RASUAH Kupasan Makna dan Persepsi
RASUAH: KUPASAN MAKNA DAN PERSEPSI
Disediakan oleh:
Zaharahanum Kamarudin (2014)
PENDAHULUAN
Suapan, sogokan dan duit kopi adalah beberapa istilah yang tidak asing lagi apabila
memperkatakan perihal rasuah. Jenayah kolar putih ini sering dikaitkan dengan ahli politik,
ahli perniagaan dan pegawai kerajaan. Di Malaysia, isu rasuah tidak pernah surut
dibincangkan dalam kalangan masyarakat terutama apabila tiba musim pilihan raya.
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini
namun ia seolah-olah tiada penghujung.
Kertas ini akan membincangkan rasuah dari beberapa sudut dan mengupas
pandangan masyarakat umum dan antarabangsa mengenai masalah rasuah di Malaysia.
KUPASAN MAKNA DAN PUNCA
DEFINISI RASUAH
Secara umumnya rasuah adalah pemberian dalam bentuk wang, hadiah, jawatan,
kedudukan dan lain-lain benda bernilai sebagai balasan atas sesuatu perbuatan yang
melanggar undang-undang.
Menurut Kamus Bahasa Melayu Dewan (2013), rasuah bermaksud pemberian untuk
menumbuk rusuk (menyogok, menyuap). Ia turut menyenaraikan sinonim kepada perkataan
rasuah iaitu tumbuk rusuk, wang sogok, wang suap, sorong, duit kopi, tip, korupsi dan rayap.
Ezam dan Sapto menghuraikan rasuah sebagai:
“ketika seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak atas nama
kepercayaan untuk melakukan sesuatu perbuatan, tetapi yang ia lakukan
sebaliknya maka orang itu telah melakukan pengkhianatan amanah.”
(2010: 19)
1
Menurut Syakiran & Zawawi (2004) pula, rasuah ialah:
“ganjaran sesuatu atau mengharapkan ganjaran tertentu daripada
sesuatu pemberian”.
Di peringkat antarabangsa, rasuah ditakrif sebagai:
“penyalahgunaan kepercayaan awam untuk mendapatkan keuntungan
peribadi”
(Transparency International, 2010).
Dalam kata lain, rasuah adalah perbuatan timbal balas yang menguntungkan sama
ada yang diminta atau diberi dengan kerelaan atas sesuatu perbuatan tidak jujur yang lain.
KATEGORI RASUAH
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 menyenaraikan tujuh kategori
rasuah yang ditulis sebagai suapan. Antara yang dinyatakan ialah suapan berbentuk wang,
pinjaman, hadiah, cagaran berharga dan sebarang bentuk harta alih atau harta tak alih;
suapan berbentuk jawatan, kontrak pekerjaan atau apa-apa perjanjian untuk memberikan
pekerjaan atau perkhidmatan; suapan berbentuk pelepasan atau penyelesaian sebarang
pinjaman, obligasi atau liabiliti; dan suapan berbentuk perlindungan daripada penalti untuk
mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.
Ezam dan Sapto (2010: 19, 20) membahagikan rasuah dalam dua bentuk iaitu
rasuah aktif dan rasuah pasif. Rasuah aktif ialah apabila seorang pelaku memberikan hadiah
atau menjanjikan sesuatu yang bernilai kepada seorang yang lain; atau apabila pelaku
menggelapkan wang atau memalsukan atau menyembunyikan dokumen, atau apabila
pelaku menyalahgunakan kedudukan dan kekuasaannya dengan memeras orang yang
memerlukan khidmatnya. Keadaan ini menyebabkan pelaku akan menerima keberuntungan
iaitu hasratnya (yang tidak dibolehkan menurut undang-undang) terlaksana atau pelaku
dapat mengelakkan dirinya sendiri atau orang lain yang berkepentingan dari tuduhan atau
tindakan undang-undang terhadapnya.
2
Rasuah pasif pula merujuk kepada:
“perbuatan menerima sesuatu dari orang lain atas perbuatan yang
dilakukan atau tidak dilakukannya yang bertentangan dengan
kewajibannya.”
(Ezam dan Sapto, 2010: 21)
Contoh situasi yang dinyatakan Ezam dan Sapto ialah apabila seorang anggota
penguatkuasa menerima imbalan atas tindakannya menutup atau merahsiakan kes jenayah
yang perlu disiasat atau dihukum dan apabila seorang ahli pertubuhan atau organisasi
menerima ganjaran sebelum atau setelah memilih seseorang yang lain sama ada di dalam
atau di luar organisasi bagi memastikan orang itu menyandang jawatan dalam pertubuhan
atau organisasi tersebut (2010: 21).
Makalah ‘Rasuah dalam Karya Sastera Melayu Klasik: Satu Analisis Semantik
Kognitif’, yang ditulis oleh Hashimah dan Rozaimah (2008) pula mengupas beberapa
kategori rasuah seperti yang telah dibincangkan oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya
‘Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi’. Tujuh kategori rasuah yang dimaksudkan ialah rasuah
perkerabatan, investif, defensif, transaktif, autogenik, memeras dan dukungan.
Rasuah perkerabatan lebih dikenali sebagai nepotisme. Ia merupakan keadaan di
mana seseorang yang mempunyai kuasa menggunakan kuasanya untuk melantik ahli
keluarga atau rakan-rakannya bagi menjawat jawatan tertentu dalam organisasi atau
pertubuhan yang dianggotainya walaupun orang yang dilantik tidak mempunyai kelayakan
untuk menjawat jawatan tersebut.
Rasuah investif ialah apabila seseorang memberikan hadiah atau kedudukan kepada
seorang yang lain tanpa balasan tertentu pada masa hadiah atau kedudukan diberikan
tetapi mengharapkan dan menjangkakan akan mendapat balasan berbentuk keuntungan di
masa yang akan datang.
Rasuah defensif merujuk kepada situasi di mana seseorang dipaksa atau terpaksa
memberi rasuah demi mempertahankan dirinya.
3
Rasuah transaktif pula adalah satu keadaan di mana kedua-dua belah pihak
berpakat untuk menunaikan kehendak masing-masing. Rasuah ini dianggap berbaloi kerana
kedua-dua belah pihak beroleh keuntungan.
Seterusnya, rasuah autogenik adalah tindakan yang melibatkan satu pihak sahaja
demi memberi keuntungan kepada si pelaku. Rasuah yang kerap dirujuk sebagai autogenik
ialah perbuatan pemalsuan.
Rasuah memeras ialah satu situasi di mana pemberi rasuah dipaksa untuk
memberikan rasuah demi menghindarkan sebarang bentuk kerugian yang mengancam
dirinya, kepentingannya atau orang-orang yang dihargainya.
Akhir sekali ialah rasuah dukungan. Malangnya, rasuah ini tidak dibincangkan oleh
Hashimah dan Rozaimah dalam makalah yang dinyatakan di atas.
Berdasarkan kategori-kategori yang telah dibincangkan di atas, didapati bahawa apa
sahaja bentuk penyelewengan menggunakan kedudukan atau jawatan demi mendapat
habuan adalah rasuah walaupun pihak pemberi tidak merelakan pemberian tersebut atau
apabila penyelewengan berkenaan dilakukan secara bersendirian. Umumnya, masyarakat
memahami bentuk-bentuk rasuah yang dibincangkan cuma tidak mengkelaskan keadaan
rasuah yang dilakukan seperti mana kategori-kategori di atas.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RASUAH
Dua faktor yang menyebabkan rasuah boleh terjadi seperti yang dibincangkan oleh
Ezam dan Sapto dalam buku mereka ‘Islam & Persoalan Rasuah’ ialah individu dan sistem.
Faktor individu merujuk kepada sikap materialisme, satu sikap yang mementingkan
kebendaan. Materialisme menyebabkan seseorang individu menjadi tamak dan berusaha
untuk menambah himpunan harta miliknya dengan apa sahaja cara sekalipun. Apabila sikap
ini telah tertanam dalam diri seseorang, individu tersebut menganggap rasuah adalah jalan
paling mudah untuk mencapai cita-citanya. Dalam sesetengah kelompok masyarakat,
rasuah dianggap suatu yang biasa. Malah, mereka ini boleh sahaja melakukan rasuah
secara terang-terangan tanpa rasa bersalah.
4
Faktor kedua yang dibincangkan ialah faktor sistem di mana Ezam dan Sapto
merujuk kepada sistem kapitalis dan undang-undang. Sistem kapitalis meletakkan golongan
pemodal di baris hadapan dalam pusingan ekonomi negara. Malangnya, golongan pemodal
yang mempunyai banyak wang menggunakan kelebihan wang yang mereka ada bukan
sahaja untuk membiayai perniagaan mereka tetapi turut menyebabkan ketidakstabilan
ekonomi. Sering kita dengar, negara-negara kapitalis menyebabkan jurang antara kelompok
kaya dan miskin semakin melebar. Si kaya berterusan mengaut keuntungan dari aktiviti
perniagaan mereka manakala si miskin pula terus terperangkap dalam perangkap
kemiskinan yang melingkari mereka.
Apa yang membahayakan ialah kapitalisme tidak mengenal Tuhan. Dalam sistem
kapitalis, apa sahaja yang boleh menjadi modal akan diniagakan. Bagi mendapatkan
keuntungan yang berlipat kali ganda, pemodal mengusahakan perniagaan tanpa
mengenepikan unsur-unsur bertentangan agama. Bagi mereka, apa sahaja yang boleh
mendatangkan hasil akan diniagakan.
Kecenderungan mengaut keuntungan berlipat kali ganda menjurus ke arah sikap
individualistik dan materialistik. Dua sikap ini bukan sahaja menghinggapi golongan pemodal
di atas malah turut menjangkiti rakyat biasa. Ia mengakibatkan individu yang berada dalam
sistem kapitalis berusaha memberi keuntungan kepada diri sendiri dalam bentuk wang
ringgit, harta benda, jawatan, pangkat dan apa sahaja yang membentuk kekayaan. Dalam
keadaan ini, rasuah dianggap biasa malah menjadi satu bentuk perniagaan. Pemberian
rasuah dianggap sebagai pelaburan modal.
Bagi maksud sistem undang-undang pula, walau setegas mana pun undang-undang
yang telah digubal namun tanpa penguatkuasaan yang berkesan, undang-undang tersebut
tidak dapat menghindarkan apa lagi membanteras kes rasuah. Apatah lagi apabila undangundang berkenaan hanya dikenakan ke atas pelaku dari kalangan rakyat biasa manakala
individu berpengaruh atau berjawatan tinggi dibiarkan lepas bebas sedangkan umum
mengetahui kesalahan yang dilakukan. Hal ini menyebabkan wujudnya ‘jerung’, ‘ikan bilis’
dan ‘kambing hitam’ dalam masyarakat.
5
Sementara itu, dalam kertas “Rasuah ... Katakan Tidak”, Syakiran dan Zawawi
(2004) membincangkan beberapa punca rasuah yang lain iaitu gaji, peluang dan dasar.
Perbincangan berkenaan faktor gaji sebagai punca rasuah terutama di kalangan
penjawat awam adalah berdasarkan kajian Quah (1995) di Indonesia, China dan Malaysia.
Dalam kajian tersebut, Quah berpendapat gaji penjawat awam yang rendah mendorong
mereka untuk terlibat dalam jenayah rasuah. Namun, Syakiran dan Zawawi menyangkal
pendapat ini dengan menyenaraikan beberapa kes rasuah di Malaysia yang melibatkan
jawatan tertinggi dalam jabatan awam. Menurut mereka, rasuah turut berlaku dalam
kalangan elit, ahli korporat, ahli politik dan pekerja kolar putih yang rata-rata memiliki
pendapatan tinggi. Selain itu, rasuah juga berlaku dalam kalangan penguatkuasa undangundang seperti polis, kastam dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kedua-dua
keadaan ini menggambarkan, gaji rendah bukanlah faktor kepada berlakunya jenayah
rasuah.
Syakiran dan Zawawi kemudiannya membincangkan faktor peluang sebagai punca
rasuah. Peluang wujud apabila satu pihak yang mempunyai tuntutan tertentu berhubung
dengan pihak kedua yang boleh melunaskan tuntutan tersebut. Dalam situasi ini, pihak
kedua juga menuntut balasan sebagai syarat memenuhi tuntutan pihak pertama. Apabila
pihak pertama bersetuju memenuhi tuntutan balas pihak kedua, maka wujudlah perjanjian
melakukan rasuah. Keadaan ini menunjukkan, pihak kedua menganggap tuntutan pihak
pertama sebagai peluang untuk mendapatkan keuntungan melalui jenayah rasuah.
Selain itu, Syakiran dan Zawawi berpendapat birokrasi juga sebagai antara keadaan
yang mewujudkan peluang melakukan rasuah di mana rasuah dianggap sebagai kaedah
mempercepatkan urusan atau memintas peringkat-peringkat yang terdapat dalam birokrasi.
Faktor ketiga yang menjadi punca rasuah yang dibincangkan Syakiran dan Zawawi
ialah dasar. Setiap negara mempunyai dasar tersendiri dalam menggubal undang-undang
berkaitan jenayah rasuah. Namun, sama ada undang-undang yang digubal mempunyai
kelompangan
atau
penguatkuasaan
undang-undang
tersebut
yang
tidak
tegas
menyebabkan jenayah rasuah terus berlaku di sesebuah negara.
6
Melalui perbincangan di atas, boleh dikatakan sikap seseorang individu sebagai
punca utama kepada berlakunya jenayah rasuah. Kerana sikap individualistik dan
materialistik, seseorang individu akan mengambil kesempatan atas sistem pemerintahan
dan dasar-dasar sebuah negara dengan mengintai, mencipta dan seterusnya menggunakan
peluang melakukan rasuah demi memastikan hasrat individu tersebut tercapai. Hal ini
menepati catatan dalam Laporan Tahunan 2011 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM):
“Mereka yang mengamalkan rasuah bukan kerana tidak cukup gaji atau
pendapatan. Mereka melakukan bukan kerana kelaparan atau serba
kekurangan. Tetapi mereka melakukannya kerana rasa tamak haloba,
sentiasa ingin hidup lebih mewah, tidak bertanggungjawab dan
mengkhianati amanah.”
(SPRM, 2012)
PERSEPSI RAKYAT MALAYSIA TERHADAP RASUAH PASCA PILIHAN RAYA UMUM
KE – 12, TAHUN 2008
Era globalisasi yang bermula sejak penggunaan internet secara berleluasa di
Malaysia memberi ruang kepada rakyat dalam mendapatkan pendidikan, prasarana dan
suasana hidup yang lebih baik berbanding era sebelum itu. Pendedahan terhadap dunia luar
kepada hampir semua rakyat menyebabkan rakyat Malaysia kini berpandangan luas dan
berusaha untuk sama-sama berganding bahu dalam memastikan Malaysia menjadi negara
yang lebih baik dari segi pemerintahan dan pembangunan serta kemajuannya.
Maka, tidak hairanlah, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, kolaborasi
tiga parti pembangkang iaitu Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat dan
Democration Action Party (DAP) merampas pentadbiran di empat negeri iaitu Kedah,
Selangor, Perak dan Pulau Pinang (malangnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
keluar dari parti masing-masing menyebabkan pentadbiran negeri Perak kembali ke
pangkuan Barisan Nasional). Gabungan ketiga-tiga parti politik ini dinamakan sebagai
Pakatan Rakyat.
7
Antara isu menarik yang menyebabkan berlakunya tsunami politik pada PRU kali ini
ialah penyelewengan dan ketirisan dana negara yang dipercayai disebabkan oleh jenayah
rasuah dalam kalangan ahli politik.
Bab ini akan melihat pandangan sebahagian rakyat Malaysia terhadap rasuah
melalui beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh sarjana-sarjana tempatan.
Persepsi Wakil Rakyat
‘Wakil Rakyat’ adalah gelaran yang diberikan masyarakat kepada Ahli Dewan
Undang Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Rakyat (Parlimen). Kedua-duanya dipilih oleh
masyarakat melalui PRU yang biasanya diadakan sekali di setiap lima tahun. Namun dalam
keadaan tertentu (biasanya apabila berlaku kematian wakil rakyat), Pilihan Raya Kecil (PRK)
akan diadakan bagi memilih wakil rakyat yang baharu.
Isu rasuah sememangnya tidak dapat lari dari dibincangkan sama ada ketika PRU,
PRK atau pasca kedua-duanya. Ketika musim kempen pilihan raya, parti pembangkang
biasanya lebih ke hadapan dalam isu ini dengan mendedahkan salah laku rasuah yang
dilakukan sama ada oleh calon parti lawan atau yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam parti
politik lawan. Malah perbuatan parti UMNO menawarkan projek bernilai jutaan ringgit,
memberi barang keperluan kepada penduduk setempat (atas nama sumbangan) dan
mengarahkan pihak berkuasa tempatan memperbaiki infrastruktur serta-merta dianggap
sebagai rasuah kepada pengundi di kawasan tersebut agar mengundi mereka dalam pilihan
raya itu.
Bagi mendapatkan pandangan wakil rakyat yang telah dipilih berkenaan isu rasuah,
kertas ini akan meninjau dapatan Malike Brahim, Mohd. Fo’ad Sakdan dan Musliza
Mohamad melalui kaji selidik mereka yang bertajuk “Peranan Wakil Rakyat dalam Parti
Politik: Isu dan Cabaran”. Kaji selidik berkenaan dijalankan di seluruh Malaysia melalui soalselidik yang diedarkan kepada 56 orang wakil rakyat dari parti UMNO, MCA, SPDP, MIC
dan PAS.
Di bawah bab ‘Isu dan Cabaran dalam Parti Politik’ satu daripada masalah yang
dibincangkan ialah ‘gejala politik wang kian menjadi-jadi’. 32.1% responden bersetuju
8
bahawa masalah ini adalah antara masalah yang berlaku dalam parti politik berkenaan.
Menariknya, Malike, Fo’ad dan Musliza berpendapat, punca sebenar politik wang berlaku
ialah kerana wujudnya beberapa puak ekoran perebutan jawatan dalam parti (64.3%).
Setiap puak mempunyai calon-calon kegemaran mereka bagi menyandang sesuatu jawatan.
Calon-calon inilah yang menggunakan politik wang bagi memastikan sokongan yang
diterima berterusan dan semakin bertambah.
Selain itu, soal-selidik ini turut menyenaraikan beberapa isu perpaduan dan
konsesus dalam parti. Dapatan kajian mendapati 54.6% responden bersetuju bahawa
perebutan jawatan dalam parti merupakan isu utama manakala 38.1% responden pula
bersetuju bahawa gejala politik wang sangat ketara berikutan perebutan jawatan politik.
Sekali lagi perebutan jawatan dan politik wang mendapat peratusan yang tinggi. Hal ini
menunjukkan kedua-dua isu ini adalah isu utama yang perlu diambil berat bagi memastikan
kelangsungan sesebuah parti politik.
Di akhir kertas kaji selidik ini, Malike, Fo’ad dan Musliza menekankan bahawa satu
daripada ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap diri wakil rakyat ialah bebas rasuah. Hal ini
untuk memastikan agar wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih baik sama ada sebagai
pemimpin atau pengurus kepada parti yang diwakili atau penduduk setempat.
Persepsi Belia
Beberapa sarjana yang lain pula cuba mendapatkan pandangan generasi muda
terhadap beberapa isu berkaitan pilihan raya seperti isu pembangunan ekonomi, keperluan
masyarakat setempat dan persepsi terhadap politik, media dan demokrasi. Kajian terhadap
generasi muda yang ditakrifkan sebagai golongan belia berusia antara 15 – 40 tahun ini
diadakan di seluruh Malaysia. Seramai 14,707 orang responden terlibat dalam kaji selidik ini.
Tiga dapatan kajian yang akan dibincangkan di bawah ialah isu utama yang menjadi pillihan
belia dalam pilihan raya, kriteria parti yang menjadi pilihan dan pendapat belia mengenai
politik dan kerajaan.
Samsudin A. Rahim (2010) dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan
sebuah kaji selidik bertajuk “Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan
9
Pilihan Raya Umum ke-12”. Seramai 8,823 responden dari beberapa kawasan parlimen
yang dimenangi parti Barisan Nasional dan pembangkang terlibat dalam kajian ini. Dapatan
kajian ini diagihkan mengikut komponen ras iaitu Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah
dan Bumiputera Sarawak. Hasil kajian mendapati antara 92% ke 96% responden bersetuju
bahawa rasuah merupakan isu penting dalam pilihan raya (2010: 12). Hal ini menunjukkan,
golongan belia turut prihatin ke atas isu rasuah dan menganggap isu ini sebagai isu penting
yang mempengaruhi golongan ini dalam pemilihan parti politik bagi memegang tampuk
kepimpinan negara.
Kaji selidik yang lain dijalankan di Parlimen Muar, Johor melibatkan seramai 1,500
orang responden di bawah tajuk ‘Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di Kawasan
Parlimen Muar, Johor’. Mohd. Fuad Mat Jali dan Junaidi Awang Besar (2012) mendapati
rasuah/politik wang bukanlah isu utama yang dibincangkan oleh belia di Muar. Pemilihan isu
rasuah/politik wang sebagai isu utama hanya dipersetujui oleh 37.5% responden sahaja.
Sebaliknya,
golongan belia di
Muar
menganggap isu ‘pemulihan ekonomi/harga
barangan/minyak’ sebagai isu yang lebih utama di mana seramai 68.4% belia di Muar
memilih isu ini (2012: 59). Hal ini mungkin disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat
yang sangat dirasakan oleh golongan belia di Muar. Mereka berpendapat isu ini lebih
penting untuk dibincangkan kerana hanya dengan pemulihan ekonomi negara maka harga
barangan dan minyak akan stabil seterusnya mengurangkan beban rakyat biasa.
Seterusnya, Fuad dan Junaidi turut bertanyakan pendapat belia berkenaan kriteria
parti yang menjadi pilihan mereka dalam pilihan raya tersebut. Didapati 87.6% belia
cenderung memilih parti yang memperjuangkan isu kemanusian seperti ketelusan, keadilan,
hak asasi manusia dan anti rasuah. Dari dapatan ini, boleh dikatakan, belia di Muar
berpendapat, parti yang memperjuangkan isu kemanusiaan sudah pasti mampu menangani
isu-isu lain yang disenaraikan seperti memacu pembangunan negara dan membasmi
kemiskinan, mampu memelihara agama dan bangsa dan mampu memelihara perpaduan
kaum (2012: 59).
10
Dalam kaji selidik yang lain, Junaidi dan rakan-rakan (2012) mendapati, kriteria yang
sama turut menjadi pilihan 3,484 belia dari seluruh negara. Kajian ini dipecahkan kepada
Wilayah Timur, Wilayah Selatan, Wilayah Barat, Wilayah Utara dan Wilayah Borneo. Kertas
kaji selidik ini bertajuk ‘Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum
(PRU) 2008 di Malayia’. Kaji selidik ini mendapati pemilihan parti politik berdasarkan kriteria
memperjuangkan isu kemanusia seperti ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan rasuah
mengatasi kriteria-kriteria yang lain seperti mengutamakan rakyat dan memperjuangkan
bangsa.
Isu yang ketiga yang ditanya kepada belia ialah pandangan belia terhadap politik dan
kerajaan. Fuad dan Junaidi (2012) mendapati 83.7% belia bersetuju bahawa belia kurang
menyokong kerajaan berikutan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani isu
rasuah dan politik wang kurang berkesan. Kajian Junaidi dan rakan-rakan (2012) terhadap
belia di pelbagai wilayah pula mendapati 73.1% belia mempunyai pendapat yang sama.
Selain itu 77.1% belia di kawasan Parlimen Batu juga bersetuju dengan pendapat tersebut
(Fuad dan Junaidi, 2012).
Ringkasan dapatan kajian tersebut dapat dilihat melalui jadual yang berikut:
Lokaliti belia
(jumlah
responden)
Rasuah sebagai isu
utama pilihan raya
Parti yang akan
dipilih adalah parti
yang
memperjuangkan
isu kemanusiaan
(termasuk rasuah)
Langkah menangani
rasuah dan politik
wang yang
dilakukan oleh
kerajaan kurang
berkesan
Pelbagai kawasan
Parlimen (8,823)
93.6%
-
-
Pelbagai Wilayah
(3,484)
2.3%
73.1%
73.1%
Parlimen Muar
(1,500)
37.5%
87.6%
83.7%
Parlimen Batu
77.1%
(900)
Jadual 1: Ringkasan dapatan kajian berkenaan pandangan belia berkaitan isu rasuah
Secara umumnya, golongan belia di Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan
rasuah yang dilakukan oleh ahli-ahli politik. Sebahagian besar belia juga menganggap isu
11
rasuah sebagai isu penting yang perlu ditangani oleh kerajaan secara bijaksana. Belia
mahukan parti yang komited memperjuangkan isu kemanusiaan (termasuk rasuah) di
samping terus memastikan kestabilan ekonomi negara. Ini kerana, hanya dengan ekonomi
yang stabil, barulah rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik seperti mempunyai
peluang-peluang kerja yang mampu menampung kos kehidupan semasa.
Selain daripada itu, belia juga mahukan kerajaan serius menangani isu rasuah sama
ada pelaku rasuah itu terdiri daripada golongan berpengaruh atau berjawatan tinggi. Partiparti politik perlu ingat bahawa sebahagian besar pengundi datang dari kalangan belia.
Maka pandangan belia tidak harus diketepikan malah perlu didengar dan dijadikan panduan
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti politik seterusnya apabila memegang pentadbiran
negara, suara-suara belia ini turut diambil kira dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan.
Dengan cara ini, barulah belia akan memberikan sokongan kepada parti-parti berkenaan
agar terus mentadbir kerajaan dengan jayanya.
PERSEPSI MASYARAKAT ANTARABANGSA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA
Setiap tahun Transperansi Antarabangsa (TI) mengeluarkan Indeks Persepsi
Rasuah (CPI) yang mengumpulkan nilaian mata yang diberi oleh orang awam terhadap
rasuah di sektor awam. Indeks ini menilai persepsi orang awam terhadap rasuah yang
berlaku di hampir semua negara di seluruh dunia. Negara yang memiliki nilaian mata
menghampiri mata penuh (100 mata penuh untuk tahun 2012 dan 10 mata penuh untuk
tahun-tahun sebelumnya) adalah negara yang dipercayai paling sedikit mengamalkan
rasuah dalam pentadbiran awam. Jumlah mata dikumpulkan berdasarkan beberapa siri
soal-selidik dalam tempoh masa tertentu. Bagi tahun 2010, jumlah mata dinilai berdasarkan
13 siri soal-selidik yang dijalankan antara Januari 2009 dan September 2010 (Transperancy
International, 2010).
Di bawah ini disertakan graf Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia dan dua negara
jiran iaitu Singapura dan Thailand bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 2003 hingga
2009.
12
Graf Mata Index Persepsi Rasuah
10
9
8
7
6
Mata 5
4
3
2
1
0
Malaysia
Singapura
Thailand
2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Tahun
Rajah 1: Graf Mata Indeks Rasuah (CPI) di Malaysia, Singapura dan Thailand.
Sumber: cpi.transperancy.org
Bacaan mata Indeks Persepsi Rasuah bagi setiap negara diperincikan seperti yang
berikut:
TAHUN
MALAYSIA
Jumlah Negara
Terlibat
SINGAPURA
THAILAND
Kedudukan
Mata
Kedudukan
Mata
Kedudukan
Mata
2003
133
37
5.2
5
9.4
70
3.3
2004
146
39
5
5
9.3
64
3.6
2005
158
39
5.1
5
9.4
70
3.3
2006
163
44
5
5
9
63
3.6
2007
179
43
5.1
4
9.3
84
3.3
2008
180
47
5.1
4
9.2
80
3.5
2009
180
56
4.5
3
9.2
84
3.4
2010
178
56
4.4
1
9.3
78
3.5
2011
182
60
4.3
5
9.2
80
3.4
2012
176
54
4.9
5
8.7
88
3.7
PURATA
4.86
9.2
Jadual 2: Mata dan Kedudukan Malaysia, Singapura dan Thailand Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) dari tahun 2003 hingga 2012. Sumber: cpi.transperancy.org
Berdasarkan Jadual 2, didapati purata mata CPI Malaysia bagi tempoh sepuluh
tahun ialah 4.86, Singapura ialah 9.2 dan Thailand ialah 3.4. Singapura, sebagai sebuah
negara yang maju dari segi teknologi dan ekonomi berjaya meyakinkan masyarakat
13
3.4
antarabangsa terhadap usaha negara berkenaan dalam menghindari rasuah di sektor awam
negara tersebut. Meskipun dari sudut sejarahnya, Singapura pernah menjadi sebahagian
daripada Malaysia, namun negara kecil ini ditadbir dengan kaedahnya yang tersendiri
sehingga menjadi negara termaju di Asia Tenggara walau dengan sumber ekonomi yang
terhad. Dipercayai, dasar pentadbiran Singapura yang bersih daripada rasuah memberi
kepercayaan
kepada
ahli-ahli
perniagaan
terutama
pelabur-pelabur
asing
untuk
menjalankan kegiatan ekonomi mereka di ‘kota singa’ itu. Oleh kerana itu, soal-selidik yang
dijalankan Transperansi Antarabangsa memberi mata yang tinggi terhadap pentadbiran
Singapura.
Di Malaysia, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk
menangani masalah rasuah di negara ini, namun usaha-usaha tersebut belum cukup
meyakinkan masyarakat antarabangsa. Hal ini ditunjukkan dengan jelas apabila
membandingkan mata yang diperoleh bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Untuk tempoh tiga
tahun berturut-turut, persepsi rasuah di Malaysia terus menurun. Meskipun ada kenaikan
mata sebanyak 0.6 bagi tahun 2012, namun ia tidak sebanding dengan peningkatan usaha
yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti promosi
media berupa tayangan iklan di papan iklan LED, tayangan iklan di skrin LCD yang terdapat
di bangunan komersial, restoran mamak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), tayangan iklan 30 saat di pawagam, tayangan telemovie, drama dan
dokudrama serta iklan dan kapsul di televisyen (SPRM, 2012). Tambahan pula isu hangat
berkaitan rasuah yang dilakukan oleh ahli politik dirasakan tidak ditangani dengan
sewajarnya.
Sehingga ke hari ini, masyarakat masih membincangkan hukuman yang dikenakan
ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo yang hanya
dikenakan hukuman 12 bulan penjara serta dilucut hak terhadap pemilikan banglonya
sedangkan kesalahan beliau melibatkan nilaian sejumlah jutaan ringgit (SPRM, 2012).
Begitu juga isu pembelian kapal selam Scorpone dan jet pejuang Sukhoi yang masih belum
14
jelas berkenaan fungsi kedua-dua kenderaan perang berkenaan apa lagi jumlah wang yang
diperlukan bagi membeli dan penyenggaraannya (Muhamad Nadzri, 2009: 105)
Kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap jenayah rasuah di Malaysia turut
dilaporkan oleh firma Ernst & Young, sebuah firma perunding antarabangsa yang melibatkan
681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat. Tinjauan singkat ini bermula pada Mac
2013 dan berakhir pada Mei 2013. Hasil tinjauan mendapati, responden berpendapat
bahawa jenayah rasuah di Malaysia bertambah buruk dan menghampiri situasi rasuah di
negara jiran, Indonesia. Tinjauan melibatkan 39% responden yang berlokasi di Australia,
China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam
(Harakahdaily, 13 Oktober 2013).
Kedua-dua dapatan ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Pihak kerajaan memainkan yang sangat penting untuk mengubah tanggapan masyarakat
antarabangsa terhadap gejala rasuah ini. Hal ini kerana ekonomi Malaysia sangat
bergantung dengan pelaburan dari negara luar. Sekiranya pelabur-pelabur asing ini menarik
pelaburan mereka kerana lelah dengan mainan rasuah di negara kita, maka rakyat jelata
bakal ditimpa masalah utamanya masalah kehilangan mata pencarian. Secara tidak
langsung, jenayah-jenayah lain bakal timbul seperti kisah seorang bapa yang nekad
merompak dua pejabat pos kerana diberhentikan kerja dan ditipu orang yang dipercayainya.
PENUTUP
Rasuah bukanlah perkara kecil dalam masyarakat apa lagi dalam pembinaan
sesebuah negara. Kerana rasuah sistem pentadbiran yang dibina dengan bersusah-payah
akan runtuh dalam sekelip mata. Kerana rasuah seorang raja boleh kehilangan negerinya.
Kerana rasuah, seorang pemimpin boleh kehilangan pengikutnya. Hal seperti ini telah
banyak dituliskan oleh sarjana-sarjana tempatan dan antarabangsa.
Dalam sejarah pentadbiran Malaysia, tsunami politik yang berlaku pada 2008
dipercayai kerana penolakan rakyat terhadap jenayah rasuah yang berleluasa dalam
kalangan ahli parti politik yang memerintah sebelum PRU pada tahun itu. Malah, umum juga
15
maklum bahawa tumpasnya kerajaan Pakatan Rakyat yang baharu dibentuk di negeri Perak
kembali kepada Barisan Nasional adalah berunsurkan rasuah. Baru-baru ini pula, rakyat
Malaysia dikejutkan lagi dengan maklumat bahawa kegagalan kerajaan Malaysia
mempertahankan Pulau Batu Putih yang dipertikaikan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ) juga berunsurkan rasuah. Namun tindakan kerajaan yang enggan ‘mempercayai’ dan
menyiasat dakwaan-dakwaan di atas menyebabkan rakyat tertanya-tanya benarkan
kerajaan sekarang benar-benar berusaha membanteras rasuah hingga ke ‘akar umbi’ atau
hanya ‘manis tebu di bibir sahaja’.
RUJUKAN
Buku:
Mohamad Ezam Mohd Nor & Sapto Waluyo. (2010). Islam & Persoalan Rasuah. Shah
Alam: Generasi Baru Nusantara Sdn. Bhd.
Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2009). Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik
dalam PRU 2008 dan Kontemporari. Petaling Jaya: Strategic Information and
Research Development Centre (SIRD).
Artikel/jurnal dari laman web:
Harakahdaily. (13 Oktober 2013). Firma Audit Antarabangsa dedah rasuah negara makin
buruk.
Harakahdaily.
Dilayari
pada
14
Oktober
2013
di
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/22729-firma-audit-antarabangsadedah-rasuah-negara-makin-buruk
Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri
Amir et.al. (2012). Persepsi politik pengundi belia Melayu pasca Pilihan Raya
Umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu. 9: 191 – 214. Dilayari pada 17
Oktober 2013 di http://www.ukm.my/j-melayu/images/jurnal/9/artikel%2014.pdf
Malike Brahim, Mohd. Fo’ad Sakdan & Musliza Mohamad. (2013). Peranan Wakil Rakyat
dalam parti politik: isu dan cabaran. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics &
Strategy. 40(1): 91 – 115. Dilayari pada 18 November 2013 di
http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=50&id_vol=50&art=47
4
Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012). Pembangunan sosioekonomi dan
pandangan belia terhadap isu semasa di kawasan Parlimen Batu, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Geografi – Malaysian Journal of Society and Space.
8(2):
67
–
76.
Dilayari
pada
18
November
2013
di
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/7.geografia-peb%202012themed%20issue-fuad%20dkk-ukm-melayu%20-22.2.pdf
16
Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012). Pendapat dan keperluan generasi
muda di kawasan Parlimen Muar, Johor. Jurnal of Social Science and Humanities:
e-Bangi. 7(1): 50 – 6. Dilayari pada 18 November 2013 di http://www.ukm.my/ebangi/index.php?option=com_jresearch&view=publication&task=show&id=139&lan
g=en
Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera
melayu klasik: satu analisis semantik kognitif. Jurnal of Social Science and
Humanities: e-Bangi. 3 (3):1 – 32. Dilayari pada 17 Oktober 2013 di
http://journalarticle.ukm.my/1562/1/shima.pdf
Nur Syakiran Akmal Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. (2004). Rasuah …? Katakan tidak.
Dilayari pada 17 Oktober 2013 di http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf
Samsudin A. Rahim, (2010). Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan
Pilihan Raya Umum Ke-12. Jurnal Komunikasi. 26 (12). 1 – 15. Dilayari pada 18
Oktober 2013 di http://journalarticle.ukm.my/1902/1/V26_2_1.pdf
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2012). Laporan Tahunan 2011. Dilayari
pada 14 Oktober 2013 di http://www.sprm.gov.my/files/LaporanTahunan2011.pdf
Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. (2013). Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri
yang
Dimenangi.
Dilayari
pada
27
November
2013
di
http://semak.spr.gov.my/spr/module/5_kerusiDUN.php
Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. (2013). Kedudukan Kerusi Rakyat yang Dimenangi.
Dilayari
pada
27
November
2013
di
http://semak.spr.gov.my/spr/module/5_KerusiDR.php
Transperancy International. Corruption Perception Index 2010. Dilayari pada 14 Oktober
2013 di http://www.transparency.org/cpi2010/results
Transperancy International. Corruption Perception Index. Dilayari pada 14 Oktober 2013 di
http://www.transparency.org/research/cpi/overview
17