Tajulashikin and Nor Faizah 2014 Perban

PERBANDINGAN KONSEP KECERDASAN SPIRITUAL DARI PERSPEKTIF ISLAM
DAN BARAT: SATU PENILAIAN SEMULA
Tajulashikin Jumahat
Institute of Education
International Islamic University Malaysia (IIUM)
tajulashikin@iab.edu.my
Nor Faizah Abdullah
Kementerian Pelajaran Malaysia
faizahabdullah72@gmail.com

Abstrak
Terdapat pelbagai teori kecerdasan telah dikemukakan di Barat termasuk mutakhir ini kecerdasan
spiritual atau kecerdasan rohani (SQ atau SI). Teori kecerdasan spiritual yang terawal telah
dikemukakan oleh Emmons (2000) dan dipopularkan oleh pasangan Zohar dan Marshall (2000).
Kertas ini dikemukakan sebagai satu perbandingan antara teori kecerdasan spiritual oleh ilmuwan
Barat dan juga dari sarjana-sarjana Islam. Pemikiran semula terhadap teori kecerdasan spiritual
amat diperlukan kerana belum ada satu teori yang konkrit terhadap konstruk psikologi ini. Penyelidik
merasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini kerana terdapat dalam kalangan penyelidikpenyelidik Muslim telah mengambil konsep, dimensi-dimensi dan alat pengukuran kecerdasan
spiritual dari Barat yang didapati asas epistemologi teori yang digunakan adalah tidak bersesuaian
dengan tasawur Islam. Penyelidik mendapati terdapat dua dilema utama yang wujud dalam teori
kecerdasan spiritual dari Barat iaitu terdapat elemen-elemen sekularisme dan pluralisme beragama

yang boleh menggugat keutuhan akidah Islam. Justeru itu, telah muncul beberapa konsep
kecerdasan spiritual yang telah dikemukakan oleh sarjana dan ilmuwan Islam untuk mengatasi
dilema ini. Hanya segelintir sahaja teori kecerdasan spiritual dari perspektif Islam ini dapat
mengambil tempat dalam perbincangan ilmiah disebabkan oleh kekangan tertentu. Walau
bagaimana pun, telah wujud usaha yang dilakukan oleh sarjana dalam bidang psikologi Islam dan
agama yang boleh dijadikan sandaran kepada kerangka teori yang bersesuaian dengan tasawur
Islam. Konsep-konsep utama psikologi Islam seperti paradigma tauhid, fitrah kejadian manusia,
entiti spiritual seperti roh (ruh), kalbu, (qalb), jiwa (nafs) dan akal (‘aql) dapat menjadi wadah untuk
menzahirkan konsep kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Cadangan dan saranan terhadap
karya-karya ilmiah hasil penulisan sarjana silam dan sarjana moden juga turut dikemukakan agar
konstruk kecerdasan spiritual dapat diterima dan digunakan secara ilmiah oleh penyelidik yang akan
datang.
Kata kunci: Kecerdasan spiritual, Kerohanian, Psikologi Islam, Sekularisme, Pluralisme, Tauhid,
Fitrah.

1. Pengenalan
Psikologi Islam sedang mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah menarik ramai
cendekiawan dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial untuk memperkayakan lagi
khazanah keilmuan psikologi Islam yang pada hakikatnya telah pun dipelopori oleh ulama’ dan
cendekiawan di zaman silam. Kemunculan psikologi Islam adalah untuk menawarkan alternatif dan

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
656

menyelesaikan dilema yang timbul dalam ilmu psikologi khususnya dan juga dalam kalangan
masyarakat Islam umumnya (Badri, 1979; 2009). Penulisan ini merupakan satu usaha penyelidik
untuk membuat perbandingan secara ilmiah terhadap konsep kecerdasan spiritual yang
dikemukakan oleh ilmuwan Barat mahupun oleh sarjana Islam dan seterusnya menilai kesesuaian
konsep ini dalam wacana ilmiah bidang keagamaan dan sains sosial.
2. Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Barat
Dalam psikologi modern, teori kecerdasan telah bermula di akhir abad ke 19. Bidang psikologi
moden amat dipengaruhi oleh konsep kecerdasan manusia. Di antara teori awal kecerdasan manusia
telah dipelopori oleh Francis Galton (Cohen & Swerdlik, 2010). Namun, teori kecerdasan manusia
adalah terhad kepada fungsi operasi mental dan tidak mampu menjangkau domain afektif manusia.
Setelah itu muncullah teori kecerdasan emosi yang dipopularkan oleh Goleman (1995). Itu pun
dianggap tidak memadai untuk menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah kehidupan
manusia yang semakin kompleks yang seolah-olah semakin hilang nilai pertimbangannya.
Kemunculan teori kecerdasan spiritual dari Barat lebih sedekad yang lalu dianggap telah dapat
memberikan penyelesaian dalam menjawab persoalan kewujudan dan kehidupan manusia (Zohar &

Marshall, 2000). Dari segi definisi konsep Barat, kecerdasan spiritual adalah aplikasi pragmatik
potensi spiritual individu dalam memahami makna kehidupan dan juga dalam penyelesaian masalah
kehidupan seperti yang difahami oleh majoriti pendukung konsep ini. Tidak dapat dinafikan bahawa
karya oleh Emmons (2000) dan pasangan Zohar dan Marshall (2000) telah menjadi adalah
pendorong dalam memperkenalkan lagi konstruk kecerdasan spiritual dalam bidang psikologi
moden. Semenjak itu, pelbagai teori, konsepsi dan saranan telah dikemukakan oleh sarjana Barat
dan juga Timur untuk menggabungkan konsep kerohanian (spirituality) dengan kecerdasan
(intelligence) bagi mengesahkan konstruk ini sebagai kecerdasan manusia (Amram, 2007; Covey,
2004; King, 2008; Ronel, 2008). Kecerdasan spiritual boleh dianggap sebagai konstruk yang baru dan
masih berada di tahap awal perkembangannya. Definisi dan dimensi kecerdasan spiritual telah
menjadi perdebatan dan dibahaskan dalam wacana intelektual di Barat dari segi konsepsi dan asas
epistemologi kecerdasan arus perdana sejak dari awal pengenalannya (Mayer, 2000; Gardner, 2000).
Namun, konsep kecerdasan spiritual di Barat adalah sesuai untuk memenuhi keperluan fahaman dan
ideologi mereka yang sebahagian besarnya berfahaman sekular dan juga teorinya dibina
berdasarkan perspektif Judeo-Christian (Yahudi-Kristian)(lihat King, 2008; Ronel, 2008; Zohar &
Marshall, 2004).
Amram (2007) menggunakan pendekatan kualitatif ‘ecumanical grounded theory’ dengan
mengambil tradisi pelbagai agama untuk mengesahkan konstruk dan dimensi kecerdasan spiritual.
Kajian ini dilanjutkan bersama rakannya dalam membina instrumen pengukuran kecerdasan spiritual
(Amram & Dryer, 2008). Sejurus selepas konsepsi kecerdasan spiritual oleh Amram, King (2008) telah

menganjurkan pemikiran semula terhadap konsep-konsep kecerdasan spiritual yang sebelum ini
yang dianggap beliau sebagai tidak memenuhi andaian kecerdasan arus perdana (mainstream
intelligence assumptions). Dalam konsepsi nya terhadap konstruk kecerdasan spiritual, beliau telah
membahaskan setiap dimensi kecerdasan spiritual yang pernah dikemukakan sebelum ini untuk
memenuhi andaian tersebut. Namun beliau cuba untuk mengasingkan elemen formal keagamaan
dalam konsepsi nya agar konstruk yang diutarakan beliau lebih bersifat universal bagi membolehkan
instrumen pengukuran yang dibina boleh diaplikasikan oleh pelbagai lapisan demografi.
Penyelidik hanya mengutarakan pandangan dua sarjana barat ini kerana kedua-dua sarjana
ini telah menghasilkan konsep kecerdasan spiritual secara ilmiah dan mereka juga telah
menghasilkan instrumen pengukuran yang boleh dianggap berpengaruh dalam bidang pengukuran
kecerdasan spiritual. Instrumen pengukuran mereka turut digunakan oleh penyelidik Islam dalam
mengkaji perhubungan (causal relationship) konstruk kecerdasan spiritual dengan pembolehubahProceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
657

pembolehubah konstruk psikologi tertentu. Isu ini telah menjadi keprihatinan penyelidik di mana
konsep-konsep kecerdasan spiritual oleh Amram dan King mempunyai pengaruh sekularisme dan
pluralisme yang sama sekali tidak bersesuaian dengan tasawur Islam. Konsep-konsep kecerdasan
spiritual dari Barat ini dilihat tidak konsisten kerana wujud pelbagai tafsiran di kalangan mereka

kerana menggunakan kerangka teori yang berbeza. Sayyed Qutb (1991) secara yang tepat
menyatakan bahawa "The concepts, religions, and systems that men have devised for themselves
Outside Allah's guidance must always change, because man feels constrained by them as his
demands increase and his needs evolve." (p. 30). Malangnya, sebahagian daripada konsep-konsep ini
telah diambil dan digunakan oleh penyelidik-penyelidik Islam tanpa melihat atau merujuk asal-usul
teori yang digunakan. Mereka mencampuradukkan konsep tersebut dengan sumber-sumber ilmu
Islam yang kemudiannya menganggap ia bersesuaian dan serasi dengan akidah Islam yang
seterusnya digunakan dalam kajian terhadap umat Islam.

3. Kritikan Terhadap Konsep Kecerdasan Spiritual Barat
Satu ungkapan popular di dunia moden ini iaitu ‘spiritual but not religious' sering kedengaran dalam
memperkatakan perihal kerohanian (lihat Attri 2012). Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh
pendokong ungkapan ini yang kelihatannya dengan sengaja cuba memisahkan kerohanian dari
agama. Dari sudut pandangan Islam sesungguhnya kenyataan sedemikian adalah batil kerana Islam
tidak sama sekali memisahkan amalan duniawi dan keyakinan terhadap ketuhanan (Al-Qaradawi,
2010; Mawdudi, 2010; Al-Attas, 1992). Kerohanian dalam Islam pada hakikatnya adalah
melaksanakan kewajipan agama dan amalan ritual yang diwajibkan terhadap Tuhan yang maha esa
(Fatimah, 2013). Menurut Bensaid dan Machouche (in press), apabila kecerdasan spiritual dan nilai
agama cuba di dipisahkan, konsep yang diutarakan hanya akan memberikan manfaat dan
keuntungan duniawi yang sementara. Ini akan mengakibatkan berlakunya kemerosotan nilai

kerohanian dalam amalan beragama dan juga menidakkan kepelbagaian budaya yang mungkin
mempunyai nilai yang berbeza dengan sikap sekular sebegini. Sikap dan andaian yang sedemikian
tidak bersesuaian untuk diamalkan oleh masyarakat Islam yang sama sekali tidak memisahkan antara
kerohanian dan agama. Integrasi kedua-dua elemen ini pada hakikatnya amatlah jelas dalam
kehidupan seorang Muslim kerana Islam merupakan sebuah agama yang syumul. Sehubungan
dengan ini, Allah berfirman bahawa "hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Ku
cukupkan nikmat Ku kepada kamu dan Aku telah memilih untuk kamu Islam sebagai cara hidup." (AlQuran 5:3).
Bagi mencapai hasrat islamisasi ilmu pengetahuan, ahli psikologi Islam harus mampu untuk
mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan umat kerana ketidakserasian model yang
dikemukakan oleh Barat (Badri, 2009; Langgulung, 1991). Masalah berbangkit akan berlaku apabila
ahli psikologi Islam secara membuta tuli mengambil apa sahaja yang dikemukakan oleh Barat seperti
mana yang dikhuatiri oleh Prof. Malik Badri (1979) dalam karyanya “Dilema Ahli Psikologi Islam”
berdasarkan hadis Rasullullah (s.a.w): “Kalian pasti akan mengikuti tradisi umat-umat terdahulu,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Hingga sekalipun mereka masuk lubang biawak,
kalian pasti mengikutinya”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan
Nasrani?” Rasulullah menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka!’”. Allah (s.w.t) turut
memperingatkan orang-orang beriman di dalam Al-Quran untuk memikirkan hal yang sama (Qur'an,
2:120).
Zohar dan Marshall menyatakan bahawa konsep kecerdasan spiritual yang dikatakan
berbentuk sekular ini dianggap sesuai diaplikasikan kepada golongan yang tidak mempunyai

pegangan agama kerana pemisahan elemen kerohanian beragama. Begitu juga dengan King cuba
melakukan perkara yang sama dalam epistemologi teori kecerdasan spiritual. King misalnya dengan
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
658

sedaya upaya cuba untuk memenuhi andaian kriteria kecerdasan manusia dalam teori kecerdasan
spiritual yang hanya bergantung kepada kefahaman akal semata-mata walaupun dalam masa yang
sama beliau masih lagi memperkatakan sesuatu yang bersifat ‘spiritual’. Mohamed (1998) secara
tegas menyatakan bahawa pandangan sekularisme yang sebegini boleh membawa kepada
perbuatan syirik.
Fahaman kedua yang wujud dalam konsep kecerdasan spiritual juga boleh mengganggu
gugat akidah Islam sekiranya digunakan oleh penyelidik Muslim. Dalam kajian Amram (2007), beliau
memperoleh dimensi dan sub-dimensi kecerdasan spiritual untuk instrumen pengukuran nya dengan
mengharmonikan kefahaman amalan kerohanian oleh orang-orang yang ‘alim’ dalam agama masingmasing (termasuklah Imam dan para Sufi) yang mana majoriti agama-agama ini adalah
bertunjangkan fahaman politeisme iaitu menidakkan kewujudan Tuhan yang satu. Fahaman sebegini
boleh dianggap sebagai pluralisme agama, iaitu menyamaratakan kefahaman konsep beragama
(Ariffin, 2013). Walaupun dari pandangan mata kasarnya dimensi-dimensi yang dikemukakan
kecerdasan spiritual kelihatan murni, namun asas epistemologi yang digunakan akan membawa

kepada syirik terhadap Allah (s.w.t). Dari segi pemahaman seorang lagi pendukung Barat iaitu Ronel
(2008) yang juga mengambil pendekatan bersepadu amalan kerohanian Yahudi-Kristian dalam
konsep kecerdasan spiritual nya. Beliau juga memasukkan unsur kerohanian agama Timur yang lain
dalam membawa hala tuju definisi kecerdasan spiritual yang kononnya kelihatan universal yang
tentunya tidak bersesuaian dan bercanggah dengan akidah Islam.
Isu pluralisme agama kini merupakan satu wacana yang sedang hangat diperdebatkan di
dunia Islam termasuklah di Malaysia (Ariffin, 2013; Sidek 2014). Pluralisme agama adalah berpunca
daripada humanisme sekular Barat sebagai salah satu sistem demokrasi liberal (Anis Malik, 2012).
Malah dalam dekad terkini, ada segolongan kecil ulama Islam mempunyai minat yang mendalam
untuk menyokong idea-idea yang transenden yang bersifat majmuk (Mohamed Ajmal, 2011). Apa
yang telah dilakukan oleh Amram (2007) adalah ketidakwajaran dan juga penyalahgunaan konsep
amalan kerohanian daripada para Imam dan Sufi yang sepatutnya berpegang teguh pada prinsip
tauhid. Sesungguhnya amalan kerohanian agama lain sama sekali tidak boleh dicampur aduk dengan
fahaman kerohanian Islam seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al-Kafirun (Qur’an, 108:1-6).
Pada hakikatnya, apa yang telah dilakukan oleh Amram telah pun dilakukan lebih awal oleh sarjana
Barat seperti John Hicks yang mendakwa bahawa terdapat konsep pluralisme dalam syair Sufi Islam
iaitu Mathnawi Rumi (lihat Mohamed Ajmal, 2011). Pemahaman falsafah sebegini memang tidak
boleh diterima di dalam Islam kerana ia menyentuh prinsip asas agama Islam yang tujuan utamanya
untuk menegakkan kesucian paradigma tauhid sebagai pegangan hidup yang sebenar (Arifin, 2013).
Sesungguhnya elemen syirik dalam sekularisme dan pluralisme beragama akan membawa kepada

kebobrokan akidah kerana dosa syirik adalah dosa besar yang mungkin tidak akan mendapat
keampunan Allah (s.a.w) (Quran, 4:48; 5:72). Kedua-dua pendekatan sekularisme dan pluralisme
dalam konsep kecerdasan spiritual ini mungkin merupakan 'lubang biawak' dalam bidang psikologi
seperti yang dinyatakan oleh Dr. Malik Badri (1979). Oleh yang demikian, para sarjana dan penyelidik
Muslim terutamanya dari disiplin psikologi agar lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang
penyelidikan yang berkemungkinan mengkaji pemboleh ubah kerohanian agar tidak sewenangwenangnya mengambil dan menggunakan konsep atau instrumen pengukuran konstruk kerohanian
yang dibina dari konsep ideologi Barat.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
659

4. Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam
Berdasar definisi yang dikemukakan oleh Bensaid dan Machouche (in press) menyatakan bahawa
kecerdasan spiritual adalah hasil dari iman yang mendalam yang dimanifestasikan melalui pemikiran
dan tindakan yang benar (baik). Menurut Fatimah (2012), kecerdasan spiritual melibatkan kajian
mengenai fitrah dan kecenderungan jiwa manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan yang
diterjemahkan ke arah kehidupan yang bermakna dan sejahtera. Sesungguhnya bidang psikologi
moden hampir mengabaikan fitrah dalaman manusia yang mempengaruhi tingkah laku dan tindak

tanduk manusia (Ansari, 1992; Badri, 1979; Langgulung, 1985). Unsur-unsur lain yang penting dalam
psikologi manusia seperti dimensi kepercayaan, moral dan kerohanian telah dianggap sebagai
wacana yang asing dalam psikologi perkembangan moden (Mujib & Mudzakir, 2002; Shehu, 2013).
Kecerdasan spiritual dari sudut pandangan Islam menghubungkan potensi dalaman yang
afektif (jiwa, hati dan roh) dengan aktiviti kognitif (Shahibuddin, 2000). Ini merupakan sesuatu
perkara yang penting dan amat ditekankan dalam ajaran Islam kerana ia amat berkait rapat dengan
etika dan moral manusia (Fatimah, 2012). Ini adalah salah satu sebab mengapa Allah (s.w.t) telah
mengurniakan manusia dengan bimbingan para Nabi dan Rasul agar membentuk peribadi dan
sahsiah manusia yang sempurna seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran: “Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”(Qur'an, 33:21).
Sesungguhnya dalam bidang psikologi, kajian mengenai kecerdasan manusia mempunyai
perkaitan yang rapat dengan personaliti manusia (Anchoi, 2009). Dengan menggunakan kerangka
psiko-spiritual, ini dapat membantu untuk memperjelaskan dimensi dalaman manusia yang
mengatakan bahawa jiwa manusia adalah elemen yang penting bagi menjelaskan konsep kecerdasan
spiritual. Sifat pendam kecerdasan spiritual akan mencerminkan keperibadian seorang menurut
pengaruh dan peranan yang dimainkan oleh jiwa manusia. Apa yang sedang berlaku dalam jiwa
dapat mencerminkan tingkah laku manusia (Abdul Latif, 2012). Keadaan jiwa manusia adalah tidak
statik malahan ia merupakan sesuatu yang dinamik. Kedudukan atau keadaan jiwa adalah tertakluk

kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan kehendaknya, yang mana manusia telah
dikurniakan dengan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya; sama ada dia memilih untuk mengikut
jalan yang benar selaras dengan ajaran agama dan seterusnya mendapat ketenangan dalam
kehidupannya atau memilih untuk memenuhi keinginan hawa nafsunya yang cenderung untuk
menyimpang dirinya fitrah kejadiannya yang murni (Kamar Oniah, 2009).

5. Model-model Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam
Di sini, dikemukakan satu sorotan terhadap konsep dan model kecerdasan spiritual dari perspektif
Islam. Konsep alternatif kecerdasan kerohanian oleh cendekiawan-cendekiawan Islam telah muncul
sebaik sahaja ia dipopularkan oleh Zohar dan Marshall (2000). Bahagian ini akan menerangkan
secara ringkas mengenai beberapa model kecerdasan spiritual atau model yang seumpama
dengannya.
Sebagai seorang jurulatih profesional pembangunan sumber manusia, Ari Ginanjar Agustian
(2007) telah merumuskan satu model kecerdasan (IQ , EQ dan SQ) berdasarkan enam Rukun Iman
Islam dan lima Rukun Islam yang beliau dinamakan sebagai ESQ (emosi Quotient spiritual ) atau The
ESQ Way 165. Karya konsep ESQ telah diwujudkan dalam bentuk buku dan juga latihan sumber
manusia telah mencapai kejayaan yang besar di negara-negara Islam di Asia Tenggara dan juga di
Eropah (Agustian, 2007). Buku ESQ telah diulang cetak beberapa kali dan juga boleh didapati dalam
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
660

terjemahan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Pengaruh konsep ESQ yang diutarakan oleh Ary
Ginanjar dapat dilihat dari kajian ilmiah (Badawi, 2008; Nisa', 2009) dan juga berbentuk artikel ilmiah
yang diterbitkan (Endang Pertiwi et al, 2009; Fatimah, 2012; Hailan & Shah, 2012). Penyelidikpenyelidik ini telah menggunakan konsep ESQ daripada Agustian (2007) untuk menjustifikasikan
kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Agustian (2007) juga telah melampirkan instrumen
penilaian kendiri dengan menyediakan skala berasaskan kepada 99 nama Allah yang indah (Asma AlHusna) dan diterjemahkan ke dalam bentuk item-item. Walau bagaimanapun, penggunaan Asma AlHusna telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan ilmuan Islam sama ada dari Indonesia mahu
pun di Malaysia (lihat Djamaluddin , 2010). Beberapa kontroversi lain yang timbul contohnya
Agustian cuba untuk ‘mengislamkan’ beberapa istilah yang menunjangi konsep kecerdasan spiritual
oleh Zohar dan Marshall (2000) seperti Zero Mind Processing dan God Spot yang kurang sesuai
dengan kefahaman Islam. Ada ketikanya Agustian menggunakan istilah ‘unconscious’ dalam konsep
ESQ yang ternyata tidak selaras dengan pandangan Islam yang mana tanggungjawab dan tingkahlaku manusia mestilah dilakukan dalam keadaan penuh kesedaran terutamanya dalam menjalankan
ketaatan terhadap Allah (s.w.t).
Nataatmadja (2001) telah menulis sebuah buku mengenai kecerdasan spiritual yang mana ia
mencerminkan latar belakang beliau sebagai ilmuwan sains teras seperti mana yang pernah
ditunjukkan model kecerdasan spiritual oleh Zohar dan Marshall. Huraian di dalam buku beliau cuba
membawakan konsep kecerdasan spiritual ke arah wacana pemikiran yang tinggi sifatnya. Dengan
menggabungkan bidang sains dan wacana agama, beliau telah menyediakan kaedah kreatif yang
dianjurkan oleh para Nabi dan ahli Sufi berkaitan dengan kecerdasan spiritual. Walau bagaimanapun,
buku ini kurang sesuai dibaca oleh khalayak umum untuk memahami konsep kecerdasan spiritual
yang diutarakan kerana menggunakan falsafah dan teori fizik serta rumusan matematik untuk
menterjemahkan beberapa konsep kecerdasan spiritual daripada al-Quran. Walau bagaimana pun,
terdapat banyak konsep-konsep penting dalam Islam telah dikemukakan seperti akidah, fitrah, moral
dan lain-lain. Pembaca perlu mempunyai tahap pengetahuan saintifik dan konsep kerohanian yang
tinggi serta asas tasawuf supaya dapat memahami isi kandungan buku ini dengan baik. Namun
begitu, buku ini juga tidak membuat sebarang pengelasan dalam mengkategorikan dimensi
kecerdasan spiritual.
Mujib dan Mudzakir (2002) merupakan sarjana psikologi Islam yang telah memberi
pencerahan terhadap bidang psikologi dari perspektif Islam dan mencipta istilah "kecerdasan jiwa".
Mereka merasakan bahawa terdapat keperluan untuk memperkenalkan istilah kecerdasan jiwa sejak
berkembangnya teori kecerdasan 'baru' yang memperkenalkan oleh sarjana Barat bagi menjelaskan
fungsi manusia yang perlu ditakrifkan semula dari perspektif Islam. Mereka mengandaikan bahawa
kecerdasan jiwa adalah sebagai pusat kecerdasan dan bukannya kecerdasan spiritual seperti yang
difahami oleh sesetengah pendukung konsep ini. Mujib dan Mudzakir telah mengolah inti pati
keempat-empat kecerdasan arus perdana yang merangkumi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan
emosi (EQ) ,kecerdasan moral (MQ), kecerdasan spiritual (SQ). Mereka telah menambah kecerdasan
agama sebagai kecerdasan kelima dalam aspek kecerdasan manusia dari perspektif Islam dan juga
dari pandangan psiko-sufistik. Namun, beberapa dimensi atau indikator yang disarankan
menggunakan istilah bahasa Arab yang mungkin di luar jangkauan pemahaman orang awam.
Adz- Dzakiey (2004) telah membuat rangka kerja yang menyeluruh dengan mengemukakan
beberapa model kecerdasan arus perdana sebagai subset kepada kecerdasan kenabian (prophetic
intelligence). Buku ini mengemukakan penerangan yang agak panjang tentang bagaimana petunjuk
al-Quran dan kebijaksanaan Nabi Muhammad (s.a.w) mampu membangunkan potensi sifat manusia
melalui perkembangan spiritual manusia. Kecerdasan kenabian menitikberatkan keprihatinan
terhadap kesucian hati dan emosi yang dapat menentang pengaruh penyakit spiritual seperti syirik,
kemunafikan, dan kufur. Kecerdasan spiritual telah diletakkan di dalam rangka kerja kecerdasan
kenabian dan mencadangkan lapan indikator atau petunjuk iaitu mengetahui dan merasa lebih dekat
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
661

dengan Allah (s.a.w), sentiasa merasai kehadiran Allah (s.a.w), pendedahan dan pengalaman
transendental, siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan istiqamah. Namun demikian model-model dari
sarjana dan ilmuwan Islam kurang mendapat tempat dalam wacana ilmiah. Ini berkemungkinan
disebabkan oleh faktor bahasa dan ketokohan ilmuwan tersebut.

6. Penilaian Semula Model dan Konsepsi Kecerdasan Spiritual
Sorotan literatur di atas telah menunjukkan wujudnya lompang yang ketara dari segi model dan
konsepsi kecerdasan spiritual dari Barat mahu pun dari perspektif Islam. Oleh yang demikian, satu
penilaian dan pemikiran semula tentang epistemologi konsep kecerdasan spiritual amatlah
diperlukan. Pada hakikatnya, kerohanian dalam Islam adalah bersifat multi dimensi yang
merangkumi isu kepercayaan, ibadah, etika beragama atau moral yang secara langsung melibatkan
perhubungan antara manusia dan Pencipta serta perhubungan sesama manusia (Ramadan, 2004).
Pembangunan model kecerdasan spiritual dari perspektif Islam yang akan datang perlu mengambil
perhatian tentang epistemologi pembentukan teori dalam bentuk yang lebih ilmiah dan saintifik
berdasarkan disiplin ilmu terkini. Oleh yang demikian, beberapa langkah yang boleh disarankan agar
konsep kecerdasan spiritual ini boleh berpijak pada landasan tasawur Islam yang sebenar
bersumberkan Al-Quran dan hadis seperti mana yang dikemukakan dalam karya cendekiawan klasik
dan kontemporari iaitu:
a) Menganjurkan paradigma tauhid sebagai kerangka teori kepada konsep kecerdasan spiritual.
Landasan ini telah pun dipelopori oleh cendekiawan Islam kontemporari berdasarkan hasil ilmiah
mereka seperti Al-Attas dan Wan Mohd Nor (2007), Al-Faruqi (1992), Atari (1999)dan Mohd
Kamal (2013).
b) Kecerdasan spiritual merupakan satu konstruk psikologi. Oleh yang demikian, rujukan yang boleh
disarankan ada dari karya klasik dalam ilmu akhlak dan tasawuf seperti Al-Ghazali, Ibnu Qayyim,
Ibn Taymiyyah dan karya ilmuwan moden dalam memahami kesejagatan Islam seperti AlQaradawi (2010), Qutb (1991), Abdalati (1999). Manakala dari ilmu psikologi Islam kontemporari
boleh dirujuk kepada Haque (2004), Badri (1979), Mohamed (1998) dan Raba (2010).
Pembinaan kerangka konsep kecerdasan spiritual mengikut acuan, falsafah dan epistemologi Islam
akan membuka jalan kepada pembuktian konstruk dan dimensi-dimensi kecerdasan spiritual secara
saintifik atau empirikal yang dapat memenuhi andaian ilmu kecerdasan arus perdana dan sekali gus
memberi penyelesaian kepada dilema ilmuwan Islam. Usaha ini akan memberi laluan kepada
pendekatan positivis (kajian kuantitatif) mahupun kajian berbentuk kualitatif dengan mengkaji fitrah
tingkah laku manusia kerana Islam mempunyai sumber-sumber ilmu yang utuh iaitu Al-Quran dan
hadis dan juga sumbangan ilmu dari sarjana Islam klasik mahu pun kontemporari. Sesungguhnya,
sumber-sumber ini secara tidak langsung telah memaparkan konsep yang berkaitan dengan
kecerdasan spiritual dengan terma-terma yang berbeza iaitu fitrah, roh (ruh), kalbu, (qalb), jiwa
(nafs), akal (‘aql), iman, ihsan, insan kamil dan juga entiti fizikal tubuh manusia sebagai wadah untuk
menzahirkan kecerdasan spiritual. Konsep-konsep ini mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam
bidang sains sosial yang lain seperti bidang kepimpinan, pengurusan sumber manusia dan lain-lain
lagi.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
662

7. Kesimpulan dan Cadangan
Konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Islam menunjukkan pertalian
yang utuh antara konsep kerohanian (spirituality) dan agama yang dapat direalisasikan dari dimensi
iman, ibadah dan akhlak. Hasrat pertama penyelidik ialah untuk merealisasikan Islamisasi ilmu
psikologi. Manakala tujuan kedua ialah memberi makluman kepada penyelidik-penyelidik Muslim
bahawa kerangka teori atau kerangka konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh Barat
adalah tidak bersesuaian dengan landasan tasawur Islam. Lantaran itu, sarjana-sarjana Islam dalam
pelbagai bidang sama ada ahli psikologi Islam dan agamawan perlu berganding bahu untuk terus
memperkayakan lagi khazanah ilmu psikologi Islam untuk kesejahteraan umat keseluruhannya.
Rujukan
Abdalati, H. (1999). Islam in focus. New Delhi: Rahmah Publishers.
Adz-Dzakiey, H. B. (2004). Prophetic Intelligence; Kecerdasan kenabian. Menumbuhkan potensi hakiki
insani melalui kesehatan ruhani. Yogyakarta: Islamika.
Abdul Latif Abdul Razak (2012). The Islamic worldview on the preservation and restoration of mental
health. In A.K.H. Solihu (Ed.), The Islamic worldview, ethics and civilization: Issues in contemporary
interdisciplinary discourse (pp. 77-96). Kuala Lumpur: IIUM Press.
Agustian, A. G. (2007). The Islamic guide to developing ESQ (emotional spiritual quotient) : Applying
the ESQ way 165 1 value, 6 principles and 5 actions. Jakarta: Arga Publishing.
Al-Attas, S. M. N. (1993). Islam and secularism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic
Thought and Civilization, International Islamic University Malaysia.
Al-Faruqi, I. R. (1992). Al-Tauhid: Its implications for thought and life. Virginia: International Institute
of Islamic Thought.
Al-Qaradawi, Y. (2010). Islam: An introduction. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.
Amram, Y. (2007). The seven dimensions of spiritual intelligence: An ecumenical grounded theory.
Paper presented at the 115th Annual (August 2007) Conference of the American Psychological
Association,
San
Francisco,
CA.
Retrieved
December
15,
2007,
from
http://www.yosiamram.net/papers
Amram, Y., & Dryer, C. (2008). The Integrated Spiritual Intelligence Scale (ISIS): Development and
preliminary validation. Paper presented at the 116th Annual (August 2008) Conference of the
American Psychological Association, Boston, MA. Retrieved September 17, 2008, from
http://www.yosiamram.net/papers
Anchoi, M. (2009). Human nature from a comparative psychological perspective. In A. Haque & Y.
Mohamed (Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives (pp.61-89) Singapore: Cengage
Learning.
Ariffin Suhaumi (2013). Wabak pluralisme. Kuala Lumpur: Inteam Publishing.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
663

Atari, A. T. M. (1999). Atari 1999- Prolegomena for an Islamic Perspective of Educational
Management. The American Journal of Islamic Social Science, 16(1), 41–72.
Attri, R. (2012). Spiritual intelligence: A model for inspirational. Research Journal of Social Science &
Mangement, 1(9), 212–219.
Badawi, A. (2008). Konsep Spiritual Quotient (SQ) Sebagai Arah Baru Pengembangan Pendidikan
Islam. Unpublished master's thesis, Univesiti Islam Negeri Malang, Indonesia.
Badri, M. (2009). Human nature in secular psychology: An Islamic critique. In A. Haque & Y. Haque &
Y. Mohamed (Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives.(pp. 39-60) Singapore: Cengage
Learning.
Badri, M. B. (1979). The Dilemma of Muslim Psychologists. London: MWH London Publishers.
Bensaid, B. and Machouche, S. B. T. (in press). Spiritual intelligence: A Qur’anic alternative approach.
Islamic Perspective Journal.
Covey, S.R. (2004). The 8th habit. From effectiveness to greatness. New York: Free Press.
Cohen, R.J. & Swerdlik, R.J. (2010). Psychological testing and assessment: An introduction to tests
and measurement (7th Ed). New York: McGraw-Hill.
Djamaluddin, A. (2010). Ajaran ESQ Ary Ginanjar tentang Asma Allah Jelas Menyimpang. Retrieved 3
Feb2013 from: http://www.voa-islam.com/news/profile/2010/07/09/7966/amindjamaluddinajaranesq-ary-ginanjar-tentang-asma-allah-jelas-menyimpang/
Emmons, R. (2000). Is Spirituality an intelligence? Motivation, Cognition, and the Psychology of
Ultimate Concern. International Journal for the Psychology of Religion, 10(1), 3–26.
Endang Pertiwi Saidy, Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd. Rahman, Habibah Ab. Jalil, Ismi Arif Ismail &
Krauss, S. E. (2009). Influence of Emotional and Spiritual Intelligence from the National Education
Philosophy Towards Language Skills Among Secondary School Students. European Journal of Social
Sciences, 9(1), 61–71.
Fatimah Abdullah (2012). Teaching Islamic Ethics and Ethical Training: Benefiting From Emotional
and Spiritual Intelligence. International Journal of Humanities and Social Science, 2(3), 224-232.
Fatimah Abdullah (2013). Psychology and theology of submission: Understanding Islamic religiosity
and spirituality. Paper presented at the 1st World Congress on Integration & Islamicisation of
Acquired Human Knowledge (FWCII 2013). 23-25 August 2013.
Gardner, H. (2000). A case against spiritual intelligence. The International Journal for the Psychology
of Religion, 10(1), 27-34.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York, NY: Bantam Books.
Haque, A. (2004). Religion and Mental Health : The Case. Journal of Religion and Health, 43(1),45–58.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
664

Langgulung, H. (1991). Kreativiti dan pendidikan: Suatu kajian psikologi dan falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langgulung, H. (1985). Pendidikan dan peradaban Islam: Suatu analisa sosio-psikologi. Jakarta:
Pustaka Al-Husna.
Kabbani, S.M.H. (2008). Sufism and the perennial conflict of good and evil. In A.Husain, S.
Jamaluddin, O. Hashim, L.S. Cheong, , M. Md Nor & H. Sulaiman (Eds.), Horizons of spiritual
psychology (p. 1-47), New Delhi: Global Vision Publishing House.
Kamar Oniah Kamaruzaman (2009). Understanding Islam: Contemporary discourse. Kuala Lumpur:
Saba Islamic Media.
King, D. B. (2008). Rethinking claims of spiritual intelligence: A definition, model, & measure.
Unpublished master’s thesis, Trent University, Peterborough, ON, Canada.
Mawdudi, A. A. (2010). Towards understanding Islam. Kuala Lumpur: Dar Al Wahi Publication.
Mayer, J. D. (2000). Spiritual Intelligence or Spiritual Consciousness ? The International Journal for
the Psychology of Religion, 10(1), 47–56.
Mohamed Ajmal Abdul Razak (2011). Hick’s pluralism and Rumi’s Mathnawi: The continued
propagation of misappropriation lines. Al-Shajarah, 16(1), 141-150.
Mohamed, Y. (1998). Human nature in Islam. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.
Mohd Kamal Hassan (2013). The deepening crisis of contemporary civilization and the urgency of
applying the paradigm of Tauhid. Keynote Address delivered at the FWCII-2013, 23-25 August Prince
Hotel & Residence, Kuala Lumpur.
Muhammad Garing (2007). The importance of spirituality in Islamic perspectives and its role in
preventing
munkaraat
(evils).
Retrieved
Oct
18
2013
from
http://islamicworld.net/index.php?option=com_content&view=article&id=817%3Athe-importance-of-spiritualityin-islamic-perspective-a-its-role-in-preventing-evils&Itemid=75.
Mujib, A. & Mudzakir, J. (2002). Nuansa-nuansa psikologi Islam. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.
Nataatmadja, H. (2001). Inteligensi Spiritual: Inteligensi, manusia-manusia kreatif, Kaum Sufi dan
Para Nabi. Jakarta: Perenial Press.
Nisa’, R. (2009). Aspek kecerdasan spiritual dalam perspektif Al-Qur’an. Unpublished Master
Dissertation Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim, Malang, Indonesia.
Qutb, S. (1991). The Islamic Concept and its characteristics. Indiana: American Trust Publications.
Raba, A. M. (2010). Major personalities in the Quran (2nd ed). Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.
Ramadan, T. (2004). Western Muslims and the Future of Islam. New York: Oxford University Press.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
665

Sidek Baba (2014, Januari 16). Usaha mengubah senario beragama di Malaysia: Rencana. Berita
Harian, p. 25.
Shahibuddin Laming (2000). Some basic themes in the Qur’an. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.
Shehu, S. (2013). A Study of the Islamic perspective of cognitive development and its implications to
education in the Muslim world. Presented at the 1st World Congress on Integration & Islamicisation
of Acquired Human Knowledge (FWCII 2013). 23-25 August 2013. Prince Hotel & Residence, Kuala
Lumpur.
Zohar, D. & Marshall, I. (2004). Spiritual Capital: Wealth We Can Live By. San Francisco, CA: BerrettKoehler Publishers, Inc.
Zohar, D. & Marshall, I. (2000). SQ-Spiritual intelligence, the ultimate intelligence. New York:
Bloomsbury.

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014
(e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by WorldConferences.net
666