rekod tak lengkap kedah

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan)
BCL-KKPP 2017

5. Puan Halimaton pemilik Perniagaan Hamat di Yan menyimpan rekod perakaunannya tidak
mengikut sistem catatan bergu. Berikut ialah baki - baki aset dan liabiliti perniagaannya:

Kenderaan
Lengkapan
Bank
Pemiutang
Stok
Kadar bayaran terakru
Penghutang
Tunai
Insurans terdahulu
Komisen diterima terakru

1 Julai 2016
RM
30 000
20 500

8 400
10 870
14 600
375
5 340
1250
1 200

30 Jun 2017
RM
30 000
28 000
(1 350)
12 700
22 220
260
7 280
950
300
-


Maklumat tambahan:
(i)
Sepanjang tahun kewangan, Puan Halimaton mengambil wang tunai RM325 setiap bulan
dan barang niaga berjumlah RM1 015 untuk kegunaan keluarganya.
(ii)

Lengkapan bernilai RM7 500 dibeli pada 31 Disember 2016 untuk kegunaan perniagaan
dengan wang peribadi Puan Halimaton. Lengkapan disusut nilaikan 10% mengikut kaedah
garis lurus berdasarkan baki awal tahun.

(iii)

Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun atas kos.

(iv)

Baki akaun seorang penghutang berjumlah RM280 dihapuskan sebagai hutang lapuk pada
akhir tahun kewangan.


(v)

Peruntukan hutang ragu ialah 5% atas baki bersih penghutang.

(vi)

Satu invois yang diterima daripada pembekal Kedai Adham bernilai RM1 385 telah dicatat
sebagai RM1 835 belum dibuat pelarasan.

Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata menghitung modal pada 1 Julai 2016. [ 4 markah ]
(b) Penyata menghitung modal pada 30 Jun 2017. [ 9 markah ]
(c) Penyata menghitung untung atau rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2017. [ 5 markah ]
(d) Menyenaraikan dua (2) sebab rekod tak lengkap boleh berlaku. [ 2 markah ]
TIP: Rumus mengira modal ialah Aset – Liabiliti
Modal awal = Aset (awal tahun) – Liabiliti (awal tahun)

Tiada pelarasan
Modal akhir = Aset (akhir tahun) – Liabiliti (akhir tahun)
Terlibat dengan pelarasan


Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan)
BCL-KKPP 2017

Jawapan (a):
Penyata menghitung modal pada 1 Julai 2016
Aset
RM
RM
Kenderaan
30 000
Lengkapan
20 500
Bank
8 400
Stok
14 600
Penghutang
5 340
Komisen diterima terakru

1 200
Tunai
1 250
81 290
Tolak : Liabiliti
Pemiutang
Kadar bayaran terakru
Modal Awal

10 870
375

11 245
70 045

Kenderaan (A)
Lengkapan (A)
Bank (A)
Pemiutang (L)
Stok (A)

Kadar bayaran terakru (L)
Penghutang (A)
Tunai (A)
Insurans terdahulu (A)
Komisen diterima terakru (A)

1 Julai 2016
RM
30 000
20 500
8 400
10 870
14 600
375
5 340
1250
1 200

Kelaskan kepada aset dan liabiliti
dan susun ikut format. Hanya perlu

rujuk tarikh 1 Julai 2016 sahaja.

HURAIAN MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PENGIRAAN MODAL AKHIR:
(i)

Sepanjang tahun kewangan, Puan Halimaton mengambil wang tunai RM325 setiap bulan
dan barang niaga berjumlah RM1 015 untuk kegunaan keluarganya.
Huraian: Makluman mengenai ambilan. Jumlah ambilan tunai ialah RM325 x 12 = RM3 900.
Jumlah keseluruhan ambilan ialah RM3 900 + RM1 015 = RM4 915. (Nota: Baki tunai dan
stok tidak perlu ditolak dalam pengiraan modal akhir)

(ii)

Lengkapan bernilai RM7 500 dibeli pada 31 Disember 2016 untuk kegunaan perniagaan
dengan wang peribadi Puan Halimaton. Lengkapan disusut nilaikan 10% mengikut kaedah
garis lurus berdasarkan baki awal tahun.
Huraian: Makluman modal tambahan. Susut nilai lengkapan perlu ditolak daripada nilai kos
lengkapan pada akhir tahun. Memandangkan susut nilai dikira berdasarkan baki awal tahun,
maka susut nilai = RM20 500 x 10% = RM2 050. [Nota: Baki akhir Lengkapan telah
mengambil kira lengkapan RM7 500 yang dibeli pada 31 Disember 2016 (RM28 000 – RM20

500 = RM7 500). Elakkan daripada menambah nilai RM7 500 dua kali pada kos lengkapan].

(iii)

Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun atas kos.
Huraian: Susut nilai kenderaan perlu ditolak daripada nilai kos kenderaan pada akhir tahun.
Susut nilai = RM30 000 x 10% = RM3 000.

(iv)

Baki akaun seorang penghutang berjumlah RM280 dihapuskan sebagai hutang lapuk pada
akhir tahun kewangan.
Huraian: Baki akhir penghutang RM7 280 perlu ditolak dengan hutang lapuk RM280.

(v)

Peruntukan hutang ragu ialah 5% atas baki bersih penghutang.
Huraian: Pengiraan hutang ragu = RM7 000 x 5% = RM350. Pengiraan hutang ragu dibuat
atas baki penghutang bersih (rujuk maklumat iv).


Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Rekod Tak Lengkap – Kaedah Perbandingan)
BCL-KKPP 2017

(vi)

Satu invois yang diterima daripada pembekal Kedai Adham bernilai RM1 385 telah dicatat
sebagai RM1 835 belum dibuat pelarasan.
Huraian: Angka pemiutang telah terlebih catat pada nilai RM450. Pemiutang perlu ditolak
semula dengan nilai ini.

Jawapan (b)
Penyata menghitung modal pada 30 Jun 2017
Aset
RM
Kenderaan (30000 – 3000) (iii)
Lengkapan (28000 – 2050) (ii)
Stok
Penghutang (7280 – 280) (iv)
7 000
(-) Peruntukan hutang ragu (7000 x 5%) (v)

350
Tunai
Insurans Terdahulu
Tolak : Liabiliti
Pemiutang (12700 – 450) (vi)
Bank (overdraf)#
Kadar bayaran terakru
Modal Akhir

12 250
1350
260

RM
27 000
25 950
22 220

Nota: Rujuk semula
huraian pelarasan

mengikut nombor roman
dalam kurungan.

6 650
950
300
83 070

#

Bank pada 30 Jun 2017
adalah liabiliti kerana
berbaki kredit.

13 860
69 210

Jawapan (c)
Penyata menghitung untung rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2017
RM
RM
Modal akhir (jawapan b)
69 210
(+) Ambilan (i)
4 915
74 125
( - ) Modal tambahan (ii)
7 500
( - ) Modal awal (jawapan a)
70 045
77 545
Rugi bersih
3 420

Jawapan akhir dilabel
Rugi bersih kerana
jawapan angka negatif

TIP: Rumus mengira untung / rugi bersih adalah rumus ekuiti pemilik Kunci Kira-kira.
Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan – Ambilan = Modal akhir
Modal Awal + Untung bersih + Modal tambahan

– Ambilan = Modal akhir

Rumus mengira untung atau rugi bersih menjadi:
Untung bersih = Modal akhir + Ambilan – Modal Awal – Modal Tambahan