Apa itu Kualiti Hidup

Apa itu Kualiti Hidup?
Secara umumnya, KUALITI HIDUP ini bukan sahaja merangkumi pembangunan ekonomi
malahan juga melibatkan pelbagai aspek lain yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek
sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Namun begitu, aspek yang paling
utama dalam memberi kehidupan yang berkualiti kepada manusia mengandungi empat
perkara iaitu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Kehidupan mengubah setiap perkara dan setiap perwatakan sama ada melibatkan kematian
atau kehidupan. Kehidupan menunjuk kepada setiap perkara yang hidup, proses kehidupan
serta sifat dalam persekitaran. Apabila berbicara mengenai kualiti hidup, perkara penting
yang selalu bermain di fikiran adalah persoalan, adakah kita bercakap mengenai kualiti
hidup seseorang atau kualiti sesebuah negara. Persoalan yang lain seperti
…apakah peringkat kualiti hidup yang tertinggi?
…siapa yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti hidup itu sendiri?
…apakah yang terkandung dalam perkataan kualiti itu sendiri?
…adakah ia perlu merangkumi kesihatan yang baik, kekayaan yang melimpah ruah,
kekuasaan yang tinggi, kecantikan atau kepandaian?
Penilaian mengenai kualiti hidup adalah sukar untuk diukur dan tiada definisi umum yang
boleh diterima. Pada masa dulu, kebanyakan pengkaji hanya mengira kualiti hidup manusia
berdasarkan satu dimensi sahaja seperti fungsi fizikal, ekonomi atau fungsi seksual. Tetapi,
kebanyakan pengkaji kini cuba untuk mengembangkan lagi definisi kualiti hidup ini. Kualiti
hidup di Malaysia ditakrifkan merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, pencapaian

dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi
keperluan asas dan psikologi individu, mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring
dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan
yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat.
Memahami kualiti hidup adalah penting, terutama dalam penjagaan kesihatan di
mana kemampuan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan
hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah
konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Ianya mengandungi dua komponen
iaitu, pertama dari aspek fizikal termasuklah kesihatan, diet, perlindungan daripada penyakit
dan kesakitan. Komponen kedua, psikologi secara semula jadi. Aspek ini termasuklah
tekanan, kebimbangan, kepuasan dan keadaan emosi yang negatif atau positif. Adalah
mustahil untuk meramalkan kualiti hidup khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat
yang ada pada seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati
terhadap orang lain.
Mengikut World Health Organization, kualiti hidup didefinisikan sebagai anggapan individu
mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistem di mana ia berhubung
rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban. Ada yang mengatakan kesejahteraan
hidup merupakan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu merasa seronok,
bahagia dan merasakan hidupnya amat bermakna. Terdapat buku yang menghuraikan
kesejahteraan hidup pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan

meningkatkan kualiti hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat,
sihat dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi.
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh U.S Deparment of Health and Human
Services, kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangka masa kehidupan
yang dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi, persepsi dan peluang
sosial yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan polisi. Mereka juga
mencadangkan bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arah kualiti hidup. Contohnya
kefungsian fizikal, kefungsian emosi atau psikologikal, kefungsian sosial, rungutan fisiologi
dan
somatik
serta
laporan
global
tentang
kualiti
hidup.

Konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur dengan
penilaian material sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf pendidikan yang tinggi
tetapi ianya juga merangkumi aspek- aspek yang tidak berbentuk material seperti perasaan

kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan antara individu dan sentiasa berlapang dada.
Pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsep atau isu yang boleh dikenal
pasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategori ini memfokuskan kepada :
i. keupayaan untuk hidup dalam kehidupan yang biasa,
ii. kegembiraan atau kepuasan,
iii. pencapaian ke arah matlamat,
iv. keupayaan untuk mendorong ke arah kehidupan sosial yang lebih berguna
v. kemampuan fizikal dan mental.

Komponen Kualiti hidup
Komponen kualiti hidup terdiri daripada tiga perkara utama iaitu “being”, “belonging” dan
“becoming”. Komponen-komponen ini pula terdiri daripada sembilan sub komponen.
Komponen being terdiri daripada sub komponen fizikal, psikologikal dan spiritual. Komponen
belonging terdiri daripada sub komponen fizikal, sosial dan komuniti dan komponen
becoming pula terdiri daripada sub komponen praktikal, masa lapang dan pertumbuhan.
Being
Being merangkumi aspek-aspek asas sebagai seorang individu. Physical being merangkumi
kesihatan fizikal termasuklah nutrisi dan keseimbangan. Ia juga berkaitan dengan mobiliti
fizikal dan ketangkasan seperti kebersihan diri dan kekemasan. Psychological being adalah
perasaan individu, kognisi dan penilaian individu tentang diri sendiri. Ia memfokuskan

kepada penghargaan kendiri, kawalan diri dan bagaimana seseorang individu itu
berhadapan dengan kebimbangan serta permulaan tingkah laku positif. Spiritual being
berkenaan nilai-nilai peribadi seseorang dan standard untuk hidup, kepercayaan agama
(yang mana boleh atau tidak boleh dipercayai secara semulajadinya) yang melangkaui
pengalaman kehidupan seharian (contohnya melalui alam semula jadi dan muzik), meraikan
peristiwa tertentu dalam hidup seperti hari lahir, kesyukuran dan sambutan kebudayaan dan
keagamaan.
Belonging
Physical belonging merujuk kepada hubungan seseorang dengan persekitarannya (jiranjiran, tempat kerja, serta komuniti yang lebih besar). Sub komponen ini termasuklah
perasaan mereka apabila berada di rumah dalam persekitaran itu. Ianya merangkumi
kebebasan individu untuk mempamerkan apa yang dimilikinya (aset berharga) dengan
selamat. Individu itu juga berkehendakan masa untuk diri sendiri dalam persekitarannya.
Social belonging adalah tentang hubungan individu itu dengan persekitarannya. Ia
menfokuskan kepada perhubungan yang bermakna contohnya hubungan dengan pasangan,
keluarga, rakan sekerja, jiran-jiran dan individu- individu lain yang sebangsa dan seagama.
Community belonging adalah tentang rangkaian atau hubungan yang dimiliki oleh individu
itu dengan sumber-sumber asas yang tersedia untuk ahli-ahli komuniti dan masyarakat
tersebut. Ini termasuklah maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan
yang lebih baik, pekerjaan, pendidikan, program-program rekreasi, perkhidmatan kesihatan
dan sosial serta aktiviti- aktiviti sosial.

Becoming
Practical becoming adalah berkenaan dengan sesuatu yang praktikal, aktiviti harian seperti
mengemas rumah, kerja-kerja sukarela,mengambil dan memberi perkhidmatan seperti
perkhidmatan sosial dan kesihatan. Leisure becoming merujuk kepada masa lapang dan
aktiviti rekreasi yang tidak semestinya mempunyai nilai instrumental yang ketara. Aktivitiaktiviti sebagai biasanya untuk merehatkan fikiran, mengurangkan tekanan dan sebagai

suatu “rekreasi” supaya dapat memberi keseimbangan antara pekerjaan dan aktiviti-aktiviti
riadah dalam kehidupan. Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai hubungan
dalam jangka masa yang pendek (contohnya membuat sosialisasi, hal-hal di taman
permainan atau rekreasi atau permainan tenis). Sama juga seperti juga seperti aktiviti yang
memerlukan jangka panjang contohnya bercuti. Growth becoming dalam aktiviti-aktiviti ini
dapat memberi kesan atau impak kepada pembangunan individu di dalam kemahiran dan
pengetahuan, samada ia melibatkan aktiviti formal dan tidak formal seperti pendidikan dan
pembelajaran. Hal ini termasuk juga mempelajari maklumat baru, meningkatkan kemahiran
yang sedia ada atau mempelajari sesuatu yang baru dan mengadaptasikan perubahan
dalam kehidupan mereka.
Aspek ekonomi merupakan komponen kualiti hidup yang memberi peluang kepada setiap
individu dalam meningkatkan kualiti hidup masing-masing supaya lebih selesa. Ini
melibatkan pekerjaan yang baik, status kehidupan dan sebagainya. Pendapatan kasar atau
pendapatan per kapita telah digunakan sebagai proksi bagi mencerminkan kebajikan atau

taraf hidup. Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi diri serta
keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan kesaksamaan dan
pengagihan
sumber
ekonomi.
Komponen penyertaan sosial dapat menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai
untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai
pengganti kepada kekurangan tersebut, terdapat beberapa aspek yang dijadikan sebagai
kayu ukur terhadap tahap kualiti hidup. Pengukuran ini memfokuskan kepada banyak
perkara yang melibatkan kehidupan yang disifatkan sebagai lebih sensitif untuk berubah.
Contohnya, Sheldon and Moore telah melihat kepada aspek demografi dan trend populasi
iaitu tenaga buruh dan pekerja, pengetahuan dan kronologi, keadaan semula jadi dan tahap
aktiviti politik oleh kerajaan dan warganegara, perubahan dalam kehidupan keluarga,
penglibatan dalam aktiviti keagamaan, penggunaan masa lapang, status kehidupan dan
akademi,
stratifikasi
sosial
dan
sebagainya.
Komponen pekerjaan atau status ini memberi ganjaran kepada individu melalui pemilikan tempat

kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya. Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi
penyampaian pengetahuan dan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain. Ia menyediakan asas
bagi pembentukan dan peningkatan teknologi yang diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti
hidup. Pendidikan juga mencerminkan kepada taraf dan status yang baik. Hal ini kerana pendidikan dapat
mengubah seseorang itu daripada jahil kepada berilmu. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
mampu mengubah dirinya atau status ekonomi diri kepada yang lebih baik. Apabila seseorang itu mampu
mengubah kehidupannya, maka kualiti hidupnya akan meningkat dan terus maju seiring dengan
pertambahan ilmunya.
Komponen kesihatan merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan
manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial
dan ekonomi masyarakat. Konsep kesihatan telah dibincangkan daripada pelbagai
perspektif. Terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi definisi kesihatan berdasarkan
kepada konteks sosial dan politik. Definisi yang terbaik ialah yang dikeluarkan oleh WHO
iaitu “keadaan yang melibatkan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial serta tidak
mempunyai penyakit”.
Komponen pendidikan telah menyumbang dengan ketara kepada kemajuan kualiti hidup di
mana indeksnya telah meningkat sebanyak 18.4 mata di antara tahun 1990 dan tahun
2000. Kadar celik huruf, kadar penyertaan peringkat sekolah menengah, kadar penyertaan
universiti, nisbah guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah digunakan dalam
pengiraan indeks ini. Lebih banyak institusi pengajian tinggi telah ditawarkan berikutan

tertubuhnya universiti-universiti swasta dengan terlaksananya Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta, 1996.

Komponen alam sekitar mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan penduduk.
Pencemaran udara dan air serta kawasan hutan adalah antara petunjuk kualiti alam sekitar.
Dalam tempoh 1990 hingga 2000 kualiti alam sekitar yang diukur melalui indeks kualiti
udara, kualiti air dan kawasan berhutan hampir tidak berubah pada 100.2 mata. Tahap
kualiti udara adalah sederhana dan baik. Penggunaan teknologi lebih bersih daripada kilang
serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkesan telah
menyumbang ke arah kualiti udara yang lebih bersih.
Komponen kehidupan berkeluarga iaitu unit keluarga mewakili institusi utama dalam
struktur sosial dan berfungsi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu dan
sebagainya. Kualiti kehidupan keluarga adalah diukur dari segi kadar penceraian, kadar
jenayah juvana, kadar kelahiran kasar dan saiz purata isi rumah. Indeks kehidupan keluarga
telah meningkat sebanyak 3.6 mata di antara tahun 1990 dan tahun 2000 memberi
gambaran positif terhadap institusi yang menyediakan keselamatan ekonomi, sosial dan
fizikal. Kehidupan berkualiti juga dinilai berdasarkan kepada bilangan penceraian setiap
seribu penduduk dan saiz isi rumah, telah bertambah dengan baik.
Pengamalan budaya dianggap sebagai tingkah laku yang baik untuk memastikan manusia
berada pada kedudukan baik dalam jaringan sosial, melengkapi masyarakat dengan tujuan

dalam kehidupan dan mempromosikan kesejahteraan mereka. Budaya penting untuk
menentukan kualiti hidup semasa ia mendefinisikan tujuan dan preskripsi untuk hidup agar
lebih bermakna sama ada sakit atau sihat. Budaya adalah pokok utama dalam kehidupan
manusia, ia menyediakan dua fungsi iaitu
1) menentukan cara hidup kepada sekumpulan manusia untuk memastikan perjalanan hidup
mereka sejahtera
2) Budaya berfungsi menyediakan kepercayaan dan nilai-nilai serta memberi makna dan
tujuan kehidupan. Tiap budaya dibentuk untuk memenuhi tiga keperluan universal :
a. keselamatan,
b. kesedaran integriti dan makna atau tujuan dalam kehidupan, dan
c. kesedaran untuk dipunyai sebagai ahli integriti dalam salah satu jalinan sosial.

Setiap budaya mempunyai set kepercayaan nilai-nilai dan praktis yang unik terhadap setiap
identiti kumpulan dan biasanya tidak “isomophic” dengan kumpulan budaya yang
lain. Komponen lain yang penting ialah perumahan. Rumah merupakan keperluan asas sosial
untuk kehidupan yang sempurna, memberi keselamatan dan perlindungan kepada keluarga.
Terdapat elemen asas yang menentukan tahap kualiti dalam kehidupan. Hal ini memberi
pengaruh yang sangat besar terhadap pemikiran dan cara untuk meningkatkan kualiti dalam
hidup. Elemen yang pertama ialah memberi keselesaan dan bukannya memberi rawatan.
Kebanyakan individu tidak menyedari kemampuan untuk memperoleh tahap kesempurnaan.

Oleh itu individu- individu seperti ini mestilah disedarkan dan diberikan kaedah-kaedah yang
sesuai untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan yang lebih berkualiti. Elemen
yang kedua ialah sesuatu perancangan yang rumit memerlukan kaedah atau pengukuran
yang rumit juga. Contohnya, seseorang pesakit yang didiagnosis sebagai pesakit psikiatri
dan mempunyai keadaan atau personaliti yang rumit maka cara rawatan yang paling
diperlukan untuk memberi kualiti hidup yang lebih baik adalah bersifat rumit juga.
Konsep kualiti hidup juga melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial
daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik.
Dengan demikian, komponen kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan
ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan
alam sekitar.

Kualiti hidup meliputi segala keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap
kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal dalam
persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari permasalahan, dan juga
keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan kerohanian. Kebanyakan pengkaji
menghuraikan jaminan dalam kualiti hidup sepatutnya memfokuskan kepada tiga faktor iaitu
keinginan individu, struktur program dan perkembangan program. Ringkasnya, kualiti hidup
berkait dengan kesejahteraan am penduduk. Bagi kerajaan termasuk kerajaan tempatan
tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dengan memastikan keperluan

infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat, institusi untuk pertubuhan sosial dan urus
tadbir yang membenarkan hak individu untuk bersuara dan membuat pilihan pada tahap
yang sesuai diwujudkan secukupnya.