Konsep dan definisi kecergasan fizikal
Konsep dan Definisi Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan di mana seseorang itu
mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa
letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping itu
seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Kecergasan fizikal pada seseorang individu merupakan hak individu itu sendiri dan
tidak sama dengan individu yang lain. Kecergasan fizikal harus dimiliki oleh kita
semua tanpa mengira jantina dan usia ke arah kehidupan yang berkualiti, iaitu dapat
bekerja dengan efektif, menikmati masa kesenggangan, mempunyai masa rehat
yang cukup, dapat menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kepentingan Kecergasan Fizikal
Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima merupakan sesuatu yang
sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya
tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum. Kebanyakan
dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua
komponen ini.
Demi mencapai kecergasan fizikal yang melibatkan aspek fisiologi dan psikologi
tertentu, kita perlu merangka gaya hidup ke arah yang lebih aktif dan cuba
mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti obesiti, masalah mentalemosi dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah.
Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek fisiologi termasuk:
-
menguatkan otot dan ligamen
-
mengurangkan risiko kecederaan
-
meningkatkan daya tahan kardiovaskular
-
merendahkan tekanan darah
-
sistem respiratori yang efisyen
-
mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru
Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek psikologi ialah:
-
meningkatkan imej kendiri
-
mengurangkan tekanan
-
menambahkan kegiatan sosial
-
tidur, rehat dan rekreasi yang secukupnya