RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT

  UNIT 3

PENGUKURAN JARAK

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami konsep, penggunaan peralatan dan kaedah-kaedah pengukuran jarak serta cara- cara mengatasi halangan semasa pengukuran.

  Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat :  Membezakan di antara jarak mendatar dan jarak cerun.

   Mengenali alat-alat pengukuran jarak.  Mengenalpasti kaedah-kaedah untuk mengatasi halangan pengukuran jarak.

  Input 3a

  3.0 PENGENALAN

  Pengukuran jarak adalah merupakan elemen penting dalam kerja-kerja ukur kejuruteraan. Dengan adanya maklumat tentang jarak, sesebuah pelan kejuruteraan dapat dilukis dengan tepat dan seterusnya dapat memberi maklumat lengkap tentang kedudukan dan keluasan sesuatu butiran. Untuk mendapatkan ukuran jarak beberapa teknik boleh digunakan. Antara teknik- teknik tersebut ialah penggunaan rantai, pita (keluli atau linen), takimeter dan EDM

  3.1 RANTAI

  Rantai ukur merupakan alat pengukuran yang paling mudah dan murah. Ianya dibuat dalam berbagai bentuk mengikut perubahan semasa dan berbeza mengikut saiz. Jenis-jenis rantai yang boleh didapati sehingga hari ini ialah Jenis Panjang Bilangan Panjang rantai keseluruhan link setiap link Gunter 66 kaki 100 link 1 link = 7.62 kaki Jurutera 100 kaki 100 link 1 link = 1 kaki Metrik 20m atau 30m 100 link 1 link = 0.2 m @ 0.3 m

  3.2 PITA UKUR

  Pita ukur terdiri dari pita invar, pita keluli, pita linen, atau pita sintetik. Panjang setiap satu biasanya 20m, 30m, 50m atau 100m.

  1. Pita Invar adalah merupakan campuran nikel dan keluli yang mempunyai pekali pengembangan yang rendah. Selalunya pita invar digunakan sebagai rujukan atau pita piawai bagi uji rantai.

  2. Pita keluli digunakan untuk mengukur jarak yang jitu seperti jarak terabas.

  Di mana beberapa pembetulan seperti pembetulan piawai, pembetulan lendutan (pembetulan tupang), pembetulan suhu dan pembetulan cerun perlu dikenakan terhadap jarak yang diukur untuk mendapatkan jarak sebenar.

  3. Pita linen atau pita sintetik selalunya digunakan untuk mengukur jarak butiran dimana ketepatan jarak yang diukur tidak terlalu dititikberatkan.

  Pita ini mudah meregang bila ditarik menyebabkab jarak yang diukur kurang tepat.

  RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT

  Didalam membuat kerja-kerja yang memerlukan ketepatan jarak , kaedah rantai halus dan bersenggat digunakan. Kaedah ini digunakan semasa membuat trabas ukur, yang mana ia memerlukan pengukuran jarak yang tepat bagi membolehkan satu terabas tertutup.

  3.3.1. Rantai Halus.

  Rantai ini diperbuat daripada keluli yang tahan lasak dan selalunya berukuran 20 meter dan tidak mempunyai bacaan dipermukaan rantainya. Ia biasamya digunakan bersama-sama dengan rantai bersengat. Rantai halus ini digulung didalam bekas yang dipanggil “

  kepok

  “. Biasanya terdapat empat rantai halus didalam satu “ kepok “ iaitu bersamaan 80 meter. Tiap-tiap rantai ini disambung dengan cangkut atau klip.

  3.3.2 Rantai bersengat.

  Rantai bersenggat ini diperbuat dari bahan yang sama dengan rantai halus. Perbezaan nyan dengan rantai halus hanyalah pada saiz dan bacaan yang terdapat pada permukaan rantai. Rantai bersenggat juga berukuran 20 meter. Bacaan yang terdapat pada permukaan rantainya membolehkan jarak dibaca semasa pengukuran. Selain dari dua jenis rantai ini neraca spring juga digunakan bersama bagi membolehkan ketegangan rantai yang sekata semasa pengukuran dijalankan. Bacaan yang didapati semasa pengukuran perlu dibuat beberapa pembetulan sebelum jarak yang muktamad diperolehi.

  A K T

  I V

  I T

  I 3 a A K T

  I V

  I T

  I 3 a

   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

  SELANJUTNYA

   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

  BERIKUTNYA

  3.1 Apakah kegunaan rantai dan pita ukur didalam proses pengukuran ?

  3.2 Semasa membuat pengukuran jarak, jurukur telah menggunakan gabungan satu rantai bersengat dan tiga rantai halus. Berapakah jarak yang diukur ? Ilmu ukur ? Nak ukur apa.?.

  M A K L U M B A L A S M A K L U M B A L A S K E P A D A A K T

  I V

  I T

  I K E P A D A A K T

  I V

  I T

  I 3 a 3 a PERHATIAN

  Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 3a

  3.1 Penggunaannya adalah untuk pengukuran jarak.

  3.2 Jarak yang diukur adalah 80 meter.

   Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini. Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.

  Semasa membuat pengukuran kita akan terjumpa dengan dua jenis jarak iaitu jarak cerun dan jarak mendatar.

  3.4.1. Jarak cerun (L)

  Semasa membuat pengukuran dikawasan yang tidak rata, jarak yang diambil oleh pengukur adalah jarak cerun. Jika sudut pugak yang dibaca oleh pegukur melebihi 90 , maka jarak yang diukur adalah jarak cerun. Jarak ini perlulah dibuat pembetulan cerun untuk mendapatkan jarak mendatar.

  3.4.2. Jarak Mendatar (D)

  Jarak mendatar adalah jarak yang diukur dengan keadaan sudut pugaknya 90 . Di dalam pelan atau peta jarak yang digunakan ialah jarak mendatar.

  

  Input 3b L D

3.4 JARAK CERUN DAN JARAK MENDATAR

3.4 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN DALAM PENGKURAN JARAK.

  Halangan dalam pengukuran jarak terbahagi kepada 3 bahagian yang utama. i) Halangan terhadap penglihatan, contoh seperti tanah tinggi. ii) Halangan terhadap laluan pengukuran, contoh seperti kolam atau sungai. iii) Halangan terhadap penglihatan dan juga laluan pengukuran, contoh seperti bangunan atau kawasan pokok-pokok yang terlalu rapat.

3.4.1. Halangan terhadap penglihatan.

  b1 a1 b2 a2

  A B a3 b3

  Rajah 3.4

  Merujuk kepada rajah diatas ( Rajah 3.4 ) dapat dilakukan oleh dua orang, seorang dititik a1 dan seorang dititik b1. Cara kerjanya :-

  1. Pada mulanya pancang jajar ditegakkan dititik a1 dan b1 sehingga b1,a1 dan A terletak pada satu garis lurus.

  2. Tetapi oleh kerana a1,b1 dan B tidak berada dalam satu garisan yang lurus, maka a1 memberi petunjuk supaya b1berpindah ke b2, sehingga a1,b2 dan B berada didalam satu garisan yang lurus. 3. b2,a1 dan A tidak berada dalam satu garisan yang lurus sehingga b2 memberi pertunjuk supaya a1 berpindah ke a2 sehingga b2,a2 dan A berada dalam satu garis lurus.

  4. Bergitulah selanjutnya secara bergilir-gilir atau saling bergantian memberi pertunjuk sehingga akhirnya satu garisan lurus terhasil.

  5. Pengukuran jarak dilakukan dengan mengukur A - a3, a3

  • – b3 dan b3 – b. Jarak AB didapai dengan mencampur ketiga-tiga jarak tadi.

3.4.2. Halangan terhadap laluan pengukuran.

  Terdapat 3 cara yang utama untuk mengatasi masaalah ini. i) Alihan selari. ii) Segitiga sebentuk. iii) Segitiga sudut tepat.

  3.4.2.1 Alihan selari C D Kolam P1 P2 A B Rajah 3.5 Sebuah kolam letaknya pada garis yang hendak diukur iaitu P1 dan P2.

  Dimana P1 dan P2 saling nampak tetapi tidak boleh diukur kerana halangan yang disebabkan oleh kolam tersebut. Cara yang terbaik untuk menjalankan pengukuran adalah dengan membuat jajaran di stesyen A dan B diatas garisan P1 dan P2. Dengan menggunakan sesiku optik atau kaedah 3,4 dan5 dirikan offset AC dan CD. Pacakkan pancang pada C dan D, jadi jarak CD sama dengan jarak AB. Jarak jauh CD disebut alihan selari.

  3.4.2.2 Segitiga sebentuk.

  D E C A A P2 P1 SG Merujuk kepada Rajah 3.6, Garisan P1 dan P2 telah tersekat pada lengkok sungai. Takat A dan B ditandakan dengan pancang pada kedua-dua belah lengkok sungai itu. Takat C juga ditandakan dan pastikan C dan AC itu tidak kena pada lengkok sungai tersebut. Garisan AC pula diteruskan ke E supaya CE bersamaan dengan AC. Begitu juga BC diteruskan ke D supaya CD bersamaan dengan BC. Jelaslah segitiga ECD bersamaan dengan segitiga ACB, garis DE adalah jarak jauh yang dikehendaki.

3.4.2.3. Segitiga sudut tepat

  A adalah takat pada garisan P1P2 disebelah sungai. Garisan AC pula dibuat agar tidak kena pada sungai tadi. Dari takat C dirikan garisasn tegak CB yang bertemu pada B di garisan disebelah sungai yang satu lagi. Garisan AC dan CB pun diukur . ( Lihat Rajah 3.7 ). Kaedah ini sesuai untuk sungai yang kecil sahaja.

  AB² = AC² + CB² AB = AC² + CB²

  C Sg B P2 P1 A Rajah 3.8

3.4.3. HALANGAN TERHADAP PENGLIHATAN DAN JUGA LALUAN PENGUKURAN

   Dalam rajah 3.9, garisan P1P2 tersekat oleh sebuah bangunan. Takat

  P1 dan P2 masing-masing tidak boleh kelihatan. Takat B ditandakan pada garisan yang menuju ke bangunan dengan cara Garisan

  Merambang. Takat A ditandakan pada garisan P1B. Garisan tegak AE

  dan BF juga didirikan dan sama panjangnya. Kemudian garisan EF diteruskan disebelah bangunan. Dua takat G dan H ditandakan di garisan itu dan garisan tegak GC dan HD pula dibuat dan sama panjangnya dengan AE dan BF. Nyatalah takat C dan D itu bergaris lurus dengan garis rantai P1,A dan B. Jadi FG bersamaan dengan BC. Panjang Alihan selari FG itu diukur dan dicatatkan. Mestilah berhati-hati semasa menggunakan cara ini, pastikan garisan tegak itu didirikan dengan betul dan sama panjangnya. Jarak AB dan CD tidak semestinya sama panjang, EH hendak sekurang-kurangnya tiga kali lebih panjang daripada garisan tegak supaya dapat menentukan yang EH itu betul-betul selari dengan garisan P1P2. Sesungguhnya cara-cara mengelakkan halangan ini kadang-kadang berguna, tetapi cubalah elakkan garisan pengukuran itu dari melintasi apa-apa halangan, terutamanya jika garisan itu adalah garis dasar.

  E F G H BANGUNAN

P1 A B C D P2

Rajah 3.9

  AKTIVITI 3b

   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT

  SELANJUTNYA

   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

  BERIKUTNYA SOALAN 1 Berikan tiga jenis halangan semasa menjalankan kerja ukur . SOALAN 2

  Nyatakan 3 cara untuk mengatasi halangan laluan pengukuran Oooo…. Macam tu rupanya!

  MAKLUM BALAS 1b PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1b

  1. Tiga jenis halangan itu adalah:- i) Halangan terhadap penglihatan ii) Halangan tehadap laluan pengukuran iii) Halangan penglihatan dan laluan pngukuran.

  2. Tiga cara mengatasi halangan laluan pengukuran adalah:- i) Alihan selari ii) Segitiga sebentuk iii) Segitiga sudut tepat.

   Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini. Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.

  PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.

  Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

  

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

  SOALAN 1.1 Bincangkan bagaimana anda hendak mengukur satu kawasan berbukit dengan menggunakan rantai halus dan rantai bersengat.

  SOALAN 1.2 Semasa menjalankan kerja ukur anda terpaksa melalui sebatang sungai.

  Bagaimanakah anda hendak meneruskan pengukuran anda ? Semak jawapan anda dalam ruangan maklumbalas !

  MAKLUM BALAS Penilaian kendiri

  • SUDAH MENCUBA ?
  • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH.

  Jawapan 1.1

Untuk menjalankan pengukuran kawasan ini kita haruslah menggunakan teodolit dan neraca spring

  berserta dengan rantai bergabung. Semasa mengambil jarak, sudut pugak haruslah dibaca pada

  

diamond “ dan neraca spring digunakan dengan tarikan 5kg, untuk mendapat tegangan yang sekata.

  Jawapan 1.2

  Untuk menjalan pengukuran kawasan ini kaedah segitiga bersudut tepat boleh digunakan (Rujuk Rajah 4.0 Di bawah

  D E F SUNGAI B DAPAT MENJAWABNYA DENGAN TAHNIAH SEKIRANYA ANDA A