Pengalaman dalam Kewujudan dan Persoalan

FET 556

ARCA
SENI DAN IDEA

PENULISAN LAPORAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAZRUL HAMZAH BIN MD NOR AZMAN
2012473808
PELAJAR SEMESTER 04
FAKULTI SENILUKIS & SENI REKA
UiTM SHAH ALAM

DISEDIAKAN KEPADA:
EN.MOHD FUAD MD ARIF
PENSYARAH SENI HALUS (ARCA), SEMESTER 04
FAKULTI SENILUKIS & SENI REKA
UiTM SHAH ALAM

PENGALAMAN DALAM KEWUJUDAN DAN
PERSOALAN IDENTITI

Nazrul Hamzah Bin Md Nor Azman
Universiti institut Teknologi Mara, Shah Alam
Email:naz_ellusionist@yahoo.com

Pendahuluan
Idea memainkan peranan penting dalam sesebuah karya seni. Menurut Kamus
Oxford, idea merupakan satu bentuk pemikiran dan cadangan kepada sesuatu bentuk
tindakan. Idea juga memberi sumbangan kepada sesuatu perisian. Perisian yang
dimaksudkan disini ialah apa yang cuba untuk disampaikan dan di ekspresi serta
dikongsi oleh seniman. Namun begitu, bagi pendapat saya perisian yang
diketengahkan seseorang seniman itu tidaklah bertujuan menjelaskan sesuatu
kebenaran, ataupun karya yang dihasilkan tidaklah memberikan jawapan kepada
sesuatu kewujudan tetapi lebih kepada membuka persoalan yang akhirnya audien atau
penghayat seni sendiri yang akan persoalkan dan rungkaikan mengikut interpretasi
masing-masing.Seni dan idea adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan oleh
kerana seni yang hanya seni semata-mata adalah seni yang tidak mempunyai perisian
didalamnya, manakala idea pula tidak akan menjadi realiti sekiranya tidak
dijustifikasikan oleh seniman itu sendiri melalui penghasilan seni mereka.
Terdapat pelbagai jenis seni arca yang telah wujud sejak dahulu lagi.Konstruktif,
formalistik, minimal, konseptual, hybrid, instalasi, new media dan banyak lagi.

Pensyarah menggalakkan pelajar untuk cuba ceburi bidang seni arca yang lain dari
kebiasaan; selain daripada membuat seperti mengimpal besi, konstruksi kayu atau
tanah liat. Namun begitu, kebebasan masih diberikan oleh pensyarah dalam
menentukan apakah jenis seni arca yang diminati setiap pelajar.Daripada itu, pelajar
dinasihati untuk seharusnya menjerumus secara bersungguh-sungguh dalam jenisseni
arca yang ingin diceburi tersebut. Sebagai contoh, sekiranya seseorang pelajar
tersebut minat dalam seni arca yang ‘membuat’ seperti arca yang berunsurkan
formalistik, dia haruslah kaji terlebih dahulu latar belakang atau sejarah, serta artisartis yang merupakan perintis dalam bidang seni tersebut.Hal ini penting untuk
mengelakkan pelajar daripada kesilapan cara merujuk artis iaitu dengan merujuk terus
karya seni mereka, tanpa merujuk latar belakang serta perjalanan seni mereka yang
mendorong kepada pembentukan pemikiran dan juga penghasilan karya mereka yang
sedemikian rupa.

BAHAN DAN PROSES
Dalam karya Give me the sweetest smile, bahan yang digunakan adalah topeng serigala
dan juga papan kotak yang bertulis Give me the sweetest smile. Dalam persembahan,
salah seorang daripada ahli kumpulan menjadi karakter yang memakai topeng serigala,
yang lain merupakan pengekod iaitu melakukan tugas mengekod ataupun merekod
seperti merakam dan juga mengambil gambar. Persediaan untuk memakai kostum
adalah diluar dari kawasan tumpuan kami dengan tujuan mengelak daripada

pendedahan proses dan mungkin boleh menyebabkan elemen kejutan atau janggal
hilang. Dua percubaan telah dilakukan. Ini adalah bertujuan pemilihan keputusan yang
baik dapat dibuat serta dapat mencari persamaan serta perbezaan persepsi atas
persembahan yang sama dilakukan. Khairani, rakan kumpulan mengambil keputusan
untuk menjadi watak persembahan, saya mengekod proses menggunakan kamera dan
begitu juga dengan seorang lagi rakan saya, Fadli juga mengekod menggunakan
kameranya dari sudut yang berbeza. Proses ini secara tidak langsung dapat merakam
momen ekspresi audien terhadap persembahan yang dilakukan dari pelbagai sudut.
Sementara seorang lagi rakan, Ezwa juga merakam serta mengambil gambar, dan juga
memberi arah jalan kepada Khairani. Arah jalan ditunjukkan atas sebab kesukaran
untuk melihat apabila memakai topeng serigala tersebut. Setelah tamat percubaan
pertama, percubaan kedua dilakukan dengan proses yang sama diulang. Percubaan
kedua dilakukan adalah bertujuan supaya kami dapat memperbaiki persembahan
berdasarkan pengalaman kami dalam persembahan pertama.

Lain Padang Lain Belalang, 1x6x5.5 kaki, media campuran

Sementara dalam karya Lain Padang Lain Belalang pula, setiap seorang ahli
kumpulan perlu mempunyai medium untuk merekod seperti kamera dan juga bahan


untuk catatan seperti buku lakaran. Setiap orang daripada kami harus mencatat dan
juga merakam atau mengambil gambar secara individu seperti yang dicadangkan oleh
pensyarah untuk mendapatkan hasil infomasi dan refleksi yang berbeza. Setiap perkara
yang berlaku pada sesuatu detik yang dianggap memberi makna mahupun signifikan
telah dirakam serta diambil dalam bentuk gambar, juga catatan mengenai refleksi
terhadap apa yang berlaku dicatat. Hasil daripada itu seperti gambar-gambar dan
catatan sama ada dalam bentuk lakaran mahupun penulisan telah dipersembahkan di
galeri dengan cara penyusunan yang dibahagikan empat. Pembahagian ini berfungsi
sebagai pisahan hasil rakaman serta catatan perseorangan bertujuan menonjolkan
perbezaan refleksi setiap individu terhadap apa yang berlaku serta refleksi terhadap
perkara yang signifikan sepanjang perjalanan. Dapat dilihat juga disini terdapat pasu
bunga yang mengandungi pokok bunga orkid diletakkan sebagai instalasi persembahan
dan memberi metafora kepada perkara yang signifikan iaitu penghargaan serta memori
kami sepanjang perjalanan tersebut. Soft board digunakan dalam persembahan karya
bagi menyokong bahan rakaman serta catatan yang dilakukan sepanjang perjalanan.
Bagi saya disiplin dalam persembahan seni adalah amat penting disini apabila
kekemasan susunan hasil rakaman atau foto seharusnya disusun dengan baik dan
teratur. Disokong oleh pendapat pensyarah dimana beliau berpendapat bahawa untuk
karya seperti ini yang mempunyai unsur konseptual; iaitu dari segi persembahan,
disiplin dalam kekemasan persembahan, cara penyusunan yang teratur; susunan yang

tidak berselerak dan kreativiti cara mempersembahkan karya harus diketengahkan.
Karya individu saya iaitu Definitions of Door Knob pula dipersembahkan dalam
bentuk yang sama seperti dalam karya Lain Padang lain Belalang, iaitu persembahan
fotografi yang menggunakan bahan soft board untuk menyokong visual. Soft board
merupakan bahan yang sesuai digunakan untuk persembahan fotografi oleh kerana
karakteristiknya yang lembut serta boleh diuruskan dengan mudah; memotong, dan
juga mempunyai sifat mobiliti yang tinggi. Dalam visual karya ini, muka buku lakaran
serta mukasurat yang paling digemari atau memberi signifikan oleh sepuluh orang
rakan termasuk saya, diimbas serta diletakkan bersebelahan; muka depan pada sebelah
kiri dan mukasurat pilihan di sebelah kanan. Saya juga turut memberi satu soalan
kepada mereka; “Apakah itu tombol pintu?”. Penjelasan soalan yang sedemikian rupa
akan dirungkai dalam ruangan Isi dibawah. Setiap definisi yang diberikan oleh rakanrakan diletakkan sekali dibawah foto buku lakaran yang diimbas sebentar tadi.
Sebelum sesi kritikan bermula, saya cuba untuk reflek semula apakah kekurangan
persembahan karya ini dari segi persembahan dan setelah dipertimbangkan semula
secara individu, saya dapati bahawa perkara utama atau subjek yang signifikan iaitu
definisi tombol pintu tadi tidak difokuskan ataupun tidak diketengahkan dalam visual.
Seperti yang dijangkakan, begitu juga pandangan daripada pensyarah sewaktu
memberi kritikan beliau, yang menyatakan definisi ‘tombol pintu’ yang seharusnya
diberi perhatian lebih; disebabkan penulisan definisi tersebut yang terlalu kecil; audien


harus mendekati karya untuk melihat definisi dengan lebih jelas, menjadikan karya
kurang berjaya. Saiz penulisan tersebut juga tidak sama menyebabkan karya tidak
konsisten sejurus memberi kesan terhadap kekurangan cara persembahan. Saya akui
banyak kesilapan yang jelas dapat dilihat dalam karya ini mungkin kerana lemah
dalam kemahiran persembahan. Namun begitu, hal ini sedikit sebanyak membantu
saya dalam memperbaiki kelemahan untuk mempersembahkan karya yang akan
datang.
Adalah amat penting disini sebagai
seorang pelajar seni arca bahawa
definisi arca perlu diketengahkan
iaitu kepentingan bentuk tiga
dimensi dalam karya. Oleh kerana
itu, saya berkeputusan untuk
‘membuat’ semula dalam karya
terakhir saya semester ini. Untuk
karya yang terakhir iaitu Hipotesis
Diri,apa
yang
cuba
saya

persembahkan adalah satu bentuk
gabungan seni penulisan dan juga
fotografi dalam karya. Pada tahun
1970-an dan keatas, terdapat
pergerakan (movement) jangka
pendek yang dipanggil Seni
Naratif
(Narrative
Art)
Gabungan penggunaan teks dan imej dengan cara kurang atau lebih naratif (Godfrey,
1998: 319). Sebagai contoh, artis yang terdapat pada waktu itu adalah John Baldessari
dalam karya beliau, Pencil Story, yang mana beliau menggunakan gabungan fotografi
dan juga teks di dalam karya. Pencil Story boleh dikatakan merupakan sebuah karya
yang bagus, bukan atas dasar kecantikan formalistik, atau kerana ekspresinya, bukan
juga kerana ianya lucu dan sinikal, tetapi kerana ia membuatkan kita berfikir (Godfrey,
1998: 319). Saya cuba ambil konsep yang sama dalam cara beliau mempersembahkan
karya serta unsur-unsur sinikal serta bersahaja yang dimasukkan; cara mengkonstruk
ayat ataupun teks yang mudah di fahami namun begitu, maksud disebalik karya boleh
dikatakan agak puitis dan sukar difahami. Dalam karya Hipotesis Diri dapat dilihat
konsep yang sama, iaitu gabungan penggunaan dua elemen; teks dan fotografi.

Namun begitu, bentuk luaran yang menyokong elemen-elemen tadi tidak seharusnya
dilebih-lebihkan atau dalam erti kata lain, tidak lebih menonjol daripada teks dan
fotografi tersebut. Bentuk-bentuk minimal dianggap sesuai untuk karya-karya seperti
ini melainkan bentuk yang dilakukan ada kaitan dengan apa yang ingin disampaikan

melalui teks atau fotografi tadi. Satu contoh yang diberikan oleh pensyarah ialah,
kemungkinan kayu dikonstruk untuk menjadi satu tiang yang panjang, dengan
perkataan diatasnya yang mungkin bertulis “Saya cuba untuk bina tiang ini dengan
sempurna”, misalnya. Dapat dilihat secara langsung perhubungan antara objek
(medium) dan subjek berkait antara satu sama lain dan mungkin membawa maksud
dan metafora yang tersendiri yang boleh dirungkai oleh audien sendiri.

ISI
Pengalaman merupakan satu bentuk pengajaran yang membentuk sahsiah serta
pemikiran manusia. Tanpa pengalaman, manusia mungkin tidak akan mengetahui
sesuatu perkara tersebut dengan lebih mendalam. Walaupun seseorang itu mempunyai
pengetahuan yang jelas dan konkrit tentang sesuatu perkara, tetapi tanpa pengalaman
dia mungkin tidak akan dapat intipati ataupun perasaan berhadapan dengan perkara
tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai pengetahuan luas tentang basikal.
Dia mengkaji semua tentang basikal termasuklah komponen-komponen yang terdapat

pada basikal tersebut; tayar apa yang sesuai digunakan, jenis rantai basikal apa yang
patut digunakan, gear, dan lain-lain. Dia juga mempunyai pengetahuan tentang cara
menaiki basikal, berapa kekuatan yang diperlukan untuk mengayuh basikal,
pengiraan yang tepat sudut kedudukan dan sebagainya, namun dia sendiri tidak
pernah sentuh dan menaiki basikal. Hal ini menyebabkan dia sendiri tidak faham dan
pandai menunggang basikal. Berbeza pula dengan seseorang yang tidak pernah tahu
menahu tentang basikal, pertama kali mengalami sendiri perasaan menaiki dan
menunggang basikal dan akhirnya individu tersebut faham dan pandai serta mahir
menunggang basikal hasil dari pengalaman jatuh bangun beliau (Fuad Arif, 2012).
Pada pandangan saya, konsep ini dapat dikaitkan dengan apa yang cuba dirungkai
Heidegger (1962) dalam teori ‘Being and Understanding’ beliau.Melakukan sesuatu
merupakan signifikan penting dalam memahami terma ‘memahami’.‘Memahami’
merupakan pengalaman konkrit makhluk dunia (being-in-the-world) (Barbara Bolt,
2011: 23).Melalui pemahaman praktikal ataupun pembabitan dengan benda yang
telah tersedia di dunia kepada kita menyebabkan dunia kita menjadi lebih bermakna.
Pemahaman praktikal kita terhadap benda yang wujud di dunia datang terlebih dahulu
sebelum kita menteorikan mereka atau memperjelas mereka.
Seni Penyertaan (Participatory Art) telah menjadi pilihan saya dan tiga lagi orang
rakan sebagai satu kumpulan, dalam memahami dunia seni yang keluar daripada
konsep ‘membuat’; iaitu dengan membabitkan penyertaan individu lain yang secara

tidak langsung menyumbang kepada penghasilan karya seni. Kami cuba untuk
babitkan orang awam dalam penghasilan karya seni ini, dengan melakukan aktiviti

tersebut di ruang publik ataupun tempat awam.‘Pengalaman’ menjadi tema besar
dalam penghasilan karya penyertaan, dan ‘kejanggalan’ merupakan skop tema kami.
Jika dilihat dalam karya Marina Abramović yang bertajuk,‘A life lesson’, karya ini
menggunakan pembabitan orang awam sebagai sebahagian daripada karya seni
beliau, dan sedikit sebanyak memberi idea kepada kami dalam menghasilkan karya
‘Janggal’ tadi. Di suatu ruang di galeri, beliau duduk di satu kerusi berhadapan
dengan meja dan sebuah lagi kerusi kosong berhadapan beliau. Orang awam
(sukarela) yang juga merupakan orang asing (strangers/anonymous person) hanya
perlu duduk dihadapan beliau dan hanya perlu renung muka beliau selama seminit,
dengan tujuan berkongsi seminit yang senyap antara artis dan audien. Kami cuba
untuk membawa konsep yang sama, iaitu kepentingan audien sebagai sebahagian
daripada karya seni dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘participatory art’ dan ‘A
life lesson’ merupakan salah satu contoh karya yang berunsurkan penyertaan ini.
Dalam aktiviti ‘Janggal’, tujuan kami adalah untuk melihat reaksi orang awam
terhadap sesuatu perkara yang dianggap canggung serta mengalami sendiri perasaan
janggal dengan melakukan aktiviti yang luar dari kebiasaan. Apa yang telah kami
lakukan ialah memakai

topeng serigala, dengan
memegang satu papan
kotak yang bertulis,
‘Give me the sweetest
smile’ yang bertujuan
menimbulkan
perasaan
kekeliruan
kepada
audien, sejurus memberi
impak
kepada tindakan mereka
sama
ada tindakbalas mereka
positif
atau sebaliknya. Selain itu juga
topeng
serigala
Give Me The Sweetest Smile’ yang dilakukan di Annexe Galeri
sengaja
digunakan
untuk melihat sendiri
ekspresi audien terhadap dua benda yang kontradik; topeng serigala dan tanda ‘Give
me the sweetest smile’.Ekspresi audien telah direkod dengan menggunakan kamera
‘go pro’di kepala.

Banyak pengalaman yang kami peroleh hasil daripada karya ‘Give me the sweetest
smile’ tersebut.Ada audien yang memberikan reaksi yang baik seperti memberi
senyuman, dan terdapat juga audien yang memberikan ekspresi yang pelik

kemungkinan hasil daripada penggunaan dua elemen yang kontradik tadi; topeng
serigala dan papan tanda ‘Give me the sweetest smile’.Ada juga yang menghalau,
mempersoal, serta berasa jengkel dengan aktiviti kami.Ianya merupakan pengajaran
kepada kami daripada pengalaman aktiviti tersebut, untuk tidak mengharapkan
tindakbalas yang baik daripada audien, sebaliknya menerima kepelbagaian reaksi
kerana ianya membuktikan setiap orang mempunyai persepsi dan interpretasi yang
berbeza-beza.Selain itu juga, ruang publik yang dipilih kemungkinan tidak terlalu
‘publik’ kerana tempat aktiviti yang dipilih adalah tempat dimana sememangnya
aktiviti seni dijalankan, iaitu di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur.Tidak dapat
dinafikan audien secara tidak langsung bersedia untuk berdepan dengan pelbagai
bentuk aktiviti seni.
Semasa pembentangan karya ‘Give me the sweetest smile’ di dalam kelas, kami
bersetuju dengan beberapa pendapat yang menyatakan tentang pegangan yang harus
dibawa bersama semasa proses karya dijalankan. Apakah agenda utama yang menjadi
signifikan kepada karya kami?Adakah karya ini ingin memperjuangkan hak binatang
(simbol daripada topeng serigala) misalnya? Atau ada agenda lain daripada itu dan
bukan hanya ingin melihat atau mengkaji reaksi serta persepsi audien semata-mata.
Secara individu, saya setuju dengan pendapat tersebut kerana apa yang lebih penting
dalam penghasilan karya seni adalah apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya dan
juga apa yang cuba diperjuangkan oleh pengkarya untuk renungan masyarakat
terutamanya.
Diikuti dengan karya kedua berkumpulan kami iaitu Lain Padang Lain Belalangyang
merupakan karya apresiasi kami kepada memori semasa berada di Melaka, tempat
belajar kami pada peringkat diploma sewaktu ketika dahulu.Misi kami ialah
mengagihkan bunga Orkid kepada ketua Kampung Morten dan juga Kampung
Chetti.Kami diberi cadangan oleh pensyarah untuk merakam dan mencatat segala
perkara yang kami peroleh sepanjang perjalanan dengan menggunakan buku lakaran
serta kamera secara individu.Tak sangka,
banyak perkara yang kami belajar satu hari
tersebut, dari awal hingga akhir perjalanan.
Momen yang tak boleh saya lupakan dan
boleh dianggap ‘janggal’ ialah sewaktu awal
perjalanan berada di dalam lrt putra, dimana
saya sempat merakam ‘ahli falsafah’ jalanan
warga Cina lingkungan 50-an berfalsafah
sendirian. Tak tahu sama ada beliau memang
merupakan seorang yang mempunyai latar
belakang berpendidikan falsafah ataupun
hanya wanita biasa. “You have to read
Ketua kampung Morten,
En. Sidang Abdullah

bible..”, “Assalamualaikum,”, “InsyaAllah,”, antara perkataan-perkataan yang sempat
dirakam.
Kami juga sempat mempelajari tentang
budaya, serta latar belakang kehidupan
masyarakat setibanya di Kampung Morten
dan Kampung Chetti.Kami disambut baik
oleh Ketua Kampung Morten, En.Sidang
Abdullah dan beliau memahami hasrat kami
sebagai pelajar seni serta sedia berkongsi
cerita, sejarah Kampung Morten dan juga
sejarah latar belakang keluarga beliau
sendiri.Terbukti masyarakat di Malaysia atau
di Bandar Melaka khususnya kebanyakan
mempunyai
latarbelakang
keturunan
India.Seperti yang dijelaskan oleh Encik
Sidang mengenai keturunan keluarga beliau Ketua Kampung Chetti, Pn. Kanamah Philey
yang mempunyai budaya India oleh kerana datuk beliau berasal daripada India (Sidang
Abdullah, temubual perseorangan, 27 April, 2013).
Namun begitu, unsur-unsur Kemelayuan tetap disemat ke dalam jiwa masyarakat
Melaka pada hari ini.Kebanyakan infrastruktur, bangunan ataupun seni bina
perumahan di Kampung Morten sendiri khususnya mengekalkan ciri-ciri dan
karakteristik Melayu seperti motif-motif Awan Larat dan Itik Pulang Petang di
kebanyakan tangga-tangga rumah Kampung Morten.Sebagai lambang penghargaan,
kami hadiahkan Encik Sidang dengan bunga Orkid serta berterima kasih atas segala
perkongsian dan kerjasama yang dilakukan.
Begitu juga di Kampung Chetti, suasana berada disana sangat berlainan dengan
kebiasaan.Apa tidaknya, majoriti penduduk Kampung Chetti berbangsa India, dan
minoriti berbangsa Cina tetapi semua beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa
Melayu.Tidak sekali pun mereka menggunakan bahasa India ataupun bahasa Cina
sewaktu bertutur.Ini adalah punca daripada latarbelakang penduduk Kampung Chetti
yang pada awalnya berkahwin dengan penduduk tempatan dan terjadinya percampuran
budaya (Kanamah Philey, temubual perseorangan, 27 April, 2013).
Terkejut juga apabila dalam perjalanan ke rumah ketua Kampung Chetti, terlihat dua
orang makcik yang berbangsa India sedang asyik bergosip dalam bahasa Melayu,
serta memakai kain sarung Batik seperti orang Melayu.Dari sini sahaja sudah jelas
menunjukkan diversiti di dalam masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang bangsa
dan kaum.Bertambah kagum lagi apabila mendapati bahawa Puan Kanamah Philey,
Ketua Kampung Chetti pandai berpantun secara spontan.Agak merendah diri juga

kami kerana sebagai Melayu yang tulen, kami tidak pernah diterapkan dengan
sebegitu mendalam terhadap budaya Melayu sendiri seperti kemahiran berpantun
yang diperoleh Puan Kanamah tersebut.
Bagi saya, pengalaman mengenali sesuatu budaya adalah sangat signifikan dan
bermakna kerana secara tidak langsung, persoalan terhadap identiti datang dalam
bentuk refleksi diri.Dari manakah asal usul serta dari keturunan apakah kita
sebenarnya?Dan dari sinilah bermulanya kesedaran terhadap kewujudan diri serta
persekitaran yang secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam
pembentukan jati diri seseorang insan.
Setiap perkara atau kewujudan yang kecil sebenarnya secara sedar atau tidak menjadi
sebahagian daripada takdir (throwness) kita. Heidegger melalui teori kewujudan
beliau menyatakan berada dengan keberadaan yang lain (being-with-others) itu
merupakan kepastian setiap kejadian kerana setiap makhluk sebenarnya saling berkait
antara satu sama lain walaupun perkara atau kewujudan tersebut dianggap kecil
(Barbara Bolt, 2011: 28).Dalam karya individu saya iaitu ‘Definitions of Door Knob’,
tombol pintu menjadi fokus serta subjek utama dalam karya.Kenapa tombol pintu?
Secara tidak langsung tombol pintu merupakan satu benda atau kewujudan kecil yang
boleh juga dikatakan menyumbang kepada aktiviti harian kita. Bukanlah tujuan
tombol pintu dipentingkan disini adalah untuk menyatakan bahawa tombol pintu
adalah segala-galanya atau pun suatu benda yang besar, tetapi tujuan saya lebih
kepada peringatan kepada diri saya sendiri supaya untuk tidak lupa juga kepada
kepentingan kewujudan yang kecil, bukan hanya tombol pintu sahaja, bahkan
kewujudan kecil lain juga seperti barang peribadi dan sebagainya.Kerana kita juga
sedar tanpa kewujudan-kewujudan kecil ini, banyak perkara besar tidak boleh
dilakukan.Berada dalam keberadaan saya pada waktu kini iaitu keberadaan saya
sewaktu belajar, membuka kesedaran saya terhadap penelitian persekitaran saya,
contoh seperti rakan-rakan, barang peribadi, serta tempat bekerja.Ianya lebih kepada
persoalan saya mengenai kepentingan yang dapat diberikan oleh ‘keberadaan yang
lain’ tersebut.
Sebelum menghasilkan karya Hipotesis Diri, saya berpendapat bahawa identiti serta
memori yang saya peroleh selama ini mungkin merupakan keberadaan (throwness)
saya yang boleh dianggap desakan (drive) untuk saya.Setiap ‘keberadaan lain’ itu
mempunyai kepentingan serta memori tersendiri kepada seseorang individu yang
sedikit sebanyak mempengaruhi emosi serta membentuk pemikiran beliau,
bergantung kepada cara beliau mengklasifikasikan mereka terhadap ‘rasa’(taste) dan
juga memberi suatu signifikan kepada beliau. Disinilah bagi saya berlakunya
pengklasifikasian terhadap kepentingan ‘keberadaan lain’ yang begitu signifikan,
seperti apa yang dipersoal oleh pensyarah, “Apakah yang ‘drive’ kamu untuk buat
karya-karya seperti itu?”. Ianya merupakan satu persoalan yang bagi saya sangat

mencabar untuk dirungkai.Mungkin kerana perjalanan hidup saya yang ordinari
menyebabkan tidak ada satu perkara bagi saya dalam hidup ini yang boleh dijadikan
punca kekuatan dalam menghasilkan karya.Tapi bila difikirkan semula tentang
persoalan tersebut, mungkin perkara yang paling dekat dengan diri saya pada ketika
itu adalah persoalan tentang identiti saya sendiri. Bila sebut fasal identiti, bukan
sahaja persoalan latar belakang atau keturunan sahaja yang difokuskan malah identiti
saya sendiri sebagai seorang yang mempunyai diversiti di dalam diri juga turut
dipersoalkan.Selain itu, saya juga ada melakar idea untuk karya yang akan datang
dengan mengambil konsep daripada artis rujukan iaitu John Baldessari. Karya John
Baldessari iaitu I Will Not Make Anymore Boring Art merupakan sebuah karya yang
bagi saya agak menarik jika dibawa kepada satu cara pandang yang berbeza dalam
dunia seni. Konsep teks yang berulangan (continuity) bagi saya merupakan satu
konsep yang dapat memberi kesan terhadap cara audien menginterpretasi konten
karya. Unsur perulangan ini juga bagi saya boleh menggantikan elemen penegasan
oleh kerana teks yang diulang tersebut mungkin ada signifikan yang tersendiri, yang
cuba untuk diekspres oleh seniman.Dalam karya Jangan Lupa bawa kunci adalah
refleksi saya mengenai cara hidup saya dalam keberadaan sebagai seorang yang
pelupa. Saya akui saya merupakan seorang yang pelupa; tinggal kunci dirumah, lupa
bawa dompet dan sebagainya.Seperti juga karya Sophie Calle yang bertajuk, Take
Care Of Yourself yang mana beliau juga menangani masalah beliau; beliau
ditinggalkan oleh teman lelakinya yang menghantar email kepada beliau dan
menyatakan tentang hasratnya untuk berpisah. Pada akhir perkataan dalam email
tersebut, tertulis perkataan “Take care of yourself” yang menjadi tajuk karya beliau.
Untuk menghadapi dan berhadapan dengan kesedihan tersebut, Sophie Calle tidaklah
menyelesaikn masalah beliau, namun lebih kepada mendapat kepuasan dan
ketenangan dengan caramenukarkan email tersebut dalam pelbagai bentuk
interpretasidaripada berbagai individu dengan pelbagai profesion sebagai sebuah
karya agung beliau. Begitu juga dengan karya saya ini yang sedikit sebanyak
memberikan kesedaran kepada saya terhadap sesuatu masalah yang dihadapi dengan
cara membuat karya. Karya ini juga bukan sahaja memberi kesedaran terhadap
masalah saya, ia juga merupakan refleksi diri saya terhadap kewujudan yang kecil,
yang boleh juga dikatakan penting kepada sesuatu perkara lain yang lebih besar.

Lakaran idea Jangan Lupa Bawa Kunci

RUJUKAN

Barbara B. (2011) Heidegger Reframed. I.B Tauris & Co. Ltd.
T. Godfrey. (1998) Conceptual Art. Phaidon Press Limited.
Kanamah Philey, temubual perseorangan, 27 April, 2013.
Sidang Abdullah, temubual perseorangan, 27 April, 2013.

Definisi idea, kamus oxford, 8 Julai, 2013, diambil daripada,
http://oxforddictionaries.com/definition/english/idea