Sphider

1

Kata-Kata Aluan
Pengarah IPN

Penaung:
Y. Bhg. Dato’ Mohd. Salleh bin Mahmud

Sidang pengarang:
En. M. Indrasathi
En. Zaharin bin Othman
En. Abdul Aziz bin Mokhtar
Cik Noorisma binti Noor Adnan
Cik Maziah binti Musa
Dr. Shahril bin Baharim
En. Kong Sing Hong

Pembantu Pengarang:
En. Dzulkifli bin Mohd Affandi
En. Mohd. Helmi bin Abd Rahim


Reka Bentuk Dan Reka Letak:

Salam sejahtera.
Saya memanjatkan rasa syukur kerana penerbitan Tinta IPN Volum
1 tahun 2009 telah berjaya diterbitkan buat julung-julung kalinya.
Perancangan untuk menerbitkan Tinta IPN ini telah lama dibuat dan
menjadi salah satu daripada KPI IPN dalam konteks penerbitan bagi
tahun 2009. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
pegawai IPN yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penerbitan Tinta IPN ini terutamanya dari Unit Penyelidikan,
Pembangunan dan Kawalan Kualiti (R&D). Saya percaya tanpa
penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada para pegawai yang
terlibat sudah pasti Tinta IPN ini tidak dapat diterbitkan seperti yang telah
dirancangkan.

En. Hairman bin Pauzi

Fotograi:

En. Mior Afiq bin Mior Wahididdin


Promosi Dan Publisiti:
En. Noramin bin Juminen

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Pengurusan
Tertinggi JANM kerana sentiasa memberikan bantuan dan dorongan
kepada IPN di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan demi mencapai misi dan visi IPN.
Sebagai sebuah institusi latihan dan pembelajaran yang berperanan
dalam membangunkan modal insan di sekor awam, IPN komited
untuk memastikan segala maklumat ilmiah dapat disampaikan kepada
golongan sasar dengan cepat, tepat dan berkesan. Sebelum ini,
medium penyampaian ilmu di IPN adalah melalui pelaksanaan
kursus semata-mata. Kini, IPN telah mengorak langkah sedikit
ke hadapan dan sedang berusaha untuk melaksanakan penerbitan
berbentuk ilmiah sebagai salah satu kaedah penyampaian ilmu.
Penerbitan Tinta IPN ini adalah sebagai langkah permulaan IPN dalam
bidang penerbitan dan diharapkan ianya mampu untuk menjadi satu
bahan rujukan ilmiah yang mudah kepada semua golongan sasar
khasnya.


ANM

Nota:
Semua pandangan yang disiarkan di dalam penerbitan
ini tidak semestinya mencerminkan pendirian institut
atau jabatan. Penerbitan semula mana-mana bahagian
yang disiarkan dalam penerbitan ini dalam sebarang
bentuk tanpa mendapat kebenaran adalah dilarang
sama sekali.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pegawai-pegawai
yang telah menyumbang artikel untuk dimuatkan di dalam terbitan
pertama Tinta IPN ini. Semoga ianya akan menjadi inspirasi kepada
pegawai-pegawai yang lain untuk terus berkarya dan menyumbangkan artikel ilmiah kepada pihak penerbitan Tinta IPN untuk memastikan
pelaksanaan penerbitannya akan berterusan. Akhir kata, saya
mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru 2010’ dan semoga tahun baru ini
akan menjadikan IPN lebih cemerlang demi mencapai visinya untuk
menjadi ’Institut Pembelajaran Yang Menjadi Pilihan dalam Bidang
Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam’.

Sekian, terima kasih.

M. Indrasathi
2

Cabaran Menggapai Kecemerlangan
Teks Ucapan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd. Salleh bin Mahmud
Akauntan Negara Malaysia Pada Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, 19 Jun 2009

Pertamanya, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keizinan dan limpah kurniaNya, maka dapat kita bersamasama hadir pada hari ini bagi meraikan Majlis Penganugerahan
Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008, Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat
Dato’ Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan
II kerana telah melapangkan masa untuk bersama-sama kita
pada pagi ini serta merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang Tahun 2008 Peringkat Jabatan Akauntan Negara
Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah kepada warga jabatan yang telah terpilih untuk menerima
anugerah ini. Kepada mereka yang tidak terpilih, bukanlah
bermakna mereka tidak cemerlang, cuma mungkin masanya saja
yang belum tiba lagi. Bersabarlah. Selaku ketua perkhidmatan,
saya merasa bangga kerana mempunyai kakitangan yang
berpegang kepada nilai-nilai kerja yang murni seperti dedikasi,
jujur, amanah serta mempunyai integriti dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab seharian.

Beberapa sarjana Inggeris ada mengatakan: “Knowledge Is
Power”. Namun timbul satu persoalan, Is Knowledge Really
Power? Saya percaya bahawa, Actionable Knowledge Is Power.
Dengan kata lain, ilmu pengetahuan yang dimiliki mestilah disertai
dengan amalan atau aplikasi terhadap ilmu tersebut. Tidak ada
gunanya kita menguasai ilmu tetapi kita tidak mengamalkannya.
Ilmu akan lebih mudah berkembang dan faedahnya akan lebih
dirasai sekiranya ia dapat dikongsi bersama.


Penubuhan Institut Perakaunan Negara adalah merupakan
manifestasi kepada komitmen jabatan untuk melahirkan
kakitangan perakaunan yang berilmu. Ia merupakan pelan
jangka panjang jabatan untuk mempertingkatkan kompetensi
modal insan dalam perkhidmatan perakaunan melalui pelan
latihan berstruktur. Pada Tahun 2008 sahaja, sebanyak 4,034
kakitangan awam telah mengikuti pelbagai program latihan di
institut ini termasuklah latihan yang berkaitan dengan program
perakaunan, kewangan dan pengurusan. Keupayaan institut
ini akan sentiasa diperkasakan selaras dengan visinya untuk
menjadi institut pembelajaran pilihan dalam bidang perakaunan
dan kewangan sektor awam.

Namun harus juga diingatkan, anugerah ini bukanlah satu
noktah berakhirnya usaha-usaha mencapai kecemerlangan.
Usaha ini adalah usaha berterusan yang memerlukan iltizam
dan kesungguhan yang jitu walaupun setelah kita menamatkan
perkhidmatan. Individu yang cemerlang adalah individu yang
sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadi cemerlang di

dunia dan di akhirat.
Sama ada kita mahu atau tidak, kita telahpun berada dalam arus
globalisasi yang mendesak kita untuk sentiasa berfikir bagaimana
untuk memastikan anggota perakaunan di sektor awam terus
relevan. Untuk terus relevan, kita harus menjadi pemain utama
dalam meningkatkan akauntabiliti kerajaan, khususnya dalam
konteks perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam.
Fenomena yang mencabar ini memerlukan kita cekap dalam
membuat keputusan, bertindak dengan pantas dalam memenuhi
dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.
Justeru itu, kita tidak boleh leka dan selesa dengan apa yang
kita ada pada hari ini. Amalan pengurusan terbaik pada hari
ini boleh menjadi lapuk dalam tempoh yang singkat. Oleh itu,
usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan budaya
kerja jabatan adalah cemerlang, bersesuaian dengan visi
jabatan untuk menjadi organisasi terbilang dalam perkhidmatan
perakaunan dan kewangan sektor awam.
Di sinilah letaknya kepentingan ilmu dalam menjelaskan
kecemerlangan sama ada di peringkat individu mahupun
jabatan. Warga jabatan di semua peringkat harus mempunyai

sikap yang positif dalam menimba ilmu. Konsep "continuous
learning" atau pembelajaran berterusan harus disemai ke
dalam diri kita supaya kita menjadi individu yang sentiasa
kehadapan, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan
perkhidmatan dan perakaunan sektor awam, yang dewasa ini
sering dibahaskan di dalam forum, seminar atau persidangan
di dalam dan luar negara. Ilmu boleh menjadikan kita lebih
kritikal dan analitikal dalam membuat penilaian tentang
sesuatu perkara dan lebih matang dalam membuat sesuatu
keputusan.

3

Justeru itu, gunakanlah peluang ini untuk menimba sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan kerana perkhidmatan perakaunan
dewasa ini memerlukan kemahiran yang pelbagai, tidak boleh
lagi hanya bergantung kepada ilmu perakaunan sektor awam
yang dimiliki. Suka saya mengingatkan, ilmu perakaunan itu
sendiri telah berkembang untuk memenuhi tuntutan semasa
yang semakin kompleks. Perkembangan pesat dalam

teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetus keperluan
untuk membangunkan sistem perakaunan menggunakan
teknologi ini untuk mengurus maklumat-maklumat perakaunan
dengan lebih pantas dan tepat. Sistem-sistem perakaunan
dan kewangan yang dibangunkan oleh jabatan ini seperti
GFMAS, eSPKB, SAGA, SPEKS dan SPM memerlukan
perkhidmatan perakaunan terlibat secara langsung dengan
proses pembangunan sistem, bermula dari pengurusan
projek, rekabentuk sistem, pengujian sehinggalah kepada
pelaksanaannya.
Situasi ini memerlukan perkhidmatan
perakaunan untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan
komunikasi dan teknologi maklumat, rekabentuk sistem
maklumat, pengurusan pengkalan data, pengurusan
organisasi, pengurusan sumber manusia dan bidang-bidang
lain yang boleh menambah nilai bukan saja kepada diri sendiri
tetapi juga kepada jabatan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
menyentuh tentang kepentingan mencapai petunjuk
prestasi. Zaman di mana prestasi ditentukan oleh jabatan

atau agensi kerajaan mengikut sasaran sendiri tanpa
merujuk kepada penanda aras yang sebenar telah
lama berlalu. Sebagai penjawat awam, kita sentiasa
dibayangi oleh jangkaan untuk lebih accountable dan lebih
peka untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang pelbagai, dari
para pelabur sehinggalah kepada pembayar cukai.

4

Sebagai sebuah jabatan yang mempunyai tanggungjawab dalam
meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan kerajaan
persekutuan, tugas mendefinisi prestasi dan petunjuk prestasi
yang memfokuskan kepada kepuasan pelanggan bukanlah satu
perkara yang mudah memandangkan saiz jabatan yang semakin
berkembang beserta dengan kepelbagaian dalam prosesproses kerja yang diamalkan.
Persoalan seperti apa yang
perlu diukur; bolehkah ianya diukur dan di manakah data dan
maklumat boleh diperolehi adalah di antara persoalan-persoalan
yang memerlukan kita untuk berfikir dengan lebih jauh bagi
memastikan pelanggan menerima kualiti perkhidmatan yang

disampaikan. Kesemua ini adalah cabaran besar yang perlu
dipikul oleh kita semua kerana ‘AG Milik Kita Bersama’.
Sudah tentu banyak yang boleh diperkatakan berhubung
dengan kecemerlangan individu dan organisasi dan
kepentingannya
dalam
pembangunan
sektor
awam
khususnya dan negara Malaysia amnya. Selaku Ketua
Jabatan, saya merasa bangga mempunyai perkhidmatan
perakaunan yang telah banyak menyumbang kepada
pembangunan jabatan pada keseluruhannya. Sesungguhnya
mereka adalah aset yang tidak ternilai dan penting dalam
menentukan halatuju jabatan ini. Sebelum saya mengakhiri
ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Chor Chee Heung, dan syabas
serta tahniah kepada penerima anugerah dan semua yang telah
bekerja keras untuk menjayakan majlis pada hari ini. Harapan saya,
kekalkan perkhidmatan yang cemerlang ini dan gunakan
pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat dalam
membangunkan kerjaya masing-masing.

PELAKSANAAN SISTEM eSPKB SECARA
BERKESAN – ISU DAN CADANGAN
Noorisma Noor Adnan¹
Latar Belakang
Sistem Perancangan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB)
diwujudkan selaras dengan misi kerajaan untuk melaksanakan Aplikasi
Perdana Kerajaan Elektronik. Terdapat enam (6) aplikasi perdana di
bawah Kerajaan Elektronik iaitu:
i.
Generic Office Environment (GOE)
ii.
ePerolehan (eP)
iii.
Project Monitoring System (PMS/SPP)
iv.
eServices / eKhidmat
v.
Human Resources Management Information System (HRMIS)
vi.
Electronic Labour Exchange (ELX)
Namun begitu, eSPKB dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan
kewangan serta keperluan maklumat kewangan bagi empat projek
sahaja iaitu ePerolehan, PMS / SPP, eKhidmat dan HRMIS sahaja.
Sistem eSPKB membantu dalam proses kawalan belanjawan,
memantau perbelanjaan sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan
mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Fungsi utama
eSPKB ialah untuk mempercepatkan
proses pembayaran serta perakaunan
dan dengan adanya integrasi di antara
eSPKB dan Government Financial &
Management Accounting System
(GFMAS), urusan pembayaran dapat
dipercepatkan lagi.
Faedah-faedah eSPKB
Sistem eSPKB mempunyai banyak
faedahnya dan antara faedah-faedah
tersebut ialah seperti berikut:
Kawalan dokumen dibuat
dengan mengambil kira prosedurprosedur kewangan serta peraturanperaturan yang sedang berkuat
kuasa.
Penggunaan kad pintar
bagi capaian kepada sistem juga
mengetatkan lagi kawalan kewangan kerajaan.
Terdapat audit trail iaitu di mana semua tindakan yang dibuat
oleh pengguna semasa pemprosesan dokumen akan direkodkan secara
automatik dalam maklumat pengesahan.
Ketepatan data kewangan dalam akaun kerajaan adalah
lebih terjamin kerana data tidak perlu dikunci masuk semula oleh pejabat
perakaunan. Oleh yang demikian ia mengurangkan kesilapan manusia
(human error) semasa proses kunci masuk dilakukan.
Kedudukan baki peruntukan boleh diketahui pada bilabila masa sahaja berikutan pengemaskinian yang dilakukan secara
automatik. Ini membolehkan PTJ membuat perancangan perbelanjaan
dengan lebih terperinci dan terkawal.
Isu dan Cadangan
Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (EGAG) telah mengeluarkan garis panduan yang terperinci
berkaitan perkara-perkara teknikal bagi memastikan proses untuk
melaksanakan eSPKB di PTJ boleh berjalan lancar. Namun begitu masih
terdapat beberapa isu yang timbul dalam proses pelaksanaan ini yang
memerlukan perhatian bagi memastikan eSPKB dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan. Antara isu yang sering dihadapi adalah seperti berikut:

Kelengkapan infrastruktur seperti rangkaian setempat
(LAN) dan peralatan yang tidak lengkap akan memberi kesan
kepada pelaksanaan eSPKB. PTJ seharusnya diberi penjelasan
berkenaan pihak yang berkewajipan menyediakan LAN, talian
EG*Net
serta
peralatannya.
Pejabat
perakaunan
hanya
bertindak sebagai penggerak untuk melaksanakan eSPKB dan
tanggungjawab
untuk
menyediakan
kelengkapan-kelengkapan
tersebut terletak pada pihak kementerian/jabatan masing-masing.
Isu yang paling besar untuk melaksanakan sistem eSPKB
secara berkesan adalah berkaitan dengan masalah pegawai yang
menjadi pengguna sistem. Sering kali berlaku PTJ telah menghantar
pegawai yang tidak berkenaan semasa kursus / latihan eSPKB. PTJ
sepatutnya perlu mengenal pasti pada peringkat awal pelaksanaan
siapakah pegawai-pegawai yang akan bertanggungjawab sebagai
Penyedia, Peraku I atau Peraku II. Dengan cara ini akan dapat
memastikan kursus / latihan yang diberi berkesan dan tidak sia-sia.
Kurang kemahiran menggunakan komputer juga boleh
menimbulkan masalah semasa melaksanakan eSPKB kerana ia akan
menjadikan proses kerja menjadi lambat dan kemungkinan banyak kerja
yang akan tertangguh. Oleh yang demikian PTJ perlu lebih prihatin
berkenaan perkara ini dengan memberikan tunjuk ajar atau memberi
kursus kemahiran menggunakan komputer kepada semua pegawainya
terlebih dahulu. Kemahiran dalam bidang teknologi maklumat adalah
amat penting dalam urusan dunia hari ini kerana zaman telah berubah ke
era teknologi maklumat sepenuhnya.
Isu lain berkaitan dengan
pengguna eSPKB ini ialah berkaitan
dengan kekurangan pegawai di PTJ.
Terdapat PTJ yang menugaskan
hanya seorang pegawai sahaja
untuk setiap peranan. Masalah akan
timbul apabila pegawai berkenaan
terpaksa keluar untuk tugasan
rasmi atau bercuti. Semua kerjakerja kewangan akan tertangguh
kerana tiada pegawai lain yang
boleh menggantikan tempat beliau.
Seharusnya perjawatan di sesebuah
PTJ perlu memenuhi kriteria-kriteria
yang perlu bagi membolehkan eSPKB
dilaksanakan
dengan
berkesan.
Berikutan
dari
masalah
berkaitan dengan pegawai, sama ada tidak mahir menggunakan
komputer atau kekurangan pegawai di PTJ berkenaan telah
menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kad pintar.
Terdapat
pegawai yang menyerahkan kad tersebut kepada pegawai lain
untuk menyelesaikan kerja bagi pihaknya dengan alasan untuk
mengelakkan kerja-kerja tertangguh. Bagi mengelakkan masalah ini
daripada berterusan, semua pengguna perlu diberi kesedaran berkenaan
kepentingan kad pintar tersebut dan risiko yang akan dihadapinya apabila
menyerahkan kad pintar mereka untuk digunakan oleh orang lain. Ketua
PTJ atau Ketua Bahagian Kewangan juga harus bertegas dan sentiasa
mengingatkan pegawai-pegawai di bawah seliaannya berkenaan
perkara ini.
Masalah teknikal juga dihadapi dalam proses antaramuka
antara eSPKB dan ePerolehan yang selalu gagal.
Perkara ini
menyebabkan PTJ menghadapi masalah untuk mengeluarkan Pesanan
Tempatan melalui sistem ePerolehan. Masalah juga akan timbul
semasa proses pembayaran melalui eSPKB hendak dilakukan kerana
Pesanan Tempatan yang dikeluarkan oleh ePerolehan tidak ditanggung
dalam buku vot eSPKB. Perkara ini memerlukan PTJ untuk membuat
pelarasan buku vot. Sekali lagi pihak EGAG perlu memainkan peranan
untuk menyelesaikan perkara ini dengan mengadakan perbincangan
dengan Unit ePerolehan Kementerian Kewangan tentang cara-cara
untuk mengatasi masalah teknikal tersebut bagi memastikan objektif
utama untuk melaksanakan eSPKB dengan berkesan dapat dicapai.

1. Noorisma Noor Adnan, Ketua Program Perakaunan, IPN.

5

Rumusan
Dengan ciri-ciri yang ada pada sistem eSPKB secara keseluruhannya
akan dapat membantu untuk mempercepatkan proses pembayaran
dan perakaunan sesebuah PTJ. Banyak masa dapat dijimatkan oleh
PTJ dari segi penyediaan dokumen sehinggalah menghasilkan laporanlaporan yang diperlukan oleh pihak pengurusan masing-masing. PTJ
juga tidak perlu lagi menyelenggara rekod-rekod dan buku vot secara
manual kerana ia akan dibuat secara automatik oleh sistem sebaik
sahaja dokumen kewangan dikunci masuk dan diluluskan. Dengan
adanya penjimatan masa ini akan dapat meningkatkan produktiviti
sesebuah kementerian / jabatan tersebut.

Namun begitu PTJ perlu membuat persediaan lebih awal dari segi
infrastruktur dan pengetahuan untuk membolehkan pelaksanaan eSPKB
dibuat secara berkesan. Kerjasama antara PTJ dan pejabat perakaunan
adalah amat penting bagi mencapai matlamat ini. Dengan ciri-ciri
serta faedah-faedah yang ada pada sistem eSPKB disokong dengan
persediaan dari segi infrastruktur yang lengkap serta sumber manusia
yang mencukupi dan cekap bukan sahaja akan dapat memastikan sistem
eSPKB dapat dilaksanakan dengan berkesan malah tentunya dapat
meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam secara
keseluruhannya.

Kesimpulannya, bagi memastikan sistem eSPKB dapat dilaksanakan
secara berkesan di PTJ, kerjasama di antara Kementerian /Jabatan,
pejabat perakaunan dan juga EGAG yang bertindak sebagai pembangun
sistem adalah amat penting. Dengan adanya kerjasama serta hubungan
yang erat di antara kesemua pihak yang disebutkan tadi akan dapat
memastikan matlamat untuk melaksanakan sistem eSPKB dengan
berkesan di PTJ akan dapat dicapai dengan jayanya.

RUJUKAN
Kertas strategi pelaksanaan eSPKB (Sistem Perancangan Kawalan
Belanjawan Elektronik) di PTJ – disediakan oleh Pejabat Projek Aplikasi
Kerajaan Elektronik, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Laman web EGAG – http://egag.anm.gov.my
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1992 : Garis Panduan Untuk
Pelaksanaan Sistem Penyelenggaraan dan Penyesuaian Buku Vot
Secara Berkomputer
Arahan Perbendaharaan Bab B - Bahagian I - Perenggan 103 (Pindaan
2007 – Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2006)

Mutiara kata
“Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan
ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus hilang.”
(MARDEN O.S)
“Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.
Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada
keadaan itu sendiri.”
(ELIZABETH BARRET BROWNING)
Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku,
bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan pengetahuan.

6

KETIDAKPATUHAN DALAM PENGURUSAN
KEWANGAN DAN AKAUN : ISU, KEKANGAN
DAN PERANAN AUDIT DALAM SERTA
FAKTOR LAIN DALAM MENANGANI
MASALAH TERSEBUT
Jamatiah binti Mostal¹
Pengenalan
Ketua Audit Negara telah membangkitkan kelemahan-kelemahan
pengurusan kewangan dan akaun dalam laporannya tiap-tiap tahun.
Kelemahan-kelemahan ini timbul kerana Arahan Perbendaharaan, lainlain peraturan yang terkandung dalam Akta Prosedur Kewangan 1957,
Pekeliling-pekeliling dan Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan tidak
dipatuhi sepenuhnya.
Lanjutan daripada teguran di atas, kerajaan telah memutuskan bahawa
pelaksanaan Audit Dalam diperluaskan di Kementerian / Jabatan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Penubuhan Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) di Kementerian, Jabatan
dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan sebagai satu langkah
meningkatkan pengurusan kewangan dan akaun.
Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara terhadap
Penyata Akaun Awam dan Pengurusan Kewangan Tahun
2007, pada keseluruhannya Penyata Akaun Awam
Kerajaan Persekutuan Tahun 2007 menunjukkan
gambaran yang benar dan saksama serta rekod
perakaunannya telah diselenggara dengan
teratur dan kemas. Berhubung dengan
pengurusan kewangan, didapati masih
ada beberapa peraturan kewangan
yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Antara
kelemahan yang dikenal pasti di mana
telah menyebabkan ketidakpatuhan
dalam pengurusan kewangan iaitu
kekurangan
pekerja, kekurangan
latihan dalam aspek pengurusan
kewangan, ketiadaan penyeliaan dan
pemantauan yang rapi oleh ketua
jabatan.

Antara Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh Audit Dalam Berhubung
Dengan Ketidakpatuhan Dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun
i. Isu Audit Kawalan Bajet
• Jumlah perbelanjaan tahunan melebihi peruntukan tahunan
• Tiada perancangan perbelanjaan supaya mengelak kekurangan
atau lebihan peruntukan
ii. Isu Audit Kawalan Terimaan
• Tiada pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas wang pungutan
dan wang runcit (AP 309)
• Penyata Akaun Belum Terima (ABT) tidak disediakan dan
dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
mengikut peraturan semasa
iii. Isu Audit Kawalan Perbelanjaan
• Melaksanakan pembayaran sungguhpun perbelanjaan telah
melebihi peruntukan dengan alasan bahawa peruntukan
tambahan akan diluluskan oleh Perbendaharaan tetapi tindakan
yang selanjutnya bagi mendapatkan peruntukan tambahan tidak
diambil.
• Memecah kecil perolehan bagi mengelak sebutharga / tender dan
perolehan yang tidak mengikut spesifikasi serta harga perolehan
yang tidak munasabah.
Kekangan Yang Dihadapi Oleh Audit Dalam Yang Menyebabkan
Masih Berlakunya Isu Ketidakpatuhan Dalam Pengurusan
Kewangan dan Akaun




Audit Dalam didefinisikan sebagai satu
bentuk pemeriksaan dan penilaian secara
objektif, sistematik dan profesional ke atas
urusan kewangan, pengurusan dan operasi
lain sesebuah organisasi. Ianya juga merupakan
satu fungsi bebas, yang memberi kepastian
dan khidmat perundingan secara objektif untuk
menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi
organisasi.

Objektif Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi
menilai pengendalian dalaman dan aktiviti penyimpanan rekod. Ianya
juga membantu sesebuah organisasi dalam mencapai matlamatnya
melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan
menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Penyimpanan rekod kewangan
dan perakaunan yang tidak teratur
oleh pihak auditee
menjadi
masalah kepada pihak audit
kerana mereka tidak dapat
menjalankan kerja-kerja audit
dengan berkesan.

• Kerja-kerja pengauditan juga
mungkin gagal kerana pihak
auditee
enggan
memberikan
kerjasama membekalkan maklumat
dan keterangan yang diperlukan
dan penting.

Deinisi Audit Dalam

Objektif Audit Dalam

Pegawai yang ditempatkan di Bahagian
Audit Dalam tidak semuanya mempunyai
kelayakan, kemahiran dan pengetahuan
yang menyeluruh berhubung dengan
pengurusan kewangan dan akaun.


Dengan kurangnya komitmen yang
diberikan oleh pihak pengurusan maka
Bahagian Audit Dalam tidak diberi kebebasan
dan kerjasama untuk memeriksa semua dokumen
berkaitan bagi tujuan pengauditan.

Timbulnya salah faham di peringkat auditee bahawa tujuan
pengauditan yang dijalankan oleh pihak Audit Dalam adalah untuk
mencari kesalahan / kelemahan yang mana mengganggu proses kerja
seharian dan hanya membuang masa mereka.


Kurangnya pengetahuan dan kemahiran pegawai Audit Dalam juga
menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengesan sebarang
penemuan matan berhubung dengan penipuan atau penyelewengan
yang cuba diselindungkan oleh pihak auditee.



Penggunaan teknik dan pendekatan pengauditan yang lemah juga
menyebabkan ketidakpatuhan masih berlaku.



Pegawai-pegawai yang terlibat dengan tugas-tugas kewangan
kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

1. Jamatiah binti Mostal, Ketua Program kewangan, IPN.

7

Peranan Audit Dalam Dan Faktor Lain Dalam Menangani Isu
Ketidakpatuhan Dalam Pengurusan Kewangan Dan Akaun
i. Peranan Audit Dalam


Untuk mengesahkan rekod-rekod dan data kewangan
berserta perakaunannya adalah tepat dan boleh dipercayai
bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan.



Untuk mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar,
undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa
bagi meningkatkan integriti, kredibiliti dan akauntabiliti
sesebuah organisasi. Dengan kekerapan pengauditan,
ia dapat mengurangkan ketidakpatuhan kepada arahan /
peraturan dan secara tak langsung ianya dapat meningkatkan
kesedaran serta mengurangkan risiko penyelewengan.



Untuk mengkaji aktiviti organisasi bagi memastikan ianya
diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan dengan
memastikan setiap program / aktiviti yang dirancang adalah
kos efektif dan mencapai objektifnya.



Memberi khidmat nasihat mengenai kawalan dalaman
terhadap semua sistem di mana ianya membantu pihak
pengurusan dalam meningkatkan atau penambahbaikan
ke atas sistem kewangan dan kawalan dalaman serta
memastikan keberkesanan, kecekapan dan wujudnya
kawalan dalaman yang mencukupi.



Untuk melaporkan sebarang penemuan matan. Dengan
kemahiran dan teknik pengauditan yang cekap yang
digunapakai akan membawa kepada penemuan matan
maka secara tak langsung ianya dapat membantu pihak
pengurusan dalam mengesan sebarang penipuan yang
cuba disembunyi kan oleh pihak-pihak tertentu yang
berkepentingan peribadi.

ii. Faktor lain dalam menangani isu ketidakpatuhan :






Dengan pelaksanaan Sistem Perancangan dan Kawalan
Belanjawan Elektronik (eSPKB) di mana ciri-ciri sistem
tersebut mengambilkira prosedur kewangan dalam membuat
kawalan dokumen contohnya Pesanan Tempatan mestilah
disediakan terlebih dahulu daripada invois, pembayaran
hanya boleh dibuat sekiranya peruntukan mencukupi bagi
menampung perbelanjaan dan Buku Vot serta Buku Daftar
Bil tidak perlu diselenggara kerana ianya boleh dijana
daripada sistem eSPKB.
Sokongan atau komitmen serta penglibatan pihak
pengurusan amatlah penting kerana tanpa kerjasama dan
keprihatinan mereka maka segala pelaporan audit tidak
berkesan kerana tiada tindakan susulan atau tindakan
pembetulan dilakukan oleh pihak yang berkenaan.
Inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan dalam
memastikan pegawai-pegawai yang terlibat dengan tugastugas kewangan memiliki pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan diberi latihan / kursus yang sepatutnya.



Peranan pihak pengurusan dalam mengawasi dan
memantau segala aktiviti yang dilakukan oleh pegawaipegawai kewangan bagi mengelak berlakunya perkara
yang tak sepatutnya dan pihak pengurusan juga haruslah
memastikan segala rekod kewangan dan perakaunan
disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan serta membuat
pemeriksaan mengejut sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

Penutup
Sebagai kesimpulannya, isu ketidakpatuhan dalam pengurusan
kewangan dan akaun masih berlaku walaupun Bahagian Audit
Dalam diwujudkan kerana terdapatnya kekangan yang dihadapi
oleh pihak Audit Dalam contohnya kurangnya pengetahuan
pegawai Unit Audit Dalam dan pegawai yang terlibat dengan
tugas kewangan. Sehubungan dengan itu juga, terdapat
beberapa peranan Audit Dalam dan faktor lain dalam menangani
isu ketidakpatuhan tersebut contohnya peranan Audit Dalam
dalam mengesahkan rekod-rekod dan data kewangan berserta
perakaunan adalah tepat, komitmen dan penglibatan serta
peranan pihak pengurusan dalam mengawasi segala aktiviti yang
dilakukan oleh pegawai kewangan serta dengan pelaksanaan
Sistem eSPKB yang mana ciri-cirinya mengambilkira prosedur
kewangan.

RUJUKAN :
Asas Pengauditan (Edisi Kedua) Oleh Takiah Iskandar
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979 : Pelaksanaan
Audit Dalam Di Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 : Pelaksanaan
Audit Dalam Di Kementerian / Jabatan Persekutuan Dan
Kerajaan Negeri
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1996 : Garis
Panduan Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun Di Kementerian, Jabatan Dan BadanBadan Berkanun
Kertas Strategi Pelaksanaan eSPKB Di PTJ – Disediakan Oleh
Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik, Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.

8

JENIS-JENIS HASIL DAN TUNGGAKAN HASIL
BAGI KERAJAAN PERSEKUTUAN
Maziah binti Musa¹
Pengenalan
Hasil Kerajaan Persekutuan adalah segala hasil atau wang yang
didapatkan atau diterima oleh kerajaan kecuali kutipan zakat,
fitrah, Baitulmal atau hasil Agama Islam seumpamanya.
Kerajaan Persekutuan menerima hasil yang terdiri daripada hasil
cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah
Persekutuan.
Jumlah hasil yang diterima bagi tahun 2007, 2006 dan 2005
adalah masing-masing RM139,885 juta, RM123,546 juta dan
RM106,304 juta. Peningkatan hasil ini adalah disebabkan
oleh pertumbuhan ekonomi negara yang mapan seterusnya
menyumbangkan kepada hasil dari cukai pendapatan yang
semakin meningkat.

Jenis-Jenis Hasil
Hasil Cukai
Hasil cukai adalah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan
individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat berasaskan
perundangan yang diluluskan oleh Parlimen. Hasil cukai
diklasifikasikan kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung.
Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terus ke atas
pendapatan dan kekayaan mengikut akta-akta yang diluluskan
seperti Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai-cukai
tersebut adalah cukai pendapatan, cukai sewa filem, duti harta
pusaka, duti setem dan cukai atas keuntungan hartanah. Cukaicukai ini ditadbir dan dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM).
Dalam tahun 2007, jumlah cukai pendapatan yang dikutip adalah
sebanyak RM65,658 juta iaitu 47% dari jumlah hasil yang terdiri
daripada komponen utamanya iaitu cukai pendapatan syarikat
sebanyak RM32,149 juta, cukai pendapatan individu sebanyak
RM11,661 juta dan cukai pendapatan petroleum sebanyak
RM20,453 juta. Cukai pendapatan syarikat ini adalah meningkat
sebanyak RM5,672 juta (21%) dari tahun 2006. Jumlah cukai
langsung yang lain bagi tahun 2007 adalah duti setem sebanyak
RM3,404 juta dan cukai ke atas keuntungan hartanah sebanyak
RM278 juta.
Cukai tidak langsung
pula
adalah
cukai
yang dikenakan secara
tidak langsung ke atas
individu dan cukai
ini hanya dikenakan
apabila
seseorang
individu
membeli
atau
menggunakan
sesuatu
barangan
atau
perkhidmatan.
Contoh cukai tidak
langsung adalah duti
eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai jalan dan
cukai perkhidmatan. Duti eksport, duti import, duti eksais dan
cukai perkhidmatan ditadbir dan dikutip oleh Jabatan Kastam
Dan Eksais Diraja manakala cukai jalan dikutip oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan.

Jumlah kutipan cukai tidak langsung bagi tahun 2007 adalah
sebanyak RM25,772 juta iaitu meningkat sebanyak 3% berbanding
tahun 2006. Komponen utamanya adalah terdiri daripada duti
eksport sebanyak RM2,322 juta, duti import sebanyak RM2,424
juta, duti eksais sebanyak RM7,910 juta, cukai jualan sebanyak
RM6,642 juta dan cukai perkhidmatan sebanyak RM3,013 juta.
Hasil cukai adalah penyumbang terbesar kepada jumlah hasil
Kerajaan Persekutuan iaitu 68% (RM95,168 juta) berbanding
jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM139,885 juta pada tahun
2007.
Hasil Bukan Cukai
Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip dari perkhidmatanperkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.
Hasil bukan cukai termasuklah kenaan bayaran daripada kelulusan
permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan barang
dan harta, sewa dan hasil dari pelaburan. Kadar-kadar bayaran
yang dikenakan adalah berasaskan kepada akta-akta tertentu
yang diluluskan di Parlimen.
Jumlah hasil bukan cukai yang dikutip dalam tahun 2007 adalah
sebanyak RM43,950 juta iaitu 31% daripada jumlah keseluruhan
hasil. Berbanding dengan tahun-tahun 2006 dan 2005 jumlah
hasil bukan cukai adalah sebanyak RM36,005 juta dan RM25,052
juta masing-masingnya.
Terimaan Bukan Hasil
Terimaan bukan hasil terdiri dari semua pulangan balik perbelanjaan.
Contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang
berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang
lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang
lalu.
Hasil Wilayah Persekutuan
Hasil Wilayah Persekutuan pula adalah terdiri dari hasil cukai
dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah-Wilayah
Persekutuan. Contohnya adalah hasil daripada kedai tuak, hasil
daripada tanah, lombong dan hutan dan hasil daripada lesenlesen.
Pada tahun 2007, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah
Persekutuan hanya menyumbang sebanyak 1% kepada jumlah
hasil negara iaitu sebanyak RM767 juta. Berbanding pada tahun
2006 jumlahnya adalah RM911 juta dan RM657 juta pada tahun
2005.

Tunggakan Hasil
Di dalam menguruskan pungutan hasil-hasil tersebut, kerajaan
menghadapi masalah tunggakan hasil yang cukup signifikan
dan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Laporan Ketua
Audit Negara menunjukkan pada tahun 2007, sebanyak 57
Kementerian/Jabatan Persekutuan mempunyai tunggakan hasil
berjumlah RM14.08 bilion dan RM9.48 bilion daripada jumlah
tersebut adalah melebihi 3 tahun. Manakala bagi tahun 2006,
jumlah tunggakan hasil adalah RM14.62 bilion dan daripada
jumlah tersebut RM9.23 bilion telah tertunggak melebihi 3 tahun.
Bagi tahun 2005 pula, jumlah tunggakan hasil adalah RM12.06
bilion dan RM9.43 bilion pada tahun 2004.
Jumlah tunggakan hasil ini cukup signifikan dan merugikan
negara. Jika dibandingkan dengan hasil pada tahun 2007 yang
berjumlah RM139.89 bilion, jumlah tunggakan hasil ini adalah
lebih kurang 9% daripada hasil yang sepatutnya diterima.

1. Maziah bt Musa, Ketua Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti, IPN

9

Kelemahan Pengurusan Tunggakan Hasil
Peningkatan jumlah tunggakan hasil ini mencerminkan
kelemahan di dalam pengurusan tunggakan hasil. Beberapa
kelemahannya di peringkat kementerian/jabatan, Jabatan
Akauntan Negara Malaysia dan Perbendaharaan Malaysia yang
dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam tahun 2007 adalah
seperti berikut:i. Kesilapan kementerian/jabatan melaporkan tunggakan hasil
pada akhir tahun disebabkan oleh rekod yang tidak lengkap
dan tidak kemas kini.
ii.

Penyata Tahunan Tunggakan Hasil yang disediakan oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) didapati tidak
tepat kerana JANM hanya menyatukan Penyata Tahunan
Tunggakan Hasil yang diterima daripada kementerian/
jabatan tanpa menyemak ketepatannya terlebih dahulu.

iii. Di peringkat Perbendaharaan Malaysia, kelemahannya
adalah berhubung dengan pertimbangan permohonan hapus
kira tunggakan hasil yang mengambil tempoh yang panjang
Rekod mengenainya juga tidak diselenggara dengan lengkap
dan tidak dikemas kini.

Langkah Untuk Mengatasi
Bagi memperbaiki pengurusan tunggakan hasil, beberapa
tindakan telah diambil oleh kerajaan seperti mengeluarkan
pekeliling-pekeliling baru yang lebih komprehensif dan kemas
kini.
Di antaranya ialah Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2008 : Garis Panduan
Untuk Penyenggaraan Dan Pelaporan Akaun Belum Terima (ABT)
bagi menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1986
dan berkuatkuasa bagi pelaporan ABT mulai tahun kewangan
2008. Melalui pekeliling ini, pemungut perlu menyenggara rekodrekod ABT termasuklah tunggakan hasil dengan lengkap dan
kemas kini. Selain itu tatacara ABT yang merangkumi perkaraperkara berikut perlu diwujudkan:i. Tatacara hendaklah mempunyai sistem yang berkesan bagi
mengemas kini rekod ABT dengan tepat;
ii. Tatacara hendaklah membolehkan penyemakan semula dan
tindakan susulan terhadap amaun yang masih belum
dijelaskan;
iii. Tatacara hendaklah memudahkan penyediaan laporan ke
atas jumlah ABT yang sebenarnya; dan
iv. Tatacara untuk menghapus kira hutang lapuk perlu selaras
dengan
Arahan
Perbendaharaan
dan
Pekeliling
Perbendaharaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Pekeliling ini juga menghendaki semua pemungut melaporkan
ABT kepada Pegawai Pengawal sebulan selepas 30 Jun dan
31 Disember setiap tahun. Pegawai Pengawal perlu menyatukan
maklumat berkenaan dan mengemukakan laporan seperti pada
30 Jun dan 31 Disember secara menyeluruh dan lengkap bagi
agensi di bawah kawalannya kepada Akauntan Negara Malaysia
dengan salinannya kepada Ketua Audit Negara dan Bahagian
Kawalan dan Pemantauan, Perbendaharaan Malaysia. Agensi
yang tidak mempunyai ABT pada tarikh laporan, dikehendaki
mengemukakan penyata yang memaklumkan tiada ABT pada
tempoh tersebut.

10

Semua laporan ABT pada 30 Jun hendaklah dikemukakan
kepada Akauntan Negara Malaysia selewat-lewatnya 31 Ogos
tahun semasa. Manakala laporan ABT pada 31 Disember
perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 28 Februari tahun
berikutnya.
Semua laporan yang disediakan perlulah mengikut format
yang telah dinyatakan bagi memudahkan analisa dan tindakan
selanjutnya diambil.
Selain itu, Pekeliling Perbendaharaan Bil 13 Tahun 2008:
Pengurusan Kehilangan dan Hapus Kira Wang Awam bagi
menambah baik Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 1990
telah dikeluarkan dan berkuat kuasa mulai 17 November 2008.
Pekeliling ini adalah sebagai penjelasan kepada Arahan
Perbendaharaan supaya pengurusan kehilangan dan hapus
kira wang awam termasuk tunggakan hasil dikendalikan dengan
teratur dan sempurna.
Menurut pekeliling ini, laporan hasil yang pastinya tidak dapat
dikutip dan yang melebihi tempoh 6 tahun perlu dilaporkan kepada
Pengawai Pengawal untuk kelulusan hapus kira. Pengawai
Pengawal hanya perlu memanjangkan laporan tersebut
kepada Perbendaharaan jika ianya mengandungi tindakan
(surcaj)
kepada
sesuatu
kementerian/jabatan/pegawai
bertanggungjawab selepas kelulusan.
Kelulusan hapus kira boleh dilakukan oleh Pegawai Pengawal
seperti yang dinyatakan melalui Perwakilan Kuasa P.U (B) 436
dan proses hapus kira tunggakan hasil akan lebih cepat tanpa
perlu dihantar kepada Perbendaharaan.

Penutup
Hasil Kerajaan Persekutuan datangnya dari segala hasil dan
pendapatan kecuali zakat, fitrah dan hasil Baitulmal yang lain.
Pengurusan jenis-jenis hasil yang diterima perlu lebih efisien
supaya jumlah tunggakan hasil tidak bertambah dari semasa ke
semasa.
Amnya, Kerajaan telah mengambil langkah yang perlu untuk
mengatasi masalah tunggakan hasil dengan mengemas kini
peraturan semasa. Oleh yang demikian, pemungut perlu
mengurus dan mentadbir tunggakan hasil yang ada kini dengan
mematuhi undang-undang dan peraturan semasa bagi menjamin
peningkatan hasil negara dan berkurangnya tunggakan hasil.

Rujukan
Arahan Perbendaharaan.
Akaun Awam Persekutuan 2007.
Akaun Awam Persekutuan 2006.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006.
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2008.
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 2008.

FAKTOR-FAKTOR TEKANAN DI TEMPAT
KERJA DAN GEJALA TEKANAN KERJA
Zaharin Bin Hj Othman¹
Pendahuluan
Kebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap mengenai
tekanan. Kita bukan hanya dapat mendengarnya melalui
perbualan harian tetapi juga dapat mendengar dan mengetahuinya
melalui televisyen, radio, surat khabar dan di dalam
persidangan-persidangan, di dalam institusi-institusi dan dalam
kursus-kursus di universiti yang menjurus ke arah topik tekanan.
Pernyataan ini disokong oleh ramai para sarjana yang menyatakan
tekanan adalah merupakan satu realiti yang tidak dapat dielak dalam
kebanyakan persekitaran pekerjaan. Tekanan sudah dianggap
sebahagian daripada perkara yang harus ditempuhi di dalam
kehidupan dan ada yang mengatakan tekanan adalah rempah
ratus kehidupan pada masa kini.
Tekanan kerja telah menjadi satu perkara atau bidang
keutamaan yang bukan sahaja diperkatakan dalam sektor
akademik tetapi juga dalam sektor industri dan juga sektor
kerajaan. Tekanan kerja semakin menjadi perhatian kepada
majikan-majikan dan kerajaan sejak lebih daripada 20 tahun.
Dewasa ini, tekanan telah menjadi satu agenda yang utama
kerana ianya berpotensi memberikan kos kepada individu
dan juga organisasi dalam melaksanakan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengurangkan tekanan di tempat
kerja dan tekanan juga berisiko untuk mendatangkan pelbagai
kerosakan. Tekanan berkaitan kerja pada masa kini adalah
cabaran terbesar terhadap aspek kesihatan orang-orang yang
bekerja dan aspek kesejahteraan bekerja di dalam sesebuah
organisasi. Adalah dilaporkan bahawa kos yang berkaitan dengan
tekanan sangat besar di mana organisasi-organisasi yang terlibat
kehilangan di antara US$100 hingga US$300 billion setahun.
Kos-kos ini termasuklah ketidakhadiran bertugas, kemalangan,
perbelanjaan kesihatan dan penurunan dalam produktiviti.

Penemuan Mengenai Konsep Tekanan
Kajian mengenai konsep tekanan telah diperkenalkan oleh
Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye, seorang
penyelidik yang ternama di abad ke 20 telah menyumbangkan satu
konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit
berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, sebagai seorang pelajar
perubatan tahun kedua, beliau pertama kalinya telah mengenal
pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakitpesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit
dan memanggil keadaan ini sebagai ’sindrom baru jatuh sakit’
(syndrome of just being sick). (Selye,1974). Dengan sindrom baru
jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan ujikaji pelbagai stimulus
tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat
tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS(General
Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan
atau amaran (alarm phase), penolakan (resistance phase)
dan keletihan (exhaustion phase). Tanda-tanda peringkat
amaran telah berlaku sebagai contohnya ialah apabila badan
mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar
degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat
penolakan berlaku ialah apabila badan berusaha untuk melawan
tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan ialah apabila
penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.

Deinisi Tekanan
Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud
sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang.
Manakala kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983)
mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress
sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet.
Seyle (1964)
adalah orang yang pertama menggunakan
terma ’tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan
psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh
yang sebaliknya.
Menurut Dr Fariza Md Sham (2007), Ketua Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM
mendefinisikan tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai
dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan
kegelisahan amat dalam. Beliau juga mendefinisikan tekanan
mengikut kamus Human Behaviour sebagai ketegangan fizikal
dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang
boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu
keadaan. Manakala kamus Behavioral Science mendefinisikan
tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang
menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.

Aktiviti riadah boleh mengurangkan tekanan – gambar hiasan

Faktor-Faktor Atau Punca Tekanan Kerja
Para penyelidik telah mengenal pasti dan mengkategorikan
punca-punca tekanan kerja kepada beberapa faktor. Mereka
telah mengkategorikan punca-punca tekanan kerja kepada lima
faktor iaitu intrinsik kepada pekerjaan, peranan individu dalam
organisasi, pembangunan kerjaya, perhubungan di tempat kerja,
struktur dan iklim organisasi.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang berpotensi mewujudkan
tekanan kerja seperti faktor individu, organisasi dan persekitaran.
Faktor-faktor tersebut boleh mendatangkan kesan kepada tahap
tekanan di kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi.Tekanan
boleh memberikan kesan positif dan negatif kepada pekerja
dan organisasi. Kesan positif tekanan akan menghasilkan satu
dorongan atau motivasi untuk meningkatkan prestasi dan
produktiviti. Kesan negatif pula boleh menjejaskan prestasi dan
produktiviti pekerja dan organisasi secara keseluruhannya.

1. Zaharin Bin Hj Othman, Timbalan Pengarah, Seksyen perancangan korporat, IPN

11

Seterusnya, faktor-faktor yang menjadi punca kepada tekanan
kerja iaitu faktor intrinsik kerja, peranan dalam organisasi,
hubungan di tempat kerja, pembangunan kerjaya, struktur dan
iklim organisasi dan hubungan rumah dengan kerja. Faktor
intrinsik kerja ialah keadaan kerja, risiko dan budaya kerja, masa
bekerja yang lama, perjalanan, beban kerja yang berlebihan
dan penggunaan teknologi baru. Persekitaran fizikal seperti
kualiti udara, cahaya, hiasan, kebersihan, kebisingan, perabot
dan ruang bekerja juga boleh memberi kesan ke atas minda
seseorang dan akhirnya boleh menyebabkan tekanan kerja.

Gejala Tekanan Kerja
Tekanan kerja yang berterusan yang dialami oleh seseorang itu
boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada individu
yang terlibat. Tekanan kerja boleh diklasifikasikan kepada
tiga kategori iaitu kesan yang mempunyai simptom ke atas
fisiologikal, psikologikal dan tingkah laku. Kesan dan simptom
fisiologikal ini pula dibahagikan kepada kesan jangka pendek
seperti sakit kepala dan kesan jangka panjang seperti ulser,
tekanan darah tinggi dan serangan jantung serta kesan tidak
menentu seperti mengalami perut berasid. Kesan psikologikal
pula seperti mengalami apathi, menjadi pelupa, perasaan
ketidakpuasan hati dan terganggu.
Manakala kesan dari
segi tingkah laku di antaranya ialah kehilangan selera makan,
kekurangan atau pertambahan berat badan, perubahan dalam
tabiat merokok, perubahan dalam tabiat meminum minuman
keras dan perubahan mendadak dari segi rupa diri.

Penutup Dan Kesimpulan
Sehubungan dengan gejala atau kesan-kesan tekanan kerja
seperti yang dihuraikan di atas, kita juga dapati media massa
sering memaparkan berita-berita keganasan di jalan raya,
dalam rumah tangga dan di pejabat yang dilaporkan berlaku
kerana gagal mengawal emosi akibat tekanan. Sebagai contoh
terdapat segelintir golongan pendidik yang bertindak di luar
kawalan sehingga sanggup memukul dan mendera pelajar.
Keadaan menjadi semakin teruk dan serius apabila golongan
terbabit menghadapi masalah mengawal desakan dalam
diri sekaligus mendorong mereka menjadi cepat melenting,
panas baran dan membelasah pelajar. Faktor persekitaran
termasuk bebanan kerja dan tekanan emosi didapati telah
menjadi punca kepada tindakan di luar kawalan tersebut.
Berita mengenai kematian pelajar Malaysia di Mesir, Mohamad
Ishak kerana disyaki dibunuh oleh rakan senegara dan dipercayai
terlalu tertekan, menggemparkan masyarakat dunia dan Malaysia
khasnya. Peristiwa tragis ini bukan kes pertama membabitkan
pembunuhan akibat masalah tekanan hidup, malah banyak keskes ngeri lain seperti rompakan bersenjata, samun, rogol dan
sebagainya yang dilakukan berpunca dari tekanan emosi dan
tekanan hidup.

Perlu diketahui bahawa hampir semua sistem dalam badan terlibat
untuk bertindak balas terhadap tekanan. Walau bagaimanapun,
tindak balas oleh sistem kardiovascular, penghadaman dan otototot adalah yang paling ketara. Tindak balas ini dikenali sebagai
melawan atau menghindar. Tanpa mengira jenis tekanan yang
dialami, badan bertindak balas dengan cara yang serupa iaitu
penyaluran darah yang meningkat kepada jantung dan otot-otot,
meningkatkan tekanan darah dan mengeluarkan adrenalin ke
dalam sistem badan. Sistem penghadaman menjadi perlahan
manakala otot-otot menjadi tegang bersedia untuk bertindak
atau melawan.
Dari segi kesan atau impak, gejala tekanan boleh diklasifikasikan
kepada dua bahagian iaitu kesan kepada individu dan
kesan kepada organisasi. Kesan kepada individu pula dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu kesihatan, psikologi dan tingkah
laku. Kesan kepada kesihatan ialah seperti mengidap penyakit
jantung, strok, sakit belakang, ulser, sakit kepala dan penyakit
kulit. Kesan psikologi ialah masalah keluarga, gangguan tidur,
masalah seksual dan kemurungan. Kesan kepada tingkah laku
adalah seperti kuat merokok, mengambil minuman keras yang
berlebihan, penyalahgunaan dadah, keganasan dan kehilangan
atau pertambahan selera makan yang mendadak. Manakala
kesan ke atas organisasi pula ialah ponteng kerja, penurunan
dalam prestasi kerja, motivasi menurun, tiada kepuasan
atau keseronokan bekerja dan permusuhan sesama pekerja.
Emosi akibat tekanan-gambar hiasan

12

Kesan positif tekanan akan menghasilkan satu
dorongan atau motivasi-gambar hiasan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja telah menjadi satu isu
penting yang perlu dikawal dan diuruskan secara bijaksana,berhatihati dan berhemah oleh semua pihak supaya ia tidak menjadi
duri dalam daging dalam perkhidmatan awam dan swasta di
negara ini. Isu tekanan kerja bukanlah perkara yang terpencil
kerana ianya berlaku di sektor awam, swasta dan NGO. Manakala
tekanan dan punca-punca tekanan yang dialami oleh kakitangan
di ketiga-tiga sektor tersebut mungkin berbeza dari segi tahapnya
sama ada rendah atau tinggi. Walau bagaimanapun, kesan
dari tekanan kerja yang dialami yang kebanyakannya berbentuk
distress adalah hampir sama iaitu menyebabkan penurunan dalam
prestasi kerja dan produktiviti, kemurungan, gangguan kesihatan,
masalah disiplin yang kronik seperti ingkar arahan, ponteng kerja,
gagal mengawal emosi dan sebagainya. Justeru itu, isu ini perlu
ditangani dengan kaedah yang terbaik oleh semua pihak bagi
mengelakkan ianya menjadi gejala yang tidak terkawal dan
dalam konteks perkhidmatan awam pihak pengurusan tertinggi
perlu mengurus dan menangani tekanan kerja yang dialami
oleh anggota perkhidmatan awam dengan bijaksana demi
memastikan prestasi