Latar belakang dan Sejarah penubuhan KUI

Latar belakang dan Sejarah penubuhan KUIM

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi
Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS
1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan
seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej
Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM
dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu
anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang
pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi
seiringan.

Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan niche- areanya
dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti islam swasta yang pertama di
Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat
ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dikalangan individu dan
komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta.
Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian Psikologi
Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai cabaran dan
perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan
vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif

serta amat bertetapan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan
generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian islam,
teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi
menangani cabaran semasa. Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan
Motto yang dibawa “Kualiti Teras Kejayaan” maka program-program yang ditawarkan
merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian islam, pengajian perniagaan, perbankan
islam, undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah
berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh
dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka,
Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajarpelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara di
Timur Tengah sangat menggalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat
membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian
tinggi bertaraf antarabangsa islam, sains dan teknologi.
Kuim kini mempunyai lapan (8) fakulti iaitu:








Fakulti Akademi Pengajian Islam
Institut Pengajian Siswazah
Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan
Fakulti Pengurusan Hospitaliti
Fakulti kejururawatan
Fakulti Sains dan Teknologi

 Fakulti Sains Sosial
 Pusat Bahasa dan Pengajian umum

Tujuan

Kuim merupakan saluran pertama bagi pelajar-pelajar aliran agama di sekolah-sekolah
menengah agama untuk meneruskan peengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi di
Malaysia. Kuim kini ditubuhkan antara lainnya untuk:
-

Melahirkan ilmuan Islam berpendidikan sepadu antara teori dan amali , bersifat

ensaiklopedik dan mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempumyai potensi
yang tinggi untuk menerajui pembangunan Negara

-

Mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul dan mewujudkan persekitaran
yang sesuai bagi melahirka ulama dan intelektual muslim yang mampu memberi
kefahaman dan penghayatan Islam.

-

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan, penerbitan dan kerjasama ilmiah di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dngan keislaman.

Objektif

-

Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya kedalam arus perdana
pendidikan Negara.

Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam ciri setiap siswazah yang
dikeluarkan.
Melahirkan ilmuan berpendidikan sepadu yang mampu memimpin masyarakat
majmuk untuk merajui pembangunan Negara.
Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan
persekitaran dan teknologi terkini.
Membekal modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat.
Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran
Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.
Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran
Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Falsafah

Pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi
dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif.

Visi


Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam bidang pengajian
yang berteraskan islam.

Misi

Beriltizam melaksanakan usaha pendidikan berwadahkan islam bagi menyumbang kearah
kesejahteraan ummah dan pembangunan lestari dengan memertabatkan ilmu penyelidikan
dan kesarjanaan yang kreatif, Inovatif dan bersahsiah murni.