usaha beliau berjaya. Dari situlah, perniagaan beliau semakin berkembang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memang tidak suka akan publisiti. Beliau lebih berminat
melakukan kerja-kerja kebajikan melalui yayasan miliknya, iaitu Yayasan Al-Bukhary. Sumbangan
terbesar yayasan ini termasuklah membina Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.

17.

Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?
A Tokoh usahawan
B Tokoh negarawan
C Tokoh sejarawan
D Tokoh ilmuan

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT

8
18.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya …
A membina Muzium Kesenian Al-Bukhary.
B menamatkan persekolahan hingga tingkatan enam.
C memajukan perniagaan menjual dan membungkus daging lembu.
D menghadiahkan Yayasan Al-Bukhary kepada bapanya.

19.

Bagaimanakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membantu ibunya?
A Dengan menternak lembu
B Dengan berkebun dan menjual sayur di pasar
C Dengan bekerja sambilan pada waktu malam
D Dengan menghantar lampu minyak ke surau-surau

20.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dibesarkan dalam keluarga yang kayaraya
B Perniagaan pertama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ialah menjual beras
C Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary suka menonjolkan diri di khalayak ramai.
D Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary banyak melakukan kerja kebajikan.

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © 2016 Hak Cipta JK ProPA Daerah Kapit

SULIT