Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 158
_______________________________________________________________________________

UNIT 11
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:
1.
2.
3.
4.

menerangkan konsep pentaksiran dan penilaian dalam konteks pendidikan
sekolah rendah.
menerangkan konsep dan aplikasi pentaksiran Petaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS).
menerangkan konsep pentaksiran autentik dan penggunaan portfolio dalam
petaksiran pembelajaran.
membanding beza antara pentaksiran dan penilaian dalam KLSR dengan
pentaksiran dan penilaian dalam KBSR/KSSR.


PETA KONSEP TAJUK
Pentaksiran dan Penilaian
Pendidikan Sekolah Rendah

Penilaian
Berasaskan Sekolah

Konsep & Pengertian
Pentaksiran &
Penilaian

Penilaian Authentik/
Alternatif

Pentaksiran /Penilaian
Formatif & Sumatif

Pemulihan dan
Pengayaan


KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 159
_______________________________________________________________________________

PENGENALAN
Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi
menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir
peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan
seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut.
Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif)
Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
Jati diri dan semangat patriotisme
Memahami dan menghayati budaya nasional
Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di
sekolah rendah.


"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or
under this Act or any regulations made under this Act unless otherwise
exempted by or under this Act.
(Education Act 1996, Sec.19)

ISI KANDUNGAN
Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan
penilaian?
Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan
Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk
sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat
tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru
boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan
maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan
maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat
dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk
kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat
atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen
atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah

ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina
mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan
seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 160
_______________________________________________________________________________

interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang
diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat
kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap
pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan
bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada
maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi
tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah
berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi
maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat
keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat,
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku

secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik
dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran.

Bagaimanakah istilah pentaksiran dan penilaian dapat
dibandingkan?
Perbandingan antara pentaksiran dan penilaian dari segi pengertian, peranan, masa
pelaksanaan, kaedah, fokus dan hasil adalah ditunjukkan dalam Jadual 11.1.
Jadual 11.1
Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian

Pengertian

Peranan

Masa
Pelaksanaan

Kaedah

Fokus


Hasil

Pentaksiran

Penilaian

Proses
mengumpul
maklumat,
menginterpretasi maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu
dan
membuat
keputusan
berdasarkan
interpretasi
yang
dibuat ke atas maklumat.


Proses
mentaksir
perubahan
tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif
dan data kualitatif.

Membuat keputusan berdasarkan
interpretasi yang dibuat ke atas nilai
dan maklumat yang dilakukan.

Membuat
pentaksiran
pencapaian
murid
untuk
pemulihan atau penggredan.

Melibatkan peringkat perancangan,
pembinaan,
pentadbiran,

pemeriksaan dan laporan

Sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pengukuran dan penilaian

Ujian, soal selidik, rekod
senarai semak dan rubrik.

Berdasarkan
maklumat
yang
dilakukan
secara
pentaksiran
secara formatif dan sumatif.

Berdasarkan maklumat pengujian dan
data kualitatif dari pemerhatian, soal

selidik, senarai semak.

Maklumat untuk tindakan susulan
ke arah peningkatan prestasi.

Menunjukkan
tingkahlaku
keseluruhan.

pencapaian
murid-murid

tentang
tujuan

anekdot,

dan
secara


KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 161
_______________________________________________________________________________

Apakah perbezaan antara penilaian formatif dengan
penilaian sumatif?
Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dapat dikenal pasti
dengan merujuk kepada Jadual 11.2..
Jadiual 11.2
Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dengan Penilaian Sumatif
PERKARA

PENILAIAN

PENILAIAN

FORMATIF

SUMATIF

DEFINISI


Suatu jenis ujian formal atau tidak
formal untuk mengesan tahap
penguasaan & kemajuan
pembelajaran murid.

Suatu jenis ujian formal untuk
mengesan tahap pencapaian murid
dalam sesuatu peringkat
persekolahan.

TUJUAN

Mengesan tahap penguasaan &
kemajuan murid untuk membaiki
kelemahannnya secara semerta.

Mengesan pencapaian berdasarkan
beberapa unit pembelajaran &
pemeringkatan gred murid.

AKTIVITI

Ujian formal atau tidak formal
semasa waktu pengajaran
pembelajaran.

Ujian formal (peperiksaan)

MASA

Semasa mengajar sesuatu unit/
topik pembelajaran.

Selepas mengajar beberapa unit/
topic pembelajaran.

Contoh: topik - proses fotosintesis

Contoh: topik untuk 1 penggal.

BENTUK

Tidak formal: pemerhatian, soal
jawab, lisan, memeriksa kerja
rumah pelajar

Formal sahaja: Ujian kertas-pensil
dalam jangka masa yang sesuai.
Contoh: Peperiksaan akhir tahun

Formal: ujian kertas-pensil
dalam masa singkat.
SASARAN

Murid secara individu, kumpulan
atau kelas.

Murid mengikut kelas atau
tingkatan.

LIPUTAN

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal).

Meliputi beberapa unit
pembelajaran atau suatu peringkat
persekolahan.

REKOD

Hanya ujian formal: penggunaan
senarai semak atau rekod
prestasi.

Pengunaan rekod profil murid atau
pensijilan.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 162
_______________________________________________________________________________

TINDAKAN

Membetulkan kelemahan
dengan semerta.

Menempatkan pelajar dalam
kelas yang sesuai.

Menjalankan ativiti pemulihan/
pengayaan dalam kelas.

Merancang & mengubahsuai
pelajaran/ kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.

AKTIVITI 11.1
Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian
sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian
formatif berbanding dengan penilaian sumatif?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
__________________________________________________________

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 163
_______________________________________________________________________________

Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran berhubungkait?
Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981)
penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat
mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir,
sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain
dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Dalam KSSR, sebagai contohnya dalam
pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hubungkait antara pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan dalam Rajah 11.1.

PENGAJARAN
(Guru)

Guru menambahbaik
pengajaran secara
keseluruhan dan
berterusan

PEMBELAJARAN
(Murid)

MATLAMAT/
OBJEKTIF

Murid meningkatkan
prestasi pembelajaran
secara keseluruhan
dan berterusan

PENTAKSIRAN
(Guru & Murid)

Rajah 11.1
Hubungan di antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)?
Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di
sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan
dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan
(stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasas
Sekolah melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh
guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk
memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif
adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari
(assessment of learning). Proses Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan aktiviti
berikut:

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 164
_______________________________________________________________________________

Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang
prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
o pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance
standard);
o penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;
Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang
prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif)
proses pengajaran-pembelajaran berlangsung;
Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan
Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang
prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan
standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PBS dikaksana
menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah
penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis,
ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PBS
dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini
membolehkan guru:
Mengetahui sejauh mana murid telah belajar.
Membantu meningkatkan pembelajaran murid.
Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat.
Memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran
Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang
telah dipelajari.
Sehubungan dengan itu, peranan PBS ialah:
Meningkatkan pencapaian
Mengubahsuai strategi pengajaran.
Menjadi motivasi kepada murid untuk belajar.
Memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran
Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa
yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran
mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan
pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut:
kejelasan konstruk yang ditaksir
bentuk
kegunaan
aras kesukaran
bagaimana cara mentaksir
kekerapan
masa dan
maklumbalas.
Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid:
Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami
lebih awal;
Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 165
_______________________________________________________________________________

Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta;
Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran;
Belajar dengan kaedah tersendiri;
Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya;
Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
Bertanggungjawab terhadap pembelajaran;
Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan
Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.

Peranan guru dalam PBS
Fasilitator (proses pembelajaran)
Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam
pembelajaran)
Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid)
Maklum balas (pembelajaran murid)
Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh)

Peranan murid dalam PBS
Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai.
Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari.
Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha.
Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh
dibuat boleh ditaksir.

Peranan ibu bapa dalam PBS
Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan.
Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak.
Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)
Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati
daripada pelbagai sumber pentaksiran.

Kaedah dan instrumen PBS
Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada
awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan
kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap
aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang
bermakna dan berkesan.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 166
_______________________________________________________________________________

Kaedah pengumpulan bukti PBS
i.

Cerapan

Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya
dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk
mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan
dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk
mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala penggredan (rating
scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.

ii.

Ujian

Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul
bukti yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini
mengemukakan bukti tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya
digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum
yang penting kerana ia memberikan bukti yang baik tentang apa yang telah dipelajari.
Ujian dalam PBS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis
dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh
disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran
Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada
secara manual atau berbantukan komputer.

iii. Tugasan atau pentaksiran prestasi
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan
melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam
pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen
praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid
menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang authentik kerana
murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah portfolio,
projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan
persembahan.

iv. Pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja
berkumpulan
Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai
murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik
dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk
prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam
mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja.
Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
pentaksiran kendiri. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau
rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian
kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka
sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu
kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 167
_______________________________________________________________________________

berkumpulan memberi bukti daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan
kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja
berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan
pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain
daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat
penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang
pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir.
Bukti yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan
kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran
atau pentaksiran tentang pembelajaran.

Fungsi PBS
Antara lain fungsi pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:
Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk
melihat prestasi murid)
Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk
meningkatkan pembelajaran)

Pentaksiran tentang pembelajaran
Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau
tahun tertentu. Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan
dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk
proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam
pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil,
pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam
bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Pentaksiran untuk pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan
membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas
dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan
semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh
mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan
dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas.
Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk
menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh
menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya
maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak
sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan,
kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 168
_______________________________________________________________________________

Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang
ditetapkan;
Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan
Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap
pembelajaran yang diharapkan.
Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan
pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu,
pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu
memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh
mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Integrasi pengajaran, pembelajaran dan penilaian
Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan
pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan penilaian
tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau
bersendirian. Sehubungan itu dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran
Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan,
penilaian, pemulihan dan pengayaan. Tujuan utama penilaian BUKAN hanya untuk
membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi
membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki
pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program.
Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah
diambil kira:
Pentaksiran tentang pembelajaran
Pentaksiran untuk pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di
samping nilai dan sikap.
Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis
panduan pentaksiran.

Pentaksiran sekolah sebagai pentaksiran rujukan
standard (PRS)?
PRS ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran rujukan standard seringkali
dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak
sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria sematamata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan
rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang
dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa
membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan
pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 169
_______________________________________________________________________________

murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang
ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap
mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard
(PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan
tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau
6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang
bertahap.
PRS bertujuan untuk mencapai perkara berikut:
Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan
standard yang ditetapkan;
Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing;
Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan
berdasarkan standard prestasi;
Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut
standard prestasi;
Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimana
pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir
murid. Melalui penggabungan PRS dan PRK, pelbagai kaedah pentaksiran akan
digunakan bagi tujuan berikut:
Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos;
Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks;
Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan
prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard;
Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran;
Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan
penilaian program.
Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana
ia mempunyai keauthentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti
dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen
yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan
memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan
penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan
kepada murid:
Wajaran bagi setiap pentaksiran.
Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran.
Keterangan mengenai pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir.
Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan.
Peluang prestasi mereka ditaksir menggunakan pentaksiran secara kualitatif.
Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran.
Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod.
Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan
persediaan.
Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred
pencapaian.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 170
_______________________________________________________________________________

Dalam KSSR pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran diubah daripada
berbentuk gred kepada band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki yang
menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti
yang dijelaskan dalam deskriptor. Band 1 hingga band 6 digunakan di mana band 1
adalah yang terendah manakala band 6 adalah yang tertinggi. Penentuan band muridmurid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan bukti-bukti atau indikator
sebagai yang digariskan dalam dokumen standard prestasi sesuatu mata pelajaran.

Apakah standard prestasi?
Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generik tentang aras
pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik
berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran.
i.

Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran secara
sumatif, tanpa menjelaskan secara spesifik tentang kaedah atau teknik
bagaimana untuk mencapai hasil berkenaan

ii.

Pernyataan kriteria khusus yang memberi makna dalam bentuk deskriptif
kepada angka, abjad atau perkataan seperti Cemerlang, kepujian, baik dan
belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil
daripada pembelajarannya

iii.

Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band
(Band 1, Band 2 …) disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang
menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi individu.

Contoh Standard Prestasi:
Matamat pendidikan: mengembangkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasaan kemahiran asas dan memupukan sikap positif. Jadual 11.3
ialah contoh jadual standard prestasi berasaskan empat band.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 171
_______________________________________________________________________________

Jadual 11.3
Contoh Jadual Standard Prestasi Berasaskan Empat Band
BAND

STANDARD PRESTASI
TERAS

PENGOPERASIAN STANDARD

BAND 4

Boleh melakukan aktiviti
melalui keupayaan
sendiri dengan tepat,
cekap dan konsisten
semasa menjalankan
aktiviti dari pelbagai tema
tanpa memerlukan
bantuan

Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
sendiri dengan:
Tepat: Betul/sempurna mengikut
tugasan/arahan
Cekap: Dapat melaksanakan dalam
masa yang ditetapkan
Konsisten: Sentiasa, selalu atau
kerap mempamerkan
Tanpa
memerlukan
bantuan:
Memahami arahan/tugasan sendiri

Boleh melakukan aktiviti
pelbagai tema dengan
tepat sehingga selesai
tanpa memerlukan
bantuan

Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
sendiri dengan:

Kerap memerlukan
bantuan apabila
melakukan aktiviti dari
pelbagai tema namun
masih boleh
melakukannya sehingga
selesai

Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan
dengan:

Sukar memahami arahan
untuk menjalankan aktiviti
dari pelbagai tema, oleh
itu bimbingan bantuan
sentiasa diperlukan
namun masih tidak dapat
melakukannya dengan
baik sehingga selesai

Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan
dengan baik sehingga selesai walaupun

Cemerlang

BAND 3
Baik/
Kepujian

BAND 2
Sederhana

BAND 1
Perlu
Bimbingan

Tepat: Betul/sempurna mengikut
tugasan/arahan
Tanpa
memerlukan
bantuan:
Memahami arahan/tugasan sendiri

Kerap memerlukan bantuan tetapi
masih boleh melakukannya sehingga
selesai

Bimbingan
diberikan

bantuan

sentiasa

Dalam KSSR penilaian berasaskan kepada 6 band adalah yang diguna pakai. Jadual
11.4 adalah sebagai contoh jadual standard prestasi untuk kemahiran melukis. Jadual
standard prestasi tersebut adalah berasaskan kepada kerangka asas standard prestasi
seperti Jadual 11.5.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 172
_______________________________________________________________________________

Jadual 11.4
Contoh Jadual Standard Prestasi Untuk Kemahiran Melukis
BAND

STANDARD

DESKRIPTOR

6

Menghasilkan karya seni
gambar bunga secara
keseluruhan mengikut
kreativiti sendiri dengan
teknik lukisan.

Murid dapat melukis gambar
bunga yang sebenar
mengikut unsur alam
semulajadi dan menunjuk
contoh kepada rakan.

5

Menghasilkan karya seni
gambar bunga dengan
rupa sebenar mengikut
alam semulajadi.

Murid dapat melukis gambar
bunga yang sebenar
mengikut unsur alam
semulajadi dengan kreatif

4

Menghasilkan karya seni
gambar bunga dengan
rupa sebenar

Murid dapat melukis gambar
bunga yang sebenar
mengikut alam semulajadi.

3

Menghasilkan karya seni
gambar bunga dengan
rupa yang lebih teliti.

Murid dapat melukis gambar
bunga dengan teliti.

2

Menghasilkan karya seni
gambar bunga dengan
pengamatan.

Murid dapat membuat
lakaran gambar bunga
secara ringkas.

1

Menghasilkan karya seni
gambar bunga.

Murid dapat membuat
lakaran kelopak bunga.

Jadual 11.5
Kerangka Asas Standard Prestasi
Band 6

Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali

Band 5

Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji

Band 4

Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

Band 3

Tahu, faham dan boleh buat

Band 2

Tahu dan faham

Band 1

Tahu

EVIDENS
Hasil
karya
dengan
teknik
lukisan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 173
_______________________________________________________________________________

MUET dan KSSR, standard prestasi diukur menggunakan sistem band
iaitu band 1 hingga band 6 (1 rendah, 6 tertinggi). Di IPTA standard
prestasi diukur menggunakan sistem gred iaitu gred A dengan mata gred
4 adalah yang tertinggi. Pada pendapat anda, perlukah pelarasan dibuat?

Pentaksiran autentik
Apakah maksud pentaksiran autentik?
Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian
formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru
dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas
dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini
lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di
dalam keadaan sebenarnya (Bhasah, 2007). Dalam konteks bilik darjah, aplikasi
pentaksiran ini memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks
tetapi bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran
yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berlaku (real) atau
dikenali sebagai authentik. Feuer dan Fulton (1993) (dalam Bhasah, 2007) menyatakan
terdapat 7 bentuk penilaian autentik iaitu portfolio, persembahan, pemerhatian,
penulisan, lisan, pameran dan eksperimen. Guru akan melihat aktiviti murid yang
sebenar dan kemudiannya membuat penilaian terhadap kualiti aktiviti berkenaan.

Portfolio
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan
dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Ia digunakan sebagai rekod
untuk menunjukkan pencapaian para murid untuk mata pelajaran yang berlainan di
sekolah. Menerusi penghasilan portfolio, murid diharapkan dapat mengesan,
mengenalpasti dan membaiki perkembangan pembelajaran mereka sendiri (kemajuan
yang telah mereka laksanakan pada satu tempoh yang telah ditetapkan bersama). Ward
& Ward (1999) dalam Bhasah (2007) mengemukakan 10 langkah bagi menyediakan
portfolio seperti Jadual 11.6

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 174
_______________________________________________________________________________

Jadual 11.6
Langkah-Langkah Menyediakan Portfolio
1.

Tujuan/ Objektif

Tetapkan tujuan. Terangkan kepada murid mengapa
mereka mesti melaksanakannya

2.

Kandungan &
Kemahiran

Menetapkan isi kandungan yang perlu dimuatkan sebagai
bentuk bukti. Bentuk kemahiran yang perlu murid-murid
kuasai.

3.

Sasaran &
Peringkatnya

Tetapkan murid (individu/ kumpulan) yang akan
melaksanakan tugasan.

4.

Bahan yang perlu
dikumpul

Tentukan bahan yang perlu dikumpul dengan
berpandukan objektif. Bahan dapat menunjukkan
kemajuan/ perkembangan murid.

5.

Kaedah kumpul
bahan

Bina jadual bagi menentukan setiap bahan yang mesti
disenarai dan dimasukkan dalam portfolio.

6.

Penglibatan murid

Libatkan murid dari peringkat awal hinggalah akhir agar
murid lebih memahami apa yang diperlukan dan menilai
kemajuan kendiri.

7.

Kaedah memberi
gred

Setiap bahan mempunyai criteria penggredan yang
berbeza. Guru sediakan rubrik penggredan bagi
membantu murid meningkatkan kualiti portfolio yang
dihasilkan.

8.

Penyediaan
portfolio

Guru perlu memberi penjelasan terperinci kepada murid,
ibu bapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan
portfolio bagi mendapatkan kerjasama.

9.

Tarikh pelaksanaan
& penyempurnaan

Penting dimaklumkan agar murid dapat menaksir
kemajuan yang dicapai.

10. Penyimpanan
portfolio

Guru perlu menyediakan ruang bagi menyimpan portfolio
yang telah siap untuk rujukan masa depan.

Penyediaan portfolio melibatkan beberapa langkah yang sistematik kerana matlamat
akhirnya ialah para guru dapat menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran murid
yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terhadap sesuatu tugasan yang
perlu dilaksanakan. Kandungan sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada
pengumpulan dan himpunan bahan-bahan seperti buku log, catatan jurnal, gambar &
foto, refleksi kendiri murid, nota-nota yang disediakan oleh guru, dan senarai semak
yang disediakan oleh guru. Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada ialah ialah
portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan portfolio ialah:
Menilai tahap perkembangan murid-murid.
Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 175
_______________________________________________________________________________

melibatkan murid dgn sepenuhnya dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri
mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru

AKTIVITI 11.2
Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu topik bagi mata
pelajaran yang diajar dan bincangkan bagaimanakah penilaian authentik/
alternatif boleh dilaksanakan.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
___________________________________________________________

Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan
sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2008 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 4/2008.
Program SEGAK dirancang selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelaporan SEGAK
adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat pusat. SEGAK mempunyai matlamat

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 176
_______________________________________________________________________________

agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif SEGAK
pula ialah agar murid dapat,
mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal
individu;
melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal
individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Penilaian dalam KLSR, KBSR dan KSSR
Penilaian dalam KLSR
Kebanyakan penilaian dalam KLSR ialah penilaian sumatif, baik di peringkat sekolah
mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1967, Peperiksaan
Penilaian Darjah Lima (PDL) telah diperkenalkan untuk sekolah rendah. PDL ialah
penilaian sumatif secara berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Di akhir
darjah 5, murid-murid akan menduduki PDL untuk lima mata pelajaran iaitu Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan Ilmu Alam dengan Tawarikh.
Bagi murid-murid dari SJKC dan SJKT selain daripada lima mata pelajaran tersebut,
murid-murid juga menduduki mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Semua
soalan dalam PDL adalah berbentuk objektif aneka pilihan. Pada 1988 PDL telah
dimansuhkan apabila UPSR diperkenalkan dalam KBSR.

Penilaian dalam KBSR
Dalam KBSR, penilaian yang dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah adalah secara
formatif dan sumatif. Penilaian yang dikendalikan secara terpusat oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah secara sumatif.
Penilaian formatif di sekolah adalah untuk tujuan perkembangan proses pembelajaran
murid. Penilaian yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun. UPSR adalah contoh penilaian yang secara keseluruhannya
adalah terpusat iaitu di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Tujuan utama UPSR adalah untuk mengetahui taraf pencapaian
murid-murid di akhir Tahun 6 KBSR dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian murid sekolah rendah dalam kemahiran
asas. Tidak semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah diuji dalam UPSR.
Hanya empat mata pelajaran sahaja yang terlibat untuk Sekolah Kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di Sekolah Jenis Kebangsaan
satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 177
_______________________________________________________________________________

Penilaian dalam KSSR
DSP dalam KSSR menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada
tempoh dan tahap persekolahan tertentu. Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam
aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Menurut KPM (2010), standard tersebut adalah:
bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
menetapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
Sehubungan itu penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi
murid-murid. UPSR dikekalkan dalam KSSR dengan penambahbaikan. Di Sekolah
Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa
Tamil. PBS banyak dilakukan dengan pentaksiran murid bersifat autentik, holistik dan
berterusan. Dalam hal ini guru banyak memainkan peranan penting. Beberapa kaedah
boleh pilih dan dilakukan oleh guru ke arah tersebut seperti mengadakan ujian;
melakukan pemerhatian; mentaksir persembahan murid; merekod perkembangan
penguasan murid; menilai esei; dan menilai folio yang dihasilkan oleh murid.
Pemerhatian boleh dilakukan mengguna instrumen cerapan yang bersesuaian. Ujian
pula boleh dilaksanakan secara kertas-pensil, papan tulis dan lisan. Tugasan boleh
meliputi komponen praktikal bagi sesuatu mata pelajaran. Daripada sini dapatlah
ditentukan bagaimana murid mengintegrasikan antara teori dalam amali. Penilaian
bersifat authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar.

RUMUSAN
Bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai
secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik.
Peringkat akhir yang menentukan keberhasilan itu ialah komponen pentaksiran dan
penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang
dihasilkan yang setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Bagi menjamin
perkembangan insan yang menyeluruh, maka Kementerian Pelajara Malaysia telah
memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan pentaksiran berasas sekolah
dan pentaksiran pusat. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan
ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan
murid-murid khususnya dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid
kini dilihat sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang
berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan
murid memacu kejayaan.

KATA KUNCI
Menaakul

-

kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan
membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta, atau andaian
untuk membuat keputusan dan rumusan yang tepat.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 178
_______________________________________________________________________________

Pemulihan

-

proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Penilaian

-

penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang
sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi
kepada maklumat itu.

Penilaian formatif

-

aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk
membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
pembelajaran murid di dalam kelas.

Penilaian sumatif

-

pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua
aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan
prestasi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu.

Pentaksiran

-

integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke
atas maklumat.

Pentaksiran Berasas Sekolah

pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan
peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan
dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihakpihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa,
guru dan organisasi luar.

Portfolio

-

koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan
dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

Standard prestasi

-

satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar
dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik
berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran.

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut.
1.

Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi
kepada maklumat dan membuat keputusan adalah berkait dengan
_____________
A.
B.
C.
D.

penilaian
pengujian
pelaporan
pengukuran

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 179
_______________________________________________________________________________

2.

Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap pencapaian murid-muridnya di
dalam kelas bagi setiap sesi pengajaran supaya pada akhirnya semua muridnya
mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
Berdasarkan kenyataan tersebut, apakah jenis penilaian yang perlu dilakukan
oleh guru di dalam kelasnya?
A.
B.
C.
D.

3.

Apakah komponen penting dalam melaksanakan kaedah pentaksiran kendiri
dalam Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)?
A.
B.
C.
D.

4.

Refleksi
Kerjasama
Senarai semak
Memberi pendapat

Mengapakah penilaian authentik menjadi satu kaedah yang bernilai untuk melihat
kemajuan dan perkembangan potensi murid?
A.
B.
C.
D.

5.

Sumatif.
Portfolio.
Formatif.
Ujian kriteria

Kualiti hasil
Ketulenan hasil
Format menyeluruh
Kepelbagaian kandungan

Apakah jenis penilaian yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan murid yang
dilakukan dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah?
A.
B.
C.
D.

Sumatif
Formatif
Ujian norma
Ujian kriteria

CADANGAN JAWAPAN:

1. A; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B

RUJUKAN
Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Henson, K. T. (2001). Curriculum planning: integrating multiculturism, constructivism,
and education reform. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 180
_______________________________________________________________________________

Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (1981). Measurement and assessment in teaching (7th ed.).
New Jersey: Prentice Hall.
Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Bahasa
dan Pustaka.
Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004) Curriculum: foundation, principles, and issues,
(4thEd). Boston: Allyn & Bacon.
Wheeler, D.K. (1967). Curriculum improvement. New Jersey: Prentice Hall.