Makanan Dan Haiwan Yang Haram Di Makan

Makanan Dan Haiwan Yang Haram Di Makan

Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)
Allah berfirman dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 172-173 bermaksud: ’Wahai
orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan
kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya
kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai,
darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain
Allah. Akan tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Makan sesuatu yang baik yang disertai dengan mensyukuri nikmat
merupakan suatu kesederhanaan yang menghimpunkan keperluan jasad dan ruh.
Kita makan adalah untuk memelihara tubuh badan dengan tidak melakukan
sebarang pembaziran. Firman Allah Taala, maksudnya: “Wahai orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada
apa yang Allah telah berikan rezeki kepadamu…”. (al-Ma’idah, 5: 87-88), Makanan
jiwa pula adalah dengan bersyukur di atas segala nikmat Allah.
Orang musyrikin dan Ahlul Kitab sebelum Islam berbeza pendekatan mereka

dengan orang beriman, kerana mereka tidak mengamalkan pendekatan sederhana
dalam kehidupan mereka.Ada diantara mereka yang mengharamkan sesuatu
kepada
diri
mereka
sendiri
seperti Bahirah[1],Sa’ibah[2], Wasilah[3] dan Haam[4] dan sebagainya, manakala
orang Nasrani, mereka menyeksa diri dengan mengharamkan kesedapan dan
keselesaan dalam hidup, serta memandang hina terhadap keperluan tubuh badan
sendiri. Perbuatan mereka ini bukan sahaja dikhususkan kepada para pendeta,
malahan kepada semua, dengan mengharamkan daging dan sapi ketika berpuasa

pada hari-hari tertentu, disamping pengharaman ikan, susu, dan telur ketika
berpuasa pada hari-hari yang lain.
Perkara haram yang sebenar
 Mengambil bangkai sebagai makanan. Ini disebabkan darah yang terdapat dalam
bangkai boleh membawa mudharat, disamping daging yang sudah rosak dan
dicemari dengan penyakit. Pengharaman bangkai adalah kerana kekotoran yang
wujud padanya yang boleh membawa mudharat.
 Darah yang mengalir. Ia memudharatkan, dan jiwa yang bersih tidak menyukainya.

Ia diharamkan kerana kekotoran dan kemudharatan yang wujud padanya.
 Daging babi. Ia diharamkan kerana boleh membawa mudharat terutama ketika
cuaca panas, dan jiwa yang suci tidak menyukainya. Babi ialah binatang kotor
yang biasanya memakan benda-benda kotor dan najis. Ia juga berbahaya kerana
mempunyai kuman yang sukar dihapuskan. Disamping itu, ia juga mempunyai
tabiat buruk iaitu malas dan tidak mempunyai sifat cemburu kepada pasangan
betinanya yang bersenggama dengan binatang yang lain. Orang yang makan
daging babi, akan terpengaruh dengan perangainya yang buruk, juga seseorang
itu akan dijangkiti kuman pada tubuhnya walaupun babi itu dipelihara pada
persekitaran yang bersih.
 Menyebut nama lain selain Allah ketika menyembelih. Ini ialah perbuatan golongan
yang menyembah berhala. Perbuatan tersebut adalah syirik dan membuat
pergantungan kepada selain daripada Allah. Orang Arab pada zaman Jahiliyyah
mengadakan penyembelihan untuk berhala-berhala mereka, dan ketika
penyembelihan mereka berkata: ‘dengan nama al-Laata dan al-‘Uzza’. Perbuatan
ini haram dan bercanggah dengan asas agama dan tauhid.
Tambahan kepada pengharaman-pengharaman ini, ialah apa-apa yang diharamkan
menerusi surah al-Ma’idah ayat 3 (Sesungguhnya apa yang disebut dalam Surah alMa’idah itu adalah termasuk dalam kategori bangkai iaitu: setiap yang mati tanpa
disembelih mengikut syara’, sama ada yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan
yang diterkam binatang buas. Begitu juga, binatang yang tidak boleh dimakan

seperti binatang buas dan sebagainya), dan apa-apa yang diharamkan oleh
Rasulullah seperti makan haiwan liar yang mempunyai gigi taring, burung yang
mempunyai kuku yang mencengkam, dan daging himar .
Akan tetapi, sesiapa yang berada dalam keadaan darurat (iaitu akan binasa
sekiranya tidak makan sesuatu yang haram), tidak berdosa makan apa-apa yang
diharamkan oleh Allah, sekiranya dia tidak mendapati makanan yang lain, bimbang
dirinya akan binasa, dalam keadaan biasa memang dia tidak menyukainya. Akan
tetapi syarat yang mesti dipatuhiu ketikan makan sesuatu disebabkan terpaksa atau
dharurat ialah tidak melebihi kadar yang diperlukan. Ia diharuskan semata-mata
untuk memelihara jiwa daripada binasa, kerana mati dalam keadaan kelaparan lebih
mudharat daripada memakan bangkai dan darah.

Syarat yang diberikan oleh Allah terhadap keharusan sesuatu yang haram adalah
seperti firman-Nya yang bermaksud “tidak menginginkannya dan tidak pula
melampaui batas”. Syarat ini adalah supaya manusia tidak mengikut hawa nafsu
dalam menafsirkan ‘darurat’, yang mengakibatkan seseorang itu boleh mendakwa
bahawa dia berada dalam keadaan darurat sedangkan hakikatnya tidak begitu, dan
melampaui kadar yang diperlukan, dengan mengambil peluang terhadap situasi
darurat semata-mata untuk melampiaskan nafsunya.
Sesungguhnya Allah mengampuni kesilapan hambanya dalam menentukan kadar

darurat, kerana ia berdasarkan ijtihad mereka. Allah Maha Penyayang terhadap
hambaNya. Oleh itu, Allah mengharuskan mereka makan sesuatu yang haram ketika
berada dalam keadaan darurat, supaya tidak menyempit dan menyusahkan mereka.
Pandangan fuqaha’ dalam persoalan haiwan yang boleh dimakan pula, secara
ringkasnya adalah seperti berikut: Binatang yang disembelih secara syara’ ada tiga
kategori: haiwan yang tinggal dalam air, haiwan darat, dan haiwan dua alam [5].
Haiwan Air: Haiwan yang hanya tinggal di dalam air sahaja, terdapat dua pendapat
mengenainya:
1. Ulama’ aliran mazhab Hanafi berpendapat: Semua haiwan yang hidup di dalam
air haram dimakan kecuali ikan, ia halal dimakan tanpa perlu disembelih
terlebih dahulu kecuali ikan yang terapung di atas air, sekiranya ikan itu mati
dan terapung di atas air, ia tidak harus dimakan. Ini berdasarkan hadis daif
daripada Jabir yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah yang
bermaksud: “Haiwan yang tiba di daratan disebabkan air pasang surut, maka
makanlah ia, tetapi yang mati di dalam laut dan terapung, jangan kamu
memakannya” .
2. Jumhur ulama’ dan selain daripada ulama’ aliran mazhab Hanafi berpendapat:
Haiwan air seperti ikan, ketam, memerang dan khinzir al-ma’ (capybara), halal
dan harus dimakan tanpa perlu disembelih walaubagaimana cara sekalipun
binatang-binatang tersebut mati sama ada dengan sebab perlanggaran

dengan batu, atau terkena pukulan nelayan, atau mati disebabkan air
surut, tenggelam atau timbul. Akan tetapi, sekiranya terapung di atas air, dan
dibimbangi boleh membawa penyakit, ia diharamkan disebabkan boleh
membawa kemudharatan.
Kecuali Imam Malik, beliau menyatakan makruh terhadap khinzir alma’ (capybara/water hog) dengan katanya: Kamu sendiri telah menamakannya
khinzir. Berkata Ibnu al-Qasim: Saya menjauhinya tetapi saya tidak menyatakannya
haram.
Manakala Haiwan Darat: ialah haiwan yang hanya hidup di daratan sahaja.
Ia terbahagi kepada tiga kategori:
Pertama: Haiwan yang tidak mempunyai darah seperti belalang, lalat, semut,
lebah, cacing, kumbang, lipas, kala-jengking, serangga yang mempunyai racun, dan
yang seumpama dengannya, tidak halal dimakan kecuali belalang sahaja. Ini kerana
binatang-binatang tersebut terdiri daripada binatang yang kotor , dan jiwa yang suci

sudah tentu akan menjauhinya. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman yang
bermaksud: “dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk(kotor)”. (Surah alA’raf , 7:157) . Ulama’ aliran mazhab Maliki mensyaratkan agar menyembelih
belalang, manakala bangkai belalang adalah haram di sisi mereka kerana hadis
yang menyatakan tentang keharusannya itu adalah hadis daif. Manakala Ulama’
aliran mazhab Hanafi yang tidak membenarkan mentakhsiskan al-Quran dengan
Sunnah, mereka menyatakan: sesungguhnya yang mentakhsiskan bangkai ikan

ialah firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan
makanan (yang berasal) daripada laut”. (al-Maidah, 5:96) .
Kedua: Binatang yang darahnya tidak mengalir seperti ular, cicak, semua
serangga, hama daripada tikus, kutu sengkenit , landak, dan dhab (biawak pasir):
haram dimakan kerana kotor, disamping mempunyai racun dan kerana Rasulullah
saw telah memerintahkan agar dibunuh binatang-binatang tersebut. Ulama’ aliran
mazhab Hanafi telah mengharamkan dhob (biawak pasir) kerana Rasulullah pernah
melarang Saidatina Aisyah daripada memakannya. Manakala jumhur ulama’ pula,
mereka telah mengharuskan dhob berdasarkan pengakuan nabi saw ketika dimakan
dhob di hadapan Baginda. Ulama’ aliran mazhab Syafie mengharuskan makan
landak.
Ketiga: Binatang yang darahnya mengalir: Ia terbahagi kepada dua kategori
iaitu sama ada jinak atau liar. Binatang ternakan yang jinak halal dimakan secara
ijma’ seumpama unta, lembu, dan kambing. Diharamkan makan baghal dan keldai,
manakala daging kuda diharuskan memakannya tetapi ia dianggap sebagai makruh
tanzih di sisi Abu Hanifah, kerana kuda digunakan untuk tunggangan dan kenderaan
jihad. Pendapat yang masyhur di sisi Ulama’ aliran mazhab Maliki pula ialah haram
memakan daging kuda.
Diharamkan makan binatang jinak (peliharaan) yang buas iaitu anjing dan
kucing.

Manakala binatang liar: Menurut pandangan jumhur ulama’ kecuali Imam
Malik, diharamkan setiap binatang buas yang mempunyai taring, dan setiap burung
yang mempunyai kuku yang mencengkam; kerana binatang-binatang ini memakan
bangkai. Di sisi Imam Malik daging binatang liar adalah makruh, dan diharuskan di
sisinya burung yang mempunyai kuku yang mencengkam berdasarkan zahir ayat alQuran yang bermaksud: “Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya…”.(al-An’am, 6:145)

[1] Bahirah: Unta betina yang telah beranak lima kali, dan anak yang kelima itu

jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi
lagi dan tidak boleh diambil susunya.
[2] Sa’ibah: Unta betina yang dibiarkan pergi begitu sahaja lantaran sesuatu nazar.

Contohnya, jika seseorang Arab Jahiliyyah itu akan melakukan suatu perjalanan
yang berat, maka dia biasa bernazar akan menjadikan untanya sa’ibah apabila
maksud perjalanannya berhasil dan selamat.

[3] Wasilah: Seekor domba betina (kibasy) melahirkan anak kembar yang terdiri


daripada jantan dan betina, maka yang jantan ini disebut wasilah, tidak disembelih
tetapi diserahkan kepada berhala.
[4] Haam: Unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi, kerana telah dapat

membuntingkan unta betina sebanyak sepuluh kali.
.Al-Feqh al-Islami wa Adillatuh, 3/678-687 [5]
Posted by Ustaz Shauqi Othman at 11:14 PM

http://www.ustazshauqi.com/2011/05/makanan-dan-haiwan-yang-haram-di-makan.html

https://www.google.com.my/search?q=kod+makanan+haram

http://elynenana.blogspot.com/2013/06/7-jenis-makanan-yang-makruh-utk-dimakan.html

7 jenis makanan yang
makruh utk dimakan....
Tahukah anda ada 7 jenis makanan yang makruh untuk dimakan...
1)Bawang Merah...
2)Bawang Putih


3) Daun Bawang

Rasulullah Shallallahu wa sallam bersabda: Barangsiapa makan
bawang putih

atau

bawang merah, maka janganlah

ia

mendekati masjid kami & hendaklah ia shalat di rumahnya,
karena sesungguhnya para malaikat itu juga terganggu dgn
apa-apa yg mengganggu manusia” [Al-Bukhari, kitab Adzan 854,
Muslim, kitab Al-Masajid 564]

4)

Tumbuhan


yang

dipijak

oleh

binatang

..

Bila kita cuci buah yang kena pijak oleh binatang makanan kita
akan menjadi suci... so halal la... huhuhu..

5)Air perigi dekat kawasan perkuburan...

6) Daging mentah

7)Daging busuk...

Makalah Makanan Halal, Haram, Makruh

dan Syubhat
Posted on 27 April 2014by fuadmahfuddin13

BAB I
PENDAHULUAN
1. LATAR BELAKANG
Islam memerintahkan kepada pemeluknya untuk memilih
makanan yang halal serta menjauhi makanan haram.
Rasulullah bersabda: “Dari Abu Hurairah ra
berkata :Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya
Allah baik tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan
sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang
mu’min sebagaimana yang diperintahkan kepada para
rasul, Allah berfirman: “Hai rasul-rasul, makanlah dari
makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang
shaleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan”
Dijaman sekarang banyak yang menyebut era teknologi.
Manusia semakin mudah dalam menggapai keinginankeinginan dengan bantuan teknologi. Dengan kemajuan di
berbagai bidang maka berpangaruh juga kepada pola pikir
masyarakat.Misalkan masalah makan dan minuman,
banyak manusia atau orang yang makan dan minum
mengikuti tren. Dan sering kali kita lalai tentang halal
atau haram makanan yang kita makan.
Melihat masalah yang terjadi di atas kami selaku penulis
makalah akan memberikan rambu-rambu dan penjelasan

tantang makanan dan minuman yang halal dan yang
haram serta yang makruh dan syubhat berdasarkan dalildalil Al Qur’an dan Al Hadist.Sehingga kita sebagai umat
islam tidak salah makan makanan yang justru makanan itu
tergolong makanan yang haram.

RUMUSAN MASALAH
Apa pengertian makanan halal, haram, makruh dan
syubhat?
3. Apa saja jenis makanan yang halal, haram, makruh
dan syubhat dalam Islam?
4. Apa manfaat makanan halal dan apa pula mudharat
makanan haram ?
1.
2.

TUJUAN PENULISAN
Untuk mengetahui pengertian halal, haram, makruh
dan syubhat?
3. Untuk mengetahui jenis makanan yang halal, haram,
makruh dan syubhat dalam Islam?
4. Untuk mengetahui manfaat makanan halal dan apa
pula mudharat makanan haram ?
1.
2.

BAB II
PEMBAHASAN

Pengertian makanan halal, haram, makruh dan
syubhat
2. Makanan Halal
Makanan yang halal adalah segala sesuatu yang
diperbolehkan oleh syari’at untuk dikonsumsi kecuali ada
larangan dari Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Agama Islam menganjurkan kepada pemeluknya untuk
memakan makanan yang halal dan baik. Makanan halal
maksudnya makanan yang diperoleh dari usaha yang
diridhai Allah.
1.

Allah swt berfirman dalam surat Al-Baqarah 168,
$yg•ƒr‘¯»tƒâ¨$¨Z9$#(#qè=ä.$
£JÏB’ÎûÇÚö‘F{$#Wx»n=ym$Y7Íh‹sÛŸwur(#qãèÎ6®Ks
?ÏNºuqäÜäzÇ`»sÜø‹¤±9$#4¼çm¯RÎ)öNä3s9Arß
‰tãîûüÎ7•BÇÊÏÑÈ
168. Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik
dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
1. Makanan Haram
Makanan yang haram adalah segala sesuatu yang dilarang
oleh syariat untuk dikonsumsi, dan apabila tetap
dikonsumsi akan mendapatkan dosa kecuali dalam
keadaan terpaksa, serta banyak sekali madhratnya dari
pada hikmanya, sebagai contoh mengkonsumsi darah yang
mengalir ini di haramkan karena itu kotor dan dihindari
oleh manusia yang sehat, disampaing itu ada dugaan

bahwa darah tersebut dapat menimbulkan bahaya
sebagaimana halnya bangkai.
Allah berfirman dalam Surat Al-Baqarah ayat 173:
$yJ¯RÎ)tP§ymãNà6ø‹n=tæsptGøŠyJø9$#tP¤$!
$#urzNóss9ur͍ƒÌ“YÏ‚ø9$#!
$tBur¨@Ïdé&¾ÏmÎÎŽötóÏ9«!
$#(Ç`yJsù§äÜôÊ$#uŽöxî8ø$tŸwur7Š$tãIxsùzNøOÎ)
Ïmø‹n=tã4¨bÎ)©!$#Ö‘qàÿxîíOŠÏm§‘
Artinya: “Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan
bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang
(ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. tetapi
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya)
sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula)
melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (QS. Al-Baqarah : 173)

1. Makanan Makruh
Makanan yang makruh artinya makanan tersebut dibenci
atau tidak dianjurkan. Produk-produk yang dimakruhkan
oleh Allah dan Rasul-Nya adalah produk yang berpotensi
merusakkan jiwa dan menimbulkan gangguan kesehatan.
1. Makanan Syubhat
Makanan yang syubhat artinya makanan tersebut sifatnya
meragukan, tidak jelas dasar hukumnya, serta masih
menjadi perbedaan pendapat di kalangan ulama’.
Menyikapi makanan seperti ini, hendaknya seorang

Muslim menjauhinya atau lebih baik ditinggalkan, karena
mendekati perkara-perkara yang syubhat lebih dekat pada
hal yang diharamkan.
Para Ulama berbeda pendapat mengenai pengertian
syubhat yang diisyaratkan Rasulullah. Pada hadits
tersebut, sebagian Ulama berpendapat bahwa hal
semacam itu haram hukumnya berdasarkan sabda
Rasulullah, “siapa menjaga dirinya dari yang samar-samar
itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan
kehormatannya”. Siapa yang tidak menyelamatkan agama
dan kehormatannya, berarti dia telah terjerumus kedalam
perbuatan haram. Nabi bersabda :
‫ حفظت من رسو ل الله صلي الله عليه‬: ‫عن الحسن بن علي رضي الله عنها قال‬
‫ رواه الترمزي‬.‫وسلم دع ما يريبك الي ما ل يريبك‬
“Dari Al-Husain bin Ali r.a ia berkata : Saya selalu ingat
pada sabda Rasulullah Saw, yaitu: Tinggalkanlah sesuatu
yang meragukanmu dan kerjakanlah sesuatu yang tidak
meragukanmu. (Riwayat Tirmizy)
Sebagian yang lain berpendapat bahwa hal
yang syubhat itu hukumnya halal dengan alasan sabda
Rasulullah, “seperti penggembala yang menggembala di
sekitar daerah terlarang” kalimat ini menunjukkan bahwa
syubhat itu pada dasarnya halal, tetapi meninggalkan yang
syubhat adalah sebagaian sifat yang wara’. Sebagian lain
lagi berkata bahwa syubhat yang tersebut pada hadits ini
tidak dapat dikatakan halal atau haram, karena Rasulullah
menempatkannya diantara halal dan haram, oleh karena
itu kita memilih diam saja.

‫مفممنن اتتممقى ال تبشببمها ن‬
‫ت مفمقند ابستمببمرأ م لنندي بنننه مونعبرنضنه‬
“Barangsiapa meninggalkan perkara-perkara syubhat,
maka ia mencari keterbebasan untuk agamanya dan
kehormatannya.”

Kalimat, “maka siapa yang menjaga dirinya dari yang
syubhat itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan
kehormatannya” maksudnya membentengi diri dari
perkara yang syubhat.Kalimat, “siapa terjerumus dalam
wilayah syubhat maka ia telah terjerumus kedalam
wilayah yang haram” hal ini dapat terjadi dalam dua hal:
[ Orang yang tidak bertaqwa kepada Allah dan tidak
memperdulikan perkara syubhat maka hal semacam itu
akan menjerumuskannya kedalam perkara haram, atau
karena sikap sembrononya membuat dia berani melakukan
hal yang haram, seperti kata sebagian orang: “Dosa-dosa
kecil dapat mendorong perbuatan dosa besar dan dosa
besar mendorong pada kekafiran”
[ Orang yang sering melakukan perkara syubhat berarti
telah menzhalimi hatinya, karena hilangnya cahaya ilmu
dan sifat wara’ kedalam hatinya, sehingga tanpa disadari
dia telah terjerumus kedalam perkara haram. Terkadang
hal seperti itu menjadikan perbuatan dosa jika
menyebabkan pelanggaran syari’at.

Jenis makanan yang halal, haram, makruh dan
syubhat dalam Islam
v Jenis Makanan Halal
Makanan dikatakan halal paling tidak harus memenuhi
tiga kriteria, yaitu halal zatnya, halal cara memperolenya,
dan halal cara pengolahannya.
1.

1. Halal zatnya
Makanan yang halal menurut zatnya adalah makanan yang
dari dasarnya halal untuk di konsumsi. Dan telah di
tetapkan kehalalannya dalam kitab suci al-qur’an dan alhadist. Centoh makanan yang halal atas zatnya adalah
daging sapi, ayam, kambing, buah-buahan seperti apel,
kurma, anggur, dan lain sebagainya.
2. Halal cara memperolehnya
Yaitu makanan yang di peroleh dengan cara yang baik dan
sah, Makanan akan menjadi haram apabila cara
memperolehnya dengan jalan yang batil karena itu bisa
merugikan orang lain dan dilarang oleh syariat. Contoh
dari cara memperoleh yang baik adalah dengan cara
membeli, bertani, hadiah, dan lain sebagainya.
Adapun dari makanan yang diperoleh dari makanan yang
batil adalah dengan cara mencuri, merampok, menyamun,
dan lain sebagainya.
3. Halal cara pengolahannya
Yaitu makanan yang semula halal dan akan menjadi haram
apabila cara pengolahannya tidak sesuai dengan syeriat
agama. Banyak sekali makanan yang asalnya halal tetapi

karena pengolahanya yang tidak benar menyebabkan
makanan itu mmenjadi haram. Contohnya anggur,
makanan ini halal tetapi karena telah diolah menjadi
minuman keras maka minuman ini menjadi haram.

Dalam firman Allah surat Al-A’raf, ayat 157 yaitu:

tûïÏ%©!$#šcqãèÎ7FtƒtAqß™§9$#
¢ÓÉ