PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH BEBERAPA INST

PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH BEBERAPA INSTITUSI TERPILIH DI
MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA

MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Johor Darul Takzim,
Ahli Bersekutu Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Alor Gajah Melaka.
[email protected]

Abstrak
Kejayaan pemerintah dalam pengurusan dana wakaf di Malaysia dan Negara Islam yang lain
menunjukkan peranan signifikan dalam mengembalikan semula kecemerlangan institusi
wakaf. Namun kejayaan beberapa institusi terpilih di Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam
pengurusan dana wakaf juga boleh menjadi model untuk dicontohi. Justeru kajian ini,
mengenal pasti penglibatan institusi terpilih dalam pengurusan dana wakaf, kaedah agihan dan
pengembangan wakaf sebagai perbandingan. Skop kajian ini tertumpu kepada 3 buah institusi
yang dikenal pasti iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di Malaysia, Majlis
Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Dhompet Dhuafa (DD) di Indonesia. Bagi memperoleh
data dan maklumat kajian, aktiviti lawatan kerja dan temu bual bersama individu terlibat di
WANCorp, MUIS dan DD dilaksanakan. Selain itu sumber literatur daripada laporan tahunan
syarikat, jurnal dan kertas kerja seminar turut dijadikan rujukan. Pengkaji mendapati kejayaan

JCorp memperkenalkan Konsep Wakaf Korporat, MUIS membangunkan hartanah wakaf di
Singapura dan DD menubuhkan SMART Ekselensia Indonesia dan Rumah Sihat menggunakan
mekanisme wakaf sangat membanggakan. Justeru kejayaan ini wajar dicontohi bagi
menyerlahkan potensi dana wakaf untuk kemajuan ummah sejagat.
Kata kunci; Pengurusan Dana Wakaf, Kaedah Penjanaan Wakaf dan Kaedah Agihan Manfaat
Wakaf

1

PENDAHULUAN
Institusi wakaf memainkan peranan signifikan dalam mengangkat syiar, martabat dan
keagungan Islam. Ia tidak terhad dalam aspek kerohanian dan ketuhanan tetapi juga aspek lain
seperti ekonomi, politik, geopolitik, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial. Malah dengan
pengurusan secara profesional, terbaik dan kontemporari dapat menyerlahkan kegemilangan
Islam (Mohamad Salleh Abdullah, 2011).
Amalan ini juga selari dengan sejarah pewakafan Islam terawal yang menjurus kepada
aspek pendidikan, kemudahan kesihatan, pembinaan rumah ibadat dan keperluan infrastruktur
awam seperti jalan raya, jambatan dan lain-lain. Dikatakan Zubaidah iaitu isteri kepada
Khalifah Harun al-Rasyid telah mewakafkan kesemua kekayaannya untuk membina jalan raya
dari Kota Baghdad ke Makkah untuk kemudahan jemaah haji (AbulHasan M. Sadeq,2002).

Dalam konteks ini kepakaran secara berkelompok dalam pelbagai bidang di bawah sebuah
bumbung dapat menjana potensi wakaf dengan lebih efektif. Hartanah wakaf yang diurus oleh
syarikat juga akan mendapat manfaat yang lebih besar daripada gerak kerja berkumpulan dan
pengurusan profesional termasuklah pengurusan rekod dan data wakaf yang lebih teratur
(Muhammmad Yusuf Saleem, 2009).
Kejayaan beberapa institusi kerajaan dan swasta dalam pengurusan dana wakaf di
Malaysia, Singapura dan Indonesia wajar dicontohi. Ini kerana sektor swasta apatah lagi
syarikat yang bermotifkan perniagaan biasanya kurang berminat dalam aktiviti sosial dan
kebajikan. Sedangkan dengan kepakaran yang ada serta modal yang mencukupi institusi
tersebut boleh membantu meringankan bebanan kewangan kerajaan sekali gus mengimbangi
sumber perolehan Baitulmal di peringkat Negeri yang terhad (Siti Mashitoh, 2007).
Ini terbukti dengan nilai aset bersih saham yang diwakafkan di bawah pengurusan Waqaf
An Nur Corporation Berhad (WANCorp) iaitu anak syarikat Johor Corporation Berhad (JCorp)
berjumlah RM407.6 juta pada 2014 (Laporan Tahunan WANCorp 2014). Penglibatan Warees
Ptd. Ltd. (Warees) sebagai anak syarikat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut
membanggakan dengan pendapatan berjumlah S$711 juta hasil daripada hartanah yang
diwakafkan pada 2015 (http://www.warees.sg/). Manakala kejayaan Dhompet Dhuafa’ (DD)
di Indonesia sebagai pengurus harta wakaf bukan kerajaan juga tidak dinafikan dengan
2


penubuhan institusi pendidikan dan kesihatan berteraskan mekanisme wakaf yang manfaatnya
dinikmati golongan miskin di Indonesia.
Justeru kertas ini mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf, kaedah agihan dan
pengembangan dana wakaf oleh ketiga-tiga institusi terlibat yang memberi impak kepada
perkembangan pendidikan, kesihatan dan pembangunan ummah secara kolektif. Ia sekali gus
bertindak sebagai institusi sokongan kepada kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan
kepada rakyat.
PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH WANCORP
JCorp melalui WANCorp telah memainkan peranan secara langsung dalam pengurusan dana
wakaf di Negeri Johor dan Malaysia amnya. Ini dilakukan dengan pengenalan Konsep Waqaf
Korporat (KWK) pada 3 Ogos 2006. Melalui amalan wakaf saham ini JCorp mewakafkan
saham berjumlah RM200 juta pada 2006 (Laporan Tahunan JCorp 2006) dan kini meningkat
RM407.6 juta dalam tiga buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan 3 buah syarikat tidak
tersenarai seperti Rajah 1 berikut;
Rajah 1:

Jumlah Saham Diwakafkan

Sumber: http://wancorp.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Laporan-Tahunan-2014Published.compressed.pdf
Implikasi positif daripada pengenalan KWK, telah dimanfaatkan dalam pelbagai bidang

antaranya menerusi penyediaan kemudahan rawatan kesihatan pakar dengan kos serendah
RM5.
3

Penubuhan Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) pada 1 November 2008 di Plaza Kota Raya
Johor Bahru telah berjaya mengubah konsep wakaf tradisional kepada bersifat kontemporari
dengan penyediaan rawatan kesihatan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. KWAN
turut menawarkan perkhidmatan rawatan dialisis pesakit buah pinggang di 7 klinik waqaf
dengan keupayaan 54 buah mesin dialisis termasuk di Sarawak. Pada 2015 seramai 280 pesakit
menerima manfaat tersebut dengan caj RM90 per rawatan. Sehingga kini terdapat kira-kira 20
buah rangkaian KWAN di seluruh negara dan telah memberi rawatan kesihatan kepada lebih
1,138,146 orang sehingga Disember 2015. Daripada jumlah itu sejumlah 87,874 rawatan telah
diberikan kepada pesakit non-Muslim (Laporan Tahunan WANCorp 2015).
Lebih membanggakan apabila WANCorp berjaya menubuhkan sebuah hospital wakaf
dikenali Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) di Pasir Gudang pada 2006. Bangunan hospital
yang bernilai RM1.6 juta terletak di atas tanah wakaf berkeluasan 14.88 ekar itu juga turut
menyediakan kemudahan rawatan kecemasan serta kemudahan rawatan lain mengikut jadual
yang ditetapkan (Laporan Tahunan WANCorp, 2006). Kadar caj yang dikenakan juga
berpatutan iaitu RM60.00 sahaja. Manakala bagi pesakit yang kurang berkemampuan dan
berpendapatan kurang daripada RM1500.00 caj dikenakan RM10.00 sahaja (Laporan Tahunan

WANCorp, 2009). Menariknya lagi sebahagian besar KWAN dibina berhampiran masjid demi
memperluaskan peranan masjid yang tidak terhad kepada aktiviti ibadah sahaja.
Di sudut lain WANCorp turut menyediakan modal kewangan peniagaan berdasarkan
konsep Waqaf Dana Niaga (WDN). Ia dimulakan pada 5 Mei 2007 dengan dana terkumpul
daripada wakaf tunai individu sebanyak RM14,000 dan ditambah daripada peruntukan
kebajikan am sebanyak RM200,000 (Laporan Tahunan WANCorp 2010). Melalui kaedah ini
peniaga diberi modal pinjaman perniagaan sebanyak RM3000-RM7000 dan dikehendaki
membayar semula pinjaman dalam tempoh 2 tahun berdasarkan prinsip qardul hasan. Malah
penerima hanya dikenakan yuran proses sebanyak RM10 sahaja. (Laporan Tahunan WANCorp
2011). Jadual 1 di halaman berikut menunjukkan taburan bisnes yang diusahakan oleh peserta
WDN.

4

Jadual 1: Taburan Bisnes Peserta WDN 2011
Jenis Perniagaan
Jumlah Peserta
Jumlah Pinjaman (RM)
Makanan/Minuman


54

140,200

Kedai Jahitan

8

24,000

Kafetaria/kantin

4

19,000

Salun

8


21,900

Sudut Ayamas

138

88,100

Lain-lain

32

91

kecantikan/andaman

Sumber: Laporan Tahunan WANCorp 2011
Secara keseluruhan sejumlah RM2.61 juta manfaat wakaf telah diagihkan untuk keperluan
masjid, sekolah, pertubuhan kebajikan dan golongan kurang berkemampuan pada 2015.
Sesungguhnya Konsep Waqaf Korporat yang pertama di dunia ini baik untuk dicontohi dengan

pewakafan syarikat berasaskan kerajaan dan badan-badan korporat swasta milik umat Islam
(Muhammad Ali, 2009).
PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH MUIS
Amalan berwakaf bukanlah merupakan sesuatu yang baharu di kalangan masyarakat Islam
Singapura. Masjid Omar Kampung Melaka yang dibina pada 1826 dianggap bukti terawal
pewakafan hartanah di Singapura. Masjid ini telah diwakafkan oleh Almarhum Syed Omar Ali
Aljunied seorang pedagang Indonesia yang berasal dari Yemen (Shamsiah Abd Karim, 2010).
Terdapat 189 aset wakaf didaftarkan di Singapura. Daripada jumlah itu tanah wakaf yang
terkenal ialah Madrasah Al-Junied dan Kompleks Masjid Bencoolen yang terletak di
Bencoolen Street. Aset wakaf di Singapura juga tidak terhad kepada sektor pendidikan dan
rumah ibadah sahaja, malah meliputi sewaan rumah kediaman dan rumah kedai yang
manfaatnya disalurkan untuk kegunaan masyarakat Islam (http://cyberita.asia1.com.sg).
Hartanah wakaf di Singapura diurus oleh MUIS selaku pemegang tunggal harta wakaf di
Singapura manakala bakinya diurus oleh trustee yakni pemegang amanah wakaf persendirian
yang dilantik oleh MUIS (http://www.muis.gov.sg). Pecahan jenis-jenis aset wakaf tersebut
dapat dilihat pada Jadual 2 di halaman berikut;

5

Jenis Wakaf


Jadual 2: Pecahan Jenis Wakaf Di Singapura
Jumlah
Nilai Wakaf(S$)

Madrasah

3

Masjid

13

Institusi

2

Komersial/runcit/rumah

155


kedai/kediaman
Kediaman

0.5 billion
14

Warees Investment Pte. Ltd iaitu anak syarikat milik penuh MUIS berperanan sebagai
Mutawalli untuk mengurus dan membangun semua aset Baitulmal dan wakaf. Dalam hal ini
Warees bertanggungjawab menyediakan kemudahan projek dan pengurusan, menjalankan
kerja perundingan dan nasihat, pengurusan sewa-menyewa dan membangunkan pelaburan
hartanah.
Menurut Zaini Osman (2012), pemisahan pengurusan wakaf menjadikan MUIS lebih
fokus kepada fungsi teras, manakala Warees menumpukan kepada pembangunan komersial. Ia
sekali gus meningkatkan keberkesanan, kecekapan, dan keanjalan dalam pengurusan dan
pembangunan aset wakaf di Singapura. Dikotomi ini juga menjadi penyelamat kepada MUIS
daripada sebarang risiko komersial yang berkemungkinan dipertanggungjawabkan kepadanya.
Bagi membangunkan potensi aset wakaf, Warees melaksanakan strategi joint venture (JV)
dan partnership. Pelaksanaan kaedah ini dilihat sangat efektif terutama dengan peningkatan
nilai hartanah dan masalah kekurangan tanah di Singapura. Malah berdasarkan peruntukan

dalam Rent Control Act 2001, tuan tanah boleh mengenakan sewaan berdasarkan nilai hartanah
semasa yang pastinya memberi pulangan menguntungkan kepada MUIS (Shamsiah, 2006). Di
bawah konsep ini juga, sebanyak 24 aset wakaf yang kurang produktif telah dijual dan hasilnya
digunakan membeli sebuah bangunan di Beach Road bernilai S$31 juta. Menurut Alami Musa,
satu inovasi pengurusan wakaf oleh MUIS ialah penggunaan instrumen kewangan Islam, sukuk
atau bon musharakah. Inovasi ini telah diaplikasikan bagi mengumpul dana sebanyak S$35 juta
untuk wakaf Masjid Bencoolen bernilai S$87 juta pada 2001. (http://cyberita.asia1.com.sg)

6

MUIS telah berjaya mengagihkan manfaat wakaf sebanyak S$2.79 juta pada tahun 2015
untuk benefisiari terpilih iaitu masjid, madrasah, pertubuhan Islam dan golongan memerlukan
(MUIS Annual Report 2015). Pecahan agihan manfaat itu dapat dilihat pada Jadual 3 berikut;
Jadual 3: Pecahan Agihan Manfaat Wakaf MUIS 2013
Jenis Wakaf
Jumlah S$
Peratus %
Masjid

1,334,158

47

Madrasah

542,980

19

Benefisiari luar negara

355,021

13

Orang miskin,

262,977

9

pengkebumian & beras
Kebajikan

192,161

7

Pertubuhan India

105,000

4

Muslim
Jumlah

$2,823,223
Sumber: www.muis.gov.sg

Kini, amalan berwakaf kurang mendapat perhatian di Singapura. Wakaf persendirian kali
terakhir direkodkan pada 1993 berikutan nilai hartanah yang mahal. Untuk menyemarakkan
semula amalan berwakaf, MUIS memperkenalkan konsep Wakaf Ilmu iaitu wakaf tunai yang
dilaburkan dalam hartanah atau pelaburan berlandaskan syarak. Pada 2015 sejumlah
S$160,000 telah diagihkan kepada 6 buah madrasah sebagai benefisiari dengan jumlah dana
terkumpul S$9.45 juta sejak diperkenalkan pada 2012 (MUIS Annual Report 2015).
PENGURUSAN WAKAF OLEH DHOMPET DHUAFA
Dompet Dhuafa (DD) telah dirasmikan pada 2 Julai 1993 dan menjadi sebuah institusi
sosial

berasaskan

Akta

Notaris

No

41

tanggal

14

September

1994

(http://www.dompetdhuafa.org). Pada peringkat awal DD terlibat dalam pengurusan dana
zakat, wakaf, infak dan sedekah (ZISWAF). Pada 14 Julai 2005, pengurusan dana wakaf DD
dipertanggungjawabkan kepada Tabung Wakaf Indonesia (TWI) bagi mengoptimumkan
peranannya sebagai nazir profesional. Perubahan ini bertitik tolak kepada potensi dana wakaf
DD yang semakin berkembang dan bertambah. Jadual 4 di halaman berikut menunjukkan
jumlah dana TWI dari 2009 -2013.
7

Jadual 4: Jumlah Dana Wakaf TWI 2009-2013
Tahun
Jumlah (juta)
2009

Rp. 1.060

2010

Rp. 1.658

2011

Rp. 1.453

2012

Rp. 4176

2013

Rp. 6087
Sumber: Rozalia (2015)

Pada 2016, anggaran pendapatan yang berjaya dikumpulkan melalui dana Wakaf oleh DD
berjumlah Rp. 1.286.905.523,00 (http://www.dompetdhuafa.org/donasi). Namun dana tersebut
belum mencukupi untuk membasmi kemiskinan sejumlah 27.76 juta orang di Indonesia pada
2016 (http://www.bps.go.id/). Sungguhpun begitu kewujudan institusi non goverment seperti
DD mampu menyalurkan kebajikan yang terhasil daripada agihan wakaf untuk manfaat
majoriti penduduk Islam di Indonesia terutama dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan
kesihatan secara percuma.
Penubuhan SMART Ekselensia Indonesia (SMART) sebagai contohnya merupakan sebuah
sekolah pintar khusus untuk kanak-kanak miskin dari seluruh Indonesia. Ia telah dibuka secara
rasmi pada 29 Julai 2004 di atas tanah wakaf yang berkeluasan 20, 446 m² dan terletak di Jalan
Parung KM 42, Bogor, Jawa Barat. Bagi memilih pelajar yang benar-benar layak memasuki
institusi ini pelajar terpilih disaring menerusi beberapa kriteria antaranya;
i. Jumlah pendapatan keluarga rendah
ii. Tiada sumber pendapatan lain
iii. Hanya memiliki dua daripada barangan yang berikut; Televisyen, radio, telefon
tangan, VCD/DVD Player, tanah (ladang/sawah) dan motorsikal.
iv. Latar belakang pendidikan keluarga rendah
v. Pelajar yang layak perlu memiliki sekurang-kurangnya 7.0 nilai rapor minimum
dan tiada nilai ≤ di 6.0.
vi. Melepasi saringan kesihatan dan psikologi

8

Pada 2015 seramai kira-kira 450 pelajar SMART dan SMART 1 memperoleh biasiswa
penuh DD termasuk tambang pulang ke kampung halaman masing-masing sekali setahun
(https://issuu.com/pradilamaulia/docs/annual_report_2015_kecil).
Pihak DD juga menyalurkan manfaat wakaf dengan menubuhkan klinik kesihatan percuma
yang dikenali sebagai Layanan Kesihatan Cuma-Cuma (LKC). Kos rawatan kesihatan yang
diberikan diperoleh daripada dana ZISWAF yang berjaya dikumpulkan oleh DD. Justeru itu
pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akan ditapis dan diberikan kad pengenalan mustahik
yang membolehkan mereka menerima rawatan percuma selama setahun. Antara kemudahan
yang disediakan oleh LKC ialah rawatan perbidanan, klinik kanak-kanak, juga rawatan
penyakit kronik seperti penyakit jantung dan tibi oleh pengamal perubatan yang berpengalaman
secara sukarela (Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa’, 2010).
Pada 2010 DD telah membina sebuah hospital khusus untuk golongan mustahik di atas
tanah wakaf yang berkeluasan 36, 000m2 di Daerah Bogor, Jawa Barat. Hospital ini yang
dikenali sebagai Rumah Sehat Dhompet Dhuafa menelan belanja pembinaan sebanyak Rp. 20
juta melalui dana ZISWAF. (Ismail A. Said, 2010).
Usaha yang dijayakan DD sebagai sebuah institusi bukan kerajaan di Indonesia dalam
pengurusan dan pengembangan dana wakaf merupakan usaha murni ke arah mengembangkan
potensi harta wakaf sehingga manfaatnya diraih oleh umat Islam di Indonesia.
KESIMPULAN
Terdapat sekurang-kurangnya tiga kaedah pengurusan dana wakaf yang boleh dijadikan
model untuk dicontohi. Pertama kaedah pengurusan dana wakaf secara korporat oleh
WANCorp yang merupakan model amalan Corporat Sosial Resposibility (CSR) Islam yang
murni. Tanpa mengetepikan aspek penjanaan keuntungan daripada aktiviti pelaburan yang
dijalankan, WANCorp berupaya menyalurkan manfaat wakaf kepada pelbagai benefisiari
termasuklah perkhidmatan kesihatan tanpa mengira latar belakang kaum dan budaya. Kedua,
pengalaman Warees sebagai pengurus hartanah wakaf di bawah MUIS berjaya
mengaplikasikan mekanisme sukuk, musyarakah dan ijarah sebagai asas pengembangan aset
wakaf yang memberi pulangan lumayan kepada MUIS.
9

Melalui kaedah ini aset wakaf yang tidak berdaya maju dibangunkan semula oleh Warees
dan manfaatnya dikembalikan semula kepada pewakaf dan benefisiari dalam dan luar negara.
Ketiga, manfaat wakaf DD yang diperluaskan kepada bidang pendidikan dan perkhidmatan
kesihatan percuma berjaya meringankan bebanan golongan miskin di Indonesia. Sekali gus
menunjukkan betapa wakaf jika diuruskan secara profesional mampu membasmi kemiskinan
di kalangan umat Islam. Justeru kejayaan pengurusan wakaf oleh ketiga-tiga institusi ini boleh
dijadikan contoh oleh sektor korporat, pemerintah dan badan persendirian demi
menyemarakkan kembali peranan wakaf yang gemilang semasa era Uthmaniyah di Turki.
SENARAI RUJUKAN
AbulHasan M. Sadeq, (2002). Waqf, perpetual charity and poverty alleviation", International
Journal of Social Economics, Vol. 29 Iss: 1/2.
http://cyberita.asia1.com.sg/syiar/wakaf-ilmu-langkah-lestarikan-amalan-berwakaf.

Diakses

pada 11 Sept. 2012.
Muhammmad Yusuf Saleem, (2009). Towards Institutional Mutawallis for Management of
Waqf Properties, Departments of Economics, UIAM.
Ismail A. Said. Mencapai Kelas Dunia Buah Istiqamah Dalam Kualitas Karya. Dlm. Laporan
Tahunan Dhompet Dhuafa’ 2010.
Jumlah penduduk Miskin Indonesia. http://www.bps.go.id/. Diakses pada 15. 12. 2016 .
Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa 2010
Laporan Tahunan Kumpulan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2006
Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2009
Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2010
Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2011
Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2015
10

Mohamad Salleh Abdullah. Malaysia Perlu Transformasi Pengurusan Wakaf, dlm. Rencana
Utusan Malaysia bertarikh 25 Disember 2011.
Muhammad Ali Hashim. Waqaf Korporat Untuk Jihad Bisnes. dlm. Laporan Tahunan Waqaf
An-Nur Corporation Berhad, 2009.
Muhammmad Yusuf Saleem, (2009). Towards Institutional Mutawallis for Management of
Waqf Properties. Departments of Economics, UIAM.
MUIS

Annual

Report

2015,

http://www.muis.gov.sg/documents/Annual_Reports/MUIS_AR_2015-Full-FALR.pdf . Diakses pada 2 Januari 2017.
Parni Hadi. Koalisi Besar Atasi Kemiskinan dlm. Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa’ 2010.
Rozalia, (2015). Optimalisasi Tabung Wakaf Indonesia Dhompet Dhuafa Dalam Pengelolaan
Wakaf Tunai, Tesis Sarjana Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, tidak
diterbitkan,
http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/30239/1/ROZALIAFSH.pdf. Diakses pada 5 Januari 2017.
Shamsiah Abd Karim (2010). Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the
Devolopment and Management of Waqf Assets in Singapore. Kyoto Bulletin of Islamic
Areas.
Shamsiah Bte Abdul Karim, (2006). Contemporary Waqf Administration an Development in
Singapore:Challenges

and

Prospects.

https://www.academia.edu/5410448/Contemporary_Waqf_Administration_And_Deve
lopment_In_Singapore_Challenges_And_Prospects_by_Shamsiah_Abd_Kadir

.

Diakses pada 5 Januari 2017.
Siti Mashitoh Mahamood, (2001). Bagaimana Membuat Wakaf. Kuala Lumpur. Jabatan
Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya.

11

Siti Mashitoh Mahamood, (2007). Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan
Undang-undang Serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah Vol. 15, No. 2. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Temubual bersama En. Walshalafah bin Salleh, Eksekutif Unit Strategik Zakat dan Wakaf
Majlis Ugama Islam Singapura sempena lawatan kerja ke MUIS pada 30 Mei 2012.
Zaini Osman. Pengalaman Singapura:Pengurusan dan Pembangunan Wakaf Masyarakat Islam.
Dibentangkan dalam Seminar Wakaf Serantau 2012, Anjuran JAWHAR, JAKIM dan
MAIWP pada 3-6 Sept. 2012 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

12

Dokumen yang terkait

ANALISIS DANA PIHAK KETIGA PADA PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA PERIODE TRIWULAN I 2002 – TRIWULAN IV 2007

40 502 17

ANALISIS YURIDIS TENTANG PENGHAPUSAN ATAS MEREK DAGANG "SINKO" DARI DAFTAR UMUM MEREK OLEH DIREKTORAT JENDERAL HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL (Studi Putusan Pengadilan Niaga No. 03/Merek/2001/PN.Jkt.Pst)

0 23 75

ANALISIS YURIDIS TINDAK PIDANA PENCURIAN DENGAN PEMBERATAN YANG DILAKUKAN OLEH ANAK

2 18 16

ANALISIS YURIDIS TINDAK PIDANA PENGANIAYAAN OLEH OKNUM POLISI DALAM PUTUSAN NOMOR 136/PID.B/2012/PN.MR (PUTUSAN NOMOR 136/PID.B/2012/PN.MR)

3 64 17

JUMLAH DANA DAN KREDIT DARI BANK TABUNGAN MENJADI BANK UMUM PADA PT. BANK TABUNGAN NEGARA ( PERSERO ) CABANG DENPASAR

3 91 12

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

ANALISIS PERTANGGUNGJAWABAN PIDANA TERHADAP KASUS TINDAK PIDANA GRATIFIKASI OLEH BADAN PERTANAHAN NASIONAL TULANG BAWANG (Studi Putusan Nomor:02/Pid./TPK/2012/PT.TK.)

0 40 59

PENGAWASAN OLEH BADAN PENGAWAS LINGKUNGAN HIDUP KOTA BANDAR LAMPUNG TERHADAP PENGELOLAAN LIMBAH HASIL PEMBAKARAN BATUBARA BAGI INDUSTRI (Studi di Kawasan Industri Panjang)

7 72 52

PERBEDAAN SIFAT KIMIA TANAH DALAM PERAKARAN BEBERAPA JENIS TUMBUHAN PADA TOPSOIL DAN SUBSOIL TANAH MARGINAL

4 34 55

ANALISIS PUTUSAN PENGADILAN TINGGI TANJUNG KARANG PERKARA NO. 03/PID.SUS-TPK/2014/PT.TJK TENTANG TINDAK PIDANA KORUPSI DANA SERTIFIKASI PENDIDIKAN

6 67 59