KERAJAAN KHULAFA AR RASYIDIN(SMK Taman Tasik)

  OBJEKTIF

  Selepas mempelajari pelajaran ini, anda dapat  Menerangkan maksud khulafa’ ar-rasyidin  Menerangkan latar belakang khulafa’ ar-rasyidin  Menjelaskan cara pemilihan khulafa’ ar-rasyidin  Menerangkan ciri kepimpinan khulafa’ ar-rasyidin  Menjelaskan kemajuan sosial dan ekonomi kerajaan khulafa’ ar-rasyidin  Menerangkan faktor perluasan daerah pada zaman khulafa’ ar-rasyidin  Menerangkan iktibar daripada sejarah khulafa’ar-rasyidin

KERAJAAN KHULAFA AR RASYIDIN

  Kerajaan khulafa ar rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW tidak meninggalkan amanat atau wasiat bagi meneraju pemerintah selepas kewafatan baginda. Namun tugas memerintah Negara Islam Madinah telah diambil oleh Khulafa Ar Rasyidin.

  Khulafa Ar Rasyidin

  Khalifah ialah orang yang memegang jawatan kerua Negara Islam. Manakala Khulafa Ar Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah. Mereka ialah khalifah Abu Bakar As Siddiq, khalifah Umar Bin Al Khattab, khalifah Usman Bin Affan dan kalifah Ali Bin Abi Talib. Mereka dipilih oleh orang ramai berdasarkan pengalaman dan kebolehan. Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin berpusat di Madinah. Pemerintahannya berkuasa selama lebih kurang 29 tahun ialah bermula pada tahun 11 hijrah hingga 41 hijrah.

  Pengenalan Ringkas Khulafa Ar Rasyidin

  1. Khalifah Abu Bakar As Siddiq (11-13H/632-634M)

  Nama sebenarnya ialah Abdullah Bin Abi Quhafah. Dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. Berketurunan Bani Tamim dan merupakan orang pertama memeluk Islam. Gelaran As Siddiq diberikan kepada beliau kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Sejak kecil beliau terkenal sebagai seorang yang jujur, mempunyai pekerti yang baik dan perangai yang terpuji. Beliau bersama sama Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan bersama- sama di dalam Gua Thur. Abu Bakar wafat pada 23 JamadilAkhir tahun 13 H dan dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah di Madinah.

  2. Khalifah Umar Bin Al Khattab (13-23H/634-644M)

  Nama beliau ialah Umar Bin Al Khattab bin Naufal. Beliau berketurunan Bani A’di iaitu salah sebagai Al-Farouk bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Beliau mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat Jahiliah. Beliau terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus terang menyatakan fikiran dan pandangan dalam mengahadapi masalah. Beliau memeluk Islam pada tahun ke-enam selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ketika berhijrah ke Madinah, beliau keluar secara terang-terangan. Pengislaman Saidina Umar telah membawa perkembangan besar dalam penyebaran Islam di Mekah. Beliau wafat pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23H ketika berusia 63 tahun setelah memerintah lebih kurang 10 tahun dan beliau dimakamkan berhampiran makan Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Siddiq.

  3. Khalifah Usman Bin Affan (23-35H/644-656M)

  Beliau dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. Beliau berketurunan Bani Umaiyah iaitu salah seorang pembesar Quraisy yang terkemuka. Sejak kecil beliau terkenal dengan peribadi yang mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam mengembangkan agama Islam. Beliau digelar Zunnurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW. Beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35H ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca Al-Quran.

  4. Khalifah Ali Bin Abi Talib (35-40H/656-661M)

  Nama penuhnya ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Mutalib Bin Hashim. Beliau adalah khalifah ke-empat dan terakhir dalam pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin. Beliau dilahirkan pada tahun ke 10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Beliau bersifat berani, tegas dan mempunyai pelbagai ilmu dengan mendalam. Beliau adalah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau didoakan dengan lafaz “Karamallah Wajihah” yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.

  PENGUKUHAN

   Sebelum Umar Al-Khattab memeluk Islam, orang Islam menunaikan solat secara bersembunyi.Apabila Umar memeluk Islam , orang Islam tidak lagi merasa takut dan mereka bersolat secara terang-terangan di Baitullah.  Khalifah Usman bin Affan termasuk sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga.  Puteri Rasulullah yang berkahwin dengan Usman bin Affan ialah Ruqayyah dan Umi Kalsom.

  INFO ISLAM Ali bin Abi Talib memeluk Islam ketika berumur sepuluh tahun.

  Cara-cara pemilihan Khulafa Ar Rasyidin

  1. Pelantikan khalifah Abu Bakar As Siddiq

  Rasulullah tidak menetapkan pengganti baginda selepas kewafatannya. Oleh itu, berlaku perselisihan pendapat di kalangan umat Islam untuk mencari pengganti baginda sebagai khalifah. Apabila Rasulullah wafat, orang Ansar mengadakan perjumpaan untuk melantik pemimpin mereka “Saqifah bani Sai’dah”. Mereka mencadangkan Saad Bin Abi Abadah daripada suku Khazraj, seorang tokoh yang terkenal di Madinah sebagai khalifah. Beberapa orang Muhajirin termasuk Abu Bakar As Siddiq dan Umar Bin Al Khattab datang ke tempat itu setelah mengetahui berita tersebut. Setelah berlaku beberapa perbincangan tentang perlantikan khalifah yang menggantikan Rasulullah SAW, kedua-kedua belah pihak daripada kalangan Ansar dan Muhajirin memberikan ucapan masing-masing. Setelah keadaan kembali tenang, Abu Bakar As Siddiq memberikan ucapannya dan mencadangkan supaya mereka melantik sama ada Umar atau Abu Abidah. Kedua- duanya membantah lantas Umar berjabat tangan abu Bakar As Siddiq dan terus member bai’ah atau janji setia. Kemudian diikuti oleh umat Islam yang lain. Akhirnya mereka bersetuju supaya Abu Bakar As Siddiq dipilih sebagai khalifah memerintah kerajaan Islam di Madinah.

  2. Pelantikan khalifah Umar Bin Al Khattab

  Apabila Abu Bakar As Siddiq jatuh sakit dan merasa ajalnya hampir tiba, beliau mula berasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan umat Islam selepas ketiadaannya. Demi menyelamatkan umat Islam, beliau mengambil langkah untuk menentukan khalifah selepas itu. Khalifah Abu Bakar As Siddiq berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah Umar Bin Al Khattab. Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut. Mereka semuanya menyatakan kelebihan dan bersetuju dengan pelantikan tersebut. Usman Bin Affan menulis wasiat tersebut diatas permintaan Abu Bakar As Siddiq. Setelah selesai wasiat itu ditulis, Abu Bakar As Siddiq meminta diperdengarkan dahulu kepadanya sebelum diumumkan kepada orang ramai. Setelah diumumkan Abu Bakar As Siddiq bertanya kepada orang ramai tentang persetujuan pelantikan tersebut, orang ramai telah menyatakan persetujuan mereka.

  3. Pelantikan khalifah Usman Bin Affan

  Ketika khalifah Umar Bin Al Khattab darurat kerana ditikam oleh Abu Luqluq yang beragama Majusi, beberapa orang sahabat dating menemui beliau. Mereka mencadangkan supaya beliau melantik penggantinya. Pda mulanya beliau enggan berbuat demikian. Setelah didesak akhirnya beliau bersetuju dan mencalonkan seramai 6 orang sahabat terkemuka iaitu :

  a) Usman Bin Affan

  b) Ali Bin Abi Talib

  c) Talhah Bin Abidah

  d) Al Zubair bin Al Awam

  e) Saad Bin Abi Waqas

  f) Abdul Rahman Bin Auf

  Beliau melantik anaknya Abdullah Bin Umar sebagai saksi dan layak memlilih tetapi bukan dipilih. Setelah Umar Bin Al Khattab wafat, mesyuarat memlilih khalifah dijalankan. Talhah, Al Zubair dan Saad menarik diri daripada dicalonkan sebagai khalifah. Abdul Rahman meminta supaya dia dibenarkan menarik diri dan menjadi pemegang amanah pelantikan tersebut. Setelah cadangan Abdul Rahman dipersetujui, beliau telah melaksanakan tugasnya dengan jujur iaitu menemui para sahabat terkemuka dan orang ramai termasuk kaum wanita tentang siapakah yang paling layak untuk dijadikan khalifah. Beliau juga telah bertanya kepada Usman Bin Affan dan Ali tentang kesediaan mereka untuk menjadi khalifah.

  Melalui jawapan Usman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib serta pendapat sebahagian besar sahabat dan orang ramai, maka Abdul Rahman bin Auf mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Umar bin Al Khattab. Setelah Abdul rahman bin Auf mengumumkan pelantikan tersebut, para sahabat melakukan bai’ah dan diikuti oleh orang ramai.

4. Pelantikan Khalifah Ali bin Abi Talib

  Setelah pembunuhan Usman bin Affan, Negara berada dalam keadaan kurang stabil. Puak-puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan Negara menggantikan Usman. Pada awalnya, Ali bin Abi talib enggan menerima tetapi apabila melihat keadaan semakin genting, akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut. Orang ramai datang memberikan bai’ah kepadanya kecuali beberapa puak yang tidak bersetuju. Mereka adalah di kalangan keluarga Umaiyah termasuk Muawiyah bin Abi Sufiangabenor Syam ketika itu.

  INFO ISLAM Gelaran khalifah digunakan untuk ketua negara Islam selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga Kerajaan Turki Uthmaniyah. Gelaran ini berakhir pada Mustafa Kamal Antarturk. Apabila beliau mengisytiharkan kerajaan Republik Turki pada tahun 1923.

  Kesimpulan

  Jelaslah bahawa semua pelantikan khulafa Ar rasyidin melalui dua cara iaitu melalui majlis Syura dan melalui wasiat yang kemudiannya dipersetujui oleh majlis Syura. Pemilihan ini adalah selaras dengan tuntutan Al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

  ….dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat sesama mereka… (Surah As Syura 42 : ayat 38)

  Kepimpinan Khulafa Ar Rasyidin

  Semua khalifah Ar Rasyidin adalah mereka yang sentiasa mendampingi dan mendapat didikan daripada Rasulullah SAW. Mereka merupakan sumber rujukan umat Islam selapas kewafatan Rasulullah. Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil, berani, tawaduk, ikhlas dan berpendirian tegas. Mereka dapat menyelesaikan masalah yang timbul pada zamannya contohnya Saidina Abu Bakar As Siddiq telah berjaya mendaulatkan kerajaan Islam Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Usaha beliau menghapuskan orang murtad merupakan satu tindakan yang tepat dan membawa negara Islam Madinah berada dalam keadaan yang aman dan kuat. Semasa memimpin negara, mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi. Mereka memperketatkan undang-undang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Rakyat dilayan sama rata tanpa mengira status. Khulafa Ar Rasyidin adalah pejuang-pejuang yang tegas dan berani. Usman bin Affan bersetuju menjadi wakil Rasulullah SAW dalam perundingan dengan kaum musyrikin Mekah semasa perjanjian Hudaibiyah. Begitu juga Ali bin Abi Talib sanggup tidur di tempat rasulullah Saw semasa baginda keluar berhijrah ke Madinah. Sifat tawaduk khalifah Ar Rasyidin amat jelas. Mereka tidak mempunyai pengawal peribadi. Kehidupan mereka amat sederhana. Mereka lebih mengutamakan akhirat daripada dunia. Keutamaan menegakkan agama Islam mengatasi kepentingan peribadi. Rakyat berpeluang menyuarakan pendapat kerana khulafa Ar Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka, bersedia menerima pendapat rakyat jika pendapat itu bersumber daripada Al-Quran dan hadis. Mereka juga banyak member sumbangan harta kekayaan untuk menegakkan agama Allah SWT.

  Ketegasan khulafa Ar Rasyidin mendaulatkan agama Islam dan membangun negara dapat dilihat, contohnya tindakan khalifah Abu Bakar As-siddiq yang bertindak tegas memerangi golongan murtad, khalifah Umar yang memecat pegawai yang didapati kurang cekap, Usman yang tidak tunduk dengan golongan pemberontak yang mahu beliau meletakkan jawatan manakala Ali yang tidak terpengaruh dengan golongan Khuwaraj yang mendesak beliau membatalkan majlis tahkim.

  Sistem Pentadbiran pada Zaman Khulafa Ar Rasyidin

  Khalifah Ar Rasyidin telah membuat beberapa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara. Sejak pemerintahan khalifah yang peratam, beberapa perubahan telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran. Mereka telah menggariskan beberapa dasar dalam pentadbiran negara.

  Dasar Pentadbiran Khulafa Ar Rasyidin

  1. Undang-undang dan Perlembagaan Negara berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis

  2. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis Syura dan ijtihad.

  3. Pemimpin bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil.

  4. Khalifah merupakan ketua negara.

  5. Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-undang.

  6. Pegawai dan gabenor dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.

  7. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan memajukan negara.

  8. Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulNya.

  9. Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran-saluran tertentu.

  INFO ISLAM Pada zaman Khulafa’Ar-Rasyidin, sistem Al-Hijabah atau pengawal peribadi belum wujud. Rakyat boleh menemui dan membuat aduan terus kepada khula fa’tanpa sekatan.

  Berpandukan dasar-dasar tersebut, beberapa pembaharuan dalam sistem pentadbiran telah dilakukan bagi mengemaskini urusan pentadbiran negara antaranya :

1. Menubuhkan majlis syura

  Walaupun sistem ini telah wujud pada zaman Rasulullah tetapi fungsi amat terhad kerana keputusan yang dibuat oleh rasulullah adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabatnya. Keadaan ini berubah pada zaman khulafa Ar Rasyidin. Beberapa perkara baru timbul dalam masyarakat Islam yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran dan Al-hadis. Keadaan ini memerlukan ijtihad daripada khalifah. Pada zaman Umar bin Al-Khattab satu majlis Syura khas ditubuhkan bagi menentukan pelantikan khalifah. Mereka terdiri daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Pandangan ahli majlis ini dirujuk untuk membuat pelantikan pegawai-pegawai kerajaan.

  PENGUKUHAN

2. Pentabiran wilayah

  5. Pengurus perbendaharaan negara (sahib Baitulmal).

  Peluasan kawasan dan pertambahan harta negara memerlukan sistem pengurusan yang lebih teratur. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Khulafa Ar Rasyidin telah menubuhkan beberapa jabatan yang dikenali sebagai “Al-Dewan”. Antara jabatan yang baru ditubuhkan ialah :

  Penubuhan Jabatan yang Dikenali Sebagai “Al-Dewan”

  Tetapi serangan tersebut terhalang kerana kewafatan Rasulullah. Usamah ketika itu masih muda berumur 18 tahun.

  PENGUKUHAN Rasulullah semasa hayatnya telah mengatur tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke Ghasan.

  Sebelum dihantar ke wilayah berkenaan, semua pegawai yang dilantik diberikan surat perintah daripada khalifah. Surat tersebut mengandungi tugas-tugas pegawai dan kuasa mereka. Harta pegawai-pegawai tersebut diperiksa terlebih dahulu bagi mencegah mereka melakukan perkara-perkara penyalahgunaan kuasa. Setiap tahun pada musim haji, pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke Mekah untuk memberi laporan berhubung tentang pentadbiran wilayah. Rakyat juga diberi hak menyuarakan aduan kepada khalifah tentang pentadbiran wali dan pegawai kerajaan yang lain. Khalifah akan menyiasat setiap aduan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pegawai-pegawai kerajaan diberi gaji tetap mulai zaman khalifahumar bin Al-Khattab. Pemberian gaji tetap supaya pegawai-pegawai dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

  6. Ketua hakim

  4. Pegawai polis (sahib Al-Ahdas).

  Ali Syura dikenali sebagai Ahli Ahlul Wala’qad yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan.

  3. Pegawai pemungut cukai (sahib Al-Khazraj).

  2. Setiausaha ( sahib Al-Kitab).

  1. Ketua setiausaha (Kitab Al-Dewan wal Insya’ atau rais Al-Kitab).

  Beberapa jawatan baru juga diwujudkan bagi memastikan negara berada dalam keadaan menetap. Selain daripada wali, jawatan baru yang dikenalkan ialah :

  Berdasarkan undang-undang tanah yang digubal oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab, semua tuan tanah dikehendaki bercucuk tanam. Jika tanah tersebut terbiar lebih daripada 3 tahun, kerajaan berhak mengambil semula tanah tersebut.

  PENGUKUHAN

  Pada zaman rasulullah Saw, negara Islam tidak begitu luas, begitu juga semasa pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq. Keadaan ini berubah pada zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab, kerana wujudnya pembukaan wilayah yang sebelumnya dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi. Bagi jawatan baru iaitu gabenor atau wali yang menjadi wakil khalifah di wilayah tersebut. Mereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran wilayah dengan adil.

1. Dewan Al-Jundi (Jabatan ketenteraan)

  Jabatan ini ditubuhkan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan ketenteraan seperti mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan, mengambil data tentang bilangan tentera, member gaji anggota tanpa dan menguruskan kebajikan mereka.

2. Dewan Al-Karaj (Jabatan hasil)

  Polisi pentadbiran Khulafa Ar Rasyidin Umumnya pentadbiran Khulafa Ar Rasyidin mempunyai polisi iaitu mendaulatkan pentadbiran Islam.

  Polisi Khalifah Umar Bin Al Khattab

  1. Saidina Usman member peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi penyebaran agama dan perluasan pengaruh Islam.

  Khalifah Usman telah mengubah polisi yang diamalkan oleh Saidina Umar yang bersesuaian dengan keadaan negara ketika itu antaranya :

  Polisi Khalifah Usman Bin Affan

  2. Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali apabila diizinkan.

  1. Beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam. Beliau tidak membahagikan tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dalam peperangan sebagai harta “Al- Khonimah”. Tanah ini juga tidak boleh dibeli atau dimiliki, malah dimasukkan sebagai harta negara. Ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya perbuatan negative untuk memiliki tanah.

  Khalifah Umar Bin Al Khattab yang mempunyai cirri kepimpinan yang tinggi. Pemerintahannya lebih kurang 10 tahun 6 bulan membolehkan beliau menjalankan beberapa polisi bagi kepentingan agama dan negara Islam. Antara polisi beliau ialah :

  Khalifah Abu Bakar telah meneruskan pasukan tentera Usamah ke Ghasan walaupun ketika itu Usamah baru berusia 18 tahun. Beliau berbuat demikian kerana semata-mata mahu mentaati keputusan Rasulullah saw.

  Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan di antara khalifa khalifah tersebut. Ini disebabkan perbezaan latar belakang dan suasana negara ketika pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin

  Jabatan ini bertanggungjawab memungut hasil negara dengan lebih berkesan dan teratur. Para pemungut cukai menemui pemberi cukai di kawasan-kawasan yang jauh untuk memudahkan mereka membayar cukai. Kecekapan pegawai-pegawai dalam jabatan ini telah membawa kepada peningkatan pendapatan negara.

  3. Beliau melantik khalifah selepasnya dengan tujuan memelihara perpaduan umat Islam supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas baginda meninggal dunia

  2. Menggerakkan semula tentera Assamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk Khosan yang membunuh utusan Rasulullah. Beberapa orang sahabat mencadangkan supaya Assamah digantikan dengan panglima yang lebih berpengalaman, namun beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan mengubah bendera yang telah diikat oleh Rasulullah.

  1. Memerangi orang murtad iaitu golongan yang berpengaruh dengan nabi-nabi palsu dan golongan yang ingkar membayar zakat. Tindakan memerangai orang murtad yang tidak mahu membayar zakat pada mulanya kurang disenangi oleh sebahagian sahabat. Beliau telah mejelaskan ijtihadnya iaitu sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat ialah menafikan rukun Islam. Akhirnya sahabat menyokong tindakan beliau.

  Pemerintahan Abu Bakar As Siddiq agak singkat iaitu lebih kurang 2 tahun sahaja. Walau bagaimana pun, beliau berjaya memimpin negara selepas kewafatan Rasulullah SAW. Polisi yang diambil oleh beliau antaranya :

  Polisi Abu Bakar As Siddiq

  PENGUKUHAN

  3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal

  4. Menetapkan bahawa al-Quran dibaca hanya menggunakan lahjad Quraisy

  5. Ramai gabenor yang dilantik terdiri daripada kalangan bani Umaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka. Beberapa golongan tidak berpuas hati dengan polisi khalifah. Keadaan ini bertambah buruk apabila Abdullah Bin Saaba’ daripada golongan munafik berjaya mempengaruhi rakyat supaya menentang khalifah.

  Polisi khalifah Ali Bin Abi Talib

  Khalifah Ali Bin Abi Talib telah melaksanakan beberapa polisi bagi mengatasi keadaan negara yang kurang stabil ketika itu. Antaranya :

  1. Menukarkan pegawai pegawai yang berketurunan Umaiyah, yang dilantik pada zaman Khalifah Usman dengan pegawai pegawai baru termasuk Muawiyah Bin Abi Sufian yang menjadi gabenor di Syam.

  2. Meneruskan majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan daripada golongan Kuwaraj.

  SUMBANGAN DAN JASA KHULAFA’ AR-RASYIDIN ABU BAKAR AS-SIDDIQ : Mendaulatkan kerajaan islam madinah daripada ancaman golongan murtad , gerakkan nabi-nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat

  : Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi : Mengumpul tulisan tulisan Al-Quran

  UMAR BIN AL-KHATAB : Menyusun pentadbiran majlis syura : Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran Negara seperti ‘DEWAN AL-JUNDI’ dan ‘DEWAN AL-KHARAJ’ : Menyusun undang-undang tanah Negara : Mengisytiharkan calendar mengikut tahun hijarah : Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut

  USMAN BIN AFFAN : Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara : Mengumpul dan membekukan Al-Quran dalam satu naskhah : Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang member i kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah

  ALI BIN ABU TALIB : Menerima jawatan khalifah ketika Negara berada dalam keadaan yang tidak tenteram

  KEMAJUAN SOSIAL

  1. PENDUDUK Masyarakat Islam pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin terdiri daripada pelbagai masyarakat, iaitu masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rsulullah saw .

  Golongan kedua ialah masyarakat Islam yang berada di luar Tanah Arab seperti Iraq, Syam, dan Mesir yang memeluk Islam pada zaman peluasan kuasa Kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin. Golongan ketiga ialah golongan bukan Islam yang mendapat perlindungan atau dikenali sebagai kafir zimmi.

  Semua golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni. Mereka diberi hak dan kebebasan dalam negara. Orang bukan Islam dibenarkan menganut agama mereka tanpa sebarang sekatan.

  2. PENYEBARAN PENDIDIKAN Bidang pendidikan amat diambil berat oleh Khulafa’Al-Rasyidin. Masjid merupakan institusi pendidikan yang penting pada zaman Khulafa’Al-Rasyidin. Satu tempat belajar dikenali sebagai Khutab didirikan di sekitar masjid oleh golongan kaya. Ia dikhususkan sebagai tempat belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz Al-Quran untuk golongan kanak-kanak.

  Guru-guru dilantik daripada kalangan mereka yang berkeupayaan mengajar Al-Quran, menulis, membaca dan mengajar bidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis dan syair-syair indah. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab member i pendidikan kepada kanak-kanak di tempat mereka. Sikap ini lahir untuk memenuhi dan melaksanakan tanggungjawab agama.

  3. KEBAJIKAN Pemerintahan Khulafa’Al-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada beragama Islam atau tidak beragama Islam. Saidina Umar telah memansukhkan cukai jizyah kepada orang tua berbangsa Yahudi kerana kemiskinannya. Beliau juga melantik pegawai khas bagi menyiasat ketua- ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat.

  4. KEADILAN Khlaifah Umar terkenal dengan keadilannya . Beliau tidak memilih pangkat dan kedudukan dalam menguatkuasakan undang-undang . Beliau pernah menarik balik tanah-tanah milik sahabat berdasarkan kanun tanah negara . Beliau juga memansuhkan cukai jariah seseorang yahudi tua yang miskin .

  5.MENYEDIAKAN KEMUDAHAN AWAM Kepentingan rakyat merupakan keutamaan semasa pemerintahan khalifah Umar . Beliau mengadakan Baitulmal untuk menyimpan harta kerajaan . Beberapa bandar baru dibangunkan seperti Kufah , Pustot dan Musul . Pembinaan tali air dan empangan dilakukan bagi kemudahan pertanian .

  KEMAJUAN EKONOMI Pada zaman Abu Bakar , kemajuan Negara tidak begitu stabil kerana ketika itu khalifah terpaksa menghadapi golongan yang menentang kepimpinan kerajaan islam madinah . Pada zaman khalifah Umar bin Al-Khatab sehingga awal pemerintahan Usman bin Affan perubahan ekonomi begitu ketara kesan daripada perluasan kuasa . Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur serta pertambahan harta daripada zakat , jariah , ghanimah , fie’ , asyar dan sebagainya . Khalifah telah mengemaskini pengurusan baitulmal srta menubuhkan jabatan khususnya dewan al-kharaj . Undang-undang tanah Negara turut diperkenalkan bagi memastikan tidak ada tanah individu yang terbiar PERLUASAN KUASA Kejayaan tentera islam semasa khalifah Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan murtad dan nabi palsu menyebabkan pengaruh islam tersebar dikalangan kabilah-kabilah arab sekitar mekah dan madinah . Begitu juga apabila Khalid bin Al-Walid berjaya mengalahkan Hurmuz pembesar parsi di Iraq , maka seluruh Iraq berada dalam wilayah islam . Begitu juga panglima islam seperti Abu Ubaidah bin Al-Jarrah , Yazib bin Abi Suffian , Surahbil bin Hasanah dan Khalid bin Al-Walid telah berjaya menundukkan syiria dan palestin . Khlaifah Umar bin Al-Khatab meneruskan pembebasan Negara-negara di wilayah Iraq . Pembebasan Baitulmaqdis , palestin dan mesir . Beberapa Bandar baru dibangunkan seperti Kufah , Palestin dan Musal .

  Semasa pemerintahan Usman bin Affan , wilayah islam berkembang ke Afrika Utara seperti Libia , kawasan timur seperti di Turkistan dan beberapa kawasan di India . Tentera laut di bwah Muawiyyah berjay a menawan pulau CYPRUS . Semasa pemerintahan khalifah Ali bin Abu Talib , gerakan perluasan kuasa terhenti kerana Negara berada dalam keadaan kurang aman ekoran daripada peristiwa pembunuhan Usman bin Affan .

  KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN Antara kesan positif yang didapati daripada kepimpinan Khulafa’Al-Rasyidin :

  1. CORAK KEPIMPINAN : Pemimpin Negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan syariat Islam.

  2. SIFAT PEMIMPIN : Pemimpin Negara hendaklah dipilih daripada mereka berakhlak serta berwawasan memajukan Negara.

  3. PERTAHANAN : Pertahanan Negara diberi keutamaan bagi memastikan Negara bebas daripada serangan luar.

  4. EKONOMI : Dasar ekonomi Negara digubal secara adil bagi mewujudkan kestabilan rakyat.

  5. SOSIAL : Ilmu pengetahuan diberi perhatian yang penting sama ada ilmu aqli mahupun naqli.

  : Rakyat diberi layanan yang sama rata.

  : Kebajikan rakyat diberi keutamaan terutama golongan fakir dan miskin.

  AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AL-RASYIDIN Antara akibat yang diterima ialah : 1. Negara Islam selepas Khulafa’Al-Rasyidin dipimpin oleh khalifah secara warisan.

  2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa’ Al-Rasyidin Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib, Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri.

  3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.

  4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga hari ini.

  IKITIBAR DARIPADA SEJARAH PEMERINTAHAN KHULAFA’AL-RASYIDIN Khulafa’Al-Rasyidin adalah generasi pertama dan merupakan golongan terbaik kerana mereka menghayati Islam sepenuhnya. Sabda Rasulullah saw : Maksudnya : Manusia yang terbaik ialah qarunku kemudian berikutnya kemudian yang berikutnya (hingga akhir).

  BEBERAPA PERKARA YANG KITA PERLU CONTOHI

  1. ASPEK AKIDAH Kehidupan mereka berpandukan akidah yang benar dan bersih daripada amalan khurafat dan bid’ah . Mereka sanggup menerima ancaman dan dugaan demi menyelamatkan agama .

  2. ASPEK SYARIAH Cara hidup adalah berdasarkan syariah islam . Kepatuhan kepada syariah melahirkan individu yang kuat beribadah dan sentiasa berjihad dengan mengorbankan harta kekayaan dan nyawa demi mendapatkan keredhaan Allah

  3. ASPEK AKHLAK Mereka adalah golongan yang merealisasikan tuntutan Al-Quran melalui perkataan dan perbuatan mereka merupakan faedah hasanah .

  4. ILMU PENGETAHUAN Ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam kehidupan . Mereka merupakan tokoh-tokoh terkemuka dalam

  5. ASPEK POLITIK Melaksanakan keputusan berdasarkan syura bukan pendapat individu . Mementingkan perpaduan daripada menjaga kabilah sendiri .

  6. EKONOMI Ekonomi dibangunkan bertujuan untuk memajukan Negara dan perluasan dakwah . Golongan miskin sentiasa mendapat pembelaan daripada pemimpin .

  7. SISTEM SOSIAL Semua rakyat sama ada islam atau bukan islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agamanya .

  8. PENYEBARAN DAKWAH Penyebaran dakwah dilakukan oleh individu dan kerajaan . Mereka sangggup merentasi daratan dan mengaharungi lautan semata-mata ingin melaksanakan manusia daripada belenggu syirik dan kekufuran .

  PENGUKUHAN Khulafa’Ar-Rasyidin telah menghantar guru Al-Quran ke kawasan yang jauh dari Madinah . Ini dilakukan bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan AKTIVITI 1. Bincangkan pengertian khalifah .

  2. Buat kajian perpustakaan tentang tugas tugas khulafa’ ar-rasyidin .

  3. Menulis sebuah cerita tentang keadilan Saidina Umar bin Al-Khattab .

  4. Mengadakan program bertajuk : Langkah – langkah mencontohi keperibadian khulafa’ ar-rasyidin . LATIHAN 1. Sebutkan tiga jasa khalifah Abu Bakar As-Sidiq .

  2. Khalifah Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat mementingkan kebajikan rakyatnya . Beri tiga hujah anda menyokong pernyataan tersebut

  3. Huraikan sejarah pembukaan Al-Quran pada zaman khulafa’ ar-rsayidin .

  4. Terangkan tiga akibat membelakangkan kepimpinan khulafa’ ar-rasyidin

Dokumen yang terkait

A. Latar Belakang - Peran Pengawas Madrasah Dalam Meningkatkan Profesionalitas Guru Di Madrasah Tsanawiyah Pondok Pesantren Modern Darul Hikmah Taman Pendidikan Islam - Repository UIN Sumatera Utara

0 0 8

Peran Pengawas Madrasah Dalam Meningkatkan Profesionalitas Guru Di Madrasah Tsanawiyah Pondok Pesantren Modern Darul Hikmah Taman Pendidikan Islam - Repository UIN Sumatera Utara

0 1 30

Peran Pengawas Madrasah Dalam Meningkatkan Profesionalitas Guru Di Madrasah Tsanawiyah Pondok Pesantren Modern Darul Hikmah Taman Pendidikan Islam - Repository UIN Sumatera Utara

0 0 9

BAB IV DESKRIPSI DATA DAN TEMUAN PENELITAN - Peran Pengawas Madrasah Dalam Meningkatkan Profesionalitas Guru Di Madrasah Tsanawiyah Pondok Pesantren Modern Darul Hikmah Taman Pendidikan Islam - Repository UIN Sumatera Utara

0 0 41

Kata-kata Kunci: Manajemen aset, taman, Sistem Informasi Geografis. Abstract - Manajemen Taman Milik Pemerintah Kota Bandung Berbasiskan Pendekatan Manajemen Aset

0 0 10

Studi Keanekaragaman Jenis Tumbuhan Liana Di Taman Nasional Sebangau Resort Habaring Hurung - Digital Library IAIN Palangka Raya

2 3 99

Keanekaragaman jenis capung (Odonata) di Kawasan Resort Habaring Hurung Taman Nasional Sebangau Palangka Raya. - Digital Library IAIN Palangka Raya

0 1 98

Pendaratan Otomatis Quadcopter AR Drone Menggunakan Metode Linear Quadratic Regulator (LQR)

0 1 8

Analisis Kualitas Layanan Jaringan WLAN Dengan Metode QoS Pada Taman Internet Kota Batam

1 5 6

KERAJAAN KHULAFA AR RASYIDIN

0 4 12