Sisa Pembinaan dan Isu Isu yang berkaita

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

TECHNICAL PAPER:
SISA PEMBINAAN DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DI MALAYSIA
1

1

2

3

Sasitharan Nagapan ; Ismail Abdul Rahman and Ade Asmi
Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, Malaysia.
2
Faculty of Civil and Environmental Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
3
Department of Civil Engineering, Bakrie University, Jakarta, Indonesia.
Corresponding email: sasi81@hotmail.com


Abstrak:Pengurusan sisa pembinaan sangat penting bagi negara membangun seperti Malaysia. Kelalaian bagi
menguruskan sisa tersebut mengakibatkan pencemaran alam sekitar, kemelesetan ekonomi dan menjejaskan
keperluan sosial masyarakat. Artikel ini menerangkan dengan jelas berkenaan sisa pembinaan dan isu-isu yang
berkaitan dengannya. Kajian didapati, negara terjerumus dengan isu-isu pembuangan sisa pembinaan secara
haram dan tidak ada akta yang khusus mengenai pengurusan sisa pembinaan bersistematik. Akta Pengurusan
sisa pembinaan yang khusus diperlukan bagi menangani isu-isu yang kritikal di Malaysia. Di samping itu,
kontraktor, klien, perunding dan semua pihak perlu memberi kerjasama erat serta membantu negara ke arah
pengurusan lestari sisa pembinaan.
Kata Kunci: Pencemaran alam sekitar; Pembuangan sisa pembinaan; Pengurusan lestari sisa pembinaan

1.

Latarbelakang

Pertumbuhan ketara dalam industri pembinaan menjadi masalah yang serius bagi kebanyakan negaranegara membangun. Ramai penyelidik dan pengamal menunjukkan bahawa terdapat banyak aktiviti membazir
semasa merekabentuk dan proses pembinaan. Sisa pembinaan berpunca semasa peringkat pembinaan
termasuk perancangan, menganggar dan pembinaan (Wahab & Lawal, 2011). Tambahan pula, sisa pembinaan
berlaku semasa pengendalian bahan, kerja-kerja rekabentuk, operasi dan perolehan (Ekanayake & Ofori, 2000).
Kebanyakan aktiviti ini memakan masa dan usaha tanpa menambah nilai untuk klien serta menyebabkan

kerugian bahan dan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek. Sisa pembinaan mempunyai kesan langsung
terhadap produktiviti, kerugian masa dan bahan. Sisa fizikal menyumbang kepada sebahagian besar tapak
pelupusan dan kajian menunjukkan bahawa hampir 26% tapak pelupusan adalah dipenuhi sisa binaan. Oleh itu,
penekanan perlu diberikan untuk meminimumkan sisa pembinaan (Bossink & Brouwers, 1996). Industri
pembinaan menghasilkan jumlah besar bahan buangan, iaitu kira-kira empat kali daripada yang dihasilkan di
rumah tangga dan lebih 50% yang dibuang di tapak pelupusan (Hwang & Yeo, 2011; Ferguson et al., 1995).
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan budaya pembuangan ini, pengamal dan penyelidik pembinaan perlu
mengetahui punca faktor sisa tersebut. Faktor-faktor yang menyumbang kepada penjanaan sisa pembinaan
adalah pelbagai. Tujuan kertas kajian ini adalah untuk menyedarkan bahawa terdapat sisa fizikal dan bukan
fizikal dalam industri pembinaan serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

2.

Sisa Pembinaan

Pada umumnya, sisa boleh ditakrifkan sebagai apa-apa bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia dan
industri serta tidak mempunyai nilai (Serpell et al., 1995; Alarcon, 1994). Sisa juga adalah bahan yang tidak
diingini dan perlu dibuang kerana telah digunakan (Ferguson, 1995; Winkler, 2010; Nasaruddin et al., 2008).
Menurut Formoso et al., (1999), sisa juga boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kerugian yang dihasilkan oleh aktiviti
yang menjana kos secara langsung atau tidak langsung tetapi tidak mempunyai sebarang nilai tambah. Sisa

yang dimaksudkan dalam industri pembinaan adalah kelewatan projek siap, kos pembinaan meningkat,
kekurangan keselamatan, perjalanan pengangkutan yang berlebihan atau tidak perlu dan pilihan atau
pengurusan peralatan yang tidak wajar (Lee et al., 1999). Oleh itu, sisa pembinaan mencerminkan unsur negatif
bagi sesuatu projek pembinaan. Sisa binaan boleh dikelompokkan kepada sisa fizikal dan bukan fizikal. Rajah 1
menunjukkan domain sisa pembinaan yang terdiri daripada sisa fizikal dan bukan fizikal dari perspektif
pengurusan sisa pembinaan.

Rajah 1: Sisa Pembinaan

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232
2.1

Diges FKAAS Bil.1/2012

Sisa Pembinaan Fizikal (SPF)

Sisa pembinaan fizikal ditakrifkan sebagai sisa yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan,

pengubahsuaian, perobohan, penggalian tanah, pembinaan bangunan, pembersihan tapak, pembinaan jalanraya
dan pembaikan bangunan-bangunan yang rosak (Lauritzen, 1998; Shen et al., 2004; Kulatunga et al., 2006;
Poon, 2007; Tam & Tam, 2008; Kofoworola & Gheewal, 2009). Walau bagaimanapun, sesetengah sisa
pembinaan ditakrifkan sebagai sisa pepejal yang terdiri daripada pasir, bata, blok, keluli, konkrit, jubin buluh,
plastik, kaca, kayu, kertas, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain bahan organik (Katz & Baum, 2011; Hao et al., 2008;
Tam et al., 2007; Bossink & Browers, 1996). Tambahan lagi, menurut Alencar et al., (2011) bahan buangan yang
dijanakan dari projek pembinaan sama ada melibatkan pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian bahanbahan binaan adalah sisa pembinaan. Namun, boleh diringkaskan lagi penjelasan tersebut iaitu semua bahan
binaan yang dikeluarkan dari tapak projek pembinaan dan dibawa terus ke tapak pelupusan adalah sisa
pembinaan. Rajah 2 (a),(b),(c) dan (d) mengambarkan SPF semasa aktiviti perobohan, pembinaan,
pengubahsuaian dan buangan. SPF 2(a) diperolehi selepas aktiviti perobohan rumah satu tingkat di tepi Jalan
Tanah Merah, Batu Pahat, Johor; 2(b) diperolehi di tapak pembinaan kawasan Kuala Lumpur; 2(c) merupakan
penjanaan sisa batu bata dan kayu semasa aktiviti pengubahsuaian rumah dua tingkat di Parit Raja, Johor; dan
Rajah 2(d) dikenalpasti di tepi Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

(a) Pecahan dinding bata dari aktiviti perobohan

(b) Sisa Kayu dari aktiviti pembinaan

(c) Kayu dan pecahan batu bata dari aktiviti
pengubahsuaian rumah dua tingkat


(d) Buangan sisa simen yang telah mengeras

Rajah 2: Sisa Pembinaan Fizikal

2.2

Sisa Pembinaan Bukan Fizikal (SPBF)

Sisa pembinaan bukan fizikal biasanya berlaku dari peringkat rekabentuk hingga pembinaan telah siap
sepenuhnya. Sisa seperti ini juga dinamakan sebagai sisa tidak ketara, sisa tidak langsung dan aktiviti yang tiada
nilai tambah oleh penyelidik-penyelidik lain (Lu & Yuan, 2011; Nagapan et al., 2011; Zhao & Chua 2003;
Formoso et al., 2002, Koskela, 1992). Walau bagaimanapun, sisa ini berbeza dengan sisa fizikal kerana sisa
yang dimaksudkan ini tidak dikaitkan secara fizikal tetapi aktiviti atau masalah yang boleh menyebabkan
kerugian wang dan kehilangan masa dalam projek pembinaan. Sehubungan itu, penyelidik dari Indonesia
takrifkannya sebagai aktiviti yang tidak ada nilai tambah seperti pembaikan, masa menunggu dan kelewatan
(Alwi et al., 2002a; Alwi et al., 2002b). Selain itu, SPBF boleh juga ditakrifkan sebagai sebarang ketidakcekapan
semasa membuat keputusan dalam penggunaan peralatan, bahan, inventori, buruh dan modal (Nazech et al.,

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.

Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

2008; Formoso, 1999; Koskela, 1992). Dalam erti kata yang lebih mudah, SPBF adalah sebarang aktiviti
membazirkan wang dan masa. Dua jenis SPBF telah dikenalpasti semasa lawatan di tapak pembinaan Simpang
Ampat, Penang di bawah seliaan Engr. Fariz. Rajah 3 (a) dan (b) mengambarkan situasi di tapak pembinaan
yang menyebabkan kelewatan dan bayaran lebihan upah pekerja serta kos bahan tambahan yang digunakan
untuk tujuan pembaikan atau repair work tersebut.

Rajah 3(a): Silap design kerana 2 hujung tidak
bertembung di tapak pembinaan.

Rajah 3(b): Kerja pembaikan dilakukan yang
menyebabkan kerugian masa dan kos
kerja lebihan masa bagi dua pekerja itu.

Selain itu, Rajah 4 (a) dan (b) mengambarkan kualiti kotak bentuk yang digunakan tidak baik sehingga

menyebabkan konkrit mengeras dengan tidak seragam di ruang atas platform berkenaan. Kerja semula atau
rework perlu dilakukan untuk menampung balik ruang yang tidak seragam seperti rajah di bawah.

Rajah 4(a): Kerja pembaikan (repair work) disebabkan Rajah 4(b): Dinding telah dikonkritkan semula
oleh sokong kerangka yang lemah menyebabkan
menyebabkan pembaziran bancuhan konkrit dan
pembaziran tenaga kerja
secara langsung melibatkan kos
Rajah 3 (a) (b) dan Rajah 4 (a) (b) : Sisa Pembinaan Bukan Fizikal

3.

Isu-Isu Sisa Pembinaan di Malaysia

Pada masa kini isu sisa pembinaan ini menjadi sangat ketara di Malaysia (Begum et al., 2010). Kepesatan
pembangunan industri pembinaan menyebabkan banyak sisa binaan dihasilkan di negara ini. Ini disebabkan
oleh permintaan yang tinggi terhadap projek rumah dan infrastruktur (Nasaruddin et al., 2008; Siti & Noor, 2008).
Sementara itu, kajian dijalankan di 30 tapak pembinaan dan dapat mengenal pasti enam jenis sisa pembinaan
kerap dihasilkan di tapak pembinaan iaitu konkrit (12.32%), logam (9.61%), bata (6.54%), plastik (0.43%), kayu
(69.10%) dan lain-lain (2%). Dengan itu, sisa kayu adalah paling dominan dan banyak dihasilkan di negara ini

(Faridah et al., 2004). Selain itu, menurut Yahaya & Larsen (2008), pembuangan haram telah meningkat dengan
pesat di Malaysia. Laporan tersebut disokong dengan kajian di Daerah Johor yang menunjukkan terdapat 42%
daripada 46 tapak pelupusan haram adalah terdiri daripada sisa pembinaan (Rahmat & Ibrahim, 2007).
Tambahan lagi, kajian mengenalpasti pembuangan secara haram berhampiran jalan raya di Seberang Perai,
Pulau Pinang (Faridah et al., 2004). Di samping itu, di negeri Selangor terdapat tinggalan sisa pembinaan di
sepanjang jalan di Seksyen 17, Petaling Jaya seperti yang dilaporkan oleh media massa (The Star, 2012).

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

Justeru itu, lambakkan sisa pembinaan berisiko ini menyebabkan kesihatan manusia dan alam sekitar terancam
(Faridah et al., 2004; Rahmat & Ibrahim, 2007).
Menurut Seow & Mohamad (2007), isu pembuangan haram seperti ini berleluasa di negara ini kerana kos
pengurusan sisa serta lokasi pembuangan sangat jauh dari tapak projek. Tambahan lagi, kontraktor ingin
memaksimumkan keuntungan mereka dengan cuba mengelakkan kos pengangkutan dan fee tapak pelupusan.
Oleh itu, kos dan lokasi projek adalah faktor utama yang mendorong kontraktor berbuat demikian. Walau

bagaimanapun, Rahmat & Ibrahim (2007) membidas dengan meletakkan etika manusia merupakan faktor utama
masalah ini timbul. Melihat dari aspek kerajaan pula, isu-isu pembuangan haram ini dikaitkan dengan
penguatkuasaan undang-undang negara. Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan yang menyentuh
hal pengurusan dan pengendalian sisa pembinaan. Rajah 5 menunjukkan akta dan standard yang melihat aspek
pengurusan sisa di Malaysia.

Rajah 5: Akta dan Standard pengurusan sisa pepejal di Malaysia
Seperti dalam Rajah 5, terdapat empat dokumen bertulis yang mempengaruhi pengurusan sisa di Malaysia.
Keempat-empat akta dan standard dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia seperti Jadual 1.
Jadual 1: Akta yang terlibat dalam pengurusan sisa
AKTA /
STANDARD

NAMA PENUH

Akta 672

Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam 2007


PIHAK YANG
BERTANGGUNGJ
AWAB
Kementerian
Perumahan dan
Kerajaan
Tempatan

Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974

Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar

Standard JKR

Spesifikasi Piawai untuk Kerja
Bangunan Edisi 2005


Kementerian
Kerja Raya

Akta 520

Akta Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia
1994

Lembaga
Pembangunan
Industri
Pembinaan
Malaysia

Akta 127

ULASAN
Akta ini menyatakan sisa pepejal
pembinaan berada di dalam
kumpulan sisa pepejal secara umum.
Akta ini menghuraikan dalam aspek
kawalan pencemaran, seseorang
dianggap mencemarkan tanah
dengan pelupusan sisa pepejal boleh
menyakitkan hati manusia, memberi
kesan kepada air bawah tanah dan
memudaratkan tanah.
Standard ini menerangkan kontraktor
dipertanggungjawabkan untuk
mengumpul dan membersihkan
semua sisa sampah atau sisa
pembinaan sekurang-kurangnya dua
kali setiap minggu.
Akta menerangkan dalam aspeks
penguatkuasaan dan penyiasatan,
pegawai penyiasat mempunyai kuasa
untuk memasuki tapak pembinaan
pada bila bila masa untuk memeriksa
kerja-kerja pembinaan.

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

Keempat-empat akta dan standard berkenaan menerangkan penjanaan dan pengurusan semua jenis sisa
secara umum. Contohnya sisa domestik, sisa harian, sisa jadual, sisa taman, sisa industri dan lain-lain lagi.
Walaubagaimana pun, masih kurang jelas dan tidak ada undang-undang khas atau terperinci untuk pengurusan
sisa pembinaan di Malaysia.

4.

Senario Sisa Pembinaan di Malaysia

Sisa pembinaan selalunya kurang diberi perhatian berbanding dengan sisa domestik. Di dalam
pengurusan sisa pembinaan, tiga elemen perlu diambil kira. Elemen tersebut adalah penjanaan sisa binaan yang
berlebihan, kelewatan projek pembinaan dari tempoh yang ditetapkan serta kos pembinaan melebihi nilai yang
ditender (Begum et al., 2009; Alwi et al., 2003; Formoso et al., 2002). Rajah 6 menunjukkan sebab dan akibat
sisa pembinaan di Malaysia. Rajah tersebut dibentukkan hasil daripada tinjauan di beberapa tapak pembinaan.
Rajah tersebut mengambarkan dua senario yang berbeza berpunca dari projek pembinaan.

Rajah 6: Pengendalian sisa pembinaan
Senario pertama adalah berkenaan dengan sisa pembinaan fizikal. Projek pembinaan lazimnya
menghasilkan sisa fizikal seperti pecahan batu-bata, konkrit lebihan, besi potong, kayu-kayan, buangan
bungkusan plastik, kertas bungkusan kotak-kotak, paip pvc dan lain-lain lagi. Sisa seperti ini biasanya berbentuk
pukal dan mengambil ruang di tapak pembinaan. Bahan-bahan seperti ini dimasukkan ke dalam tong Roro (Rollon-Roll-off bin) atau dikumpulkan di satu lokasi di dalam kawasan tapak pembinaan. Kontraktor membayar kos
pengangkutan tong Roro yang penuh dengan sisa pembinaan untuk dibawa ke tapak pelupusan yang sesuai dan
berdekatan. Konsep buang terus ini telah menjadi budaya kebanyakan kontraktor di Malaysia. Malangnya,
inisiatif untuk kitar semula sisa pembinaan kurang dipraktikkan di Malaysia. Malah, kebanyakannya kilang-kilang
kitar semula yang dibangunkan adalah hanya untuk plastik, tin aluminium dan kertas (sisa harian atau domestik).
Manakala, kilang khas untuk mengitar semula sisa pembinaan masih belum ada lagi di Malaysia. Seterusnya
keadaan ini telah terbukti dengan pembukaan 9 lagi tapak pelupusan baru oleh kerajaan Malaysia (Jurutera,
2011). Menurut Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) terdapat 289 tapak pelupusan (landfills) di seluruh Malaysia
(The Ingenieur, 2009). Dengan ini telah terbukti bahawa Malaysia lebih menitikberatkan pembuangan sisa di
tapak pelupusan. Keadaan seperti ini mengakibatkan pencemaran alam sekitar semakin meningkat di Malaysia
(The Star, 2011). Selain itu, pencemaran bau merupakan yang paling kurang senang oleh komuniti setempat
yang tinggal berhampiran dengan tapak pelupusan (Zaini et al., 2011). Walau bagaimanapun, kebanyakan
penyelidik hanya fokus sisa pembinaan fizikal berbanding sisa pembinaan bukan fizikal (Lu et al., 2011).
Senario kedua adalah sisa pembinaan bukan fizikal. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak arif mengenai
terma 'sisa pembinaan bukan fizikal' tetapi sisa tersebut memberi kesan serius terhadap pembangunan negara.
Sisa yang dimaksudkan adalah kelewatan projek siap mengikut tempoh yang ditetapkan (delay) dan kos
pembinaan melebihi harga tender atau harga asal (cost overrun). Sisa seperti ini boleh wujud dari awal proses
tender hingga projek siap sepenuhnya. Masalah sisa pembinaan seperti ini selalu dipaparkan di media massa
tempatan. Sehubungan itu, terdapat 35 projek perumahan terbengkalai dengan melibatkan 12,000 unit rumah di
seluruh Malaysia. Fakta tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(Utusan Malaysia, 2012). Tambahan lagi, isu projek pembinaan terbengkalai sedang menjadi wabak di Malaysia.
Masalah tersebut semakin menjadi kerana pengurusan kewangan pemaju yang lemah, pembinaan tidak
mengikut spesifikasi, kelewatan projek pembinaan dan kekurangan pengawasan penguatkuasaan undangundang dan peraturan yang sedia ada (Dharmasegaran & Christy, 2011). Oleh itu, ketidakpuasan hati pembeli
rumah terbengkalai tersebut menyebabkan hubungan sosial di kalangan pemaju dan pembeli menjadi semakin
dingin. Secara tidak langsung, keadaan seperti ini mengakibatkan suasana kurang sihat dan kuasa membeli

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

rumah baru semakin menurun. Dalam erti kata lain, sisa bukan fizikal memberi kesan yang mendalam ke atas
perkembangan ekonomi dan sosial negara.
Selaras menuju ke arah persekitaran hijau, Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara-negara maju
seperti Jepun dan Hong Kong dalam menangani isu sisa pembinaan ini. Jepun dan Hong Kong menguruskan
sisa binaan mereka dengan cara yang lebih mampan serta menguatkan pendekatan undang-undang bagi
menyelesaikan isu-isu tersebut.

5.

Kesimpulan

Pengurusan lestari sisa pembinaan sangat penting bagi mencapai status negara maju. Oleh itu, selaras
dengan hasrat dan komitmen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Persidangan Perubahan
Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark, bahawa menjelang tahun
2020 kerajaan Malaysia akan mengurangkan pencemaran alam sekitar termasuk pembebasan gas karbon
dioksida sehingga 40 peratus (CIDB Newsletter, 2011). Tambahan lagi, Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) sangat mendorong para penyelidik dan pengamal membantu kerajaan untuk
mengatasi masalah pengurusan sisa pembinaan di Malaysia (Zuhairi, 2011). Sehubungan itu, bagi
merealisasikan hasrat kerajaan, satu akta pengurusan sisa pembinaan yang khusus diperlukan bagi menangani
isu-isu yang kritikal di Malaysia.
Justeru itu, semua pihak termasuklah para pemaju hartanah, kontraktor binaan, usahawan, organisasiorganisasi tertentu serta orang perseorangan bersama-sama mendokong dan melestarikan inisiatif kerajaan
dengan menerapkan unsur-unsur pengurusan teknologi hijau dalam projek pembinaan. Komitmen kerajaan dan
semua pihak yang tidak berbelah bahagi dapat membawa negara ke satu tahap yang lebih makmur dari segi
sosio-ekonomi dan alam sekitar.

Rujukan

[1] Act 127, Environmental Quality Act (1974), Ministry of Natural Resources and Environment, 1-17.
[2] Act 520, Pembinaan Malaysia Act (1994), Construction Industry Development Board, 1-16.
[3] Act 672, Solid Waste and Public Cleansing Management Act (2007), Ministry of Housing and Local
Government,1-7.
[4] Alarcon, L. F. (1994). Tools for the identification and reduction of waste in construction projects, Journal of
Lean construction, Balkema, Rotterdam, Netherlands, 365–377.
[5] Alencer, L.H., Mota, C.M.M., and Alencer, M.H. (2011). The problem of disposing of plaster waste from
building sites: Problem structuring based on value focus thinking methodology. Journal of Waste
Management, 31(12), 2512-2521.
[6] Alwi, S., Hampson, K., and Mohamed, S. (2002a), Waste in the Indonesian construction projects, Proceedings
1st International Conference of Creating a sustainable Construction Industry in Developing Countries
(CIB),South Africa, 305-315.
[7] Alwi, S., Hampson, K., and Mohamed, S. (2002b), Non Value-Adding Activities in Australian Construction
Projects, Proceedings International Conference on Advancement in Design, Construction, Construction
Management and Maintenance of Building Structure, Bali, Indonesia.
[8] Alwi, S., and Hampson K. (2003), Identifying the important causes of delays in building construction projects,
Proceedings The 9th East Asia-Pacific Conference on Structural Engineering and Construction, Bali,
Indonesia.
[9] Begum, R.A., Siwar, C., Pereira, J.J. and Jaafar, A.H., (2009). Attitude and behavioral factors in waste
management in the construction industry of Malaysia. Resources, Conservation and Recycling Journal,
53, 321-328.
[10] Begum, R. A., Satari, S. K. and Pereira, J. J., (2010). Waste Generation and Recycling: Comparison of
Conventional and Industrialized Building Systems. American Journal of Environmental Sciences, 6(4),
383-388.
[11] Bossink, A.G. and Brouwers, H.J.H. (1996). Construction waste: quantification and source evaluation.
Journal of Construction Engineering and Management, ASCE, 122(1), 55–60.
[12] CIBD News (2011).Teknologi Hijau: Prospek, Cabaran dan Implementasi dalam Sektor Pembinaan,1, 12-13.
[13] Dharmasegaran, K.N and Christy, P. G. (2011), Avoidance of Bankruptcies and Winding-Up of Property
Developers due to Abandoned Residential Projects in Malaysia, Proceedings of the Asian Conference of
Real Estate: Sustainable Growth Managing Challenges (ACRE), Johor, Malaysia.
[14] Ekanayake, L. L. and Ofori, G.(2000), Construction Material Waste Source Evaluation, Proceeding of
Strategies for a Sustainable Built Environment, Pretoria.
[15] Faridah, A., H., A., Hasmanie, A., H., Hasnain, M., I., (2004), A study on construction and demolition
waste from buildings in Seberang Perai, Proceeding of 3rd National Conference in Civil Engineering,
Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Malaysia.
[16] Ferguson, J., Kermode, N., Nash, C. L., Sketch, W.A.J., and Huxford, R.P., (1995). Managing and
Minimizing Construction Waste: A Practical Guide, Institute of Civil Engineers, London.
[17] Formoso, T.C., Soibelman, M.L., Cesare, D. C., Isatto, E.L., (2002). Material waste in building industry: Main
causes and prevention. Journal of Construction Engineering and Management, 128 (4), 316–325.
[18] Formoso, C. T., Isatto, E. L., and Hirota, E. H., (1999), Method for Waste Control in the Building Industry,
Proceedings of 7th Annual Conference of the International Group for Lean Construction, Berkeley, USA.

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

ISSN: 2231-8232

Diges FKAAS Bil.1/2012

[19] Hao, J. L., Hills, M. J., and Shen, L. Y. (2008). Managing construction waste on-site through system
dynamics modeling: The case of Hong Kong. Journal of Engineering, Construction and Architectural
Management,15, 103-113.
[20] Hwang, B.G and Yeo, Z. B. (2011) Perception on benefits of construction waste management in the
Singapore construction industry. Engineering, Construction and Architectural Management,18(4),394406.
[21] Jurutera, (2011). Reduce, reuse and recycle, The Institution of Engineers Malaysia (IEM),8, 6-9.
[22] Katz, A., and Baum, H. (2011). A novel methodology to estimate the evolution of construction waste in
construction sites. Journal of Waste Management, 31, 353–358.
[23] Kofoworola, O.F. and Gheewal, S.H. (2009). Estimation of construction waste generation and management
in Thailand. Journal of Waste Management, 29 (2), 731–738.
[24] Koskela, L., (1992). Application of the New Production Philosophy to Construction. Technical Report No. 72,
CIFE, Stanford University.
[25] Kulatunga, U., Amaratunga, D., and Haigh, R., (2006). Attitudes and perceptions of construction workforce
on construction waste in Sri Lanka. Management of Environmental Quality: An International Journal,
17(1),57-72.
[26] Lauritzen, E.K. (1998). Emergency construction waste management. Journal of Safety Science. 30, 45-53
[27] Lee, S.H., Diekmann, J.E., Songer, A.D. and Brown, H. (1999) Identifying Waste: Applications of
Construction Process Analysis. Proceedings of 7th Annual Conference of the International Group for
Lean Construction, USA, 63-72.
[28] Lu, W., and Yuan, H., (2011). A framework for understanding waste management studies in construction. [29
Journal of Waste Management, 31, 1252-1260.
[29] Lu, W., Yuan, H., Li, J.J., Hao, J.L., Mi, X., and Ding, Z. (2011). An empirical investigation of construction
and demolition waste generation rates in Shenzhen city, South China. Journal of Waste Management,
31,680-687.
[30] Nasaruddin, F.H., Ramli, N.H.M., and Ravana, S.D (2008), E-Construction Waste Exchange in Malaysia: A
Preliminary Study, Proceedings of Information Technology International Sysposium 2008, Kuala
Lumpur, Malaysia.
[31] Nazech, E.M., Zaldi, D. and Trigunarsyah, B. (2008), Identification of construction waste in road and highway
construction projects, Proceedings of 11th East Asia-Pacific Conference on Engineering and
Construction,Taiwan.
[32] Poon, C. S. (2007). Reducing construction waste. Journal of Waste Management. 27, 1715-1716.
[33] Rahmat, N. S and Ibrahim, A. H. (2007), Illegal Dumping Site: Case Study in the District of Johor Bahru
Tengah, Penang, Malaysia.
[34] Nagapan, S., Abdul Rahman, I., & Asmi, A. (2011). A Review of Construction Waste Cause Factors,
Proceedings of the Asian Conference of Real Estate: Sustainable Growth Managing Challenges
(ACRE),Johor, Malaysia.
[35] Serpell, A., Venturi, A., and Contreras, J.,(1995), Characterization of waste in building construction projects,
3rd workshop on lean construction, Albuquerque.
[36] Seow, T. W and Mohamad, A. H (2007). Pengurusan Sisa Pembinaan di Tapak Bina. Proceedings of
Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
[37] Shen, L.Y., Tam, V.W.Y., and Drew, C.M. (2004). Mapping approach for examining waste management
on construction sites. Journal of Construction Engineering and Management, 130 (4), 472–481.
[38] Siti, N. M., and Noor, Z. M. (2008), Approach in construction industry: A study on prefabrication method
as a tool for waste minimization, Proceeding of International Conference on Environmental Research
and Technology (ICERT), Penang, Malaysia.
[39] Standard Specifications for Buildings Works (2005 Edition), Ministry of Works, 1-15.
[40] Tam, V. W. Y., and Tam, C. M. (2008). Waste reduction through incentives: A case study. Building
Research and Information Journal, 36, 37-43.
[41] Tam, V.W.Y., Shen, L.Y., Fung, I.W.H., and Wang, J.Y. (2007). Controlling construction waste by
implementing governmental ordinances in Hong Kong. Journal of Construction Innovation, 7(2), 149166.
[42] The Ingenieur, (2009). Sanitary Landfill: A Strategic Approach Towards Solid Waste Management, Boards of
Engineers Malaysia (BEM), 42, 12-16.
[43] The Star, Tan, K.W. (2012, January 10). MBPJ to clear debris before Chinese New Year. Page 4.
[44] The Star, Murali, R.S.N. (2011, September 22). An Irresponsable Act: Tropical Mangrove Swamp has
Become a Construction Dumpsite. Page 3.
[45] Utusan Malaysia (2012, Januari 6). Kerajaan Sasar Pulih 35 Projek Perumahan Terbengkalai Tahun ini.
Page 4.
[46] Wahab, A.B. and Lawal A. F.(2011), An evaluation of waste control measures in construction industry in
Nigeria, African Journal of Environmental Science and Technology, 5(3), 246-254.
[47] Winkler, G., (2010). Recycling Construction & Demolition Waste Publisher: McGraw-Hill.
[48] Yahaya, N. and Larsen, I., (2008), Federalising Solid Waste Management in Peninsular Malaysia,
Proceeding of International Solid Waste Association (ISWA) World Congress, Singapore.
[49] Zhao, Y., and Chua, D. K. H., (2003), Relationship between Productivity and Non Value-Adding Activities,
Proceeding of the 11th annual conference of the international group for lean construction, Blacksburg,
Virginia, USA.
[50] Zuhairi Abd Hamid, (2011), Policy and Sustainable Development: Malaysian Construction Industry
Perspective, Proceedings of 1 Day Seminar Knowledge Sharing on Construction Management, UTHM,
Batu Pahat, Johor.
[51] Zaini, S., Sharifah, M. S. A., Othman, J, Mastura, M. (2011). Community perception of odour pollution from
landfills, Malaysia Journal of Society and Space,7(3), 18 - 23.

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia.
Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.