KONSEP BAHASA MELAYU MODEN dan

KONSEP BAHASA MELAYU MODEN
1. Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Permulaan
zaman bahasa Melayu moden ini ditandai oleh kemunculan hasil karangan Abdullah
Munsyi.
2. Walau bagaimanapun, ada pengkaji yg berpendapat bahawa zaman Abdullah
Munsyi merupakan zaman peralihan drpd bahasa Melayu klasik kepada bahasa
Melayu moden. Menurut mereka, zaman bahasa Melayu moden bermula pd awal
abad ke-20.
3. Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia,
bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.
4. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi,
bahasa pentadbiran, bahas a perhubungan umum, bahasa pengantar, serta bahasa
ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi.. Proses perancangan bahasa
dilakukan supaya bahasa Melayu berupaya memikul tugas ini.
5. Perancangan bahasa dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan
adanya perancangan bahasa, taraf bahasa Melayu ditingkatkan utk mencapai status
bahasa moden, iaitu bahasa Melayu yg mampu untuk mengungkapkan pelbagai
konsep dan ilmu dalam kehidupan moden pada masa ini.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

ERA PRA MERDEKA
1.

Sebelum penjajah Britis, bahasa Melayu telah mencapai
kedudukan yg tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam.

2. Pada perinkat awal pemerintahan British, kedudukan
bahasa Melayu masih tidak tergugat, malah tetap
digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaan
tertentu. Pergawai-pegawai British yg bertugas di negerinegeri Melayu dikehendaki utk mempelajari bahasa
Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu.
3. Sebagai hasilnya, muncullah sarjana-sarjana bahasa
Melayu seperti R. O. Wintsedt, R. J. Wilkinson, C. C.
Brown, W. E. Maxwell, W. Marsden, O. T. Dussek, W. G.
Shellabear, J. Crawfurd, dan A. M. Skinner.

• 4. Kedudukan bahasa Melayu mula terancam selepas Perang
Dunia ke-2. Hal ini berlaku demikian kerana British telah

mengubah dasar pendidikannya dengan menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Kononnya, bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi dan status
yg tinggi berbanding dengan bahasa Melayu.
• 5. Walau bagaimanapun, perjuangan dan pengembangan bahasa
Melayu terus dipelopori oleh para cendekiawan yg
berpendidikan Melayu dan Arab. Mereka ini terdiri daripada
wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru, dan ahli-ahli
politik Melayu.
• 6. Pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu juga ditubuhkan
untuk memperjuangkan dan mengembangkan bahasa Melayu.
Antaranya termasuklah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa , Pejabat Karang Mengarang, PASPAM, dan ASAS 50.