Muka surat 1 17 Isu Tekanan dan Beban Di

Isu Tekanan dan Beban Di Kalangan Guru dan Kepuasan Bekerja
Oleh
Zuraidah bte Yaacob,
Siti Rahmah bte Lamin
Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed

1.0

Abstrak

Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu gangguan emosi yang berlaku apabila
strategi pengendalian tekanan kurang daripada punca tekanan yang diterima. Walaupun
pelbagai kajian telah mendokumentasi kesan tekanan dalam profesion perguruan,
namum segelintir sahaja kajian telah dijalankan mengenai tekanan di kalangan guruguru. Guru-guru kerap mengalami tekanan kerana jumlah masa mereka berinteraksi
dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, emosi dan tingkah laku. Mengajar
kanak-kanak adalah mencabar kekurangan sokongan rakan sekerja dan pihak pentadbir
merumitkan lagi situasi. Penambahan beban tugas, kekurangan kemudahan dan tekanan
masa mengakibatkan guru memilih profesion lain. Kajian ini adalah kajian rintis untuk
mengenal pasti punca tekanan dan beban di kalangan guru. Sejumlah 50 guru telah
dipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout Inventory
dan the Sources of Stress Questionnaire. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan

bahawa guru tidak mengalami tekanan dan beban yang sederhana dan tidak mengalami
masalah penyakit diakibatkan tekanan dan beban. Walau bagaimanapun, strategi
menangani tekanan perlu diajar kepada guru pelatih supaya mereka dapat mengawal
persekitaran tempat kerja.

2.0

Pengenalan

Tekanan secara amnya didefinasikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesa
yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan
dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick
& Quick, 1984). Mengajar adalah satu tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan
tekanan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu fenomena
penting. Kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang penuh dengan pelbagai tekanan
(Johnstone, 1993). Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minat
untuk bekerja., merasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan
profesion perguruan (Brown & Ralph, 1992). Tekanan dan beban juga menjadi faktor
utama guru-guru berhenti kerja, ponteng kerja dan mengalami tahap kepuasan kerja
yang rendah (Billingsley & Cross, 1992).


Isu beban guru bukan merupakan isu baru. Isu ini telah ditimbulkan di beberapa
forum dari masa ke semasa. Apabila isu ini ditimbulkan ramai berpendapat bahawa
guru ingin lari daripada tugas harian tetapi ini bukan hasrat guru. Hasrat guru pula ialah
pelbagai tugas perkeranian yang pada masa ini dilakukan oleh guru harus dihapuskan
supaya guru dapat memberi tumpuan kepada “core business guru” iaitu mengajar.

Muka surat 1/17

Tugas perkeranian ini tidak memberi faedah kepada sesiapa pun termasuk murid
dan ibu bapa.

3.0

Punca Tekanan Di Kalangan Guru

Para penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor yang mengakibatkan tekanan di
kalangan guru. Menurut Johnstone (1989) pelbagai faktor seperti masalah tingkah laku
pelajar, persekitaran kerja kurang memuaskan, hubungan rakan sekerja yang kurang
baik, beban tugas yang berlebihan dan keadaan kerja yang rutin menyebabkan tekanan

dalam profesion perguruan. Hubungan guru dan pelajar serta guru dan rakan sekerja
terjejas kerana kekurangan kemahiran interpersonal dan juga interaksi sosial di
persekitaran sekolah yang semakin kompleks. Brown dan Ralph (1992) menyatakan
bahawa kebanyakan sekolah merupakan institusi birokrasi yang tidak memberi peluang
kepada guru untuk membuat keputusan. Kekurangan autonomi apabila membuat
keputusan menyebabkan guru merasa terasing dalam institusi sekolah dan hanya
bekerja mengikut arahan pihak pentadbiran.
Sebilangan besar guru ditekan dengan beban kerja yang berlebihan yang mengakibatkan
tekanan emosi dan tidak dapat mengawal persekitaran pekerjaan (Hargreaves, 1994)
Guru-guru yang memulakan kerjaya mereka dengan sikap dedikasi, simpati dan ingin
membantu pelajar juga akan meninggalkan profesion perguruan sekiranya wujud
tekanan yang berlebihan. Singer (1993) dalam satu kajian mengenai punca guru
meninggalkan profesion perguruan mengenal pasti dua punca utama. Pertama, ramai
guru yang bertukar kerja menganggap berniaga memberi peluang yang lebih baik dari
segi kewangan dan kepuasan kerja. Kedua, sikap pelajar yang negatif, masalah disiplin,
persekitaran kerja yang kurang memuaskan mengakibatkan pandangan guru beralih. Isu
kepada profesion yang lain.
Punca tekanan dan beban di kalangan guru berbeza-beza mengikut pengalaman
individu, begitu juga cara mengendalikan tekanan. Menurut Singer (1993) terdapat tiga
kategori guru yang mengendalikan tekanan dan beban. Kumpulan pertama adalah guru

yang meninggalkan profesion perguruan kerana tidak sanggup menghadapi tekanan dan
beban kerja. Kumpulan kedua adalah guru-guru yang mengalami tekanan dan beban
yang berlebihan tetapi meneruskan kerja dengan menghitung hari mereka akan bercuti
atau bersara. Kumpulan ketiga adalah guru-guru yang maju dan berkembang dalam
profesion perguruan walaupun mereka mengalami tekanan dan beban kerana mereka
berkemampuan menangani tekanan dan beban dari pelbagai sumber.

4.0

Laporan Abdul Rahman Arshad

NUTP talah kemukakan pandangan yang sama kepada jawatankuasa khas yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Rahman Arshad. Jawatankuasa khas ini yang terdiri
daripada pendidik memahami tugas pendidikan dan tanggungjawab guru. Jawatankuasa
ini telah kemukakan pandangan-pandangan berikut:•

Dari pandangan masyarakat, guru adalah seorang yang mendidik, mendisiplin
dan membimbing murid secara sistematik di sekolah. Guru juga menjadi contoh

Muka surat 2/17


ikutan untuk diteladani oleh murid. Dari perspektif guru sendiri mereka
merasakan tugas mereka yang utama adalah mengajar murid mengikut
kurikulum yang ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk membimbing
murid dalam kegiatan ko-kurikulum. Segala kegiatan yang dijalankan adalah
bertujuan untuk pembelajaran murid.








Guru adalah seorang pendidik yang mengajar bidang atau mata pelajaran. Guru
di sekolah rendah mengajar hingga 30 waktu seminggu. Guru di sekolah
menengah pula mengajar hingga 28 waktu seminggu. Mereka juga ditugaskan
bagi melaksanakan kegiatan ko-kurikulum sebanyak dua hingga empat jam
seminggu.di samping itu, mereka juga menjalankan kerja sekolah di rumah
seperti memeriksa buku dan menilai kerja murid. Di sekolah pula mereka

membuat kerja pada waktu rehat, datang ke sekolah pada hari Sabtu,
mengendalikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, menganjur dan
mengawas kegiatan kelab dab persatuan. Guru dikehendaki juga melaksanakan
tugas perkeranian dan lain-lain tugas yang bukan profesional. Guru juga diarah
menghadiri mesyuarat, mengawas peperiksaan dan kegiatan sukan di berbagai
peringkat oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan-jabatan lain.
Di saming itu, terdapat kelas yang terlalu ramai bilangan muridnya keadaan ini
tidak mengizinkan guru memberi perhatian kepada murid secara individu. Pada
masa ini banyak sekolah terutama bandar, menghadapi masalah kesesakan di
dalam bilik darjah kerana bilangan murid dalam satu-satu bilik darjah jauh
melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Kesesakan ini menyulitkan guru
memberi perhatian yang rapi dan membimbingan secara individu. Lebih-lebih
lagi, kadang-kadang guru diarah menjalankan tugas yang tiada kena mengena
dengan pengajaran dan pembelajaran. Ada kalanya guru serta murid terlibat
dengan usaha kutipan derma yang bertujuan membina dana bagi perkembangan
pengajaran dan pembelajaran serta juga projek pembangunan fizikal sekolah.
Usaha ini baik, tetapi masa yang terpaksa digunakan untuk aktiviti ini ada
kalanya menjejaskan keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
membebankan guru. Lebih-lebih lagi sekiranya usaha kutipan ini berpunca dari

Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan dan Badan sukerela. Guru juga mengawal disiplin murid untuk
memastikan kesejahtera pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada kerumitan
besar yang berbangkit kerana guru mengambil tindakan ke atas murid maka
perlukan guru mendapat secukup perlindungan. Ternyata tugas guru berat.
Perubahan kurikulum yang kerap menimbulkan masalah di kalangan guru. Guru
terpaksa menghadiri banyak mesyuarat dan bengkel. Ini menjejaskan perhatian
mereka kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Ini boleh menggugat
keberkesanan mereka mengajar di bilik darjah. Di samping itu, kerap terdapat
guru ganti yang tidak memberi kesan seperti yang diharapkan.
Dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang,
menilai dan menjalankan kerja perkeranian. Untuk meringankan tugas tersebut,
satu penyelesaian diperlukan.

Muka surat 3/17



Di antara bebanan guru terutama guru kelas ialah kerja perkeranian seperti
menulis, merekod atau mengisi pelbagai borang, kad dan buku rekod

tentang murid. Maklumat yang diisi itu ada yang bertindih. Kerja ini boleh
dipermudahkan dengan menggunakan komputer.









Ada projek dalam mata pelajaran tertentu memerlukan murid sekolah rendah
dan sekolah menengah rendah melakukan kajian di luar kawasan sekolah. Projek
tersebut juga memerlukan murid menemubual orang tertentu dan ini selalunya
tidak mudah dilakukan. Kegiatan ini memerlukan murid keluar dari kawasan
sekolah. Di tempat-tempat tertentu, ini menimbulkan masalah keselamatan dan
kadang-kadang masalah disiplin juga.
Guru sering diminta menghadiri mesyuarat dan bengkel di pelbagai peringkat.
Ketiadaan guru di bilik darjah untuk mesyuarat dan berbengkel ini
membebankan tugas guru lain. Ini menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

dan merugikan murid. Pernah juga sekolah menghantar guru yang tidak sesuai
dengan bidangnya semata-mata kerana terpaksa mewakili sekolah.
Guru terlalu banyak menggunakan waktu untuk persediaan peperiksaan yang
kerap diadakan. Dengan ini, tumpuan guru untuk mengajar di bilik darjah
menjadi kurang. Di samping itu, format peperiksaan formal anjuran Penjabat
Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berupa peperiksaan
sumatif tidak dapat mengukur kemajuan murid kerana dedahan kurikulum
mengikut sekolah adalah berbeza.
Sekolah juga memerlukan peperiksaan formatif. Peperiksaan formatif ini
hendaklah berdasarkan pengajaran guru dalam kelasnya supaya pengajaran
pemulihan dapat dibuat dengan segera dan sesuai dengan keperluan murid.
Guru mempunyai beban tugas dalam waktu persekolahan. Ada juga guru yang
dengan ikhlas mengadakan kelas tambahan kerana mereka merasa bangga
dengan kecemerlangan murid mereka. Kelas ini diberi secara sukarela tetapi
sekiranya ada rancangan yang memaksa mereka mengadakan kelas tambahan,
adalah baik sekiranya bayaran yang setimpal diberikan.

Sambil itu Jawatankuasa Khas ini telah juga kemukakan beberapa pandangan yang
amat penting untuk profesion perguruan:-


Perakuan 24
Keperluan guru merekodkan dan mengisi pelbagai kad, buku rekod dan borang tentang
murid seperti kad 001-002, buku laporan murid, buku rekod ko-kurikulum murid,
beberapa salinan lembaran markah dan lain-lain yang bertindih perlu dikaji semula dan
dipermudahkan, penggunaan komputer untuk ini hendaklah diperkenalkan.

Perakuan 25
Projek yang berdasarkan mata pelajaran tertentu di sekolah hendaklah sejauh mana
yang boleh menggunakan bahan dan kemudahan seperti pusat sumber dan persekitaran
sekolah.

Muka surat 4/17

Perakuan 26
Kekerapan guru bermesyuarat dan berbengkel di peringkat daerah, jabatan dan
Kementerian hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang
dihadiri hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang
dihadiri hendaklah bersesuaian dengan keperluan guru dan sekolah.

Perakuan 27

Peperiksaan formal di sekolah hendaklah dikurangkan. Peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun boleh diteruskan tetapi sekolah hendaklah digalakkan mengadakan
peperiksaan formatif.

Perakuan 29
Guru yang mengambil langkah tindakan terhadap murid yang bermasalah disiplin
hendaklah mendapat perlindungan termasuk bantuan guaman penuh sekiranya
berbangkit sebarang masalah yang rumit dari tindakan tersebut.

Perakuan 30
Guru yang menjalankan kegiatan ko-kurikulum di luar sekolah dan guru yang
mengiringi pasukan sekolah diberi perlindungan insurans serta dibayar elaun makan,
peginapan dan pengangkutan. Kelayakan tuntutan mereka mestilah mengikut pekeliling
perbendaharaan Bil. 2/1992 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995 dan peruntukan
bagunya hendaklah diadakan.

Perakuan 33
Penglibatan guru dalam aktiviti anjuran agensi di luar Kementerian Pelajaran hendaklah
dikurangkan ke tahap yang difikirkan sesuai.

Perakuan 34
Kerja cetak mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran, kertas soalan peperiksaan
dan ujian, serta segala urusan seperti pengutan yuran, pendaftaran murid, pinjaman
buku teks, penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain hendaklah
dilakukan oleh staf sokongan.

Perakuan 35
Satu unit pentadbiran sekolah untuk membantu Pengetua dan Guru Besar hendaklah
diwujudkan bagi mengendalikan segala urusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan
sekolah. Bilangan staf sokongan yang menganggotai unit tersebut hendaklah memenuhi
keperluan sekolah pada masa kini. Bilangan tersebut hendaklah mencerminkan saiz
sekolah.

Muka surat 5/17

Pihak Akhbar “The STAR” telah menjalankan ‘Teachers’ Poll’ pada Jun 2000,
antara pendapat yang diperolehi kepada soalan ‘Samada guru berasa gembira
dengan tugas mereka’:-

‘Do you think teachers are generally happy in their job?
Of the total, 82% think that teachers are generally unhappy in their job. This
echoes the Prime Minister’s statement on Teachers Day. Only 18% say teachers are
happy in their profession.
A respondent who wants to be known as “Unhappy, worried parent’ even goes
to the extent of calling teachers “a sad grumpy lot”.
The root of teachers’ misery can be traced to the lack of recognition, low pay,
absence of overtime pay, paperwork burden and extra responsibilities in policing
indiscipline and gangsterism.
The findings also indicate that improvementa in pay and recognition can
rejuvenate teachers enthusiasm and faith in the profession.’
‘ Are teachers getting enough recognition for their work?
No, say 91% while the other 9% say that teachers are getting enough
recognition for their contribution in teaching.
Respondent Eileen is of the opinion that many teachers are not committed to
teaching, thus only deserving recognition and reward if their performance improves.
Two teachers from a school in Ipoh share that they do not even get the respect
and recognition they deserve from their own principal. Constantly doubting their
abilities and dedication, the said principal spies on them and questions students for
feedback behind the teachers’ backs. And when parents complain, the teachers are
not given a chance to defend themselves.
The results imply that the acknowledgement accorded to teachers is
influenced by the general perception of teaching and teachers.’
Isu pokok di sini adalah profesion perguruan semasa kita Merdeka (1975) dan keadaan kini jauh
berbeza. Kini kita mempunyai hampir 305,000 orang guru dan 5.6 juta murid.

Statistik Guru
Guru Sekolah rendah
174,701
Guru Sekolah Menengah 127,773
Jumlah
302,474

Muka surat 6/17

Statistik Murid
Sekolah rendah
Sekolah Menengah
Jumlah

3.071 juta
2.514 juta
5.585 juta

Statistik Sekolah
Sekolah rendah
Sekolah Menengah
Jumlah

5.0

7504
1902
9406

Perubahan Struktur Masyarakat

Kehendak Ibu bapa dan murid-murid kini juga berbeza. Perubahan kepada corak hidup
ibu bapa dan masalah sosial yang dihadapi kini memerlukan guru tumpukan.




5.1

Memberi perhatian yang lebih dan individual
Memberi kasih sayang serta perhatian yang lebih spesifik
Berwaspada tentang unsur-unsur negatif dan pengaruh luar.

Syor-Syor Baru

Kerajaan sendiri ingin melaksanakan beberapa syor baru menangani isu gejala disiplin
antaranya termasuk:
• Laporan Adab
• Program Briged Komuniti
• Meningkatkan Kualiti Pengurusan Asrama
• Menumbuhkan Jawatankuasa Perunding Menangani Isu Budaya Negatif Di
Kalangan Murid Peringkat Kebangsaan
• Memantapkan Sistem Mentor-Mente dan Pembimbing Rakan Sebaya yang sedia
ada di sekolah.
• Semua Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan yang tegas
dengan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan, termasuk mengenakan
hukuman yang maksimum terhadap yang terlibat dalam sesuatu salah laku.
• Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah di Sekolah Menengah perlu dimantapkan
dan perlaksanaan program-programnya perlu dipantau.
• Mengadakan program khas untuk menyemarakkan semangat patriotisme di
kalangan warga sekolah.
• Pengetua / Guru Besar, Guru Kaunseling dan Guru Kanan Hal Ehwal Murid
digalakkan untuk melawat rumah-rumah pelajar yang bermasalah sebagai usaha
pembinaan perhubungan yang baik dengan ahli keluarga pelajar.

Muka surat 7/17

Memandangkan syor-syor ini bukan statik tetapi boleh dikembangkan maka
beban guru juga akan turut bertambah. Kita harus menerima hakikat mengenai:






Bilangan murid telah bertambahpengajaran dan pembelajaran telah menjadi
lebih rumit
Cabaran unsur-unsur di luar yang mempunyai kesan yang negatif, internet,
televisyen dan sebagainya.
Formula Guru – Murid bukan realistik.

Sambil itu guru-guru kini sudah menjadi “hamba abdi” kepada Jabatan
Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Projek yang dijalankan oleh
Agensi-Agensi Luar.
Penglibatan guru sebagai “buruh murah” (cheap labour) memang merupakan
beban kepada guru. Terdapat guru yang terpaksa bantu secara kekal dan sementara.
Ada pula yang terpaksa membantu “tauke-tauke” ini. Yang menjadi mangsa adalah
mereka yang memikul tanggung jawab ini dan guru-guru di sekolah yang terpaksa
memikul tanggung jawab Pengawai-Pengawai ini yang dicuri kuota oleh Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pajabat Pendidikan Daerah.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya guru-guru perlu membantu Pengawai
Pendidikan Daerah dan perlu dipinjamkan tempat mereka di sekolah mesti diisi oleh
guru tambahan lain (over and above) kerana yang tetap mengalami kerugian ialah
murid-murid.
Dalam kes guru-guru yang bermasalah, cuti bersalin, cuti panjang, cuti sakit,
dan kursus, pihak NUTP hendak pihak Kementerian Pendidikan wujudkan “Pool of
Teachers”. Guru-guru boleh dipinjamkan dari Tabung Simpanan Guru supaya
menjamin bahawa semasa guru tidak hadir Pengajaran dan Pembelajaran guru tidak
diganggu.
5.2

Ratio: Murid –Guru

Pada masa ini kaedah perkiraan nisbah murid-guru tidak realistik. Kaedah perkiraan
ini mesti dibuat lebih realistik dan harus dikira seperti berikut:
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah

Tidak melebihi 35 murid
Tidak melebihi 30 murid

Nisbah guru kepada kelas perlu ditingkatkan 2.5 : 1 kelas.
6.0

Kajian Dalaman NUTP
Pihak NUTP telah menjalankan kajian dalaman mengenai isu beban yang dipikul oleh guru. Antara
pandangan yang dilahirkan termasuk:

Muka surat 8/17

SENARAI BEBAN KERJA YANG DIPIKUL OLEH GURU-GURU

BIL

JENIS BEBAN
KERJA

CADANGAN / PANDANGAN/ PEMBETULAN

1.

Pengurusan/pentadbiran

1. Terlalu banyak kerja pengurusan seperti
pengurusan kelas (rekod kehadiran, rekod profil,
dll), keceriaan, menulis surat kepada ibubapa/
penjaga tentang ponteng / tidak hadir ke sekolah,
dsbnya: fokus kesalahan kepada GB/ guru
sahaja.
2. Arahan melalui telefon/fax dari pihak atasan
supaya ‘datang segera” atau “hantar segera”.
Kurang perancangan dan sentiasa ‘adhoc’

2.

Kurikulum / Akademik

1. Rekod profil/Rekod individu bagi setiap
peperiksaan
perlu dikemaskini dan tidak seragam.
2. Rekod ‘Kehadiran dan kegiatan Guru Pool’ perlu
dibuat setiap hari.Terlalu banyak penggunaan borang yang tidak
seragam.

3

Hal Ehwal Murid

1.

2.
3.

Program-program Kesihatan, One-off, SPBT, SBT,
Biasiswa Sekolah Rendah dll: perlu diurus pihak
berkenaan, bukan dibebankan kepada sekolah
semata-mata.
Kes disiplin: Perlu dipantau oleh pihak berwajib dan
kerjasama masyarakat setempat.
Pengaruh negatif pusat permainan video / cybercafe:
peranan
pihak
bertanggungjawab
perlu
dikemaskinikan agar tidak menular kepada pelajar
sekolah.

4.

Kokurikulum

1. Kegiatan di luar waktu persekolahan: Tanpa
tuntutan dan tiada cuti ganti diberikan.
2. Keselamatan

sering
dipertanggungjawabkan kepada pihak
sekolah.

5.

Bina Insan

1. Perlu
diperbanyakkan
program-program
merangkumi pendidikan moral, sahsiah dan
bina insan: asas disiplin.

6.

Lain-lain

1.

7.

Rumusan

Hubungan dengan masyarakat setempat dan agensiagensi kerajaan / swasta yang lain: sering menganggu
tugas P&P.

2. Tiada ‘back-up’ dari pihak atasan jika berlaku
sebarang masalah di sekolah: seolah-olah
lepas tangan.
PROSES
P&p
TIDAK
LANCAR
DAN
Muka surat 9/17

SEMPURNA SEHINGGA HILANG OBJEKTIF
PENDIDIKAN. TERLALU BANYAK KERJA
PERKERANIAN. SOAL KEBAJIKAN KURANG
DIBERI PERHATIAN.
8.

Laporan – Adab Pelajar
atau Laporan Kemajuan
Pelajar

1. Tanggapan guru terhadap kriteria (cemerlang,
baik, sederhana & berbeza-beza)
2. Ibu bapa keliru kerana penilaian sikap atau
tingkah laku anaknya berbeza bagi setiap mata
pelajaran. Juga ibu bapa tidak dapat
membanding dan merujuk kemajuan anakanak mereka.
3. Hanya 50% daripada ibu bapa yang datang
untuk ambil laporan ini.
4. Pelajar kelas lemah ramai ibu bapa tidak hadir
dan usaha sia-sia saja.
Kekerapan : 2-4 kali setahun (Ujian Bulanan dan
Tahunan)

9.

Ujian Lisan Berasaskan
Sekolah

1. Pelajar perlu dinilai sekurang-kurangnya 3X
(PLBS), 2X(KLBS) setahun.
2. Sijil perlu disediakan bagi pelajar-pelajar
Tingkatan 3 & 5 laporan PLBS perlu diberi
kepada ibu bapa pada akhir tahun.
Kekerapan : Setiap bulan, setiap pelajar mengikut
tajuk.

10.

Kerja Kursus Pelajar
bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup,
Geografi, Pendidikan
Agama Islam (FAFA)
dan Pendidikan Moral,
ULBS (BM,BI) – 2X
setahun, Matematik
Tambahan PIBS
(BM,BI) – 3X setahun,
Peka
Program-program
1. Banyak kali selalu lewat dimaklumkan kepda
Adhoc
oleh
pihak sekolah
JPM/Kementerian
Kekerapan : Dari masa ke semasa.

11.

12.

14.

Peka – Untuk mata
pelajaran Sains
Jadual
Kedatangan Kekerapan : Setiap bulan / Setiap hari
Pelajar
Borang Ponteng Sekolah Kekerapan : Setiap Minggu

15.

Kad Laporan Aktiviti Kekerapan : Awal tahun dan semasa aktiviti Ko-

13.

Muka surat 10/17

Ko-Kurikulum

Kurikulum (setiap minggu)

16.

Pendaftaran
Kekerapan: Pertengahan tahun – semak (Awal
UPSR/PMR/SPM/STPM tahun- daftar)

17.

Inventory Stok

1. Patut diisi oleh pejabat.

Kekerapan : setahun
18

19.

20

21

22

Aktiviti-aktiviti dalam
sekolah masih boleh
diterima tetapi aktivitiaktiviti luar sekolah
yang melibatkan jabatan
kerajaan lain seperti kokurikulum / dadah –
Agensi
dadh
Kebangsaan/ Shell –
permainan lalu lintas
dan sebagainya.
Guru terpaksa guna
kenderaan sendiri hingga
rosakkan kereta baru
untuk bawa pelajar
menjalani aktiviti luar.
Guru jadi jurulatih,
fasilitator
dan
pembimbing
untuk
aktiviti anjuran jabatan
kerajaan lain. Guru tidak
pernah ada di sekolah.
Terpaksa jual buku kerja
dari
syarikat-syarikat
buku yang jual buku di
waktu sekolah. Ganggu
pengajaran
dan
pembelajaran guru.

Jangan terlampau banyak aktiviti luar yang boleh buat
guru sakit, tekanan mental dan habis duit poket.

Tidak masuk akal di tahun 2004 masih guna kereta
guru, sediakan van sekolah untuk setiap sekolah.

Gunakan khidmat jurulatih, fasilitator dari jabatan
berkenaan, tidak payar campuri urusan sekolah.

Jangan beri kebenaran syarikat buku buat promosi
atau jual buku waktu sekolah. Guru Besar / Pengetua
kena tegas.

Kena
menghadiri Ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai jabatan
seminar / kursus jauh pelajaran terbabit. Buat Laporan BPR.
dari
tampat
sendiri
padahal
peruntukan
jabatan
pendidikan
terhad. Contoh : Kursus
Data Sekolah anjuran
Jabatan Pelajaran Perlis
diadakan
di
Pulau
Pangkor, Perak (Tempat
terpencil
dan
line

Muka surat 11/17

23.

24

25.

26.

27

28

handphone pun tak ada).
Terlalu banyak kelas
tambahan untuk pelajar
yang
akan
hadapi
peperiksaan
UPSR,
PMR. Diadakan siang
malam, pagi, petang
termasuk Sabtu pertama
dan ketiga. Ini atas
arahan guru besar, tidak
masuk
akal,
guru
pening, murid sewel
dengan bebanan tuition
yang banyak.
Pelajar-pelajar sekolah
semakin
tidak
ada
hormat, akhlak dan adab
kepada guru dan pekerja
sekolah. Perangai ini
akan dibawa hingga ke
universiti dan masuk ke
alam pekerjaan. Itu
sebab
banyak
ujud
masalah rasuah, salah
guna
kuasa,
penyelewengan,
maksiat, salah laku seks
dan ego di kalangan para
pekerja professional di
jabatan kerajaan dan
swasta.
Guru-guru memegang
terlalu banyak jawatan
pengerusi,
setiausaha
dan Ajk kurikulum dan
Ko-kurikulum sekolah
mengalahkan Menteri.
Ramai
guru
rasa
tertekan, sakit jiwa,
berpenyakit
akibat
bebanan
kerja
dan
tekanan pihak atasan
Peka Sains (mulai 2004
Tingkatan 1 & 4)

Guru Displin

Beri kursus tentang psikologi dan pemikiran kepada
pihak pentadbiran sekolah. (Banyak guru besar ikut
nafsu tidak ikut akal terutama kepada yang gila kuasa
dan pangkat dan ada kepentingan diri).

Wujudkan serta-merta mata pelajaran Pendidikan
Sivik, Moral dan Kesihatan seperti tahun 70an
dahulu. Jadikan mata pelajaran wajib dan peperiksaan
hingga ke Universiti.

Buat pemantauan dan kurangkan aktiviti kurikulum
dan ko-kurikulum.

Tubuhkan jawatankuasa bebas seperti ‘SUHAKAM’
Contoh: Jawatankuasa Aduan, Siasatan dan Kebajikan
Pengawai Perkhidmatan Pendidikan untuk selesaikan
masalah.
Kurangkan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran
supaya guru dapat memberi penumpuan yang
seimbang kepada P&P sains dan mengisi sumry
menyelia Peka Sains.
Adakan jawatan khas (1 atau 2 orang) seperti jawatan
khas bagi kaunselor supaya
Muka surat 12/17

1.

Bidang tugasnya lebih khusus.

2. Pengagihan waktu mengajar seimbang dengan
guru-guru lain.
29

Guru kaunselor

Seorang atau dua orang (jika ada sesi petang) sudah
cukup. Ada sekolah terdapat 3 orang yang kedua dan
ketiga termasuk dalam kuota guru sekolah itu dan
langsung tidak mengajar dan ini membebankan waktu
P&P guru lain.

30

Guru Emis (data)

Status Guru Emis ini dikeluarkan dari dikira jumlah
guru sesuatu sekolah. Tidak tergolong dari 1.5 orang
darab bilangan bilik darjah. Semua bentuk maklumat
dibuat oleh hanya seorang guru sahaja.

31

Sekolah
Mengandakan
Guru

32

Isi Borang – Beban
termasuk SOAB, LAB
PertandinganPertandingan
antara
Sekolah.
Contohnya:
Bahasa
Inggeris

Choral Speaking, Public
Speaking,
Debates,
Drama

Dikurangkan jenis-jenisnya kerana banyak yang
“overlap”
Manafaatnya tidak dinikmati oelh ramai pelajar keran
hanya mereka yang mengambil bahagian berlatih dan
bertanding. Pelajar-pelajar yang lain perlu tumpukan
perhatian kepada P&P. dicadangkan mana yang tidak
begitu penting dimansuhkan. Apakah faedah choral
speaking ? Persediaan untuk satu sahaja pertandingan
seperti ini memerlukan begitu banyak masa dan
tenaga yang ada kesan atas P&P mereka.

Ujian-ujian
Gerak
Gempur – Sekolahsekolah sudah pun ada
ujian
bulanan
/
peperiksaan sendiri
Menguruskan
pelajarpelajar bagi mengikuti
program anjuran JPN
dan jabatan-jabatan lain

Peperikasaan Pengesanan dikekalkan diadakan sekali
setahun.

33

34

35

36

37

(SKM) Jumlah guru yang kadang-kadang kurang dari 10
Beban orang tidak mungkin dapat penuhi semua impian dan
harapan Jabatan atau PPD. Satu garis panduan
penglibatan minima perlu dibentuk, supaya
pengurusan akan lebih teratur dan efektif di sekolahsekolah SKM.

Menguruskan
pembayaran one-off

Guru Bertugas

Jabatan-jabatan lain datang menguruskan pelajarpelajar terlibat sendiri / tidak hanya menyuruh guru/
pihak sekolah
Kekerapan : sepanjang tahun
Diserahkan pemberian one –off kepada pihak lain /
Jabatn Kebajikan Masyarakat dsbnya.
Kekerapan : Sekali setahun
1. Tidak perlu menulis laporan sekadar isi borang
yang disediakan pihak sekolah.
Muka surat 13/17

38
39

40
41
42

43

44

45
46
47
48
49

50

51
52

53

54

Kerja Projek matematik 1. Ditiadakan dan pelajar hanya perlu membuat
tambahan
latihan dan aktiviti kelola guru.
Kelas tambahan
1. Tidak perlu untuk pelajar baik. Untuk pelajar lemah
hanya buat latihan asas sahaja. Hanya perlu untuk
kelas gantian guru itu pun atas ihsan guru.
Aktiviti Ko-kurikulum 1. Diadakan semasa waktu persekolahan kerana ini
Pelajar dan Guru
juga satu aspek pendidikan
PIBG
1. Ibu bapa perlu leih proaktif dalam menjalankan
aktiviti PIBG tidak hanya guru.
Penghantaran
pelajar 1. Guru hanya mengiringi dan tidak menggunakan
Untuk Aktiviti
kenderaan guru @ ibu bapa menghantar anak mereka
bagi kegiatan Sabtu & Ahad.
Penyediaan
Sijil-sijil Guru kelas – akhir tahun & dari masa ke semasa
aktiviti dan penyediaan
sijil berhenti sekolah
Beban kerja sebagai ahli Kurangkan mesyuarat pada waktu malam kerana guru
PIBG seperti Setiausaha perlu hadir bertugas esok pagi.
/ Bendahari
Laporan Mingguan Guru
Bertugas
Penyediaan Surat Pelajar
ke klinik
Penyelenggaraan Stok Dilakukan oleh Pihak Kerani
Check, Kemas kini stok
Kutip Yuran
Patut dilakukan oelh pihak Kerani Kewangan
Tugas agensi luar yang Guru hanya menghantar pelajar sebagai peserta.
diserahkan kepada guru. Urusan lain patut dibuat oleh Kementerian
Seperti : kuiz pengguna Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna
Aktiviti Ko-kurikulum. Guru hanya mengiringi pelajar . urusan pengangkutan
Contoh : menghantar diuruskan oelh sekolah. Ujudkan van dan pemandu
pelajar bermain bola bagi sekolah harian. Guru tidak layak menjadi
sepak.
pemandu pelajar.
Sistem maklumat Pelajar Bukan bidang tugas guru. Ujudkan jawatan Pegawai
Data / Pegawai IT di sekolah.
Sistem maklumat guru/ Bukan bidang tugas guru. Ujudkan Jawatan Pegawai
data sekolah (DATA data / Pengaway IT di sekolah
EMIS)
Pengurusan
Makmal Ujudkan segera Pembantu Makmal di Sekolah
Sains
(Penyediaan Rendah
Bahan / Pengurusan
Radas & Stok bukan
tugas guru)
Guru
Skim
Baucer Pelajar Cemerlang dari kalangan ibu bapa
Tuisyen (SBT)
berkemampuan dinafikaan hak belajar kerana guru
lebih berminat mengajar SBT daripada Kelas
Tambahan tidak berbayar di sekolah.
Cadangan – lebih baik beri elaun lebih masa kepada

Muka surat 14/17

55

56

57
58

59

60

61

62

semua guru untuk mengajar Kelas Tambahan –
Semua mata pelajaran adalah penting untul menjadi
pelajar cemerlang.
Laporan
Kemajuan Print dari komputer dan lekat dalam Buku Markah
Pelajar sudah ada dalam
omputer
dikehendaki
disalin dengan tangan ke
dalam buku
markah
peperiksaan pula
Terlalu banyak yuran
yang hendak dikutip dan
menulis resit. Serah
kepada
pegawaipegawai
lain-lain.
Contoh: Derma PIBG,
Derma
Pembangunan
Sekolah,
yuran
komputer,
Yuran
Peperiksaan
Terlalu banyak borang
pemantauan perlu diisi
Guru biasa atau Ketua
panitia
dikehendaki
mencerap rakan. Patut
dicerap oleh pentadbir
sahaja.
Ketua Guru Disiplin Perlu diselaraskan diperingkat kebangsaan
(jumlah waktu mengajar
tidak selaras )
Penyediaan kertas kerja Kurangkan amalan kertas kerja.
dan
minit-minit Sediakan kerani tambahan disetiap sekolah untuk
mesyuarat serta laporan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kertas
setiap
Jawatankuasa kerja.
yang dianggotai terlalu
banyak. Guru jadi kerani
dari mengajar
Pertandingan 5 bintang, Kurangkan amalan pertandingan, lebihan kepada
Sekolah
Anugerah pengajaran dan pembelajaran
Cemerlang,
Piala
Menteri
Pelajarn,
Anugerah kualiti dan
lain-lain menambahkan
beban tugas.
Kelas Jurulatih Utama, KPM perlu lantik semua jurulatih ke jawatan hakiki
Jurulatih
Kem
Ko- bukan secara’rompak’ dari sekolah
Kurikulum dan Jurulatih
PLKN ditanggung oleh
guru lain. Mereka yang
menjadi Jurulatih dapat
Muka surat 15/17

63

64

65

66

67

68

7.0

elaun tetapi guru yang
menanggung tugas yang
mereka tinggal tidak
dapat apa-apa pun
Mengisi kad Laporan
prestasi
murid.
(OT/Ujian
bulanan
setiap bulan)
Kursus
Jabatan/
Kem/Peringkat sekolah
& daerah pada hari
Jumaat dan Sabtu tidak
bekerja
Pelaksanaan
j-QAF
2004. Peringkat Negeri
Terengganu
(mendahului
Kementerian)
Bilangan Persatuan /
Kelab / Permainan dan
badan beruniform yang
baru diasaskan oelh
NGO:
™ Sasaran adalah
guru dan sekolah
™ Guru-guru
menjadi
fasilitator
Program-program
pejabat
Pendidikan
Daerah.
- Guru atau sekolah
diminta laksanakan dan
PPD menjadi pemerhati
sahaja
Bermacam jenis borang
yang dihantar oleh PPD
dan JPN

Tidak perlu. (Sebab kadang kala murid tandatangan
sendiri. Tidak diberikan kepada ibu bapa)

Perlu siaran / surat dari Kementerian ( terkini dan
tegas)

Tidak perlu mendahului Kementerian

Bilangan dihadkan atau digabungkan

Pegawai-pegawai PPD perlu melibatkan diri dan
bukan penasihat sahaja.

Pihak
PPD
dan
JPN
berikhtiar
mengemaskinikan
borang-borang
ini
membebankan guru.

untuk
tanpa

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa beban guru terutama sekali untuk menjalankan tugastugas perkeranian dan tugas-tugas lain tetap tidak menguntungkan mana-mana
pihak.
Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap kali Kementerian Pelajaran membuat
pengumuman mengenai pelajaran baru, dasar baru – kerja guru bertambah. Dari
Muka surat 16/17

pelaksanaan kad 001R segala-galanya telah ditambah kepada guru, tidak ada
sesuatu pun yang dikurangkan.
Jika tenaga serta kemahiran guru yang menjalankan tugas-tugas tambahan yang siasia dialihkan kepada pengajaran bukan saja murid-murid yang berkaliber dilahirkan
tetapi kualiti pengajaran akan ditingkatkan
Masalah beban kerja harus diatasi supaya guru-guru dalam keadaan mental yang
baik serta berasa seronok untuk bekerja. Guru yang bekerja dalam suasana yang
harmonis tanpa tekanan merupakan guru yang berkualiti. Negara memerlukan
pendidik seperti ini.

Muka surat 17/17

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65