Konfusianisme biodata ringkas dan pengen

1

ABSTRAK
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang telah mengizinkan
saya untuk berkongsi idea, menulis dan menyiapkan kerja kursus bagi menyelidiki Agama
Konfusianisme di Malaysia. Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami, Ustaz Wan
Haslan Khairuddin yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar disepanjang proses
menyempurnakan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada para sahabat yang membantu
secara langsung mahupun tidak, semoga jasa kalian mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ilmu perbandingan agama adalah salah satu daripada cabang-cabang ilmu Islam.
Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah ayat 125 menekankan akan
kepentingan ilmu perbandingan agama, mafhumnya: “Dan apabila diturunkan sesuatu surah
(dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara
mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?"
Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang
mereka bergembira (dengan turunnya).”

Ajaran Konfucianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze, seorang tokoh peradaban Cina
yang bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia. Ajaran
Konfusianisme ini bukan agama secara mutlak, akan tetapi aliran falsafah dan moraliti

manusia. Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat pemujaan
terhadap beliau, dan muncul upacara dan ritual keagamaan serta perayaan yang berkaitan
dengannya Antara negara yang mempunyai penganut konfusianisme hari ini ialah negara
Malaysia, Singapura, China, Korea Selatan dan Utara, Vietnam, Hong Kong, Taiwan dan
lain-lain negara Asia Timur.

Dalam tugasan ini, saya akan cuba menerangkan dengan lebih lanjut mengenai
fundamental konfusianisme, siapakah pengasasnya, sejarah pengasasannya, bagaimana
tersebarnya ajaran ini, apakah akidah dan kitab suci ajaran ini, dan sebagainya. Di akhir
tugasan ini, saya akan cuba menerangkan senario ajaran ini di Malaysia. Semoga dengan
penulisan ini dapat merungkai masalah yang tersurat lagi tersirat. Wallahu ta’ala a’lam.

2

RIWAYAT HIDUP
Kung Fu Tze/ Kong Qiu/ Kong Hu Cu/ Kong telah dilahirkan di Kg. Chang Ping
daerah Lu, Duchy pada 551 sebelum Masihi yang kini dikenali sebagai Wilayah Shandong
pada zaman Zaman Chunqiu. Bapanya, Shu-Lian Heih merupakan seorang komander dan
meninggal dunia sewaktu beliau berumur tiga tahun, manakala ibunya Chiang Tsai Berasal
dari keturunan keluarga bangsawan tradisional.


Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidaklah kaya. Kematian
ayahandanya meninggalkan mereka dalam kemiskinan, selain faktor peperangan dan huru
hara pada zaman pemerintahan dinasti Lu. Beliau berkahwin dengan Kai Guan ketika berusia
20 tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang bernama
Kung Li.

Konfucius sanggup melakukan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan
kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527
S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan
mengajar murid-murid yang tinggal berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat
murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil
lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu.

Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang
banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Seawal usia 15 tahun beliau telah mempelajari
pelbagai jenis pelajaran seperti muzik, sastera, adat-adat lama china, kepimpinan dan ilmu
tatacara etika dalam kehidupan, dan sebagainya. Beliau menyebarkan ajarannya dirumah dan
dianggarkan semasa beliau berusia 34 tahun, beliau sudah mempunyai kira-kira 3000 orang
murid. Kung memenuhi usia emas beliau dengan mengarang berkenaan sejarah peradaban

negara China, mengukuhkan prinsip muzik, membuat sajak, membentuk sistem kesenian,
upacara, perayaan dan etika dan lain-lain. 1

1 Focus on Asian Studies, Vol. II, No. 1: Asian Religions, pp. 5-7, Fall 1982. Copyright AskAsia 1996.

3

Konfucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun
seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang
baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah
berkurangan sehingga hampir terhapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah
begitu baik sekali sehinggakan beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk
menahan pemecatan kuasa menteri. Konfucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada
tahun 496 SM untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera
negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi

Konfucius dijadikan tempat rujukan pelbagai pihak dan ramai berpuas hati dengan
penyelesaian yang diberikan sehingga beliau diberi gelaran Kung Fu Tze (Yang dipertua
Kung @ Ilmuan Kung). Antara buku tulisan beliau yang menerangkan perjalanan hidupnya
adalah Analects. Buku-buku tulisan beliau dihimpun semula lalu diulang tulis oleh muridmuridnya. Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun.

Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu.2

Konfucius meninggal dunia sewaktu beliau berumur 73 tahun dandikebumikan di
kubur Chu Fu (sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan sebuah taman yang cantik
dan dinamakan Taman Kong. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan 6 buah
karya. Karya beliau kemudiannya dihimpun dan ditulis semula oleh murid-muridnya yang
disebaut buku Lun Yu yang bererti bunga rampai atau Analects.

Pemikiran beliau ini tertumpu kepada sistem etika. Oleh yang demikian, ia bersifat
falsafah mengenai hakikat manusia, kehidupan manusia sebagai individu, dalam keluarga,
dalam masyarakat, dan seterusnya dalam kehidupan bernegara. 6 buah karya Konfucius itu
adalah:3
I.

I-Ching: buku mengenai perubahan. Pada asasnya buku ini mengenai ilmu nujum
yang dijadikan dasar dalam metafizik Konfucius.

2 www.ms.wikipedia.org/confucius

3 Ghazali bin Basri, 2013, Perbandingan Agama di Malaysia, Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej

Darul Hikmah.

4

II.
III.
IV.
V.
VI.

Shih Ching: terkandung syair dan puisi puji-pujian di dalamnya.
Shu Ching: buku mengenai sejarah dan peradaban.
Li Chi: Menceritakan tentang upacara-upacara keagamaan.
Jueh: Buku mengenai seni muzik.
Chun-Chiu: Menceritakan tentang musi panas (summer) dan musim gugur (fall)

KONSEP AJARAN KONFUCIANISME
Falsafah Konfucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan
hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Falsafahnya mempengaruhi masyarakat cina di
seluruh dunia. Konfucianisme juga dikenali sebagai Ru Jia. Ajarannya terkandung di dalam

buku Lun. Konfucius menekankan lima hubungan antara manusia (wulun) yang menetapkan
peranan individu dalam masyarakat, iaitu:
a. Hubungan antara suami dengan isteri, iaitu hubungan mesra harus dijalin antara
suami dan isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus patuh kepada suami.
b.Hubungan antara bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik terhadap anak dan
anak harus betanggungjawab terhadap orang tua.
C. Hubungan antara raja dengan pegawai, iaitu raja harus berperikemanusiaan dan
pengawai harus menunjukkan taat setia.
d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik), iaitu saudara tua
harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh dan hormat.
e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran.4

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni
yang membentuk masyarakat agar hidup saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira
bangsa. Nilai murni yang ditekankan oleh Konfusianisme boleh dibahagikan kepada:
a. Wu Chang (Four Virtues) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang
terdiri daripada:

4 www.impossibleknowledge.blogspot.com/2012/08/Kungfusianisme


5

i. Ren - yang membawa maksud perikemanusiaan, iaitu manusia perlu
memiliji sifat-sifat kemanusiaan, kasih sayang sesama manusia.
ii. Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral
dan patutu dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
iv. Zhi - Zhi yang bererti kebijaksaan, iaitu seseorang harus mempunyai
pengetahuan dalam pelbagai aspek.
v. Xin - Xin bermaksud kebolehpercayaan, iaitu kita harus berpegang kepada
janji dan menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan.

b. Ba De atau lapan nilai murni:5
i. Xiao - bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua.
Anak harus bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua.
ii. Ti - Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adikberadik. Mengikut Konfusianisme, hubungan yang baik antara adik-beradik harus
dijalin untuk mengelakkan konflik.
iii. Zhong - Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyat
haruslah menunjukkan taat setia kepada negara, komuniti, pekerjaan masing-masing.
iv. Xin - bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah. Sebagai
manusia yang bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak boleh

menipu orang lain. Mengikut Konfucius, Konsep Xin harus ditekankan untuk
mengelakkan penipuan dan penyelewengan.
v. Li - Yang meliputi nilai bersopan santun, berbudi bahasa, kelakuan,
uapacara amal dan istiadat bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain,
mematuhi segala undang-undang dan peraturan .
vi . Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral
dan patut dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

5 www.impossibleknowledge.blogspot.com/2012/08/Kungfusianisme

6

Vii. Lian - membawa maksud kejujuran dan ketulusan, iaitu melakukan
sesuatu dengan jujur dan tidak bersifat tamak.
Viii . Chi -Chi bersifat mengenal malu. Seseorang yang mengenal malu, tidak
akan melakukan sesuatu perbuatan yang melanggari norma hidup.

Daripada lapan nilai murni di atas , terdapat nilai-nilai yang boleh digabungkan dan
menjadi nilai yang lebih bermakna seperti Zhong + xiao = zhong xiao yang bermaksud
menunjukkan taat setia kepada negara dan berbakti kepada ibu bapa, manakala Xin + Yi = Xin

Yi pula merujuk kepada yang boleh dipercayai dan menepati janji. Jika setiap nilai yang
terkandung dalam konfusianisme dipraktikan dengan sepenuhnya, perwatakan yang baik,
keluarga yang bahagia dan negara yang adil serta masyarakat seluruh dunia yang aman dan
damai dapat diwujudkan.

ADAKAH KONFUCIANISME SEBUAH AGAMA?
Sebagai satu agama yang muncul dalam peradaban Cina, aliran ini mempunyai
pendirian yang berbeza terhadap agama berbanding barat. Mereka menganggap agama adalah
satu bentuk sistem pendidikan.Dengan sebab itu perkataan Chiao dalam masyarakt Cina
membebawa kepada dua maksud iaitu agama dan pendidikan. Maka menurut pendukung
Konfusianisme, matlamat agama adalah untuk menerapkan dan membentuk nilai moral
dalam diri manusia. Aliran ini tidak mempunyai kepercayaan “adanya Tuhan disebalik alam
ini”, tidak mempunyai dakwaan-dakwaan kebenaran seperti yang muncul dalam agama-agam
samawi, tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian dan seumpamanya, tidak mempunyai
institusi keagamaan yang bersistem, dan tidak mempunyai tempat ibadah khusus seperti
gereja. Ini menyebabkan ramai sarjana tidak menganggap ajaran ini sebagai ajaran agama
berbanding dengan Taoism dan agama Buddha.6

Namun terdapat sebahagian ajaran dan kepercayan mereka yang mempunyai kaitan
dengan kehidupan roh iaitu walapun mereka berpegang bahawa manusia hendklah berusaha

dalam menentukan nasib diri masing-masing tanpa boleh berserah sahaja kepada takdir,
6 www.hurahara-kisuke.blogspot.com/2011/04/siri-i-kemunculan-aliran-konfusianisme.html

7

namun dengan pengaruh kepercayaan tradisional Cina yang muncul sebelum ini,
Konfusianisme turut percaya terhadap penglibatan ruh nenek moyang dalam kehidupan
seharian manusia di dunia. Dalam hal ini mereka percaya mengenai adanya kuasa langit
(Tien/Shien) dan pengaruhnya terhadap manusia.7

ETIKA KONFUCIANISME DENGAN ISLAM
Banyak pengkaji menyimpulkan, terdapat keselarasan etika Konfucianisme dengan
Islam. Prof. Tu Weiming, 1997, mengatakan bahawa “Idea tentang kerajaan yang ramah dan
pertautan yang intim antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi
tersebut. Juga idea tentang perbezaan antara manusia dengan makhluk lain dan antara
tamadun dengan babarianisme dan pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan”. Dr
Ubaidullah Mohd Nasir, 2000, mengatakan bahawa “wujud persamaan di antara etika
Konfucianisme dengan Islam dalam aspek seperti pendidikan, kepimpinan, hubungan sesama
manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat”. Wujud penulis-penulis Cina yang
beragama Islam menulis tentang keselarasan etika Konfucianisme dengan nilai-nilai Islam

seperti yang dilakukan oleh Wang Daiyu (1573-1619 SM) melalui bukunya Zhenjiao
Zhenquan (Lee Cheuk Yin 1997).

KONFUCIANISME DI MALAYSIA
Seperti yang kita sedia maklum, bahawa ajaran Konfucianisme merupakan taswuf
falsafi yang sinonim dengan masyarakat Cina di Malaysia, yang mana ajarannya sudah sebati
dalam nilai-nilai murni masyarakat di Malaysia. Dan kita juga telah membincangkan bahawa
ajaran ini bukanlah sebuah agama, namun lebih menjurus ke arah ajaran falsafah dan etika
hidup bermasyarakat yang merupakan campuran dari agama Buddha. Namun demikian,
tidak kita nafikan bahawa ajaran ini diiktiraf oleh sesetengah pihak sebagai satu agama
anutan masyarakat Cina di Malaysia
Bukti yang dapat kita lihat adalah tokong Konfucius yang pertama dan satu-satunya tokong
ajaran ini di Malaysia, letaknya di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa
School di Pulau Pinang. Sekolah ini telah diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing sewaktu
7 www.hurahara-kisuke.blogspot.com/2011/04/siri-i-kemunculan-aliran-konfusianisme.html

8

lawatan beliau ke kawasan-kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa
itu, orang orang Cina di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong
Konfucius untuk memberi penghormatan kepada Konfucius sebelum memulakan
persekolahan awal mereka.

Di Melaka pula, kita dapat lihat berdirinya sebuah bangunan yang dinamakan
Bangunan Confucius, juga didirikan untuk memperingati jasa dan sumbangan Confucius
serta para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik dalam menyampaikan ajaran
mereka. Setiap tahun, akan diadakan satu upacara dan istiadat khas untuk memberi
penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar
Cina (28 September 551 BCE).8

KESIMPULAN

8 www.ms.wikipedia.org/confucius

9

Kesimpulan yang dapat saya kupas dari tugasan ini, setiap agama dan ajaran
mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dan ini bergantung pada individu yang
mengamalkannya Dapat kita simpulkan bahawa ajaran Konfucianisme bukanlah satu agama,
tapi ajaran ini adalah ajaran falsafah dan teori etika kemasyarakatan.

Bagi pengikut aliran Konfusianisme, sebuah institusi berdiri dengan menggunakan
idea dan nilai sebagai dasar pendiriannya, keberadaan institusi tersebut dalam masyarakat
kemudian akan memperluas dan mengekalkan penerapan idea-idea, serta akan mempengaruhi
kebijakan yang dihasilkan institusi tersebut. Idea ini kemudian akan mengandaikan apa yang
dianggap oleh faktor-faktor yang terlibat di dalamnya, dalam hal ini masyarakat merupakan
nilai yang penting untuk idea ini terus berkembang.

RUJUKAN

10



Ghazali bin Basri, 2013, Perbandingan Agama di Malaysia, Kajang: Akademi Kajian



Ketamadunan Kolej Darul Hikmah.
Focus on Asian Studies, Vol. II, No. 1: Asian Religions, pp. 5-7, Fall 1982. Copyright






AskAsia 1996.
studentsrepo.um.edu.my/643/2/BAB1.pdf
www.slideshare.net/CtMuna/konfusianisme
www.impossibleknowledge.blogspot.com/2012/08/Kungfusianisme
www.hurahara-kisuke.blogspot.com/2011/04/siri-i-kemunculan-alirankonfusianisme.html