tahap penggunaan bahasa melayu dan intar
TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DAN INTERAKSI SOSIAL DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SMJK(C) NEGERI MELAKA
Mohd Faizal Mat Pesa 1, Mohamad Zaid Dzakaria2, Mohd Tony Saidi3, Syamsidar Ahmad4 &
Mohd. Isa Hamzah5
Politeknik Merlimau, Melaka 1
[email protected]
MRSM Terendak, Melaka 2,3,4
[email protected]
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 5
[email protected]
Abstrak
Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di Malaysia dan sekolah adalah agen kepada hasrat murni
tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu dan tahap Interaksi
Sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar di SMJKC Negeri Melaka. Selain itu, kajian juga akan
menganalisa hubungan antara tahap penggunaan bahasa Melayu pelajar dengan tahap Interaksi mereka di
antara kaum. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Seramai 130
orang responden yang melibatkan tiga buah SMJKC di negeri Melaka telah terlibat dalam kajian ini. Data
telah dianalisis dengan menggunakan SPSS version 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan min
keseluruhan bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar berada pada tahap yang sederhana (min =
2.84) dan min keseluruhan tahap interaksi sosial antara pelajar berada pada tahap yang tinggi dengan nilai
(min = 3.54). Hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial pelajar
pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai (r = 0.525) dan kekuatan hubungan adalah
berada pada tahap yang tinggi.
Kata Kunci : Bahasa Melayu, Interaksi Sosial & Perpaduan Kaum
PENDAHULUAN
Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan kestabilan sesebuah negara khususnya dalam
bidang pendidikan. Perpaduan juga adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat meembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
1
dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2017). Selain itu, pembentukan perpaduan prosesnya amat
kompleks dan memang sukar (Ting Chew Peh, 1987).Menurut Mior Khairul Azrin (2011), wujud jurang
pendidikan antara masyarakat apabila penggunaan Bahasa pengantar yang berlainan di sekolah.
Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan, manakala di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil,bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza
dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini. Sekolah vernakular akan menjadi isu yang amat sensitif
bila dibicarakan dan dilihat kurang berjaya sebagai agen perpaduan nasional (Muhyeddin Yassin,2014).
Interaksi kaum yang longgar juga menjadi masalah kepada proses perpaduan di Malaysia (Haris
Md Jadi 1990). Oleh itu modul bina bangsa akan diperkenalkan di SJK bagi mananggani kekurangan
interaksi dalam kalangan murid menurut menteri pendidikan Datuk Seri mahadzir Khalid (Malaysiakini,
2015). Interaksi sosial turut kelihatan semakin longgar apabila kerajaan meluluskan penubuhan universiti
berasaskan kaum atau parti politik seperti Universiti Tunku abdul Rahman (UTAR) kepunyaan parti
politik cina (MCA) pada tahun 2002 (Kementerian Pengajian Tinggi2006, 2007). Selain itu, Kolej Tunku
Abdul Rahman juga dibina berasaskan parti politik MCA namun tidak disenaraikan.Menurut Mohd
Riduan Tee (2010) hampir serratus peratus pelajar UTAR adalah terdiri daripada kaum cina.
Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti
sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat
perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah
mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan
melayu (Mohd Riduan Tee, 2010). Oleh itu kerelevanan sekolah pelbagai aliran termasuklah sekolah
kebangsaan dan vernakular harus diteliti dan dikaji keupayaannya ke arah pembentukan perpaduan
nasional (Mior khairul Azrin, 2011).
PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat beberapa kajian yang membincangkan isu penggunaan bahasa Melayu dan interaksi sosial
pelajar di sekolah jenis kebangsaan sama ada peringkat rendah, menengah dan peringkat Institut
pengajian tinggi. Namun jumlah kajian yang dijalankan masih sedikit dan tidak menyeluruh. Jesteru,
jumlah kajian berkaitan isu ini perlulah bersifat semasa.
Penggunaan bahasa Melayu di sekolah vernakular masih rendah. Malah ada dikalangan pelajar di
sekolah Vernakular berkenaan gagal bertutur, apatah lagi menguasai bahasa Melayu. Sebagai contoh
kajian pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong mendapati
2
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid lepasan Sekolah Jenis kebangsaan (SJK) tidak berjaya
menghasilkan murid bukan Melayu yang benar-benar menguasai bahasa kebangsaan (Berita Harian,
2014). Manakala kajian Najeemah (2005) mendapati murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
paling kurang bertutur dalam bahasa Melayu. Menurut kajian di SRJKC oleh Chew dan Lee (2009),
murid-murid cina kurang menggunakan bahasa Melayu disekolah.Hal ini kerana mereka gagal untuk
menguasai sebutan dan penulisan bahasa Melayu. Selain itu, kelemahan penguasaan bahasa Melayu
mereka juga disebabkan faktor ibu bapa yang tidak mengambil berat pelajaran mereka, sikap sendiri yang
menganggap bahasa itu tidak penting dan peluang bertutur dalam bahasa Melayu yang kurang (Chew,
2016).
Aspek interaksi sosial yang lemah antara pelajar di sekolah vernakular turut menjadi persoalan.
Adakah ia akan membantutkan proses perpaduan kaum?.Menurut menteri pendidikan Dato seri Mahadzir
Khalid, interaksi dalam kalangan murid di SJK masih berada pada tahap yang memuaskan (Malaysiakini,
2015). Sebagai contoh kajian Mohd Hanis (2015), mendapati masih ada jurang interaksi antara kaum di
SJK terutama pelajar daripada kelompok kumpulan etnik Melayu kebanyakan mempunyai masalah
interaksi dengan pelajar Cina dan India kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.Manakala kajian
di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di sekitar daerah Sg.Petani oleh Najeemah (2005) turut mendapati
tahap interaksi sosial pelajar antara kaum masih longgar. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderug
bergaul dalam kelompok etnik yang sama.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Setiap kumpulan dalam masyarakat mempunyai pegangan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa
dan cara hidupnya sendiri namun mampu bergaul dengan kelompok yang lain menggunakan satu bahasa
yang difahami. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa wajib mempelajari Bahasa
Melayu. Perkara ini jelas dinyatakan dalam akta pendidikan 1961 yang berteraskan kepada laporan Razak
dan laporan Rahman Talib yang menggariskan tiga asas utama iaitu pelaksanaan satu sistem pendidikan
yang seragam, Bahasa melayu sebagai Bahasa pengantar sekolah dan kurikulum serta peperiksaan adalah
sama dan bercorak kebangsaan (Mohamad Rodzi, 2009). Manakala mata pelajaran bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah jenis kebangsaan (Ramlah Adam 2014).
Mengikut Najeemah (2011), bahasa menjadi syarat utama dalam membentuk perpaduan di
Malaysia.Manakala Mohamad Rodzi (2009), berpandangan Bahasa Melayu sebagai alat pembentukan
identity nasional atau alat penyatuan kaum di Malaysia.
Malah dengan kata lain, Bahasa Melayu
merupakan aset terpenting negara dalam membina perpaduan (Zulkifley Hamid, 2012).
3
Perpaduan di Malaysia akan berjaya dilaksanakan sekiranya seluruh rakyatnya dapat bersatu di
bawah iltizam dan tekad yang sama, iaitu mewujudkan masyarakat yang muhibah. Kita hanya mampu
membina sebuah masyarakat muhibah sekiranya kita dapat berkomunikasi secara jelas dan santun.Di
sinilah Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting kerana bagi negara Malaysia yang
mengamalkan prinsip kesatuan dalam perbezaan, hanya Bahasa Melayu yang dapat berperanan sebagai lat
perpaduan.
Pendidikan Bahasa Melayu bermula dari sekolah lagi termasuklah di sekolah-sekolah kebangsaan
dan juga sekolah-sekolah vernakular. Terdapat beberapa kajian lepas berkaitan penggunaan Bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Kajian yang dilakukan oleh Ang Lay Hoon dan Che
Radiah Mezah (2012) mendapati pensekolahan pelajar Cina di sekolah kebangsaan memberikan peluang
kepada kanak-kanak pelbagai kaum untuk bergaul dan mendapat pendedahan sebenar kepada budaya dan
kaum yang merupakan langkah pertama ke arah perpaduan. Zulkifley dan Naidatul (2013) pula
menyatakan, walaupun terdapat penyalahgunaan dalam tatabahasa Bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar
bukan Melayu, percubaan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu itu sendiri telah menunjukkan
wujudnya nilai kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di sekolah.
Interaksi Sosial
Interaksi sosial merupakan aspek penting dalam membentuk perpaduan dalam sesebuah negara. Menurut
Najeemah Mohd Yusoff (2005) pada peringkat kanak-kanak lagi aspek interaksi sosial harus diterapkan
dan sekolah menjadi tempat yang paling sesuai untuk memupuk semangat pola interaksi sosial. Justeru,
sekolah merupakan tempat asas yang dapat membentuk perpaduan hasil daripada interaksi sosial dalam
pelbagai etnik yang ada. Menurut Najeemah Mohd Yusoff (2011), guru dan pentadbiran sekolah perlu
memainkan peranan yang sewajarnya untuk membentuk interaksi sosial di antara pelbagai kaum seperti
menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang boleh melibatkan pelajar pelbagai kaum bagi
mewujudkan komunikasi dan interaksi dalam kalangan pelajar.
Menurut Rosman md yusoff dan Kassim Thukimin (2009) interaksi sosial melibatkan hubungan
antara dua atau lebih individu atau kelompok di sesuatu tempat, setiap indivudi atau kelompok bertindak
balas di antara satu sama lain (Chew Peh Ting,1979).Manakala mengikut Rosman Md. Yusoff dan
Kassim Thukimin (2009) pula menyatakan interaksi sosial melibatkan hubungan antara dua atau lebih
individu atau kelompok di sesuatu tempat. Sebagai contoh, interaksi sosial boleh berlaku dalam bentuk
4
saling mengangkat tangan apabila berselisih jalan ataupun berjabat tangan, melalui perbualan dan tingkah
laku dalam aktiviti bersukan, menonton wayang atau makan bersama.
Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukimin (2009) menyatakan kejayaan interaksi sosial
disebabkan beberapa faktor seperti sikap mereka yang berada dalam situasi interaksi sama ada bersedia
mewujudkan interaksi atau tidak, sifat interaksi itu sendiri sama ada bersifat persaingan atau kerjasama
dan situasi interaksi sama ada mendorong atau menghalang berlakunya etnik.Oleh itu, perpaduan kaum
akan terbentuk daripada keberkesanan proses interaksi kaum yang melibatkan aspek iklim interaksi di
antara etnik, kerjasama antara etnik dan juga melibatkan persaingan dalam kalangan etnik akademik,
sukan atau lain-lain aktiviti. Selain itu, interaksi sosial bukan berlaku anatara individu sahaja malah ia
juga melibatkan antara individu dan kelompok atau kelompok dengan kelompok yang lain.
OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di SMJK (C)?
2. Apakah tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan
interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang sempurna menjamin dapatan kajian yang baik bagi menjawab persoalan kajian.
Oleh yang demikian, reka bentuk kajian merupakan perancangan awal yang perlu dititikberatkan ketika
melakukan sesuatu kajian (Mohd Majid Konting , 2005). Manakala, menurut Mohd Najib Abdul Ghaffar
(1999), reka bentuk kajian ini membantu pengkaji mencari kaedah yang sesuai untuk menjalankan
penyelidikan agar pengkaji mendapat jawapan terhadap persoalan kajian atau menguji hipotesis yang
bentuk. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sebagai cara untuk mendapatkan maklumat serta
pandangan daripada responden berhubung tahap penggunaan bahasa dan interaksi sosial pelajar di
SMJKC Negeri Melaka. Kaedah kuantitatif
ini menggunakan edaran borang soal selidik bagi
mendapatkan maklumat terperinci dan tepat terus daripada responden yang terlibat. Borang soal selidik
menurut Mohd Majid Konting (2005) adalah satu format yang diguna pakai untuk mendapatkan
maklumat secara langsung daripada responden tentang perkara yang hendak dikaji. Manakala menurut
Sulaiman Ngah Razali (1996), menyatakan bahawa soal selidik yang baik seharusnya mampu mencapai
objektif kajian, mendapatkan maklumat yang lengkap serta mampu mencapai tujuan kajian dengan
penggunaan kos yang rendah. Selain itu, borang soal selidik juga mudah dikelola dan merupakan alat
ukur yang paling efisien berbanding dengan kaedah yang lain (Bhashah Abu Bakar, 2007). Sehubungan
5
itu, bagi mengukuhkan dapatan kajian, pengkaji menjalankan sesi temubual dengan beberapa orang guru
daripada sekolah yang terlibat.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian yang ingin dilakukan di samping
membantu pengkaji menentukan jumlah sampel yang bertepatan (Noraini Idris, 2010). Manakala menurut
Mohd Majid Konting (2005), populasi kajian sangat penting untuk dikenal pasti sebelum kajian
dilakukan. Populasi bagi kajian ini adalah pelajar berbangsa Cina Tingkatan 4 daripada empat sekolah
yang terpilih. Manakala Sampel kajian ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan
dalam kajian. Sebelum kajian dijalankan, sampel telah dikenal pasti terlebih dahulu untuk memudahkan
perjalanan kajian.
Populasi kajian ini adalah meliputi pelajar tingkatan 4 seramai 631 orang iaitu pelajar SMJKC
Tinggi Melaka (151 orang), SMJKC Yok Bin (250 orang) dan SMJKC Norte Dame (230 orang).
Menurut Noraini Idris (2010), jumlah sampel yang melebihi 10 peratus daripada populasi sudah memadai
untuk mewakili sesuatu sampel kajian. Oleh itu, sampel bagi kajian ini adalah seramai 130 orang yang
dipilih berdasarkan pandangan yang diterima daripada sampel dianggap tepat sebagai kesimpulan
daripada populasi kajian.
Instrumen Kajian
Pemilihan instrumen adalah penting untuk mendapatkan malumat yang tepat dalam sesuatu kajian. Dalam
kajian ini, dua kaedah yang digunakan iaitu Soal selidik dan Temubual. Kedua-dua kaedah ini menjadi
instrumen untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang dibuat. Soal Selidik merupakan alat
ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Mohd Najib, 2004). Ia juga digunakan untuk
memperoleh maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal
selidik dijalankan dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dan diedarkan, ia dinamakan borang
soal selidik. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A (Demografi
Responden), bahagian B (Tahap Penguasaan Bahasa Melayu) dan bahagian C (Tahap Interaksi Sosial di
Antara Kaum). Pengkaji telah memilih empat orang guru daripada sekolah yang berbeza untuk ditemu
bual bagi mengukuhkan dapatan kajian yang dijalankan. Soalan yang dibina adalah berdasarkan persoalan
kajian.
Analisis Kajian
6
Kajian ini menggunakan perisian SPSS Versi 19.0 dengan menjalankan analisis diskriptif dan analisis
inferensi. Analisis diskriptif dijalankan untuk melihat min dan sisihan piawai terhadap tahap penguasaan
Bahasa melayu dan tahap interaksi sosial antara kaum. Segala analisis data berbentuk deskriptif
dihuraikan oleh pengkaji berdasarkan jadual interpretasi skor Mohd Majid Konting (2005) seperti di
jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Interpretasi Skor Min
Min Skor
Tahap
1.00 – 1.80
Sangat Rendah
1.81 – 2.60
Rendah
2.61 – 3.40
Sederhana
3.41 – 4.20
Tinggi
4.21 – 5.00
Sangat Tinggi
Sumber: Mohd Majid Konting (2005)
Seterusnya analaisis inferensi dijalankan dengan melakukan ujian Kolerasi Pearson dijalankan
untuk melihat hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial antara
kaum dan tahap hubungan dapat dinilai berdasarkan indikator penentuan tahap hubungan bagi
menentukan paras hubungan tinggi atau rendah berdasarkan indikator yang digunakan oleh Pallant (2007)
seperti di jadual 2 :
Jadual 2: Indikator Korelasi menurut Pallant (2007)
Indikator
Nilai r
Tinggi
0.50-1.00
Sederhana
0.30-0.49
Rendah
0.10-0.29
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini memberi penekanan dalam menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektif
kajian yang ditetapkan. Hasil analisis dapatan kajian terdiri daripada tiga aspek iaitu tahap penggunaan
bahasa Melayu (Jadual 3), tahap interaksi sosial (Jadual 4) dan hubungan tahap penggunaan bahasa
Melayu dengan interaksi sosial pelajar (Jadual 5). Analisis demografi responden menunjukkan 130 orang
responden yang terlibat yang terdiri daripada 51 orang pelajar lelaki (39%) dan 79 orang pelajar
perempuan (61%).
7
Tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di sekolah vernakular
Analisis deskriptif dijalankan bagi menentukan tahap penggunaan Bahasa Melayu di SMJKC yang
melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan hasil analisis deskriptif adalah seperti di jadual 3
berikut:
Jadual 3 Tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di sekolah SMJK(C)
Bil
1
Item
Majlis perhimpunan sekolah
dijalankan dengan menggunakan
Bahasa Melayu
2
Saya menggunakan Bahasa
Melayu ketika meminta izin
untuk keluar kelas
3
Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa bersoal jawab
4
Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa membuat
perbincangan dengan guru
5
Saya suka bertutur dengan
Bahasa Melayu
6
Saya menggunakan Bahasa
Melayu ketika membuat
pembentangan di dalam kelas
7
Saya suka membaca buku-buku
yang menggunakan Bahasa
Melayu
8
Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa aktiviti di dalam
kumpulan
9
Saya berinteraksi bersama
Skala
STS
TS
KS
S
SS
5
12
23
54
36
(4%)
(9%)
(18%)
(42%)
(28%)
4
24
41
44
17
(3%)
(19%)
(32%)
(34%)
(13%)
5
18
44
56
7
(4%)
(14%)
(34%)
(43%)
(5%)
10
19
55
36
10
(8%)
(15%)
(42%)
(28%)
(8%)
11
23
63
28
5
(9%)
(18%)
(49%)
(22%)
(4%)
19
32
48
29
2
(15%)
(25%)
(37%)
(22%)
(2%)
34
28
40
24
4
(26%)
(22%)
(31%)
(19%)
(3%)
32
32
54
11
1
(25%)
(25%)
(42%)
(9%)
(1%)
45
40
29
12
4
8
Min
I
3.80
T
3.35
S
3.32
S
3.13
S
2.95
S
2.72
S
2.51
R
2.36
R
2.15
R
kawan-kawan dengan
(35%)
(31%)
(22%)
(9%)
(3%)
50
32
34
11
3
(39%)
(25%)
(26%)
(9%)
2%)
menggunakan Bahasa Melayu
10
Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa melayari internet
Keseluruhan min
2.12
R
2.84
S
Catatan: I = Interpretasi, T = Tinggi, S = Sederhana, R = Rendah
Jadual 3 di atas menunjukkan tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar di SMJKC adalah
sederhana (min = 2.84). Julat nilai min bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu adalah di antara 3.80
hingga 2.12 dan item disusun daripada min yang tertinggi kepada yang terendah. Kebanyakan item yang
dinilai berada pada tahap yang sederhana. Malah, terdapat juga item berada pada tahap yang rendah dan
hanya satu item sahaja mempunyai tahap yang tinggi iaitu item Majlis perhimpunan sekolah dijalankan
dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan jumlah 70% atau seramai 90 orang daripada pelajar
bersetuju dan sangat setuju pada pernyataan tersebut dan nilai (min = 3.80). Item yang mempunyai tahap
terendah adalah item saya menggunakan Bahasa Melayu semasa melayari internet dengan hanya 14 orang
pelajar atau 11% pelajar yang bersetuju dan nilai (min = 2.12) dan diikuti oleh item pelajar berinteraksi
bersama kawan-kawan menggunakan Bahasa Melayu yang menunjukkan hanya seramai 16 orang atau
12% pelajar sahaja yang menyokong kenyataan tersebut dan nilai (min = 2.15). Dua item seterusnya yang
berada pada tahap yang rendah juga adalah item pelajar suka membaca buku-buku yang menggunakan
Bahasa Melayu dengan majoriti pelajar iaitu seramai 54 atau 42% pelajar kurang setuju dengan
pernyataan ini dan nilai min adalah (2.51) dan pelajar menggunakan Bahasa Melayu ketika membuat
pembentangan di dalam kelas dengan hanya 30 atau 22% pelajar bersetuju dengan (min = 2.72).
Hasil kajian menunjukkan 4 item yang berada pada julat min yang tinggi daripada 10 item bagi
menguji terhadap penggunaan Bahasa Melayu adalah berada pada nilai min di atas 3.0. Item tersebut
adalah melibatkan penggunaan Bahasa Melayu di majlis perhimpunan rasmi dan semasa sesi
pembelajaran di dalam kelas yang melibat perbincangan antara guru dan pelajar, sesi soal jawab dan
kebenaran keluar ke tandas. Keempat item tersebut merupakan urusan dan majlis rasmi sekolah sama ada
di dalam kelas dan luar kelas. Justeru, pelajar wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara. Manakala, 3 item terendah yang menunjukkan nilai min di bawah 2.5 seperti penggunaan
Bahasa Melayu semasa pelajar membuat aktiviti kumpulan, interaksi sesama mereka dan melayari
internet. Hal ini menunjukkan, pelajar kurang gemar menggunakan Bahasa Melayu ketika berada di luar
urusan rasmi sekolah dan ketika di luar sesi pembelajaran yang tidak melibatkan pengawasan oleh guru.
9
Tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)
Analisis deskriptif dijalankan bagi menentukan Tahap Interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan
pelajar di SMJKC yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan hasil analisis deskriptif adalah
seperti di jadual 4 berikut:
Jadual 4 Tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)
Bil
1
Item
STS
TS
KS
S
SS
2
8
11
57
52
(2%)
(6%)
(9%)
(44%)
(40%)
4
3
18
63
42
(3%)
(2%)
(14%)
(49%)
(32%)
2
7
33
57
31
(2%)
(5%)
(25%)
(44%)
(24%)
5
19
20
49
37
(4%)
(15%)
(15%)
(38%)
(29%)
9
11
25
55
31
(6%)
(9%)
(19%)
(42%)
(24%)
4
16
32
49
29
(3%)
(12%)
(25%)
(38%)
(22%)
7
20
37
43
23
(5%)
(15%)
(29%)
(33%)
(18%)
8
14
48
36
24
(6%)
(11%)
(37%)
(28%)
(19%)
Saya suka bersaing dalam akademik
8
19
51
31
21
dengan pelajar yang berlainan bangsa
(6%)
(15%)
(39%)
(24%)
(16%)
10
23
47
26
24
(8%)
(18%)
(36%)
(20%)
(19%)
Saya boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja tanpa mengira bangsa
2
Saya sedia membantu rakan yang
berlainan bangsa
3
Saya seronok apabila berinteraksi
dengan rakan berlainan bangsa
semasa aktiviti kokurikulum
4
Kawan saya yang berlainan bangsa
pernah membantu saya dalam
pelajaran
5
Saya suka bergaul dengan kaum yang
berlainan bangsa
6
Saya selesa bila bersukan dengan
rakan berlainan bangsa
7
Kawan baik saya adalah kaum yang
berlainan bangsa
8
Saya selalu berbincang tentang
pelajaran bersama dengan rakan
bangsa lain
9
10
Skala
Saya sering makan bersama dengan
rakan yang berlainan bangsa
10
Min
I
4.15
T
4.05
T
3.83
T
3.72
T
3.69
T
3.64
T
3.42
T
3.42
T
3.29
S
3.23
S
Keseluruhan min
3.54

Berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan
pelajar adalah tinggi dengan nilai (min = 3.54). Julat nilai min bagi tahap interaksi sosial di antara kaum
dalam kalangan pelajar ini adalah di antara 4.15 hingga 3.23 dan item disusun daripada min yang tertinggi
kepada yang terendah. Jadual juga menunjukkan terdapat 8 item mempunyai nilai min yang tinggi dan
hanya dua item berada pada tahap yang sederhana. Dua item paling tinggi berada pada julat min 4.0 ke
atas iaitu item pelajar boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dengan seramai 109
yang meliputi 84% pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut dan nilai min adalah 4.5. Item kedua
adalah pelajar sedia membantu rakan yang berlainan bangsa dengan 81% iaitu 105 orang pelajar bersetuju
bahawa mereka sedia membantu rakan berlainan bangsa dan nilai min adalah 4.05. Manakala, dua item
yang mempunyai nilai min yang sederhana adalah pelajar suka bersaing dalam akademik dengan pelajar
yang berlainan bangsa dengan data menunjukkan majoriti pelajar iaitu seramai 51 atau 39% pelajar
kurang bersetuju dengan item tersebut dan memperoleh nilai min sebanyak 3.29. Seterusnya adalah item
pelajar sering makan bersama dengan rakan yang berlainan bangsa dengan hanya seramai 50 atau 39%
pelajar mengatakan mereka sering makan dengan kawan berlainan bangsa dan nilai min adalah 3.4.
Dapatan daripada jadual tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar
menunjukkan dua item yang mempunyai nilai min yang tertinggi dengan memperoleh min di atas 4.0
merupakan soalan berbentuk pandangan dan kesediaan pelajar semata-mata tanpa melibatkan unsur
pratikaliti. Pelajar merasakan mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa melihat kepada kaum
yang sama dan mereka sedia membantu kawan yang berlainan kaum. Akan tetapi, pernyataan yang
berbentuk praktikal menunjukkan dapatan yang rendah seperti pelajar sering makan dengan rakan yang
berlainan kaum, suka berbincang tentang akademik dan suka bersukan dengan rakan pada kaum yang
lain. Selain itu, pelajar juga dilihat kurang menunjukkan persaingan mereka dalam aspek akademik di
antara berbilang kaum dan bangsa apabila nilai min yang diperoleh adalah rendah.
Hubungan tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam
kalangan pelajar
Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap penggunaan Bahasa
Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar. Hasil analisis korelasi Pearson
adalah seperti di Jadual 5 berikut:
11
Jadual 5 Korelasi Pearson hubungan tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara
kaum dalam kalangan pelajar
Interaksi
Interpretasi
Sosial
Hubungan
r
Sig.
0.525
0.000
Tahap
Bahasa
Tinggi
Aras siginifikan 0.01
Berdasarkan Jadual 5 di atas menunjukkan secara keseluruhannya terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam
kalangan pelajar dengan nilai r = 0.525 dan sig = 0.000 (p