Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunik

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Oleh
Dr. Rusmini Ku Ahmad
Pensyarah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Jitra, Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Abstrak
Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan integrasi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Teknologi
telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi
ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi
cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan
2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan
aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT
digunakan


sebagai

tutor

dan

alat

demonstrasi.

Perbincangan

ini

juga

menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin
sekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan

pembangunan; pemantauan resos dan program perkembangan staf disamping peranan
guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

1

Latar belakang
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super
Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negaranegara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan
penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada
masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internet
dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri

“ In the information age that we are living in, the Malaysian society must be
information rich. It can be no accident that today there is no wealthy developed
country that is information poor and no information rich country is poor and
undeveloped”
(wawasan 2020, 1991, p36)


Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke
arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi
pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat
bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan
komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta
menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada
P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan
sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara

2

aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD
Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media
yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong,
1999).

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik
dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam

apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada
pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini
pelajar menjadi fokus kepada aktiviti

pembelajaran yang berorientasikan kepada

proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill
Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan
komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang
memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan
sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi
membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.
Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran
berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh
menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan
hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang
tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT


3

menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan
ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana
menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan
teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah
pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan
bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar
secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih
produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran
secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara
tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua
peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa

dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang
teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Apa itu integrsi ICT
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi
ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.

4

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang
lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk
membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan
memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini
semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan
ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat

membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah
setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk
guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta
memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Mengapa perlu integrasi ICT?
Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat
beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara
konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field
dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000).
Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam
‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau
tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa
konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi,

5

rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan
kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahanbahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan
multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,
teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep.

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan
juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta
penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal
tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal
pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu
mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu
eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali
mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan
murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui
lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan
sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru
dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar
negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan


6

komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan
dan negara masing-masing.

Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada
guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar
dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar
dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan
perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat
teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang
lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P
Peranan Pemimpin Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan
hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah.
Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah.

Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi
model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada
perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis
seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program
ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.
Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya
apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan
prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada

7

matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,
polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan
pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd
Jasmy, 2002).

Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus
menyediakan

pelan


pembangunan.

Heinrich

(1995) menyatakan

pelan

ini

mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian;
spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan,
kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan
peralatan secara berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari dengan
matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi
membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan
seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan
digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal
komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran
agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan
penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan
sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka
dan

jelas

dengan

arahan-arahan

Kementerian

Pendidikan

tetapi

dalam

melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur
mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan.

8

Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah
dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini
akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh
pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah
berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti
pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk
memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu
pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program
perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan
ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana
mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program
ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan
kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan
pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan
dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai
objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka
behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan

9

memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala
perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan
pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan
perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang
dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian
pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk
berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan
guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996).
Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai
sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam
penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan
supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan
yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang
diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh
mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan
kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh
individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau
menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981;
Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan

10

pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori
pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses
P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan
untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan
maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan
oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah
pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat
daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes &
Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan
untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah
pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus
maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai).
Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk
menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan
perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan
pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu
memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti
menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah

11

ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen
multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan
hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran
berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan
terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan
sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan
kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan
menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta
komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus
selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil
pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

Sokongan Daripada Pihak Luar
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan
pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial
serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan
yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah
P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta
boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua
warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti
setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk
membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.

12

Kesimpulan
Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan
serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan
semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan
fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk
diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan
pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan
terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan
sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

13

References
Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan
pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di
Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21
September 2001.
Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan
pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di
Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21
September 2001.
Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran
fizik secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal,
1-1
Bruner, J. (1990). Acts of meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Gates, B. (1999). Business @ the speed of thought. New York: Penguin Books.
Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High wired: On the design, use and theory of
educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press
Heinrich. P. (1995). The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing
a whole-school IT policy. London: Pitman, m.s. 51 - 71
Holmes, W. (1999). The transforming power of information technology. Community
College Journal, 70(2), m.s. 10-15
Jonassen, D.(1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking.
Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Malaysia, Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School implementation
plan. Kuala Lumpur: Ministry of Education
Merill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
M. (1996). Computers in education. Needham Height, MA: Allyn & Bacon.
Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan
pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional
Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19
Disember 2002.
Newell, A. (1990). Unified theories of cognition. Cambridge, MA: Harvard
University Press.
Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm
Piaget, J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams & Co.

14

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and
learning. Singapore: Prentice Hall.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). http://kdp.ppk.kpm.my
Ramlee and Abu Abdullah (2000). Implementation of IT and multimedia-related
courses in technical and vocational education in Malaysia. Paper presented at
International Conference on Teacher and Vocational Education in Malaysia,
Petaling Jaya, November 21-23 2000.
Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the
digital age. U.S.A: McGraw-Hill.
Skinner, B.F.(1974). About behaviourism. London: Penguin Books.
Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore:
Prentice Hall.
Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan
Malaysia.

http://cikgusaupi.blogspot.my/2012/07/pembudayaan-ict-di-sekolah.html
http://kumpulan1kawan.blogspot.my/p/test.html
http://cikgunanina89.blogspot.my/p/tmk.html
https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalampendidikan/
http://eprints.uthm.edu.my/1679/1/MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf
http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf
http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8014/1/VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf
Di era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengintegrasian bahan berasaskan
teknologi dalam pendidikan mampu membawa perubahan kepada pengajaran guru.
Menurut kenyataan (Rozinah, 2005), kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai alat
bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran guru.
Perubahan ini mampu mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa
bagi bersaing di arena globalisasi yang sedang pesat membangun. Oleh itu, guru perlu

15

bersedia menggunakan bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk melahirkan
generasi cerdik pandai yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Kaedah
pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya untuk
menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara, terutamanya di dalam
persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Nadzrah Abu Bakar, 2007).
Guru perlu lebih bijak mengambil peluang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Hal ini sejajar dengan
tanggungjawab guru untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikir
kreatif dan inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan cabaran masa kini
dan akan datang. Di samping itu, pelajar juga dapat mengintegrasikan kemahiran
komputer secara tidak langsung dalam kehidupan mereka (Ashinida Aladdin, Afendi
Hamat & Mohd Shabri, 2004). Bagi mengenal pasti masalah yang dialami guru dalam
mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran mereka, pengkaji telah melakukan
protokol temu bual. Antara masalah yang dihadapi guru dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran di dalam kelas adalah bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang
terlalu banyak menyebabkan guru tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus dalam
tempoh tiga tahun bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Oleh itu guru terpaksa
menggunakan kaedah tradisi bagi memastikan teks kajian dapat dihabiskan dalam
tempoh tersebut. Guru terpaksa memilih teks tertentu dalam Komsas untuk diajar
kepada para pelajar. Kekangan ini juga mematikan kreativiti guru untuk menggunakan
kaedah pengajaran yang lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
komponen sastera (Komsas) di dalam bilik darjah. Kenyataan ini disokong oleh
Hassan Baseri (2007) yang menyifatkan adalah mustahil untuk pelajar perlu membaca
tiga buah novel, 36 puisi, 12 buah prosa klasik, 18 buah prosa moden dan sembilan
buah drama dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, aktiviti sekolah yang padat
menyebabkan jadual tugasan guru padat (Lachs, 2006). Penjadualan aktiviti guru yang
tidak sistematik menyebabkan guru terburu-buru menghabiskan silibus. Hal ini
menyebabkan, guru kurang masa untuk merancang pengajaran mereka dengan lebih
kreatif dan inovatif. Hasil analisis protokol temu bual yang dilakukan mendapati
kekangan masa juga menjadi antara halangan bagi menetapkan pendekatan
konstruktivisme dalam pembelajaran Komsas. Oleh itu, guru cenderung memberikan
tumpuan kepada latihan menjawab soalan pemahaman untuk membantu
meningkatkan pemahaman pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Lachs (2006) bahawa
aktiviti yang melibatkan pemahaman semata-mata tidak memberi pelajar peluang
mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, selain tidak
mempelajari kecekapan lain yang sewajarnya dikuasai. Kecenderungan guru memilih
kaedah ini menyebabkan pelajar terbatas untuk membina sendiri pengetahuan baharu
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Hal ini kerana, pembelajaran
lebih berpusatkan guru hanya menggunakan kaedah lisan pengajaran untuk
menyampaikan maklumat pelajaran. Kajian Ros Azura Jantan (2007) menyatakan
bilangan pelajar yang melebihi 30 orang dalam sesebuah kelas menyukarkan guru
untuk memberi peluang kepada setiap pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, bagi membantu menghabiskan silibus pelajaran guru
cenderung menggunakan strategi berpusatkan guru bagi mengawal hasil pembelajaran
pelajar yang ramai di dalam bilik darjah. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran guru
untuk membangunkan perisian multimedia merupakan perkara asas untuk
mengaplikasikan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
membangunkan sesebuah perisian multimedia, seseorang guru perlu tahu
menggunakan perisian multimedia untuk mereka bentuk model pengajaran tersebut.
Menurut Rozinah Jamaludin (2005), untuk membangunkan sesebuah perisian

16

multimedia dalam pendidikan, pengetahuan dan kemahiran merupakan perkara asas
yang perlu dimiliki supaya perisian yang dibina memenuhi kriteria yang diperlukan
dalam pembelajaran. Dalam hal ini, kebanyakan guru terutama guru yang
berpengalaman kurang mahir dalam menggunakan teknologi maklumat sekali gus
menyukarkan mereka untuk membangunkan sesebuah perisian multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan
oleh Suwarnee Mohd Solah (2006) yang mendapati sesetengah guru Bahasa Melayu
tidak berkemahiran menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar.
Kelemahan ini merupakan isu yang mengekang pengaplikasian multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, sokongan pihak pentadbiran sekolah juga
merupakan isu yang menghalang pengaplikasian multimedia dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Mohammed Sani Ibrahim & Norzaini Azman, 2006). Guru sedar
akan kepentingan pengaplikasian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Namun untuk membangunkan perisian multimedia mereka perlu mendapatkan
khidmat pakar bagi memastikan perisian yang dibina mampu menggalakkan
pembelajaran aktif. Kurangnya sokongan pihak sekolah untuk memberikan latihan
kemahiran penggunaan teknologi kepada guru menghalang guru menimba
pengetahuan untuk membangunkan perisian multimedia sebagai bahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (Brinkerhoff, 2006). Pihak sekolah
mengharapkan guru untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami teknologi
multimedia selepas waktu sekolah. Aktiviti luar kelas yang padat menyukarkan guru
untuk belajar teknologi tersebut. Selain itu, peruntukan masa untuk guru belajar
menggunakan teknologi kurang dan guru tidak yakin menggunakan TMK di dalam
bilik darjah.
synchronous learning : pembelajaran semasa / segerak / langsung
Contoh :
1.

Pembelajaran

dalam

kelas

yang

membolehkan

pelajar

dan

guru

berkomunikasi dua hala.
2. Pembelajaran secara echat yang dilaksanakan dalam oum yang membolehkan
pelajar dan tutor berkomunikasi dalam satu masa yang sama

Asynchronous learning : pembelajaran bukan semasa / tidak segerak / tidak
langsung
Contoh :
1. Pembelajaran melalui forum, dimana pelajar bertanya dan tutor akan jawab
pada waktu yang berbeza.

17

2. Pembelajaran melalui e-mail, di mana pelajar menghnatar email pada satu
masa dan tutor menjawab pada satu masa yang lain

Tutor Adiba
Contoh Persamaan :
1. Keduanya adalah teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran
2. Pelajar boleh bertanya dan pengajar boleh menjawab dalam kedua2 kaedah.

Pembelajaran semasa adalah synchronous learning iaitu komunikasi dua arah
dalam satu masa seperti pembelajaran di dalam kelas, ada komunikasi antara
satu sama lain.

Pembelajaran bukan semasa asynchronous adalah pembelajaran yang tidak
pada satu masa seperti forum dan e mail boleh di balas pada bila-bila masa.

ASYNCHRONOUS LEARNING
Pembelajaran dilakukan pada waktu yang berbeza.

Interaksi dengan menggunakan internet pun boleh dijalankan secara on-line
dan real-time ataupun recara off-line atau archieved.
Kaedah pembelajaran secara offline menggunakan media CD/DVD juga dikira
pola e-learning.

Kaedah belajar yang fleksibel ruang masa dan waktu mengikut kehendak
pelajar.

18

Boleh melaksanakan pembelajaran dan berinteraksi mengikut
masa yang ditetapkan sendiri dengan cara komunikasi
melalui e-mail dan forum.
SYNCHORONOUS LEARNING
by SAASOBAH @ NOR ADIBAH BINTI ALI saasobah - Tuesday, 3 October 2017,
4:39 AM
Mobile synchronous learning is a new challenge in the e-learning domain.
While popular mobile communication devices, such as cell phones, cannot
directly accommodate traditional synchronous content due to the major
limitation of display size, other constraints also restrict convenient
interactions while using mobile devices in a synchronous learning
environment. These problems have motivated the authors of this study to
design a context-awareness synchronous learning system and to develop a
corresponding pedagogical framework. Different than existing synchronous
learning strategies, the proposed system enhances the feedback mechanism
and implements an enhanced model for achieving mobile interaction in a
synchronous learning environment. The enhanced model is named Interactive
Service Module, which enables interactions between teachers and students
via short message delivery. In the proposed synchronous learning
environment, different kinds of learning devices are used to access the same
source of synchronous content simultaneously. To accommodate the diversity
of devices, several content styles have been developed and an appropriate
style can be selected to a learner via a decision mechanism. This mechanism
is based on fuzzy weighted average technique to measure the average
computational power for each device. Finally, questionnaires were used to
evaluate the usability of the proposed synchronous learning environment, and
the results indicate that our system can facilitate synchronous learning by
enabling students to access lessons conveniently and efficiently from a wide
variety of locations, using common mobile communication devices.

reference : http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0360131507001
443
1. http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/edu3053/bahan/Modul5.pdf
2. https://www.coursehero.com/file/padvuu/21-26-Pembelajaran-Luar-BilikDarjah-Pembelajaran-Luar-Bilik-Darjah-PLBD-ialah

1. Yahya (2008) Aplikasi computer dalam pengajaran bahasa : penguasaan guru dan
kekakngan dalam perlaksanaan. Retrieved fromhttp://eprints.utm.my/5968/1/08yahya.pdf
2.
Faktor yang menyumbang kepada masalah. Retrieved
fromhttp://linusppdpendang.blogspot.com/2011/10/faktor-yang-menyumbang-kepadamasalah.html

19

3.
Pendidikan sebagai suatu proses pengajaran. Retrieved
fromhttp://sarjana.tripod.com/komunikasi3.html

http://norafiszaa.blogspot.my/2012/12/esei.html

1)
Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran
bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara
pasaran & pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia
2)
http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf
3)
http://www.slideshare.net/ShamonaDaud/krt3013-tugasan-beseid20102043877
4)
Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat
menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping
itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru,
ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Yacop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang
mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.
Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan masalah dan
latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar
yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar berulang-ulang kali
sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk
meningkatkan prestasi mereka. Walau bagaimanapun, Rashidi (1986)
menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebgai pembimbing dan
fasilitator yang bertanggungjawab untuk menghidupkan dan menggerakkan
perbincangan dan penerokaan ilmu di kalangan pelajar.pelajar dikehendaki
mentafsir sendiri melalui garis panduan yang diberikan oleh guru.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan muridmurid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara
kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera,
malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk
merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan muridmurid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar,
bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta
cabaran. Oleh itu, penggunaan computer sewaktu pengajaran amat
membantu seorang guru untuk memaksimumkan waktu mengajar yang
terhad untuk memberi input yang lebih kepada pelajar.

20

Menurut Tun Dr Mahathir, Negara Malaysia sedang menuju ke arah Wawasan
2020 dan Negara yang maju. Oleh itu, penggunaan teknologi perlu seiring
dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Negara dapat mencapai matlamat
seperti yang disasarkan. Oleh itu, saranan kerajaan supaya satu komputer
untuk setiap rumah perlu disahut oleh semua rakyat Malaysia bagi
memastikan anak – anak bangsa Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang
Informasi Teknologi (IT). Sebagai contoh, negeri Terengganu telah memulakan
program pemberian E-Book kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh
negeri Terengganu apabila mereka berada di tahap 2 (E- Book diberikan
kepada pelajar tahun 4 setiap tahun). Ini menunjukkan kerajaan negeri
Terengganu menyahut saranan kerajaan Malaysia untuk memastikan pelajar
di negeri Terengganu celik IT dan mampu menguasai bahasa komputer
dengan baik.
Guru juga mampu menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang hebat dengan
menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer. Jika sebelum ini
guru perlu melukis gambar atau mencari didalam majalah,surat khabar atau
bahan – bahan bacaan yang lain dan menampal di papan hitam, namun kini
guru hanya perlu memaparkan gambar atau apa pun bahan dengan
menggunakan powerpoint dan gambar – gambar boleh dicari menggunakan
internet sahaja. Ini menunjukkan kemajuan dalam bidang IT yang mampu
mengurangkan bebanan kepada guru. Selain itu, computer juga
mengurangkan bebanan murid untuk membawa buku teks yang tebal ke
sekolah. Ini kerana di masa kini terdapat masalah murid-murid meninggalkan
buku teks di rumah kerana tidak mampu membawanya ke sekolah. Terdapat
juga segelintir murid yang sengaja meninggalkan buku mereka di dalam kelas
kerana tidak perlu membawanya untuk jadual keesokannya.

Hal ini menimbulkan masalah pembelajaran kepada pelajar kerana tidak
mempunyai rujukan yang cukup ketika membuat latihan. Oleh sebab itu,
dengan penggunaan computer, para pelajar hanya perlu membawa netbook
ke sekolah kerana segala maklumat boleh di simpan hanya dengan sekadar
menekan perkataan simpan. Selain itu, para guru juga boleh memantau para
pelajar hanya dengan menggunakan internet. Para pelajar boleh menanya
secara langsung kepada guru tentang apa sahaja permasalahan mereka di
dalam pembelajaran.
Contohnya penggunaan E-Learning dimana kaedah ini sangat terkenal di
kalangan pelajar-pelajar university dan seterusnya kaedah ini juga boleh di
gunakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Dengan penggunaan
laman web ini para guru boleh meletakkan segala maklumat pembelajaran
dan ini memudahkan para pelajar kerana mereka hanya perlu memuat turun
dari laman web tersebut. Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses
pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan.
Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan
atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa
pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P di dapati
mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat
memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran

21

Penutup
Guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk
membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah.
Pelbagai aplikasi teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi dengan
sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut.
Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai
guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak
ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju.

Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan
pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat
pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh
menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan
maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses
pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain. Sumbangan komputer adalah
berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu
sendiri.

Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan
berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

22

Kini tiba masanya Malaysia bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran
global dengan memantapkan sistem pendidikan sedia ada setanding kualiti
pendidikan berteraskan ICT di peringkat antarabangsa. Sejak kerajaan
mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan ICT dalam pelbagai sektor,
bidang pendidikan tidak terkecuali.

Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh digunakan
dalam P & P.
Antara alat pandang dengar yang biasa digunakan ialah perakam kaset,
compact disc, video compact disc, digital compact disc, projektor filem, video
kamera, projektor LCD, projektor episkop dan MP3 yang dapat digunakan
dengan lebih efektif.
Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran Luar Bilik Darjah(PLBD) ialah suatu program atau aktiviti luar
bilik darjah yang terancang dan berstruktur.
Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan menyokong dan mengukuhkan
pelaksanaan kurikulum sekolah.
Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.
PLBD mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di
dalam bilik darjah.
PLBD boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagi memberikan pengalaman pe
mbelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.
Selain itu, PLBD boleh mengembangkan kemahiran sosial dan kerja
berpasukan murid.

http://luckmanvirus002.blogspot.my/2014/07/maksud-ict.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm
http://jomkepoh.blogspot.my/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumatdan.html
http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx
http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf
23

http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf
http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx
https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalampendidikan/
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/10/icttmk-dan-peranannya-dalampendidikan.html
http://eprints.uthm.edu.my/1679/1/MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814014463
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/71-che-surianikiflee.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8014/1/VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf
Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad
ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke
hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkin
kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah
guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu
dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan
penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar
kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana
sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan
guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk

24

membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah
pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh
teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu
dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi
meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya
membangunkan

modal

insan

cemerlang,

gemilang

dan

terbilang.

Konsep

pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke
arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk
mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia
glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

25