Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya. 3. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut: Penjodoh Bilangan penggunaannya Contohnya angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis baris untuk kedudukan bendamanusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda- benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera buku untuk benda-benda yang keadaannya berketulberbongkah sabun, roti, benang butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru carikcebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, kunci gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk kuntum untuk bunga mawar, melati, anggerik Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak pangsa untuk bahagian dalam buah durian pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap patah untuk kata perkataan, kata-kata potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi sikatsisir untuk buah pisang pisang tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun tongkol untuk buah yang bertongkol jagung ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai, utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai KATA BILANGAN 1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. 2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu: Jenis Kata Bilangan contohnya kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan- bulan, ribuan, dan sebagainya kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya kata bilangan tanya berapa KATA SENDI 1. Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. 2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat. Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh akan kepada terhadap untuk menunjukkan emosi dan sikap 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. bagiuntuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain 1. Pen itu dibeli untuk anaknya. 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru. dari untuk menunjukkan tempat dan masa 1. Mereka baru pulang dari Johor. 2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi. daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang. dengan untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. hingga sampai untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. ke untuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. kepada untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis. oleh untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. pada untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim. 3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. sejak untuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam. seperti umpamabak untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. tentang untuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah. KATA HUBUNG 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: a kata hubung gabungan, b kata hubung pancangan, c kata hubung berpasangan. Kata Hubung Gabungan Pancangan Contoh Ayat Contoh agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. apabila Mukanya pucat apabila disoal. atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. dan Leela dan Siu Lan berjiran. hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Jika Saya berpayung jika hujan. Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal. kerana Aini menangis kerana terlalu sedih. lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. serta Zahid serta abangnya menonton wayang. semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil. sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. tetapi Badannya besar tetapi penakut. Kata Hubung Berpasangan Contoh Ayat Contoh Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar. bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. Kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu ketika Dengan yang tetapi jika Kerana serta kalau kemudian demikian walhal walau agar atau demi supaya Kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara seharusnya andaikata semoga seketika sebaliknya sedangkan setelah sesungguhnya walaupun itupun sewaktu seandainya meskipun sekali[un mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun padahal KATA BANTU Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. Contoh Akan Belum Masih Telah Sudah Harus Boleh Dapat Hendak Mesti Patut 1. Kereta api dari utara telah sampai. 2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara. 3. Adik Rahimah belum tahu berjalan. 4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera. 5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok. KATA GANDA 1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. 2. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu : a. Gandaan Seluruh Kata b. Gandaan Separa Separuh c. Gandaan Berirama d. Gandaan Menyaling Gandaan Seluruh Kata Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif sifat buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat Catatan: 1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang. 2. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. Satu perkataan sahaja membawa maksud lain 3. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama. Contoh : Kata Ganda Semu Agar-agar anai-anai angkut-angkut antinanting biri-biri dekak-dekak epok-epok gula-gula jemput-jemput jentik-jentik kanak-kanak kisi-kisi kunang-kunang kuda-kuda kupu-kupu kura-kuralabah-labah layang-layang oleh-oleh onde-onde panji-panji pijat-pijat rama-rama sumpah-sumpah ubun-ubun umang-umang undang-undang Kata Ganda Separa 1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. 2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. Contohnya : lelaki bebola lelabah pepohon jejari kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi Lain-lain Kata Ganda Separa bebawang bebenang bebudak cecair dedalu dedaun dedawai gegendang geguli jejari jejarum jejentik kekabu kekisi kekunci kekuda lelaki lelangit lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga Kata Ganda BersajakBerima 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi rima di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: Persamaan Bunyi di Pangkal Persamaan Bunyi di Hujung Penyesuaian bunyi Seluruhnya batu-batan anak-pinak bolak-balik beli-belah calar-balar compang-camping bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik corat-coret comot-momot gopoh-gapah degap-degup gotong-royong gunung-ganang dentam-dentum karut-marut haru-biru desas-Jesus kaya-raya huru-hara gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang gerak-geri pindah-randah kacau-bilau Gandaan Menyaling 1. Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. 2. Perkataan keduanya ditambah me N contoh : tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk- menumbuk simpan- menyimpan KATA SERU 1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum 1. Aduh, sakitnya tanganku 2. Aduh, besarnya rumahmu aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima amboiwah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu perasaan hairan atau kagum 2. Wah, berani betul budak itu ciscih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai 2. Eh, tadi dia ads di sini hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu Contoh lain kata seru dan ayat Kata Seru maksud Contoh ayat wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu Wahai adik ku sayang amboi menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini nah Nah, terimalah habuanmu aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku eh hairan Eh, bila ia terjadi syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ha hairan Ha, budak itu yang menang Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu KATA PENEGAS Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh - kah - lah - tah Jua Juga Sahaja Hanya Memang Lagi Pun Contoh ayat Itulah rumah saya. Pernahkah awak makan sup daging arnab ? Apatah dayaku untuk menolongnya. Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya. Hanya Kamal yang belum bayar yuran. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu. KATA ARAH Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama. Kata arah digunakan untuk menunjuk arah. Contoh Atas Bawah Tepi Antara Hadapan Utara Sisi Luar Semua hidang itu diletakkan di atas meja. Kucing Siam itu tidur di bawah pokok. Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah. KATA PEMBENAR 1. Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan. 2. Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul. Contoh ayat “Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani. “Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin. “Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik. KATA KETERANGAN 1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya: