Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi berparlimen.
Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah
negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu
sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.
Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat Dalam
sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan
siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai
makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah
wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia.
Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan
yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan
berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi
yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic
liberalism, dan contemporary demokrasi Demokrasi adalah merupakan satu
struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan
sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai
pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa
demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong,

mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah
negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung
kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai
amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara
demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan
seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak
takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu
corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan
kehendak tanpa sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan
akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai
kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selain itu juga kerajaan demokrasi
bermaksud pemerintah dan rakyat mesti berkerjasama untuk mencapai
kepentingan bersama. Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat
pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain. Bangsa Yunani
yang memperkenalkan istilah demokrasi menakrifkan demokrasi dalam dua
perkataan. Demos, rakyat dan kratein, memerintah, rakyat memerintah. Ini
disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya “ a people’s government, a
government by the people, for the people. Seorang professor falsafah Carl Cohen
1931 di University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi

tafsiran demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam
komuniti tersebut boleh terlibat sama secara sama rata dan saksama dalam
melakukan keputusan keputusan yang melibatkan ahli komuniti secara lansung.
Untuk perbincangan selanjutnya adalah mengenali kelebihan dan kelemahan
sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang

baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada
kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator
dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang
memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira
kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan
masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa
dianggap sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala
lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa
tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam
menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk
untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat
memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah
dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap
rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati

kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi
rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan
supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang
pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan
kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama
rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia
dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat
bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi
boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh
mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira
kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti
pemilihan dalam pengundian awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan
sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi
memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain.
Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan
sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan
merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak
semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan
buruk bagi diri mereka. Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah
Dalam Declaration Of Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa

rakyat mempunyai hak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan
membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat menjamin
keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam
memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang
diperintah oleh minoriti telah banyak menimbulkan masalah seperti melakukan
penindasan. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku
individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga
pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang
dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka
berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta
menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa
golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah
ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan

sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional.
Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah
telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak
rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat
sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik.
Demokrasi Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi

sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang
negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak
perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat
masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata
menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang
telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat
pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara
demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan
impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial,
politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting
dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan
terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi. Demokrasi
merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan Walaupun ada
beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran
pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai
keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas
perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan
kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat
berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat
memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari

semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui
pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang
dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan
pemerintah dalam pilihanraya Demokrasi Menggalakkan Semangat
Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat
melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk
tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara
ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa
untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan
melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima
Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa
perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat.
Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam
membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang
yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan
rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat
untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta
ekonomi denemi kepentingan rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi
yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah negara yang penting ialah
terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan dalam

menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan. Kelemahan demokrasi

Kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai
pandangan berbeza mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu
yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi
demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat
dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu
kebebasan perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan
bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam cirri-ciri asas demokrasi
kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya
dan melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu
kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk
mengawal tindkan tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan
atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat
kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik. Masalah ada dikalangan
pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah
yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan
kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka
sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku
dalam politik Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang

mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan
sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara
memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan.
Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana
diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan
memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang
terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua
individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain.

2. Demokrasi berparlimen.
2.1
Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan.
2.1.1 Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan
syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi
Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
2.1.2 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem

Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia
bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah
telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
2.1.3 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-

lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang
di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri
dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang
Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
2.1.5 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama
Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat
Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri
masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar

atau Ketua-ketua Menteri.
2.1.6 Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55,
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau
membubarkan Parlimen.
2.1.7 Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan
untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara
persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan
Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurangkurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis
akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau
Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari
masa ke semasa.
2.1.8 Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di
Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus
berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas
Pilihanraya Umum.
2.1.9 Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya
dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,

Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah
diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak
lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

3. Struktur Parlimen Malaysia.

3.1
Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja
berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga
komponen:· Yang Di-Pertuan Agong
· Dewan Negara
· Dewan Rakyat
3.2
Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang
tersendiri.
Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk
pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lainlain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan
penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
3.3
Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang
kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.
3.4
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara
yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang
memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular
demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.
3.5
Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam
sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna
yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh
bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

4. Sistem Demokrasi di Malaysia.
4.1
Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi
berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44
Perlembagaan Persekutuan.
4.2
Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada
Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang
dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan
tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undangundang dan dasar-dasar.
4.3
Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih
pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak
untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih
pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui
pilihanraya.

4.4
Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara
dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi
memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan.
Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara
serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

5. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
5.1
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan
rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu
sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
5.2.
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
5.3.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat.
5.4.
Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu
oleh Perdana Menteri.
5.5
Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai
oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar
negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas
kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku kaum yang terkandung di
dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan
agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan
semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negarabangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan
demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan
demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk
system politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan
system demokrasi.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat.
Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat,
mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan
dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks
Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan
bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin
menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut
konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.

Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun
dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan
yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.

Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis
demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-Democracy” or “PseudoDemocracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau “Demokrasi Palsu” (Wiliam Case
2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim
yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan
meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan
demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi
yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga
menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar.
Terdapat pelbagai factor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara
yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia

hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh
menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada
kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah
bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :-

Kebebasan Bersuara

Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk
menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah
jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak adil sama sekali jika
golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda golongan minority
dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu
semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah
agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minority.

Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah
dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia
telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat
kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara,
dalam mencapai ‘demokrasi permuafakatan’ dengan berkumpul dan mendirikan
persatuan, disamping ‘rule of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.

Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka
mengetepikan sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum,
jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang
meraka rasakan perlu.

Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya
memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan.
Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan.
Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi
mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.

Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam
menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan
demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada

dan mengarahkan pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan
dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan
ketidakadilan berlaku kepada rakyat.

Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap
pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini
dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba
kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi
menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan
pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak
bersih dengan alasan-alasan tertentu.

Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau
bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran
puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat
kehendak rakyat tersebut.

Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia.
Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam
yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan
tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.

Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis
1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan
berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini
menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis
amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di
manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin.

Kebebasan Media Massa.

Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu
sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi
maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang
mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana individu

mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi
memberikan maklumat yang mereka ada.

Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali.
Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama
sekali media massa ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi
yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka
perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan
elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya
kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Tetapi
ia berlaku sebaliknya.

Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit
untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera
untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak
menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara
parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti
pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli
sahaja.

Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang
kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang
yang tak cukup akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak
cukup akal inilah yang tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan
terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.

Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti
parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan
dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat
permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang
penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan
pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat
mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan
dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu
pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan
mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam
sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.

Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi
memudahkan komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah

mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah
demokrasi yang diperkatakan.

Sistem Kehakiman

Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi
bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan
dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya
memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan
menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan
kuasa.

Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem
kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan
dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah
satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan
mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman.
Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR)
sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya
menyiasat pelapornya sahaja.

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang

Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah
ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh
pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan
disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi
pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan
pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba
menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di
negeri yang ditakluki parti pembangkang.

Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada
umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu
membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi
membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi
pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya
memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi
pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya
dalam memajukan negeri tersebut.

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam

Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah
seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di
sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai
target kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras
dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa
bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan
sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak
professional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya

Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi
peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di
Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari,
tetapi pada pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah
8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak
meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili
pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan
terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa
yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang
berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa
pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia
dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Sungguh ajaib.

Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang
dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004
tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula
pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal
dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti
pembangkang selama ini.

Pembahagian Kekayaan Negara

Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih
ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang,
persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan
kelakuan dan sebagainya.

Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata.
Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang
kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem
demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan
itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan,
para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya
tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.

Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah
tidak menampakkan hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru

ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang
mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijakbijaknya. Ini berlaku sebaliknya.

Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan
kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka
sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang
disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak
atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya
penyelewengan yang berleluasa.

Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri
yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat
miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri
ini digunakan. Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa.
Fikirkanlah dengan rasional.

Tindakan Ganas Polis

Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak
asasi manusia di dalam Negara yang kononya mengamalkan Demokrasi adalah
berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata
Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media cetak dan media
elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan kemarahan
banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara
tersebut kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam
Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di dalam
pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi
BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-raja
melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan
Sri Rahim Nor.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam
menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem
demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli
lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah
dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah

meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka
mereka tidak akan mempedulikannya.

Sistem Keadilan

Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang
membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya
dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang islam.
Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah
hakim bukan beragama islam.

Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian,
isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi
memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu
pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab
juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh
kerajaan.