Mengenal Syiah Asal usul dan Bahayanya k

1

BAHAYA SYIAH
ASAL USUL, CIRI-CIRI DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAM
DISEDIAKAN OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

1.0 PENGENALAN
1.1 PERPECAHAN UMAT ISLAM
Umat Islam merupakan antara agama yang paling ramai dianuti oleh manusia di seluruh dunia.
Akan tetapi ramainya umat Islam bukan bermaksud tetap bersatu dan sepakat, bahkan ramainya
umat Islam juga menjadi sebab perpecahan, perbezaan pendapat, pergaduhan dan sebagainya. Ini
telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalam hadith Baginda yang bermaksud:
"Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahlu
kitab berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan
berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua golongan masuk
neraka dan satu golongan masuk surga, yaitu Al Jama'ah”12
Dalam riwayat lain, terdapat hadith oleh Baginda yang membawa maksud:
“Telah berpecah orang Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan, berpecah orang
Nasrani kepada 71 atau 72 kumpulan dan berpecah umatku kepada 73
kumpulan.”3
Daripada maksud hadith tadi, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Syiah ialah salah

pecahan daripada jumlah 73 umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadithhadith Baginda. Persoalan yang timbul ialah, kenapa mesti umat Islam berpecah? Kenapa tidak
boleh bersatu dan menjadi satu agama yang mana penganutnya bersepakat dalam semua perkara
dan keadaan?
Jawapan kepada persoalan ini ialah kerana setiap manusia ini dilahirkan dengan
kehendak dan kemahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Atas sebab kehendak dan
kemahuan yang berbeza inilah menyebabkan munculnya golongan Syiah yang merupakan salah
satu pecahan umat Islam. Perpecahan umat Islam boleh dikategorikan kepada banyak jenis dan
sebab. Ada pecahan kerana sebab politik, perpecahan dari segi akidah, pecahan dari segi ajaran
Syariah, dan sebagainya.

1

Hadith riwayat Abu Daud: no. 3981. Dhaif di sisi Ibn Hazm dan Yusuf al-Qardhawi atas alasan ianya Maqlubah
(hadith boleh diubah maksud dan boleh diselewengkan kefahaman)
2
Muhammad Abu Zahrah. t,th. Tarikh al-Mazhab al-Islamiyyah. Dar al-Kutub
3
Hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim R.A. Hadith tersebut yang dikatakan
bertaraf Hasan Sohih oleh Imam Tirmizi dan disohihkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim.


2

1.2 ASAL USUL SYIAH
Setiap kumpulan manusia atau golongan tertentu di dunia ini pasti muncul dengan sebab-sebab
tersendiri. Begitu juga Syiah. Syiah pastinya tidak muncul secara tiba-tiba tanpa agenda dan
sebab yang kukuh, bahkan mereka muncul kerana ada sebab tersendiri. Siapakah golongan Syiah
ini dan bagaimana mereka boleh muncul?
Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain
itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara4. Syiah sebenarnya ialah
gelaran bagi satu kelompok umat Islam. Mereka ini menggelarkan diri sebagai penyokong Ali
bin Abi Talib RA. Mereka meyokong dan berbaiah akan membantu Ali dalam apa jua keadaan
sekali pun. Dikatakan golongan Syiah Selepas pembunuhan Saidina Uthman RA, golongan
Syiah ini muncul untuk mengangkat Ali sebagai Khalifah.
Pendapat yang kedua bagi kemunculan Syiah pula ialah Syiah ini diasaskan oleh
Abdullah bin Saba. Abdullah bin Saba ialah seorang Yahudi yang tinggal di Yaman. Abdullah
bin Saba’ dikatakan telah datang ke Madinah dan berpura-pura memeluk Islam sewaktu zaman
pemerintahan Uthman bin Affan dengan niat untuk memecah belahkan umat Islam. Antara
tindakan yang beliau lakukan kepada umat Islam ketika itu ialah menghasut umat Islam agar Ali
adalah pengganti yang sah kepada Nabi SAW dan menuduh khalifah sebelumnya (Abu Bakar,
Umar dan Uthman) sebagai perampas kuasa Ali.5

Pendapat paling masyhur bagi sejarawan Islam ialah golongan Syiah ini muncul sewaktu
perbalahan antara Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Ali bin Abi Talib. Ali yang memegang
jawatan Khalifah Islam ke-4 digesa untuk meletakkan jawatan oleh Mu’awiyah kerana beberapa
sebab, antaranya ialah gagal menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, gagal mengawal
dan mengurangkan pemberontakan yang berlaku, serta lemah dalam mentadbir dan lain-lain lagi
alasan. Akhirnya Ali melepaskan jawatan beliau sebagai khalifah dan Mu’awiyah menjadi
khalifah seterusnya. Tindakan Ali meletakkan jawatan ini menyebabkan sebilangan pengikutnya
marah dan keluar dari menyokong Ali. Mereka digelar al-Khawarij (Golongan yang keluar).
Sebahagian yang lain masih setia dengan Ali dan mereka ini digelar sebagai Syi’atu Ali
(pengikut-pengikut Ali).6
Setelah berkurun waktu berubah, Syiah yang pada awalnya hanyalah pengikut Ali bin
Abi Talib telah menyeleweng dan tersasar dari landasan asalnya. Syiah yang sekarang bukan
seperti Syiah sewaktu zaman Ali bin Abi Talib dahulu. Bahkan Syiah yang sekarang telah
menjadi satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh sesetengah pihak mengikut kehendak peribadi
4

Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah,
1/31, karya Dr. Ghalib bin 'Ali Al-Awaji.
5
Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji ialah Ketua Biro Sekretariat Ilmuwan Malaysia (iLMU). Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam#ixzz3Unx8dwsF
© Utusan Melayu (M) Bhd
6
https://saif1924.wordpress.com/2008/01/20/mengenal-syiah/

3

atau kumpulan tertentu. Syiah mendakwa nama mereka disebut di dalam al Quran walaupun
mereka tidak mengakui keagungan al-Quran tersebut. Perkataan Syiah (mufrad) disebut
sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;


Pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan
sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia
datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".



Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami
tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada

Tuhan yang Maha Pemurah".



Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan
Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya
dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi)
(Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya
untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".7

Sesetengah ulama mengatakan bahawa mereka ini adalah salah satu pecahan umat Islam
kerana masih menyembah Allah SWT. Akan tetapi majoriti Ulama mengatakan mereka ini sudah
terkeluar daripada Islam, kerana banyak ajaran akidah, syariah dan amalan mereka telah
terpesong dari ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Alasan menyembah
Allah SWT sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan mereka digelar Islam. Bukankah
golongan Kristian dan Yahudi juga menyembah Allah? Maka setelah diteliti secara keseluruhan
boleh dikatakan Syiah merupakan salah satu ajaran yang terkeluar dari Islam.

7


http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Syiah

4

1.3 AJARAN DAN CIRI-CIRI PENGANUT SYIAH
Walaupun golongan syiah asalnya ialah pecahan dari Islam, akan tetapi golongan Syiah
mempunyai ajaran akidah dan syariah yang tersendiri berlainan dari ajaran Islam, atau digelar
Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Syiah di dunia ini terbahagi kepada 3 yang utama, iaitu Syiah
Mufadholah (memuji berlebihan), Syiah Rafidhah (menolak) dan Syiah Bathiniyah.8 Antara
ajaran Syiah ialah:
1. Tidak difardukan solat, iaitu solat boleh dilakukan secara jamak dalam semua keadaan.
2. Golongan Syiah tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji
3. Menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW
kepada kita.
4. Menghalalkan nikah Mutaah (nikah secara kontrak – mengikut semua ulama feqah ahli
Sunnah wa al-Jamaah: nikah kontrak ini haram kerana tindakannya sama seperti zina).
golongan Syiah mereka hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas
mereka. Antara hadis tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda: “ Barang siapa keluar dari
dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada
hari akhirat dalam keadaan rompong.” Dalam kitab Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, halaman

254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi, wali dan
perisytiharan.
5. Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran. Menurut Syiah, Al-Quran yang ada di sisi kita
(Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala alQuran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai "mushaf Fatimah" di mana
kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita
6. Pemilihan Khalifah diwasiatkan secara nas
7. Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah (Imam di sini merujuk kepada ketua
pemimpin mereka seperti Imam Ayatullah Khomeini)
8. Mengamalkan prinsip Al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah, kepercayaan
dan amalan
9. Mengatakan dunia ini adalah kepunyaan Imam mereka (Muhamad bin Ya’akob Al- kalini
meriwayatkan dalam Usul Kaafi dari Abi Abdullah kata beliau, "sesungguhnya dunia dan
akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan
memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak
Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409).)
10. Mengatakan Imam mereka masih menerima wahyu dari Allah
11. Mengatakan Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun iman;
12. Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
13. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna
dan menolak Al-Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa


8

https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/07/13/bagaimana-mengenal-penganut-agama-syiah/

5

Al-Quran yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya
penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat Al-Quran9
14. Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
15. Menolak beberapa Ijmak ulama
16. Menolak Qias
Senarai di atas dan banyak lagi merupakan antara akidah yang diamalkan dan dipegang oleh
penganut Syiah. Ajaran yang dibawa dan dipegang mereka ini berlainan dan tidak sama dengan
apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah wa alJamaah.

9

Fatwa Tentang Fahaman Syiah. JAKIM. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah


6

2.0 ISU-ISU UTAMA BAGI AJARAN SYIAH
Berdasarkan pegangan akidah oleh penganut Syiah di atas, terdapat beberapa isu utama yang
patut diberi penekanan oleh umat Islam ahli Sunnah wa al-Jamaah. Isu-isu ini perlu difahami dan
dikenal oleh umat Islam agar tidak mudah diracuni dan dipengaruhi oleh ajaran-ajaran syiah
yang sememangnya menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
a. Berlebih-lebihan dalam memuji dan adakalanya memuja Ali bin Abi Talib dan
keluarganya (Fatimah, Hasan, Hussein) dan seluruh Imam-imam Syiah yang lain. Mereka
terlalu mengagungkan Imam-imam mereka dan menggunakan gelaran Ayatollah (wakil
Allah) sedangkan syiah telah mengubah dan menukar ayat-ayat al-Quran dan mencipta
hadith rekaan (berdusta ke atas Rasulullah SAW).1011
b. Menyambut atau meraikan hari kematian Hasan dan Hussein dengan sambutan
melukakan diri dengan pisau, pedang, parang dan senjata tajam sewaktu Hari Asyura
(pada bulan Muharram). Sambutan ini disambut khas di Karbaladan diraikan penganut
Syiah di tempat lain).12
c. Menyatakan bahawa tempat suci bagi ibadat mereka ialah di Karbala, Iraq (Masjid Imam
Husain) dan Masjid Kufah, bukannya di Tanah Haram (Makkah dan Madinah) atau
Masjidil Aqsa di Palestine sebagaimana dipegang oleh umat Islam lain.13
d. Melakukan ibadat solat dengan meletakkan batu dari Karbala. Penganut Syiah akan diajar

bahawa batu tersebut berasal dari tanah suci Karbala dan mesti sujud di atasnya.
e. Mengajarkan bahawa Ali sepatutnya menjadi Nabi dan bukannya Muhammad. Jibril
tersilap hantar wahyu dan dapat kepada Muhammad.
f. Menfitnah Aisyah melakukan zina. Di depan ahli Sunnah mereka berpura-pura memuji
Ummul Mukminin tetapi sebenarnya mereka mengutuk Aisyah.
g. Mengajarkan agar umat Islam meremehkan perlaksanaan solat dengan mengatakan
bahawa ajaran Syiah membenarkan solat fardhu dijamakkan (termasuk juga solat
Jumaat). Ajaran ini bertentangan dengan Islam kerana solat mengikut ajaran Islam
sebenar ialah tiang agama dan wajib, serta tidak boleh diambil mudah melainkan dengan
syarat-syarat tertentu sahaja.
h. Mempercayai bahawa menziarahi kubur Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji.
Mereka percaya siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan hari Arafah akan dicatat
Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang diberi kepada ibadah umrah.14
10

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-392428.html
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html
12
http://rumaysho.com/aqidah/sujud-aneh-orang-syiah-pada-tanah-dari-karbala-2102
13

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/kesesatan-syiah-kufah-dan-karbala.html#axzz3UuewNnYh
11

7

3.0 KESAN BAHAYA MENGIKUT AJARAN SYIAH
Umat islam seharusnya mengetahui bahawa ajaran syiah sangatlah bahaya dan boleh membawa
kepada penyelewengan akidah. Walaupun kita melihat pengikut syiah menyembah Allah dan
mengakui kerasulan Nabi Muhammad, sebenarnya banyak lagi ajaran lain yang mereka pegang
dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai sesat dan terkeluar dari Islam. Antara
kesan buruk dan bahaya mengikut ajaran Syiah ialah:
i.

Mensyirikkan Allah
Ajaran Syiah mengajar pengikutnya untuk mengagungkan Imam-imam mereka, bahkan
ada sesetengahnya menyembah pula Imam-imam mereka seperti mereka menyembah
Allah. Dosa syirik telah disebut oleh Allah SWT sebagai dosa yang tidak diampunkan
jika pelakunya masih tidak bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh taubat (taubat
nasuha). Allah telah berfirman di dalam al-Quran: 15
“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik
dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.” (Surah anNisa: 116)16
Firman Allah yang lain dari surah al-Maidah yang bermaksud,
“Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu” (Surah alMaidah:73)17

ii.

Berdusta ke atas Rasulullah SAW
Sesungguhnya wajib bagi kita umat Islam menyayangi dan mempertahankan Rasulullah
SAW dari sebarang tuduhan dan fitnah ke atas Baginda. Berdusta dan mereka-reka hadith
dengan nama Baginda juga merupakan satu perbuatan yang salah dan tidak boleh
diterima, bahkan tidak sepatutnya diredhai oleh umat Islam. Bahkan Rasulullah SAW
menyebut di dalam hadith Baginda mengenai hal ini, maksudnya:
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang
sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di
neraka.” TARAF MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut
diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, AdDarimi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban).18

14

http://www.sentiasapanas.com/2013/08/kesesatan-syiah-kufah-dan-karbala.html#axzz3UuewNnYh
https://nuraiman.wordpress.com/2008/04/28/tafsir-surah-al-maidah-ayat-73-dosa-syirik-tidak-diampun/
16
http://quran.com/
17
http://quran.com/
18
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html

15

8

iii.

Menfitnah dan Mengutuk Sahabat Rasulullah dan Isteri Baginda (Aisyah)
Pengikut Syiah dikatakan sebagai "Mereka itu adalah suatu kaum yang
merancang untuk menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela
para Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah
seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para Sahabatnya
juga adalah orang-orang soleh."19 Pengikut syiah merupakan mereka yang sangat
mencela dan menfitnah sahabat-sahabat Baginda. Dikatakan sifat ‘kecintaan’ mereka
kepada Rasulullah dan sahabat, serta menfitnah Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai
seorang penzina.
Mereka jua menfitnah dan mengatakan Abu Bakar tidak memberikan harta pusaka
kepada waris Nabi iaitu Fatimah dengan hadith yang direka-reka, sedangkan keluarga
Nabi tidak menerima pusaka.
Syiah Rafidah mendakwa semua sahabat menjadi kafir kecuali beberapa kerat
kerana mereka semua terlibat dalam Peperangan Jamal dan Siffin antara Ali dan Aisyah.
Ini adalah tuduhan melulu yang kosong sedangkan ditulis di dalam kitab Bidayah wa
Nihayah bahawa sahabat yang terlibat sewaktu peperangan itu hanyalah sedikit. Ditulis
oleh Imam Muhammad bin Sirin
“Berlaku fitnah sedangkan jumlah para Sahabat Rasulullah s.a.w semuanya (yang masih
hidup) ketika itu 10,000 (sepuluh ribu) orang, tidak ikut serta dalam fitnah itu daripada
mereka kecuali 100 (seratus) orang bahkan mungkin tidak sampai 30 (tiga puluh) orang
sekalipun”.20

iv.

Ajaran Menyeleweng
Ajaran-ajaran syiah seperti solat di atas batu Karbala, tidak payah melakukan haji jika
melawat kubur Saidina Hussein di Karbala, membenarkan nikah mutaah (nikah zina),
menikam dan mencederakan diri, tidak perlu bersolat, memadai dengan melakukan jamak
dan sebagainya adalah ajaran yang tidak diajar oleh Islam, bahkan tidak ada di dalam dua
asas umat Islam, iaitu rukun Islam dan rukun Iman. Ajaran menyeleweng ini patut
dielakkan dan dijauhkan oleh umat Islam untuk mengikutinya.

19
20

(Ash-Sharimul Maslul 'ala Syatimirrasul, hal. 580)
al-Bidayah wan Nihayah, 7/281

9

RUJUKAN
Abdul Hadi Awang. 2003. Fahaman & Ideologi Umat Islam. Kuala Lumpur: PTS Fikrah.
Muhammad Abu Zahrah. t,th. Tarikh al-Mazhab al-Islamiyyah. Dar al-Kutub
Ahmad
Tajuddin
Idris
Al-Manhaji.
2012.
Syiah
bukan
daripada
Islam.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam
Fathul Bari Mat Jahaya. T.th. https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/07/13/bagaimanamengenal-penganut-agama-syiah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Fatwa Tentang Fahaman Syiah. http://www.efatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-fahaman-syiah
http://quran.com/
http://bicarathtl.forumms.net/t122-20-hadith-maqlubah-8-perpecahan-73-puak
http://cintaagung.blogspot.com/2008/09/komentar-hadith-perpecahan-umat-islam.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah
https://saif1924.wordpress.com/2008/01/20/mengenal-syiah/
/http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/06/tajuk-sejarah-kemunculan-mazhab.html
http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap1.php
http://rumaysho.com/aqidah/sujud-aneh-orang-syiah-pada-tanah-dari-karbala-2102
http://www.sentiasapanas.com/2013/08/kesesatan-syiah-kufah-dankarbala.html#axzz3UuewNnYh
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-392428.html
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html
https://nuraiman.wordpress.com/2008/04/28/tafsir-surah-al-maidah-ayat-73-dosa-syirik-tidakdiampun/
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/06/hadis-palsu.html
http://waksab.blogspot.com/2012/04/e-book-asal-usul-syiah-syiah-al.html