Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur Modul Kemahiran Membaca Modul Kemahiran Menulis Modul Seni Bahasa

KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 27 ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digubal dengan memberikan penekanan pada SK dan SP yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisisan kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan SK dan SP yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard Prestasi Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu dipamerkan oleh murid sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Kemahiran Bahasa Kurikulum Standard Bahasa Melayu menengah berteraskan empat kemahiran bahasa iaitu: Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur Kemahiran membaca Kemahiran menulis

1. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk proses pengamatan dan pengecaman bunyi yang disepadukan kecerdasan dan pemikiran untuk memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai ujaran dan situasi pengucapan. Kemahiran bertutur melibatkan proses mental untuk menghasilkan bunyi- bunyi bahasa dalam bentuk percakapan untuk berinteraksi dan KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 28 menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul dan bertatasusila.

2. Modul Kemahiran Membaca

Modul Kemahiran Membaca ialah lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur yang melibatkan penglihatan. Kemahiran membaca yang lebih kompleks memerlukan pembaca menganalisis, menghayati, menilai dan membuat refleksi terhadap teks. Ini ditambah oleh gabungan medium teks digital dan bukan digital serta gabungan teks linear dan bukan linear dalam sesuatu aktiviti.

3. Modul Kemahiran Menulis

Modul Kemahiran Menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam hierarki kemahiran bahasa kerana menggabungkan aspek kognitif dan psikologi untuk menulis perkataan, ayat dan perenggan serta melahirkan idea secara kritis dan kreatif melalui pelbagai jenis penulisan.

4. Modul Seni Bahasa

Modul Seni Bahasa memberikan tumpuan pada aspek kebahasaan dan kesusasteraan yang estetik, indah dan halus dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan seni bahasa merangkumi kemahiran memahami dan mengapresiasi karya prosa dan puisi melalui pp Komponen Sastera KOMSAS, serta penguasaan bahasa kiasan. Melalui Seni Bahasa murid berpeluang mencipta, menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre melalui lisan dan penulisan dalam pelbagai teknik yang menarik.

5. Modul Tatabahasa