BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALA

BMM 3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
PENGENALAN

Menjelang

abad

ke-21,proses

pengajaran

dan

pembelajaran

perlulah

menyeronokkan dengan pelbagai pendekatan termasuklah penggunaan bahan sastera
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Hashim Awang (1984),kesusasteraan
merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui

bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Melalui
bahasa jugalah seseorang dapat menikmati keindahan yang ada dalam sesuatu karya
kesusasteraan. Menurut Harun Mat Piah (2006), perkataan “sastera” berasal daripada
bahasa Sanskrit “castra” iaitu kitab suci. Kesusasteraan pula membawa maksud segala
penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui kemahiran
berbahasa iaitu melalui tulisan dan pembacaan dan melalui lisan serta pendengaran.
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah
bahasa. Sastera juga bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut
peredaran semasa. Menurut Syed Ali Ashraf (1989) menyatakan sastera bukan sahaja
satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara
kreatif. Sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang
bersifat kreatif, yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak
intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium
pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu
membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap
dan pandangan pengarangnya. Menurut (Arba’ie et al,2008),secara ringkasnya sastera
dilengkapi dengan unsur seni bahasa yang indah, sisipan ilmu dan pemikiran penulis,
daya sensitiviti penulis, maksud tersurat dan tersirat, keindahan dari segi bahasa dan
berdasarkan realiti kehidupan.


1

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang
digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada. Suatu hasil karya sastera
memperlihatkan kepakaran dan keahlian seorang penulis untuk meluahkan dan
mengungkapkan makna. Adunan teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan
sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.Menurut (Arba’ie et al, 2008),penghasilan
sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang penulis perlu
memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau
dikongsi dan direnungi bersama. Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang
perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Tambahan pula, Menurut (Arba’ie et al, 2008) lagi, sastera juga mempunyai unsur
tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan.Hal ini demikian kerana
melalui sastera maka terhasil kreativiti atas dorongan tertentu dengan menggunakan
sumber yang terdapat di persekitaran. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu
memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna simbolik di sebalik kata-kata yang
diungkapkan.Menurut Arba’ie et al (2008) juga, sastera juga mempunyai nilai
estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan
peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya

sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan.
Persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti
dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan
diterjemahkan secara halus dan berhemah.Sastera yang terhasil merupakan satu
alternatif kepada penulis untuk meluahkan perasaan, melepaskan ancaman dan bauran
rasa yang terbuku di dada. Hal ini bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat
pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.

2

Sastera Melayu tradisional merupakan karya yang telah diwarisi sejak zaman
berzaman. Sastera tradisional disampaikan melalui lisan dan memberi gambaran cara
hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat hak milik bersama. Tiada sesiapa
yang tahu siapa penulisnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan.
Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari
satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada
zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran
sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat
esklusif
2.0 KONSEP SASTERA MELAYU

Menurut Hashim Haji Awang (1984), sastera melayu terbahagi kepada dua iaitu
moden dan tradisional.Sastera Melayu Moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan
dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui
lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil
sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak.
Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu
sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu
sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya
bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya.
Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh
penulisnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara.
Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk
melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan
serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008:9) Pendapat yang sama juga diutarakan
oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah
dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008:10)Salah satu bentuk puisi tradisional
adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang
mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan
bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku
3


kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi.
Cara penulis menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya
dan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa
melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Menurut Hashim Haji Awang
(1984), dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula,
barulah kita kenali budayanya.Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang
berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu
itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang
dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun.
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat
berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Sastera rakyat juga dikenali sebagai
penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiringi dengan alat muzik tertentu. Ciri
umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera raja yang tampan,
gagah, berani dan sakti dan puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya. Cerita
penglipur lara ini penuh dengan kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat
Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara
perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu,
kebanyakan penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada
unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya

sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan
wirawati dan peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu
tujuan.
Selain hiburan, sastera juga membawa unsur pengajaran. Cerita teladan
merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita ini bertemakan
pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau
pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar
kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa.
Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan
seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya
4

memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak.
Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para
sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan
sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi
utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan
memberi pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang
berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan
sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga

ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa
dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan
yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya.
Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. Menurut
Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13) hubungan masyarakat dan
persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang terhasil didorong oleh
sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat persoalan, isu ataupun
fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya
kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakan
luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,keprihatinan serta pengalaman
peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kaca matanya.
Selain daripada memberikan pengajaran dan hiburan kepada masyarakatnya,
sastera juga berfungsi sebagai satu tempat untuk berkomunikasi tentang kebenaran.
Dengan adanya kepekaan dan sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang
berlaku di dalam masyarakatnya akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden
yang bertujuan mendedahkan tentang kebenaran kepada masyarakat pembaca.
Contohnya

puisi


moden

yang

mendedahkan

kebenaran

kepada

masyarakat,

penangkapan Hamid Tuah dan petani-petani miskin oleh kerajaan kerana dikatakan
meneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 1967 telah mencetuskan
kesan yang mendalam kepada para penyair.
5

Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindak balas sebagai tanda
ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap tidak bertimbang rasa
kepada golongan bawahan. Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam

tahun pemerintahan Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangat
perjuangan dan menyeru kepada masyarakat umumnya agar menggunakan peluang
keemasan yang ada untuk memperjuangkan hak mereka. Semangat perjuangan yang
sedia ada dalam masyarakat Melayu semakin teguh. Kesediaan mempertaruhkan diri
dan sama-sama menegakkan pertiwi serta cita-cita politik Jepun memberi satu
kesedaran dalam masyarakat Melayu.Justeru,kesusasteraan Melayu harus diterapkan
sejak dari sekolah rendah lagi supaya generasi akan datang dapat menghargai dan
mengetahui keunikan nilai sebuah sastera melayu itu.
3.0 KESESUAIAN BAHAN SASTERA DI SEKOLAH
Proses pengajaran dan pembelajaran yang statik dijalankan di dalam kelas selalunya
kurang menarik dan membosankan murid-murid.Fenomena yang biasanya berlaku di
sekolah ialah pengajaran yang tidak relevan dengan abad ke-21 iaitu hanya bergantung
kepada bahan seperti buku teks sahaja di sekolah. Menurut (Arba’ie et al, 2008),
seharusnya sejajar dengan misi visi falsafah pendidikan negara, pengajaran dalam bilik
darjah boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih
teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid termasuklah
menggunakan bahan sastera.
Menurut Rahman Shaari. 1988, antara objektif sukatan pelajaran Sastera Dalam
Pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk menarik minat
murid membaca pelbagai bahan sastera dan bahan yang berunsur pengetahuan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan supaya dapat memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Selain daripada itu, murid dilatih
mengenali

dan

menghasilkan

pelbagai

jenis

penulisan

kreatif

dan

berunsur


pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai
6

dan betul. Antara objektif lain ialah melahirkan murid menghargai dan menghayati
keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu serta mengamalkan
nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara.
Seterusnya, Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah sering mengalami
perubahan kerana semakankurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Tambahan pula, matlamat asal
pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial. Menurut Rahman Shaari. (1988), Penumpuan
kepada

bidang-bidang

tersebut

bertujuan

untuk

membolehkan

murid

menggunakanbahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang
kerjaya, danseterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup
mereka.Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan
dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca
dan melahirkan penghayatan terhadap bahan sastera.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), pelaksanaan
Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu strategi bagi
meningkatkan kemahiran berbahasa. Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam
pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan
teks yang dipilih. Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan bahan sastera, guru haruslah mewujudkan perancangan
atau strategi yang mantap.Pelaksanaan Komsas juga memerlukan guru yang bukan
sahaja menguasai bahan sastera dengan baik tetapi juga harus cekap, bijaksana dan
yakin diri dalam lapangannya serta kreatif dan berketerampilan dalam memanfaatkan
multiteknik pengajaran yang relevan dengan tahap prestasi pelajar, situasi dan
persekitaran bagi mencapai objektif-objektif pengajaran Bahasa Melayu.

7

Penguasaan guru terhadap bahan sastera, sama ada isi kandungan, jenis atau
kategori

cerita

dan

keupayaan

pelajar

penting

bagi

tujuan

keberkesanan

pengajaran.Selain itu,kesesuaian bahan-bahan bacaan termasuk karya sastera adalah
sebagai alat hiburan dan pendidikan masyarakat yang penting, khususnya kepada
kanak-kanak. Hal ini demikian kerana buku sasteralebih mudah menarik perhatian dan
minat kanak-kanak kerana mereka memangmempunyai kecenderungan semula jadi
terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan
bacaan lain yang biasa dan mendatar.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap
bahan bacaan. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (terhadap
bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam
bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa
kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap kemahiran berbahasa kanakkanak seperti kemahiran bahasa(mendengar dan bertutur,membaca dan menulis) serta
aspek seni bahasa.Oleh hal yang demikian,bahan sastera sangat sesuai diaplikasikan
di sekolah rendah sebagai medium proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

4.0 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA
Pada zaman dahulu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa di Tanah Melayu.
Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan
dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera juga merupakan karya yang
mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat
Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Namun kini, saban hari karya sastera
semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.
Shamsudin Othman dan Maniyamin bin Haji Ibrahim. 2003 juga menyatakan
bahawa pemuda dan pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera
kerana mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti
8

cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usahausaha yang drastik untuk memupuk minat terhadap karya sastera dalam kalangan
masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.Semua
pihak haruslah sedar bahawa kesusasteraan melayu ini penting terutamanya dalam
sistem pendidikan untuk dimasukkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.Tidak dapat dinafikan bahawa bahan sastera itu sememangnya
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu muridmurid

untuk

meningkatkan

kemahiran

berbahasa

mereka

seperti

kemahiran

lisan,membaca,menulis dan aspek seni bahasa.
Seterusnya, bahan sastera seperti KOMSAS diajar sebagai salah sebuah
komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dimana pelajar akan ditugaskan
untuk membaca karya sastera dan mahaminya. Pelajar diminta memberi maksud
rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan
yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan
cetusan idea yang bernas dna bahasa yang baik. Setiap pelajar akan membaca 130
karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima.
KOMSAS dilaksanakan berdasarkan konsep sastera perpaduan. Sastera
perpaduan adalah sebuah mekanisme untuk mewujidkan penyatuan antara kelompok
masyarakat berbagai latar belakang berdasarkan prinsip-prinsip atau dasar-dasar yang
dikongsi bersama dari segi sosial dan budaya sehingga terbentuknya perasaan
toleransi yang menghasilkan satu sentimen kebangsaan dan kenegaraan (Chew Fong
Peng, 2005). KOMSAS bertindak sebagai sebuah alat untuk memupuk perpaduan
antara kelompok masyarakat Malaysia yang berbilang kaumm, bahasa, agama,
kepercayaan dan budaya. Melalui pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, pelbagai nilai budaya dapat diajar kepada pelajar secara tidak langsung.
Antara nilai yang diterapkan adalah cara hidup, budaya saling mengunjung di musim
perayaan, menerima dan mengamalkan nilai positif, menghormati agama dan budaya
kaum lain, dan keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
9

KOMSAS juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
pelajar. melalui KOMSAS, pelajar dapat belajar sahsiah positif seperti menghormati
orang lain, toleransi dan sebagainya. Selain itu, KOMSAS juga berperanan penting
dalam membentuk jati diri pelajar. Kebanyakkan karya sastera yang dimuatkan dalam
komponen KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu memiliki tema atau nilai
pengajaran yang bersifat patriotik. Terapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam
KOMSAS iaitu; baik hati, berdikari, hemah tinggi, saling menghormati, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasioanl dan semangat bermasyarakat.
Kepentingan penggunaan bahan sastera seperti KOMSAS juga dapat menyuntik
kreativiti pelajar dalam pemikiran dan kemahiran bahasa. Pendedahan kepada
kesusasteraan Melayu dapat memupuk perasaan cinta akan bahasa kebangsaan
Malaysia. Karya yang dimuatkan dalam KOMSAS dipetik dari sumber berkualiti seperti
Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Sastera terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelajar bukan sahaja didedahkan kepada karya sastera
moden, tetapi juga karya klasik yang memiliki nilai bahasa yang tinggi.
Pelajar secara tidak langsung dapat membaiki mutu kemahiran bahasa mereka
dengan

membaca

dan

mempelajari

komponen

KOMSAS

yang

disediakan.

pembelajaran bahasa tidak terhad kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sahaja. Bahasa dapat dikuasai dengan lebih baik jika pelajar meluangkan masa
membaca karya bahasa berkualiti.Penggunaan bahan sastera juga merangsang
kemahiran pelajar dalam menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera. Melalui
komponen ini, pelajar diddeahkan kepada pelbagai karya sastera dalam Bahasa
Melayu. Ini secara tidak langsung menambah populasi pembaca karya Bahasa Melayu
serta memupuk dan mencungkil bakat penerbit karya kreatif dan pelapis kepada
pejuang sastera Bahasa Melayu yang sedia ada.

10

4.1 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera
4.1.1 Kemahiran Lisan.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4,
penggunaan bahan sastera dalam kemahiran mendengar dan bertutur iaitu kemahiran
lisan boleh dilaksanakan dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.6 Berbicara untuk menyampaikan 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan
maklumat

tentang

sesuatu

perkara maklumat yang tersirat dengan tepat

daripada pelbagai sumber dengan tepat tentang
secara bertatasusila.

sesuatu

perkara

secara

bertatasusila.

Melalui Standard Kandungan dan Standard pembelajaran yang dipilih, aktiviti
menggunakan bahan sastera dapat digunakan bagi berbicara untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara
bertatasusila.Guru boleh menyediakan satu sajak atau pantun dan murid boleh
memberi idea dan maklumat yang tersirat di dalam petikan sajak atau pantun tersebut.
Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan
menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.
Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran kemahiran
lisan juga mampu menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti petikan sajak atau
teks berkaitan sastera juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru
dalam bilik darjah.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan
kemahiran lisan kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan
pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Murid-murid kebiasaannya
lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyanyian, lakonan, dialog, kuiz main
peranan serta permainan bahasa. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai
11

untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan adalah menerusi penggunaan
bahan sastera. Justeru, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah
teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka.
Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi
fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakarpakar pengajaran kemahiran lisan adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif
iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan
rumus atau peraturan yang khusus.Oleh itu,bahan sastera sesuai dilaksanakan dalam
kemahiran lisan.
Seterusnya,kepentingan penggunaan bahan sastera dalam kemahiran lisan
adalah sastera juga dapat memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran
mendengar dan bertutur murid-murid. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu
menjadi seorang pendengar yang baik. Antaranya adalah untuk memudahkan kita
mengenali dan mengingati penyampai yang memberi maklumat ataupun ucapan
kepada kita. Contohnya, kita pernah menghadiri sebuah seminar dan melalui seminar
tersebut kita dapat mengenali penceramah yang menyampaikan maklumat dengan
lebih dekat lagi.
Selain itu, apabila kita mendengar sesuatu perkara yang disampaikan dengan
tekun, penyampai akan rasa lebih dihargai. dengan mereka walaupun kita tidak
menunjukkan kemarahan di hadapan mereka.Murid juga dapat menjadi pendengar
yang baik untuk menerima dan memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan
tepat serta pertuturan yang teratur dan sopan. Sebagai contoh, para pelajar mestilah
menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru semasa
berada di dalam kelas.Oleh hal yang demikian,bahan sastera juga mampu
meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid seterusnya murid-murid akan daoat
bertutur dengan baik.Oleh hal yang demikian,bahan sastera mempunyai kepentingan
dalam meningkatkan kemahiran lisan kerana melalui sastera juga, mereka dapat
mendengar segala maklumat dan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru untuk
dapat memahami dengan lebih jelas dan terperinci.
4.2 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera
12

4.2.1 Kemahiran Membaca
Pada zaman kini, terdapat lebih ramai ibu bapa, terutama yang tinggal di bandar, yang
bekerja dan terpaksa membiarkan anak-anak mereka melakukan kegiatan mereka
sendiri semasa mereka bekerja. Masa dan bentuk hubungan kekeluargaan, khususnya
di antara ibu bapa yang bekerja dengan anak-anak mereka, telah berubah.Membaca
sering kali dianggap sebagai suatu pilihan dan keperluan yang baik untukmengisi masa
lapang kanak-kanak tersebut. Membaca mempunyai pengaruh dan kesan terhadap
proses pembentukan pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang
pembaca, terutama pembaca kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,pihak sekolah perlu
memainkan peranan yang penting terutama guru dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid melalui penggunaan bahan sastera dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4,
penggunaan bahan sastera dalam kemahiran membaca yang boleh dilaksanakan
dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera 2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai
dan bukan sastera yang sesuai bagi bahan
memupuk minat membaca.

sastera

yang

sesuai

untuk

meningkatkan daya berfikir secara kreatif.

.
Manakala Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen
pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama
ada

emosi,

pemikiran

atau

kebahasaannya.

Ketiga-tiga

aspek

ini

akan

terusberkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin
bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Pendapat tersebut mirip kenyataan Hadijah Rahmat (2006) bahawa sastera kanakkanak berperanan dalam masyarakat Melayu, khususnya sebagai penyalur nilai-nilai
13

pembangunan, pencapaian serta pembinaan konsep wira dan kecemerlangan dalam
diri kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa cerita rakyat mendapat tempat utama
dibandingkan dengan cerita dari teks Melayu klasik atau hikayat. Begitu juga dengan
cerita binatang yang banyak dihasilkan untuk memenuhi kegemaran kanakkanak yang
memang gemar membaca kisah-kisah tentang haiwan yang diberi sifat seperti manusia.
Penghasilan dan penguasaan cerita-cerita dongeng ini, terutama cerita-cerita rakyat
(tempatan atau luar negeri) memperlihatkan bahawa hubungan antara sastera lama
dengan kanak-kanak sekarang tidak terpisah dengan lahirnya sastera tulisan. Malahan
hubungan antara kedua-duanya melalui pembacaan karya sastera kanak-kanak
kelihatan begitu teguh.
Bahan-bahan

bacaan

termasuk

karya

sastera

adalah

alat

hiburan

dan

pendidikanmasyarakat yang penting, khususnya kepada kanak-kanak. Hal ini kerana
buku sastera lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mereka
memang mempunyai kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur
kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan bacaan lain yang biasa dan
mendatar. Oleh itu, peranan dan pengaruh sastera kanak-kanak dalam masyarakat
tidak boleh diperkecilkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Masyarakat kini sering kali mengatakan bahawa membaca adalah perkara yang
membosankan dan hanya ulat buku yang membaca sehinggakan mereka yang
membaca digelar, ‘budak skema’, ‘budak genius’, dan sebagainya. Jangan salah
sangka bahawa buku hanya tulisan semata-mata tanpa membawa apa-apa keindahan
dan pengertian dalam kehidupan. Banyak faedah yang boleh diperoleh apabila kita
membaca karya sastera.
Antara kepentingan apabila kita membaca karya tersebut ialah kita akan
memperoleh pelbagai pengajaran yang berguna. Pengajaran ini boleh diaplikasikan
dalam kehidupan seharian bukan sahaja sehari, seminggu, sebulan atau setahun
bahkan berdekad lamanya. Selain itu, rasa kasih dan cinta akan bahasa ibunda kita
juga dapat dipupuk apabila membaca karya-karya tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam
sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’, dimana bahasa Melayu diagungkan dan ditinggikan
martabatnya yang kini semakin hanyut ditelan arus kemodenan. Sajak ‘Dirgahayu
14

Bahasaku’ melahirkan rasa bangga dalam diri pembaca yang bertutur dalam bahasa
Melayu. Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu yang mantap bukan menunjukkan
bahawa mereka skema atau ulat buku tetapi mereka menyayangi dan mencintai bahasa
Melayu tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau
bahasa lain sebagaimana yang dilakukan oleh anak muda kini. Oleh itu, jelaslah
bahawa membaca karya sastera boleh memupuk rasa kasih dan cinta akan bahasa
Melayu kerana sesungguhnya ‘takkan Melayu hilang di dunia’.
Seterusnya, pembacaan karya sastera akan dapat memperluas perbendaharaan
kata terutamanya pelajar sekolah.Pelbagai perkataan-perkataan baru akan dapat
diteroka oleh para pelajar daripada karya-karya sastera dan dapat digunakan apabila
menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Panitia Bahasa dan Sastera sempena
Minggu Bahasa yang akan dianjurkan oleh setiap sekolah di seluruh Negara.
Pembacaan prosa tradisional juga novel akan menambahkan perbendaharaan kata kita
selain puisi. Oleh itu, benarlah bahawa membaca karya sastera memberi faedah yang
baik.
Oleh hal yang demikian,penggunaan bahan sastera sangat sesuai dan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pembaca akan
dapat menimba pengalaman meskipun tidak mengalaminya sendiri. Hal ini dapat dilihat
daripada novel-novel yang bertemakan persahabatan dan percintaan yang banyak di
pasaran buku negara kini.Oleh itu, benarlah membaca karya sastera akan memberi
pengalaman kepada pembaca. Justeru,masyaarakah perlu sedar bahawapembacaan
karya sastera bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya membaca karya
sastera adalah satu perkara yang mencabar dan memberi banyak kepentingannya
dalam meningkatan kemahiran membaca murid-murid di sekolah.
4.3 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera
4.3.1 Kemahiran Menulis.
Kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatif dan imaginatif
yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara amnya,
kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi keseluruhan buku bermutu dan berfaedah yang
ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen.
15

Perubahan dan kemajuan telah menukar corak hidup manusia dan menjadikan
kesusasteraan kanak-kanak begitu penting dalam kehidupan masyarakat moden
terutamanya dalam sistem pendidikannya.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4,
penggunaan bahan sastera dalam kemahiran menulis boleh dilaksanakan dalam DSKP
berikut:
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam 3.7.2 Menghasilkan penulisan
pelbagai genre dengan betul.

berbentuk

imaginatif

dan

kreatif

deskriptif

dengan betul.
Dalam pengajaran kemahiran menulis, terdapat beberapa prinsip pengajaran
aspek pengajaran yang perlu diketahui. Pertama, guru perlu membuat perancangan
yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang
rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu
dengan lebih bermakna.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran kemahiran
menulis daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kekeliruan dan kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran karangan
dan penulisan kreatif yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, dalam sesuatu bilik
darjah iaitu kelas, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu
ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang
murid yang lambat untuk belajar. Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran
rangka karangan dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid
dengan bantuan bahan sastera.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea
atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,
penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan
keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.Oleh yang demikian, kemahiran
16

menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman
pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan termasuklah penulisan
kreatif bahan sastera.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran menulis
sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi
pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.Secara rasionalnya,bahan sastera
sangat sesuai digunakan dalam kemahiran menulis kerana mempunyai kepentingan
untuk murid menguasai penulisan dengan baik.
4.4 Kesesuaian dan Kepentingan penggunaan bahan sastera
4.4.1 Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa mempunyai kaitan dengan didik hibur. Didik hibur adalah
merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid- murid sebagai
kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti muridmurid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek
dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.
Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid
sekolah rendah.Aspek seni bahasa ini sangat relevan dan sesuai untuk digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4,
penggunaan bahan sastera dalam kemahiran berbahasa aspek seni bahasa yang
boleh dilaksanakan dalam DSKP berikut:
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.4 Melafazkan dan memahami puisi 4.4.1 Mendeklamasi sajak
dengan

intonasi

yang

betul sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

menggunakan bahasa yang indah secara secara
didik hibur.

dengan

didik

hibur

maksud sajak tersebut.

17

serta

memahami

Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Melayu
dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Antara
contoh didik hibur ialah sesi pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur jenaka,
estetik, permainan, muzik dan lakonan (Zailah 2012). Oleh itu, cara ini dapat
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang berkonsepkan
santai dan berhibur. Justeru, menjadikan keadaan pembelajaran yang positif dan murid
sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi seterusnya.
Di samping itu, sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang
menarik dan kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran seperti aktiviti nyanyian
dan lakonan serta main peranan yang berpusatkan kepada murid sepenuhnya (Deen
Jack 2012). Hal ini akan membentuk iklim pembelajaran yang aktif. Sehubungan itu,
Abdul Ghani dan Abd.Rahman (2007, 2009) mencadangkan beberapa aspek
kemanusiaan yang mempunyai peranan dalam membentuk tingkah laku mulia muridmurid perlu diberi perhatian.Sebagai contoh, guru perlu dilihat sebagai model tingkah
laku yang berkesan kepada murid-murid. Guru perlu melengkapi diri mereka dari aspek
kekemasan diri dan juga pemantapan peribadi bagi menjadi idola dan panduan kepada
murid kerana pada dasarnya, guru mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam
perspektif hidup murid.
Melalui

penggunaan

bahan

sastera

sebagai

unsur

pembelajaran

menyeronokkan guru akan sentiasa disenangi oleh murid apabila mereka yakin bahawa
guru mereka adalah insan mesra murid. Menurut Shaffe et al. (2011), salah satu
daripada keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan pembelajaran
menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau ketika
berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan dapat mengurangkan
batasan hubungan atau formal antara guru dengan murid. Rasionalnya, murid akan
lebih selesa, yakin diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi.
Amalan ini membolehkan isi pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu
adalah secara semula jadi dan bukannya secara paksaan. Amalan pembelajaran
menyeronokkan berupaya membantu kelancaran interaksi guru-murid. Sebagai
kesimpulan, pembelajaran menyeronokkan amat perlu dilaksanakan dengan berkesan
18

di sekolah-sekolah.Lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu agar pembelajaran dan
pengajaran lebih menarik minat murid.
Antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan
pelajar ialah teknik mendeklamasikan sajak. Hal ini demikian kerana, banyak sajak dam
puisi sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi pelbagai nilai
murni. Di samping mendeklamasikan sajak dan puisi, murid-murid diminta merujuk teks
sajak tersebut. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan
mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu
dibuat oleh mereka selepas mendeklamasikannya.
Guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek
tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak
(Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di samping
kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga
boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau
bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji kemahiran aspek seni
bahasa yang hendak dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.Sehubungan itu,bahan sastera sangat relevan dan sesuai serta penting bagi
meningkatkan kemahiran berbahasa aspek seni bahasa murid-murid.

5.0 RUMUSAN
Menjelang abad ke-21, sistem pendidikan telah dinaik taraf dengan wujudnya
Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi menggantikan sistem

KBSR. Pelbagai strategi boleh dilaksanakan oleh guru untuk menerapkan sastera
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran konvensional, mengadakan aktiviti interaktif, atau menggunakan alat
bantu mengajar ABM untuk menarik minat pelajar menghayati sastera dan mata
pelajaran Bahasa Melayu secara amnya.
Sebagai contoh, untuk genre drama, guru boleh mengadakan teater pembaca di
mana pelajar diminta membaca skrip cerita di hadapan kelas. Melalui aktiviti ini,
19

penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka dapat dinilai dan diperbaiki
untuk menyampaikan maksud karya dengan lebih baik. Pelajar lain boleh mencatat
maklumat penting berdasarkan aktivit yang dijalankan. Selain genre drama, teknik ini
juga boleh digunakan dalam genre cerpen dan prosa klasik. Selain itu, guru juga boleh
melakukan aktiviti teater bercerita. Teater bercerita melibatkan seorang pencerita dan
beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita dan pelakon akan
beraksi mengikut watak yang diceritakan oleh pencerita. Teknik ini sesuai digunakan
untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Hal ini menunjukkan bahawa
penggunaan bahan sastera sangat sesuai dan dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa murid-murid.
Elemen bahan sastera juga boleh diterapkan menggunakan supaya guru boleh
mengadakan pembentangan untuk membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik. Penggunaan bahan sastera seperti genre puisi seperti sajak, pantun,
syair, gurindam dan seloka dapat merangsang minat murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga mungkin boleh mendeklamasikan karya
sastera seperti syair, puisi, gurindam dn pantun dengan iringan muzik. Kesimpulannya,
elemen

sastera

dalam

mata

pelajaran

Bahasa

Melayu

boleh

dilaksanakan

menggunakan pelbagai strategi demi menarik perhatian pelajar untuk lebih menghayati
dan mendalami karya sastera yang dipelajari. Guru dan pelajar perlu berkerjasama
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar karya sastera dapat
difahami dengan lebih baik, sekaligus menarik minat pelajar untuk meminati elemen
sastera Bahasa Melayu.

20

TUGASAN 2
1.0 ANALISIS BAHAN SASTERA
Bahan sastera yang dianalisis adalah Sajak “Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis
Kampus” yang ditulis oleh (Sazalee Yacob) daripada antalogi “Sejadah Rindu”. Sajak ini
bertemakan nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan
pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat
menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain
itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang
bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran
dalam kehidupan.
Berikut merupakan bait-bait rangkap Sajak yang dianalis :
Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

21

Kulepaskan kau menjadi burung putih
Dengan sayap yang berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib dan waras akal

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di padang kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

Sajak ini menekankan pesanan seorang bapa kepada anak perempuannya untuk
belajar dengan bersungguh-sunnguh dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar
yang negatif.Sajak ini juga mempunyai pelbagai pengajaran dan nilai murni yang sesuai
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Melalui

22

sajak ini,cara iaitu kaedah pemahaman teks ialah melalui kaedah mengalami
menghayati dengan teknik deklamasi.

2.0 APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH MENGALAMI
MENGHAYATI
Tahun

: 4 Aspirasi

Hari

:Selasa

Bil. Murid

: 40 orang

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tajuk

: Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Masa

: 8.00 pagi - 9.00 pagi

Tarikh

: 4 April 2017

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.4 Melafazkan dan memahami puisi 4.4.1 Mendeklamasi sajak
dengan

intonasi

yang

betul sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

menggunakan bahasa yang indah secara secara
didik hibur.

dengan

didik

hibur

serta

memahami

maksud sajak tersebut.

Cara pelaksanaan :
1. Set Induksi :Guru menunjukkan tayangan gambar graduan yang berjaya
memegang segenggam ijazah di Universiti sambal bersoal jawab dengan murid.
2. Pada langkah pertama, murid diminta membaca sajak secara mekanis mengikut
guru cara mendeklamasikan sajak dengan betul.
3. Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak dengan iringan muzik seperti
instrumental yang sedih untuk menyentuh emosi murid.
4. Murid-murid diminta untuk memejamkan mata mereka dan cuba menghayati
23

atau mengalami bahan sastera dengan cara guru ; mengaitkan bahan sastera
dengan pengalaman sedia ada;
5. Aktiviti pengajaran selepas itu bertumpu kepada soal jawab secara kritis
berkaitan komponen penting dalam sajak

dan refleksi semula apa nilai dan

pengajaran dalam sajak.
6. Beberapa wakil murid akan mendeklamasikan semula sajak tersebut pada akhir
proses pengajaran dan pembelajaran disertai lafaz ikrar akur janji.
3.0 HURAIAN LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI
Pada set induksi, guru menunjukkan tayangan gambar graduan yang berjaya
memegang segenggam ijazah di Universiti sambal bersoal jawab dengan murid.Hal
ini demikian kerana guru ingin menerapkan sikap ingin berjaya suatu hari nanti
kepada murid-murid ini.Selepas tayangan gambar tersebut,guru bersoal jawab
mengenai bagaimana cara untuk berjaya dan mengaitkannya dengan pengalaman
kehidupan murid-murid untuk berjaya suatu hari nanti. Guru juga mengaitkan isi
pelajaran dengan tajuk iaitu berkaitan kasih sayang dan pesanan ibu bapa untuk
mereka ke sekolah.Guru juga bersoal jawab berkaitan apa itu deklamasi Sajak.
Pada langkah pertama, murid diminta membaca sajak secara mekanis mengikut
guru cara mendeklamasikan sajak dengan betul.Hal ini demikian kerana,guru akan
menunjukkan cara yang betul untuk mendeklamasi sajak dan murid membaca
secara mekanis supaya jelas dan teratur.Pada langkah kedua pula, murid-murid
diminta untuk mendeklamasikan sajak dengan iringan muzik seperti instrumental
yang sedih untuk menyentuh emosi murid.Hal ini demikian kerana,apabila
instrumental

itu

sedih,mereka

akan

lebih

fokus

dan

mencuba

untuk

mendeklamasikan sajak dengan betul.
Pada langkah ketiga, murid-murid diminta untuk memejamkan mata mereka dan
cuba menghayati atau mengalami bahan sastera dengan cara guru ; mengaitkan
bahan sastera dengan pengalaman sedia ada. Pendekatan ini membolehkan pelajar
menjiwai sesebuah karya sastera dan mengaitkannya dengan cara menghargai ibu
bapa supaya berjaya suatu hari nanti.Aktiviti pengajaran selepas itu bertumpu
24

kepada soal jawab secara kritis berkaitan komponen penting dalam sajak

dan

refleksi semula apa nilai dan pengajaran dalam sajak.Sesi bersoal jawab ini mampu
merungkai permasalahan murid-murid yang ingin mengaitkan dengan pengalaman
diri sendiri.Seterusnya, beberapa wakil murid akan mendeklamasikan semula sajak
tersebut pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran turut disertai lafaz ikrar
akur janji.Hal ini dilaksanakan supaya murid dapat menyedari tingkah laku mereka
dan berjanji akan berubah menjadi lebih baik lag
4.0 RASIONAL KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
Pendekatan mengalami dan menghayati merupakan pendekatan yang memerlukan
pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Pendekatan ini membolehkan pelajar untuk mcmahami isi cerita yang dikaji secara
terperinci sebelum memahami aspek-aspek struktur sesebuah karya. Pelajar hanya
menilai aspek-aspek struktur yang tertentu.
Selain itu,melalui kaedah ini juga, pelajar boleh menyatakan pengalaman
mereka. Tetapi, untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan-soalan sastera
agak sukar kerana pelajar tidak didedahkan kepada pembelajaran yang bersifat
struktural. Kaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu
pengalaman itu dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri.
Individu itu ada pengalaman tersendiri. Kaedah ini lebih menekankan penikmatan.
Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Guru
menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu
pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di
dalam sesuatu aspek yang dikaji.Di samping itu,

rasional pemilihan kaedah

mengalami menghayati ini kerana pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif
tertentu tetapi lebih kepada mencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap
menarik perhatian dan menarik minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan.
Bahan bantu mengajar penting bagi menyuburkan imaginasi pelajar. Murid-murid
akan dilatih berfikiran kritis dan kreatif, memberi pendapat, pertimbangan wajar,
penilaian, kritikan dan sebagainya.

25

Murid-murid juga boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman yang
lebih mendalam. Kajian intrinsik,kerohanian, jiwa. nilai, hati nurani, kemanusiaan
dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus akan
menusuk ke

jiwa

pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan

meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar akan menggunakan
pengalaman masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.

Rasional kaedah mengalami menghayati kerana setiap individu mempunyai
pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Bahan sastera juga merupakan
rakaman pengalaman manusia.
5.0 RASIONAL TEKNIK DEKLAMASI

Deklamasi bukan ucapan semata. Deklamasi juga harus disertai gerak-gerak muka,
kalau perlu dengan gerak seluruh anggota badan atau seluruh tubuh, tetapi yang paling
penting sekali ialah gerak-gerak muka. Rasionalnya, dengan ucapan-ucapan yang baik
dan teratur, diserta dengan gerak geri muka nescaya akan bertambah menarik, apa lagi
kalau ditonton. Dari gerak geri muka itu penonton dapat merasakan dan menyaksikan
mengertikan puisi yang dideklamasikan itu.
Seorang pendeklamasi sajak akan dinilai mempunyai pengertian terhadap
sesuatu puisi, manakala ia sanggup mengucapkan kata demi kata pada tiap baris puisi
disertai kesan yang terlihat pada air mukanya. Jika tidak berhasil, dikatakannya si
pembaca puisi itu belum mempunyai apresiasi atau apresiasinya terhadap puisi itu agak
kurang. Dalam istilah umumnya apresiasi diterjemah lebih jauh lagi sebagai
penghayatan.
Seorang pendeklamasi yang baik ialah harus menghayati makna dan isi puisi
yang

akan

dideklamasikan

dan

tanpa

menghayatinya,

maka

sudah

tentu

persembahannya bakal hambar, lesu dan tak bertenaga.Rasionalnya,deklamasi adalah

26

satu teknik yang sesuai dilaksanakan untuk memebaca sajak dengan kaedah
mengalami menghayati.Pengajaran sastera melalui teknik deklamasi bermaksud
mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera menerusi puisi. Isi kar