MALAIKAT dan JIN and SYAITAN

1

MALAIKAT, JIN DAN SYAITAN

DISEDIAKAN OLEH:
NIK NUR HABSAH BINTI ABDULLAH
A149794
NUR HASYIMAH BINTI IBRAHIM
A149611
AMERAH AIMAN IZZATI BINTI MAT JUSOH
A152079

NAMA PENSYARAH:
MOHD HAIDHAR BIN KAMARZAMAN

2

ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 PENDAHULUAN


2

2.0 MALAIKAT

3-4

2.1 Malaikat Dijadikan Daripada Cahaya

4-5

2.2 Kehebatan Kejadian Malaikat

5

2.3 Keistimewaan Malaikat

5

2.4 Ciri-ciri dan Keistimewaan Malaikat


5

2.4.1 Menyerupai Makhluk Lain seperti Manusia

6

2.4.2 Malaikat Terpelihara Daripada Melakukan Dosa

6-7

2.5 Ibadah Para Malaikat

8

2.6 Takut Malaikat Kepada Allah

9

2.7 Jumlah dan Nama-nama Malaikat


9-10

2.8 Malikat dan Peranannya

10-14

3.0 JIN

15

3.1 Asal Usul Jin

15-17

3.2 Jin Bukan Lagi Berbentuk Api

17

3.3 Tempat Tinggal Jin


17-18

3.4 Jenis-jenis Jin

18-19

3.5 Bangsa Jin Wajib Beribadah Kepada Allah SWT

20-22

4.0 SYAITAN

23

4.1 Syaitan Menurut Al-Quran

23-24

4.2 Syaitan Menurut Hadis


24-25

4.3 Sifat-Sifat Syaitan

25-26

4.4 Nama-Nama Syaitan dan Tugasnya

26-28

4.5 Bentuk Gangguan Syaitan Terhadap Manusia

28

5.0 PENUTUP

29-30

RUJUKAN


31-32

3

1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan asas dan sumber rujukan umat Islam yang pertama. Manakala al-Hadis
pula adalah yang kedua. Al-Quran menjelaskan setiap perkara baik yang berbentuk hakikat dan
kehendak manusia. Sama ada ia telah berlaku di zaman silam sebelum kejadian manusia, semasa
kehidupan manusia di dunia ini seterusnya hinggalah kepada keadaan di mana manusia
menerima balasan di hari akhirat kelak.
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang perkara ghaib
khususnya kewujudan makhluk halus. Antaranya yang lebih dikenali dengan nama iblis, syaitan,
jin, ifrit dan lain-lain lagi. Ia dikategorikan sebagai makhluk yang diciptakan di alam ghaib yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
Beriman kepada perkara ghaib adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Firman Allah
SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 1-4;

‫ الذين يؤمنببون ببببلغيب‬2( ‫ريب فيه هدى للمتقين‬

‫التتب‬


‫ لل‬1( ‫الم‬

‫ والذين يؤمنون بمب أنببزل إليب‬3( ‫ويقيمون الصلوة وممب رزقنهمب ينفقون‬
)4(

‫وببخأرة هم يوقنون‬

‫ومآ أنزل من قلل‬

Maksudnya: “Alif, Lam, Mim. Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, yang menjadi petunjuk
bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, yang
mendirikan solat dan mengeluarkan sebahagian rezeki yang telah Kami kurniakan. Dan mereka
beriman dengan apa yang telah diturunkan kepaada mereka dan apa yang telah diturunkan
sebelum daripada mereka, dan mereka yakin dengan hari akhirat. Mereka itulah yang tetap
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.” )AlBaqarah:1-4)
Justeru, menjadi kewajipan bagi setiap muslim agar beriman kepada perkara ghaib
dengan sebenar-benar keimanan. Malah perlu yakin tanpa disertai perasaan ragu-ragu serta syak
wasangka. Percaya kepada perkara ghaib menjadi satu rukun kepada konsep keimanan bagi
setiap muslim. Ia menjadi rukun iman yang wajib dipercayai.


4

2.0 MALAIKAT
Percaya kepada Malaikat adalah satu tunjang utama ajaran Islam.Tambahan pula, ini juga satu
daripada enam rukun iman yang wajib diketahui. Tidak sah iman seseorang Muslim itu sekiranya
dia tidak mempercayai kewujudan malaikat dan sifat-sifatnya.
Dalam al-Quran sendiri berulang kali menekankan kepercayaan ini. Antaranya dalam
surah al- Baqarah,ayat 285, “ Rasul beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya
daripada Tuhannya. Begitu juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah,
malaikat- malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya, dan para rasul-Nya.) M.Quraish Shihab,2012 : 13)
Penggunaan istilah malaikat dalam bahasa Melayu biasanya berbentuk perkataan
tunggal,sepertimana yang digunakan oleh para ulama. Dalam bahasa Arab,perkataan malaikat
berasal daripada perkataan jamak daripada perkataan malak untuk malaikat, dan a’lim untuk
ulama. Ada ulama berpendapat,perkataan malak diambil daripada perkataan alaka dan malakah
yang bermaksud mengutuskan,peratusan,atau risalah.Malaikat adalah utusan-utusan daripada
Allah yang memainkan pelbagai peranan.
Ada pendapat lain mengatakan,malak diambil daripada perkataan laaka yang bermaksud
menyampaikan pengetahuan ataupun maklumat.Malaikat adalah makhluk yang menyampaikan
pengetahuan daripada Allah.Semua maksud-maksud di atas dari segi bahasa.)M. Quraish

Shihab,2012 : 14)
Nash nash al-Quran,as-Sunnah, dan ijmak ‘ kaum Muslimin menunjukkan bahawa Malaikat
merupakan salah satu ciptaan Allah S.W.T. Allah menciptakan mereka untuk beribadah kepadaNya,sebagaimana Dia menciptakan jin dan manusia tujuan yang sama.Mereka hidup,berakal,dan
dapat berbicara.Meskipun sama- sama ciptaan Allah S.W.T, alam Malaikat berbeza dengan alan
jin dan manusia.Alam Malaikat adalah alam yang mulia lagi suci,yang dipilih Allah di dunia
kerana kedekatan mereka kapada-Nya dan kerana mereka sentiasa melaksanakan perintahperintah Allah. )Ahmad Izzuddin al-Bayanuni, 2003 : 206)

5

Malaikat ialah roh yang tinggal di dalam jisim halus yang dijadikan daripada
cahaya,berupaya merupakan dalam pelbagai bentuk yang baik dan tidak bersifat dengan lelaki
atau perempuan.
Firman Allah S.W.T :

‫وا رضب جببب عببل الملئتببة رسب اولى اجنحببة‬

‫الحمد لله فب طببر السببمو‬

1 ( ‫مثنى وثلث وربع يزيد فى الخلق مبيشبء ان الله على كل شىء قدير‬
Maksudnya : “ Segala puji tertantu bagi Allah S.W.T. yang menciptakan langit dan bumi, yang

menjadikan malaikat utusan – utusan yang bersayap dua, tiga dan empat; Ia menambahkan pada
bentuk kejadian makhluk yang diciptakan- Nya apa jua yang dikehendaki- Nya. Sesungguhnya
Allah S.W.T Maha Kuasa atas setiap sesuatu”
) Surah al- Fatir:1)
Di dalam hadis, Jibril berdialog dengan Rasulullah s.a.w Jibril telah bertanya kepada
Baginda. “ Apakah iman? “ Baginda menjawab: “ iman ialah engkau beriman dengan Allah,
malaikat-malaikat,kitab-kitab,rasul-rasul,hari akhirat dan engkau beriman dengan qadar baik dan
buruk Allah S.W.T.
2.1 Malaikat Dijadikan Daripada Cahaya
Penjelasan dalil berkenaan malaikat diciptakan daripada cahaya tidak ditemui dalam alQuran. Walau bagaimanapun,mereka berbeza dengan jin yang disebut dalam surah arRahman ayat 15. Ayat ini menyatakan,ia diciptakan oleh Allah daripada bara api yang
menyala. Pengetahuan perihal asal kejadian malaikat dilaporkan oleh Muslim,Ahmad atTirmizi, dan Ibnu Majah melalui Isteri Rasulullah, iaitu Aisyah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

‫وألببق ادم‬,‫ وألببق الجبببن من مبببرج من نبببر‬. ,‫ألببق الم اتببة من نببور‬
. ‫ممبقدوصف لتم‬

6

Maksudnya; “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada
percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu “

Namun, tidak diketahui jenis cahaya ia diciptakan. Terdapat hadis yang
membincangkan perkara ini,tetapi kesahihan hadis-hadis itu tidak diketahui.Ada juga
ulama tasawuf mengemukakan pelbagai kajian berkenaan asal usul kejadian
malaikat.Tetapitidak menemui sebarang dalil atas hujah mereka.) M.Quraish Shihab,2012
: 15-16)

) Riwayat Muslim)
2.2 Kehebatan Kejadian Malaikat
Diriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

‫ ان‬,‫ من حملببة العببرش‬,‫من م اتة الله تعبلى‬

‫الن لي ان احدث عن مل‬

. ‫مب بين النه الى عبتقه مسيرة سلعمئة عبم‬
Maksudnya : “ Aku telah diizinkan untuk bercakap tentang salah satu malaikat yang
menjaga ‘arasy, aku dapati jarak antara cuping telinga dengan bahunya ialah tujuh ratus
tahun perjalanan.”
) Riwayat Abu Daud )
2.3 Keistimewaan Malaikat
Tiada satu pun antara kami,iaitu malaikat , melainkan mempunyai kedudukan yang
tertentu.”( Surah as-Saffat,ayat 164) itu adalah kata-kata malikat yang disebut dalam alQuran.Memang tidak dinafikan, kedudukan dan kebolehan malaikat adalah berperingkat.
Setiap malaikat mempunyai darjatnya sendiri. Antara mereka adalah jibril,yang mendapat
darjat paling mulia di sisi Allah. Ada satu hadis mengatakan,ketika turunnya ayat Allah;
“ Dan Kami tidak mengutus engkau ) Muhammad),melainkan membawa rahmat untuk
seluruh alam.” ) Surah al-Anbiyak,ayat 107).) M.Quraish Shihab,2012 : 23)

7

2.4 Ciri-ciri dan Keistimewaan Malaikat
Al-Quran dan Sunnah banyak menceritakan berkenaan ciri-ciri,sifat,dan
keistimewaan malaikat.Antaranya adalah :

2.4.1 Menyerupai Makhluk Lain seperti Manusia
Terdapat kisah-kisah malaikat yang menyamar menjadi manusia diceritakan
dalam al-Qursan.Antaranya:
Nabi Ibrahim pernah dikunjungi malaikat dalam bentuk manusia.Pada
waktu itu, beliau sedang menghidangkan makanan kepada mereka sambil
berkata : “ Sila makan.” ( Surah az-Zariyat,ayat 27). Tetapi, mereka enggan
menjamah hidangan itu,sehingga Nabi Ibrahim berasa takut dengan

mereka.

Lalu,mereka berkata kepada beliau,” Jangan kamu taku.”Mereka memberi khabar
gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang alim.”
) Surah az-Zariyat,ayat 28)
2.4.2 Malaikat Terpelihara Daripada Melakukan Dosa
Malaikat dijadikan dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T

dan terlindung

daripada melakukan maksiat. Firman Allah S.W.T yang ditunjukan kepada orang
kafir :

‫يبيهب الذين ءامنواقواانفستمب واهليتمب نبراوقود هبالنبببس والحجبببرة عليهببب‬
6 ( ‫ملئتة غ ظا شداد يعصون الله مبامرهمب ويفعلون مب يؤمرون‬
Maksudnya : “ Wahai orang- orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala;
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang kras kasar layanannya; mereka
tidak menderhaka kepada Allah S.W.T. dalam segala yang diperintahkan-Nya
kepada mereka,dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

8

)

Surah

al-

Tahrim:6)
Manakala firman Allah S.W.T di dalam surah al- Baqarah yang ada
zahirnya menunjukkan bahawa malaikat telah membantah keputusan yang telah
dibuat oleh Allah S.W.T dalam perlantikan Nabi Adam a.s sebagai khalifah di
atas muka bumi ini :
Maksudnya ; “ Dan janganlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi .” Mereka
bertanya tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata : “ Adakah Engkau
Ya Tuhan kami hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan mnumpahkan darah berbunuh-bunuhan, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? “ Tuhan berfirman : “
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui.”
) Surah al- Baqarah:30)
Persoalan itu bukanlah menunjukkan bahawa malaikat telah berlaku
ingkar terhadap Allah S.W.T kerana pertanyaan malaikat kepada Allah S.W.T itu
bukanlah pertanyaan yang membawa erti ingkar atau menentang,tetapi untuk
meminta penjelasan tentang hikmah yang terkandung dalam perlantikan Adam a.s
sebagai khalifah terutama sekali apabila malaikat itu sudah tahu bahawa Nabi
Adam a.s akan mempunyai keturunan yang akan melakukan kerosakan di atas
muka bumi. Oleh itu, Allah S..W.T telah menjawab pertanyaan tersebut dengan
berkata : “ Aku lebih tahu tentang perkara yang kamu tidak tahu.”
Manakala kisah Harut dan Marut di dalam surah al- Baqarah bukanlah
menunjukkan malaikat tidak terpeliraha daripada melakukan dosa. Ini kerana
syaitan telah mencuri dengan berita dari langit kemudian mereka memasukkan
pembohongan terhadap berita yang mereka dengan lalu memberikannya kepada
ahli agama kalangan manusia. Ahli agama itu pula telah membukukannya di
dalam buku yang mereka baca dan ajarkan kepada manusia. Perkara itu telah

9

menjadi tersebar luas zaman Nabi Sulaiman a.s sehingga mereka berkata : “
Sesungguhnya jin mengetahui perkara ghaib “ dan ilmun inilah yang telah
mengajar Nabi Sulaiman a.s Kerajaan Nabi Sulaiman a.s dapat ditegakkan dengan
ilmu tersebut dan dengannya juga Nabi Sulaiman a.s berjaya berinteraksi dengan
jin,manusia dan burung. )Ahmad Izzuddin al-Bayanuni, 2003 : 231)
2.5 Ibadah Para Malaikat
Malaikat adalah makhluk yang tidak mempunyai nafsu syahwat,tidak makan,dan tidak
minum.Tetapi,mereka memiliki kecenderungan yang berbeza daripada jin dan
manusia,iaitu kecenderungan rohani. Ini dapat diketahui melalui aktiviti-aktiviti mereka
yang hanya untuk pengebadian dan ibadah kepada penciptanya semata-mata.Ayat alQuran menggambarkan keadaan mereka,antaranya adalah: “ Mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada meraka.Mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”( Surah at-Tahrin,ayat 6).
Para malaikat sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T tanpa henti-henti dantanpa rasa
jemu serta letih. Mereka sentiasa bertasbih siang dan malam memuji Allah.
Firman Allah S.W.T :

, ‫ يسبببتتلرون عن علبدتبببه‬,,‫ومن عنبببد‬,‫وا رض‬

‫من فى السبببمو‬,‫ولبببه‬

20( ‫ يسلحون اليل والنهبر يفترون‬19(‫و يستحسرون‬
Maksudnya : “ Dan ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik
kepunyaan Allah S.W.T jua. Dan malaikat- malaikat yang di sisi-Nya tidak membesarkan
diri dan tidak enggan daripada beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka merasa
penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang,dengan tidak berhenti-henti.”
) Surah al-Anbiya: 19-20)
Terdapat juga malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T dan
memohon keampunan daripada Allah S.W.T bagi orang-orang beriman di atas
bumi.Walau bagaimanapun ,kita tidak dapat mengetahui bagaimana mereka bertasbih dan

10

memuji Allah.Apa yang kita tahu adalah bertasbih tidak terbatas kepada ucapan sematamata,tetapi juga sikap dan perbuatan.Ada dalam kalangan mereka yang berdiri,ada yang
rukuk,ada yang sujud,ada yang bertawaf mengelilingi al-Baitul Makmur,da nada juga
yang berselawat kepada Nabi Muhammad.

2.6 Takut Malaikat Kepada Allah
Para malaikat sentiasa bertasbih kepada Tuhan kerana takut kepada-Nya.
Firman Allah S.W.T :

‫ ويرسل الصوعق فيصببيب بهببب‬, ‫ والمئتة من أيفته‬, ,‫ويسلح الرعد بحمد‬
‫من يشبء‬
Maksudnya : “ Dan Dialah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memuji-Nya,kerana
takut kepada-Nya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan
dengan panahan petir kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”
) Surah al-Ra’d:13)
Takutnya malaikat kepada Allah S.W.T adalah takut kerana mengagung dan
membesarkan Allah S.W.T dan bukannya kerana yang lain.
Takut ini aka nada pada diri seorang hamba bergantung sejauh mana kenalnya
kepada kebesaran,keagungan,kekuasaan dan kekuatan Allah S.W.T serta sejauh mana
hampirnya dengan Allah. Setiap Hamba itu bertambah hamper kepada Allah,maka
ketakutannya kepada-Nya juga akan bertambah. Seorang salaf yang bernama al-Muhasibi
telah berkata ; “ Takut orang yang muqarrabin ) hamper kepada Allah) daripada kalangan
nabi dan malaikat adalah takut kerana mengagung dan memuliakan Allah S.W.T sekali
pun mereka sebenarnya selamat daripada azab Allah S.W.T.” ) M.Quraish Shihab,2012 :
25-33)
2.7 Jumlah dan Nama-Nama Malaikat

11

Nash-nash al-Quran dan as-Sunnah menunjukkan bahawa Malaikat adalah makhluk yang
sangat banyak.Tidak ada yang mengetahui jumlahnya,kecuali Allah. Oleh kerana
itu ,ketika menyebutkan jumlah Malaikat penjaga Neraka Jahanam dalam firman-Nya :
" Dan tiada Kami jadikan penjaga Neraka itu melainkan dari Malikat, dan tidaklah Kami
menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaann”
) QS. Al-Muddatstsir : 31)

Walau bagaimanapun hanya Allah sahaja mengetahui.Kita sendiri tidak dapat
membayangkan jumlah mereka yang tidak terhingga selepas membaca beberapa hadis
sahih yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim,antaranya:
“ Neraka jahanam pada hari kiamat memiliki 70 ribu kendali. Setiap kendali ditarik oleh
70 ribu malaikat.” ) Hadis ini direkodkan oleh Muslim) ) M.Quraish Shihab,2012 : 20)
2.8 Malaikat dan Peranannya
Dalam al-Quran,Allah menceritakan perihal jenis-jenis malaikat,kedudukannya,dan
peranan-peranannya sebagaimana dalam surah al-Mursalat ayat 1 hingga 6:
“ Demi malaikat-malaikat yang dihantarkan bagi menjalankan tugasnya,juga yang
merempuh mara dengan sekencang-kencangnya. Dan demi makhluk-makhluk yang
menyebarkan pengajaran dan peringatan dengan sebaran yang bersungguh-sungguh,serta
yang meminsahkan antara yang benar dengan yang salah,dengan pemisahan yang sejelasjelasnya.Lalu,menyampaikan

pengajaran

dan

peringatan

kepada

manusia

bagi

menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan
dieinya,dan menakutkan orang-orang yang derhaka.’
Enam potongan ayat al-Quran di atas menghuraikan lima golongan malaikat
dengan tugas mereka masing-masing.) M.Quraish Shihab,2012 : 35)
1)

Jibril

12

Jibril adalah nama Malaikat yang paling masyhur. Malaikat ini ditugaskan untuk
menyampaikan wahyu Ilahi kepada rasul sepertimana yang diceritakan oleh Allah : “ Ia
dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.” ) Surah asy-Syu’arah,ayat 193).
Selain itu,tugas Jibril adalah mengajarkan agama melalui Nabi Muhammad
kepada sahabt-sahabat beliau. Namun,bukan hanya Jibril sahaja yang menyampaikan
wahyu kepada Nabi Muhammad,malah malaikat-malaikat lain juga mempunyai tugas
yang sama. Berdasarkan ayat al-Quran di atas,hanya Jibril sahaja yang menyampaikan
wahyu al-Quran kepada Nabi Muhammad. Manakala wahyu selain al-Quran dipikul oleh
malaikat-malaikat lain.
2)

Mikail
Tugas malaikat Mikail tidak disebut secara jelas dalam al-Quran.Tetapi,kita dapat

mengetahuinya melalui hadis-hadis.Antara tugas utama Mikail adalah menurunkan hujan
dan memberikan rezeki. Sekiranya kita memahami sebahagian malaikat dalam
sunnatullah yang ditetapkan-Nya,malaikat ini adalah hukum-hukum yang berkaitan
dengan penurunan hujan.Hukum-hukum itu dihuraikan dalam al-quran dalam ayat-Nya;
“Tidaklah

engkau

melihat

lahan.Kemudian,Dia

,Allah

mengarahkan

mengumpulkan

awam

bergerak

perlahan-

kelompok-kelompoknya.Kemudian,Dia

menjadikannya tebal berlapis-lapis.Selepas itu,engkau melihat hujan turun dari celah –
celahnya.Dia menurunkan hujan batu dari langit,dan gunung-ganang ) awan) yang ada
padanya.Lalu,Dia menimpakan hujan batu itu kepada seiapa yang dikehendaki-Nya,dan
menjauhkannya daripada sesiapa yang dikenhaki-Nya.Sinaran kilat yang terpancar
daripada

awan

yang

demikian

keadaannya,hamper-hampir

menyambar

dan

menghilangkan pendangan .” ) Surah an-Nur,ayat 43)
3)

Israfil
Selain itu, al-Quran menyebut adanya utusan-utusan Allah yang bertugas meniup

angina sangkakala. Itu adalah petanda kiamat dan hari kebangkitan manusia selepas
kiamat. Ini sebagaimana disebut dalam surah az-Zumar ayat 68. Malaikat ini tidak
disebut secara jelas dalam al-Quran, tetapi disebut oleh Nabi Muhammad.

13

4)

Malik
Malaikat Malik disebut dalam surah az-Zukhruf,ayat 77 iaitu: “ Dan mereka

menyeru ketua malaikat penjaga neraka,dengan berkata : ‘ Wahai Malik! Biar Tuhanmu
mematikan kami,kerana kami tidak tahan menderita,Malik menjawab,” Sesungguhnya
kamu tetap kekal dalam azab.”
Berdasarkan ayat di atas, kita dapat memahami, Malik adalah ketua malaikat yang
ditugaskan menjaga pintu neraka. Kepimpinannya jelas difahami kerana dalam ayat lain
dalam al-Quran menyebut,ada 19 penjaga neraka,iaitu dalam surah al-Mudassir ayat 30.
Namun,ini tidak pasti,adakah satu malaikat yang dinamakan Zabaniyah dalam surah alAlaq ayat 18 itu,tergolong dalam kelompok 19 itu ataupun tidak.
Zabaniyah

adalah

perkataan

jamak

yang

berasal

daripada

perkataan

zibniyah.Maksud zibniyah adalah sudut makna kata kerja adalah menolak.Ini dapat
diketahui,ada malaikat-malaikat yang ditugaskan di luar neraka,menolak manusia
derhaka ke dalam api neraka.
5)

Malaikat Maut ) Izrail )
Tugas utama malaikat ini adalah mencabut nyawa manusia seperti yang

diceritakan dalam ayat-Nya:
“ Katakan wahai Muhammad.’Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang
ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu. Kemudian,kamu dikembalikan
kepada Tuhan kamu bagi menerima balasan”. ) Surah as-Sajdah,ayat 11)
Nama malaikat maut yang biasa disebut adalah izrail. Namun,nama ini tidak
ditemui dalam al-Quran mahupun hadis yang sahih.
6)

Munkar dan Nakir
Dua Malaikat ini disebutkan dalam hadis – hadis tentang fitnah kubur – kita

berlindung diri darinya.Tugas bagi Malaikat Munkar dan Nakir menyoal mayat yang ada
di alam kubur serta amalan kita selama masih hidup di dunia.

14

7)

Harut dan Marut
Kisah kedua-dua malaikat ini diceritakan secara panjang lebar dalam surah al-

Baqarah ayat 102,iaitu:
“ Mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan
oleh puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. Padahal, Nabi Sulaiman
tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu. Tetapi,puak syaitan itu yang
kafir dengan amalan sihirnya.Ini kerana,mereka yang mengajarkan manusia sihir dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat, iaitu Harut dan Marut, di negeri Babil,iaitu
Babylon.Sedangkan,mereka berdua tidak mengajar seorang pun,melainkan selepas
menasihatinya dengan berkata ‘ Sesungguhnya kami ini hanya cubaan bagi menguji
imanmu. Oleh itu jangan engkau menjadi kafir dengan mempelajari daripada mereka
berdua,iaitu ilmu sihir yang dapat menceraikan antara suami dengan isterinya.Padahal
mereka tidak dapat memberi mudarat atau membahayakan dengan sihir itu, melainkan
dengan izin Allah. Sebenarnya,mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan
mereka dan tidak memberi manfaat.Sesungguhnya mereka,iaitu kaum Yahudi sudah
mengetahui,sesiapa yang memilih ilmu sihir itu, tidak lagi mendapat bahagian yang baik
di akhirat. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka,sekiranya
mereka mengetahui.”
8)

Ar-Ra’du
Ibnu Jarir ath-Thabari r.a berkata: “ Adapun ar-Ra’du,para ulama berbeza

pendapat tentangnya.Sebagian mereka berpendapat bahawa dia adalah Malaikat yang
menggiring awan dengan hentakan. Ibnu Katsir berkata : “ Mikail ditugaskan untuk
menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman,yang dari keduanya diciptakan berbagai
macam rezeki di dunia ini. Mikail memiliki pembantu-pembantu yang akan
melaksanakan apa yang diperintahkan berdasarkan perintah Rabbunya.
9)

Raqib dan Atiq
Tugas kedua-dua malaikat ini adalah mencatat segala amal perbuatan manusia.Ini

berdasarkan ayat Allah ;

15



Tidak

ada

sebarang

perkataan

yang

dilafazkan

ataupun

perbuatan

yang

dilakukannya,melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima
dan menulisnya”. ) Surah Qaf,ayat 18)
Ada ulama memahami kedua-dua perkataan Raqibun Atid daripada ayat di atas
adalah nama untuk malaikat-malaikat itu. Raqib adalah pencatat amalan baik manusia.
Manakala Atid adalah pencatat amalan yang buruk. Ada ulama tidak memahami
perkataan itu sebagian nama, tetapi Raqin Atid difahami dengan makna tugasnya,iaitu
pengawas yang sentiasa sedia.
Nama- nama untuk para malaikat yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis tidak
banyak.Nmaun,para ulama memahami wujudnya malaikat yang berperanan dalam
perkara ada persoalanan tertentu. Ada malaikat untuk hujan,petir dan sebagainya.
Bukankah mereka digambarkan oleh Allah sebagai al-Mudabbiraat Amra.
10)

Ridwan
Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu syurga tempat manusia menerima

balasan dari ketaatan dan ketaqwaan manusia kepada Allah. ) M.Quraish Shihab,2012 :
39 – 44)

16

3.0 JIN
Jin adalah satu jenis daripada makhluk-makhluk Allah SWT. Jin tidak sama dengan malaikat dan
tidak sama juga dengan manusia. Namun, demikian jin lebih dekat persamaannya dengan
manusia dari segi akal dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Perbezaan yang
paling ketara antara jin dan manusia ialah dari segi jisim dan asal kejadian. )Mustafa Asyur
1995: 12)
Jin merupakan roh yang ada di dalam jisim yang halus yang dicipta daripada api,
berupaya merupa dalam pelbagai bentuk, boleh makan dan minum, ada lelaki dan perempuan,
mereka menikah dan melahirkan keturunan sebagaimana manusia biasa. )Ahmad Izzuddin 2003:
282)
Allah SWT menciptakan jin sebelum menciptakan manusia lagi. Sebagaimana firman
Allah SWT:

ْ ‫وَلَقَد ْ أَلَقْنَب‬
ُ ‫ن قَل ْبب‬
‫ل‬
ِ ُ ,‫ن أَلَقْنَب‬
ِ ‫بل‬
ِ ‫ن‬
َ ‫جب‬
َ ْ ‫ون وَال‬
َ ‫ن‬
َ ‫سب‬
ْ ‫م‬
َ ْ ‫الِن‬
َ ٍ ‫مإ‬
َ ‫ح‬
َ ْ ‫صل‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
ٍ ُ ‫سن‬
ْ ‫م‬
ٍ ‫ص‬
ْ ‫م‬
ِ
َ ‫ن نَبرِ ال‬
ُ ‫س‬
ْ ‫م‬
ِ ‫موم‬
)Surah al-Hijr 15: 26-27)
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia )Adam) dari tanah liat kering
)yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum
)Adam) dari api yang sangat panas.
Ayat di atas menunjukkan jin sudah menghuni bumi sebelum manusia lagi. )Muhammad
Isa 2012: 7)
3. 1 Asal Usul Jin

17

Perkataan jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu ‫ ج‬dan ‫ن‬
yang bermaksud sesuatu yang tersembunyi, terselindung atau diselubungi kegelapan. Jin
digelar dengan nama sedemikian kerana ia tidak kelihatan dengan pandangan mata zahir
manusia. Jin diciptakan daripada api iaitu terlebih dahulu daripada manusia. Sebagaimana
firman Allah SWT:

ُ ْ ‫ن قَل‬
ِ ‫ل‬
ِ ُ ,‫ن أَلَقْنَب‬
َ ‫جب‬
َ ْ ‫وَال‬
َ ‫ن نَبرِ ال‬
ُ ‫س‬
ْ ‫م‬
ْ ‫م‬
ِ ‫موم‬
)Surah al-Hijr 15:27)
Maksudnya: Dan Kami telah menciptakan jin sebelum )Adam) dari api yang sangat
panas.

ِ ‫ج‬
ِ ‫ن‬
َ ‫جب‬
َ ْ ‫وَأَلَقَ ال‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬
ْ ‫م‬
ٍ‫ن نَبر‬
ٍ ِ‫مبر‬
)Surah ar-Rahman 55:15)
Maksudnya: Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin. Ada yang dikatakan ‫َار‬
ِ ‫ن‬
‫وم‬
ِ ‫ ال َس ُم‬iaitu api yang sangat panas dan ada pula yang menyatakan ‫ج‬
ِ ‫ َم‬iaitu nyalaan api.
ٍ ‫ار‬
Daripada tafsiran ulama, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya.
Cuma ‫وم‬
ِ ‫ ال َس ُم‬adalah sifat yang ditambahkan sebagai penjelasan terhadap ciri ‫ج‬
ِ ‫ َم‬. )Mohd
ٍ ‫ار‬
Faizal 2014: 36)
Dalam al-Quran ada lima perkataan yang sering digunakan bagi menunjukkan
berkenaan mahkluk halus daripada jenis jin, jaan, jinnat, iblis dan syaitan. Pakar bahasa
Arab dalam membincangkan istilah jaan menyatakan maksudnya sama dengan jin. Cuma
kata jin bentuk jama’ daripada kata jinni yang berbentuk tunggal. Sedangkan jaan adalah
isim jama’ atau kata yang digunakan bagi menunjukkan sekelompok jin. Ada sesetengah
berpendapat jaan adalah bapa segala jeniss jin dan ada yang berpendapat jaan
menunjukkan kepada iblis. )Mohd Faizal 2014: 37)
Rasulullah SAW juga telah menceritakan kepada kita bahawa jin telah diciptakan
daripada api. Berdasarkan sabdanya:

18

ّ ‫ق ْال َج‬
‫صفَ لَ ُك ْم‬
َ ِ‫َار َو ُخل‬
َ ِ‫ور َو ُخل‬
ِ ‫ق آ َد ُم ِم َما ُو‬
ِ َ‫ُخلِق‬
ٍ ‫ج ِم ْن ن‬
ٍ ُ‫ت ْال َملَئِ َكةُ ِم ْن ن‬
ِ ‫ان ِم ْن َم‬
ٍ ‫ار‬
Maksudnya:“Malaikat diciptakan dari cahaya. Jin diciptakan dari nyala api. Adam
diciptakan dari apa yang telah ada pada kalian.” )HR. Muslim no. 2996).
Perlu difahami bahawa tidak semua jin adalah syaitan kerana daripada golongan
jin ada yang taat kepada Allah SWT dan ada yang kufur kepada Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT:
‫ق قِ َددًا‬
َ ِ‫ك ۖ ُكنَا طَ َرائ‬
َ ِ‫َوأَنَا ِمنَا الصَالِحُونَ َو ِمنَا ُدونَ ٰ َذل‬
)Surah al-Jin 72:11)
Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara
kami ada )pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza.
3.2 Jin Bukan Lagi Berbentuk Api
Timbul juga persoalan dan tanda tanya, Allah SWT menerangkan bahawa jin
diciptakan daripada api dan Allah SWT ada menyatakan bahawa api membakar dan
memudaratkan mereka. mengapakah api sanggup membakar api? Jawapannya adalah,
Allah SWT menyifatkan jin dan syaitan kepada api sebagaimana juga Allah SWT
menyandarkan kepada tanah. Maksudnya dalam hal manusia diciptakan daripada tanah
tetapi bukan bererti tanah yang sebenarnya. Begitu juga dengan jin, bukan api yang
sebenarnya. Hanya asalnya daripada api tetapi jin itu bukan berapi atau panas. )Mustafa
Asyur 1995: 13)
Seperti jasad kita yang bukan lagi daripada tanah iaitu apabila bercampur dengan
air ia akan berderai. Begitu juga dengan jin. Bentuknya bukan lagi seperti api tetapi telah
dibentukkan oleh Allah SWT menjadi sesuatu yang wujud dan dilengkapi dengan organ
tubuh badan. Seterusnya, ditiupkan roh supaya menjadi makhluk yang mampu berfikir,
berakal dan mempunyai kebebasan memilih. Ini seperti penciptaan Nabi Adam as yang
dijadikan daripada tanah liat. )Muhammad Isa 2012: 10)
3.3 Tempat Tinggal Jin

19

Berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama yang masyhur, kebanyakan mereka
berpendapat bahawa jin dan syaitan lebih suka tinggal di tempat yang tidak dihuni
manusia. Seperti di dalam hutan, lautan, padang pasir, gunung-ganang dan lain-lain lagi.
Ada juga yang tinggal di tempat pembuangan sampah dan tempat kotoran. Tidak
terkecuali ada yang tinggal bersama manusia. )Wahid Abdussalam 2012: 27)
Oleh sebab itu Rasulullah SAW sering kali ke padang pasir untuk tujuan dakwah
dan mengajar mereka tentang perkara-perkara keagamaan. Keadaan ini acap kali
dilakukan oleh Rasulullah SAW dan banyak yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
Muslim. )Wahid Abdul Salam Bali 1996: 34)
Menurut Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri )1982), jin dan syaitan biasanya tinggal di
bangunan-bangunan, rumah-rumah buruk dan roboh, tempat-tempat timbunan baja,
tempat-tempat sampah dan di kebun-kebun. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kebun-kebun ini didatangi )oleh syaitan). Oleh itu apabila datang
seseorang kamu ke tempat membuang air, maka hendaklah berdoa dengan berkata aku
berlindung dengan Allah SWT daripada )gangguan) syaitan jantan dan betina.” )Riwayat
Abu Daud)
Jelaslah bahawa jin selalu berada bersama-sama orang-orang jahat lelaki atau
perempuan dari kalangan pelaku dosa dan maksiat serta berada di tempat-tempat tersebut.
)Zakaria 1996: 49). Allah SWT berfirman:

َ
َ ِ ‫ل ع َلَى ك ُ ب‬
َ ْ ُ ‫ل أُنَلِئُت‬
ُ ‫الش بيَبطِين تَن َ ب َز‬
ُ ‫ن تَن َ ب َز‬
ْ ‫هَ ب‬
َ
‫ن‬
‫ل‬
َ ‫بك أثِيم يُلْقُببو‬
ٍ َ‫ل أف‬
َ ‫ى‬
ْ ‫م‬
ٰ
ٰ ‫م ع َل‬
َ
‫ن‬
َ ‫م كَبلِبُو‬
َ ‫ال‬
ْ ُ‫معَ وَأكْث َ ُره‬
ْ ‫س‬
)Surah as-Syu’ara 26: 221-223)
Maksudnya: Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu
turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa. Mereka
menghadapkan pendengaran )kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orangorang pendusta.

20

3.4 Jenis-jenis Jin
Allah SWT berfirman dalam menceritakan golongan yang terdapat di kalangan jin:

َ
‫ن لَٰل ِ َ ۖ كُنَب ط َ َرااِقَ قِدَدًا‬
ِ َ‫ن و‬
ِ ‫وَأنَب‬
َ ‫منَب دُو‬
َ ‫حو‬
ُ ِ ‫صبل‬
َ ‫منَب ال‬
)Surah al-Jin 72: 11)
Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara
kami ada )pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza.

ُ
َ
َ ‫وأَنب منب الْمسلِمون ومنب الْقَبسطُون ۖ فَم‬
َ ‫بروْاب َر‬
‫مب‬
ِ
َ ِ َ َ ُ ْ ُ
َ ِ َ َ
َ َ ‫م فَأولَٰئ ِ َ ت‬
َ
ْ ‫نأ‬
َ ‫شبدًا وَأ‬
َ َ ‫سل‬
َ ‫حب‬
ْ َ
‫حطَلًب‬
ِ ‫الْقَب‬
َ ‫م‬
َ ِ ‫ن فَتَبنُوا ل‬
َ ‫سطُو‬
َ َ ‫جهَن‬
)Surah al-Jin 72: 14-15)
Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada )pula)
orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang yang taat, maka
mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.
Di kalangan jin ada yang tergolong dalam jin soleh, jin jahat, jin Muslim, jin
kafir, jin yang taat, jin yang derhaka dan pelbagai-bagai jenis lagi sama seperti manusia.
Jin Islam dinamakan jin Muslimun. Jin oleh dinamakan suhala jin. Jin kafir pula
dinamakan dengan syaitan jin. Manakala syaitan jin yang pertama dinamakan iblis.
Firman Allah SWT: )Ahmad Izzuddin 2003: 295)

ِ ‫ن‬
َ ‫س ك َببب‬
َ ‫سب‬
ُ ‫س‬
َ َ ‫جدُوا ِلد‬
َ ‫ن فَف‬
َ َ‫م ف‬
ْ ‫م َ اِتَةِ ا‬
َ‫َس بق‬
ِ ْ ‫ن ال‬
َ ْ ‫وَإِل ْ قُلْنَب لِل‬
َ ‫جدُوا إ ِ َ إِبْلِي‬
ِ ‫ج‬
َ ‫م‬
َ ‫خذ ُون ببه ول ُريت بب‬
َ
َ ‫ع‬
‫س‬
ِ َ‫ه أوْلِي َبببء‬
ْ ُ ‫م لَت‬
ْ ُ‫ن دُونِي وَه‬
ُ َ َ ِ َ ُ َ ِ َ ‫مببرِ َربِهِ ۗ أفَتَت‬
ْ ‫َن أ‬
َ ْ ‫م ع َببدُوّ ۚ بِئ‬
ْ ‫م‬
ْ
ً َ ‫ين بَد‬
ِ ِ ‫لِلظَبل‬
َ ‫م‬
)Surah al-Kahfi 18: 50)

21

Maksudnya: Dan )ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah
kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin,
maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turananturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu?
Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti )dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
3.5 Bangsa Jin Wajib Beribadah Kepada Allah SWT
Makhluk jin juga dibebankan dengan hukum taklif )hukum syarak) sebagaimana yang
dikenakan kepada manusia. Allah SWT menciptakan manusia dan jin untuk beribadah
kepada Allah SWT. Sesiapa yang taat kepada Allah SWT akan masuk ke dalam syurga
dan siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya akan masuk neraka. )Zulkifli Mohamad
2014: 23). Firman Allah SWT:

‫ون‬
ِ ْ ‫ْت ال‬
ُ ‫مب أَلَق‬
َ َ‫و‬
َ ‫ن وَا ِن‬
ِ ُ ‫س إ ِ لِيَعْلُد‬
َ ‫ج‬
)Surah al-Zariyat 51: 56)
Maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku"
Ibnu Abdil Barr mengatakan, menurut jumhur ulama, jin terkena taklif dan
mendapatkan perintah untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman:

ْ
َ
ٌ ‫سبب‬
َ ْ‫مع‬
‫م آي َبببتِي‬
ِ ‫ل‬
َ ‫ُصببو‬
ُ ‫م ُر‬
ْ ُ ‫ن ع َلَيْت‬
ْ ُ ‫منْت‬
ْ ُ ‫م ي َببأتِت‬
ْ َ ‫س أل‬
ِ ْ ‫شبب َر ال‬
َ ‫ي َببب‬
ُ ‫م يَق‬
ِ ‫ج‬
ِ ْ ‫ن وَالن‬
َ
‫حي َبببة ُ البدُنْيَب‬
ِ ُ‫م هَذ َا قَبلُوا شَ هِدْنَب ع َلَى أنْف‬
ِ ْ‫م لِقَبءَ يَو‬
َ ْ ‫م ال‬
ُ ُ‫سنَب وَغ َ َرتْه‬
ْ ُ ‫مت‬
ْ ُ ‫وَيُنْذ ِ ُرونَت‬
َ ‫وشَ هدوا ع َلَى أَنفُسه‬
‫ين‬
ُ ِ َ
ْ ُ‫م أنَه‬
ْ ِ ِ ْ
َ ِ‫م كَبنُوا كَبفِر‬
)Surah al-An’am 6: 130 )
Maksudnya: Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul
dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat Ku dan memberi
peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami

22

menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka
menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.

ُ
ُ
ُ ْ‫م الْقَبببو‬
‫ن‬
ِ ‫م‬
ِ ‫ت‬
َ ‫ين‬
ِ ْ ‫ن ال‬
ْ ِ‫ن قَلْلِه‬
ْ َ ‫مم ٍ قَبببد ْ أَل‬
َ ‫ل فِي أ‬
ُ ِ‫حببب قَ ع َلَيْه‬
ِ ‫ج‬
َ ‫م‬
ْ ‫م‬
َ ِ ‫أولَٰئ ِ َ الَذ‬
َ ‫ل درجب ممب عَملُوا ۖ ولِي ببوفِيه‬
ْ
‫م‬
ِ
ِ ‫م كَبنُوا أَب‬
ْ ُ‫مبببلَه‬
َ ْ ‫م أع‬
ْ َُ َ ُ َ
َ ِ ٌ َ َ َ ّ ُ ‫ين وَلِت‬
ْ ُ‫س ۖ إِنَه‬
َ ِ‫سر‬
ِ ْ ‫وَالِن‬
‫ن‬
َ ‫مو‬
ُ َ ‫م َ يُظْل‬
ْ ُ‫وَه‬
)Surah al-Ahqaf 46: 18-19)
Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang telah pasti ketetapan )azab) atas mereka
bersama umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia.
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi. Dan bagi masing-masing mereka
derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi
mereka )balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan.

ْ َ ‫م‬
َ ‫س ۖ وَقَببب‬
َ ْ‫مع‬
ُ ‫ح‬
‫ل‬
ِ ‫م‬
ِ ‫ج‬
َ ‫م‬
ْ َ‫م ي‬
َ ْ‫وَي َببو‬
ْ ِ ‫ن قَبد‬
ْ ُ ‫اسبتَتْث َ ْرت‬
ِ ْ ‫شب َر ال‬
َ ‫ميعًببب ي َببب‬
ْ ُ‫شب ُره‬
ِ ‫ج‬
ِ ْ ‫ن الِن‬
َ
َ
َ
ْ َ ‫م‬
ۚ ‫ت لَن َببب‬
ِ ‫م‬
َ ‫جلَن َببب الَذِي أ‬
َ ‫ض وَبَلَغْنَب أ‬
ُ ْ‫متَعَ بَع‬
ْ ‫س َربَنَب ا‬
َ ْ ‫جل‬
ْ َ ‫ست‬
ْ ُ‫أوْلِيَبؤُه‬
ٍ ْ‫ضنَب بِلَع‬
ِ ْ ‫ن الِن‬
َ ‫قَب‬
‫م‬
‫م عَلِي ٌب‬
‫حتِي ٌب‬
َ َ َ ‫ن َرب‬
َ ِ‫ه ۗ إ‬
ُ َ ‫مب شَ بءَ الل‬
َ َ ِ ‫ين فِيهَب إ‬
ْ ُ ‫مثْوَاك‬
َ ‫بر‬
َ ِ ‫م أَبلِد‬
ُ َ ‫ل الن‬
)Surah al’An’am 6: 128)
Maksudnya: Dan )ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya )dan
Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan
manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami,
sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian )yang
lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah
berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali
kalau Allah menghendaki )yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi
Maha Mengetahui.
Maksud mereka mengecapi nikmat sesama mereka ialah interaksi yang berlaku
antara manusia dan jin ketika di dunia di mana manusia telah mentaati kehendak jin
dalam melakukan maksiat kepada Allah SWT dan kufur kepada-Nya. Manusia juga

23

menyembah jin supaya mereka dapat meminta pertolongan jin bagi mencapai hawa nafsu
mereka. )Ahmad Izzuddin 2003: 289)
Taklif syarak ke atas jin juga dibuktikan dengan firman Allah SWT:

َ ُ ‫سنفْرغ ُ لَت‬
‫ن‬
َ ُ ‫م أي‬
ْ
ِ َ َ‫ه الثَق‬
ُ َ َ
)Surah ar-Rahman 55: 31)
Maksudnya: Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.
Perintah Allah SWT ini mengandungi berita yang menakutkan, menggembirakan,
dan amaran kepada dua makhluk Allah SWT tersebut. Maka di sini dapat kita faham
bahawa jin adalah ditaklifkan dengan taklif syarak sebagaimana juga manusia yang
ditaklifkan dengannya. )Ahmad Izzuddin 2003: 291)
Secara umumnya, taklif yang dikenakan ke atas jin adalah sama dengan taklif
yang dikenakan ke atas manusia. Hanya perincian hukum syarak dalam perkara cabang
sahaja berbeza antara jin dan manusia kerana kedua-dua makhluk Allah SWT ini berbeza
dari segi kejadian sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.



24

4.0 SYAITAN
4.1 Syaitan Menurut Al-Quran
Sesungguhnya Allah dan para Rasul-Nya telah memperingatkan kita akan tipu daya
syaitan, dan sesungguhnya zaman yang sedang kita lalui ini dan akan datang nanti adalah
masa yang penuh dengan lingkaran syaitan. Tiga ratus enam puluh darjah mereka
sentiasa sibuk menyebarkan tipu daya demi memuaskan sifat permusuhannya.
Kita memerlukan peribadi muslim dan mukmin yang teguh berbekal dengan ilmu
terapan yang menyeluruh untuk melumpuhkan berbagai tipu daya dan kesan syaitan,
untuk menyelesaikan berbagai masalah kehidupan yang semakin kompleks dan rumit,
serta mampu memberi sumbangan yang positif bagi perkembangan, kemajuan dan
kesejahteraan umat manusia di dunia hingga akhirat.
Allah dan Rasul-Nya telah memperingatkan manusia bahawa sesungguhnya iblis
atau syaitan dan sekutunya adalah musuh besarnya yang banyak sekali tipu muslihatnya
agar dapat membawa manusia ke dalam kesesatan. Oleh itu, Allah memperingatkan
manusia dalam firman-Nya, antara lain:

‫الشببيطن إنببه‬

‫يأيهب الذين ءامنوا ادألوا فى السلم كبفة و تتلعوا أطببو‬

‫ فإن زللتم من بعد مببب جبببءتتم الببلينت فبببعلموا أن‬208( ‫لتم عدو ملين‬
(209( ‫الله عزيز حتيم‬

25

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam keamanan )agama
Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.”
Sesungguhnya syiatan itu musuh kamu yang nyata. Sekiranya kamu tergelincir )daripada
iman) selepas kebenaran datang, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
lagi Maha Bijaksana.” )Surah al-Baqarah:208-209)

‫الشيطن يعدكم الفقر ويأمركم ببلفحشبء والله يعدكم مغفرة منببه وفض ب‬
(268( ‫والله وسع عليم‬
Maksudnya: “Syaitan itu menjanjikan )menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan
kepapaan )jika kamu bersedekah atau berderma), dan ia menyuruh kamu melakukan
perbuatan yang keji )bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu )dengan)
keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan )ingatlah), Allah Maha Luas
limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” )Surah al-Baqarah:268)

‫إنى‬

‫كمثل الشيطن إل قبل لننسن اكفببر فلمببب كفببر قبببل إنى بببرىء منب‬
(16( ‫العلمين‬

‫أأبف الله ر‬

Maksudnya: “ )Sikap kaum munafik dengan kaum yahudi) itu samalah seperti )sikap)
Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu
berlaku kufur )dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku
adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang
Menguasai selurih alam!”.)Surah al-Hasyr:16)
Berdasarkan kepada dalil ayat al-Quran di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa
kewujudan syaitan tidak dapat dinafikan. Malah semua umat Islam meyakininya. Tidak
terkecuali terdapat sesetengah orang bukan Islam turut mengakui hakikat ini. Menolak
dan menafikan tentang kewujudan syaitan ini boleh menyebabkan iman seseorang itu
tergelincir daripada landasan syariat.
4.2 Syaitan Menurut Hadis

26

Dalam hadis Rasulullah SAW juga tidak terkecuali menyebut berkenaan tentang makhluk
halus terutamanya syaitan serta beberapa jenis yang lain. Ia merungkaikan berkenaan
hakikat kewujudan syaitan di alam mini. Kewujudan syaitan adalah suatu hakikat realiti
yang wajib diyakini dan diimani setiap Muslim.
Syaitan dan sekutunya berusaha membawa para kekasihnya ke dalam kesesatan
dan neraka, mereka merupakan suatu muslihat tersembunyi dan nyata bagi setiap
manusia, kecuali bagi diri Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dijelaskan dalam hadis
nabawi bahawa iblis atau syaitan mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darahnya.
Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan syaitan dengan sebutan ini dan
beliau memberitahu bahawa setiap manusia mempunyai temannya sendiri dari kalangan
syaitan. Para sahabat berkata,” Dan termasuk kamu juga wahai Rasulullah?” Rasulullah
menjawab,”Juga aku , tetapi Allah telah membantuku mengatasinya sehingga aku selamat
)dari gangguan syaitan).” )HR. Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan kepada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa hakikat kewujudan
makhluk halus adalah suatu yang realiti. Walaupun ia tidak dapat dilihat mata kasar,
tetapi kewujudannya tidak dapat disangkal. Ingatlah bahawa sesuatu yang tidak dapat
dilihat itu tidak bermakna ia tidak wujud.
Oleh itu, kita sebagai muslim perlu meyakini kewujudan jin dan syaitan agar kita
sentiasa berwaspada dengannya. Ingatlah bahawa mereka ini sentiasa merencana untuk
menghancurkan umat Islam dengan pelbagai tipu helah agar kita semua terpesong
daripada jalan kebenaran agama yang diredhai ini )Islam). Kewujudan jin dan syaitan ini
adalah sebagai ujian untuk kehidupan kita di dunia ini. Dengan itu, kita hendaklah
sentiasa berwaspada dengan setiap tipu helah yang datang darinya.
4.3 Sifat-Sifat Syaitan
Secara umum, syaitan ertinya segala sesuatu yang menjauhkan manusia dari ketaatan
pada perintah Allah dan logika kebenaran; cenderung mengajak manusia untuk
melakukan maksiat, dan selalu berusaha untuk menjerumuskan kepada kejahatan. Jadi
segala yang memiliki sifat-sifat itu adalah syaitan )Muhammad Mutawally Sya’rawy,
2009: 4).

27

Selanjutnya, kita juga harus mengetahui bahawa, ada jenis syaitan dari golongan
jin, dan syaitan dari golongan manusia. Masing-masing memiliki sifat-sifat yang sama,
dan target yang sama iaitu mengajak kepada perbuatan maksiat dan melakukan kerosakan
di bumi )Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).
Syaitan-syaitan dari golongan jin adalah para jin yang melakukan maksiat dan
menghalangi manusia dari kebenaran, serta mengajak mereka kepada kekafiran. Syaitansyaitan dari golongan manusia pun melakukan hal dan misi yang sama )Muhammad
Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).
Jadi, pengertian syaitan di sini adalah sifat-sifat tertentu untuk misi dan sasaran
yang tertentu. Istilah syaitan bukan petunjuk atau nama bagi seseorang. Maka, segala
sesuatu yang mengajak kepada kekafiran, kemusyrikan dan kemaksiatan disebut syaitan
)Muhammad Mutawally Sya’rawy, 2009: 4).
Sedangkan iblis , ia adalah syaitan dari golongan jin. Memiliki martabat yang
tinggi, dan lama ia hidup bersama para malaikat. Iblis juga adalah salah satu dari jenis
makhluk pilihan Allah, tetapi berbeza dengan malaikat. Iblis tidak boleh memberontak
dan menderhaka kepada perintah Allah, meskipun ia diberi hak untuk memilih. Ia hanya
boleh enggan dan memberontak untuk tunduk kepadaNya. Kerana itulah dikatakan
bahawa kederhakaan dan pemberontakan yang ia lakukan bukan terhadap perintah Allah,
tetapi derhaka dan berontak dari taat dan tunduk kepada Allah )Muhammad Mutawally
Sya’rawy, 2009: 4).
Walaupun demikian, ketidak taatannya kepada Allah juga merupakan kehendak
Allah. Allah Maha berkehendak untuk menciptakan hamba-hamba pilihaNya,
menjadikanya taat atau derhaka kepadaNya dan terhadap perintahNya )Muhammad
Mutawally Sya’rawy, 2009: 5).
4.4 Nama-nama Syaitan dan Tugasnya
Bagi mematikan perancangan tipu daya dan helah iblis serta syaitan ini berjaya,
perancangan rapi disusun dalam setiap pelan tindakan bagi mencapai matlamatnya.
Kemenangan yang besar diperolehi oleh iblis serta syaitan apabila mereka berjaya

28

memesongkan manusia daripada jalan kebenaran dan keredhaan Allah SWT. Melalui
perancangan ini, iblis dan syaitan telah membahagi-bahagikan tugas kepada kumpulankumpulan tertentu. Setiap kumpulan diberi tugas yang khusus demi perancangan yang
diatur lebih rapi dan berjaya.
Di sini dibawakan tujuh nama ketua iblis serta tugasnya untuk merancang dan
menghancurkan umat manusia. Sebenarnya terdapat banyak lagi nama-nama iblis dan
syaitan serta tugas-tugas khusus yang ditetapkan untuk mengganggu kehidupan manusia.
Antara kumpulan iblis dan syaitan yang diberi tugas khusus untuk mengganggu dan
merosakkan manusia ialah seperti berikut:
Kumpulan yang diketuai oleh al-Wilhan. Tugasnya adalah untuk menggoda
manusia dan mengganggunya ketika berwuduk. Ia akan menimbulkan rasa was-was
ketika seseorang itu sedang berwuduk dan menyebabkan solat yang dilakukannya tidak
khusyuk dan terganggu )Shamsuri Shafie, 2015: 43).
Kumpulan yang diketuai oleh al-Hinzab. Tugasnya adalah untuk mengganggu
manusia ketika solat. Ia akan menimbulkan hilang rasa khusyuk dan melalaikan manusia
daripada melaksanakan solat dengan sempurna. Antara bentuk gangguan yang biasa
dilakukannya ialah apabila seseorang itu mendirikan solat, ia akan ingat apa-apa perkara
yang terlupa sebelum ini )Shamsuri Shafie, 2015: 43).
Manakala

kumpulan

yang

diketuai

oleh

at-Thibr.

Ditugaskan

untuk

membinasakan manusia terutama ketika seseorang itu bermusafir. Sebab itulah kita
disarankan supaya membaca doa sebelum bermusafir dan membaca ayat-ayat
perlindungan semasa dalam permusafiran agar terselamat daripada gangguan iblis dan
syaitan dari kumpulan at-Thibr )Shamsuri Shafie, 2015: 44).
Kumpulan yang diketuai oleh al-A’war pula ditugaskan untuk mengajak manusia
melakukan maksiat kepada Allah SWT sehingga seseorang itu terjerumus kepada maksiat
paling besar iaitu penzinaan. Bermula dari penzinaan mata hinggalah kepada kemuncak
penzinaan kemaluan )Shamsuri Shafie, 2015: 44).

29

Kumpulan yang diketuai oleh al-Maswath. Tugasnya adalah untuk mengajar
manusia supaya bercakap dusta. Dusta dilihat sebagai suatu yang ringan hingga
menyebabkan ia menjadi amalan harian sehinggakan antara suamu dan isteri berdusta
antara satu sama lain )Shamsuri Shafie, 2015: 44).
Kumpulan syaitan yang diketuai oleh ad-Dasim yang ditugaskan