Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial da
1
Pemilihan dan Penggunaan Media Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) : Satu kajian di KIS
Fatin Fatinah Binti Manap
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
Email: [email protected]
ABSTRAK
Media sosial merupakan faktor penting dalam peningkatan kualiti pembelajaran. Penggunaan
media sosial dalam proses pembelajaran memerlukan kepekaan tenaga pengajar dalam
pemilihan media yang akan digunakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan media sosial, jenis pemilihan media sosial dan juga
kegunaannya dalam kalangan pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
merupakan kajian deskriptif dalam bentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif.
Soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Responden terdiri daripada 35
orang pensyarah di Kolej Islam As sofa, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan
bagi media sosial yang sering digunakan oleh responden adalah facebook iaitu sebanyak
32.3%, manakala bagi kajian T-test mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan pemilihan media sosial (t=-0.289, p>0.05). Seterusnya, bagi penggunaan media sosial
dengan pengalaman kerja pula, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara
jantina dengan pemilihan media sosial (t=-0.535, p>0.05).
Kata kunci : Pemilihan media; penggunaan media; proses pengajaran dan pembelajaran;
media sosial
ABSTRACT
Social media is an important factor in improving the quality of learning. The use of social
media in the learning process required acute trainers in the selection of the media that will be
used. Therefore, this study aimed to identify the level of erudition, the types of selection and
the used of social media among lecturers during the session of teaching and learning. This is a
descriptive study in the form of surveys using quantitative methods. Questionnaires were used
as data collection instruments. The respondents consisted of 35 lecturers at the Kolej Islam
2
As- Sofa, Selangor. The findings show that the frequent social media used by the respondents
is Facebook, specifically by 32.3%, while for the T-test found no significant difference
between the gender with the selection of social media (t = -0289, p> 0.05). Lastly, for the use
of social media with work experience, studies have found no significant difference between
the gender with the selection of social media (t = -0535, p> 0.05).
Keywords : Selection of media; use of media; teaching and learning process; social media
PENDAHULUAN
Media atau perantara merupakan pembawa/penyalur maklumat daripada penyampai
kepada penerima. Tujuan media adalah untuk mempermudah dan menentukan
keberkesanan dalam perhubungan. Asas media terdiri daripada enam kategori iaitu teks,
audio, visual, video, manipulatif (objek) dan manusia. Enam kategori ini adalah
berasaskan bentuk ciri fizikal. Contoh maklumat yang disalurkan di TV meliputi
sekurang-kurangnya tiga kategori media iaitu teks, audio dan visual. Saluran buku teks
tentulah tergolong dalam kategori media iaitu teks dan visual, manakala saluran telefon
pula dari kategori audio. Saluran internet merangkumi kategori teks, audio dan video.
Media pengajaran adalah pembawa maklumat mengenai bahan pengajaran yang
menjadi keperluan untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah institusi. Umumnya, dalam mana-mana proses pengajaran keperluan media
kerap menjadi keutamaan selari dengan keperluan untuk mencapai hasil pembelajaran.
Pemilihan media pengajaran menjadi aktiviti pereka bentuk pengajaran atau pensyarah
dalam menentukan kesesuaiannya bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran
mencapai hasil yang diharapkan.
Ketidaksesuaian penggunaan media pengajaran kini sering menimbulkan masalah
kepada pensyarah dan pelajar dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
di sesebuah instituti. Masalah pembelajaran yang sering dihadapi ini akan menyebabkan
kebanyakan pelajar menjadi pasif dan seolah-olah mereka tidak wujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ekoran daripada itu, minat dan tarikan
pelajar terhadap pelajaran semakin pudar dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Perlu
ditegaskan bahawa penggunaan pelbagai media pengajaran sangat diperlukan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa boleh mempelajari
3
sesuatu dengan berkesan apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pelbagai media
pembelajaran yang sesuai dengan pemilihan yang tepat daripada pensyarah.Tanpa
media pembelajaran yang berkesan, mereka masih boleh belajar sesuatu, tetapi apa
yang dipelajari akan dilupakan (Sudjana & Rivai 2008; Jamalludin & Zaidatun 2003).
PEMILIHAN MEDIA
Anderson (1976), mengemukakan dua pendekatan ataupun model dalam proses
pemilihan media pembelajaran, iaitu model pemilihan tertutup dan model pemilihan
terbuka.
a.
Model Pemilihan tertutup, terjadi apabila alternatif media telah ditentukan “dari
atas” (misalnya dari Jabatan Pendidikan), sehingga model ini perlu digunakan
dalam pembelajaran . Pemilihan media lebih banyak dilakukan ke arah pemilihan
topik atau jenis perbahasan yang mana lebih sesuai untuk digunakan pada jenis
media tertentu. Contohnya penggunaan media audio seperti mana yang
telah ditetapkan. Dalam situasi sedemikian, bukanlah persoalan mengapa media
audio yang digunakan, dan bukan media lain? Jadi yang harus dilakukan adalah
memilih dan memaparkan topik-topik yang tepat melalui media audio.
b.
Model pemilihan terbuka pula merupakan berlawanan dari pemilihan tertutup.
Maksudnya, bebas memilih apa-apa sahaja jenis media yang sesuai dengan
keperluan pada masa kini. Alternatif media masih terbuka luas. Proses pemilihan
terbuka lebih anjal sifatnya kerana benar-benar bersesuaian dengan keperluan dan
keadaan yang semasa. Namun proses pemilihan terbuka ini memerlukan
kemampuan
dan
keterampilan
pensyarah
untuk
melakukan
proses
pemilihan. Seseorang pensyarah kadang kala boleh melakukan pemilihan media
dengan menggabungkan antara pemilihan terbuka dengan pemilihan tertutup.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses bagi media pengajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar, bahan bercetak,
surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, CD, internet dan
komputer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti papan hitam dan kapur kerap menjadi
media pengajaran di bilik-bilik darjah pada suatu ketika dulu. Kini penggunaan papan putih
4
dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap
digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan komputer, internet dan projector
LCD. Proses pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama antara
pensyarah dan juga pelajar. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku.
Oleh itu, pengajaran dirancang oleh pensyarah secara sistematik dengan menggunakan
kaedah dan teknik yang sesuai yang boleh terjadinya proses pembelajaran. Hasil daripada
pengajaran berlakulah perubahan secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang
eksplisit ataupun implisit (Shababuddin et al. 2003). Dalam proses pengajaran, pelbagai
pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti pengajaran berpusatkan pelajar, pensyarah, hasil,
proses dan nilai. Sehubungan dengan itu, pengajaran boleh ditambah baik dengan
perkembangan ilmu, kemantapan kemahiran dan rujukan kepada amalan profesional yang
berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses merekabentuk kurikulum, penyampaian
kurikulum, dan sistem penilaian pelajar. Sistem pembelajaran adalah proses interaksi antara
pelajar dengan pensyarah agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau
penguasaan kemahiran dan kepercayaan kepada pelajar. Secara ringkasnya komponen asas
yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu
pensyarah, pelajar, kandungan, kaedah, tujuan, hasil (perubahan yang kekal secara relatif) dan
penilaian.
Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain
kognitif (pemikiran dan minda), afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal
badan). Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011 Vol.5 menyatakan bahawa
pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pembelajaran
boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran formal dan pembelajaran memerlukan kaedah
dan proses sama ada dari yang paling mudah sehinggalah kepada yang paling kompleks.
Demikian juga pengajaran tidak semestinya menghasilkan pembelajaran. Namun, secara
lazimnya pengajaran yang baik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Justeru,
terdapat pembelajaran yang tetap memerlukan proses pengajaran. Secara ringkas, komponen
asas yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang
dipelajari (bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran, kaedah dan hasil (perubahan
yang kekal secara relatif)).
Menurut (Sufean Hussin 2002), lazimnya pembelajaran akan dikaitkan dengan pengajaran.
Pembelajaran di peringkat awal memerlukan bantuan dan bimbingan seorang pensyarah. Oleh
5
itu, pensyarah dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik. Pelajar belum memiliki pengetahuan dan kemahiran kaedah untuk
belajar. Terdapat beberapa perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran,
pensyarah seharusnya mempunyai tujuan tertentu dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai.
Pengajaran juga memerlukan kesedaran dan objektif yang jelas.
MEDIA SOSIAL
Perkembangan internet pada era kini, aplikasi media sosial menjadi kian popular.
Menurut Kaplan & Haenlein (2010) media sosial boleh didefinisikan sebagai sekumpulan
aplikasi internet yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0. Ia turut
membenarkan penghasilan dan perkongsian bahan-bahan yang dijana oleh pengguna. Media
sosial banyak bergantung kepada penglibatan golongan remaja. Mengikut Wardrip-Fruin dan
Montfort (2003) menyatakan bahawa golongan remaja yang terdedah kepada teknologi
maklumat pada usia muda lebih cenderung penglibatanya dalam perkongsian maya,
khususnya melalui media sosial.
Walaubagaimanapun, aplikasi media sosial telah menjadi salah satu cara komunikasi yang
paling penting sejak kebelakangan ini. Menurut Bryer dan Zavatarro (2011), media sosial
adalah teknologi yang memudahkan interaksi sosial, membuat kerjasama, dan membolehkan
perbincangan. Media sosial yang dicipta pada asalnya untuk tujuan komunikasi kini telah
mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media sosial diwujudkan untuk
menyediakan komunikasi dalam kalangan rakyat tanpa mengira jarak, membuatnya lebih
terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi maklumat, fail dan gambar-gambar dan
video, membuat blog dan menghantar mesej, dan membuat perbualan masa nyata. Sistem ini
dikenali sebagai sosial kerana menyediakan perkhidmatan komunikasi yang mudah dan
berkesan dengan keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan itu saja malah media sosial
juga menguatkan hubungan antara manusia.
Manakala Boyd (2010) berpendapat keberkesanan media sosial dalam penyaluran maklumat
adalah berkesan. Menurut Boyd (2010) lagi berpendapat bahawa, walaupun media sosial
dapat mengumpulkan beribu-ribu maklumat dalam masa yang singkat, tahap perhatian yang
diberikan oleh pengguna adalah sangat rendah, dan kebanyakkan maklumat yang dipaparkan
melalui media sosial tidak dibaca langsung oleh pengguna. Kebanyakkan kajian lepas lebih
6
tertumpu kepada aplikasi yang membantu pelajar dalam penulisan seperti Wikipedia dan blog
(Huang & Hung, 2009; Kessler, Bikowski, & Boggs, 2012).
Justeru itu, Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti
oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest. Sehubungan dengan itu, Facebook diasaskan
oleh Mark Zuckerberg sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi
pelajar Harvard sahaja kini menjadi media sosial paling dikenali di dunia. Pada Jun 2011,
Facebook melaporkan jumlah pengguna telah mencapai 750 juta.Menurut laman web Internet
Lives Stats pula, seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan
Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan internet
dan lebih daripada 15 juta orang akses kepada Facebook. Media sosial juga dijadikan tempat
menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran dan
sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia
komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui
internet, apa sahaja yang diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah.
PERNYATAAN MASALAH
Perkembangan teknologi maklumat dengan wujudnya pelbagai media sosial pada masa kini
sepatutnya dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Masih ramai
pensyarah yang tidak didedahkan dengan penggunaan media sosial khususnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Media sosial juga dianggap mampu membantu pelajar
berinteraksi dengan lebih mudah terutamanya dari segi pembelajaran berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh (Annand, 2011) dan juga membolehkan pensyarah mendapatkan informasi
bermanfaat dalam pelbagai format seperti gambar, video Issues in Language Studies (Vol. 2
No. 1- 2013). Media sosial juga merupakan suatu keperluan dalam memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan media sosial dengan faktor pemilihan serta kegunaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
7
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan media sosial, faktor pemilihan
media sosial dan kegunaannya dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini dilakukan di sebuah Kolej Islam As Sofa, Ampang Selangor.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering digunakan dalam
kalangan pensyarah.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah.
3. Mengenal pasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah.
4. Mengenal pasti perbezaan antara jantina dengan pemilihan media sosial dalam
kalangan pensyarah.
5. Mengenal pasti perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan media sosial.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Apakah jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering digunakan dalam kalangan
pensyarah
2. Apakah tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah.
3. Apakah tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah.
4. Adakah terdapat perbezaan antara jantina dengan pemilihan media sosial dalam
kalangan pensyarah.
8
5. Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan media sosial.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian mengunakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kolerasi yang
mana bermatlamat untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh
golongan pensyarah yang berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran. Soal selidik juga dijalankan ke atas responden bagi kajian ini untuk
mendapatkan data dan pandangan pensyarah mengenai penggunaan media sosial dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menurut Mohd Najib (1999) mengatakan kajian
berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu
fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan media sosial yang semakin
penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan pensyarah menguasai
ilmu pengetahuan dan kemahiran media sosial untuk kegunaan peribadi atau dalam
pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai persoalan kajian diperolehi
daripada kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya
paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan.
Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada
responden selain membuat pemerhatian tingkahlaku mereka. Selain itu ia dapat
mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian ini.
Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul
data. Hasil dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten.Instrument
kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik dengan skala 5 Likert iaitu sangat tidak setuju,
tidak bersetuju, neutral, bersetuju dan sangat bersetuju. Dalam borang soal selidik terdapat
dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A terdapat demografi responden dan
bahagian B pula terdapat 3 konstruk iaitu tahap pengetahuan, tujuan pemilihan dan tahap
penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data yang diperolehi
dikumpul dan dianalisisdengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 23.0.
9
POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Populasi kajian ini terdiri dari 35 orang pensyarah di Kolej Islam As sofa ampang, Selangor.
Menurut persamplelan krejcie dan morgan (1970) saiz sample yang di perlukan adalah
sebanyak 32 responden. Menurut Mohd Najib (1999) sample adalah sumber mendapatkan
data bagi sesuatu kajian.
DAPATAN KAJIAN
Soal selidik yang telah diedarkan adalah sebanyak tiga puluh lima set tetapi hasil daripada
edaran soal selidik hanya tiga puluh dua orang yang dikembalikan.
Jadual 1 Profil Responden
Jantina
Frequency
Percent
Lelaki
Perempuan
9
23
28.1
71.9
Total
Umur
21-30
31-40
32
100.0
26
6
81.3
18.8
Total
32
100.0
Cumulative
Percent
28.1
100.0
81.3
100.0
Jadual 1 memaparkan profil responden dari aspek jantina dan juga umur. Berdasarkan Jadual
1, terdapat 28.1% (9 orang) pensyarah lelaki dan 71.9% (23 orang) pensyarah perempuan.
Berdasarkan 32 orang pensyarah, seramai 26 orang (81.3%) pensyarah yang berumur antara
21 tahun hingga 30 tahun dan 6 orang (18.3%) pula pensyarah yang berumur antara 31 tahun
hingga 40 tahun.
10
Jadual 2 Profil Responden
Pengalaman Kerja
Frequency
Percent
Cumulative
Percent
28.1
78.1
90.6
100.0
1-2 tahun
3-4 tahun
5-6 tahun
7-8 tahun
9
16
4
3
28.1
50.0
12.5
9.4
Total
Taraf Pendidikan
32
100.0
Ijazah/Sarjana/PhD
32
100.0
100.0
Status
Berkahwin
Belum berkahwin
20
12
62.5
37.5
62.5
100.0
Total
32
100.0
Jadual 2 memaparkan profil responden dari aspek pengalaman kerja, taraf pendidikan dan
juga status. Sehubungan dengan itu bagi pengalaman kerja, seramai 9 orang (28.1%)
pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 1 hingga 2 tahun, seramai 16 orang (50.0%)
pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 3 hingga 4 tahun, seramai 4 orang (12.5%)
pensyarah yang mempunyai pengalaman antara 5 hingga 6 tahun dan juga seramai 3 orang
(9.4%) sahaja pensyarah yang mempunyai pengalaman paling lama antara 7 hingga 8 tahun.
Walaubagaimanapun bagi taraf pendidikan pula menunjukkan 32 orang (100%) responden
yang memiliki Ijazah/Sarjana/PhD dan akhir sekali hanya 20 orang (62.5%) responden yang
berstatus Berkahwin dan sebanyak 12 orang (37.5%) responden masih berstatus bujang.
Rajah 1
11
Media Sosial yang sering digunakan
Media Sosial yang sering digunakan
120
100
100
80
60
40
Percent
32.3
29
19.3
20
8.1
3.2
8.1
0
Facebook
Twitter
Soalan Kajian 1:
YouTube Wikipedia WhatsApp Lain-lain
Total
Apakah jenis pemilihan aplikasi media sosial yang sering
digunakan dalam kalangan pensyarah
Rajah 1 menunjukkan pemilihan Media Sosial yang sering digunakan oleh pensyarah.
Nilai paling tinggi bagi kekerapan tersebut adalah facebook iaitu seramai 20 orang (32.3%)
dan nilai paling rendah pula ialah twitter seramai 2 orang (3.2%) sahaja.
Jadual 3
Adakah
anda
mengikuti
perkembang
an aplikasi
media sosial
Mean
3.7188
N
32
Std. Deviation
1.05446
Tahap Pengetahuan Media Sosial
Adakah anda
suka
berkongsi
pengetahuan
mengenai
media sosial
dengan para
pelajar
3.5625
32
1.01401
Adakah anda
selalu
mengaplikasi
media sosial
terkini dalam
proses p&p
3.3437
32
1.03517
Adakah anda
mudah
Adakah
didedahkan penggunaan
dengan
media sosial
maklumat memudahkan
mengenai
proses p&p
media sosial
anda
3.6875
3.6875
32
32
1.14828
.99798
Soalan Kajian 2: Apakah tahap pengetahuan media sosial dalam kalangan pensyarah
Jadual 3 menunjukkan min bagi tahap pengetahuan media sosial. Berdasarkan jadual tersebut
min yang paling ialah 3.71 iaitu pensyarah yang mengikuti perkembangan aplikasi media
12
sosial. Manakala Min keseluruhan bagi konstruk tahap pengetahuan media sosial adalah 3.59
dengan membawa maksud yang memuaskan.
Jadual 4 Tujuan Pemilihan Media Sosial
Mean
N
Std. Deviation
Melihat
Aplikasi
kandungan
Dokumen yang menarik
Sistem
Elemen
dengan
yang mudah membentuk komunikasi mesej visual
mudah
dan menarik komunikasi yang pantas yang menarik
4.2188
4.2187
4.2188
4.2500
4.1250
32
32
32
32
32
.70639
.65915
.75067
.71842
.79312
Jadual 4 menunjukkan tujuan pemilihan media sosial. Berdasarkan jadual tersebut, min yang
paling tinggi adalah 4.25. iaitu merujuk kepada sistem komunikasi yang pantas. Secara
keseluruhannya, responden telah membuat pemilihan media sosial dengan tahap penerimaan
yang baik iaitu pada kadar min keseluruhan adalah 4.2
Jadual 5 Tahap Penggunaan Media Sosial
Mean
N
Std. Deviation
Kekerapan
masa yang
Kekerapan
digunakan penggunaan
untuk
media sosial
mengekses
untuk
internet
berinteraksi
dalam
dengan
sehari
pelajar
2.7500
3.2188
32
32
1.24434
1.09939
Kekerapan
penggunaan
Kekerapan
media sosial penggunaan
Kekerapan
dalam proses media sosial penggunaan
pengajaran
untuk
media sosial
dan
mencari
bagi tujuan
pembelajaran bahan ilmiah
peribadi
3.1563
2.7813
2.5313
32
32
32
1.01947
1.23744
1.39085
Soalan kajian 3: Mengenal pasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah.
Jadual 5 menunjukan tahap penggunaan media social. Berdasarkan jadual tersebut, min bagi
tahap kekerapan penggunaan media sosial yang paling tinggi adalah 3.21 menunjukkan
bahawa pensyarah menggunakan media sosial untuk berinteraksi dengan pelajar. Secara
keseluruhannya tahap penggunaan media sosial dalam kalangan responden adalah kurang
memuaskan dengan min keseluruhan 2.8 iaitu di bawah paras 3.0.
13
Jadual 6 Perbezaan Jantina dengan Pemilihan Media Sosial
Perbezaan Tujuan pemilihan media sosial
Jantina
Soalan Kajian 4:
t
P
-0.289
0.774
Adakah terdapat perbezaan antara jantina dengan pemilihan media sosial
dalam kalangan pensyarah
Berdasarkan Jadual 6, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan pemilihan media sosial (t=-0.289, p>0.05).
Jadual 7 Perbezaan Pengalaman Bekerja dengan Penggunaan Media Sosial
Perbezaan Penggunaan Media Sosial
Pengalaman kerja
t
P
-0.535
0.598
Soalan Kajian 5 : Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja dengan penggunaan
media sosial.
Berdasarkan Jadual 7, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan pemilihan media sosial (t=-0.535, p>0.05).
PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji melalui data berkaitan pengetahuan,
pemilihan dan penggunaan Media Sosial mendapati Facebook merupakan pilihan utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Melor Md Yunus dan Hadi Salehi
(2012) telah menguji keberkesanan Facebook dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran
dalam kalangan pelajar. Kajian tersebut telah menghasilkan keputusan yang positif. Facebook
14
diwujudkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg kerana aplikasi ini mudah diakses
menggunakan telefon pintar. Facebook juga adalah salah satu media sosial yang mudah
digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
sistematik. Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman
sosial Facebook dan Twitter, (Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, Universiti Malaya). Kajian
sebelum ini mendapati walaupun pembelajaran yang menggunakan alat bantuan seperti
elemen mesej visual yang menarik namun, implikasinya dalam meningkatkan kemahiran dan
keyakinan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar masih lagi terbatas
berbanding penggunaan aplikasi facebook (Harold 1999; Seltzer & Bentley, 1999; Shaffer,
2006).
Secara keseluruhan ianya menjelaskan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang
memuaskan berkaitan media sosial dengan min keseluruhan 3.59 namun responden kurang
menggunakan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan min sebanyak
2.8. Menurut Anderson (1976) jenis media social yang biasa digunakan oleh pensyarah
kepada pelajar adalah aplikasi yang menarik berbentuk komunikasi dan juga elemen mesej
visual yang menarik perhatian. Justeru, menurut Mc. Connell (1974) pula mengatakan bila
media itu sesuai pakailah “If The Medium Fits, Use It!”
CADANGAN KAJIAN
Kajian mengenai isu ini seharusnya diperbanyaknya dan diperluaskan ini kerana isu
pengetahuan dan pemilihan penggunaan media sosial dalam kalangan pensyarah amat penting
dalam sesebuah insituti pendidikan tinggi. Mereka perlu mengambil tahu peredaran semasa
teknologi maklumat mengenai media sosial bagi memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu dengan adanya media sosial pelajar akan lebih
kondusif
dalam
mengendalikan
tugasan
yang
diberikan
oleh
pensyarah
dengan
mengabungkan element multimedia menarik minat pelajar bagi menyiapkan tugasan mereka.
Wikipedia pula digunakan untuk perkongsian pandangan dalam penulisan. Pelajar-pelajar
juga didapati dapat mempelajari struktur penulisan dengan lebih efektif melalui Wikipedia.
Sehubungan dengan itu video-video YouTube didapati boleh membantu pelajar
meningkatkan kemahiran bertutur, manakala Twitter pula digunakan untuk mempelajari
perkataan baru. Kajian lanjut oleh pengkaji adalah
melihat hubungan antara tahap
pengetahuan dengan tahap pengunaan media sosial terhadap prestasi pelajar yang akan
15
dijalankan pada masa akan datang untuk membuktikan keberkesanannya dalam pengajaran
dan pembelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulan secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tahap tertinggi
penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah
facebook. Sehubungan dengan itu, didapati media sosial ini sangat popular dalam kalangan
pensyarah untuk tujuan perbincangan. Kajian ini telah membuktikan responden bersetuju
mengikuti perkembangan aplikasi media sosial. Walaupun terdapat kekangan dalam
penggunaannya, media sosial ternyata dapat meningkatkan minat pensyarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi-aplikasi media sosial memberikan konteks dan
kemudahan yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, pensyarah harus memilih
strategi pembelajaran yang efektif dan sesuai mengikut konteks.
RUJUKAN
Alexa. 2012. Top sites. Retrieved from http://www.alexa.com/ [2 September 2012].
Alshare,K.A., & Alkhateeb, F.B. 2008. Predicting students usage of Internet in two
emerging economies using an extended technology acceptance model (TAM). Academy
of Educational Leadership Journal 12(2): 109-128.
Arief S. Sadiman, et al. Media Pendidikan, (Jakarta : PT. Raja Grafindo Persada, 2007),
hlm. 84
Asik belajar dot com 2012. Pengertian, Manfaat, Jenis Dan Pemilihan Media Pembelajaran
http://www.asikbelajar.com/2013/09/pengertian-manfaat-jenis-dan-pemilihan.html.
26Mei2016
Chuah, K. M. 2013. Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi
pelajar universiti. Issues in Language Studies, 2(1): 56-63.
16
Detiki-Net. 2012. Jakarta masih ibukota Twitter. Retrieved from http://inet.detik. com/?cti [4
September 2012].
Ika Destiana, Ali Salman & Mohd Helmi Abd. Rahman. 2013. penerimaan media sosial:
kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi Malaysian
Journal of Communication29(2): 125-140
Kenpro. 2012. Kenya Projects Organization. sample size determination using Krejcie and
Morgan
table.
http://www.kenpro.org/sample-size-determination-using-krejcie-and-
morgan-table/. 26Mei2016
Lyndon, Suhana S,Sivapalan S, Azima M, Mohd Yusof Hussain , Abd hair Awang, Zaimah
R, Sarmila MS dan Lim Jie Wei. 2014. Pemerkasaan dengan media sosial: Aplikasi
facebook dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa Antropologi dan
Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 10
(1): 78 – 86
Malaysia
kini
2010.
92
peratus
rakyat
Malaysia
percaya
media
baru.
https://www.malaysiakini.com/news/127089. 26Mei2016.
Mustafa, S. E., & Hamzah, A. 2010. Media sosial: tinjauan terhadap laman jaringan sosial
dalam talian tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia ,12(2): 37-52.
Ogedebe, P. M., Emmanuel, J. A., & Musa, Y. 2012. A survey on Facebook and Academic
Performance in Nigeria Universities. In International Journal of Engineering Research
and Applications (IJERA) 2(4).
17
Utusan
Online
2015.
Menjaga
integriti
penggunaan
media
sosial.
http://www.utusan.com.my/rencana/menjaga-integriti-penggunaan-media-sosial1.93493. 26Mei2016.
Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2016. Penulisan Akademik dalam bidang Sains Sosial.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.