Budaya dan Iklim Sekolah (1)

Budaya dan Iklim Sekolah

Pengenalan
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis
keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada
proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu
bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimanapun,
budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim
sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya
sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.
Budaya Sekolah
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah
sebagai"realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya
sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are
willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk
about."
Manakala
Gary
Phillips

(1993)
menyatakan
budaya
sekolah
sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms
of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel
included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration
and collegiality."
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu
lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan
kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan
mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar
dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat
dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah
dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti
kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan
mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan
kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan


gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas
naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan
oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih
budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan
nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru
Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau
menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi
ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya
yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati,
Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan
perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya
Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap
pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan
ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Iklim Sekolah
Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya
dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil
interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam

sekolah tersebut secara keseluruhannya.
Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai
suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini
berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza
berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung
kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.
Iklim Sekolah sangant mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya
melalui pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan
kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh
sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan
personality pelajar. Ada juga sesetengah pelajar menganggap sekolah
merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya meninggalkan
kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian , peranan iklim
sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan
kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi
sekolah itu sendiri
Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang
teratur, terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan
satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran


berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka,
kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang
baik. Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan
matlamat dan persekitaran sekolah tersebut. Berikut merupakan situasi-situasi
yang menunjukkan terbentuknya budaya dan iklim sekolah. Antaranya ;
Perhubungan Interpersonal
Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai
hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan
terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa
memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan
profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di
sekolah itu.
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga
pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan
oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa
mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masingmasing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan
penilaian mereka.
Kepimpinan Pentadbiran

Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea
daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua
melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi
sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan
menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka.
Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan
perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan
digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..
Kemudahan Fizikal
Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan
sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan

teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan
fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan
kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Pencapaian Pelajar
Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur
iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan
kepada kehendak dan objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung

jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga
alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan
latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap
prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi
penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi
murid berkenaan.
Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu,
sekolah perlu beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab
sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
Disiplin Sekolah
Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana
disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa
penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses
pembelajaran.
Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah
berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan
membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan
seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga

sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu
sekolah itu.

Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini
akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala
masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar

yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan
menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan
Pembentukan budaya dan iklim sekolah
Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;
Menghargai permuafakatan
Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi.
Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri
sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang
lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-membantu sesama staf.
Mengamalkan nilai kesejawatanan
Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan
peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama.

Kesejawatanan atau "collegiality"bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan
perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau
tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang
berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan gurugurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping
mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme,
pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam
interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah
Guru-guru berkeyakinan tinggi
Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima
cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan.
Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi
lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan
profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah
dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang
belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.
Ada komitmen yang tinggi

Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara
berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi
terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada

perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang,
tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan
kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen
yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau
masyarakat samaada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala
amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Budaya sekolah
mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warga
sekolah. Terdapat aspek-aspek budaya sekolah yang diwarisi dan ada juga yang
dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri dengan tujuan supaya budaya sekolah
yang positif dapat dibentuk. Sebenarnya, pembentukan budaya sekolah yang
positif juga boleh dilakukan dengan pelbagai jenis aktiviti-aktiviti contohnya ;
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi
membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia
bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor
dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan
diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan

tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat
berjalan dengan baik
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 14 Februari 2009 hari sabtu jam
8.00pagi-12.00 tengahari di sekolah. Para guru dan pelajar-pelajar dibahagikan
kepada 6 kumpulan. Kumpulan 1 bertugas membersihkan kawasan padang
termasuk belakang kantin, kumpulan 2 bertugas mengecat garisan keselamatan
kuning di tepi longkang, tangga dan mana-mana tempat yang dianggap bahaya

kepada murid.Kumpulan 3 bertugas mengecat dan membersihkan surau dan
kawasan sekelilingnya. Kumpulan 4 pula membersihkan kawasan bengkel
pertanian dan tapak petanque. Kumpulan 5 bertugas membersihkan tumbuhan
menjalar di pagar sekeliling sekolah. Manakala kumpulan 6 pula mengemaskini
papan-papan kenyataan serta membersihkan bilik-bilik khas. Selepas aktiviti
gotong-royong diadakan, kawasan sekitar sekolah telah menjadi bersih dan
ceria.
KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT
Kursus Kemahiran Maklumat untuk pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 telah
diadakan pada 16-17 Januari 2009. Objektifnya adalah untuk memberi input
kepada pelajar berkaitan cara terbaik untuk mencari maklumat di pusat sumber.

Dalam kursus ini, pelajar telah diberikan taklimat tentang kaedah pencarian
maklumat serta peraturan asas dalam penggunaan Pusat Sumber. Kursus ini
telah berjaya membimbing pelajar mencari maklumat secara lebih berfokus
dalam Pusat Sumber Sekolah
HARI TERBUKA
Hari Terbuka telah diadakan pada 27 Jun 2008(Jumaat) bermula dari 8.00pagi
sehingga 12.00 tengahari. Ibubapa atau penjaga pelajar telah datang ke sekolah
untuk mengambil slip keputusan anak jagaannya. Pada hari inilah, guru
tingkatan berkesempatan untuk berbincang dengan mereka tingkah laku anak
jagaannya di sekolah cara-cara bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar
sekolah. Hari Terbuka tahun ini mendapat sambutan yang baik.
MAJLIS PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH
Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995.
Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan
masyarakat setampat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang
dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni
selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Bagi tahun 2008, HKS
disambut di peringkat sekolah dan melibatkan penyertaan yang menyeluruh di
kalangan para pelajar, anggota koperasi, guru-guru, kakitangan sekolah dan
masyarakat setempat. Tema HKS tahun lepas ialah "Koperasi Sekolah Memupuk
Keusahawanan". Beberapa aktiviti bukan pertandingan dijalankan sepanjang
perayaan Hari Koperasi (23-27 Jun 2008) iaitu jualan penghabisan stok,
penanaman pokok, penyebaran informasi mengenai koperasi dan cabutan

bertuah, manakala aktiviti yang dipertandingkan ialah kuiz koperasi dan
pertandingan poster.
PERKHEMAHAN PERDANA
Perkhemahan Perdana Pasukan Unit Beruniform telah diadakan pada 25-27 Julai
2008 bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum SK Green Road. Seramai 240 pelajar mengambil bahagian dalam
perkhemahan ini. Objektif perkhemahan kali ini adalah untuk membentuk
disiplin diri murid dalam melaksanakan rutin harian sebagai murid yang
cemerlang, melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dalam era globalisasi
serta mempunyai kualiti kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum
dan disiplin. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan dalam perkhmahan
kali
ini.
Antaranya
adalah
seperti Flying
Fox, Abseilling/Repailing, orienteering,Burma Bridge, mendirikan khemah,
pertandingan
memasak
cara
hutan,
malam
kebudayaan, barbecue, nightwalk dan sebagainya
MAJLIS PELANCARAN KEMERDEKAAN
Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
telah diadakan pada 4 Ogos 2008. Beberapa persembahan pelajar ditunjukkan
dalam majlis pelancaran ini. Para pelajar juga menyanyikan lagu patriotik "Jalur
Gemilang"
dan
"Malaysiaku
Gemilang".
Aktiviti-aktiviti
akan
yang
dipertandingkan dalam bulan kemerdekaan adalah pertandingan membuat kain
rentang, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan kholam, pertandingan
menulis sajak, pertandingan Jigsaw Puzzle, pertandingan melukis potret tokoh,
pertandingan keceriaan kelas dan sebagainya
MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN

Sempena dengan Minggu Anti Dadah Kebangsaan. Sambutan Hari Anti Dadah telah berlangsung
pada hari Sabtu, 5 April 2008 di dewan serbaguna SK St. James. Minggu AntiDadah adalah
anjuran bersama Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan St. James.
Program ini dirangka untuk mengzahirkan seruan kerajaan supaya semua pihak terlibat secara
langsung dalam membanteras penyalahgunaan dadah.Dengan tema PERANGI DADAH HABISHABISAN dan DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA diharapkan program ini akan mendatangkan
kesedaran kepada pelajar tentang akibat buruk yang akan menimpa apabila terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Antara acara yang dijalankan adalah:

1. Ceramah kesihatan dan kesedaran dadah
2. Pertandingan Sajak Anti Dadah
3. Pertandingan Mewarna dan Melukis poster Anti Dadah.
Objektif pelaksanaan Minggu Anti Dadah Kebangsaan adalah untuk ;

1. Melahirkan warga pelajar yang menjalani hidup sihat tanpa dadah
2. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah
dan kesan-kesan yang akan dihadapi akibat penyalahgunaan dadah
3. Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan agensi seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia,Agensi AntiDadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.
4. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi
yang terlibat dalam memerangi dadah
5. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar tindakan undang-undang yang boleh diambil
terhadap penyalahgunaan dadah.
PROGRAM NILAM
Pada 17 Mac 2003 telah dilancarkan Program Nilam dengan rasminya oleh En
Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK. St.James bertempat di dataran
perhimpunan sekolah. Matlamat Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di
kalangan murid-murid. Ada dua objektif program ini dilancarkan untuk
menjadikan murid banyak membaca, menggalakkan sekolah terus menjana idea
kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dan membina tabiat
membaca yang berkekalan di kalangan murid.
PROGRAM DISIPLIN SIFAR
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab
serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.

2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu,
demokratik, adil, liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain
secara rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain,
dan menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta
menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan
hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.

BULAN DISIPLIN
Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan sesebuah
sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat,
maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat
mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SK St.James.

Rasional pelaksanaannya
Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik. Berakhlak dan
berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan
kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya
dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.
Soalan c
· Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang kerani
dibelikan pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru yang sering
menanda buku pelajar tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer, tidak
ada kerusi empuk dan tidak ada alat hawa dingin.

· Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang
sendiri untuk membuat alat bantu mengajar.
· Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi
murid . Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.
· Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead Projektor,
LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan sebagainya.
· Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti menggantikan lampu
yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak, menggantikan cermin tingkap yang
rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan sebagainya.
KESIMPULAN
Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan
diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan
memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih
serta ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian
Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang
pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut
oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya
mendokong Wawasan 2020.
Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program
pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman
sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan
setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama guru
berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha
meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan ditangani bersama demi
membentuk sekolah berkesan.
Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai Guru Besar,
Penolong Kanan atau pun Guru Kanan Mata Pelajaran, tidak semudah yang
disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta beberapa ciri kepemimpinan
perlulah ada dan dikuasai pada tahap yang cemerlang dan tinggi supaya
matlamat, misi dan visi sekolah, masyarakat dan negara dapat
dicapai. Merealisasikan sebuah sekolah yang berkesan dan berwatak, dengan
iklim yang positif dan budaya yang tersohor tidak mungkin dicapai dengan
berangan-angan sahaja. Semua warga sekolah mestilah memahami konsep

berhubung keberkesanan dan kecemerlangan in secara menyeluruh di samping
menumpahkan segala komitmen dengan semangat kesejawatanan yang tinggi
dalam menggarap dan mewujudkan sekolah berkesan dan berwatak.
RUJUKaN
Abd. Shukor Abdulah, (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah –
Isu Strategi Dalam Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. XXXII (71).. m.s 1033.
Al Ramaiah, (1995). Penyeliaan ; Satu Beban & Kemudahan. Kuala Lumpur :
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Al Ramaiah, (1999). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya :
IBS Buku Sdn. Bhd.
Barkley, William M.; et. al. (1985) bertajuk " The Impact of Practicum Supervision
with vs. without Audio Tapes" , ERIC_NO: ED264478
Benjamin, R. (1981). Making School Work. New York : The Continuum Publishing
Company.
Ellet, C.D., & Walberg, H.J. (1979). Principal's Competency, Enviroment, and
Outcomes
in
H.J.
Walberg
(Ed),
Educational
Enviroment
and
Effects. Berkerly,Cal. : McCutchan Publishing Corporation.
Fullan, M. (1982). The Meaning of Educational Change. New York : Teacher
College, Colombia University.
Ginsberg, R. (1988). Worhty Goal... Unlikely Reality : The Principal as
Instructional Leader. NASSP Bulletin, Vol. 72 (507).p. 76-82.
Glickman, Carl D. (1989). Supervision Of Instruction;
Approach. Massachusetts : Allyn & Bacon, Inc.

A

Developmental

Hoy, W.K. & Forsyth. P.H. (1986). Effective Supervision. New York : McGraw Hill.
Hussain Mahmood, (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Ibrahim Mamat, (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Posted by Pemulihan's Group at 2/19/2011 05:22:00 PTG
Labels: Ilmu Pendidikan