Syiah Sejarah dan penyelwengannya terhad

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

AMIRUL ASYRAF BIN NASARUDDIN

SEMESTER IV / 2014

AMSU5403

ISU-ISU AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

NO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGNEALAN

CGS00845425
:

901208-08-5647


NO. TELEFON

:

+6013-4367511

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

GREENHILL

1. Pengenalan


Syiah adalah suatu ajaran menyeleweng yang telah lama bertapak dalam dunia Islam,
iaitu sejak dari zaman Saidina Usman Bin Affan. Seorang Yahudi dari Yaman yang bernama
Abdullah Bin Saba’ telah memulakan gerakan merosakkan ajaran Islam dengan mengagung
agungkan Saidina Ali Bin Abi Talib dan menghina para sahabat yang lain. Aliran ini telah
melalui beberapa fasa perkembangan hingga terlahirnya ajaran syiah seperti yang kita lihat pada
hari ini. Perbezaan pendapat atau disebut sebagai polemik antara Syiah dan Ahlu Sunnah
merupakan suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama’ yang terdahulu. Dalam
melihat polemik yang berlaku ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri
kemelut dan persengketaan yang berpanjangan sehingga berlakunya peperangan sepertimana apa
yang berlaku di Syria, Iraq, terbaru di Yaman dan di beberapa Negara lain. Beberapa usaha untuk
mendamaikan kedua belah pihak ini juga pernah diadakan namun sehingga kini belum ada tandatanda isu ini dapat diselesaikan.
Kenyataan sekarang, terlihat bahawa banyak rencana Syiah sudah terlaksana secara rapi
di beberapa Negara Islam termasuk di Malaysia. Dengan demikian, gerakan Syiah adalah
gerakan yang penuh dengan pelan strategik, dan diwujudkan dengan tindakan yang nyata. Apa
yang kita lihat sekarang ini di Indonesia dan Malaysia adalah sebahagian daripada pelan hala tuju
gerakan Syiah yang bertujuan bagi mendirikan kekhalifahan versi mereka dengan cara
menguasai seluruh pemerintahan Negara. Dalam hal ini, bagi meningkatkan kewaspadaan
diperlukan banyak kajian dan artikel-artikel ilmiah bagi membendung ajarn Syiah dari terus
meracuni fikiran Ummat Islam.
2. Sejarah Kemunculan Syiah

a) Latar Belakang Dan Faktor Kemunculan Syiah
Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau satu kelompok
manusia. Perkataan syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud
pengikut dan pembantunya. (Fauzi Hamat, 2011). Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan suatu
frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam
Islam yang menolak tiga orang khulafa ar-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali
sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah. (Noresah Baharom, 2007). Syiah pada
peringkat awal adalah merupakan kumpulan penyokong Sayyidina Ali Bin Abi Talib dalam krisis
beliau berhubung dengan isu politik dengan Muawiyyah Bin Abu Sufyan, iaitu salah seorang
2

sahabat Nabi Muhammad s.a.w. khususnya setelah kematian Sayyidina Uthman Bin Affan.
(Hamka, 1997). Ia kemudiannya berkembang menjadi satu aliran kepercayaan yang
membezakannya daripada kumpulan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Berpandukan sejarah mengenai kelahiran golongan ini, sebahagian cendiakawan barat
berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh parsi yang telah menyerap masuk
ke dalam Islam melalui pengislaman orang-orang parsi pada ketika itu. Ini kerana orang parsi
berpegang kepada prinsip bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah keturunan beraja dan
kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi. Maka berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya
Rasulullah s.a.w., maka peribadi yang paling menurut mereka yang layak untuk mewarisi kerusi

pemerintahan atau kepimpinan adalah Ali bin Abi Talib kerana Rasulullah tidak mempunyai anak
lelaki. (Ali Abdul Fattah, 1995). Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut seperti Abu Bakar,
Umar dan Usman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas hak yang sepatutnya
menjadi milik Ali bin Abi Talib. Dalam pada itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan
golongan syiah berkembang hasil daripada perancangan yahudi melalui usaha yang dilakukan
oleh Abdullah bin Saba’ yang melebih-lebihkan Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan
mengagung-agungkannya sehingga kepada tahap mempertuhankan Ali. (Fauzi Hamat, 2011).
b) Jenis-Jenis Syiah
Syiah telah berkembang disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya adalah kerana
munculnya Abdullah bin Saba’ al-Yahudi. Ia mengaku beragama Islam dan memihak kepada Ali
serta Ahlul Bait, namun bersikap berlebih-lebihan dalam mencintainya. Mereka kemudiannya
dinisbahkan kepada golongan Saba’iyyah. Al-Baghdadi berkata “Kaum Saba’iyyah adalah para
pengikut Abdullah Bin Saba’ al-Yahudi. Mereka berlebih-lebihan dalam menyikapi Ali yakni
meyakini bahawa Ali adalah nabi, bahkan sampai menduga bahawa ia adalah Allah”. Ketika
berita tentang mereka disampaikan kepada Ali, beliau segera mengambil tindakan dengan
memerintahkan untuk membakar mereka hidup-hidup dalam dua buah lubang dan mengasingkan
tokohnya Abdullah bin Saba’ ke daerah al-Mada-in. (Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Pada masa sesudah Ali, golongan Syiah terpecah menjadi empat kelompok iaitu
Zaidiyyah, Imamiyyah, Kisaniyyah dan Ghulat. Sesudah itu, Zaidiyyah terpecah-pecah menjadi
beberapa sekte, demikian juga yang terjadi pada Imamiyyah dan Ghulat dan mereka

mengkafirkan antara satu sama lain.
3

c) Doktrin Ajaran Syiah
1) Al-Imamah di Sisi Syiah
Menurut Syiah, Imamah adalah ‘Istimrar atau nubuwah’ yang bermaksud penerus
kenabian atau pewaris nabi. Syiah menyatakan bahawa penerus kenabian adalah manusia
pilihan Allah dan Nabinya. Mereka mengatakan bahawa Rasulullah telah menyebut
tentang Imam secara terang iaitu dalil ‘Ghadir Kham’ yang bermaksud “Sesiapa yang
menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali lah pemimpinnya”.
Imamah mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Syiah. An Naubkhti meneybut
imamah adalah perkara yang paling besar setelah nabi. Manakala al-Kaashif al Ghita
mengatakan Imama adalah lantikan dari Tuhan, sama seperti pelantikan nabi. Sedangkan
Nikmatullah al-Jazairi menyebut bahawa Imamah yang umum darjatnya lebih tinggi dari
nabi dan risalah. (Mohamad bin Ismail, t,t).
2) Aqidah Ar-Raj’ah
Raja’h adalah bid’ah yang diadakan oleh Syiah. Raj’ah bermaksud kebangkitan
semula ke dunia setelah mati. Iaitu kebangkitan ketika kemunculan Imam al-Mahdi. Ia
merupaka perkara usul dalam akidah mereka. Ibnu Babawaih berkata yang bermaksud;
“Raj’ah pada aqidah kami adalah yang benar”. Al-Mufid pula berkata yang bermaksud;

“Syiah Imamiyyah bersepakat tentang wajib berlaku raj’ah kepada ramai dari kalangan
orang-orang yang telah mati. (Mohamad bin Islamil, t.t).
Berdasarkan kenyataan di atas, diketahui bahawa golongan syiah beriktikad
bahawa musuh-musuh mereka yang terdiri daripada Ahlu Sunnah akan bangkit kembali
dari kematian ketika kemunculan al-Mahdi dan mereka iaitu Ahlu Sunnah termasuk Abu
Bakar, Umar, Usman akan disiksa di depan pengikut-pengikut Syiah. Mereka
berpendapat inilah balasan terhadap mereka-mereka yang merampas hak Ali.

3) Aqidah Al-Bada’
Golongan Syiah mempercayai bahawa Allah bersifat dengan sifat al-Bada’ iaitu
memulakan suatu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan. Golongan
Syiah mempercayai bahawa al-Bada’ termasuk dalam usul akidah mereka. Diantara
ulama’ Syiah yang mengasaskan pegangan al-Bada’ ini adalah al-Kulaini yang
meletakkan satu bab khusus mengenai al-Bada’ ini dalam kitabnya Usul al-Kahfi.
4

Kemudian diikuti oleh ulama’ setelahnya iaitu Ibnu Babawaih yang meletakkan satu bab
khusus mengenai al-Bada’ dalam kitabnya al-I’tiqadat. (Mohammad bin Ismail, t.t).
Asal makna al-Bada’ adalah tersembunyi, timbul fikiran baru tentang sesuatu
setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang.

Golongan Syiah menganggap ilmu Allah didahului dengan sifat jahil dan berlaku perkara
baharu dalam ilmu Allah. (Mohammad bin Ismail, t.t). Hal ini adalah jelas bertentangan
dengan sifat Allah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Jika kedua perkara ini
disandarkan kepada Allah, maka ia adalah sebesar-besar kekufuran terhadap Allah s.w.t.
Para pengikut Syiah mempercayai bahawa al-Bada’ berlaku kepada imam-imam mereka.
Sebagai contoh apabila sesuatu berita yang disandarkan kepada imam kemudian perkara
itu tidak berlaku, mereka akan mendakwa inilah al-Bada’ yang berlaku pada imam imam
mereka.
4) Al-Quran dan As-Sunnah di Sisi Syiah
Al-Quran adalah kalamullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril dan diriwayatkan secara mutawatir, bermula dari
surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas, membacanya dinilai sebagai ibadah.
Ini adalah apa yang disepakati oleh ijma’ ulama’. Berbeza dengan fahaman Syiah, mereka
mendakwa al-Quran yang ada pada hari ini, bukan al-Quran yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mendakwa bahawa al-Quran yang sebenar ada pada
tangan Imam al-Mahdi yang ghaib dan akan dibawa oleh Imam al-Mahdi pada akhir
zaman kelak. Mereka juga mendakwa terdapat beratus-ratus riwayat palsu yang
disandarkan kepada imam-imam mereka berkaitan dengan penambahan, pengurangan,
dan penyelewengan terhadap al-Quran yang di lakukan oleh para sahabat. (Mohamad bin
Ismail, t.t).

Mengikut pendapat ulama’ ahli sunnah, ulama’ syiah menolak hadis kerana
mereka menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Ada sebahagian dari riwayat
Syiah yang menyatakan “Sesungguhnya semua perkara dirujuk kepada kitab sunnah,
mana-mana hadis yang tidak bertepatan dengan kitab Allah, ia adalah perhiasan”.
Kebanyakkan teks dan riwayat hadis mereka menolak sunnah yang diguna pakai oleh
Ahli Sunnah. Ini dapat diperhatikan melalui kefahaman dan perlaksanaan mereka
5

terhadap hadis, begitu juga melalui periwayatan hadis dan matan yang bercanggah
dengan Ahli Sunnah. Sebagai contoh, Syiah mendifinisikan hadis sebagai “semua
perbuatan, percakapan dan pengakuan daripada al maksum”. Mereka berkata bahawa
sesungguhnya imam-imam (imam 12) adalah maksum, jadi semua jhadis yang terbit dari
mereka adalaah sahih tanpa syarat sanad atau rawi sampai kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Ini kerana sesungguhnya al-Imamah adalah penerus kenabian. (Mohamad bin
Ismail, t.t).
5) Taqiyah di Sisi Syiah
Taqiyah adalah menyembunyikan sesuatu yang terdapat di dalam hati dan
menzahirkan yang sebaliknya. Seorang tokoh Syiah yang bernama al-Mufid telah
mendefinisikan taqiyah dengan katanya “Taqiyah adalah menyembunyikan atau
merahsiakan iktikad atau pegangan dari musuh, menyatakan secara zahir bersama dengan

musuh demi menjaga agama dan dunia. (Mohamad bi Ismail, t.t). Dengan ini, taqiyah
bermakna mereka (syiah) menzahirkan amalan ahli sunnah tetapi hati mereka tetap
berpegang pada syiah.
Taqiyah adalah amalan syiah yang dilakukan secara kolektif. Amalan yang telah
sebati dengan masyarakat syiah diamalkan sehingga kemunculan Imam al-Mahdi. Ibnu
Babawaih menegaskan kewajipan beramal dengan taqiyah dalam kitabnya iktiqadat
“Taqiyah adalah wajib, hukumnya tidak terangkat sehingga kemunculan al Qaim alMahdi, sesiapa yang tidak bertaqiyah sebelum kemunculan al-Mahdi, ia terkeluar dari
agama dan terkeluar dari agama al-Imamah, bercanggah dengan Allah dan Rasul serta
Imamah. (Mohamad bin Ismail, t.t).
6) Nikah Mut’ah di Sisi Syiah
Nikah mut’ah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi syiah. Bagi
mereka, anak dari hasil nikah mut’ah adalah lebih mulia dari anak hasil pernikahan biasa.
Barangsiapa yang mengingkari mut;ah, bererti dia telah kufur dan murtad. Ibnu
Babawaih berkata dari Abdullah bin Sinan, dari Abi Abdullah berkata “Sesungguhnya
Allah SWT telah mengharamkan ke atas kami semua minuman yang memabukkan dan
menggantikannya dengan mut’ah. Mulla Fathullah al-Kaashani pula menyebut dalam
kitabnya “Nabi saw bersabda sesiapa yang bermut’ah sekali, maka Allah akan
6

membebaskannya 1/3 dari api neraka, sesiapa yang bermut’ah dua kali, maka Allah akan

membebaskannya 2/3 dari api neraka dan sesiapa yang bermut’ah tiga kali, Allah akan
bebaskan sepenuhnya dari api neraka. (Mohamad bin Ismail, t.t). Ini semua adalah
pembohongan golongan syiah dimana ia melakukan fitnah terhadap Nabi Muhammad
s.a.w. dan pegangan-pegangan mereka sangat bertentangan dengan al-Quran dan hadis.

d) Perkara Pokok Perbahasan Di Antara Sunni Dan Syiah
Ibnu Hazzam mentakrifkan Ahlu Sunnah sebagai mereka yang kita panggil Ahlul Haq
iaitu kumpulan yang berada di landasan yang benar dan yang lain dari mereka ialah Ahlul Bid’ah
iaitu kumpulan yang sesat, kerana mereka adalah yang terdiri dari kalangan para sahabat dan
siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka dari kalangan Tabi’in. Kemudian para ahli hadis yang
yang mengikuti mereka daripada kalangan ulama Fiqh dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya sehinggalah ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikuti mereka daripada
kalangan orang awam di segenap pelusuk dunia. (Wan Zahidi, t.t).
Ahlu Sunnah dan Syiah mempunyai beberapa aspek perbezaan yang ketara dalam aqidah.
Perbezaan tersebut merangkumi konsep imamah, rukun iman, relevansi pemilihan Abu Bakar asSiddiq, dan konsep al-‘ismah dan al-Raja’ah. Perbezaan ini yang membawa kepada penolakan
Ahlu Sunnah terhadap golongan Syiah

secara total berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang

dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-Asya’irah seperti Abu Hasan Asy’ari, al-Amidi, alGhazzali, al-Razi, dan Ibnu Hajar al-Haytami. (Fauzi Hamat, 2011).

3. Konsep Imamah Menurut Syiah Dan Perbezannya Menurut Ahlu Sunnah Beserta Dalil
Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu i’tikad golongan
syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad s.a.w adalah milik
Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra. Ia adalah satu
daripada rukun iman yang penting bagi penganut syiah sehingga iman seseorang dianggap tidak
sah melainkan setelah menerima konsep imamah ini. (Fauzi Hamat, 2011). Perkara ini
merupakan khilaf terbesar di antara golongan Syiah dan golongan Ahlu Sunnah. Hal ini
disebabkan imamah di sisi Ahlu Sunnah adalah berdasarkan persetujuan dan pemilihan yang
dilakukan oleh Umat Islam.

7

Imamah di sisi Syiah Imamiyyah bermaksud “Al-Khilafah” atau kepimpinan ummat
selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah menjadi hak mutlak dua belas wali atau imam sehingga
hari kiamat. Imamah adalah suatu jawatan yang ditentukan Allah secara nas daripada Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka berpendapat bahawa antara syarat penting bagi seorang imam adalah
mesti seorang yang maksum seperti seorang nabi. Dengan demikian, pemerintahan para khulafa
ar-Rasyidin dan pemerintah-pemerintah Islam selepasnya adalah tidak sah dan dianggap
perampas hak-hak imam yang mereka senaraikan seramai dua belas orang. Imamah juga
dianggap sebagai rukun Islam yang paling utama dimana tidak sah Islam seseorang itu
melainkan dengannya.(Wan Zahidi, t,t).
Dua belas imam yang wajib diimani bagi setiap muslim mengikut pandangan syiah
adalah;
1) Abu al-Hasan Ali bin Abi Talib – Al-Murtada
2) Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Zaki
3) Abu Abdullah al-Husin bin Ali – Saidu Asy-Syuhada
4) Abu Muhammad Ali bin Husin – Zainul Abidin
5) Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Baqir
6) Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad – Al-Sodiq
7) Abu Ibrahim Musa bin Jaafar – Al-Khadim
8) Abu Al-Hasan Ali bin Musa – Al-Ridza
9) Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Jawad
10) Abu Muhammad Ali bin Muhammad – Al-Hadi
11) Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Asykuri
12) Abu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan – Al-Mahdi
Ulama’ Imamiyyah (syiah) sependapat menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari
kepimpinan salah seorang daripada imam-imam yang disebutkan serta tidak mengakui kewajipan
taat kepada mereka sepertimana yang diwajipkan oleh Allah, maka ia menjadi kafir, sesat dan
layak kekal di dalam neraka. Ulama’ syiah selruhnya sependapat menyatakan bahawa imamah
adalah sebahagian dari Usuluddin dan mereka telah membuktikannya dalam kitab-kitab mereka.
(Wan Zahidi, t.t).
Hal ini bercanggah dengan konsep iman yang menjadi pegangan Ahlu Sunnah yang
perpegang dengan enam rukun iman tanpa memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah
satu perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi Ahlu Sunnah hanyalah terdiri
dari orang biasa, kelahiran mereka seperti kelahiran orang-orang biasa yang lain, dan kedudukan
8

mereka tidak diangkat setaraf dengan nabi dan rasul. Menurut al-Amidi, golongan Ahlu Sunnah
telah beriktikad bahawa penentuan bagi jawatan imamah bagi syiah atau khalifah bagi Ahlu
Sunnah tidak dikaitkan dengan nas, tetapi penentuannya berdasarkan pemilihan yang dibuat.
(Fauzi Hamat, 2011).
Ahli Sunnah dapat mengesan kesesatan akidah Syiah Imamiyah yang disebutkan dalam
kitab Al-Kafi yang dikarang oleh Imam Al-Kulaini, seperti berikut;
Siapa yang tidak mempunyai imam, maka dia akan menjadi orang sesat dan siapa yang
mati dalam keadaan tanpa imam, maka matinya dalam keadaan kafir dan munafik. Imam Riza
berkata, “Manusia itu adalah hamba sahaya kami dalam hal ketaatan.”
Para imam adalah cahaya Allah SWT seperti mana firmanNya;

   
     

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya
Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya akan
Segala Yang kamu kerjakan.
Syiah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan cahaya dalam ayat ini bukan AlQuran, tetapi para imam Syiah. Para imam Syiah adalah tiang bumi, suci daripada dosa-dosa,
tidak mempunyai cela, dan mempunyai ilmu yang banyak. Seluruh perbuatan manusia akan
diperlihatkan kepada Nabi s.a.w dan kepada para imam Syiah. Para imam mengetahui perkara
yang lalu dan yang akan datang. Tidak ada yang tersembunyi daripada mereka sedikitpun. Tidak
ada yang mampu menguasai ilmu Al-Quran kecuali para imam Syiah. Iaitu dengan cara
mendapatkan warisan daripada imam Ali. (Kamaluddin Nurdin, 2014)
4. Kedudukan Para Sahabat Menurut Syiah
a) Pandangan Sunni Terhadap Sahabat
Di antara aqidah ahlu sunnah terhadap para sahabat adalah sikap diam terhadap
perselisihan pendapat yang terjadi di antara mereka. Ini kerana mereka semua adalah mujtahid
yang mendapat dua pahala jika mereka benar dan mendapat satu pahala jika mereka salah. Telah
berkata as-Safarani dalam kitabnya Durratul Mudhiyyah yang bermaksud;
9

“Berhati-hatilah dari sikap terlalu mendalami permasalahan yang terjadi antara mereka
yang seringkali sampai mengabaikan keutamaan mereka yang engkau tahu. Sesungguhnya itu
semua terjadi kerana ijtihad yang tekah dihasilkan. Semoga Allah merendahkan orang yang
memutuskan hubungan dengan mereka. Secara keseluruhan mereka semua diterima alasannya
(ijtihad mereka). Diberi pahala dan tidak berdosa.” (Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Ulama’ ahlu sunnah yang lain antaranya Ibnu Hamdan di dalam kitabnya Nihayatul
Mubtadi-in berkata yang bermaksud;
“Wajib mencintai semua sahabat dan menahan diri dari perbezaan pendapat di kalangan
mereka, baik secara tulisan, bacaan, pendengaran dan wajib mengingati kebaikan-kebaikan
mereka, mendoakan keredhaan Allah ke atas mereka, mencintai mereka, menjauhi tindakan
zalim ke atas mereka dan meyakini diterimanya alasan mereka bahawa apa yang mereka lakukan
berdasrkan ijtihad yang diperkenankan. Hal ini tidak membuat mereka menjadi kufur dan tidak
juga fasiq, tetapi mereka diberi pahal kerana hal itu adalah sebuah ijtihad yang dibenarkan.”
(Muhammad al-‘Aqil, 2011).
Inilah mazhab (ahlu sunnah) yang dapat dipercayai para imamnya. Adapun orang-orang
yang menyimpang yang terdiri dari tokoh-tokoh bid’ah yang sesat dan menyesatkan, tidaklah
perlu diperhatikan perkataan dan ucapan mereka dan tidak perlu dijadikan sandaran dalam
rujukan.
b) Pandangan Syiah Terhadap Sahabat
Ahlu Sunnah bersepakat tentang kejujuran dan keikhlasan empat khalifah, iaitu Abu
Bakar, Umar, Usman, dan Ali. Namun bagi Syiah, ketiga-tiga khalifah sebelum Ali melakukan
dosa besar. Mereka bersepakat dalam satu pandangan tegas bahawa para khalifah dan sahabat
melakukan pengkhianatan dalam mempolitikkan Islam. Ini kerana mereka menyalahi wasiat
Nabi s.a.w. Mereka mendakwa Rasulullah s.a.w menentukan dan menyerahkan kepimpinan
(imamah) kepada Ali bin Abi Talib dan anak-anaknya selepas kewafatan baginda. Atas dasar ini,
kelompok Syiah terutamanya Syiah Imamiyyah mengecam dan mencerca para sahabat dengan
cercaan yang sangat buruk dan menuduh merekamelakukan sabotaj, pendustaan, kezaliman, dan
pengkhianatan yang tiada taranya dalam sejarah politik Islam. Oleh itu, para sahabat pada
tanggapan mereka adalah murtad dan kafir. (Kamaluddin Nurdin, 2014).
Seperti itulah pandangan mereka terhadap sahabat Nabi s.a.w. Mereka menganggap
bahawa mereka semua (para sahabat) melakukan konspirasi yang tidak terlepas daripada
penyelewengan dan penyimpangan daripada agama. Kecuali dua belas orang sahabat termasuk
Ali, al-Fadhl, Sahal bin Hanif, Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghiffari, Al-Miqdad bin Amru,
10

Ammar bin Yasir, Jabir bin Abdullah, Al-Barra’ bin Azib, Ubay bin Ka’ab, Khalid bin Sa’id, dan
Abu Ayyub al-Ansari.
c) Pengaruh Syiah Dalam Politik Di Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Menurut Abu Zuhrah, Syiah adalah sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di
dalam Islam. Mereka muncul di penghujung era pemerintahan khalifah Uthman bin Affan dan
berkembang pada era pemerintahan khalifah Ali bin Abi Talib. (Fauzi Hamat, 2011). Krisis
politik dalam kalangan umat Islam selepas Rasulullah s.a.w meninggal dunia, diwarisi secara
emosi dan keliru. Emosi di sini bermaksud, isu-isu itu hanya dilihat pasa sudut kehendak aliran
politik ataupun sentimen tertentu tanpa cuba dirungkai ataupun dihafami secara betul.
Disebabkan fitnah oleh golongan tertentu yang berterusan, Saidina Usman dibunuh dan dunia
Islam terus tidak tenteram dan pelbagai cerita di tokok tambah, dari cerita politik Saidina Usman,
hingga berlarutan pada isu perang Jamal, perang Siffin, pembunuhan Saidina Hussain, dan
pelbagai lagi. (Mohd Asri Zainul Abidin, 2014).
Atas kedukaan sejarah yang ditokok tambah dan direka berdasarkan kepentingan politik,
dibina pula berlbagai doktrin, akhirnya Syiah menjadi mazhab yang besar dan mewarisi dendam
sejarah dari zaman ke zaman.
d) Kesan Pengaruh Syiah Terhadap Ummat Islam
Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan
iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan
al-Quran dan hadis boleh terperangkap dengan umpan umpan yang di pasang oleh musuh-musuh
Islam yang tercatat dalam sejarah muram mereka. Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan
hubungan mereka dengan ajaran yang di bawa oleh Ibnu Saba’, penafian itu tidak membawa erti
apa-apa jika persamaan di antara mereka diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut
pengikut mereka sendiri. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan mengkaji ajaran Syiah
dari semua spek aqidah, syariah dan akhlak, maka kita akan dapati bahawa ajaran Syiah telah
dirancang dengan teliti untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam
secara tidak sedar akan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan dari apa yang di ajarkan oleh
Islam. Setelah berjaya memecah belahkan umat Islam, maka kita akan lihat beberapa kesan
buruk yang berlaku pada umat Islam. Antaranya menurut Ahmad Nasim (2011) adalah;

11

i.

Memecah Belahkan Ummat
Kehadiran Syiah berjaya memecah belahkan umat Islam kerana mereka menganggap
golongan Ahli Sunnah yang berpegang kepada al-Quran dan hadis sebagai sebagai

ii.

kafir dan lebih dahsyat dari iblis.
Mempercayai perkara-perkara bid’ah, khurafat, dan tahyul
Golongan Syiah mengaggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat
kebajikan kepadanya pasti mendatangkan pahala yang besar. Selain itu golongan syiah
juga menganggap tanah karbala sebagai tanah yang suci, boleh dimakan sebagai

iii.

penawar yang boleh menghilangkan berbagai jenis penyakit.
Berlaku keganasan di kalangan Ummat
Syiah menganggap orang orang Islam di kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan
harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Selain itu,
syiah juga menganggap Imam mahdi yang menurut golongan Ahli Sunnah sebagai
penyelamat Ummat dari segala bentuk kezaliman sebagai orang yang akan

iv.

merobohkan Kaabah dan akan memotong kaki dan tangan penjaga Tanah Haram.
Memusnahkan Imej Islam
Islam yang suci dan murni akan musnah disebabkan kepercayaan syirik, keganasan

v.

dan elemen permusuhan yang dipelopori oleh golongan Syiah.
Hilangnya Keyakinan
Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada
agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai kerana pembawa
pembawanya di anggap pengkhianat dan perampas hak Saiyyidina Ali dan Ahlul Bait.
Sementara ajaran Syiah yang dianuti juga akan membingungkan mereka lantara penuh
dengan khurafat khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang yang
mempunyai akal yang waras.

5. Kesimpulan
Gerakan Syiah adalah suatu gerakan yang penuh strategic dan diwujudkan dengan
tindakan yang nyata sepertimana apa yang kita lihat sekarang. Pelbagai propaganda dilakukan
dan masih berterusan melalui jaringan antarabangsa yang mereka miliki. Dengan itu, salah satu
jalan yang paling utama dalam menghadapi pesatnya perkembangan ini adalah pemantapan
12

akidah Ahli Sunnah. Pemantapan ini perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, majlismajlis ilmu yang membawa kepada pemantapan akidah Ahli Sunnah pelu di adakan. Di samping
itu, langkah-langkah penerangan perlu dilakukan. Dalam hal ini, media seperti internet perlu
mendedahkan sebanyak mungkin maklumat dan fahaman asas akidah yang betul, sekaligus
membanteras ajaran-ajaran syiah secara ilmiah dan objektif. Di samping itu, maklumat hasil
pemantauan sebarang bentuk penerbitan seperti buku, majalah dan artikel yang berunsur Syiah
perlu disebarkan.
 3530 Patah Perkataan Termasuk Tajuk

Daftar Rujukan
1. Hamka, (1997), Sejarah Umat Islam, Singapore: Pustaka Nasional
2. Fauzi Hamat, (2011), Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli Sunnah
wal Jamaah, Selangor: JAIS

13

3. Noresah Baharom, (2007), Kamus Dewan Edisi Ke-4, Selangor: Dawama Sdn
Bhd.
4. Wan Zahidi, (t,t), Akidah Imamah Di sisi Syiah Isna Asharah Dan KesanKesannya Terhadap Pegangan Ahli Sunnha dan Jamaah: Kuala Lumpur: MAIWP
5. Ahmad Nasim Abdul Rauf, (2011), Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah,
Akhlak, Ummah dan Negara, Selangor: JAIS

14