Aplikasi Frog VLE dalam Pengajaran dan P

BAB 2
SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan
Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah adalah satu konsep

pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom,
Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan
diamalkan. Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah
berasaskan internet, yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan
membolehkan mereka berbincang, berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek.
Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mesti ada
komputer dan boleh mengakses secara talian (on-line) dari mana-mana tempat. Ahli
komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai
perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi
tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.
Persekitaran pembelajaran maya (VLE) bagaikan sebuah bilik darjah online dan
ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras laman web
yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam

pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau ruang forum
(social network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian (online
assessment). Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan
menyemak kerja sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah
dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan
11

pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis
melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian
Internet.
Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa di dalam persekitaran
pembelajaran maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli
komuniti, untuk mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan
dengan tajuk yang diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel
dan juga senarai tambahan sumber yang boleh diperolehi secara on-line dari lamanlaman web lain harus disertakan.
Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana
berlaku komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan
murid yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara
bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga
ada proses pemantauan dan penilaian yang dijalankan bertujuan menilai tahap

penguasaan pelajar.
Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar
memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula
melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana
pelajar secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui
penerokaan, perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

2.2

Teori Pembelajaran
Corak pembelajaran yang wujud pada masa kini adalah hasil daripada usaha

individu –individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses
pembelajaran. Hasil usaha tersebut telah membawa kepada terhasilnya beberapa teori
12

pembelajaran yang diguna pakai di dalam bilik darjah. Terdapat dua teori yang utama
iaitu Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme.

2.2.1 Teori Kognitif (Cognitive)

Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. Jika
maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak,
maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai.
Teori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses yang
berlaku dalam fikiran pelajar. Implikasi Teori Kognitif dalam pengajaran ialah struktur
pengetahuan lebih tersusun dan mempunyai organisasi, manakala pelajar berkemahiran
mendapatkan pengetahuan.
Untuk mengaplikasi teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan
pelajar secara aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan
pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu
memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk
memudahkan pemprosesan. Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar sesuatu dengan
kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja.
Manakala kelemahan teori ini pelajar hanya belajar satu kaedah untuk melakukan
sesuatu dan kaedah tersebut berkemungkinan bukan kaedah yang terbaik atau yang
sesuai dengan pelajar atau situasi pada masa berkenaan.
2.2.2 Teori Konstruktivisme (Constructivist)
Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada. Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang
aktif dan pelajar membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman.

Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang
13

dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka
dengan maklumat baru. Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah: (i) guru
mengalakkan pembelajaran melalui penemuan, (ii) guru dan pelajar berinteraksi secara
aktif, (iii) guru menyesuaikan pengajaran mengiku kefahaman pelajar, (iv) guru guna
turutan yang paling aktif untuk memberi pengetahuan.
Kekuatan teori ini pelajar penterjemah realiti yang pelbagai, pelajar dapat
menangani masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula
tiada keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan
masalah mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masingmasing yang mereka katakan betul.

2.3

Pendidikan Teknologi Abad ke -21

2.3.1 Kemahiran Abad ke 21
Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan
pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber

pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu,
Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru,
kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks
pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih
canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti
komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti internet perlu
disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.

14

Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah salah satu
pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat. Amatlah
penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh
mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi.
Malah lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan
pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran

dalam suasana yang baru. Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam
penggunaan komputer atau lebih dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer
beupaya meningkatkan mutu pembelajaran.
Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah sama
ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di Malaysia
akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET.
Pelajar kita akan tergolong dalam’Global Classroom’. Mereka berpeluang bersidang
dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah
dengan pelajar lain di seluruh dunia. Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan
kepada kemahiran yang menjurus kearah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum
berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar
dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam
kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan
konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli kumpulan. Penekanan terhadap cara
berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti kurikulum menjurus kepada
kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional
serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea,
pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik
atau penghasilan produk baru.
Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum perlu banyak menonjolkan

aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membinadaya imaginasi dan
15

boleh memberi pandangan. Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam
pelaksanaan kurikulum generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang
mahir, cekap dan berketerampilan ditempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang
berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi
peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Kebolehan
bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi penekanan. Arus globalisasi dan
ledakan

maklumat

memerlukan

kebolehan

pelbagai


bahasa

supaya

boleh

berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam
pelbagai bahasa.

2.3.2 Pelajar Abad ke 21
Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami
tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti
mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu
melaksanakannya tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut
dengan soal asas pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan
mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abad ke-21 antaranya, berupaya menbuat hubung
kait, bijak menyoal, yakin dalam berkomunikasi, mengambil risiko, dahagakan ilmu,
bersifat ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak mudah berputus asa, mendengar dan

membuat refleksi sendiri, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, mampu belajar
dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi.
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai
ciri-ciri tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu
16

melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan
modal insan yang sangat berguna terhadap Negara.
Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan
teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang
serba canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada
abad ke-21 sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma
merangkumi membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah
melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing
pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai
dan mengumpul serta mengulasmaklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru
juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya
meningkat di kalangan pelajar abad ke-21.
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar

untuk berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat
mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi
pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi
membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi,
semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital
iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti
WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan
Yahoo, dan portalperkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar
memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di
peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat
sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan
pentadbir. Justeru, penggunaan Frog VLE adalah antara program Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

17

2.4

Perbandingan Pengajaran Tradisional dan Pengajaran Maya

Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru

dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada
muridnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan
murid terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya murid
tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka murid tersebut akan kekal tidak
memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara
individu kerana bilangan murid yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan,
bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru untuk
mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Pengajaran &
pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah.
Di dalam pembelajaran maya fokus utamanya adalah murid. Suasana
pembelajaran ini akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam
pembelajarannya kerana murid boleh berbincang dengan guru atau rakan mereka secara
maya. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama
untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran
yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh
dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.

2.5

Apa itu Frog VLE?

18

Rajah 2.1: Sistem Frog VLE
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi
sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Kemudahan ini
dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah rendah
kerajaan dijangka menerima akses Internet dan VLE pada pertengahan tahun 2013. VLE
yang telah dilancarkan pada Mac 2012 ini akan terus dilakukan secara berperingkat.
Setiap sekolah akan diberi akses VLE selepas latihan dijalankan kepada setiap guru dan
seterusnya kepada murid.
Banyak sekolah-sekolah di negara maju telah mengaplikasikan Frog VLE ini di
dalam pentadbiran dan pengajaran sekolah mereka. Aplikasi ini juga menjadi pemenang
untuk ‘Education Investor Awards 2012’ bagi aplikasi pembelajaran maya terbaik pada
tahun ini. Sekolah-sekolah ini dipanggil 'model technology schools' seperti Grove
Junior and Infant School di Handsworth, UK di mana pengajaran dan pembelajaran
maya telah dijalankan dengan jayanya untuk matapelajaran bahasa dan matapelajaran
lain-lainya. Sekolah-sekolah ini menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbentuk
maya telah menjadi ikutan dan dipraktikan oleh sekolah lain. Di dalam sistem
pendidikan di negara kita pengajaran dan pembelajaran maya ini baru mula
dipraktikkan. Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses
di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah juga. Fail dan data yang disimpan di cloud
boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet.

19

2.6

Cara-cara menggunakan Frog VLE

Rajah 2.2: Antara muka Selamat Datang Frog VLE
Sebelum memulakan aplikasi ini, pelajar diberi ID log masuk (password)
peribadi sendiri dan akses percuma ke VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE. Mereka
akan mendaftar di laman web FROG VLE yang telah didaftarkan oleh sekolah.

Rajah 2.3: Antara muka Pendaftaran Frog VLE
Selepas pendaftaran, murid akan mempunyai laman sendiri atau My Dashboard
iaitu halaman pertama yang akan ditemui selepas log masuk ke dalam Frog VLE. Saya
telah meminta murid untuk membina dashboard mereka sendiri di dalam aplikasi Frog
VLE. Saya juga telah memberi latihan ke dalam laman web interaktif Frog VLE ini
untuk menghubungkan guru dan murid secara maya. Di sini, guru menyediakan nota
serta soalan dan murid menjalankan latihan secara maya atau online pada bila-bila
20

masa. Di samping itu, murid boleh berinteraksi dengan guru secara langsung di dalam
aplikasi ini. Aplikasi ini secara tidak langsung memberi satu era baru dalam
meningkatkan percambahan minda pelajar yang tidak terhad kepada bacaan buku
semata dalam menajam ilmu pengetahuan bagi menjana daya intektual mereka.

Rajah 2.4 : Halaman Pelajar dalam Frog VLE
Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds,
atau notifikasi. Murid boleh menggunakan Widgets untuk mengubah rupa dan
kandungan Dashboard mengikut kesesuaian di mana murid boleh memilih senarai yang
ada untuk menetapkan latarbelakang Frog VLE atau memuat naik imej sendiri.
Sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
dijalankan di Internet menerusi Frog VLE. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog,
atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ini juga ialah satu sistem pembelajaran
berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Terdapat
lebih 14 pautan dalam ruangan utama Frog VLE dan diantaranya seperti Assignments,
Calendar, Booking Calendar, Community, Departmental Sites, My Dashboard, School
Dashboard, Forums, Lesson Resources, Frog Store, Resource Manager, Sites, My Documents,
dan School Documents.
21

Assignments:
Guru menanda
dan memberikan
komen terhadap
latihan pelajar.

Calendar:
Menguruskan
jadual persendirian.

Booking
Calendar:
Memperlihatkan
kalender sekolah,
jadual mesyuarat
dan
menempah
bilik.

Community:
Berkongsi idea,
dan
mendapat
maklumbalas
daripada
guru
dan rakan.

Departmental
Sites:
Pelbagai bahagian
dalam sekolah.

My Dashboard:
Boleh diubahsuai
menggunakan
drag-and-drop.

School
Dashboard:
Semua berita dan
pengumuman
sekolah.

Forums:
Menghubungkan
dan berkomunikasi.

Lesson
Resources:
Simpan dan akses
fail
guru
menggunakan
cloud.

Frog
Store:
Koleksi
web
berkaitan
isi
pembelajaran
terbaik

Resource
Manager:
Ruang
simpanan
peribadi.

Sites:
Menghasilkan
website
yang
mudah dan cantik.

My Documents:
A
one-stop
location
Menguruskan
semua fail, web
dan sumber.

School
Documents:
Untuk
sekolah
menyimpan
dokumen
seperti
surat
kebenaran
,PTA,minit
mesyuarat,
dan
banyak lagi.

Rajah 2.5: Pautan-pautan dalam Ruangan Utama Frog VLE

Guru boleh mengakses segala-galanya yang mereka perlukan dalam sehari
dengan beberapa klik sahaja di mana Frog VLE ini menghubungkan semua sistem
sekolah bersama-sama. Sekolahsekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan
akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah
22

pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan
serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Walaupun murid secara mudahnya
dapat mengakses maklumat dari internet, tetapi kandungan Internet juga ditapis secara
terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses
murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang
disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Penutup
Penggunaan Frog VLE boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan tidak formal. Dengan adanya Frog VLE ruang lingkup
pembelajaran bukan sahaja berlaku di kelas malahan dapat dilakukan dimana-mana dan
pada bila-bila masa dengan syarat adanya sambungan internet. Teori pembelajaran yang
terdapat dalam penggunaan Frog VLE seperti teori Kognitif, dan Konstructivisme amat
membantu dalam keberkesanan PdP . Kesimpulannya, banyak kebaikan dalam
penggunaan Frog VLE iaitu memudahkan komunikasi, merapatkan jurang antara
pendidik dan pelajar, memudahkan perbincangan dan membantu dalam pembinaan
kemahiran insaniah tertentu seperti kerjasama kumpulan.

23