Lapisan Langit
7 Lapisan Langit
PUSAT SAINS NEGARA KUALA LUMPUR·WEDNESDAY, 5 MARCH 2014
(Al-Quran 67:3) Yang telah menciptakan tujuh petala langit berlapis-lapis. Kamu tidak akan dapat melihat
pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah itu sebarang kecacatan. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sebarang kecacatan?
http://terjemahanquranbacaan.blogspot.my/...
Secara ringkasnya, perkataan langit di dalam Al-Quran mewakili bahagian atas kita berdasarkan Ayat berikut:
(Al-Quran 22:15) Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong dia (Muhammad)
di dalam dunia ini dan di akhirat, maka hendaklah dia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia menjerut dirinya. Namun hendaklah dia melihat, adakah rancangannya itu dapat menghapuskan apa yang menimbulkan kemarahan?
http://terjemahanquranbacaan.blogspot.my/...
Merentangkan tali ke langit di sini bermaksud merentangkan tali ke bahagian atas. Sebagai contohnya pada dahan pokok.
Tetapi dalam konteks tujuh petala langit sebagaimana yang diterangkan dalam Ayat pertama di atas, ia mewakili bahagian atas yang lebih tinggi daripada dahan pokok.
Jadi benarkah secara saintifik, di atas kita ini, terdapat 7 lapisan langit yang berlapis-lapis? Sebelum kita pergi lebih lanjut bagi membincangkan berkenaan lapisan-lapisan tersebut,
kami terlebih dahulu ingin menerangkan kepada anda mengenai Garis Kármán yang berada di altitud 100 km. Garis ini telah dipersetujui oleh masyarakat sains sebagai garis sempadan yang menjadi permulaan ruang angkasa lepas sebagaimana berikut;
(Sumber; http://en.wikipedia.org/wiki/Atmosp... ) Sebagai kesimpulan, taburan jisim atmosfera Bumi dianggarkan seperti berikut:
99.99997% berada di bawah ketinggian 100 km, Garis Kármán. Berdasarkan persetujuan antarabangsa, ia menjadi tanda permulaan angkasa lepas dimana pengembara manusia akan digelar sebagai angkasawan.
Sebagai perbandingan, puncak gunung Everest berada pada ketinggian 8.8 km manakala kapal terbang komersial terbang pada ketinggian antara 10 ke 13 km.
Secara amnya, tekanan dan ketumpatan udara di atmosfera berkurang mengikut ketinggian. Walau bagaimanapun, suhu mempunyai profil yang berbeza dimana ia boleh menjadi malar ataupun meningkat mengikut ketinggian di kawasan-kawasan tertentu di atmosfera. Disebabkan profil suhu yang unik ini, lapisan-lapisan yang berbeza di atmosfera telah ditentukan berpandukan kriteria suhu. Imej di bawah menunjukkan profil suhu atmosfera mengikut ketinggian (altitud) dari permukaan bumi sehingga ke Garis Kármán.
Daripada imej di atas, garis berwarna merah mewakili profil suhu atmosfera. Dari permukaan tanah iaitu 0 km hingga ke ketinggian 11 km, suhu atmosfera semakin menurun. Kemudian suhu menjadi malar pada ketinggian 11 km hingga 20 km sebelum kembali semakin meningkat semula pada ketinggian 20 hingga 50 km. Secara ringkasnya, 4 lapisan atmosfera di mana berlaku perubahan suhu adalah Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, dan Termosfera manakala 3 lapisan di mana suhu tidak berubah adalah Tropopaus, Stratopaus, dan Mesopaus. Secara keseluruhannya, bilangan lapisan atmosfera dari permukaan bumi sehingga ke Garis Kármán, berjumlah 7 lapisan.
Masyarakat sains telah bersetuju untuk menjadikan Garis Kármán yang berada pada ketinggian 100 km dari permukaan bumi sebagai garis sempadan yang menjadi permulaan ruang angkasa lepas. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, sebanyak 99.99997% jisim atmosfera berada di bawah Garis Kármán. Ini bermaksud hampir kesemua udara yang terdapat di dalam atmosfera bumi berada di bawah Garis Kármán. Lapisan udara ini pula berdasarkan kriteria suhu terdiri daripada 7 lapisan. Maka benarlah Perkataan Tuhan Yang Maha Pemurah mengenai lapisan langit.
(Al-Quran 67:3) Yang telah menciptakan tujuh petala langit berlapis-lapis. Kamu tidak akan dapat melihat
pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah itu sebarang kecacatan. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sebarang kecacatan?
http://terjemahanquranbacaan.blogspot.my/...