Sphider

(1)

(2)

PENAUNG

Y.Bhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman

Akauntan Negara Malaysia

SIDANG PENGARANG

Norrezan Noordin

Husaini Abu

Abdul Aziz Mokhtar

Maziah Musa

Dr. Shahril Baharim

Norizan Abdul Hamid

Sutina Mahmod

Tuan Normaziha Tuan Mahyidin

Hezeri Abdul Rani

Siti Zuraida Awang

Norjasila Jamil

Mohd Helmi Abd Rahim

Nurlaili Mat Isa

PEMBANTU PENERBITAN

Nik Shuhairabani Nik Abdul Halim

Siti Farida Hasni Misiwan

REKA BENTUK DAN REKA LETAK

Nur Anisa Aziz

FOTOGRAFI

Mior Afiq Mior Wahididdin

PROMOSI DAN PUBLISITI

Noramin Juminen

Abdul Aziz Mosli

Kata-Kata Aluan

Pengarah IPN

Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi Buletin Kewangan – Tinta IPN Volum 1 / 2011 ini telah berjaya diterbitkan untuk tahun 2011. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada sidang pengarang dan seluruh pasukan penerbitan atas usaha gigih yang telah ditunjukkan sehingga buletin ini berjaya diterbitkan.

Apa yang lebih penting, Tinta IPN boleh dijadikan ‘platform’ bagi mengasah kemahiran menulis warga IPN khususnya tenaga pengajar yang mesti memiliki kemahiran ini bagi menambah baik teknik pengajaran melalui penulisan bahan-bahan mengajar. Selaras dengan hasrat Jabatan Akauntan Negara bagi melakukan transformasi dalam penyediaan penyata kewangan kerajaan persekutuan menggunakan asas akruan, adalah menjadi satu cabaran besar bagi semua tenaga pengajar IPN untuk mengemaskini bahan-bahan pengajaran agar ianya selaras dengan keperluan transformasi.

Sehubungan dengan itu, suka saya menyeru kepada semua warga IPN agar menggunakan ruang dan peluang yang disediakan melalui penerbitan berkala Tinta IPN untuk mengasah kemahiran menulis. Besarlah harapan saya agar Tinta IPN akan terus cemerlang di tahun-tahun mendatang dan menjadi kebanggaan seluruh warga IPN sepanjang masa.

Selamat maju jaya.

NORREZAN NOORDIN

Nota:

Semua pandangan yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian institut atau jabatan. Penerbitan semula mana - mana bahagian yang disiarkan dalam penerbitan ini dalam sebarang bentuk tanpa mendapat kebenaran adalah dilarang sama sekali.


(3)

Oleh: Y. Bhg. Datuk Akauntan Negara Malaysia Bersempena Hari Inovasi dan Integriti 2011 Jabatan Akauntan Negara Malaysia, W.P Putrajaya 25 Oktober 2011

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis.

Yang Berhormat Senator Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia;

Yang Berusaha Puan Rosini Abd Samad, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Inovasi JANM tahun 2011;

Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri; Pengarah-Pengarah Negeri dan Cawangan JANM, Pegawai Kanan JANM, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamuallaikum W.B.T; salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepa-da Y. Berhormat Senator Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai kerana kepa-dapat meluangkan masa untuk hadir pakepa-da pagi ini bagi me-rasmikan Hari Inovasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2011 ini. Penghargaan ini juga dipanjangkan kepada Yang Berusaha Puan Rosini Abd Samad, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) dan semua yang terlibat bagi menjayakan program hari ini. Untuk makluman YB. Senator Dato’, JANM telah mengadakan beberapa pertandingan sempena sambutan Hari Inova-si pada tahun ini. Antaranya adalah pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), pertandingan menulis esei, dan pertan-dingan mencipta tema/slogan Hari Inovasi JANM 2011. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah ke-pada semua pemenang pertandingan. Keke-pada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, teruskanlah menyumbang idea inovatif dan kreatif anda semua, demi kebaikan jabatan. Penyaluran idea inovatif dan kreatif ini tidak seharusnya terhenti semasa KIK atau sambutan Hari Inovasi sahaja, malah haruslah menjadi satu amalan yang berterusan. Tahniah juga saya ucapkan kepa-da warga Jabatan yang telah terpilih bagi menerima anugerah ”Pekerja Inovatif kepa-dan Kreatif” yang buat julung-julung kalinya di-adakan pada tahun 2011 ini, bagi menggantikan ”Anugerah Pekerja Contoh” yang telah dibuat dalam tahun-tahun sebelumnya. YB. Senator Dato’, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tahun 2012 dan seterusnya, adalah tahun-tahun yang mencabar, yang akan mencabar seluruh warga Jabatan ini dalam mengha-rungi transformasi dalam amalan perakaunan sektor awam, dari amalan perakaunan berasaskan tunai ubahsuai kepada amalan perakaunan berasaskan akruan. Transformasi ini merupakan respon Jabatan Akauntan Negara, kepada inisiatif Kerajaan dalam merencana Program Transformasi Kerajaan atau GTP yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Men-teri Malaysia. Perakaunan akruan akan dijadikan asas dalam penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan

Persekutu-an agar Malaysia setPersekutu-anding dengPersekutu-an negara-negara maju yPersekutu-ang lain dalam konteks pengurusPersekutu-an iskal yPersekutu-ang cekap

dan berhemah. Jabatan ini dan Kerajaan amnya, berkeyakinan penuh, pelaksanaan perakaunan akruan akan dapat menjelaskan dengan lebih baik konsep akauntabiliti dan integriti kerajaan dalam pengurusan serta perbe-lanjaan sumber kewangan negara. Dasar ini juga adalah selari dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan

kepentingan rakyat dan pencapaian, dalam menggapai impian menjadi sebuah negara maju dan berpendapa-tan tinggi.

YB. Senator Dato’, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Gerak kerja telah dimulakan seawal tahun ini dengan penglibatan beberapa warga Jabatan dalam MakmalStrategic Reform Initiatives (SRI) anjuran Performance Management and Delivery Unit atau PEMANDU di bawah Jabatan Perdana Menteri. Makmal ini telah merangka pelan halatuju dengan

men-genalpasti empat bidang keberhasilan yang mesti dicapai. Ini merangkumi, pembangunan polisi, piawaian dan standard perakaunan

kera-jaan persekutuan (mengikut IPSAS),

“Menggalas Cabaran Transformasi

Melalui Inovasi dan Kreativiti”

Mesej Daripada

Akauntan Negara Malaysia

kajian semula terhadap beberapa akta dan pekeliling kewangan, keperluan pembangunan sistem perakaunan dan keperluan chan-ge manachan-gement (termasuk latihan) bagi membangunkan keupayaan modal insan perkhidmatan perakaunan. Pencapaian kepada bidang-bidang keberhasilan ini, memerlukan keupayaan melakukan diagnosis yang sistematik dan menyeluruh ke atas sistem dan amalan perakaunan sedia ada bagi mengenalpasti keperluan khusus transformasi ini.

YB. Senator Dato’, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Salah satu faktor yang kritikal dalam menjamin kejayaan transformasi ini ialah setakat mana anggota perkhidmatan perakaunan dapat diperkasa dari segi penguasaan ilmu dan kemahiran. Ilmu dan kemahiran adalah ramuan penting dalam menghasilkan inovasi melalui kreativiti dalam pelbagai dimensi, merangkumi tadbir urus korporat, pengurusan dan pembangunan modal insan, penguru-san perakaunan dan kewangan, pembangunan sistem perakaunan, pengurupenguru-san perolehan, pengurupenguru-san aset dan pengurupenguru-san sis-tem penyampaian awam. Pembentukan inovasi dan kreativiti dalam memberi nilai tambah kepada hasil kerja yang berimpak tinggi,

mencabar perkhidmatan perakaunan untuk berikiran lebih dinamik dan terbuka, lebih kritikal dan analitikal dalam proses membuat

keputusan.

Aspek lain yang perlu diberi perhatian serius oleh perkhidmatan perakaunan ialah perbelanjaan melakukan transformasi. Perbe-lanjaan melakukan transformasi haruslah efektif. Faedah yang diperolehi daripada transformasi haruslah melebihi dari kos yang dilibatkan. Elakkan pembaziran, elakkan perbelanjaan yang tidak perlu, gunakan sumber-sumber sedia ada dengan penuh kreatif

bagi mewujudkan inovasi dengan kos yang paling ekonomi. Jika ini dapat dilakukan, sudah tentu ia memberi impak yang signiikan

bukan saja kepada pembangunan amalan perakaunan sektor awam, bahkan juga kepada pembangunan profesion perakaunan itu sendiri. Adalah menjadi satu harapan untuk melihat perkhidmatan perakaunan, khususnya para Akauntan dilihat profesional oleh perkhidmatan bukan perakaunan dalam melakukan transformasi.

YB. Senator Dato’, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Budaya kreativiti dalam melahirkan inovasi telah banyak didokumentasikan dalam bentuk bukti-bukti anecdotal yang membongkar rahsia bagaimana organisasi-organisasi besar di dunia begitu berjaya melakukan anjakan paradigma dan menjadi peneraju dalam menghasilkan sesuatu inovasi dalam bentuk produk atau perkhidmatan bagi memuaskan kehendak pelanggan. Dalam konteks perkhidmatan perakaunan, kita boleh mengambil pengkisahan ini untuk dijadikan teladan dan panduan bagi membudayakan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Sudah tentu ini merupakan satu cabaran besar buat kita semua. Namun, dengan keazaman dan motivasi yang tinggi, saya berkeyakinan, kita mampu menjadi peneraju dalam transformasi perakaunan sektor awam melalui pendekatan yang inovatif lagi kreatif.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh perkhidmatan perakaunan untuk bersama-sama menggalas cabaran trans-formasi ini dan menjadikan perjalanan ini sebagai satu proses pembelajaran yang bukan saja unik, bahkan menarik, kerana di sinilah letaknya ruang dan peluang untuk kita menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin, sama ada dalam bentuk latihan, bacaan, pemerhatian, wacana intelektual dan sebagainya.

Sudah tentu banyak yang boleh diperkatakan berhubung dengan inovasi dan kreativiti dalam merangsang kecemerlangan indi-vidu dan organisasi. Selaku Ketua Perkhidmatan, saya merasa bangga mempunyai anggota perkhidmatan perakaunan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan jabatan dan perkhidmatan pada keseluruhannya. Sesungguhnya anda semua adalah aset yang tidak ternilai pentingnya dalam menentukan halatuju jabatan ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB. Senator Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai di atas kesudian untuk hadir dan merasmikan majis Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Akauntan Negara Malaysia tahun 2011 ini. Ucapan penghargaan juga kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Hari Inovasi JANM dan semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Pekerja Inovatif dan Kreatif Tahun 2011 dan pemenang pertandingan. Harapan saya, kekalkan perkhidmatan yang cemerlang ini dan gunakan pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat dalam membangunkan kerjaya masing-masing.

Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya. Sekian terima kasih.


(4)

ISI KANDUNGAN

Dari Meja

Ketua Editor

1

11

21

29

39

49

7

15

25

35

43

55

Transformasi Perakaunan

Akruan : Memperkasa

Pembangunan Pengetahuan

Sumber Manusia Melalui Inovasi

dan Kreativiti.

Jasila Jamil

Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar

Penuh (PPBP) - Salah Satu Usaha

Bagi Mempertingkatkan Hasil

Kerajaan.

Hezeri Abdul Rani

Corporate Disclosure in Malaysia.

Husaini Abu

Institut Perakaunan Negara (IPN)

Performance Scorecard.

Norizan Abdul Hamid

Integriti Penjawat Awam :

Suatu Penghayatan

Nurlaili Mat Isa

Insurans Menurut Islam

Mohd Helmi Abd Rahim

Perakaunan Akruan : Cabaran Untuk

Akauntan.

Tuan Normaziha Tuan Mahyidin

Pengurusan Bayaran Kerajaan :

Cabaran RMK-10.

Maziah Musa

Model Ekonomi Baru: Cabaran Dan

Intipati Pelaksanaan Pengenalan:

Cabaran-Cabaran Harus Diharungi

Untuk Mencapai Cita-Cita

Azlinda Abdullah

Japanese and Social Capital.

Husaini Abu

Kegilaan Wang Plastik :

Suatu Fenomena

Sutina Mahmod

Pelaburan Emas

Siti Zuraida Awang

Salam sejahtera.

Tinta IPN telah memasuki tahun ketiga keluarannya. Alhamdulillah. Keluaran tahun ini memperlihatkankan artikel-artikel yang ditulis berkaitan dengan perakaunan dan kewangan sektor awam seperti konsep perakaunan akruan kerajaan persekutuan, model baru ekonomi, kutipan hasil, pengurusan bayaran kerajaan dan integriti penjawat awam. Terdapat juga artikel yang umum dan lebih bersifat diskriptif seperti tadbir urus korporat, social capital, insurans menurut islam, pelaburan emas dan wang ‘plastik’. Kesemua artikel ini telah ditulis dalam gaya bahasa yang mudah difahami, bermaklumat dan menjelaskan pendirian penulis dalam sesuatu isu.

Pada pengamatan saya selaku ketua editor, gaya penulisan oleh penulis-penulis yang terdiri daripada warga IPN telah menunjukkan peningkatan yang baik, namun masih banyak yang kita perlu pelajari dalam ilmu penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu. Walaupun tidak setanding dengan penulis-penulis hebat yang dapat menghasilkan beratus buku dalam hidup mereka, namun penulis-penulis IPN harus merasa bangga kerana sekurang-kurangya dalam hidup ini kita telah menghasilkan sebuah karya yang boleh memberi manfaat kepada individu yang membacanya. Saya percaya, dengan keazaman dan kaedah yang betul, kemahiran menulis akan memberi banyak manfaat kepada warga IPN dan perkhidmatan perakaunan amnya dalam konteks perkongsian dan pembangunan pengetahuan.

Jika kita dapat merenung sejenak, pemimpin yang hebat, ulama yang hebat dan individu-individu yang hebat di dunia ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kebolehan menulis dan telah menghasilkan karya penulisan. Oleh itu, marilah kita berusaha menjadi generasi perkhidmatan perakaunan yang hebat di abad ke-21 ini melalui penulisan, kerana menulis boleh mengubah cara

kita berikir yang boleh membawa perubahan signiikan dalam kehidupan kita di

dunia ini..

Alangkah bertuahnya jika umur dapat diundurkan semula, kerana masih banyak yang kita perlu pelajari.


(5)

TRANSFORMASI PERAKAUNAN AKRUAN:

MEMPERKASA PEMBANGUNAN PENGETAHUAN

SUMBER MANUSIA MELALUI INOVASI & KREATIVITI

Oleh: Norjasila binti Jamil

Disunting oleh: Mohd Helmi Abd Rahim

(Esei ini telah memenangi tempat pertama

Pertandingan Menulis Esei Inovasi JANM 2011 bagi kategori Kumpulan Sokongan Gred 27 – 40 )

Pengenalan

Perakaunan akruan akan dijadikan asas dalam penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam laporan Model Ekonomi Baru. Ini dilakukan agar Malaysia setanding dengan negara-negara maju

yang lain dalam konteks pengurusan iskal yang cekap dan berhemah. Kerajaan berkeyakinan penuh pelaksanaan

perakaunan akruan akan menjelaskan dengan lebih baik konsep akauntabiliti dan integriti kerajaan dalam pengurusan dan perbelanjaan sumber kewangan negara. Dasar ini juga adalah selari dengan konsep 1 Malaysia yang meletakkan kepentingan rakyat dan pencapaian diutamakan dalam menggapai impian menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Namun demikian, dalam merealisasikan matlamat ke arah melaksanakan sistem perakaunan akruan menjelang tahun 2015, terdapat beberapa cabaran dan rintangan yang perlu kita bersama-sama tempuhi. Di dalam pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi, membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan adalah salah satu daripada cabang cabaran utama dalam menjayakan misi transformasi ini. Pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan ini bukanlah semata-mata hanya tertumpu kepada anggota di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia, tetapi ianya melibatkan keseluruhan penjawat awam tanpa mengira skim perjawatan dan pangkat. Sumber manusia yang berpengetahuan

adalah amat signiikan kerana ianya memberi implikasi yang besar terhadap usaha kerajaan bagi menjayakan misi

transformasi.

Menyebut tentang perkataan transformasi itu sendiri, tidak ramai penjawat awam yang memahami takrifan atau deinisi

perkataan tersebut. Justeru, tema “1 Malaysia Menjana Transformasi” & “1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” yang menjadi tema kemerdekaan bagi tahun 2010 dan 2011 masing-masing tidak dapat dihayati sepenuhnya lantaran kekurangan pengetahuan yang sewajar perlu dilengkapkan dalam diri penjawat awam yang mewakili sumber tenaga kerajaan. Hal sebegini berlaku kerana penjawat awam tidak menyemai budaya membaca bahan bacaan ilmiah yang sewajarnya menjadi kamus kepada ilmu pengetahuan mereka.

Apakah maksud transformasi yang sering dilaungkan oleh media massa saban hari ? Transformasi boleh ditakrifkan se-bagai satu perubahan sama ada perubahan rupa, bentuk, sifat dan lain-lain. Di dalam konteks transformasi perakaunan akruan, ianya bukan sahaja melibatkan perubahan kepada cara dan sistem dalam melaksanakan kerja, malah turut melibatkan perubahan struktur, persekitaran, kewangan, suasana dan pelbagai lagi yang melibatkan penjawat awam. Transformasi adalah bentuk perubahan dan perubahan itu memerlukan penjawat awam keluar daripada keselesaan yang mereka telah lama kecapi sekarang. Ketiadaan pengetahuan yang mencukupi boleh menyebabkan kakitangan kerajaan tidak mahu berganjak melakukan transformasi kerana mereka merasakan dengan melakukan transformasi, persekitaran zon selesa mereka akan terganggu dengan perubahan-perubahan perkara atau dasar baru. Oleh yang demikian, jika sumber manusia tidak ditadbir urus dengan sewajarnya, matlamat transformasi sukar dicapai kerana sumber manusia inilah sebenarnya yang akan menggerakkan perjalanan transformasi itu. Melaksanakan transformasi tanpa sumber manusia yang berpengetahuan boleh diibaratkan seperti memberi pandu arah kepada orang yang cacat penglihatan yang pada akhirnya orang itu tidak akan bergerak ke mana-mana pun . Oleh itu, satu pendekatan yang unik bagi membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan perlu dilaksanakan melalui inovasi dan kreativiti agar setiap usaha transformasi kerajaan berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan.

Kerajaan mempunyai sejumlah 1.3 juta penjawat awam yang merupakan sumber manusia bagi kerajaan. Bagaimanakah caranya agar kerajaan dapat melengkapkan kesemua 1.3 juta penjawat awam dengan ilmu pengetahuan yang se-cukupnya dalam melaksanakan proses transformasi? Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai peneraju kepada usaha transformasi perakaunan akruan memikul amanah yang besar dalam usaha untuk menyampaikan pengetahuan berkaitan perakaunan akruan kepada semua penjawat awam. Usaha untuk mengembangkan pengetahuan berkenaan perakaunan akruan merupakan satu tugas yang memerlukan perbelanjaan kos yang cukup besar mencakupi kewangan kerajaan, tenaga kerja dan masa. Namun demikian, dengan adanya usaha inovasi dan kreativiti dalam mengembang-kan dan membangunmengembang-kan pengetahuan sumber manusia, perbelanjaan kerajaan dapat dijimatmengembang-kan tanpa menjejasmengembang-kan hasil atau outcome yang diharapkan. Antara langkah inovasi dan kreativiti yang dicadangkan sebagai penyelesaian ke-pada cabaran pembangunan sumber manusia berpengetahuan dalam merealisasikan transformasi perakaunan akruan


(6)

Tidak dinaikan bahawa penggunaan Facebook sebagai laman perkembangan pengetahuan turut mempunyai limitasi di mana hanya mereka yang mempunyai akaun Facebook sahaja yang boleh menyertai laman tersebut. Namun limitasi tersebut hanyalah bersifat sementara kerana setiap orang dibenarkan mendaftar akaun secara percuma tanpa seba-rang bayaran. Limitasi yang lain misalnya penyalahgunaan laman sosial ketika waktu pejabat boleh di atasi dengan mengehadkan pelayaran kepada laman-laman yang tertentu sahaja. Kesemua limitasi tidak mampu menandingi kele-bihan yang diperoleh dengan penggunaan Facebook ini.

Walaupun penggunaan laman sosial sebagai medium perkongsian pengetahuan dilihat sebagai sesuatu yang tidak formal, namun ianya memberikan aksesibiliti kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memperoleh maklumat tentang per-akaunan akruan dengan lebih mudah dan santai. Facebook juga, mampu memberikan impak atau kesan positif jika dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Perancangan dan penyelenggaraan yang baik akan memberikan keselesaan dalam mengendalikan Facebook sebagai wadah perkembangan ilmu pengetahuan dalam konteks mempromosikan sistem perakaunan akruan kerajaan.

Pembangunan Portal E-Learning

Kerajaan telah memperuntukkan berbilion-bilion ringgit dalam memberi latihan kepada penjawat awam. Persoalannya, adakah dengan pelaksanaan perakaunan akruan nanti akan menambahkan lagi beban kerajaan dalam menyediakan latihan kepada penjawat awam?

Seperti yang kita sedia maklum, banyak kos perlu dibelanjakan apabila kita menghantar seorang penjawat awam untuk menghadiri latihan atau kursus seperti perbelanjaan pengangkutan, penginapan, makan minum dan sebagainya lagi. Memandangkan perakaunan akruan adalah satu perkara baru yang akan dilaksanakan dalam industri perakaunan sek-tor awam, maka latihan yang secukupnya perlu diberikan kepada penjawat awam lebih-lebih lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam perakaunan kerajaan.

Di Malaysia, latihan atau kursus untuk penjawat awam secara atas talian masih belum dilaksanakan lagi. Oleh yang demikian, mewujudkan persekitaran latihan atau kursus secara atas talian merupakan satu bentuk inovasi kepada proses pembangunan sumber manusia berpengetahuan. Perkara ini dapat memberi impak kewangan yang positif ter-hadap belanjawan kerajaan dan penyampaian ilmu pengetahuan tidak terbatas atau terhad kepada kumpulan kecil sahaja. Sesi pengetahuan akan menjadi lebih kondusif di mana latihan dan kursus boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Oleh yang sedemikian, Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah dicadangkan supaya mewujudkan portal e-learning

bagi tujuan menyediakan kursus atau latihan secara atas talian. Portal ini hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna portal e-learning perlu membuat pendaftaran bagi tujuan pemantauan jam berkursus atau jam latihan se-cara atas talian. Pengguna perlu mempunyai satu identiti ( user ID ) yang akan digunakan secara kekal sebagai akses kepada portal e-learning. Setiap kali pengguna log masuk ke portal e-learning, segala aktiviti pembelajaran akan di-rekodkan dan dipantau. Di portal ini, segala nota, video tutorial, ceramah, kursus, slideshow atau apa jua bahan pem-belajaran yang seumpamanya dimuatnaik oleh pentadbir portal untuk perkongsian kepada semua pengguna portal. Ke-semua bahan pembelajaran dimuatnaik secara tersusun bagi memudahkan proses carian dan ini akan membolehkan pembelajaran dilakukan dari peringkat awal hingga ke akhiranya hanya secara atas talian. Pada setiap kali pengguna tamat membuat sesi pembelajaran secara atas talian di portal ini, pengguna tersebut perlu terlebih dahulu menjawab soalan atau ujian bagi menguji kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari secara atas talian. Pertimbangan bagi menganugerahkan e-sijil boleh dilaksanakan berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam ujian kefahaman. Pada masa kini, penjawat awam diwajibkan bagi menghadiri sesi latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Dalam pembentangan Outcome Based Budgeting, kerajaan akan lebih menumpukan hasil yang dicapai (outcome) berban-ding dengan output. Melalui portal e-learning, outcome latihan dan kursus akan dapat dinilai secara terperinci dan hasil-nya boleh dilihat melalui prestasi kerja penjawat awam dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih cekap dan pantas. Pembelajaran bagi penjawat awam akan menjadi lebih mudah, interaktif dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping memberikan hasil yang lebih memberangsangkan.

Peranan Institut Perakaunan Negara selaku institusi yang bertanggungjawab untuk memperkasakan perkhidmatan

per-akaunan sektor awam dengan menyediakan kursus dalam bidang perper-akaunan dan kewangan akan lebih eisien dan

efektif dalam memberi latihan kepada penjawat awam melalui latihan atau kursus secara atas talian. Jika sebelumnya

ini, kursus secara tradisional atau izikal hanya dapat melatih 5,000 penjawat awam setahun, maka dengan pelaksa -naan inovasi terhadap latihan atau kursus di portal e-learning, tidak mustahil lagi jumlah penjawat awam yang dilatih mencapai sehingga 100,000 orang setahun.

adalah seperti berikut :

Penggunaan Jaringan Laman Social Facebook

Perkembangan dunia komunikasi dan teknologi maklumat telah membuka sempadan yang memisahkan jarak dan masa yang jika sebelum ini menjadi batasan dalam melakukan sesuatu perkara. Kecanggihan dunia pada masa kini ha-ruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan tidak disia-siakan begitu sahaja. Sebagai salah satu bentuk inovasi & kreativiti yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dalam menempuh cabaran membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan untuk merealisasikan transformasi perakaunan akruan ialah melalui pengunaan jaringan laman sosial Facebook. Penggunaan Facebook boleh digunapakai bagi meluaskan penyampaian ilmu bukan sahaja kepada penjawat awam, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Satu laman khas boleh dicipta dan diselenggara oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi mengemaskini berita terkini, maklumat-maklumat dan ilmu pengetahuan yang ingin dikongsi, terus disampaikan kepada kumpulan yang disa-sarkan. Ideologi dan bahan bersifat ilmiah tentang perakaunan akruan boleh dikongsikan di sini. Sasaran awal yang perlu dicapai adalah semua anggota Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan kemudiannya dikembangkan kepada penjawat awam yang lain. Setelah itu, barulah hebahan berkenaan perakaunan akruan dikembangkan kepada orang awam.

Rekod statistik menunjukkan pada tahun 2011 sahaja, pengguna Facebook di Malaysia telah meningkat kepada 9,544,580 orang daripada 8,136,780 pada tahun 2010. Jumlah pengguna Facebook ini adalah satu jumlah yang amat besar dan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Kerajaan perlulah mengambil peluang untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang awam dan juga kakitangan awam melalui Facebook kerana ianya amat mudah dan pantas. Kenapa bukan jaringan sosial yang lain? Hal ini adalah kerana Facebook merupakan jaringan laman sosial yang paling popular kini. Pemilik akaunnya dibenarkan membuat tetapan yang tersendiri sebagai kawalan dalaman kepada peng-gunaan Facebook.

Facebook juga turut mampu membina satu pengaruh negatif atau positif bergantung kepada tahap dan cara penggu-naannya. Sebagai contoh, kejatuhan negara-negara di Asia Barat seperti Tunisia, Mesir, dan Yaman adalah bermula daripada penggunaan Facebook. Jadi mengapa tidak kita gunakan facebook bagi tujuan kebaikan iaitu membangunkan pengaruh ke arah melaksanakan transformasi perakaunan akruan? Sebagai contoh, Kementerian Pelancongan telah memulakan langkah mereka dengan mencipta laman Cuti-Cuti Malaysia sebagai mempromosikan industri pelancongan Malaysia, manakala Polis Di Raja Malaysia juga turut mengambil pendekatan melalui Facebook bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat dalam membanteras kegiatan jenayah di Malaysia disamping turut menyebarkan maklumat taktik-taktik jenayah terkini kepada orang ramai supaya mereka lebih peka dan mendapat pendedahan awal bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa jenayah. Oleh yang demikian, kini sudah tiba pula masanya bagi Ja-batan Akauntan Negara Malaysia membuka lamannya tersendiri bagi tujuan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang perakaunan sektor awam.


(7)

terbaik kerana penyelesaian yang terbaik adalah ketika di peringkat awal iaitu ketika proses mengakaunkan kewangan kerajaan.

Bagi mengatasi masalah yang sama dalam melaksanakan perakaunan akruan, satu Unit Meja Bantuan atau Help-desk perlu diwujudkan. Penubuhan Unit Helpdesk ini adalah diperlukan untuk sementara waktu atau secara kekal bergantung kepada prestasi kerajaan dalam melaporkan kedudukan kewangan secara akruan. Unit helpdesk ini akan berfungsi sebagai sumber rujukan segera dan muktamad kepada pegawai-pegawai perakaunan. Sebarang permasala-han atau perkara berkaitan perakaunan akruan boleh dirujuk terus kepada unit helpdesk ini. Melalui cara ini, segala perselisihan dalam mengakaunkan kewangan kerajaan dapat diatasi dan penyelesaian masalah diseragamkan. Secara tidak langsung, Unit Helpdesk ini membantu pegawai kewangan menjalankan tugas dengan lebih eisyen dan efektif

dengan memberi panduan dan bantuan sewajarnya dalam menjalankan tugas perakaunan akruan yang mencabar pada peringkat permulaan pelaksanaanya. Penyata kewangan kerajaan yang disediakan mengikut format perakaunan akruan pada akhirnya nanti akan mencerminkan kedudukan yang sebenar tanpa sebarang kesilapan-kesilapan kecil yang boleh menjejaskan kredibiliti dan akauntabiliti kewangan kerajaan.

Justeru itu, penubuhan Unit Helpdesk perakaunan akruan adalah suatu tindakan yang signiikan dan wajar. Penubuhan

Unit Helpdesk ini boleh diintegrasikan dengan portal e-learning ataupun dioperasikan secara berasingan mengikut ke-sesuaian dengan mengambil pertimbangan kos, tenaga kerja dan masa.

Penutup

Kesimpulannya, proses transformasi atau peralihan kepada sistem perakaunan akruan akan lebih lancar apabila ke-semua pejawat awam amnya dan anggota Jabatan Akauntan Negara Malaysia khususnya telah dilengkapkan de-ngan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Dede-ngan melaksanakan kesemua langkah-langkah inovasi & kreativiti dalam membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan, transformasi kepada perakaunan akruan dalam tempoh yang singkat bukan lagi menjadi satu perkara yang mustahil. Namun demikian, segala idea-idea inovasi dan kreatif hanya akan tinggal sebagai omongan kosong sahaja sekiranya tiada tindakan pelaksanaan dilakukan. Oleh itu, pertimbangan yang sewajarnya perlulah dilakukan dalam menilai idea-idea bernas bagi membantu melicinkan proses transformasi perakaunan akruan kerajaan. Semoga dengan kejayaan transformasi ini, akauntabiliti dan ketelusan kewangan kera-jaan dapat dipertingkatkan dan seterusnya mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kepada Malaysia negara yang tercinta.

Rujukan

http://bookkeeping-inancial-accounting-resources.com

http://facebook.com

http://jutawanmuslimahsiber.blogspot.com/2011/05/jumlah-pengguna-facebook-di-malaysia.html http://mynewshub.my/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/196-logo-dan-tema-hari-kebangsaan.html http://sbmb.dbp.gov.my/prpm/Search.aspx?k=transformasi

http://youtube.com

Rajah 2 : Contoh Video Tutorial Perakaunan yang dikongsi di laman YouTube

Walaupun dengan pelaksanaan latihan secara atas talian, latihan yang dihadiri secara izikal juga masih lagi diperlukan

tetapi latihan tersebut hanya perlu menumpukan kepada aspek kemahiran dan praktikal. Latihan secara atas talian

amat sesuai dilaksanakan bagi menyampaikan perkara-perkara asas dan dasar yang dirasakan signiikan untuk diketa -hui sebagai seorang penjawat awam.

Portal e-learning jelas dapat memberi manfaat kepada penjawat awam dalam menyampaikan ilmu pengetahuan se-cara lebih berkesan. Ianya juga memberikan kesan yang positif terhadap perbelanjaan kerajaan dan mencerminkan dasar belanjawan Outcome Based Budgeting yang lebih menumpukan keberhasilan latihan daripada output jumlah hari berkursus.

Mewujudkan Unit Meja Bantuan (Helpdesk) Perakaunan Akruan

Mengambil kira situasi pada masa kini, penjawat awam yang melaksanakan tugas-tugas kewangan sering berhadapan dengan perselisihan atau masalah dalam menentukan kod perakaunan bagi mengakaunkan sesuatu pendapatan atau perbelanjaan. Natijahnya, penyata kewangan kerajaan yang dilaporkan pada setiap tahun tidak dapat memaparkan keadaan sebenar kedudukan kewangan kerajaan atau keadaan “true and fair view”.

Penjawat awam yang terlibat dengan tugas-tugas kewangan tidak mempunyai satu tempat rujukan yang mudah dan in-formatif. Pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan adalah satu-satunya perkara rujukan mutlak yang menjadi pan-duan kepada mereka. Namun demikian, kadangkala terdapat perkara-perkara yang tidak dijelaskan secara terperinci atau bersifat kabur dalam pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan. Keadaan ini adalah normal memandangkan sistem kewangan kerajaan adalah sesuatu yang kompleks dan tidak mudah untuk dihuraikan di atas satu muka surat sahaja. Akan tetapi, hal ini menyebabkan penjawat awam melakukan kesilapan dalam mengakaunkan pendapatan atau perbelanjaan wang kerajaan. Sebagai contoh, perbelanjaan yang sepatutnya diakaunkan sebagai perbelanjaan kod A, sebaliknya telah diakaunkan kepada kod B. Oleh kerana kesilapan mengakaunkan perbelanjaan ini, maka impaknya pelaporan penyata kewangan adalah menjejaskan konsep “true and fair view” dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap nilai akauntabiliti penyata kewangan kerajaan.

Dalam sesetengah keadaan, pegawai kewangan di pejabat perakaunan atau pusat tanggungjawab (PTJ) menyele-saikan perselisihan atau masalah mengakaunkan kewangan kerajaan dengan merujuk kepada pegawai atasan atau pegawai yang lebih berpengalaman. Proses membuat rujukan seperti ini kadangkala memakan masa malah turut

mewujudkan konlik dalaman dan memandangkan tugas kewangan perlu diselesaikan mengikut tempoh masa yang

ditetapkan ( time frame ), maka pegawai kewangan akan mengakaunkan kewangan kerajaan dengan tidak betul kerana semata-mata mahu memenuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Kesilapan-kesilapan ini akan ditemui ketika peng-auditan dilaksanakan akan tetapi kita perlu sedia maklum bahawa pengpeng-auditan bukanlah penyelesaian masalah yang


(8)

PERAKAUNAN AKRUAN:

CABARAN UNTUK AKAUNTAN

Tuan Normaziha Tuan Mahyidin

Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah mensasarkan bahawa perakaunan akruan akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun 2015. Pelaksanaan sistem perakaunan akruan akan dilakukan secara berperingkat akan bermula pada tahun 2014 kerana ia merupakan satu standard keperluan untuk laporan kewangan yang lebih tepat oleh jabatan kerajaan. Ketika ini beberapa buah negara telah mengadaptasikan sistem ini dalam sistem perakaunan Kerajaan mereka iaitu negara New Zealand dan Australia.

Perakaunan Akruan adalah satu kaedah merekod aliran pada ketika nilai ekonomi diwujudkan, diubah, diganti, dipindah atau dimansuhkan, maka aliran yang melibatkan perubahan dalam pemilikan direkodkan apabila pemilikan dipindahkan, perkhidmatan direkod semasa diberikan, output pada masa produk diwujudkan dan penggunaan perantaraan apabila

bahan dan bekalan digunakan. Deinisi ini dipetik daripada laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh

dicapai di www.stats.gov.my.

Dalam ertikata yang lain, perakaunan akruan adalah salah satu kaedah bagi merekodkan transaksi atau urusniaga yang berlaku dan yang sepatutnya berlaku pada tempoh yang telah ditetapkan, tanpa mengambilkira bila sebenarnya ia diterima atau dibayar.

Kelebihan perakaunan akruan jika diadaptasi oleh kerajaan adalah ia akan memberikan laporan kewangan yang lebih berkualiti dan juga lebih komprehensif. Oleh yang demikian, ia akan memudah dan membantu di dalam membuat keputusan yang tepat dan betul kepada semua pengguna dan juga pihak yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan maklumat yang disediakan oleh pihak Kerajaan. Akauntabiliti di dalam pengurusan kewangan juga akan dipertingkatkan dengan ketelusan dan ketepatan maklumat yang disampaikan oleh Kerajaan melalui konsep perakaunan akruan.

Berbanding dengan perakaunan berasaskan tunai yang sememangnya diketahui umum bahawa ianya mudah, ringkas dan maklumatnya nyata mengikut transaksi yang berlaku. Kelemahan yang nyata di dalam penggunaan asas tunai adalah, ia tidak menyatakan atau melaporkan maklumat sebenar transaksi yang berlaku,contohnya bagi merekod hasil yang diterima, ia hanya merekod hasil yang diterima pada masa itu sahaja, dan tidak mengambilkira hasil yang patutnya diterima, walaupun ianya sepatut diterima pada masa tersebut juga.

Begitu juga halnya dengan pembayaran, bagi menyelesaikan pembayaran pada tahun semasa, namun kita tidak sempat untuk menyelesaikannya pada tempoh yang sepatutnya, kita menggunakan tempoh akaun kena bayar (AKB) bagi menyelesaikan bil-bil yang belum dibayar. Sedangkan, jika kita menggunakan perakaunan akruan, tempoh AKB tidak perlu digunakan, memandangkan semua bil perlu diperjelaskan dan diselesaikan mengikut tempoh yang mana sepatutnya ia dibayar.

Tidak ketinggalan juga dengan isu yang sering dibangkitkan dengan bil-bil yang lewat dibayar yang sering mendapat perhatian dan sering dijadikan perbahasan dan isu utama untuk mengkritik kerajaan, jika kita menggunakan perakaunan akruan, maka isu bil lewat di bayar tidak akan timbul dan dijadikan perbahasan lagi.

Penggunaan asas tunai juga disifatkan sebagai menyembunyikan atau melindungi maklumat-maklumat tertentu, sedangkan apa yang dimahukan oleh rakyat dan semua stakeholder yang lain adalah ketelusan dan akauntabiliti. Contohnya, kos pembelian aset dan juga penyelenggaraan ada di catatkan, namun susutnilai dan untung atau rugi daripada pelupusan tidak dinyatakan di dalam Laporan Kewangan Kerajaan.

Setelah kajian demi kajian dilakukan, disertai dengan penyelidikan dan setelah dipersetujui oleh Pengurusan Tertinggi Kerajaan, maka Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai penerima mandat di dalam pelaksanaan perakaunan akruan perlu akur dengan permintaan dan juga tuntutan daripada semua stakeholder supaya melaksanakan perakaunan akruan di dalam sistem perakaunan kerajaan yang akan mula diadaptasi secara menyeluruh pada tahun 2015.

Tanggungjawab Akauntan

Secara amnya, kita telah sedia maklum bahawa akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan. Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagai penasihat kepada sesuatu perniagaan atau di dalam sesebuah jabatan atau organisasi di dalam konteks kerajaan. Akauntan juga mesti seorang yang tahu membuat


(9)

keputusan dengan memikirkan kesan setiap keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan individu atau syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat setempat. Perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam. Oleh itu seorang akauntan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah, komited dan berintegriti.

Selain daripada itu, tugas akauntan adalah merancang, melaksanakan dasar, memastikan sistem belanjawan dan kawalan akaun dipraktikkan dengan betul, dan juga memberi nasihat berkaitan dengan perakaunan. Di samping itu, akauntan yang juga ditugaskan sebagai Pengurus Kewangan di sesuatu jabatan atau organisasi adalah merupakan pengurus dalam bidang perakaunan supaya lancar dan teratur. Akauntan juga perlu menyediakan akaun bulanan, laporan bulanan dan tahunan kepada pihak pengurusan atasan.

Sebagai Pengurus Akaun pula, akauntan perlu bertanggungjawab dalam penyelenggaraan rekod yang lengkap bagi semua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang betul. Akauntan juga bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dokumen dan rekod yang berkaitan penerimaan, pembayaran dan transaksi kewangan yang lain.

Dengan bebanan dan tanggungjawab yang sangat besar yang perlu dipikul oleh para akauntan, maka, warga perakaunan dan kewangan sebagai peringkat pelaksana harus berusaha dengan gigih bagi menjayakan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan perakaunan akruan sepenuhnya bermula tahun 2015 dan di sini cabaran kepada semua akauntan untuk menjalankan peranan masing-masing sebagai peneraju dan penasihat di dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan.

Cabaran-Cabaran Di Dalam Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Cabaran yang pertama adalah untuk menyampaikan arus perubahan kepada semua pegawai yang telibat secara langsung dengan tugas perakaunan. Tugas menyampaikan tidak sesukar sepertimana untuk memastikan penerimaan dan pemahaman oleh mereka yang mendengar yang bukan setakat mendengar dan melihat tetapi juga sumbangan mereka amat diperlukan di dalam proses transformasi sistem perakaunan tunai kepada sistem perakaunan akruan. Oleh yang demikian, sebelum akauntan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan arus perubahan sistem perakaunan, maka sudah semestinya akauntan mempunyai pengetahuan yang lengkap dan komprehensif dan jika ada pengalaman itu adalah markah bonus kepada mereka.

Oleh yang demikian, bagi fasa permulaan ini, pihak pasukan Core Team yang telah dipilih, dilantik dan telah diamanahkan oleh Yang Berbahagia Datuk Akauntan Negara Malaysia perlu menjalankan peranan masing-masing, antaranya adalah untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat tentang perakaunan akruan kepada para akauntan dan juga pegawai kewangan secara terperinci dan jelas supaya nanti mereka ini akan dapat menyampaikan dan juga melaksanakan kepada pegawai bawahan mereka yang terlibat di dalam arus perubahan sistem perakaunan negara.

Fasa perubahan ini amat penting memandangkan tugasan atau tanggungjawab untuk melaksanakan perakaunan akruan perlu dijalankan oleh mereka. Oleh yang demikian, akauntan dan juga pegawai yang terlibat dengan tugas perakaunan dan kewangan perlu diberikan kursus, latihan atau ceramah yang komprehensif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya lebih kompeten dan berpengetahuan supaya mereka kelak akan membantu di dalam pelaksanaan sepenuhnya perakaunan akruan.

Cabaran yang kedua adalah untuk menambahbaik sistem yang sedia ada kepada sistem yang sesuai untuk digunapakai bagi keperluan perakaunan akruan, yang mana sistem yang sedia ada, iaitu Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB), Sistem Terimaan Kerajaan atau e-Terimaan dan juga Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan atau GFMAS tidak direka cipta dengan mengambilkira keperluan untuk perakaunan akruan. Begitu juga dengan sistem Sistem Perakaunan Berkomputer Standard di badan-badan berkanun Persekutuan atau

Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) yang digunakan di badan berkanun dan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunakan di semua pejabat Bendahari dan pejabat kewangan negeri yang telah sedia digunakan tanpa ada ciri-ciri untuk keperluan perakaunan akruan.

Oleh yang demikian, adalah sangat perlu untuk menambahbaik dan menambahkan ciri-ciri yang diperlukan di dalam semua sistem sedia ada bagi memastikan keperluan untuk perakaunan akruan diambil kira dan diadaptasi di dalam sistem perakaunan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting kepada pasukan Core Team Accrual Accounting untuk mengkaji dan melihat secara terperinci tentang keperluan item yang perlu ditambahbaik ke dalam sistem yang sedia ada bagi memantapkan sistem-sistem tersebut untuk melancarkan dan memudahkan proses transformasi sistem perakaunan kerajaan daripada asas tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan.

Cabaran yang ketiga di dalam proses transformasi daripada perakaunan asas tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan adalah untuk membuat penilaian semula ke atas semua aset kerajaan yang ada, memandangkan perakaunan akruan perlu mengambilkira semua nilai semasa dan amaun susut nilai sesebuah aset.

Tugasan yang sangat mencabar di dalam perkara ini adalah untuk melaporkan semula nilai semasa semua aset kerajaan, tidak ketinggalan juga maklumat mengenai susut nilai dan juga maklumat untung rugi daripada hasil pelupusan setelah ianya tidak lagi sesuai, tidak selamat atau tidak ekonomik untuk digunakan.

Faktor bilangan, lokasi penempatan dan juga nilai semasa aset sedia ada yang dimiliki oleh kerajaan, akan mempengaruhi kesulitan dan kesukaran untuk menyenarai dan melaporkan maklumat sebenar yang dimiliki oleh kerajaan. Namun demikian, cabaran ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dan pencetus semangat para akauntan sekalian untuk membantu Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga pasukan Core Team di dalam melaksanakan perakaunan akruan oleh kerajaan Malaysia.

Cabaran yang keempat seterusnya adalah kesinambungan daripada cabaran pertama yang telah dibincangkan di atas, iaitu cabaran kepada akauntan untuk memberikan pendedahan yang komprehensif kepada semua warga penjawat awam dan juga kesedaran tentang kebaikan yang akan diperolehi setelah Kerajaan Malaysia melaksanakan perakaunan akruan.

Cabaran ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang sempurna, malahan juga memerlukan kekuatan mental yang kental bagi memastikan proses transformasi ke arah perakaunan akruan dapat diterima dan difahami dengan baik. Proses penerimaan dan pemahaman oleh pegawai yang terlibat secara langsung di dalam tugas perakaunan dan kewangan adalah sangat penting memandangkan mereka inilah yang akan membantu menjayakan proses pelaksanaan perakaunan akruan oleh Kerajaan Malaysia.

Langkah permulaan adalah dengan memberikan kesedaran dan menarik minat semua pegawai yang berkenaan dengan memaklumkan kelebihan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh kerajaan sekiranya menggunakan sistem perakaunan akruan. Setelah mereka sedar dan faham mengenai konsep perakaunan akruan, maka langkah seterusnya adalah untuk mengajar mereka dengan lebih terperinci tentang sistem perakaunan akruan bagi memudahkan dan melancarkan proses kerja. Setelah kita berjaya memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing yang sememangnya sangat diperlukan di dalam menjayakan hasrat kerajaan, secara tidak langsung suasana kerja akan menjadi lebih efektif dan kondusif.

Cabaran yang kelima adalah untuk memastikan pelaporan yang dikeluarkan daripada sistem perakaunan akruan dapat memberi banyak faedah dan manfaat serta mudah difahami kepada semua pengguna. Di antara komponen penyata kewangan adalah penyata pendapatan dan juga kunci kira-kira yang mana kepentingan penyata pendapatan adalah untuk menunjukan samada perniagaan mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh masa perakaunan. Biasanya dalam tempoh masa satu tahun.

Executive Talk oleh Mr. Ian Charuthers , daripada The Chartered Institute of Public Finance and Accountancy, UK pada 13 Julai 2011 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia,W.P Putrajaya.


(10)

Manakala kunci kira-kira akan menunjukan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan bagi satu tempoh masa. Kedudukan kewangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Kita dapat mengetahui jika aset syarikat dapat menampung liabiliti yang ditanggung oleh syarikat melalui pengiraan ratio yang tertentu. Jadi, dengan mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah syarikat membuat perancangan kewangan.

Jika dilihat kepentingan pelaporan atau penyata kewangan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, ianya akan mencerminkan kedudukan sebenar aset dan liabiliti yang dimiliki oleh kerajaan. Hasil dan perbelanjaan juga dapat dilaporkan mengikut yang sepatutnya diterima pada masa yang tertentu, dan bukannya semasa penerimaan atau pembayaran dilakukan.

Berikut merupakan keperluan pengguna terhadap penyata kewangan secara umumnya, iaitu:

i) Syarikat korporat

Dalam konteks kerajaan, peniaga atau syarikat korporat sangat memerlukan penyata laporan kewangan untuk mengetahui tentang kedudukan kewangan kerajaan di samping mengintai peluang yang ada untuk menjalankan usahasama dengan kerajaan ataupun mengambil peluang menggunakan inisiatif yang diperuntukkan oleh kerajaan, jika ada yang berkenaan.

ii) Pelabur

Dengan adanya laporan kewangan kerajaan yang komprehensif, yang tepat dan yang telus, maka ianya akan dapat menarik para pelabur, samada dari dalam atau luar negara untuk menjalankan usahasama dengan Kerajaan Malaysia. Bagi menarik pelabur asing ke negara ini, para pelabur perlu mengetahui prestasi kerajaan yang diharap sentiasa konsisten dalam sesuatu prosedur dan keupayaan menguruskan kewangan dengan bijaksana. Ini semua jelas dilaporkan dalam perakaunan berasaskan akruan yang akan diaplikasi oleh kita nanti.

iii) Bank

Untuk memberi pinjaman samada kepada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, pihak bank memerlukan maklumat yang terdapat di dalam penyata kewangan kerajaan yang menyatakan kedudukan aset dan juga liabiliti yang sedang ditanggung yang secara tidak langsung memberi jaminan dan gambaran yang jelas kepada mereka mengenai potensi untuk pembayaran balik pinjaman yang telah diberikan.

iv) Pelanggan atau rakyat

Untuk mengetahui tentang kedudukan semasa aset dan liabiliti kerajaan, juga pendapatan dan hasil sebenar yang diterima oleh kerajaan bagi meyakinkan mereka dengan kerajaan yang dipilih melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan rakyat dan juga negara.

v) Kerajaan luar

Kepentingan penyata kewangan kerajaan kepada kerajaan luar adalah untuk mengetahui kedudukan kewangan kerajaan kita bagi membantu mereka jika ada peluang untuk bekerjasama dari segi pengukuhan ekonomi dua hala di antara dua buah negara.

Penutup

Sistem perakaunan akruan adalah satu sistem yang telus dalam apa jua tindakan dan pelaksanaan yang dibuat demi memenuhi tuntutan rakyat. Di antara kelebihan perakaunan akruan ialah ia menyediakan maklumat kewangan dengan lebih terperinci, jelas, telus, tepat, komprehensif dan juga lebih berkualiti.

Akhir kata, semangat, komitmen dan juga sokongan padu daripada pihak pengurusan atasan dan juga pemimpin amat diperlukan di dalam menjayakan proses transformasi daripada perakaunan tunai kepada perakaunan akruan. Selain itu, dengan sokongan daripada semua pegawai di sektor awam yang tidak terlibat secara langsung di dalam tugasan perakaunan dan kewangan amat diperlukan. Dengan terlaksananya sistem perakaunan akruan secara menyeluruh oleh Kerajaan Malaysia, maka kita akan lebih bersedia dan yakin untuk dinobatkan sebagai negara maju, sejajar dengan Wawasan 2020 yang juga akan setanding dan setara dengan negara-negara maju di dunia yang lain. Oleh

yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu dan tenaga, juga buah ikiran dan idea serta pengalaman

dan kemahiran masing-masing untuk membantu Jabatan Akauntan Negara Malaysia, khususnya dan juga Kerajaan Malaysia amnya untuk menjayakan pelaksanaan sistem perakaunan akruan.

SKIM PERKHIDMATAN PESAKIT

BAYAR PENUH (PPBP) – SALAH SATU

USAHA BAGI MEMPERTINGKATKAN

HASIL KERAJAAN

Hezeri Abd Rani

Hasil kerajaan dibahagikan kepada empat (4) iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan. Bagi meningkatkan hasil negara, kerajaan telah memperkenalkan satu skim perkhidmatan rawatan iaitu Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) pada tahun 2007. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengatasi atau mengurangkan masalah penghijrahan doktor-doktor pakar ke hospital swasta. Penghijrahan doktor-doktor pakar ke hospital swasta telah sering menjejaskan perkhidmatan yang kursus apabila pakar tersebut adalah merupakan satu-satunya pakar yang ada di hospital kerajaan. Melalui skim PPBP pesakit akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan pakar di hospital kerajaan. Seterusnya sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi oleh hospital melalui skim PPBP akan diberikan kepada pakar yang berdaftar di bawah skim perkhidmatan ini. Dengan cara ini kerajaan akan dapat menawarkan ganjaran yang kompetitif kepada pakar-pakar supaya mereka terus berkhidmat di hospital-hospital kerajaan. Usaha ini juga akan dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menanggung beban subsidi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang berkemampuan membayar caj rawatan sepenuhnya. Pelaksanaan Skim PPBP adalah tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan) (Pesakit Bayar Penuh) 2007.

Di bawah skim PPBP terdapat tiga (3) jenis perkhidmatan rawatan iaitu;

1. Rawatan dan Kemudahan Pesakit Dalam;

2. Perkhidmatan Pesakit Luar; dan

3. Rawatan Harian.

Pesakit skim PPBP ialah seseorang yang telah memilih untuk mendapatkan perkidmatan PPBP di institusi perubatan yang telah ditetapkan. Skim PPBP mempunyai kelebihan kerana pesakit boleh memilih pakar untuk merawatnya, kemudahan giliran yang khas untuk mendapatkan rawatannya, dan pesakit dalam boleh menikmati beberapa kemudahan yang istimewa di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf. Skop perkhidmatan skim PPBP adalah meliputi:

1. Perkhidmatan Perundingan 2. Perkhidmatan Penyiasatan

3. Perkhidmatan Tatacara (Prosedur dan Pembedahan) 4. Perkhidmatan Rawatan

5. Perkhidmatan Hospitaliti 6. Perkhidmatan Pelbagai

Antara ciri-ciri pengurusan hasil bagi skim PPBP adalah seperti di bawah:

1. Pengeluaran Bil – Bil akan disediakan dan dikeluarkan apabila pesakit hadir di kaunter PPBP untuk membuat pembayaran.

2. Pembayaran Bil – Pembayaran bil boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah seperti tunai, kad kredit, kad debit, bank draf, money order dan postal order.

3. Pengeluaran Resit – Resit akan dikeluarkan setelah pesakit membuat bayaran bil sepenuhnya. 4. Pengecualian Pembayaran – Tidak ada sebarang rayuan pengurangan dan pengecualian.

5. Pertikaian Pembayaran – Sebarang pertikaian berkaitan pembayaran perlulah dinyatakan secara bertulis jika penjelasan secara lisan tidak memadai. Walau bagaimanapun, pesakit perlu membuat pembayaran penuh terlebih dahulu. Semua pertikaian yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada Ketua Setiausaha


(11)

5. Pesakit Dibenarkan Menjalani Rawatan Walaupun Ada Tunggakan – Terdapat pesakit-pesakit luar setelah bertemu dengan pakar yang tidak perlu mengambil ubat terus balik tanpa membuat bayaran kerana tidak dimaklumkan untuk menjelaskan bil di unit hasil. Ini menyebabkan berlakunya tunggakan hasil dan perkara ini berterusan bila mana pesakit diberi temujanji selanjutnya bagi rawatan ulangan.

6. Pesakit Membayar Bil Interim Sebelum Keluar Wad – Terdapat pesakit membayar bil rawatan menggunakan bil interim sebelum dibenar keluar wad. Bil interim dibayar oleh pesakit kerana pakar mengambil masa untuk menyemak orderable yang dibuat sebelum mengunci masuk discharge ke sistem. Bil akhir hanya dicetak oleh unit hasil selepas pesakit discharge ke sistem dan bil asal dan pendua akan disimpan oleh unit hasil. Bil akhir hanya diberi kepada pesakit jika permohonan dibuat. Perkara ini akan mendatangkan masalah kerana caj bil boleh dipinda dan ditambah dan ini akan membangkitkan pertikaian oleh pesakit selepas bayaran dibuat.

Bayaran Kepada Pakar

1. Baucar Tuntutan Bayaran Kepada Pakar Lewat Dibayar – Terdapat baucar tuntutan yang dibayar di bawah Arahan Perbendaharaan 58 kerana lewat mendapat kelulusan Perbendaharaan. Ada juga baucar lewat dibayar kerana peruntukan lewat diterima.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PPBP

1. Garis panduan perlu dikaji semula bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan skim ini. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian seperti waktu operasi insentif kepada pegawai selain pakar serta penyertaan pakar dari hospital lain.

2. Pihak pengurusan hospital perlu mewujudkan polisi pelaksanaan sebagai kawalan dalaman dan tatacara pengurusan tersendiri untuk mengawal dan memantau pelaksanaan skim ini. Antara kawalan dalaman yang perlu ditetapkan adalah seperti tidak membenarkan pesakit membuat pilihan keluar daripada skim PPBP sebelum menghabiskan rawatan. Selain itu satu kawalan perlu ditetapkan supaya pakar-pakar tidak mengeluarkan

orderable baru selepas bil dikeluarkan. Kawalan yang berbentuk polisi hospital ini boleh membantu semua yang terlibat dengan skim ini dapat melaksanakan tugas dengan teratur dan tersusun.

3. Kelemahan sistem THIS sedia ada perlu dikaji semula agar memberi manfaat kepada pengguna. Sistem ini perlu menepati kehendak pengguna bagi memudahkan proses pengurusan rawatan pesakit seperti pendaftaran, membuat orderable, pengeluaran bil serta laporan tunggakan hasil.

4. Latihan dan taklimat mengenai dasar skim perlu diadakan secara berkala kepada pegawai barisan hadapan supaya pengawai berkenaan lebih faham dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas agar matlamat dapat dicapai.

Sesungguhnya usaha kerajaan bagi mempertingkatkan hasil pendapatan negara perlu dipuji sepenuhnya. Pelaksanaan PPBP adalah merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menggalakan orang awam menggunakan perkhidmatan yang berkualiti yang ditawarkan kerajaan setanding pihak swasta. Usaha penambahbaikan perlu dirancang oleh pihak yang terlibat bagi memastikan skim ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia. Bayaran balik hanya akan dikembalikan setelah keputusan dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

MASALAH SKIM PPBP

Pendaftaran Pesakit

1. Borang Persetujuan Tidak Lengkap - Mengikut para 8 Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pesakit Bayar Penuh) 2007, pendaftaran pesakit PPBP dilakukan mengikut proses biasa di hospital dengan memastikan semua maklumat pesakit dan waris didokumenkan. Namun terdapat Borang Persetujuan Pesakit yang menyertai skim PPBP tidak diisi dengan lengkap seperti maklumat pesakit, maklumat waris, tarikh dan perakuan. Ketiadaan ini akan menyukarkan pihak hospital untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pesakit khususnya tindakan mengutip balik tunggakkan.

2. Pesakit Masuk dan Keluar Skim PPBP Pada Hari Yang Sama – Terdapat pesakit yang menamatkan rawatan pada hari yang sama tanpa menghabiskan kitaran rawatan yang sepatutnya sehingga selesai kerana hanya untuk mempercepatkan giliran rawatan. Pesakit sepatutnya menghabiskan kitaran rawatan sebelum membuat pilihan keluar.

Sistem THIS

Total Hospital Information System (THIS) – Sistem ini digunakan bagi proses kutipan hasil dan pendaftaran pesakit. Sistem yang dibangunkan ini pada amnya adalah baik dan banyak membantu pihak hospital dalam operasinya. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan sistem kerana modul-modul yang ada tidak link antara satu sama lain yang boleh menjejaskan operasi hospital.

1. Tidak Mempunyai Lejar Pesakit - Sistem ini tidak mempunyai akaun individu (Lejar Pesakit) yang boleh memaparkan sejarah urusan kewangan semua bil yang dikeluarkan, bayaran yang dibuat beserta resit bayaran dan kedudukan tunggakan pesakit. Tanpa lejar pesakit ini, pihak hospital mengalami kesukaran untuk membuat pemantauan dari segi urusan bayaran bil kewangan dan juga analisa tempoh rawatan yang diterima bagi sesuatu rawatan semasa pesakit menyertai skim ini.

Kewangan dan Akaun

1. Tunggakan Hasil – Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2008 setiap jabatan dikehendaki menghantar Laporan Tunggakan Hasil kepada Pegawai Pengawal enam (6) bulan sekali untuk dibuat pemantauan dan selanjutnya akan dihantar ke Perbendaharaan. Manakala mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2008, Laporan Tunggakan Hasil hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat JPKA. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, terdapat perbezaan antara laporan yang dijana dalam sistem THIS dan juga laporan harian yang disediakan secara manual.

2. Bil Rawatan Lewat Dijelaskan – Mengikut rekod Laporan Tunggakan Hasil yang disenggara, terdapat bil rawatan yang dikeluarkan lewat dibayar antara 1 hingga 30 bulan. Tunggakan bayaran tidak sepatutnya berlaku kerana semua pesakit perlu membayar bil sejurus selesai mendapat perkhidmatan rawatan. Ini disebabkan ada di antara pesakit balik selepas berjumpa pakar tanpa mengambil ubat dan membuat bayaran di Unit Hasil.

3. Orderable Lewat Dibuat – Terdapat tambahan orderable yang dibuat oleh pakar melalui sistem selepas bil dicetak dan dibayar oleh pesakit. Oleh kerana nombor rujukan bil adalah sama dengan nombor aduan pesakit, sebarang tambahan atau pindaan kepada orderable akan menyebabkan jumlah yang tertera pada bil turut berubah. Ini menyebabkan pesakit enggan membayar nilai bil yang bertambah kerana bil asal telah pun dijelaskan. Oleh itu, unit hasil sukar mengutip balik bayaran tambahan bil tersebut sehingga menyebabkan berlaku tunggakan.

4. Bil Tersalah Caj – Terdapat kesilapan caj bilik dan perkiraan ubat yang dipertikaikan oleh pesakit dan mereka enggan menjelaskan bayaran tersebut hingga berlakunya tunggakan hasil.

(Gambar Hiasan)


(12)

PENGURUSAN BAYARAN KERAJAAN:

CABARAN RMK-10

Maziah Musa

Pendahuluan

Kerajaan merancang pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk menghala ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 yang melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi serta penjawat awam. Melalui pelaksanaan program dan projek di bawah RMK-10, kerajaan mensasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar 6.0% setahun.

Lima teras strategik dalam RMK-10 yang dibentuk ialah:

Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Teras 2: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Teras 3: Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.

Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Teras 5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Bagi membantu mencapai lima teras strategik tersebut dan enam National Key Result Area (NKRA), kerajaan memainkan peranan utama sebagai fasilitator bagi menyokong sektor swasta untuk memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, kerajaan akan memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui Program Transformasi Kerajaan.

Hasrat kerajaan ini akan tercapai sekiranya semua aspek dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur terutamanya yang melibatkan perbelanjaan dan pembayaran wang awam. Sekiranya projek yang dilaksanakan tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, pembekal akan mengalami masalah pusingan modal dan mungkin projek akan terbengkalai. Sekiranya gaji semua penjawat awam dibayar lewat, mungkin rapat umum akan berlaku dan sudah tentu akan merugikan negara. Kesimpulannya, jika berlaku ketidakcekapan dalam pengurusan bayaran kerajaan, sudah pasti akan menyumbang pelbagai masalah kepada rakyat dan negara.

Oleh itu, pengurusan bayaran kerajaan adalah amat penting sebagai pendokong kepada kejayaan semua program dan projek yang dirancang dalam RMK-10. Ianya melibatkan semua kementerian, jabatan, agensi dan pusat tanggungjawab (PTJ). Pelbagai jenis bayaran yang diproses melibatkan pembekal, syarikat asing atau penjawat awam sendiri.

Setiap belanja dan bayaran yang dibuat mestilah diperuntukkan dalam belanjawan dan perbelanjaan yang dilakukan adalah bagi mencapai objektif tertentu. Di dalam sistem belanjawan ubahsuai, belanjawan adalah berdasarkan output

yang akan dicapai. Bagi Outcome-Based Budgeting (OBB), belanjawan adalah berasaskan outcome dan impak yang akan dicapai serta kerangka kerjanya adalah menjurus kepada NKRA negara dan lima teras strategik dalam RMK-10. Oleh yang demikian, pengurusan perbelanjaan dan bayaran juga perlu cekap, tepat dan telus supaya masalah-masalah seperti kesilapan, kecuaian, salah laku dan rasuah di dalam pengurusan bayaran boleh dihindari.

Sistem Perbelanjaan dan Pembayaran Kerajaan Persekutuan

Sistem perbelanjaan dan pembayaran Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu jabatan mengakaun sendiri (JMS) dan jabatan tidak mengakaun sendiri (JTMS). Senarai JMS adalah:

i) Kementerian Pertahanan;

ii) Kementerian Kesihatan;

iii) Kementerian Pelajaran;

iv) Kementerian Pengajian Tinggi;

v) Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani;

vi) Kementerian Kerja Raya;

vii) Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan;


(13)

ix) Kementerian Dalam Negeri;

x) Jabatan Perdana Menteri; dan

xi) Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Bagi JTMS, pejabat pembayarnya adalah Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara. Di dalam konteks pengurusan bayaran, peranan pejabat pembayar ialah memproses bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Deinisi Perbelanjaan

Apa-apa kebenaran atau kuasa yang diberikan oleh Parlimen yang menyatakan amaun dan maksud-maksud bagi perbelanjaan boleh dilakukan semasa tahun kewangan. Kebenaran atau kuasa berbelanja adalah mengikut jenis perberlanjaan.

Jenis Perbelanjaan

i) Perbelanjaan Mengurus

ii) Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan Mengurus

Perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan bagi menampung aktiviti harian yang berterusan dan berulang atau perbelanjaan penggunaan. Dibahagikan kepada belanja bekalan dan tanggungan. Belanja bekalan ialah semua jenis perbelanjaan untuk membiayai aktiviti harian jabatan/kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Contoh belanja bekalan adalah gaji, sewa, pembelian aset dan utiliti. Perbelanjaan mengurus perlu mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu melalui Rang Undang-Undang Perbekalan sebelum sebarang perbelanjaan boleh diperuntukkan dan dibelanjakan. Belanja tanggungan adalah perbelanjaan telah sedia diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 98 dan dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan serta tidak perlu mendapat kelulusan Parlimen. Contoh belanja tanggungan ialah bayaran pencen, gaji Ketua Hakim Negara dan elaun Diraja.

Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan mempunyai pulangan dalam jangka masa panjang. Contoh perbelanjaan pembangunan ialah projek pembinaan sekolah, hospital dan lebuh raya.

Deinisi Pembayaran

Semua bayaran yang dibuat untuk bekalan barang-barang, perkhidmatan yang dibeli atau kerja-kerja yang dijalankan. Bayaran dibuat melalui cek/EFT dan tunai sekiranya menggunakan panjar wang runcit. Pada masa ini, bayaran diakaunkan mengikut asas tunai ubahsuai.

Undang-Undang Dan Peraturan Pengurusan Bayaran Perlembagaan Persekutuan

Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiada apa-apa wang yang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan melainkan jika wang-wang diperuntukkan atau diluluskan oleh Parlimen.

Akta Tatacara Kewangan 1957

Seksyen 13 (5) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 menjelaskan bahawa wang yang dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan hanya bagi maksud-maksud suatu amanah atau di bawah kuasa suatu undang-undang.

Piawaian Perakaunan Kerajaan

Di dalam Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK 1) memperuntukkan semua urus niaga terimaan dan bayaran kerajaan diakaunkan mengikut asas tunai. Walau bagaimanapun, bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember boleh dikenakan kepada peruntukan tahun kewangan berkenaan jika dibayar dalam bulan berikutnya melalui Akaun

Kena Bayar.

Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1974

Pekeliling ini mengarahkan pemakaian dasar perakaunan tunai ubahsuai bagi bayaran Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Arahan Perbendaharaan (AP) 58(a)

Arahan ini menjelaskan bahawa kelulusan khas diperlukan bagi membayar/ menyelaras baucar perbelanjaan mengurus yang dikemukakan dalam tahun kewangan semasa berkaitan dengan pertanggungan-pertanggungan yang kena dibayar pada tahun kewangan yang lama.

Arahan Perbendaharaan 59

Pembayaran bagi barang-barang dan perkhidmatan yang dibekal dengan suci hati dan tidak boleh ditahan. Peruntukan ini adalah bagi bayaran yang dilakukan dengan keraguan oleh pegawai bertanggungjawab dan bayaran tersebut mulanya dipertanggungkan kepada akaun pendahuluan diri (pegawai awam). Pegawai Pengawal perlu menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan dan sekiranya diluluskan, pelarasan Akaun Pendahuluan Diri perlu dilakukan.

Pihak Yang Terlibat Dengan Pengurusan Bayaran

i) Menteri Kewangan

Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan Arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan terletak pada Menteri.

ii) Pegawai Pengawal

AP 10 menerangkan bahawa Pegawai Pengawal adalah pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri bagi tiap-tiap maksud perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-mana tahun kewangan.

Tanggungjawab Pegawai Pengawal

a) Mengawal perbelanjaan di bawah kawalannya supaya tidak melebihi peruntukan (AP 54);

b) Mengawas perbelanjaan di bawah kawalannya (AP 57);

c) Memastikan perbelanjaan dibuat dengan betul (AP92(a)(i)); dan

d) Mengemukakan laporan perbelanjaan kepada Perbendaharaan (AP92(a)(i)).

iii) Pegawai Pembayar

Pegawai Pembayar adalah pegawai yang sebenarnya membelanjakan wang awam.

Tanggungjawab Pegawai Pembayar (AP 93)

a) Memastikan bayaran tidak melebihi peruntukan;

b) Memastikan perakuan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa dan ‘Prima Facie’ pertanggungan adalah betul; dan

c) Memastikan potongan yang sepatutnya telah dibuat dengan betul.

iv) Pegawai Perakaunan

Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] menyatakan pegawai perakaunan adalah seorang pegawai yang ada urusan berkenaan dengan wang awam atau aset awam.


(14)

Tanggungjawab Pegawai Perakaunan

a) Memungut, menerima atau mengakaun, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaun wang awam; atau

b) Membelanja/membayar atau yang sebenarnya membelanja/membayar, apa-apa wang awam; atau c) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, atau

mengakaun aset awam atau yang sebenarnya menerima, memegang, mengeluar atau melupus aset awam.

Jenis-Jenis Bayaran

i) Emolumen termasuk gaji, elaun dan elaun lebih masa.

ii) Tuntutan perjalanan.

iii) Bayaran bantuan kepada individu (bukan penjawat awam), pertubuhan dan syarikat.

iv) Pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman kenderaan/komputer.

v) Bayaran perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.

vi) Bayaran balik deposit.

vii) Bayaran rekupmen panjar wang runcit, mesin franking.

Kaedah-Kaedah Bayaran

i) Bayaran Tunai

Bayaran secara tunai dibuat melalui panjar wang runcit dengan amaunnya tidak melebihi RM500.00 untuk satu bil/resit.

ii) Bayaran Melalui Cek

Pada masa ini bayaran melalui cek semakin berkurangan. Kes-kes yang masih menggunakan bayaran melalui cek adalah cek bayaran gaji penjawat awam yang dikeluarkan oleh pejabat pembayar, bank yang tiada kemudahan Electronic Fund Transfer (EFT) dan bayaran bagi AP 96(a).

iii) Sistem Bayaran Pukal

Satu sistem bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun semasa. Pembayaran dibuat oleh pejabat pembayar. Contoh bayaran pukal adalah bayaran bil elektrik, telefon, air dan tiket penerbangan. Kebaikan sistem bayaran pukal ini ialah memudahkan bayaran bil bagi PTJ. Walau bagaimanapun PTJ perlu menyemak semua bil yang diterima daripada agensi dengan laporan BP21 bagi memastikan nilainya betul.

iv) Baucar Jurnal

Baucar jurnal digunakan bagi membuat bayaran di antara dua jabatan kerajaan dan pembetulan kesilapan akaun.

v) Bayaran Secara EFT

Melalui bayaran secara EFT, wang dimasukkan terus ke dalam akaun penerima. Ia adalah sebagai menggantikan bayaran melalui cek. Dengan kaedah ini proses pembayaran lebih cepat dan masalah cek hilang dan tamat tempoh sudah tiada lagi.

vi) Bayaran Di Bawah AP 96(a)

Bayaran di bawah AP 96(a) adalah melibatkan wang yang dikehendaki oleh PTJ bagi bayaran tunai.

Evolusi Sistem Perbelanjaan dan Bayaran Kerajaan Persekutuan

Banyak perubahan telah berlaku dalam pengurusan perbelanjaan dan bayaran terutamanya bagi Kerajaan Persekutuan. Di antara perubahan-perubahannya adalah:

i) Buku vot manual kepada sistem e-SPKB bagi peringkat PTJ.

ii) Sistem perakaunan kerajaan daripada BAS kepada GFMAS di pejabat pembayar.

iii) Pembayaran melalui EFT menggantikan bayaran melalui cek.

iv) e-Payslip.

v) e-Perolehan.

Perubahan-perubahan ini memberi nilai tambah di dalam pengurusan bayaran dan sistem perakaunan negara, contohnya perubahan slip gaji biasa kepada e-Payslip di mana dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga di pejabat pembayar kerana percetakan slip gaji sudah tidak perlu di pejabat pembayar dan penjawat awam boleh mencetak sendiri slip gaji mereka.

Selain itu, e-SPKB dan GFMAS membantu memproses bayaran dalam tempoh 14 hari. Sistem ini juga membantu dalam penjanaan laporan dengan lebih cepat dan berkesan. Pelbagai penjimatan berlaku di sini terutamanya dari segi kos, masa dan tenaga kerja serta kesilapan memasukkan data juga dapat dikurangkan.

Perubahan yang berinovatif sangat perlu bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan serta menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan. Peredaran masa memaksa sesuatu sistem berubah bagi memenuhi keperluan rakyat dan pengguna. Keperluan perubahan ini juga merupakan cabaran kepada pengurusan bayaran sedia ada.

Isu dan Cabaran

Baucar Kuiri dan Cek/EFT Batal

Masalah yang biasa berlaku di pejabat pembayar ialah baucar kuiri dan cek/EFT batal. Baucar dikuiri adalah disebabkan baucar yang dihantar oleh PTJ tidak mempunyai dokumen lengkap, tidak mengikut peraturan dan salah kod. Kesilapan-kesilapan ini mungkin berpunca daripada tenaga kerja yang kurang kompetensi dan pengetahuan dalam menguruskan perbelanjaan, salah tafsir peraturan yang sedia ada sehingga membawa kepada pelbagai pemahaman dan andaian, kecuaian serta kesalahan yang disengajakan bagi mendapatkan sesuatu.

Manakala cek/EFT batal pula adalah berpunca daripada maklumat akaun bank yang tidak betul, tidak aktif dan kes insolvensi.

Kesilapan-kesilapan ini menyebabkan berlakunya kerja dua kali di PTJ dan pejabat pembayar. Dalam pengurusan kualiti, konsep ‘Do Things Right The First Time’ amat penting dan kesilapan-kesilapan ini memerlukan kerja yang berulang serta mengurangkan produktiviti. PTJ perlu memainkan peranan dan pejabat pembayar juga boleh memberi panduan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi berkaitan dengan perbelanjaan dan bayaran supaya kesilapan dapat diminimumkan.

Teguran Audit

Teguran audit dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun merupakan cabaran dalam pengurusan perbelanjaan dan bayaran terutamanya berkaitan perolehan barangan dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran. Walaupun tanggungjawab perolehan adalah merupakan tanggungjawab PTJ, tetapi menjadi satu cabaran kepada pejabat pembayar bagi memastikan bayaran yang tepat kepada perolehan barangan dan perkhidmatan yang betul sahaja. Peranan ini adalah penting bagi membantu memastikan sistem pengurusan kewangan negara telus dan boleh dipercayai.


(1)

Kesimpulan

Insurans kini adalah satu keperluan dan bukan sekadar kehendak. Setiap manusia yang hidup memerlukan sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan. Perancangan manusia adalah terbatas kerana terdapat pelbagai pancaroba dan liku-liku kehidupan masa depan yang tidak dapat kita ramalkan. Oleh yang sedemikian, sebagai perancangan kewangan masa hadapan yang lebih terjamin, memiliki insurans adalah satu jalan penyelesaiannya. Namun, sebagai umat Islam yang beriman, hendaklah menjauhi sistem kewangan yang ditegah oleh syarak dan memilih sistem kewangan Islam yang pastinya menjamin keadilan sosial ekonomi sejagat. Oleh itu, sistem takaful adalah satu jalan ikhtiar bagi umat Islam menguruskan perlindungan risiko. Di harapkan dengan perkembangan sistem takaful di Malaysia, maka umat Islam akan mula berhijrah daripada sistem insurans konvensional kepada sistem takaful bagi memelihara keimanan dan ketaqwaan kepada perintah. Secara tidak langsung, umat Islam akan dapat mempertingkatkan lagi kekuatan ekonomi Islam dan mewujudkan keadilan ekonomi masyarakat.

Bibliograi

Buku Panduan Asas Takaful Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

Power Closing Dalam Menjual Insurans Hayat, Dr. Rizal Naidu Abdullah, Watie Naidu Enterprise

PELABURAN EMAS

Siti Zuraida Awang

Pengenalan

Apa itu emas? Emas merupakan sejenis aset dan juga adalah salah satu komponen logam. Emas telah lama dititik

beratkan sebagai sejenis alat pelaburan untuk melindungi nilai mata wang kalis inlasi dan menjadi instrumen

penyimpanan mata wang yang mendadak kesan daripada serangan spekulator mahupun akibat peperangan. Emas melindungi nilai tunai anda dan membantu anda daripada kejadian yang tidak diinginkan seperti di atas. Emas membantu anda menjana keuntungan yang sempurna di dalam pasaran.Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur di telan zaman walaupun tertanam beribu-ribu tahun sekalipun,emas tetap berkilau.

Jenis- jenis Emas

Emas mempunyai pelbagai jenis dan dipanggil dalam bentuk karat. Karat merupakan sejenis nama yang anda mesti tahu dalam kategori emas. Melalui karat juga kita boleh tahu dan boleh menilai mutu emas dan jenis-jenis emas. Apa yang anda perlu tahu tentang karat ialah:

Apa Itu Karat (K) ?

Karat adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai emas tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.

Dikenali sebagai Emas Kertas/Emas Sepuluh/Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½ ( c ) 916.6 Emas Singapura

22K mengikut ukuran lama ( d ) 875

( e ) 835 ( f ) 750

18K mengikut ukuran lama ( g ) 585

14K mengikut ukuran lama ( h ) 375 Suasa

9K mengikut ukuran lama

Emas 900 (Emas Sembilan) dan Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud

Contoh Pengiraan :

Standard Ketulenan Emas 750 ppt (parts per thousand) adalah bersamaan 18K (karat). 750/1000 X 24 = 18K

Nama-Nama Lama Panggilan Kepada Emas: Emas 1 Dinar = 4.25 gram


(2)

57

56

Emas Se Rial =2.70 gram Emas Se Kupang = 0.64 gram

Emas 2 Kupang = 1.28 gram ( Kupang Terengganu ) Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gram Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gram

Antara Produk Emas Fizikal Yang Ada di Malaysia Ialah: a) Kijang Emas

b) Pamp Suisse

c) Dinar Kelantan, Dinar Restu, Dinar Muslim, Dinar Borneo,dan pelbagai jenis dinar yang ada sekarang d) Produk Public Gold seperti Public Dinar dan Gold Bar

e) Poh Kong Bunga Raya f) Singapore Merlion

g) Syiling emas yang boleh dibeli di UOE bank

Kelebihan Emas

Emas itulah hartamu yang sebenarnya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14]

Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu tahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!

Kenapa emas penting dalam kehidupan ekonomi kita? Di dunia sekarang sistem kewangan dunia hari ini adalah satu sistem yang bersandarkan sistem ekonomi kapitalis berorientasikan “wang kertas” yang saling berhubung dengan dasar sistem rantaian ekonomi, kewangan dan kepercayaan masyarakat dunia

Emas adalah perlindungan nilai tunai agar masa depan anda tidak dibelenggu masalah ketidakmampuan membayar harga barang keperluan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Selain itu juga emas diperlukan kerana ia sebagai portfolio dalam jangka masa panjang. Orang ramai perlu simpan emas kerana ia dapat memperkasakan ekonomi seorang individu sekali gus mengagih-agihkan kekukuhan ekonomi itu sesama keluarga dan masyarakat melalui ilmu dan zakat.

Antara Kelebihan Emas Ialah:

a) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa.

b) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

c) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu. Sebagai aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan

kenaikan inlasi

d) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.

e) Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-Rahnu.

f) Reka bentuk yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik. Senang untuk dibawa kemana- mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5 gram – 100 gram. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan. g) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan mata wang dolar. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam.

h) Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

i) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

j) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana,

perunding atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual. Aset izikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan mulis.

k) Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dolar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM (Auto Teller Machine)? Erm.. l) Sokongan di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya

m) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

n) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

o) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

16 Perkara Yang Perlu Berhati-Hati Semasa Membeli Emas

Pernahkah anda terbeli emas palsu? Atau emas berkualiti rendah daripada yang tertulis pada resit? Atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1 gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Di dalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas.

Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat, ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu di pasaran kadangkala juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Di sini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas.

1) Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.


(3)

2) Cop Cina atau Cop nombor Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan Cina, contohnya seperti Emas Paun (gambar org berlari), Emas Sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.

3) Bayaran menggunakan cek

Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang (fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draf, bankerscheque juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk mengklon cek atau bank draf.

4) Spring pada gelang, subang dan rantai emas

Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, skru dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadangkala sukar dikesan.

5) Penukaran emas semasa tebus pajak

Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati di sini.

6) Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan

Kadangkala dalam keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu

contohnya mereka mempunyai beratus-ratus kilogram malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.

7) Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian

Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditokok tambah dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan reka bentuknya.

8) Bukan emas yang disalut tebal

Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.

9) Batu pada item emas

Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya. 10) Jongkong platinum yang tidak original

Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana di sana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum.

11) Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga

Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.

12) Bendasing di dalam emas serbuk mengurangkan berat emas.

Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing yang melekat bersama emas biasa disebut tahi emas.

13) Pengiraan harga yang tidak dikemas kini dengan indeks harga emas terkini.

Indeks harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati indeks emas berubah 3-4 kali, pembeli dan

penjual emas harus sentiasa mengemas kini dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual runcit di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali.

14) Urus niaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi

Elakkan urus niaga jual beli emas di tempat yang sepi, lebih selamat dijalankan di tempat yang ramai orang dan sedikit tersorok contohnya di stesen minyak. Jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan di dalam bank, pejabat atau mana-mana tempat yang lain.

15) Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item/wang tunai bersama

Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan daripada masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.

16) Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.

Pembeli emas dalam linkungan 1-2 kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau ke atas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memasti- kan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan.

Contoh Mudah Pelaburan Emas

Ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadangkala, emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.

Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim-skim penipuan), tetapi pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, kukuh dan berterusan.

Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan. Contohnya jika pelabur memiliki RM5000 dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 36 gram emas 999. Sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM360 (10x360 gram) tetapi sejak kebelakangan ini, ada yang memilih untuk menggunakan sistem ar-Rahnu.

Jika tadi dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36 gram emas 999, tetapi jika ditambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100 gram emas 999. Jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh mendapat keuntungan hampir RM1000. Menarik bukan? Namun, cara ar-Rahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75% sebulan. Walau bagaimanapun, cara kedua lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin. Pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan oleh pihak ar-Rahnu. Pelabur boleh membuat keputusan sendiri tanpa pihak ketiga. Yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun menghampiri 40%, mengatasi pelaburan amanah yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Wawasan, unit-unit amanah oleh bank perdagangan dan lain-lain.


(4)

61

60

Pengiraan Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, sembahyang lima waktu, puasa dan haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam

irman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”-At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab) Contoh : RM6,000 x 2.5%

Jumlah zakat = RM 150

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat emas yang dipakai = 250 gram

Uruf emas = 150 gram

Berat emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100 gram Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa) = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)

= RM 192.9

Rujukan Zakat.com.my

Ali Bukhari Amir (Sekolah Pemikiran Kg.Baru) www.publicgold.com

http://myemas.999.blogspot.com http://sriayu.com


(5)

(6)