KEMUNCULAN BEKALAN ELEKTRIK SEBAGAI SUMB

PENGENALAN
Tenaga elektrik merupakan sumber tenaga baharu yang muncul pada lewat
abad ke-19 kesan daripada perkembangan ilmu sains dan fizik yang berlaku di
Eropah. Sebelum munculnya tenaga elektrik masyarakat Eropah menggunakan lampu
gas sebagai sumber cahaya dalam kehidupan harian mereka. Tenaga elektrik muncul
hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Thomas Alva Edison membolehkan
masyarakat di Eropah menggunakan tenaga elektrik dalam menjalankan kegiatan
seharian. Kemudiannya, penggunaan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga alternatif
yang bermula di Eropah telah merebak ke beberapa kawasan lain termasuklah di
Tanah Melayu setelah ianya diperkenalkan oleh penjajah British. Hal ini, kerana
kemasukan dan perlaksanaan pentadbiran British di Tanah Melayu secara tidak
langsung telah membuka pintu kepada kemasukan teknologi dan idea moden seperti
kejuruteraan elektrik yang sedang rancak berkembang di Eropah untuk di asimilasikan
dengan struktur pemerintahan tempatan.
Pada abad ke-20 tenaga elektrik mula diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu.
Pengenalan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga baharu telah memberi perubahan
yang ketara dalam aspek kehidupan di Tanah Melayu berbanding dengan zaman
sebelumnya yang bergantung kepada tenaga buruh sepenuhnya dalam kegiatan
ekonomi. Tenaga elektrik mula-mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1894
oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillai untuk kegunaan peralatan mengepam air di
lombong bijih timah milik mereka di Rawang, Selangor. 1 Terdapat dua pihak yang

memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan tenaga elektrik kepada
penduduk di Tanah Melayu iaitu disediakan oleh pihak kerajaan dan disediakan oleh
1 Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,
Manifestasi Suatu Tenaga Baru: Peranan Kerajaan Dalam Membangunkan
Kemudahan Bekalan Elektrik, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya,
2015, hlm. 1.

1

pihak swasta. Hasil dari pengenalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu telah
memberi impak kepada kehidupan di Tanah Melayu dalam aspek pengangkutan,
pendidikan, pekerjaan, komersial, gaya hidup dan sebagainya. Hal ini, kerana tenaga
elektrik sememangnya asing kepada kehidupan penduduk di Tanah Melayu sebelum
ini yang sangat bergantung kepada sumber tenaga manusia.

2

PENGENALAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DI TANAH MELAYU
Teknologi bekalan tenaga elektrik di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh
golongan jurutera professional dan usahawan. Golongan jurutera professional

merupakan mereka yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan, mereka datang
berkerja di Tanah Melayu disebabkan permintaan yang tinggi bagi jawatan jurutera
disebabkan semasa zaman ini belum ada penduduk tempatan yang menjadi jurutera di
Tanah Melayu. Selain itu, peningkatan jurutera professional di Eropah secara tidak
langsung menyebabkan berlakunya persaingan yang tinggi dalam bidang pekerjaan
yang menyebabkan ramai yang berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan
pekerjaan. Misalnya, Mr Arthur Salisbury Baxendale, Mr Charles Edwin Spooner dan
Mr Orlo Venning Thomas merupakan antara orang Eropah terawal yang berkerja
sebagai jurutera professional di Tanah Melayu.
Manakala, golongan usahawan pula terdiri daripada pemodal-pemodal Eropah
yang mempunyai syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan
menjual barang-barangan elektrik. Sebagai contoh, Richard Riley, William
Hargreaves dan Mr August Huttenbach merupakan antara pemodal Eropah yang
mempunyai syarikat yang beroperasi di Tanah Melayu.2 Jelaslah terdapat dua
golongan yang membawa kepada pengenalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu
di Tanah Melayu. Bagi menguruskan bekalan tenaga elektrik pihak kerajaan telah
menubuhkan Elecrical Deparment pada 1927 di negeri Johor, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Pulau Pinang dan di Negeri-negeri Melayu bersekutu. 3 Berbeza di Kedah
dan Melaka apabila kedua-dua negeri ini perkhidmatan bekalan elektriknya di uruskan


2 Muzaffar Tate, Power Builds The Nation: The National Electricity Board Of The
State Of Malaya And Its Predecessors, (vol 1), Kuala Lumpur: The National
Electricity Board Of The State Of Malaya, 1989, hlm. 13.
3 Ibid, hlm. 107.

3

oleh pihak swasta seperti Syarikat Huttenbach, Malacca Electric Lighting Company
(MELC) dan Perak River Hydro Electric Power Company (PRHEP).4
Hal ini, bermaksud setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika ini mempunyai
sistem pengurusan bekalan tenaga elektrik yang berbeza kerana bekalan elektrik
setiap negeri diuruskan oleh badan yang berbeza. Buktinya, takrif harga elektrik di
negeri Melaka takrif harga yang paling yang paling mahal berbanding di negeri-negeri
Melayu yang lain.5 Keadaan ini, disebabkan sistem bekalan elektrik di Melaka
diuruskan oleh syarikat swasta sepenuhnya yang mengutamakan keuntungan
berbanding dengan perkhidmatan bekalan elektrik yang diuruskan oleh pihak kerajaan

4 Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,
Manifestasi Suatu Tenaga Baru: Peranan Kerajaan Dalam Membangunkan
Kemudahan Bekalan Elektrik, hlm. 11-12.

5 Muzaffar Tate, Power Builds The Nation: The National Electricity Board Of The
State Of Malaya And Its Predecessors, (vol 1), hlm. 247-250.

4

IMPAK KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT DI TANAH MELAYU
PENGANGKUTAN
Kemunculan elektrik sebagai sumber tenaga di Tanah Melayu telah memberi
impak terhadap kehidupan masyarakat dalam aspek sistem pengangkutan yang
digunakan. Sebelum adanya bekalan elektrik sungai merupakan jalan pengangkutan
utama di Tanah Melayu, yang mana sistem pengangkutan sangat bergantung pada
jaringan aliran sungai dan paras air sungai dengan menggunakan sampan atau bot. 6
Manakala, sistem pengangkutan darat yang wujud pada masa tersebut ialah sistem
pengangkutan bercorak tradisional iaitu dengan menggunakan kereta lembu dan beca
yang hanya digunakan untuk jarak perjalanan yang dekat dan tanpa membawa barang
yang banyak. Pengangkutan darat yang seterusnya ialah dengan menggunakan
keretapi untuk jarak perjalanan yang jauh dan mampu membawa muatan yang
banyak.
Misalnya, pada 1900 pihak British telah membina landasan keretapi bagi
menghubungkan Seberang Prai dengan Johor Bharu bagi membolehkan barangan

komoditi dibawa dalam kuantiti yang banyak ke pelabuhan Singapura untuk di
eksport.7 Namun, keretapi hanya boleh berhenti di tempat-tempat tertentu iaitu di
stesen keretapi sahaja. Hal ini, menyebabkan ramai masyarakat Melayu yang pada
ketika itu memanggil keretapi sebagai kereta sombong kerana tidak berhenti ketika di
tahan. Kereta api yang digunakan sebelum munculnya tenaga elektrik ialah keretapi
yang menggunakan arang batu sebagai sumber bahan api. Setelah tenaga elektrit
diperkenalkan, kemajuan sistem pengangkutan telah dipertingkatkan oleh British
6 Amarjit Kaur, Bridge And Barrier: Transport and Communications in Colonial
Malaya 1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 1.
7 Khoo Kay Kim, Teluk Anson (Teluk Intan) 100 Tahun, Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, 1982, hlm. 16.

5

dengan memperkenalkan elektrik trum dan troli bas yang menjadi kenderaan awam
untuk jarak perjalanan yang dekat sahaja.8 Bayaran tiket yang diperkenalkan pula
adalah sebanyak 10 sen seorang.9 Namun, elektrik trum dan troli yang diperkenalkan
di Pulau Pinang sahaja dan tidak dikeseluruhan negeri-negeri Melayu. melalui
penggunaan elektrik trum dan troli ini jelas menunjukkan aspek baharu dalam
perubahan sistem pengangkutan kerana kedua-dua jenis kenderaan ini menjadi tenaga

elektik sebagai sumber tenaga untuk bergerak.
Tujuan British memperkenalkan electrik trum dan troly car adalah bagi
mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku.10 Dengan adanya electrik trum dan troly
car membolehkan sistem pengangkutan awam menjadi lebih cekap disebabkan keduadua kenderaan ini mampu membawa penumpang yang ramai dengan jarak perjalan
yang lebih juah dan cepat berbanding menggunakan beca. Selain itu, setelah tenaga
elektrik diperkenalkan sistem lampu isyarat juga telah diperkenalkan buat kali
pertama di Tanah Melayu bagi mengawal lalu lintas akibat peningkatan jumlah
kenderaan. Perubahan yang berlaku dalam sistem pengangkutan ini sememangnya
berbeza dengan sistem pengankutan yang digunakan sebelum ini yang mana
menjadikan atau menggunakan tenaga alam, haiwan dan tenaga manusia bagi
membolehkan sesuatu kenderaan yang digunakan itu bergerak dan ianya sangat terhad
penggunaannya

berdasarkan

faktor

persekitaran.

Namun,


setelah

elektrik

diperkenalkan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga
boleh digunakan tanpa dibatasi oleh faktor alam semula jadi.

8 Khoo Salma Nasution (editor), Penang Trams: Trolly Buses & Railway, Penang:
Areca Books, 2006. hlm. 10.
9 Ibid. hlm. 51.
10 Ibid. hlm. 7.

6

PEKERJAAN
Pada peringkat awal pekerjaan utama orang Melayu sebagai petani, nelayan,
memunggut hasil hutan dan sebagainya disebabkan kedudukan geografi tempat
tinggal orang Melayu dan juga disebabkan pekerjaan tersebut merupakan ekonomi
warisan keluarga. Setelah tenaga elektrik diperkenalkan di Tanah Melayu, ramai orang

Melayu telah berubah mobiliti sosial mereka dengan berkerja sebagai buruh iaitu
dengan menjadi buruh separa mahir. Hal ini, kerana sejak bekalan elektrik
diperkenalkan keperluan untuk mendapatkan tenaga buruh separa mahir semakin
meningkat dalam sektor kerajaan mahupun swasta seperti berkerja sebagai juru teknik
separa mahir. Sebagai contoh, pada tahun 1931 di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu sudah mempunyai seramai 90 orang Melayu yang melibatkan diri bekerja
dalam industri bekalan elektrik.
Kemunculan bekalan bekalan elektrik di Tanah Melayu telah memberi
beberapa impak yang positif dalam aspek pekerjaan. Hal ini, kerana bekalan elektrik
secara tidak langsung telah meningkatkan taraf hidup atau sumber pendapatan orang
Melayu pada ketika itu. Peluang pekerjaan sebagai juruteknik yang semakin
meningkat telah memberi banyak peluang kepada masyarakat di Tanah Melayu untuk
meningkatkan taraf hidup. Malah, pekerjaan sebagai juruteknik juga menawarkan
pendapatan yang lebih lumayan berbanding pekerjaan sebagai petani dan nelayan
kerana pendapatan yang diterima tidak tetap dan sangat bergantung pada faktor alam
dalam memperoleh pendapatan.11 Malah, pekerja-pekerja dalam bidang elektrik,
mereka diberi kemudahan rawatan percuma dibawah Ordinan Lektrik sama seperti
kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam.12
11 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, Kuala Lumpur:
Malindo Printer Sdn. Bhd., 1988, hlm. 5, 36-37.

12 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, hlm. 36.

7

Di samping itu, kemunculan tenaga elektrik turut mendatangkan kesan yang
negatif terhadap aspek pekerjaan di Tanah Melayu. Misalnya, sejak tenaga elektrik
diperkenalkan ramai Punkah Puller yang telah diberhentikan perkhidmatannya kerana
tenaga elektrik yang diperkenalkan mampu menggantikan tempat mereka melalui
penciptaan kipas angin. Sebelum kemunculan tenaga elektrik Punkah Puller
berperanaan seperti kipas angin di mana mereka akan menarik kain di atas syiling
dengan menggunakan tali bagi memberi keselesaan kepada majikan. Lebih tepat lagi
peranan mereka adalah seperti penarik kipas angin. Setelah elektrik diperkenalkan
kipas angin digunakan dengan meluas di dalam Istana dan rumah orang-orang kaya
yang secara tidak langsung menyebabkan perkhidmatan Punkah Puller sudah tidak
diperlukan lagi dan menyebabkan mereka perlu mencari pekerjaan yang lain.

8

PENDIDIKAN
Pendidikan awal yang terdapat di Tanah Melayu merupakan sistem pendidikan

mengikut kaum atau lebih dikenali sebagai sistem pendidikan venakular iaitu
berdasarkan sistem pendidikan yang berkiblatkan negara asal mereka. Hal ini,
bermaksud buku-buku teks, guru-guru dan sistem pendidikan yang digunakan adalah
berdasarkan sistem pendidikan di negara asal mereka sama ada dari India atau Cina.
Bagi orang Melayu pula pendidikan yang digunakan merupakan sistem pendidikan
tradisional yang diajar di sekolah-sekolah pondok dan di masjid. Keadaan ini,
menyebabkan tiadanya interaksi antara kaum sejak berusia kanak-kanak yang secara
tidak langsung menyebabkan tiadanya hubungan yang rapat antara kaum.
Buktinya, British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
dan Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK) bagi melahir bakal pekerja dalam
perkhidmatan awam dan bukannya untuk melahirkan jurutera-jurutera professional.
Setelah sekolah bekalan elektrik diterima, sekolah teknik Kuala Lumpur telah
ditubuhkan oleh Public Work Department pada tahun 1904, ianya telah mendapat
sambutan yang memberangsangkan dari orang Melayu untuk memasuki sekolah
tersebut bagi menggejar cita-cita menjadi seorang jurutera. 13 Namun, lepasan sekolah
teknik ini hanya melahirkan buruh separa mahir sahaja iaitu sebagai pembantu
jurutera sahaja dan bukannya malahirkan jurutera professional kerana British
beranggapan orang Melayu tidak mempunyai kelayakkan untuk jawatan tersebut.
Raja Zainal merupakan orang Melayu pertama yang mendapat biasiswa
kerajaan dalam bidang kejuruteraan untuk melanjukkan pelajaran ke Universiti

Brimingham pada 1930-an iaitu setelah menamatkan pelajaran di Sekolah Teknik
13 Zaini Ujang, Embaracing The Knowledge: Culture Understanding Knowledge
Putting Into Ptactice, 2011. hlm. 38.

9

Kuala Lumpur.14 Beliau pada mulanya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) sebelum bertukar ke Sekolah Teknik Kuala Lumpur. Hal ini,
disebabkan minat beliau yang mendalam dalam bidang kejuruteraan menyebabkan
Raja Zainal menggambil keputusan untuk belajar dalam bidang kejuruteraan. Pada
peringkat awal hasrat beliau telah ditegah oleh pengetua sekolah beliau kerana
kebiasaannya anak-anak dari golongan pembesar akan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang kerana di yakini mendatangkan masa depan yang lebih cerah.
Namun, Raja Zainal tetap mahu menggejar impian untuk menjadi seorang
jurutera. Sebelum, beliau di benarkan berpindah ke sekolah teknik pengetua sekolah
beliau telah menguji beliau untuk menguruskan pertunjukkan wayang di MPSI untuk
ditonton oleh pelajar lain. Di sebabkan kesilapan yang beliau lakukan semasa
gulungan kedua tontonan wayang dilakukan menyebabkan filem yang dimainkannya
mengeluarkan gambar kapal perang Jerman terbalik dan hampir tenggelam yang
menyebabkan pelajar yang lain mengingatkan filem tersebut sudah pun tamat. 15
Sedangkan ianya terjadi disebabkan kesilapan Raja Zainal kerana hendak membuat
pertunjukkan wanyang pada masa tersebut tidak semudah zaman kini.
Setelah menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di luar negara Raja
Zainal telah berkerja sebagai jurutera professional di Tanah Melayu. Malah, selepas
Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan beliau telah terlibat
secara langsung dalam penubuhan Lembaga Lektrik Negara (LLN).16 Jelaslah,
kemunculan elektrik sebagai sumber tenaga baharu di Tanah Melayu turut memberi
impak terhadap perkembangan pendidikan di Tanah Melayu apabila semakin ramai
orang Melayu yang terlibat dalam kerja-kerja pendawaian atau kerja-kerja
14 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, hlm. 57.
15 Ismail, Azman Omar, Raja Zainal Raja Sulaiman: Peneraju Lembaga Lektrik
Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 3.
16 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, hlm. 30.

10

pemasangan elektik, yang sebelum ini orang-orang Melayu yang berpendidikan hanya
akan berkerja dalam perkhidmatan awam seperti kerani, guru, dan pejawat awam
yang berpangkat rendah sahaja bagi memenuhi keperluan pentadbiran pihak British.

GAYA HIDUP
Kemunculan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga yang beharu juga turut
memberi impak terhadap gaya kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. sebelum
adanya bekalan tenaga elektrik masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam cara
tradisional di mana yang mana semua pekerjaan dilakukan dengan menggunakan
sumber tenaga manusia. Selain itu, mereka juga tidak boleh menyimpan bahan-bahan
makanan basah dalam tempoh masa yang lama kerana akan menyebabkan makanan
rosak. Hal ini, kerana pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 teknologi
penyimpanan makanan di Tanah Melayu masih primitif.17 Selain itu, sebelum
munculnya tenaga elektrik tiada sistem lalu lintas yang teratur di kawasan jalan-jalan
raya dan diwaktu malam pula kawasan-kawasan jalan menjadi gelap yang
menyebabkan banyak berlaku kes kecurian di kawasan pasar sehingga menyebabkan
ada peniaga yang terpaksa tidur dipasar bagi mengelakkan barang perniagaan mereka
dicuri.
Setelah adanya tenaga elektrik kehidupan masyarakat di Tanah Melayu
menjadi jauh lebih selesa dan mudah dengan adanya penciptaan peti sejuk yang dapat
menyimpan makanan dengan lama dan menggurangkan kes-kes keracunan makanan.
Buktinya, pada 1906 terdapat sebuah Cold Storage telah dibuka di Kuala Lumpur oleh

17 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan Pentadbirannya,
1890-1914”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 167.

11

seorang perniaga Jerman berdekatan dengan Medan Pasar Lama. 18 Kipas angin pula
membolehkan badan disejukkan dalam keadaan cuaca yang panas tanpa
menggunkana tenaga manusia Puncah Puller ataupun tenaga sendiri dengan
menggunakan kipas tangan. Malah, kemunculan tenaga elektrik ini kemudian
membawa kepada penciptaan alat-alat elektrik yang lain seperti radio, telegram yang
membolehkan maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat. Hal ini, secara
tidak langsung telah memberi impak kepada kehidupan yang selesa masyarakat di
Tanah Melayu terutamanya bagi mereka yang tinggal dikawasan bandar.
Selain itu, kemunculan tenaga elektrik juga telah meningkatkan keselamatan
penduduk di Tanah Melayu. Misalnya, di Alor Setar telah dipasang lampu-lampu jalan
dikawasan pasar bagi mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di kawasan
pasar. Hal ini, kerana peniaga-peniaga pasar sering mengalami kerugian akibat barang
jualan mereka sering dicuri. Oleh itu, peniaga-peniaga di Alor Setar telah meminta
British memasang lampu jalan di kawasan pasar bagi mengatasi masalah kecurian
yang sering berlaku. Selain itu, lampu isyarat juga telah dipasang bagi melancarkan
perjalanan lalulintas kenderaan. Buktinya, pada 1937 sistem lampu isyarat pertama
telah diperkenalkan di Tanah Melayu di persimpangan Jalan Tambun/Jalan
Gopeng/Jalan Brewster.19 Dengan adanya penggunaan lampu isyarat buat kali pertama
telah membuatkan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu rasa luar biasa sehingga
pemandu motokar dan penunggang basikal bersas tidak sabar menunggu giliran
masing-masing terutama apabila lalu lintas tidak sibuk.20
KOMERSIAL

18 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan
Pentadbirannya, 1890-1914”, hlm. 167.
19 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, hlm. 10.
20 Ibid, hlm. 10-11.

12

Impak tenaga elektrik juga boleh dilihat dalam sektor komersial, yang mana
sejak tenaga elektrik diperkenalkan pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam
sektor ini. Sebelum tenaga elektrik diperkenalkan di Tanah Melayu, hotel atau rumah
penginapan hanya menggunakan lilin atau pelita pada waktu malam sebagai sumber
cahaya dan keadaan ini sering menyebabkan penghuni hotel kegelapan pada waktu
malam jika mereka terlupa meminta pelita dari pihak pengurusan hotel pada waktu
petang. Malah, terdapat kes kebakaran yang berlaku di hotel akibat dari kecuaian
penggunaan lampu minyak tanah.
Pada 1902 sebuah set penjana kecil telah dipasang untuk membekalkan tenaga
elektrik ke Hotel Johor.21 Setelah elektrik diperkenalkan perusahaan perhotelan
semakin berkembang dengan rancak terutama dikawasan bandar dan pusat-pusat
peranginan berbanding dikawasan kampung kerana kos untuk membekalkan tenaga
elektrik dikawasan kampung memakan kos yang tinggi. Dengan adanya elektrik
membolehkan pelangan hotel lebih selesa pada waktu malam kerana sumber cahaya
mereka ialah dengan menggunakan mentol lampu.
Setelah adanya tenaga elektrik di kawasan bandar hotel yang dibina telah
menawarkan kemudahan bekalan elektrik bagi menarik kedatangan pelancong untuk
menginap di hotel mereka. Hal ini, kerana pada masa tersebut kemudahan elektrik
telah menjadi faktor penarik utama untuk seseorang pelancong menginap di dalam
hotel. Pelangan-pelangan hotel tidak lagi perlu menggunakan lampu minyak tanah
seperti sebelum ini pada waktu malam serta kemudahan kipas angin turut di sediakan
disetiap bilik hotel dan pemanas air. Misalnya, sejak tenaga elektrik diperkenalkan

21 Ismail, Azman Omar, Raja Zainal Raja Sulaiman: Peneraju Lembaga Lektrik
Negara, hlm. 39.

13

banyak iklan yang dibuat oleh pihak hotel yang menyediakan bekalan tenaga elektrik
di hotel mereka bagi menarik ramai pengunjung menginap di hotel mereka.
Kemunculan bekalan elektrik sememangnya telah merancakkan ekonomi
komersial di Tanah Melayu dengan pembukaan atau pembinaan hotel-hotel baru yang
menawarkan perkhidmatan bekalan elektrik. Hal ini, kerana bagi memastikan mereka
terus bersaing, pengusaha-pengusaha hotel perlu menyediakan perkhidmatan yang
terbaik dengan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelanggan mereka bagi
memastikan perniagaan mereka terus bersaing. Keadaan ini, berbeza sebelum adanya
bekalan tenaga elektrik kerana kegiatan komersial seperti perhotelan tanpak suram
dan kurang diberi perhatian berbanding setelah wujudnya tenaga elektrik.

14

KESIHATAN
Akhir sekali, impak kemunculan tenaga elektrik terhadap kehidupan
masyarakat di Tanah Melayu juga boleh dilihat dalam aspek kesihatan. Hal ini, kerana
setelah tenaga elektrik diperkenalkan aspek kesihatan telah dapat di pertingkatkan.
Misalnya, masalah atau kes-kes yang berkaitan dengan keracun makanan juga dapat
dikurangkan apabila ramai perniaga pasar yang menyewa atau membeli peti sejuk
dengan pihak kerajaan untuk menyimpan barang jualan dan bagi mengekalkan kualiti
barang jualan. Sebelum tenaga elektrik diperkenalkan, banyak berlaku kes keracunan
makanan dikalangan orang Cina yang berpunca penjualan atau pemakanan daging
khinzir.22 Keadaan ini, berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan yang baik
dilakukan sebelum munculnya tenaga elektrik yang menyebabkan banyak barang
jualan basah terutamanya daging khinzir yang rosak ataupun sudah tercemar.
Malah, perniaga-perniaga pasar juga turut menjual daging yang sudah tidak
elok kepada pelangan bagi mengelakkan dari menanggung kerugian. Oleh sebab itu,
sebelum munculnya bekalan elektrik banyak kes keracunan dilaporkan yang
menyebabkan pihak British pada masa itu terpaksa menutup banyak pasar dan
mengetatkan syarat penjualan di pasar terutamanya yang melibatkan penjualan daging
lembu dan daging khinzir.23 Setelah adanya bekalan elektrik, kes yang melibatkan
keracunan makanan dapat dikurangkan dengan mendadak kerana peniaga dapat
menyimpan barang jualan mereka dengan baik serta kualiti makanan yang dijual juga
dapat di kekalkan. Selain itu, ramai juga masyarakat telah membeli peti sejuk bagi
menyimpan bahan-bahan basar dalam rumah yang secara tidak langsung

22 Lim Tay Boh (Editor), Mas’alah Ekonomi Malaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1965, hlm. 128.
23 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan Pentadbirannya,
1890-1914”, hlm. 172.

15

membolehkan mereka membeli bahan makanan dalam kuanti yang lebih banyak tanpa
perlu ke pasar setiap hari.
Selain itu, peti sejuk juga turut digunakan di hospital bagi membolehkan ubatubatan dan bekalan darah dapat disimpan dengan baik. Kemunculan bekalan elektrik
secara tidak langsung juga telah dapat menggurangkan masalah kekurangan bekalan
darah kerana sebelum adanya elektrik bekalan darah tidak dapat disimpan dengan
lama. Keadaan ini, menyebabkan kesukaran di pihak jika berlakunya kes-kes
kecemasan yang memerlukan pembedahan dilakukan kerana kekurangan bekalan
darah. Setelah munculnya elektrik juga membolehkan ubat-ubatan disimpan dengan
baik kerana ubat-ubat yang ada perlulah disimpan dan suhu yang tertentu bagi
mengekalkan kualitinya.

16

KESIMPULAN
Sememangnya kemunculan bekalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu
telah memberi impak kepada kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini, kerana
kemunculan bekalan elektrik membolehkan masyarakat Tanah Melayu mendapat
kehidupan yang lebih selesa berbanding zaman sebelumnya. Berbanding sebelum
kemunculan tenaga elektrik semua perkara yang dilakukan harus menggunakan
sumber tenaga manusia. Dengan adanya tenaga elektrik banyak perkara dapat
dipermudahkan terutamanya dalam bidang ekonomi. Namun, sistem pengurusan
bekalan elektrik yang dijalankan adalah berbeza di setiap negeri disebabkan faktor
kewangan dan juga teknologi. Pada peringkat awal bekalan elektrik hanya disediakan
di kawasan bandar-bandar besar sahaja, yang secara tidak langsung menyebabkan
jurang antara bandar dan kampung semakin jauh. Dapat disimpulkan juga terdapat
dua impak yang boleh dilihat hasil dari kemunculan tenaga elektrik di Tanah Melayu
iaitu impak dari aspek positif dan negatif.
Impak positif yang dapat dilihat, kemunculan tenaga elektrik di Tanah Melayu
telah memudahkan kehidupan penduduk di Tanah Melayu apabila mereka tidak lagi
perlu bergantung kepada orientasi tenaga buruh sepenuhnya. Impak dari aspek negatif
walaupun pula dapat dilihat terhadap pekerjaan puncah puller yang ditamatkan
perkhidmatan mereka kerana munculnya penciptaan kipas angin hasil pengenalan
tenaga elektrik yang secara tidak langsung telah menjejaskan pekerjaan puncah puller
apabila teknologi menggantikan tempat mereka.

17

BILBIOGRAFI
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan
Pentadbirannya, 1890-1914”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,
1994.
Amarjit Kaur, Bridge And Barrier: Transport and Communications in Colonial
Malaya 1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985.
Ismail, Azman Omar, Raja Zainal Raja Sulaiman: Peneraju Lembaga Lektrik Negara,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.
Khoo Kay Kim, Teluk Anson (Teluk Intan) 100 Tahun, Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, 1982.
Khoo Salma Nasution (editor), Penang Trams: Trolly Buses & Railway, Penang:
Areca Books, 2006.
Lim Tay Boh (Editor), Mas’alah Ekonomi Malaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1965.
Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,
Manifestasi Suatu Tenaga Baru: Peranan Kerajaan Dalam Membangunkan
Kemudahan Bekalan Elektrik, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya,
2015.
Muzaffar Tate, Power Builds The Nation: The National Electricity Board Of The State
Of Malaya And Its Predecessors, (vol 1), Kuala Lumpur: The National Electricity
Board Of The State Of Malaya, 1989.

18

Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, Kuala Lumpur:
Malindo Printer Sdn. Bhd., 1988.
Zaini Ujang, Embaracing The Knowledge: Culture Understanding Knowledge
Putting Into Ptactice, 2011.

19

Dokumen yang terkait

ANALISIS KARAKTERISTIK MARSHALL CAMPURAN AC-BC MENGGUNAKAN BUTON GRANULAR ASPHALT (BGA) 15/20 SEBAGAI BAHAN KOMPOSISI CAMPURAN AGREGAT HALUS

14 283 23

TEPUNG LIDAH BUAYA (Aloe vera) SEBAGAI IMMUNOSTIMULANT DALAM PAKAN TERHADAP LEVEL HEMATOKRIT DAN LEUKOKRIT IKAN MAS (Cyprinus carpio)

27 208 2

PENGARUH KONSENTRASI TETES TEBU SEBAGAI PENYUSUN BOKASHI TERHADAP KEBERHASILAN PERTUMBUHAN SEMAI JATI (Tectona grandis Linn f) BERASAL DARI APB DAN JPP

6 162 1

OPTIMASI SEDIAAN KRIM SERBUK DAUN KELOR (Moringa oleifera Lam.) SEBAGAI ANTIOKSIDAN DENGAN BASIS VANISHING CREAM

57 260 22

PENGARUH PEMBERIAN EKSTRAK TEMULAWAK (Curcuma xanthorrhiza Roxb.) SEBAGAI ADJUVAN TERAPI CAPTOPRIL TERHADAP KADAR RENIN PADA MENCIT JANTAN (Mus musculus) YANG DIINDUKSI HIPERTENSI

37 251 30

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

ANALISIS PROSPEKTIF SEBAGAI ALAT PERENCANAAN LABA PADA PT MUSTIKA RATU Tbk

273 1263 22

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

INTENSIFIKASI PEMUNGUTAN PAJAK HOTEL SEBAGAI UPAYA PENINGKATAN PENDAPATAN ASLI DAERAH ( DI KABUPATEN BANYUWANGI

16 118 18

PERAN PT. FREEPORT INDONESIA SEBAGAI FOREIGN DIRECT INVESTMENT (FDI) DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI INDONESIA

12 85 1